DIALOG RAKYAT |
- J/kuasa masjid diarah hadiri program Najib
- Sinar Harian sedia jadi tuan rumah debat 3 Mei
- PKFZ: Umno tidak mahu S'jaya Diraja terdedah
- Jentera BN diarah ‘masuk gear lima’
- 300 mahasiswa himpun tuntut mansuh PTPTN
- Perbuatan Khianat, Bendera Pas Dicabut?
- Berapi!!! Mengapa Gambar PM Haji Najib Dan DS Khaled Nordin Di Kalungkan Bunga Seperti Orang India Yang Meninggal Dunia?
- Najib terima Nobel Peace Prize jika...
- Menteri Release Tension Dengan Golf
- Berbaloikah KJ Menjadi Berani Disisi Najib Yang Penakut?
- Dicekup Berasmara Di Kuburan
- Tanpa Sabah, misi PR tinggal angan-angan?
- Rasuah mega dalam Sarawak Energy?
- BONGKAR : Rekod bank Chia terdedah
- Keluarga kesal sikap Sham Kamikaze
- Pemuzik dipukul kerabat diraja
- KKM akan periksa sistem syif doktor
- Perbuatan paling kurang ajar, biadab – Perkasa
- Lynas: Kapitalis untung, rakyat kaut radioaktif Written by - font size decrease font size increase font size Print E-mail Comment!
- Isu YB di pusat hiburan, Ali tertinggal bas
- Utusan berusaha gambarkan Bersih ‘jahat’, kata pemerhati media kepada Suhakam
- Pasport Pengerusi Eksekutif NFCorp diserah sementara
- Biasiswa Karangkraf RM1 juta biaya penuntut UMTech
- PRU13 hujung tahun, bukan Jun?
- Mahkamah tolak saman Umno atas Ustaz Hadi, Mohd Sabu
J/kuasa masjid diarah hadiri program Najib Posted: 14 Apr 2012 04:10 AM PDT Kesemua 180 masjid di daerah Batu Pahat, Johor diarahkan menghantar lima wakil, termasuk imam, bilal dan noja bagi menghadiri program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 7 April lalu. Arahan itu dibuat melalui surat rasmi daripada pejabat kadi daerah bertarikh 2 April yang turut meminta pihak masjid memberikan wang RM50 kepada individu yang mewakili masjid masing-masing. Salinannya kini beredar di laman blog dan Facebook oleh pihak yang mempertikaikan arahan tersebut yang didakwa menggunakan masjid dan kewangannya untuk kepentingan politik kepartian. Dalam tinjauan ke Batu Pahat pada tarikh itu, Najib dilapor tiba seawal jam 9.15 pagi untuk bersarapan di sebuah kopitiam sebelum meninjau kawasan pasar dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai. Beliau antaranya diiringi Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zakarshi. Selepas kira-kira 45 minit membuat tinjauan mesra, perdana menteri dilaporkan bertolak ke program "Jelajah Janji Ditepati" di Stadium Batu Pahat. Kadi pertahan arahan Sementara itu, Kadi Daerah Batu Pahat Bahrin Jalal ketika dihubungi Malaysiakini mengakui mengeluarkan surat arahan itu dan mengesahkan kesahihan kandungannya. Bagaimanapun, katanya, surat itu dikeluarkan hanya sebagai " tanda sokongan kepada pemimpin" dan bagi memberi pendedahan kepada lima anggota jawatankuasa masjid di daerah itu. "Kita suruh hadir ke majlis itu sebagai tanda sokongan kepada pemimpin. Perdana menteri baru pertama kali datang ke Batu Pahat. "Jadi kita arahkan mereka supaya mendengar amanat daripada pemimpin," katanya. Menurutnya lagi, wang untuk bayaran "duit minyak" itu diambil daripada peruntukan yang disediakan untuk tujuan pembangunan masjid oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor. "Bukan setiap seorang dapat RM50, tetapi satu kereta dapat RM50. Maknanya seorang RM10. Duit itu kita beri sebagai duit minyak. Itu sahaja. "Wang itu memang boleh digunakan sebab majlis itu sebahagian daripada program masjid," katanya lagi. |
Sinar Harian sedia jadi tuan rumah debat 3 Mei Posted: 14 Apr 2012 04:07 AM PDT SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli menerima tawaran Sinar Harian mahu bertindak sebagai penganjur debat membabitkan beliau dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkenaan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), awal bulan depan. |
PKFZ: Umno tidak mahu S'jaya Diraja terdedah Posted: 14 Apr 2012 03:58 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Pendedahan terbaru mengenai skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menjelaskan lagi mengapa kerajaan berkeras tidak mahukan Suruhanjaya Diraja menyiasat isu itu, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar). "Apabila (bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datuk) Lee Hwa Beng kata hanya sebahagian kecil sahaja yang ditangani pihak berkuasa dari keseluruhan isu tersebut, ia semakin menjelaskan kepada kita mengapa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) beria-ia dan berkeras tidak mahu satu Suruhanjaya Diraja menyiasat perkara itu. "Tidak hairanlah jika Lee menyatakan hanya perubahan politik sahaja yang boleh memastikan siasatan bebas dijalankan ke atas skandal tersebut tanpa sebarang halangan dari pihak berkepentingan," katanya. Kenyataan Lee itu, kata Salahuddin, membawa kepada kesimpulan bahawa selagi Umno dan BN yang memerintah negara ini, siasatan bebas tidak akan dapat dijalankan ke atas isu itu. "Bila Lee menyebut halangan dari pihak berkepentingan, perkara itu tidak boleh berlaku tanpa kerjasama kepimpinan tertinggi negara. "Mana-mana pihak yang berkepentingan tidak akan dapat menghalang siasatan bebas dijalankan jika tidak mendapat kerjasama kepimpinan tertinggi kerajaan," katanya. Kerajaan, kata Salahuddin, bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat apa terjadi kepada berjilid-jilid laporan kepada Jabatan Perdana Menteri, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang didedahkan oleh Lee menjelang pelancaran bukunya "PKFZ: A Nation's Trust Betrayed". "Rakyat juga berhak tahu mengapa tidak ada sebarang dakwaan rasuah terhadap sesiapa pun dalam dakwaan-dakwaan yang berhubung PKFZ itu. "Yang ada hanya dakwaan menipu," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang memperakui bahawa bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik telah menipu kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek PKFZ. Ketika kejadian itu berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia. Bagi Salahuddin, apabila Lee membangkitkan tidak ada dakwaan terhadap perbuatan rasuah dalam perbicaraan-perbicaraan berkaitan PKFZ, ia sekali lagi mengingatkan kepada pendedahan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker bahawa bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing. KDSB ialah pemaju projek PKFZ yang dilaporkan mendapat pelbagai kelebihan luar biasa. Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion. Laporan audit yang dikeluarkan oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan. Selain Ling dan Tiong, antara yang dikaitkan ialah bekas Menteri Pengangkutan yang juga bekas Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy; Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing; bekas Bendahari Umno yang juga pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd iaitu anak syarikat KDSB, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi; bekas Exco kerajaan negeri Selangor dari Umno yang menjadi Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) dan Ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) ketika transaksi dibuat, Datuk Abdul Rahman Palil dan bekas Bendahari Umno Selangor yang juga Timbalan CEO KDSB, Datuk Faizal Abdullah.-Harakahdaily |
Jentera BN diarah ‘masuk gear lima’ Posted: 14 Apr 2012 03:55 AM PDT SINAR HARIAN BUTTERWORTH – Jentera Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi parti komponen Barisan Nasional (BN) di semua peringkat perlu digerakkan dengan lebih rancak. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, ia sebagai tanda bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa selain dapat merapatkan barisan pimpinan dan masyarakat. "Kita sekarang ini perlu bergerak dengan kelajuan gear lima, walaupun tidak tahu bila, tetapi perlu berada pada momentum yang telah ditetapkan. Bersiap sedia pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jentera PRU-13 Pemuda Pemudi Kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Perai dan majlis jamuan mesra rakyat di Kampung Manis di sini, hari ini. Katanya, jentera PRU-13 juga boleh dilancarkan di peringkat bahagian, cawangan dan kawasan-kawasan peti undi dan ia boleh dilancarkan secara berperingkat dan bergilir-gilir. "Bila telah dilancarkan bilik gerakan boleh terus memulakan operasi dan memulakan aktiviti mereka, boleh juga naikkan bendera-bendera BN di rumah atau di bilik gerakan asalkan ia tidak mengganggu," katanya. Selain itu, beliau berkata pemimpin BN akan memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat setempat tentang usaha kerajaan dalam memajukan negara dan pada masa yang sama tidak mengabaikan keperluan dan kepentingan rakyat untuk mendapatkan kehidupan yang selesa. "Rakyat perlu faham dan tahu bahawa hanya kerajaan BN sahaja yang mampu memberikan kebajikan kepada rakyat dan kemakmuran dan kemajuan kepada negara," katanya. – Bernama |
300 mahasiswa himpun tuntut mansuh PTPTN Posted: 14 Apr 2012 03:53 AM PDT KUALA LUMPUR - Lebih 300 mahasiswa menyertai demonstrasi di ibu negara petang ini menuntut pemansuhan skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kumpulan mahasiswa itu, sebelum berhimpun di Dataran Merdeka, berkumpul di kawasan Masjid Jamek dan kemudian di pekarangan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman sekitar jam 2.30 petang mendengar ucapan beberapa pemimpin pelajar dan pemimpin PKR termasuk Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, masing-masing Naib Presiden parti itu. Mereka berhimpun di Dataran Merdeka menuntut respons daripada pihak kerajaan mengenai tuntutan mereka agar skim pinjaman PTPTN dimansuhkan. Perhimpunan itu diketuai Presiden Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini dan Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohamad Safwan Anang. NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur serta beberapa aktivis mahasiswa lain termasuk Adam Adli Abdul Halim juga hadir sama. Menurut Adam, tindakan mengalungkan bunga itu sebagai tanda protes kepada pihak kerajaan sekarang yang masih belum mampu menyediakan pendidikan percuma kepada mahasiswa. "Apa yang boleh dijanjikan oleh pihak kerajaan sekarang ialah jaminan hutang PTPTN puluhan ribu ringgit kepada mahasiswa demi meneruskan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) dan dalam keadaan tiada jaminan pekerjaan oleh pihak kerajaan kepada mahasiswa setelah tamat belajar. "Kita akan terus berhimpun di hadapan Dataran Merdeka sehingga suara kami ini mendapat perhatian kerajaan dan mereka memberi maklum balas dan bertemu dengan kami," katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan berkenaan. Ketika berhimpun di hadapan Sogo, dua pemimpin PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua turut memberikan ucapan. Mahasiswa yang menyertai perarakan itu turut berarak bersama gambar dua pemimpin yang dikalungkan bunga itu. Kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan antaranya "tolak hutang", "pendidikan bukan barang dagangan", "mansuh PTPTN", "jahanam Umno-BN", "reformasi" dan "revolusi" ketika berarak. Turut kelihatan kain rentang tertera tulisan mansuh PTPTN dan beri pendidikan percuma. Mohamad Safwan berkata, mereka akan terus menuntut pendidikan percuma dan akan berkumpul di Dataran Merdeka dan sekiranya perlu, akan bekumpul di situ sehingga 28 April depan. "Kita akan tunggu disini, sekiranya tiada halangan akan tunggu sehingga himpunan Bersih pada 28 April depan. Bersih adalah platform menyuarakan pendapat kami dan menukar sistem pemerintahan sedia ada sekiranya mereka masih tidak beri maklum balas kepada tuntutan kami. "Jawapan bahawa kerajaan menanggung PTPTN sebanyak RM42 bilion adalah tidak tepat. Kami dapat maklumat dari PTPTN sendiri bahawa wang yang disalurkan kepada peminjam adalah RM27 bilion sahaja," katanya. Mohamad Safwan berkata mereka akan mengadakan demonstrasi di tempat lain sekiranya tiada respons kepada tuntutan mereka. Kumpulan berkenaan kemudiannya bergerak dan berkumpul semula di Dataran Merdeka jam 3.30 petang. Mereka nekad berkumpul di situ sehingga tuntutan mereka mendapat respons kerajaan. Kumpulan mahasiswa itu bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di hadapan kompleks membeli-belah Sogo. Kronologi demonstrasi: - Bermula jam 2 petang, kira-kira 300 orang berkumpul di Masjid Jamek. Kemudian mereka berarak ke Dataran Merdeka dan kemudian menuju ke Kompleks Sogo. Antara yang berada di barisan hadapan adalah Adam Adli, Safwan Anang dan Syukri Razak. - Di pekarangan Kompleks Sogo, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua menyampaikan ucapan menggunakan pembesar suara, dalam lima minit - Safwan Anang bersama Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Shahid Zain telah bertindak meletakkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin. Kalungan bunga beserta replika batu nisan di tepi kedua-dua gambar pemimpin itu, sebagai simbol 'orang mati', di hadapan batu nisan itu tertulis perkataaan 'reformasi', beserta poster-poster yang menggesa Najib berundur serta disusuli laungan mansuhkan PTPTN. - 3.45 petang, kumpulan mahasiswa ini bergerak semula ke Dataran Merdeka, diketuai Safwan Anang. Menurut Adam Adli mereka akan duduk di Dataran Merdeka dan menunggu respons daripada pihak kerajaan untuk memberikan pendidikan percuma. Anggota polis dan trafik DBKL mengawal lalu lintas bagi memastikan keadaan terkawal dan memudahkan pergerakan orang ramai. - 4.30 petang, setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan. |
Perbuatan Khianat, Bendera Pas Dicabut? Posted: 14 Apr 2012 03:37 AM PDT MSO Sehingga catatan ini dibuat belum ada pengesahan atau kenyataan dikeluarkan oleh Pas setempat berhubung ketiadaan beberapa helai bendera parti itu yang dipasang di Jalan AU menghala ke Taman Melawati menuju ke rumah Inchek Ibrahim Ali berdepanan dengan Old Town Withe Coffee di Taman Permata, Hulu Kelang. Semalam (Rabu) beberapa helai bendera Pas telah dipasang bersilih ganti dengan bendera Dacing tetapi hari ini satu helai pun bendera Pas di lokasi berkenaan sudah tidak ada lagi. Tidak dapat dipastikan apakah kehilangan bendera Pas itu perbuatan khianat ataupun pihak Pas sendiri yang mencabutnya? Pas memasang bendera itu tengah malam Selasa lalu, sebagai 'melawan' bendera BN yang sudah dipasang beberapa hari sebelum ini. Ternyata pemasangan bendera Pas mengatasi bendera BN, sekali pandang Pas telah menguasai kawasan berkenaan secara mendadak. Sukar untuk dipercayai kalau Pas bertindak memecat bendera mereka kerana sebahagian yang di pasang berhampiran flyover, simpang ke Taman Melawati bendera itu masih kelihatan dan berkibar megah. Dalam pemerhatian saya keadaan bendera BN tidak berkurang satu pun, dalam kata lain tiada pengkhinatan ke atas bendera BN, kecuali petang ini beberapa batang tumbang dan kelayuan disebabkan ribut. Ada bendera BN yang hanyut dan masuk longkang dan dipijak kereta. Sekiranya kehilangan bendera Pas itu kerana perbuatan khinat betapa keji dan jahatnya orang yang melakukannya. Mereka jelas tidak menghormati prinsip demokrasi dan kebencian kepada Pas itu menunjukkan golongan berkenaan dalam keadaan terdesak dan 'budak' politik. Diharap pihak Pas setempat, Pas Taman Permata Hulu Kelang dapat memberi penjelasan berhubung hal ini dan sekiranya ia adalah perbuatan jahat, Pas perlulah mengawasi bendera mereka atau tidak memasangnya sehinggalah tiba ke saat parlimen dibubar bagi mengelakkan kejadian itu berulang. Saya bimbang kalau Pas terus memasang dan ada pengkhianat haram menyebabkan pergaduhan mungkin berlaku dan ia akan mencemarkan keadaan. Kalau pun Pas tidak berlawan memasang bendera rasanya sokongan dan kepercayaan kepada Pas tidak pun akan berkurangan. Tindakan semua pihak hendaklah bijak |
Posted: 14 Apr 2012 03:32 AM PDT SEDAKA SEJAHTERA
Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Menurut salah seorang mahasiwa berkenaan, tindakan itu sebagai tanda bahawa "demokrasi telah mati." Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo. Kumpulan berkenaan kemudiannya mula beredar daripada kawasan tersebut pada jam 3.30 petang dan berarak menuju Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar berkenaan. Kumpulan yang tiba di Dataran Merdeka kira-kira setengah jam kemudian bertindak memasang khemah di satu kawasan di tepi padang tersebut. Pengerusi SMM Safwan Anang ketika ditemui berkata mereka akan berkhemah di kawasan berkenaan sementara menunggu perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April. Kira-kira 80 orang peserta berkenaan turut berkumpul di satu sudut berkenaan dan menunaikan solat Asar berjemaah. Beberapa orang anggota polis memerhatikan tindakan anak muda berkenaan daripada sebuah kenderaan balai polis bergerak di tepi padang tersebut. |
Najib terima Nobel Peace Prize jika... Posted: 14 Apr 2012 03:27 AM PDT Oleh Amin Iskandar Cakap-cakap mengenai "hung parliament" (parlimen tergantung), penukaran kerajaan baru dan kejatuhan BN sudah mula didengari. Semua ini ada kemungkinan berlaku. BN kini berada dalam keadaan terdesak. Formula sedia ada - yang direka untuk memenangkan BN - kawasan campuran, kini sudah menjadi bahaya buat BN. Undi Melayu yang menjadi tunjang kekuatan BN terganggu dek kerana skandal Nastional Feedlot Corporation (NFC) yang menyebabkan Shahrizat Jalil tidak terus menjadi menteri.
Untuk melakukan persempadanan semula kerusi parlimen, BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga. Maka kini BN terdesak. Peratusan untuk kehilangan kuasa itu amat tinggi. Situasi ini menguntungkan Pakatan Rakyat. Sehingga ramai yang begitu yakin selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti, mereka akan ke Putrajaya. Tidak salah untuk mempunyai keyakinan sebegitu. Apatah lagi parti politik itu memang objektifnya untuk mendapatkan kuasa. Tapi jangan kita lupa BN mempunyai banyak lagi senjata yang akan digunakan untuk mengekang Pakatan dari mengambil alih Putrajaya. Penipuan pilihan raya pasti akan dilakukan. PRU ke-11 menyaksikan kerajaan negeri Terengganu jatuh semula ke tangan BN. Peratusan keluar mengundi yang luar biasa di kebanyakan kawasan. Operasi yang digelar "Operasi Terengganu" itu dikatakan bakal berlaku di Selangor. Operator "Operasi Terengganu" dikatakan telah lama bertapak di Selangor. Kerajaan Pakatan pimpinan Khalid Ibrahim yang disokong rakyat akan tumbang dalam PRU ke-13 nanti. Bukan sebab tidak disokong rakyat akan tetapi kerana "Operasi Terengganu". Hadiah nobel keamanan Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, jika Pakatan berjaya ke Putrajaya dalam PRU ke-13 tanpa sebarang kekacauan dan berlaku secara aman, ia merupakan satu sejarah besar bagi negara dunia ketiga. Malaysia akan menjadi negara dunia ketiga pertama menukar rejim melalui pilihan raya dan perdana menteri, Najib Razak wajib menerima anugerah Nobel Peace Prize. Lihatlah bagaimana negara jiran kita (juga negara dunia ketiga) seperti Indonesia, Thailand dan Filipina? Mereka menggunakan jalan raya. Ratusan ribu rakyat di jalan raya berjuang sehingga berlaku pertukaran rejim. Lihat juga bagaimana di negara-negara Arab yang dilanda "Arab Spring"? Bukankah semuanya melalui jalan raya? Najib adalah pengerusi Umno negeri Selangor. Sudah tentu dia mahu pastikan negeri terkaya di Asia Tenggara itu kembali ke pangkuan BN. Jika Najib gagal, dia juga bakal menerima nasib seperti Abdullah Badawi. Senator Dr Syed Husin Ali turut berkongsi pandangan dengan Mat Sabu. Beliau yakin Selangor akan dirampas oleh BN dengan cara yang paling kotor. "Jika menteri besar Selangor, Khalid Ibrahim dipindahkan dari seorang pengundi di Selangor menjadi pengundi Kuala Lumpur, apatah lagi rakyat biasa. Sudah pasti ramai penyokong Pakatan dipindah ke merata tempat," kata Syed Husin. Situasi ala zaman Marcos Di akhir zaman pemerintahan Ferdinand Marcos di Filipina, banyak kesilapan-kesilapan besar dilakukan. Selain dari perangai buruk Imelda Marcos yang boros berbelanja, banyak kejadian yang tidak seharusnya berlaku, terjadi dan ini menyumbang kepada kejatuhan regim Marcos. Kesilapan terbesar pertama adalah pembunuhan Benigno "Ninoy" Aquino yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada tahun 1983 di lapangan terbang antarabangsa (kini Ninoy Aquino International Airport). Pembunuhan Ninoy memberikan "vitamin" kepada gerakan penentangan terhadap Marcos. Cory Aquino - balu Ninoy diangkat sebagai simbol perlawanan terhadap Marcos. Kesilapan terbesar kedua adalah Marcos terpaksa akur kepada tuntutan rakyat dan masyarakat antarabangsa agar pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil. National Citizens Movement for Free Elections (Namfrel) yang didirikan selepas pembunuhan kejam Ninoy diberikan akreditasi untuk memantau perjalanan pilihan raya presiden mengejut pada tahun 1986. Namfrel mendapat sokongan majoriti rakyat. Apatah lagi apabila 'mufti besar' Filipina pada ketika itu, Cardinal Sin mendokong Namfrel. Pemantauan yang dijalankan oleh Namfrel membuktikan bahawa penipuan besar-besaran dilakukan oleh Comelec (SPR Filipina) untuk memenangkan Marcos. Rakyat yang tidak percayakan keputusan pilihan raya yang diumumkan oleh Comelec memilih jalan raya. Selepas empat hari di jalan raya, regim Marcos tumbang dan diktator itu melarikan diri ke Hawai, Amerika Syarikat. Apa yang harus dilakukan? Yang paling mudah adalah bercakap. Berceramahlah ke merata negara memberitahu rakyat bahawa penipuan pilihan raya bakal berlaku dalam PRU ke-13. Tanpa sebarang tindakan, penipuan akan terus berlaku. Ke jalan raya untuk menuntut pilihan raya bersih, bebas dan adil adalah satu jalan. Filipina pernah melakukan tindakan sebegini. Begitu juga dengan Indonesia. Tunisia dan Mesir turut melakukannya dalam siri "Arab Spring". Malaysia harus melakukannya jika serius mahukan reformasi pilihan raya. Persoalannya, sanggupkah pengorbanan dilakukan? Tertangkap sewaktu berdemonstrasi adalah perkara biasa. Tidak boleh lagi dianggap sebagai pengorbanan. Sanggupkah rakyat Malaysia ke jalan raya sehingga tuntutan mereka tercapai? Satu minggu, dua minggu, tiga minggu? Jika belum sampai ke tahap sanggup mengorbankan nyawa, tidak akan berlaku perubahan dan demokrasi yang diinginkan. Harga untuk sebuah perubahan dan demokrasi itu memang mahal. Kita ambil contoh keberanian mahasiswa dalam berjuang untuk kebebasan akademik. Bersimbah darah apabila dipukul. Ini yang diperlukan untuk mencapai impian besar. Kadangkala rakyat sudah bersedia tetapi pemimpin yang takut kehilangan kehidupan sebagai ahli parlimen atau ADUN. Pemimpin beginilah yang memberatkan gerakan. Pilihan di tangan anda Tepuk dada tanya selera. Anda boleh memilih untuk membiarkan saja penipuan pilihan raya berlaku tanpa berbuat apa-apa. Apabila keputusan pilihan raya diumum, anda kecewa kerana undi anda dicuri. Pemimpin yang anda pilih kalah. Parti yang anda sokong hilang negeri yang dikuasai. Semuanya kerana khayalkan dadah Putrajaya. Berangan untuk memimpin Malaysia tetapi jahil dan dangkal tentang realiti politik. Kekuatan sokongan masyarakat Cina dianggap seperti "fixed deposit" yang pasti menyebabkan BN tumbang. Golongan jenis ini pasti terlupa apa yang pernah berlaku kepada negeri Terengganu. Logikkah rakyat Terengganu mengundi untuk kembali membayar cukai pintu? Sama seperti logikkah rakyat Selangor mengundi untuk kembali membayar bil air? Logikkah majoriti rakyat bawahan mengundi untuk kenaikan harga minyak dan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST)? Sudah sampai masanya untuk kurangkan bercakap dan melakukan tindakan. Pemberat-pemberat gerakan harus ditendang keluar juga dari gerakan. |
Menteri Release Tension Dengan Golf Posted: 14 Apr 2012 03:25 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar Golf menjadi kegilaan sesetengah orang. Gila golf lebih teruk daripada gila perempuan walaupun di sebalik main golf itu ada juga unsur-unsur perempuan. Kegilaan golf tidak sempurna kalau tidak dilengkapi dengan perempuan. Ramai pemain golf Malaysia ke Indoneisa untuk mencari 'lubang' di sana. Mereka akan berbondong-bondong ke sana. Saya tidak main golf jadi tidak tahu padang mana yang cantik, pandang mana yang nyaman dan lubang di padang golf mana yang mudah masuk, sendap dan padat.
http://msomelayu.blogspot.com/ |
Berbaloikah KJ Menjadi Berani Disisi Najib Yang Penakut? Posted: 14 Apr 2012 03:21 AM PDT Oleh Shahbudin Husin Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin seakan mahu menunjukkan sikap beraninya apabila bersedia menyahut dua cabaran berdebat sekaligus. Pertama, beliau akan berdebat dengan Pengerusi Bersih 2.0, S Ambiga mengenai pembaharuan sistem pilihanraya pada 25 April ini di Sime Darby Convention Centre yang akan dikendalikan oleh akhbar Malay Mail. Debat ini penting kerana ia mungkin mempengaruhi kehadiran Himpunan Bersih 3.0 yang hanya diadakan tiga hari selepas itu.Kedua, KJ juga sedia berdebat dengan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung isu tabung pinjaman pendidikan PTPTN yang dijadualkan pada 3 Mei depan. Sehingga ini belum ada penganjur tetapi akhbar Sinar Harian bersedia menjadi penganjurnya. |
Posted: 14 Apr 2012 03:15 AM PDT SABAH DAILY Sepasang kekasih yang kemaruk bercinta sanggup memilih jirat Cina untuk melampiaskan nafsu kerana beranggapan kawasan itu adalah tempat paling selamat tanpa sebarang gangguan. Malangnya, anggapan itu meleset apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menyergah pasangan berusia awal 20-an tersebut serta diarahkan beredar ketika melakukan serbuan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini awal pagi semalam. Tindakan yang sama turut diambil terhadap sepasang kekasih lain yang sedang leka melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta Perodua Myvi yang diletakkan di tepi padang kawasan rekreasi tersebut. Pasangan berusia awal 20-an itu didapati bercumbuan sebelum cermin gelap kereta berkenaan disuluh oleh pegawai penguat kuasa Jaipk menggunakan lampu suluh. Sewaktu sesi soal siasat dijalankan teman lelaki pasangan terbabit memberi alasan dia mahu menghantar gadis tersebut pulang ke rumah selepas habis waktu kerja. Bagaimanapun, pasangan itu diarahkan meninggalkan kawasan terbabit selepas diberikan amaran lisan oleh pegawai Jaipk yang bertugas. Sementara itu, Pengarah Jaipk, Mohd Yusop Husin berkata, seramai 10 pegawai penguat kuasa Jaipk yang menaiki dua van melakukan rondaan cegah maksiat di sekitar taman rekreasi tersebut sehingga jam 3 pagi. Menurutnya, rondaan berkumpulan itu tidak hanya dilakukan pada waktu hujung minggu atau cuti umum malah turut membabitkan hari biasa. "Kami memandang serius aktiviti maksiat yang dilakukan remaja Islam di sekitar kawasan tumpuan awam. "Berikutan itu kami sentiasa kerap melakukan rondaan dan operasi rambang pada setiap masa bagi mengelakkan gejala tidak bermoral itu daripada terus berleluasa. "Selain itu, kami juga turut melakukan tindakan berdasarkan aduan orang ramai bagi memastikan golongan remaja dan belia terhindar dari aktiviti yang menghampiri zina," katanya. -SH |
Tanpa Sabah, misi PR tinggal angan-angan? Posted: 14 Apr 2012 03:14 AM PDT Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Selain Kelantan, rakyat Negeri Di Bawah Bayu juga popular dengan kecenderungan siasahnya yang lebih terbuka dan berani membuat keputusan. Lama sebelum tsunami politik melanda Semenanjung, Mac 2008, bumi Sabah sudah menyaksikan perubahan kepemimpinan negeri; ada kalanya berlaku secara mengejut dan tidak dijangka. Parti-parti yang menerajui kerajaan negeri bersilih ganti. Daripada United National Kadazan Organization (UNKO), pimpinan Donald Stephens, kepada United Sabah National Organizatin (USNO), diasaskan Datu Mustapha Datu Harun, kepada Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) diketuai Fuad Stephens dan Haris Sallah, seterusnya Parti Bersatu Sabah (PBS) diterajui Joseph Pairin Kitingan. Penyertaan mengejut PBS bersama Gagasan Rakyat pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah menjelang Pilihan Raya Umum 1990 mendorong Umno bertapak di Sabah, seterusnya menguasai negeri itu sehingga kini. Sabah dan Sarawak menyumbangkan kerusi Parlimen yang agak besar, masing-masing 31 dan 25, menjadikannya 56 kerusi. Ia membentuk satu perempat atau 25 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat. Dalam kedudukan BN buat pertama kali telah dinafikan majoriti dua pertiganya di Parlimen dalam pilihan raya 2008, dan kini banyak pihak bercakap tentang kemungkinan tampuk pemerintahan Pusat bertukar tangan, tumpuan tidak dapat lari daripada meneliti setiap perkembangan di Sabah dan Sarawak. Kita dapat menyaksikan bagaimana kedua-kedua negeri itu mula diberi perhatian dan layanan "istimewa", terutama selepas ura-ura ramai ahli Parlimen BN akan melompat parti, menjelang 16 September 2008. Di atas kertas, digembar-gemburkan peruntukan pembangunan di sana ditambah, begitu juga jawatan strategik dalam kabinet dan kerajaan, juga posisi penting di Parlimen. Namun begitu, sebenarnya Sabah dan Sarawak masih tertinggal jauh, termasuk daripada segi kemudahan paling asas. Dalam suasana setiap kerusi (malah setiap undi) begitu penting dalam PRU13 -- bagi memudahkan laluan ke Putrajaya dan membentuk kerajaan Persekutuan -- maka Pakatan Rakyat tidak boleh memandang ringan setiap potensi yang ada di Sabah dan Sarawak. Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, pada April 2011, telah menyuntik semangat dan keyakinan baru kepada aktivis Pakatan Rakyat. Kubu kebal BN di negeri yang dianggap "simpanan tetap" atau "fixed deposit" itu mulai retak. Daripada 71 kerusi Dun yang dipertandingkan, BN kalah 16 kerusi, dengan DAP menang 12 dan KeADILan, 3. Dalam PRU12, BN Sarawak hanya kalah satu kerusi Parlimen. Diunjur daripada trend pengundian 2011 itu, sekurang-kurangnya sepuluh kerusi diramalkan dikuasai Pakatan, sebahagian besarnya di kawasan majoriti pengundi Cina. (Saya akan mengulas hal ini dalam Harakah keluaran akan datang). Ya ... tiba-tiba Sabah yang agak muram pergolakan politiknya seperti mendapat inspirasi menakjubkan. Rakyatnya mula ghairah berbicara soal perubahan dan keperluan untuk merobah kerajaan Persekutuan, kalaupun belum bersedia menumbangkan Ketua Menteri, Musa Aman. "Target yang lebih praktikal adalah untuk Sabah bersama-sama menyumbangkan kerusi Parlimen yang mencukupi untuk Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Pusat," kata penganalisis politik, Musli Oli. Senario menarik negeri jiran Sarawak itu bakal merebak ke Sabah. BN dilihat tidak sehebat mana lagi, terutama berdepan pelbagai isu membabitkan salah guna kuasa, penyelewengan, korupsi, kronisme dan juga pengabaian yang begitu ketara terhadap kemudahan awam, terutama bekalan air bersih. Apabila diminta mengisi slot dalam seminar kewartawanan dan media baru PRU13 di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sabah, 31 Mac lalu, saya dapat merasai komitmen padu penggerak parti, diketuai pesuruhjaya sendiri, Aminuddin Aling. "Sdr perlu selalu turun ke Sabah, melaporkan aktiviti PAS yang kian meriah dan mendapat sambutan hangat, agar bukan saja kami bertambah semangat, malah aktivis parti seluruh negara dapat berkongsi sama dengannya," bisik Timbalan Pesuruhjaya Hamzah Abdullah kepada saya, selepas beliau, Aminuddin dan Setiausaha Perhubungan, Ustaz Awang Leman Ikin selesai mengadakan sidang akhbar mengenai penggunaan kalimah Allah. Hamzah merupakan Pesuruhjaya PAS Sabah pertama ketika mula bertapak pada 1986. Jika dalam pilihan raya 1986 PAS bertanding tiga kerusi Parlimen, iaitu Kota Belud, Jambongan dan Kimanis, (malah dalam pilihan raya umum empat tahun lalu, tanpa sebarang kerusi Parlimen pun) saya difahamkan untuk PRU13, Parti Islam ini mungkin diamanahkan untuk bertanding sejumlah kerusi yang jauh lebih besar, mungkin mencatat rekod sepanjang 26 tahun berjuang dengan penuh getir di Sabah. BN SABAH BAKAL KALAH 14 KERUSI PARLIMEN? Dalam kunjungannya ke Kota Kinabalu, 31 Mac lalu, di sebuah restoran di bawah Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sabah, wartawan Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN sempat berbicara dengan penganalisis politik Sabah, Musli Oli, 52, yang juga Penolong Ketua Penerangan KeADILan, Sabah. Lulusan ekonomi yang banyak menulis buku-buku politik ini merupakan bekas Presiden Mahasiswa Sabah Universiti Malaya, awal tahun 80-an. HARAKAH: Bagaimana sdr melihat situasi politik Sabah? MUSLI OLI: Dalam pilihan raya 2008, BN menang 24 daripada 25 kerusi Parlimen. Hanya kerusi Kota Kinabalu dikuasai DAP. Sebenarnya ada empat atau lima kerusi parlimen boleh dimenangi parti pembangkang jika "satu lawan satu". Daripada 60 kerusi Dun, hanya satu dimenangi DAP, iaitu Sri Tanjung. Waktu itu, Sabah dan Sarawak tidak mendapat isyarat yang jelas daripada negeri-negeri lain di Semenanjung. Justeru, rakyat "play safe" dan terus beri sokongan kepada BN. Situasi hari ini jauh berbeza. Ramai secara terbuka menyatakan perasaan tidak puas hati dengan isu-isu yang menyelubungi rakyat terutama isu pendatang tanpa izin, isu kemiskinan dan banyak lagi, yang gagal ditangani kerajaan BN. Daripada urutan sejarah politik, pemimpin Kadazandusun (KDM) seawal Tun Stephens amat berpengaruh dan mendapat sokongan daripada kaum mereka kerana sentimen tidak bersetuju dengan dasar kerajaan Pusat kepada Sabah. Atas faktor sentimen marahkan dasar BN di peringkat Persekutuan itu, Sabah bertukar kerajaan beberapa kali dengan kebangkitan semangat KDM. Ia bermula pada 1976 bila USNO tumbang kepada Berjaya pimpinan Stephens. Diikuti kebangkitan PBS di bawah pimpinan Joseph Pairin Kitingan pada pilihan raya 1985. Berjaya yang mendapat sokongan "sink and swim" dari Dr Mahathir Mohamad hanya tinggal enam daripada 48 kerusi Dun! Kerana taktik "pecah dan perintah" Kuala Lumpur, KDM dipecahbelahkan kepada beberapa parti politik selepas pilihan raya negeri 1994. PBS, UPKO dan PBRS adalah parti-parti politik utama pimpinan KDM, di samping jumlah yang signifikan menyertai Umno. Setelah PBS menyertai semula BN pada 2001 dan persempadanan semula kawasan pilihan raya (daripada 48 kerusi kepada 60), jumlah kerusi majoriti pengundi KDM, yang asalnya 20 menjadi 17 sahaja. Dengan dua faktor itu sokongan KDM tidak lagi menjadi penentu politik Sabah. Keadaan terkini pengundi KDM macam mana, ya? Daripada 25 kerusi Parlimen Sabah, lapan kerusi majoriti KDM berada dalam situasi "tidak menentu" berikutan isu-isu politik mutakhir terutama janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang begitu dekat dengan hati kaum KDM. Antara isu-isu yang mendapat sokongan KDM ialah: Pertama, memulihkan Perjanjian 20 Perkara. Kedua, menyemak semula Perjanjian Malaysia 1963. Ketiga, menaikkan royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus. Keempat, menubuhkan siasatan diraja mengenai pendatang tanpa izin. Kelima, memansuhkan dasar kabotaj yang menjadi punca harga barang keperluan di Sabah lebih mahal secara relatif dengan Semenanjung. Dan keenam, melaksanakan sepenuhnya dasar Borneonisasi. Jika tidak ada perpecahan undi dan tercapai persetujuan "satu lawan satu parti" sesama pembangkang, lima kerusi Parlimen KDM boleh ditawan Pakatan pada PRU13. Janji Pakatan ini secara umum bukan sahaja menarik sokongan KDM yang terkenal dengan keberanian mereka menukar kerajaan tetapi juga mempengaruhi sokongan kaum Bumiputera Islam yang masih dibelenggu kemiskinan. Dengan kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia, di samping kadar pengangguran di Sabah yang teratas sekali, golongan muda mula secara terang menunjukkan protes terbuka terhadap BN dan Umno. Jangkaan sdr ... Saya meramalkan daripada 14 kerusi Parlimen diwakili Umno, lima hingga tujuh boleh dimenangi Pakatan, antaranya Kota Belud, Kudat dan Kimanis. Kerusi Parlimen yang sebelum ini diwakili LDP (1), SAPP (2) akan ditawan Pakatan di samping mengekalkan Kota Kinabalu. Keseluruhannya, lima kawasan KDM, lima kerusi Melayu dan empat kerusi Cina, semuanya 14 akan jatuh kepada Pakatan. Namun, saya kira BN masih mampu mempertahankan kerajaan negeri kerana fokus rakyat Sabah lebih kepada menawan Putrajaya. Dalam PRU13 nanti, Umno-BN cukup mengharapkan Sabah dan Sarawak menjadi benteng terakhirnya. Tetapi dari tanggapan sdr itu, maknanya, Sabah bukan lagi "simpanan tetap" BN? Istilah "simpanan tetap" adalah istilah Dato' Seri Najib Razak sewaktu berucap di Tuaran, Sabah pada 2008, beberapa bulan selepas PRU12. Rakyat Sabah hari ini mempersenda istilah itu dengan kata-kata seperti "jika ada bank yang tawarkan interest 20 peratus, buat apa simpan di bank yang bayar interest lima peratus"! Lanskap politik Sabah berubah setelah PRU12, apatah lagi selepas melihat keputusan rakyat Sarawak pada pilihan raya negeri Sarawak, April 2011. Apa sebenarnya isu-isu kritikal yang dihadapi rakyat Sabah? Isu pokok ialah Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 1963 yang tidak dihormati kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno-BN! Begitu juga isu tanah adat dan tanah warisan. Di Sabah setakat ini 485 kes pending di mahkamah berhubung tindakan syarikat-syarikat yang merampas tanah rakyat. Begitu juga isu royalti minyak. Dua pemimpin Sabah terkorban kerana isu ini. Seorang korban jawatan, Tun Mustapha yang ditentang Tun Razak kerana meminta royalti lebih daripada 5 peratus dan Tun Fuad terkorban nyawa pada 6 Jun 1976 kerana enggan tanda tangan perjanjian dengan Petronas yang beri 5 peratus royalti. Isu lain ialah kebanjiran pendatang tanpa izin dari Filipina dan Indonesia. Janji KLmemujuk rakyat Sabah menyertai gagasan Malaysia ialah melindungi Sabah daripada Filipina dan Indonesia ternyata tidak benar. Sebaliknya KL membiarkan Sabah dimasuki secara bebas dan Umno terlibat memberi kad pengenalan dan kerakyatan kepada mereka. Selain itu, isu kemiskinan dan kemudahan infrastruktur yang daif. Pada tahun lalu, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kebajikan Persekutuan, Asri Aziz dalam majlis "sedetik dengan media" menyatakan 68 peratus rakyat Sabah masih hidup di bawah paras garis kemiskinan. Jika di Sarawak, Ketua Menteri, Taib Mahmud yang mentadbir lebih 30 tahun dianggap membebankan BN di negeri itu, bagaimana pula dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman? Sepanjang saya berada di sini, ramai bercakap tentang banyak projek pembangunan dikaitkan dengannya. Seperti Harris Salleh yang tumbang dengan Berjaya pada 1985, Musa Aman tidak mewakili kaum majoriti pribumi Sabah iaitu kaum KDM dan kaum Bajau. Musa terlalu fokus untuk memperkaya kaum keluarga dan kroninya. Isu pengambilan tanah rakyat didalangi Musa Aman kerana kuasa meluluskan tanah adalah hak mutlak Ketua Menteri Sabah. Suasana atau lingkungan politik mutakhir ini nampaknya memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat, tetapi sejarah di Sabah menunjukkan pembangkang juga sering berdepan masalah sesama sendiri ... Masalah pokok ialah untuk mencapai persetujuan dan kerjasama dengan parti-parti bukan Pakatan Rakyat seperti SAPP dan STAR. Jika gagal dicapai persetujuan "satu lawan satu" agak sukar untuk menggugat kedudukan BN yang mungkin menjadi dalang di belakang parti-parti pembangkang ini. Begitu juga dengan masalah kewangan dan logistik yang masih menjadi halangan besar kepada pembangkang kerana keadaan dan geografi di Sabah. |
Rasuah mega dalam Sarawak Energy? Posted: 14 Apr 2012 03:11 AM PDT Oleh SARAWAK REPORT Sebagai mana yang diketahui umum di seluruh Malaysia, pautan BN/UMNO pada kuasa pemerintahan bergantung penuh pada sokongan berterusan dari kedua-dua Ketua Menteri dari Malaysia Timur yang korup. Kedua-dua Abdul Taib Mahmud dan Musa Aman memperolehi wang yang mereka rompak dari rakyat mereka sendiri dan juga dari pemusnahan kediaman-kediaman rakyat mereka menerusi pembalakan dan perladangan yang tidak terkawal. Kebanyakan ratusan juta ringgit yang mereka rompak itu digunakan untuk membiayai parti memerintah, UMNO, yang korup, di samping untuk menjejaskan pihak pembangkang dan juga untuk menyogok para pengundi semasa setiap pilihan raya. Maka, kerana kedua-dua Ketua Menteri itu mampu mengadakan wang yang banyak dan juga mampu meraih undi yang banyak untuk mengekalkan kekuasan UMNO, Najib tidak dapat bertindak menggunakan undang-undang ke atas kegiatan haram mereka, walaupun dia ingin berbuat demikian. Bertentangan dengan itu Perdana Menteri meletakkan kedua-dua tokoh yang amat korup itu di tengah-tengah kerajaan tadbirannya. Saudara kepada Musa Aman adalah Menteri Luar Negara mana kala Jacob Sagan dari parti pimpinan Taib pula merupakan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Luar Negara – kedua-duanya dicemari oleh rasuah pembalakan. Salah satu kesan yang buruk mengenai cara pentadbiran yang dijalankan oleh kedua-dua Ketua Menteri itu adalah kesalahan rasuah mereka telah menjangkiti orang-orang bawahan mereka tanpa diawasi. Bak kata pepatah barat, busuk ikan bermula dari kepala. Maka tidak hairanlah jika kita menemui hampir kesemua pentadbir senior di Sabah dan Sarawak kini masing-masingnya berusaha untuk menggunakan taktik kotor dalam pentadbiran mereka seperti yang dilakukan oleh bos-bos politik mereka. Najib Razak harus bertindak segera bagi menangani masalah yang membelengu Sabah dan Sarawak dan bukannya menghalang SPRM serta para penguatkuasa mereka membawa penjenayah-penjenayah itu ke muka pengadilan. Bagaimana Pengurus Besar Sarawak Energy Bhd, Phang Chung Tchet, membuat duit dari kontrak-kontrak Sebagai contohnya, pendedahan kami ke atas kontrak berasuah yang dianugerahkan kepada ketua Sarawak Energy, Phang Chung Tchet. Pada 24 Ogos 2001, Phang telah mendaftarkan sebuah syarikat yang baru dengan nama C.P. Power Sdn Bhd di mana dia sendiri bertindak selaku Pengarah dan memegang 80% dari keseluruhan saham di situ. Lima hari kemudian, pada 29hb Ogos 2001, sebuah lagi anak Sarawak Energy diwujudkan, dengan nama Sarawak Energy Engineering Sdn Bhd. Sejak hari pertama penubuhannya syarikat ini berpejabat di ibu pejabat Sarawak Energy dan Pengurus serta Pengarahnya pula adalah Phang Chung Tchet juga. Apa yang menariknya, dan mungkin untuk menangkis khabar angin yang bakal bertiup kemudian, Sarawak Energy Engineering Sdn Bhd telah ditukar namanya pada bulan lalu dan dipindahkan ke premis yang berasingan. Namun, Pengurus dan Pengarahnya masih lagi Phang Chung Tchet. Maka, soalannya sama ada terdapat hubungan antara pegangan 70% anak syarikat SEB, diuruskan dan diarahkan oleh Phang Chung Tchet, dan sebuah lagi syarikat yang dia wujudkan secara peribadi 5 hari sebelum itu, C P Power Sdn Bhd? Jawapannya, sepertimana yang kami temui kemudian, adalah ya. C P Power Sdn Bhd adalah pemilik baki 30% saham dalam Sarawak Energy Engineering Sdn Bhd! Dan, sebagaimana yang telah kita ketahui sebelum ini, Pengurus Besar SEB Phang Chung Tchet merupakan pemegang 80% saham dalam C P Power. Ini bermakna 80% dari 30% keuntungan dari kesemua kontrak yang dianugerahkan oleh SEB kepada Sarawak Energy Engineering/See Energy akan terus masuk ke dalam saku Pengurus Besar SEB! Justeru itu, wajarlah bagi kita meneliti kontrak-kontrak, yang telah dianugerahkan sejak tertubuhnya Sarawak Energy Engineering pada 2001? Kontrak-kontrak lebih RM900 juta! Berdasarkan rujukan yang diperolehi dari laman web rasmi CIDB jelaslah Sarawak Energy Engineering/See Energy Sdn Bhd telah mendapat kontrak-kontrak berjumlah lebih RM900 juta dari negeri Sarawak selama kira-kira sedekad lamanya. Kebanyakan kontrak ini telah dianugerahkan kepada syarikat berkenaan oleh Sarawak Energy Bhd. Sebagai pengurus Besar Sarawak Energy, bolehlah kita andaikan bahawa Phang mempunyai kuasa dan kawalan penuh ke atas keputusan-keputusan untuk meletakkan kontrak-kontrak ke tangan sebuah syarikat di mana dia sendiri merupakan pemegang terbesar saham dalam syarikat itu! Lagipun, 80% dari 30% keuntungan itu menjadikan sejumlah wang yang banyak, jika kita bercakap tentang kontrak-kontrak yang mencecah RATUSAN JUTA RINGGIT! Maka, Phang kini perlu menjawab persoalan-persoalan yang serius mengenai betapa jelasnya percanggahan kepentingan tugas dan tanggungjawab yang melibatkan pengurusannya dalam dua buah syarikat dan ratusan juta ringgit nilai kontrak-kontrak yang disalurkan dari SEB ke dalam sebuah syarikat miliknya. Begitu juga, terdapat suatu persoalan yang hangat dihalakan kepada Ketua Eksekutif SEB berbangsa Norway, Tortein Dale Sjoveit, yang jelas mengetahui mengenai kegiatan rasuah ini, tetapi dibiarkannya. Walau bagaimanapun, Phang mungkin mengikut jejak langkah bos-bos politiknya di Sarawak. Pengerusi SEB adalah sepupu kepada Ketua Menteri, Hamed Sepawi, yang sentiasa menikmati pelbagai naungan dalam bentuk lesen-lesen perladangan, kontrak-kontrak binaan, lesen-lesen pembalakan dan banyak lagi jenis lesen yang lain dari kerajaan yang ditadbir-urus oleh Abdul Taib Mahmud. Jika Taib Mahmud dan sepupunya yang juga proksinya, Hamed Sepawi, merupakan pemimpin yang terlalu korup dan boleh melarikan sebanyak mana yang mereka mahu, kenapa pula orang-orang bawahan mereka berkelakuan berlainan dari mereka? |
BONGKAR : Rekod bank Chia terdedah Posted: 14 Apr 2012 03:06 AM PDT SABAH DAILY Laman pembocor maklumat Sarawak Report hari ini mendedahkan dokumen bagi menangkis penafian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bahawa beliau tiada kena mengena dengan orang tengah pembalakan Michael Chia. Dokumen yang disiarkan itu menunjukkan arahan tersedia (standing order) bank untuk mendepositkan beberapa ribu dolar Amerika Syarikat (AS) untuk pendidikan anak ketua menteri di Perth, Australia. Dokumen itu dikatakan bocor daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan menyiasatnya sebelum ini tetapi tidak berakhir dengan pendakwaan. |
Keluarga kesal sikap Sham Kamikaze Posted: 14 Apr 2012 03:02 AM PDT Keluarga Nurul Halimin yang didakwa isteri kedua kepada Sham (Kamikaze) terkilan apabila gitaris itu masih enggan mengakui dia sudah bernikah dengan wanita berkenaan.Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan mereka yang telah berlangsung pada 16 Januari lalu."Memang benar Sham dan Halimin sudah bernikah tetapi kenapa dia masih lagi menafikan hal tersebut? "Bukankah perkahwinan itu satu berita yang perlu diberitahu kepada umum agar ia tidak menimbulkan fitnah? "Keluarga Halimin sedih apabila dia bersikap sedemikian sedangkan dia seorang pendakwah. Bukan itu caranya dia mengendalikan masalah," katanya kepada mStar Online di sini Jumaat. Pada Januari lalu, kisah mengenai Sham menjadi tumpuan apabila dia dikatakan sudah beristeri dua. Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda. Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak satu . Tambah sumber itu lagi, sikap Sham yang tidak bercakap benar itu membuatkan Halimin tertekan dan terasa seperti diabaikan kerana menyembunyikan status perkahwinan mereka. "Sebelum berkahwin, macam-macam janji yang dia katakan kononya ingin menjelaskan perkahwinan itu kepada isteri pertamanya, Farazila, tetapi sehingga kini wanita itu belum diberitahu lagi," ujarnya. "Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah. "Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada keluarga anda?" Katanya. |
Pemuzik dipukul kerabat diraja Posted: 14 Apr 2012 03:00 AM PDT Seorang pemuzik cedera di bahagian kepala dan muka selepas mendakwa dipukul seorang kerabat diraja di hadapan sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur semalam, lapor akhbar Berita Harian.Menurut laporan tersebut hari ini, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, menerima rawatan selepas didakwa pengsan selepas diserang dalam kejadian awal pagi itu.Sementara itu Bernama melaporkan, Mikael Adam didatangi suspek ketika beliau dan dua rakan perempuannya baru memasuki kereta yang kemudian bertindak menariknya keluar dari kereta dan memukulnya dalam kejadian awal pagi itu. "Ketika itu saya baru pulang dari kerja…sebaik ditarik keluar, saya ditumbuk bertalu-talu sehingga terjatuh sebelum kepala saya dipijak dengan kuat menyebabkan saya tidak sedarkan diri. "Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala dengan kedua belah tangan saya bagi mengelakkan kecederaan lebih parah," katanya dalam laporan tersebut. Laporan itu juga menyebut, Mikael Adam membuat laporan di Balai Polis Tun Razak tidak lama selepas insiden tersebut berlaku. |
KKM akan periksa sistem syif doktor Posted: 14 Apr 2012 02:55 AM PDT Kementerian Kesihatan akan menjalankan pemeriksaan terhadap sistem syif doktor pelatih di hospital-hospital terhadap laporan bahawa doktor pelatih terpaksa berkerja keras dan lebih masa, dibuli oleh senior serta mengalami kemurungan.Di bawah Sistem Jadual Waktu Fleksibel Pegawai Perubatan Siswazah yang diperkenalkan September lalu, doktor pelatih hanya boleh bekerja sehingga 60 jam seminggu dengan dua hari cuti. Tetapi pelaksanaannya dilaporkan amat buruk di sesetengah hospital. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, kementerian akan mendapatkan penjelasan daripada hospital yang didapati membuli doktor pelatih mereka, sambil menambah bahawa kementerian bersedia untuk membantu mereka melaksanakan sistem berkesan jika mereka menghadapi masalah kekurangan doktor pelatih. Bagaimanapun, beliau berkata telah memeriksa jadual di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Klang, Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh tetapi tidak mendapati mana-mana pelatih yang bekerja lebih daripada lima hari seminggu atau berkerja dua syif. Terdahulu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Mary Cardosa menggesa kementerian untuk mengkaji semula sistem syif dan menjalankan kajian ke atas kesihatan mental doktor baru. Dalam kematian Dr Lee Chang Tat (gambar), 29, yang ditemui mati dalam tandas wad pediatrik di Hospital Kajang dengan picagari di sisinya, beliau berkata tidak ada data menunjukkan bilangan doktor pelatih yang mengalami kemurungan disebabkan waktu kerja yang panjang dan mengalami tekanan. Sementara itu, Majlis Perubatan Malaysia membuat kajian sebanyak lima kes doktor dengan isu-isu kesihatan mental secara purata setiap bulan. Adalah difahamkan bahawa terdapat 20 kes pada bulan Oktober lalu. "Kebanyakan mereka adalah doktor pelatih, tetapi kita juga telah mendengar kes ke atas pegawai-pegawai perubatan," kata bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican. "Antara jenis-jenis isu adalah masalah psikiatri dan kebimbangan," kata Dr Ismail. |
Perbuatan paling kurang ajar, biadab – Perkasa Posted: 14 Apr 2012 02:54 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan perbuatan mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu pada Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah perbuatan paling kurang ajar dan biadab. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika dakwaan pengawai perubatan yang bertugas pada majlis istiadat tersebut, Dr. Rahman Kadir adalah benar, mereka yang bertanggungjawab perlu dihukum dengan sekeras-kerasnya. Jelas Ibrahim, mengenali sikap serta tingkah laku pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan kejadian tersebut sama ada di Dewan Rakyat mahupun ketika demonstrasi jalanan, beliau yakin itulah sebenarnya mentaliti mereka. "Saya yakin Dr. Rahman bercakap benar dan mustahil beliau berani untuk mereka-reka dakwaan serius sebegitu apatah lagi semasa majlis istiadat Yang di-Pertuan Agong. Pada masa yang sama, beliau pula individu berkecuali dan bukan pemimpin politik.-Utusan |
Posted: 14 Apr 2012 02:45 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR, - Setelah hampir sebulan kumpulan anti-Lynas berhimpun secara besar-besaran di Kuantan, sekali lagi himpunan serentak di seluruh negara diadakan, petang tadi. Di Shah Alam, kira-kira 200 peserta berbaju warna hijau, berhimpun di Dataran Bandaraya Shah Alam, sebagai bantahan terhadap sikap kerajaan dalam menangani isu loji nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), di Kuantan, Pahang. Kumpulan tersebut yang bergerak dari Masjid Negeri Shah Alam, selepas solat Jumaat itu, diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mohamad ketika berucap di hadapan peserta solidariti, berkata projek di Kuantan ini hanya memberi keuntungan kepada pihak kapitalis, manakala rakyat hanya mengaut sisa radioaktif dari projek berkenaan. Katanya, sudah jelas kesan dari projek LAMP ini hanya membawa kemusnahan, bukan sahaja kepada kesihatan manusia, tetapi juga terhadap alam sekitar. "Kita tidak mahu apa yang berlaku di Bukit Merah, Perak berulang di Kuantan. Malaysia bukan 'dumping site' untuk sisa berbahaya. Ini bukan isu parti, bangsa apa yang perjuangkan. Ini tentang kemanusiaan," tegas beliau. Sementara itu, jurucakap Badan Bertindak Anti Rare Earth (Badar), Zulkefly Mohamad Omar berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung penolakan semakan kehakiman yang difailkan sepuluh penduduk Gebeng, Kuantan terhadap tindakan Atomic Energy Licensing Board (AELB) meluluskan lesen operasi sementara kepada Lynas. "Kita akan failkan rayuan. Kita yakin ada kepentingan pihak tertentu dalam mempertahankan projek ini. Hanya satu sahaja isyarat yang wajar rakyat tunjukkan kepada pemerintah sebagai penentangan terhadap projek ini. Tolak mereka yang menyokong pembinaan loji Lynas dalam pilihan raya umum akan datang," tegasnya. Himpunan itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib; Adun Meru, Dr. Rani Osman; peguam Harris Ibrahim, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvam dan aktivis mahasiswa, Safwan Anang. Mereka melaungkan pelbagai slogan, antaranya 'Henti Lynas', 'Hidup Rakyat', Hidup Alam Sekitar', 'Jahanam Kapitalis' dan 'Go Back To Australia'. Kira-kira 20 anggota polis beruniform dan berpakaian preman hanya memerhatikan himpunan, manakala anggota trafik mengawal keadaan lalu-lintas. Di Melaka, Pakatan Rakyat Melaka turut berjaya menghimpunkan kira-kira 200 peserta bagi menyatakan solidariti berhubung isu sama. Perhimpunan yang diadakan di hadapan kampus Universiti Terbuka Malaysia, Bukit Palah, itu turut disertai Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari. Selain Adly, turut serta dalam perhimpunan tersebut ialah pemimpin Pakatan Rakyat negeri, antarana Pengerusi DAP, Goh Leong San; Timbalan Pengerusi PKR, Rahim Ali serta wakil daripada Dewan Perhimpunan Cina Melaka dan Solidariti Anak Muda Malaysia. Di Sungai Petani, Kedah, hampir 2000 kumpulan anti-Lynas berhimpun di Dataran Jam Besar, yang turut disertai Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaffar; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Adun Kota Darul Aman, Lee Guan Aik; wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Selain di Shah Alam, Melaka dan Kedah, turut berlangsung himpunan sama di 10 lokasi lain seperti di Pahang (Masjid Al-Fatah, Batu 3, Kuantan), Perak (tapak kilang ARE Bukit Merah, Menglembu), Sarawak (Masjid At Takwa, Miri), Kelantan (Dataran Ilmu, Kota Bharu), Negeri Sembilan (Taman Tasik Seremban), , Johor (Masjid Daerah Batu Pahat), Terengganu (Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu), Pulau Pinang (Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh).-Harakahdaily |
Isu YB di pusat hiburan, Ali tertinggal bas Posted: 13 Apr 2012 04:48 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE MELAKA, - PAS Melaka menyifatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tertinggal bas dan kurang bermaklumat mengenai isu seorang wakil rakyat Umno yang diperiksa di dalam pusat hiburan di Melaka Raya, baru-baru ini. Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek, Ketua Menteri Melaka perlu merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian dan Sin Chew Jit Poh bertarikh 25 Mac 2012 berkenaan isu seorang wakil rakyat turut diperiksa di sebuah pusat hiburan jam 2.40 pagi. "Dua buktinya iaitu akhbar Sinar Harian dan Sin Chew Jit Poh menyatakan wakil rakyat daripada Jasin, asasnya ada dan saya harap polis maklumkan kepada Ketua Menteri bahawa ada wakil rakyat dalam serbuan itu. "Kalau rujuk laporan media itu YB BN kena nafikan kerana YB pembangkang tak terlibat sebab kalau ada mesti media perdana melaporkannya secara terperinci, isu ini isu moral," ujarnya. Beliau turut meminta polis membuat kenyataan berhubung isu ini kerana media secara jelas melaporkannya tetapi sebaliknya tiada laporan polis yang dibuat mengenai insiden tersebut. "Kita cabar wakil rakyat terbabit atau BN saman dua akhbar ini sekiranya berita itu tak benar dan minta wakil rakyat dari Jasin iaitu empat daripada Umno termasuk seorang daripada MCA menafikannya. "Kita juga minta wakil rakyat terbabit meletak jawatan sebagai pengajaran kepada semua wakil rakyat agar bertanggungjawab terhadap amanah yang diletakkan pada mereka bukannya mengambil kesempatan berpoya-poya dalam pusat hiburan," katanya. Serbuan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri menerusi Ops Tapis di pusat hiburan itu turut memeriksa seorang wakil rakyat yang juga merupakan pelanggan di situ dan berjaya menahan 12 orang yang didapati positif dadah (AMP).--Harakahdaily |
Utusan berusaha gambarkan Bersih ‘jahat’, kata pemerhati media kepada Suhakam Posted: 13 Apr 2012 04:46 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 April — Utusan Malaysia antara empat akhbar yang konsisten menggambarkan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu secara negatif, kata pemerhati media hari ini. Ding Jo-Ann, wakil daripada Centre for Independent Journalism (CIJ) memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa kajian semasa liputan media di himpunan Bersih 2.0 mendapati kumpulan reformasi pilihan raya tidak diberikan liputan secukupnya. "Laporan-laporan Utusan, misalnya terlalu negatif, menakutkan. Terdapat serangan peribadi terhadap (Datuk) Ambiga (Sreenevasan), satu usaha bersepadu untuk menggambarkan Bersih adalah jahat. "Liputan Utusan akan menguatkan penggunaan kekerasaan ke atas peserta Bersih 2.0," katanya kepada Pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee dan Detta Seman. Kajian dijalankan CIJ bermula dari 25 Jun hingga 11 Julai, kata Ding, hanya tiga peratus laporan Utusan menyiarkan kata-kata dari penganjur Bersih sementara bakinya memaparkan pihak-pihak yang menentang himpunan Bersih 2.0. "Walaupun Utusan melaporkan laporan daripada sumber-sumber tanpa nama yang menuduh Bersih dibiayai oleh organisasi asing, kumpulan Kristian," tambah Ding. Secara perbandingan. katanya, akhbar lain seperti New Straits Times, The Star, dan The Sun memberi liputan yang agak baik tetapi masih berkurangan. "Pembaca biasa akan mendapati sukar untuk mengerti tujuan (himpunan 9 Julai) dari akhbar-akhabr ini," tambahnya. Himpunan Bersih kali ketiga untuk pilihan raya bersih dan adil akan diadakan pada pukul 2 petang hingga 4 petang di Dataran Merdeka pada 28 April ini. Kali ini, perhimpunan akan diadakan serentak di seluruh negara yang mungkin akan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk bersetuju dengan permintaan agar melakukan reformasi sistem pilihan raya secara keseluruhannya. Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, menjadi huru-hara apabila pihak berkuasa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menghuraikan peserta perhimpunan. Jalan-jalan utama di ibu negara telah dibanjiri peserta Bersih 2.0 sejak awal pagi walaupun amaran tangkapan telah dikeluarkan. Lebih daripada 1,600 orang telah ditahan termasuk pemimpin Bersih 2.0 dan wakil rakyat parti pembangkang tetapi perhimpunan itu dikatakan berjaya berdasarkan jumlah peserta dan publisiti yang diperoleh dari dalam dan luar negara. Kerajaan dengan segera menggubal undang-undang baru iaitu Akta Perhimpunan Aman selepas himpunan Bersih 2.0 dan membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk reformasi pilihan raya, namun Bersih 2.0 percaya langkah itu kurang berkesan. Ambiga mengatakan 22 cadangan PSC gagal untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara. |
Pasport Pengerusi Eksekutif NFCorp diserah sementara Posted: 13 Apr 2012 04:42 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR-Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang didakwa pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan pertuduhan mengikut Akta Syarikat, hari ini berjaya memperoleh pasportnya bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi ke luar negara. Hakim S.M Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Mohamad Salleh supaya pasport tersebut diserahkan sementara kepada anak guamnya dan dikembalikan semula kepada mahkamah pada 16 Mei ini. Muhammad Shafee ketika membuat permohonan itu pada sebutan kes berkenaan hari ini berkata anak guamnya telah memfailkan notis permohonan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 10 April lepas bagi memohon supaya pasport itu diserahkan untuk membolehkannya selaku pengerusi eksekutif NFCorp dan pengarah serta signatory syarikat Meatworks (Singapura) Pte Ltd menjalankan tugas rasmi ke luar negara. Katanya anak guamnya itu berjanji akan mengembalikan pasport itu dalam tempoh 48 jam selepas kembali ke tanah air pada 16 Mei ini. Mohamad Salleh akan ke Singapura pada 23 April hingga 26 April, mengerjakan umrah pada 28 April hingga 5 Mei, mengadakan lawatan ke Kazaskhtan pada 5 Mei hingga 11 Mei dan ke London pada 11 Mei hingga 15 Mei bagi melawat anaknya di sana. Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad tidak membantah permohonan pihak pembelaan supaya pasport itu serahkan sementara kepada Mohamad Salleh. Mahkamah menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan semula kes itu. Pada 12 Mac lepas, Mohamad Salleh, 64, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur. Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Dis 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi Taman Tun Dr Ismail. Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 Nov 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan salah seorang anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan. Kedua-dua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 409 dan jika disabitkan boleh dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun hingga 20 tahun dan sebat serta boleh didenda. Sementara itu, bagi pertuduhan pertama dan kedua mengikut Akta Syarikat, Mohamad Salleh selaku pengarah NFCorp didakwa tanpa kebenaran mesyuarat agung telah menggunakan harta syarikat untuk membiayai sebahagian daripada pembelian dua unit kondominium berkenaan. Bagi kedua-dua kesalahan ini, Mohamad Salleh didakwa mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000. Turut hadir di mahkamah, isteri Mohamad Salleh iaitu bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan anggota keluarganya.- BERNAMA |
Biasiswa Karangkraf RM1 juta biaya penuntut UMTech Posted: 13 Apr 2012 04:39 PM PDT PETALING JAYA - Kumpulan Media Karangkraf memperuntukkan dana Biasiswa Karangkraf sebanyak RM1 juta bagi membiayai pengajian penuntut University Management & Technology (UMTech) dalam tempoh setahun. Sebagai menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kumpulan berkenaan, dana RM1 juta itu diserahkan melalui satu majlis perjanjian persefahaman (MoU) antara syarikat penerbitan majalah dan akhbar terbesar itu bersama UMTech. Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, Karangkraf berbangga kerana UMTech sedia bekerjasama dan merealisasikan tanggungjawab sosial syarikat itu. "Kami cuba sedaya upaya untuk membantu memberikan ruang kepada masyarakat, terutama pendidikan dan mahu melihat sekurang-kurangnya antara 50 hingga 100 penuntut diberi peluang melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi. "Kami di Karangkraf menyediakan banyak program CSR di bawah program Karangkraf Peduli yang terdapat lima teras antaranya Karangkraf Peduli Jujur, Karangkraf Peduli Alam, Karangkraf Peduli Muafakat, Karangkraf Peduli Duafa dan Karangkraf Peduli Iqra," katanya ketika berucap pada majlis MoU di Leisure Commerce Square, semalam. Turut hadir, Naib Canselor UMTech, Prof Dr Abdul Razak Habib; Timbalan Naib Canselor, Prof Madya Datin Dr Raja Hanaliza Raja Ahmad Tajudin; Penasihat Eksekutif Editorial Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali; Pengurus Besar Jabatan Sumber Manusia Karangkraf, Mohd Nazri Mohd Noor dan Pengurus Akademi Karangkraf, Azam Aris. Hussamuddin berkata, beliau berharap, lebih banyak program dapat dilaksana bersama UMTech selepas ini. Sementara itu, Prof Dr Abdul Razak Habib berkata, UMTech amat berbesar hati kesudian Karangkraf bertemu dan memeterai perjanjian itu. "Kita akan bekerjasama memberi latihan kepada pekerja Karangkraf sama ada menjadi penuntut separuh masa atau sepenuh masa. "Kerjasama ini bukan terhenti setakat ini, harapnya ia berpanjangan," katanya. |
PRU13 hujung tahun, bukan Jun? Posted: 13 Apr 2012 04:37 PM PDT AWAL bulan lalu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar antara lain berkata, jika hendak membubarkan adalah lebih baik dibubarkan hanya selepas istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 selesai. Istiadat disempurnakan Rabu lalu. Minggu depan undang-undang yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dibahaskan oleh Dewan Rakyat. Ia akan disusuli pindaan membabitkan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Ia sebahagian daripada pelan transformasi politik dijanjikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Melihat kepada faktor-faktor itu, dan mengambil kira beberapa pertimbangan lain, setakat minggu lalu, ramai membuat spekulasi bahawa Najib, selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN akan membubarkan Parlimen akhir bulan depan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 dipanggil menjelang pertengahan bulan Jun. Dalam tulisan pertama pun, penulis memetik cakap-cakap di luar dengan mengetengahkan minggu pertama atau kedua sebagai tarikh pengundian PRU13. Sidang Dewan Negara akan berakhir pada minggu kedua bulan depan. Sementara ramai berteka-teki Jun sebagai bulan yang 'paling sesuai', penulis kini mendengar cerita terbaru. Ini yang dikatakan 'demam tarikh pilihan raya'. Tak habis-habis kitaran spekulasi ini. Rakan-rakan media dan beberapa penganalisis - sepenuh masa dan sambilan - memberi ramalan baru mereka. Andaian dan ramalan kesemua mereka seiring. Kata mereka, kepimpinan BN sedang mempertimbangkan tempoh enam bulan lagi untuk memanggil PRU13. Malah kata mereka, walaupun keadaan nampak tenang dan selesa, tetapi Najib mahu masa lagi untuk benar-benar selesa dan yakin sebelum boleh membubarkan Parlimen. Mereka mengandaikan Najib dan BN tidak seratus peratus yakin dengan situasi semasa walaupun Najib dan timbalannya kerapkali turun padang, bertemu rakyat. Awal bulan lalu, menjelang pembukaan sesi Parlimen yang berlangsung sekarang, beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat memberitahu penulis bahawa mereka tidak akan terkejut jika Parlimen terus bersidang - pada Julai ini (selama dua minggu) dan kemudian menuju ke arah sesi Bajet 2013, pada Oktober-Disember ini. Mandat semasa tinggal setahun lalu. Oleh itu, ada yang mengatakan Najib kemungkinan akan menggunakan keseluruhan tempoh mandat sebelum memutuskan untuk membubarkan Parlimen. Laporan PSC Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya, yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini, mengesyorkan pilihan raya umum masa depan hanya diadakan selepas tahun keempat tempoh mandat. Apa pun andaian dan ramalan, Najib mempunyai kata putus, selain menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong. Jika tidak bulan Jun, spekulasi akan berterusan. Teka-teki tarikh PRU13 akan masuk kitaran baru. Kita tenggelam dalam ramalan. Pening! |
Mahkamah tolak saman Umno atas Ustaz Hadi, Mohd Sabu Posted: 13 Apr 2012 04:30 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE SHAH ALAM- Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos tuntutan saman RM10 juta Umno Selangor ke atas Presiden PAS, Tuan Guru Ustaz Hadi Awang dan timbalannya, Haji Mohd Sabu di atas alasan saman tersebut bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966. Umno Selangor telah melalui Setiasusaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed memfailkan writ saman ke atas Ustaz Hadi dan Mohd Sabu dan beberapa individu lain bagi menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'. Dengan keputusan ini, hanya tinggal tiga lagi defendan dalam kes saman Umno ini. Artikel Harakah tersebut telah diterbitkan pada edisinya bertarikh 19 Ogos 2011 yang lalu. Ustaz Hadi dan Mat Sabu kemudiannya telah memfailkan Saman Dalam Kamar di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (a) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 bagi membatalkan saman Umno Selangor tersebut. Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin ketika menolak tuntutan Umno Selangor tersebut bersetuju dengan hujah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Ustaz Hadi dan Mohd Sabu bahawa saman Umno Selangor ke atas kedua-dua tokoh PAS tersebut telah gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan kerana ia bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan. Di dalam hujah lisannya Hanipa berhujah perkataan 'any office bearer (mana -mana pemegang jawatan) di dalam seksyen 9 (c) akta tersebut bermaksud hanya seorang pemegang jawatan di dalam PAS yang boleh di saman maka tindakan Umno Selangor yang menamakan lebih dari seorang pemegang jawatan PAS tersebut adalah secara jelas satu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana ia melanggar seksyen 9(c) Akta tersebut. Saman Umno Selangor tersebut telah difailkan oleh peguam Umno iaitu Tetuan Hafarizam, Wan Mubarak manakala Ustaz Hadi dan Mohd Sabu diwakili oleh Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.-Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan