Sabtu, 14 April 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Bekas Isteri Raja Mengaku Gemar Berjudi

Posted: 14 Apr 2012 09:10 AM PDT


Bekas isteri Sultan Brunei, Mariam Aziz dilaporkan sering menghabiskan masa untuk bertaruh ketika lawatan ke London dan Macau.

"Saya suka berjudi, aktiviti itu merupakan teras kepada kehidupan sosial saya dan saya mendapati aktiviti itu dapat melepaskan diri (daripada masalah)," katanya dalam keterangannya yang direkodkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Keith Lindblom.

Menurut Mariam, beliau ke kasino bersama dengan sekumpulan rakan, ahli keluarga, dan pekerja.

Beliau akan bermula dengan cip sehingga 50 000 pound (RM250 000) dan bertaruh kira-kira 10 000 pound (RM50 000) untuk satu putaran.

"Orang yang mengikut saya, kakitangan saya yang bermain akan menggunakan cip ini. Jika mereka menang, terpulang kepada mereka untuk melakukan apa-apa dengan kemenangan (wang) mereka," katanya.
 

Mahkamah diberitahu bahawa pengawal dan pembantu peribadinya, iaitu Fatimah Kumin Lim sering menemaninya ke kasino.

Fatimah membuka kemudahan kredit, lima daripadanya  di London - Ambassadeurs Les, Aspinalls, Crockfords, Clermont Rendezvous. Namun, Mariam  menjelaskan bahawa beliau tidak memintanya berbuat demikian.

Mariam memenangi kes mahkamah terhadap bekas pembantu peribadinya yang dituduh mencuri dan menjual berlian miliknya yang bernilai lebih daripada £12million (RM60 juta).

Fatimah didakwa mengambil permata kepunyaan Mariam, 55, dan menggantikannya dengan replika yang tidak bernilai. Dia dilaporkan berbuat demikian untuk membayar hutang perjudiannya.

Mariam dikurniai empat orang anak bersama dengan Sultan Brunei sebelum perkahwinan yang dibina pada tahun 1981 itu berakhir dengan perceraian pada bulan Februari 2003.
-DCM/The Straits Times


 


Regim BN Semakin Terdesak...Edar Komik Puji BN, Hentam PR ke Sekolah

Posted: 14 Apr 2012 07:42 AM PDT





[TMI] KUALA LUMPUR, 13 April — Komik transformasi yang memuji kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mula diedarkan dalam kalangan guru sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dikatakan diagihkan jabatan pendidikan negeri.

Komik berwarna setebal 50 muka surat itu menampilkan karikatur seperti pemimpin politik utama daripada gabungan pemerintah yang digambarkan dari sudut terbaik.

Sebaliknya, pemimpin pembangkang digambarkan bersikap negatif dan jahat, seperti pada muka surat 31, yang menunjukkan seorang lelaki bercermin mata bersama dua lelaki separuh bogel yang dilihat dikaitkan dengan pesaing Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat PPKR itu dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi awal bulan ini setelah mengambil masa hampir tiga tahun untuk perbicaraan.

"Kementerian Pelajaran boleh mengadakan mesyuarat dengan kami bila-bila masa. Kali ini, kami diberi taklimat tentang pencapaian kerajaan sejak beberapa tahun lalu," kata seorang guru kepada The Malaysian Insider.

Guru itu yang meletakkan syarat agar namanya dirahsiakan berkata telah menghadiri satu taklimat bertajuk "Wacana Transformasi Minda" anjuran jabatan pendidikan negeri yang disertai pengetua sekolah dan guru penolong kanan.

"Kami telah diberitahu bahawa kerajaan merupakan kerajaan yang baik tetapi tiada arahan untuk mengundi sesiapa.

"Tetapi setiap daripada kami mendapat buku, yang menyokong diri sendiri," tambah guru itu.

Mandat pemerintahan BN akan berakhir suku pertama tahun depan dan spekulasi mengatakan pilihan raya umum akan diadakan awal, mungkin beberapa bulan akan datang.

Guru merupakan populasi terbesar bagi tenaga kerja awam, antara sasaran terpenting untuk menyokong BN.

Bukan semua sekolah menerima komik itu. Beberapa guru yang dihubungi The Malaysian Insider tidak mengetahui perkara itu.

Kementerian Pelajaran masih belum memberikan sebarang respons tentang perkara itu.

Buku komik itu dikatakan diterbitkan Mj Publication Sdn Bhd, yang beralamat di No 12/9, Jalan Jati 2, Persiaran Barat, 68000 Ampang, Selangor.

Bagaimanapun carian dalam direktori perniagaan gagal mencari alamat itu. Pemeriksaan di Google Maps juga menunjukkan alamat itu tidak wujud, sekaligus menimbulkan keraguan penerbit itu.

Komik itu juga tidak memaparkan permit pencetak, yang merupakan satu syarat yang dikehendaki Kementerian Dalam Negeri.

The Malaysian Insider berjaya mendapatkan satu salinan komik itu yang menggambarkan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memegang bendera kebangsaan dn satu kumpulan yang mewakili pelbagai etnik Malaysia dengan perkataan, "Saya tidak akan memecahkan kepercayaan anda" di muka hadapan komik itu.

 

Pelbagai jenis gambar-gambar yang memuji kepimpinan dan dasar-dasar BN, seperti bagaimana pentadbiran Najib membantu menyediakan insentif-insentif kepada belia di bawah konsep 1Malaysia.

Pada halaman 38 juga menggambarkan Najib digambarkan seperti wira terkemuka dan terbang di atas orang ramai yang memanggilnya "Hi!Superman".




[Gambar/Video] Demonstrasi Mansuh PTPTN

Posted: 14 Apr 2012 07:13 AM PDT


Demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan PTPTN oleh mahasiswa bermula di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.

Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."

Kumpulan siswa itu turut membawa kain rentang antaranya dengan slogan bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.

Berita dan gambar lain di sini.












P/s: Kah kah kah!



















Lelaki Kehilangan Kemaluan & Nyawa Selepas Didakwa Merogol Saudara Perempuan Rakannya

Posted: 14 Apr 2012 12:30 AM PDT


Seorang lelaki berusia 38 tahun bertindak memotong kemaluan rakannya malam Selasa lalu selepas saudara perempuannya mengadu dirogol lelaki berkenaan.

Polis terkejut apabila lelaki berkenaan datang menyerah diri di balai Pant Nagar di Ghatkopar dengan memegang alat pemotong. Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Kannan Muttu Kumar Swami Pillai dan mengaku telah membunuh rakannya, Govindan, 35.

Pillai mendakwa Govinda merogol saudara perempuannya dan dia membunuhnya bagi membalas dendam. Pillai kemudian diiringi polis ke tempat mayat Govindan dibuang selepas lehernya dikelas manakala alat sulitnya dipotong.

"Dia memberikan tempat tinggal kepada Govindan, apabila mangsa berpindah ke Mumbai lima tahun lalu. Pillai juga memberikan peluang kerja kepada Govindan dalam perniagaan makanan ikan yang diusahakannya.

"Namun Isnin lalu dia mengetahui Govindan selalu bercakap dengan saudara perempuannya dan merogol wanita itu," kata pegawai polis Panta Nagar.

Pillai membawa mangsa keluar bersuka ria pada malam Selasa lalu dan menghukum Govindan." -DCM/Agensi



Bukti Hasan Ali Pencacai UMNO

Posted: 13 Apr 2012 11:30 PM PDT


P/s: Kalau tidak pangkah Pakatan Rakyat, HA minta rakyat pangkah parti mana? UMNO/BN?

Selamat mencacai UMNO. Moga-moga dicalonkan dalam PRU13.




Kemaruk Kahwin Dua, Isteri Dakwa Suami Curi Cap Jari Semasa Tidur

Posted: 13 Apr 2012 11:00 PM PDT

 
[SH] BESUT - Seorang suami berusia 55 tahun sanggup mencuri cap ibu jari tangan isterinya yang sedang tidur dalam usahanya berkahwin dua.

Kejadian itu disedari isteri pertama lelaki itu pada malam Isnin lalu apabila rahsia suaminya berkahwin seorang lagi pecah.

'Perang besar' tercetus antara pasangan dari sebuah kampung dekat Kampung Tembila, kira-kira 11.59 malam Isnin lalu, apabila suaminya memberitahu telah berkahwin dengan seorang wanita di selatan Thailand, Februari lepas.

Difahamkan, selepas didesak isteri pertamanya, lelaki itu memberitahu, dia sudah mendapatkan persetujuan isterinya itu bagi pengesahan pernikahan apabila si isteri menurunkan cap ibu jarinya pada satu borang khas.

Isterinya berang kerana tidak pernah berbuat demikian lalu membuat laporan polis mendakwa suaminya mencuri cap jarinya ketika tidur tanpa kerelaannya, pada keesokan hari.

Dikatakan, tujuan suaminya mencuri cap jari itu adalah bagi pengesahan pernikahan dengan isteri keduanya yang dilakukan di negara jiran.

Wanita itu pula langsung tidak sedar kejadian tersebut, malah tidak perasan sama ada terdapat kesan pewarna hitam pada ibu jarinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu Selasa lalu, yang dibuat di Balai Polis Jertih.

Kata beliau, tujuan wanita itu membuat laporan polis adalah bagi memanjangkan kes ini ke pejabat agama daerah atau mahkamah rendah syariah.

Dalam pada itu, Pegawai Agama Daerah Besut, Azmi Tengah memberitahu, dalam masa terdekat ini pihaknya belum lagi menerima aduan mengenai kes itu.


P/s: Macam-macam!
 
 

[Video] Artis Dakwa Dipukul Kerabat Diraja, Identiti VVVIP Didedahkan oleh Tukang Komen di Youtube

Posted: 13 Apr 2012 09:20 PM PDT





Muka diinjak anak VIP

[HM] KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pemuzik hip hop, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, cedera di muka dan kepala selepas diserang seorang lelaki dikatakan anak VIP di luar kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini awal pagi semalam.

Mikael Adam berkata sebelum kejadian pada jam 3.50 pagi itu, dia berada di dalam kereta bersama dua rakan sebelum suspek dikenalinya itu muncul dan menariknya keluar daripada kereta.

"Sebaik keluar, saya terus dipukul lelaki itu dengan tangan hingga saya terjatuh sebelum badan dan muka saya dipijak.

"Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala bagi mengelakkan kecederaan lebih parah," katanya dalam satu sidang media semalam.

Menurutnya, akibat pukulan bertubi-tubi daripada suspek berusia 20-an itu, mukanya berdarah sebelum dia tidak sedarkan diri.




 

Kena Belasah Tanpa Sebab
NOORZULAINI Yunos melihat kecederaan di kepala anaknya, Mikael Adam di Hospital Prince Court, di Kuala Lumpur, semalam.

[BH] KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi hip hop cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, yang juga artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop dikatakan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.

Mikael Adam mendakwa, ketika kejadian beliau berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan.

"Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.

"Saya cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka," katanya.

Mikael Adam yang turut dikenali dengan nama SonaOne berkata, beliau tidak pasti mengada dia diserang, namun kesal dengan tindakan individu terbabit yang menyerangnya hingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital.

Mikael Adam sebelum ini menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama artis hip hop, Joe Flizzow dan Altimet selain dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B.

Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Saksi itu berkata, beliau berada berhampiran tempat kejadian dan melihat mangsa dibelasah namun tidak sempat membantu sebelum menghantarnya ke hospital.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.



P/s: Nama VVIP itu ada didedahkan di ruang komen video di atas.



Tiada ulasan: