Jumaat, 6 April 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Syed Mokhtar: Adakah usaha tambah dana Umno BN?

Posted: 06 Apr 2012 05:59 AM PDT

MALAYSIA CHRONCILE


KUALA LUMPUR-Jika benar Syed Mokhtar Al Bukhary mendapat kelulusan untuk membuat kajian terperinci terhadap KTM Berhad, adakah ia satu lagi tindakan menambahkan dana pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN), Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempersoalkan.

"Saya diberitahu bahawa Syed Mokhtar telah dapat kelulusan untuk buat due diligence ke atas KTM Berhad, iaitu diberi kebenaran untuk mengetahui semua perkara yang dianggap perlu untuk diketahui berkaitan KTM.

"Perkara itu berlaku ketika dihebohankan bahawa kerajaan BN akan di beri balik sejumlah wang dari penjualan aset-aset tertentu untuk menghadapi pilihan raya umum," katanya.

Antara tindakan yang paling mendapat perhatian sebelum ini ialah apabila Maju Expressway (MEX), lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer baru-baru ini dijual dengan harga RM1.7 bilion kepada EP Manufacturing Berhad (EPMB) oleh Maju Holdings Sdn Bhd sedangkan pelaburan asal Pengerusi Eksekutif Maju Group, Tan Sri Abu Sahid Mohamed untuk MEX hanya RM60 juta sahaja.

Mohamad mempersoalkan, adakah apa yang berlaku itu merupakan bailout atau penjualan asset yang dipisah-pisahkan bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan atau asset stripping.

"Adakah apa yang orang korporat kata asset stripping itu juga dapat membantu menambahkan dana pilihan raya Umno BN?" soal beliau.

Berikutan dakwaan bahawa Syed Mokhtar mendapat kelulusan untuk melakukan due diligence ke atas KTM itu, Mohamad bimbang akan wujud raksaksa yang sangat berkuasa ke atas negara ini.

"Saya diberitahu ada khabar angin bahawa Syed Mokhtar telah membuat tawaran membeli PLUS Berhad.

"Kalau KTM dia punya, PLUS pun dia punya, Syed Mokhtar menjadi individu yang sangat berkuasa, menguasai logistik negara serta menjadi orang yang sangat penting ke atas kesejahteraan ekonomi negara.

"Sekarang pun, dengan penguasaan beberapa pelabuhan serta cadangan untuk menguasai pelabuhan lain dalam negara ini, kalau Syed Mokhtar demam, Malaysia boleh pengsan," kata beliau.

Syed Mokhtar menguasai Pelabuhan Tanjong Pelepas, Johor dan Pulau Pinang.

Terdapat pula dakwaaan Syed Mokhtar sedang berusaha untuk mengambilalih Northport Berhad di Pelabuhan Kelang.

"Kalau Syed Mokhtar berjaya kuasai PLUS dan KTM dan 60 peratus dari eksport negara pula adalah melalui pelabuhan-pelabuhan sekitar Selat Melaka yang beliau miliki, bayangkan betapa berkuasanya Syed Mokhtar.

"Banyak pula khabar yang kita dengar bahawa di belakang Syed Mokhtar ialah (Tun) Dr Mahathir (Mohamad).

"Kalau benar, adakah ia bermakna Dr Mahathir sekarang sedang berusaha habis-habisan untuk menguasai infrastruktur strategik dalam negara ini dan beliau tetap mempunyai kuasa tawar-menawar sekalipun berlakunya keadaan Umno dan BN menghadapi kekalahan?" kata Mohamad.

Beliau melahirkan kebimbangan apa akan terjadi apabila infrastruktur-infratruktur penting negara ini dikuasai oleh Syed Mokhtar yang sering dilaporkan mempunyai tanggungan yang luar biasa besar.

"Beberapa kali saya membaca laporan bahawa syarikat-syarikat milik Syed Mokhtar mempunyai hutang yang sudah mencecah RM25 juta.

"Kalau Syed Mokhtar tersungkur, ia bermakna kerajaan mesti membantunya dengan memberikan pelbagai geran dan pinjaman mudah dan rakyat jugalah yang akan menanggung bebannya," kata beliau.

Tindakan kerajaan Umno meluluskan Syed Mokhtar menguasai hampir semua infrastruktur pengangkutan dan logistik negara juga merupakan tindakan yang sangat luar biasa, kata Mohamad.

"Kalau semua infrastruktur pengangkutan dan logistik negara Syed Mokhtar yang punya, buat apa lagi ada Kementerian Pengangkutan?

"Juallah dengan menterinya sekali!" beliau menyindir.

Sebelum ini Malaysian Insider melaporkan bahawa pihaknya difahamkan bahawa Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.-Harakahdaily

Lynas: Tindakan Soi Lek untuk tipu pengundi

Posted: 06 Apr 2012 05:57 AM PDT

Lim Guan Eng


"Flip-flop" secara tiba-tiba oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan tindakan MCA untuk membuat pusingan U daripada menyokong loji pemprosesan nadir bumi Lynas kepada menuntut agar loji itu dimansuhkan, bukan sahaja menonjolkan pendirian MCA yang tidak konsisten dan tidak berprinsip tetapi juga menimbulkan soalan tentang keikhlasan dan kredibiliti MCA.

Rakyat Malaysia tidak akan percaya dengan seruan Presiden MCA Chua Soi Lek untuk memansuhkan loji Lynas dan menganggap tindakan ini sebagai helah pilihan raya umum untuk menipu pengundi.

MCA harus buktikan komitmen mereka untuk menghormati kehendak majoriti rakyat Malaysia yang ingin menutup loji nadir bumi Lynas di sekitar kawasan Kuantan, dengan menarik diri daripada BN dan tidak kembali masuk sehingga UMNO membatalkan projek pemprosesan nadir bumi yang bernilai RM2.3 bilion ini.

Selagi UMNO enggan memberi komitmen secara umum bahawa pampasan akan dibayar, tidak ada sesiapa yang akan percaya bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai isu Lynas akan berani mengesyorkan penutupan kilang tersebut.

Yang lebih teruknya, Chua terus meminta agar Lynas menghantar balik sisa nadir bumi yang radioaktif kepada Australia, walaupun Kerajaan Australia sudah menolak permintaan itu secara umum dan rasmi. Tidak seperti BN, Kerajaan Australia tidak akan mementingkan keuntungan daripada kesihatan dan keselamatan rakyatnya.

Tindakan "flip-flop" MCA yang dahulunya menyokong Lynas tetapi sekarang seolah-olah sudah mendapat hidayat baru menggesa pula supaya loji pemprosesan nadir bumi itu ditutup nampak sangat hanya bersifat oportunis, terdesak serta tidak berprinsip dan dilakukan semata-mata untuk mendapat undi.

Rakyat Malaysia tidak akan lupa bahawa MCA selama ini telah menyokong pendirian UMNO bahawa loji Lynas itu akan mendatangkan faedah seperti peluang pekerjaan, pelaburan nilai tinggi, pindahan teknologi, selamat dan tidak akan mendatangkan risiko kesihatan atau radioaktif.

Kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang menyatakan bahawa isu ini tidak lagi berkaitan dengan kesalamatan, tetapi bahawa Kerajaan tidak boleh mengabaikan pandangan majoriti rakyat Malaysia yang menentang Lynas, menunjukkan bahawa pokok isunya tidak berkaitan dengan salah atau betul. Sekali lagi, MCA mendedahkan diri sebagai parti yang tidak berprinsip atau tidak bertulang belakang.

Tidak ada apa-apa untuk menghalang MCA daripada membuat "flip-flop" sekali lagi selepas pilihan raya umum yang akan datang untuk menyokong kembali loji nadir bumi Lynas.

Oleh itu, ini adalah peluang terakhir bagi MCA untuk membuktikan komitmen mereka untuk memansuhkan loji Lynas dengan menarik diri daripada BN dan bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang atas simbol sendiri.

Adakah Chua berani untuk mengumumkan bahawa MCA hanya akan kembali ke pangkuan BN selepas penutupan loji Lynas?

Kegagalan untuk membuat demikian akan membantu rakyat Malaysia membuat keputusan sama ada untuk mempercayai parti yang bukan sahaja menipu diri sendiri tetapi cuba menipu orang lain.

PKR arah seluruh ahli sertai Besrsih 3.0

Posted: 06 Apr 2012 05:55 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat hari ini turut mengarahkan seluruh anggotanya menyertai himpunan 'duduk bantah' Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Kenyataan arahan dan sokongan terhadap Bersih itu dikeluarkan tiga Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzak Anwar, Tian Chua dan N Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, PKR sehingga kini bimbang akan kewibawaan dan kebolehpercayaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) setelah menerima dan mendedahkan maklumat tentang pelbagai penyelewengan yang berlaku berkaitan daftar pengundi.

Ianya termasuklah Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil yang didakwa menempatkan 457 pengundi pos (suku 3, 2011), yang secara tiba-tiba dipindahkan dari kawasan Parlimen Bandar Tun Razak (P124) ke Lembah Pantai (P121), walaupun ianya terletak lebih 3km dari sempadan parlimen Lembah Pantai.

Selain itu juga dakwa mereka, lebih 79,000 pengundi yang didaftarkan dalam lebih 350 alamat yang sama, di mana setiap alamat itu merekodkan lebih dari 100 pengundi.

Mereka juga turut mempersoal 42,000 nama yang disahkan SPR sebagai pemilih yang diragui status kewarganegaraan mereka, yang masih enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih.

Malah kata mereka, ada juga kes di mana lebih 1,000 pengundi yang melebihi umur 100 tahun, yang enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih.

"Maka dengan itu, saya bersama pimpinan tertinggi parti menggesa setiap anggota PKR di seluruh negara untuk keluar menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 di mana sahaja perhimpunan ini diadakan," tegas kenyataan itu.-Harakahdaily

Rumah kerabat Sultan Selangor di Bukit Tunku dipecah masuk

Posted: 06 Apr 2012 05:53 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Rumah mewah tiga tingkat kerabat Sultan Selangor di Bukit Tunku di sini dimasuki dua lelaki dan melarikan sebuah kereta mewah Mercedes Benz serta barangan berharga.

Kejadian pada kira-kira jam 5 pagi itu dilakukan dua lelaki dipercayai warga Indonesia yang memecah masuk melalui tingkap depan sebelum mengikat tiga pembantu rumah wanita di kediaman itu, menurut sumber polis.

"Sewaktu kejadian kesemua ahli keluarga kerabat Diraja Selangor itu tiada di rumah kerana mereka berada di luar negara dan hanya pembantu rumah saja yang menjaga rumah itu. Mereka tidak dicederakan," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati tingkat dua dan tiga rumah itu telah digeledah dua lelaki itu berdasarkan banyak kesan cap jari ditemui.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan dan rumah berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan .- BERNAMA

Nazri, adakah kamu melindungi Peguam Negara kerana dia tidak mendakwa anakmu?

Posted: 06 Apr 2012 05:46 AM PDT

Robert Phang


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam siasatan SPRM. Jangan cuba mengganggu kerja mereka kerana anda akan hanya Nampak seperti PEMBULI BESAR SAHAJA.

Menteri Undang-undang de facto, Datuk Seri Nazri Aziz tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Nazri hanyalah ahli parlimen dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan Parlimen dan menyelaras hal ehwal parlimen.

Tugasnya hanyalah untuk menguruskan hal ehwal Parlimen dan dia tidak patut menggunakan kuasa politik untuk membuli pegawai SPRM yang berani memerangi rasuah. Nazri tidak patut memberitahu Timbalan Ketua SPRM Shukri Abdull bagaimana untuk menangani kes rasuah dan memperkecilkan beliau sebagai "lemah".

Bukankah SPRM sepatutnya bebas?

Adakah Nazri telah lupa bahawa SPRM sebuah badan yang bebas? Malah, Shukri telah "cukup berani" untuk mendedahkan tindakan Peguam Negara (AG) Tan Sri Gani Patail yang enggan untuk mendakwa kebanyakkan kes SPRM dalam siasatan mereka ke atas orang-orang yang berjawatan tinggi di sektor awam. Shukri tidak harus berhenti begitu sahaja kerana takut akibat dibuli Nazri. Dia sepatutnya perlu menyiasat aset Nazri untuk menentukan sama ada pendapatannya sememangnya mampu menyara kehidupan mewah anaknya.

Mengapa Nazri mempertahankan Peguam Negara dan menyerang SPRM? Kedua-duanya sepatutnya bebas. Jika benar Shukri lemah, maka Peguam Negara lebih teruk dari itu jika dia memerlukan Nazri untuk mempertahankannya.

Sugguh jijik dan memalukan

Ini adalah lagi satu contoh campur tangan eksekutif dalam hal ehwal SPRM. Peguam Negara telah dikatakan rasuah dan pecah amanah untuk beberapa kali tetapi tiada siapa yang berani bertindak ke atas beliau. Begitu kebal Peguam Negara ini.

Nazri menjelaskan bahawa tuduhan rasuah akan mendatangkan aib besar kepada tertuduh dan dengan itu Jabatan Peguam Negara mesti bertindak secara bijaksana, dan hanya mengenakan tuduhan jika mahkamah mendapati ada bukti yang kukuh. Sama seperti yang mereka lakukan kepada bekas ketua CCID Ramli Yusuff (Jenayah Perdagangan Jabatan Siasatan) dan orang-orangnya?

Sikap Nazri memalukan pejabat Perdana Menteri dengan menggunakan ancaman terhadap penjawat awam kanan yang mempunyai keberanian untuk bertindak, terutamanya terhadap rasuah oleh mereka yang memegang jawatan awam yang tinggi.

Nazri juga mempertahankan pakatan sulit yang dikatakan antara bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara untuk menjadikan pegawai polis sebagai mangsa dan pengaruh yang ketara dari penjenayah dalam hal kenaikan pangkat pegawai polis. Ia pasti bukan hak Nazri untuk menghina Shukri kerana keengganan Peguam Negara untuk mengenakan dakwaan terhadap suspek rasuah yang disiasat oleh suruhanjaya.

Kenapa Nazri mempertahankan Peguam Negara?

Rakyat Malaysia kini meminta sama ada Nazri melindungi Peguam Negara hanya kerana dia berada di bawah portfolionya atau kerana sebab-sebab lain?'Adakah benar Nazri melindungi Peguam Negara kerana Peguam Negara adalah di bawah portfolio beliau, atau kerana sebab-sebab yang lain?'

Mengapa Nazri mempertahankan AG dan menyerang SPRM? Kedua-duanya adalah bebas dan merupakan satu lagi contoh klasik campur tangan eksekutif ke dalam hal ehwal SPRM.

Peguam Negara telah dituduh rasuah dan melanggar etika profesional namun tiada siapa yang berani bertindak ke atasnya. Begitu kuatkah Peguam Negara? SPRM perlu merebut peluang untuk menunjukkan kepada Nazri bahawa mereka berani mendedahkan semua kes-kes berprofil tinggi yang ada pertailan dengan Peguam Negara tetapi tidak didakwa.

Adakah Nazri terhutang budi kepada Peguam Negara kerana tidak mendakwa anaknya?

Bagi rakyat Malaysia, Shukri adalah seorang penjawat awam yang berani dan Nazri bukan sahaja lemah, malah dengan jelas cuba untuk menggunakan kuasa politik demi kepentingannya sendiri.

Apabila sebuah kerajaan dipersoalkan, seperti Skandal Lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan, di mana rasuah berleluasa dan urusan peribadi dan melindungi antara satu sama lain itu adalah sesuatu yang lazim, Nazri seharusnya lebih bijak daripada melakukan perkara yang membodohkan dirinya dan jawatan tinggi. Ia hanya mendedahkan keangkuhan semata-mata dan merasakan diri berada diatas undang-undang kerana kamu merupakan menteri undang-undang.

Semua patut tahu bahawa Shukri mempunyai 27 tahun pengalaman profesional sebagai pencegah rasuah dan dia sememangnya kompeten untuk mengetahui apa yang dia kata atau lakukan. Kita tahu kebenaran itu menyakitkan, tetapi Nazri perlu ingat bahawa jika salah laku jenayah dilindungi, ia akan berlarutan dan bau busuknya tidak akan dapat ditahan.

Daripada memberi keadilan kepada semua, Nazri memutar belit kes, mengelakkan untuk menangani isu-isu sebenar demi kepentingan awam dan bukan isu yang sememangnya penting buat rakyat Malaysia yang membayar cukai.

Jabatan Peguam Negara tidak mendakwa anak Nazri kerana kesalahan menyerang seorang pengawal keselamatan. Adakah ini sebagai ganjaran kepada Nazri?

Adakah ini satu lagi kes saya tolong kamu, kamu tolong saya?

Tan Sri Datuk Robert Phang Miow Sin adalah seorang warganegara yang dikenali dan juga bekas ahli panel penasihat SPRM

Pak Samad: ‘Jangan kaitkan soal agama, bangsa dalam Bersih 3.0’

Posted: 06 Apr 2012 05:44 AM PDT



Pak Samad berkata tuduhan Wira Perkasa terhadap Ambiga tiada sebarang kaitan dengan objektif Bersih 3.0. — Gambar oleh Jack Ooi


KUALA LUMPUR — Datuk A. Samad Said menegaskan Wira Perkasa tidak sepatutnya menyerang Datuk Ambiga Sreenevasan dengan isu-isu sensitif kaum dan agama, menambah himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini tiada kaitan dengan perkara-perkara itu.

Jelas Sasterawan Negara ini, sesiapa sahaja termasuk umat Islam boleh menyertai perhimpunan kali ketiga anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Wira Perkasa tiada hak untuk menghalang.

"Soal mereka (Wira Perkasa) dengan Ambiga soal yang lain, bagi saya yang penting tiada perbezaan bangsa dan agama dalam perhimpunan itu.

"Sesiapa sahaja yang merasakan landas demokrasi ini perlu dibetulkan boleh menyertainya... itu yang betul," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam laporan The Malaysian Insider awal pagi ini, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka kerana ia diketuai oleh Ambiga yang menurut mereka anti-Islam dan "pengkhianat" bangsa.

Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang?

Beliau berkata bekas Presiden Majlis Peguam itu telah terlalu jauh menyimpang dari perjuangannya, menambah beliau "sekali lagi" menunjukkan tindakan kurang hormat kepada umat Islam dengan mengadakan protes kali ini.

Menurut Irwan, beliau akan melaksanakan "apa sahaja tindakan untuk menentang Ambiga", mengulang pendiriannya melabel Ambiga sebagai pengkhianat kepada umat Islam dan negara.

Menurut Samad atau lebih dikenali "Pak Samad" berkata Bersih bukan melibatkan Ambiga tetapi anggota-anggota lain yang terdiri dari pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Soal Ambiga yang mereka kata anti-Islam itu hal lain, mereka harus lihat bukan Ambiga sahaja yang berada dalam Bersih.

"Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang?" katanya.

Justeru beliau berharap agar Wira Perkasa lebih matang dan bertindak mengikut keadaan semasa bukan demi kepentingan sendiri.

"Jangan kaitkan dengan hal lain; ini soal pembaikan sistem pilihan raya berlandaskan demokrasi.

"Saya merasakan setakat ini kita perlu betulkan sistem yang, siapa sahaja boleh bantu membetulkan keadaan baik yang beragama Kristian atau Islam," katanya.

Pada 9 Julai lalu, Bersih telah menganjurkan himpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara mendesak pembaharuan sistem pilihan raya.

Antara tuntutan mereka adalah: membersihkan daftar pengundi, pembaharuan pengundian pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang adil, 21 hari tempoh berkempen, pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah politik, dan hentikan politik kotor.

Perhimpunan itu diadakan kerana tidak berpuas hati terhadap laporan 22 cadangan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Selasa lalu tanpa dibahaskan.

Tindakan anjur Himpunan Bersih 3.0 terburu-buru, kata Wan Ahmad

Posted: 06 Apr 2012 05:38 AM PDT


KUALA LUMPUR — Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menempelak langkah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menganjurkan perhimpunan bantahan pada 28 April ini di ibu negara sambil menyifatkan ia tindakan terburu-buru.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ini menegaskan Bersih sepatutnya menerima laporan 22 cadangan yang diusulkan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan pilihan raya dan menyerahkan kepada agensi itu untuk meneliti terlebih dahulu.

Jelas Wan Ahmad, tindakan menganjurkan himpunan Bersih 3.0 adalah tidak wajar memandangkan SPR belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi terhadap cadangan PSC.

Pada 9 Julai lalu, Bersih telah menganjurkan himpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara mendesak pembaharuan sistem pilihan raya.

"PSC dah kerja kuat selama enam bulan... SPR akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk mengkaji cadangan itu dengan terperinci," kata Wan Ahmad kepada The Malaysian Insider.

"Beri kita kaji dulu (cadangan PSC), ada yang kita boleh laksanakan dan ada yang kita perlu kaji secara terperinci kerana ia libatkan perundangan dan perlembagaan... jadi ia perlu diperhalusi."

Justeru beliau menasihatkan Bersih yang turut disokong Pakatan Rakyat agar bersabar dan jangan bertindakan terburu-buru.

"Mereka itu bersabarlah, kata bijak tapi berfikiran sempit... langkah mereka itu terburu-buru dan menyusahkan rakyat," katanya.

"SPR pun belum keluarkan apa-apa kenyataan, kita akan kaji cadangan dan akan keluarkan kenyataan rasmi kemudian."

Himpunan Bersih 3.0 akan diadakan di Dataran Merdeka selain masih mengekalkan lapan tuntutan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Antara tuntutan mereka adalah: membersihkan sistem pilihan raya, pembaharuan pengundian pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang adil, 21 hari tempoh berkempen, pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah politik, dan hentikan politik kotor.

Perhimpunan itu diadakan kerana tidak berpuas hati terhadap PSC yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Selasa lalu tanpa dibahaskan.

Abdul Kadir: Kelulusan laporan PSC tanpa bahas menimbulkan kesangsian

Posted: 06 Apr 2012 05:36 AM PDT



Kadir berkata mustahil pilihan raya yang bebas boleh diadakan dalam keadaan sekarang. — Gambar fail


KUALA LUMPUR— Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyambut baik usaha Transformasi Politik yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun menegaskan cara laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berkaitan penambah baikan pilihan raya dibentang dan diluluskan menimbulkan persoalan.

Menurut beliau, cara di mana laporan minoriti yang cuba dibentangkan ditolak juga turut menimbulkan persoalan serius berkenan keikhlasan kerajaan terhadap proses transformasi tersebut.

"Amanah menyambut baik kenyataan Najib yang mahukan pilihan raya akan datang dijalankan dalam situasi yang adil dan bersih, dan menolak untuk dipilih berdasarkan penipuan.

"Namun begitu, cara PSC membentangkan laporannya di Parlimen dan diluluskan tanpa bahas dan juga cara dimana laporan minoriti yang dibentangkan pula ditolak mentah-mentah adalah sesuatu yang membimbangkan dan menimbulkan persoalan yang serius tentang keikhlasan kerajaan," jelas Abdul Kadir dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, situasi berkenaan telah menambahkan keresahan dalam kalangan rakyat yang mana kemudiannya menjurus kepada perhimpunan Bersih 3.0 yang bakal dianjurkan pada 28 April.

"Tambahan pula tidak had waktu ditetapkan dalam laporan PSC tersebut tentang bilakah cadangan-cadangan tersebut akan dilaksanakan.

"Semuanya ini menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang amat sangat yang mana memberi justifikasi untuk diadakan Bersih 3.0," katanya.

Beliau turut menyatakan rasa terkilan apabila dua daripada cadangan Amanah berkenaan kebebasan media arus perdana, dan menolak penggunaan agensi keselamatan dan entiti berkaitan kerajaan seperti GLC untuk berkempen tidak mendapat perhatian Putrajaya.

"Mustahil kita boleh mengadakan pilihanraya yang bebas dan bersih dalam keadaan sekarang ini, dalam suasana sekarang ini," tegasnya.

"Amanah yakin cadangan-cadangan tersebut boleh dilaksanakan dengan mudah jika terdapat kesungguhan dan keikhlasan dari pihak kerajaan. Ianya tidaklah rumit untuk dilaksanakan," tambahnya.

Malah, beliau sekali menegaskan, pilihan raya akan datang tidak seharusnya dijalankan selagi Suruhanjaya Pilihan Raya, PSC, dan Putrajaya belum selesai mengkaji cadangan tersebut sepenuhnya.

Bersih 3.0 perlu memandangkan pilihan raya ‘terburu-buru’ kata Ambiga kepada SPR

Posted: 06 Apr 2012 05:32 AM PDT


KUALA LUMPUR — Bersih 2.0 mempertahankan rancangannya untuk mengadakan perhimpinan 28 April depan kerana melihatnya sebagai satu keperluan memandangkan kerajaan masih lagi tidak menunjukkan sebarang komitmen untuk melaksanakan lapan tuntutan mereka sebelum pilihan raya akan datang.

Pengerusi badan pemerhati pilihan raya itu, Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) mendakwa kerajaan "menunjukkan sikap terburu" untuk memanggil pilihan raya, yang menurutnya akan diadakan dalam jangka masa terdekat, dan itu menjadikan Bersih sangat relevan.

"Seperti yang saya katakan kerajaan terburu-buru untuk mengadakan pilihan raya. Tiada pihak yang menjelaskan segala pembaharuan yang dituntut Bersih 2.0 akan dilaksanakan sebelum pilihan raya ke-13. Kenapa?

"Kami perlu melaksanakannya kerana pilihan raya dijangka berlaku dalam masa terdekat ... saya menolak kenyataan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata langkah Bersih menganjurkan perhimpunan ketiga mereka adalah satu tindakan terburu-buru.

Menurutnya, Bersih seharusnya menerima 22 syor Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berkenaan penambah baikan sistem pilihan raya dan memebenarkan suruhanjaya tersebut mengkaji cadangan berkenaan.

Beliau turut mempersoalkan rasional Bersih mengadakan perhimpunan ketiganya itu, dan menegaskan SPR sendiri perlu menyelesaikan beberapa isu yang dicadangkan dalam laporan lengkap PSC.

Namun kenyataan SPR itu ternyata menimbulkan rasa kurang senang Ambiga, yang berulangkali mempersoalkan komitmen Putrajaya dan SPR untuk memperbaiki sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

"Kami rasakan pandangan kami boleh dilaksanakan sebelum pilihan raya ke-13. Kami turut menawarkan bantuan untuk membantu. Sudah berbulan kami memperjuangkan perkara ini.

"Bagaimana ia adalah tindakan terbur-buru? Sedangkan pilihan raya sendiri terburu-buru. Kami kelihatan terburu-buru kerana mereka seperti terburu-buru untuk mengadakan pilihan raya sebelum penambahbaikan tersebut," katanya.

Perhimpunan ketiga Bersih dijangka berlangsung di Dataran Merdeka bermula dari jam dua hingga empat petang.

Namun begitu, perhimpunan kali ini turut disertai daripada pelbagai organisasi, sepertinya ingin memberikan tekanan kepada kerajaan melaksanakan tuntutan organisasi ini yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu bertukar kecoh selepas pihak berkuasa menggunakan bom pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan peserta demonstrasi.

Peserta demonstrasi telah berkumpul sejak pagi di ibu negara dan enggan mendengar arahan polis yang menegah mereka daripada menyertai perhimpunan tersebut.

Lebih 1,600 peserta termasuk Ambiga dan pemimpin pembangkang ditahan, dan Bersih 2.0 kemudiannya mengatakan protes berkenaan berjaya berdasarkan jumlah peserta dan publisiti yang diperoleh mereka termasuk media nasional dan juga antarabangsa.

Kerajaan kemudiannya menggubak Akta Perhimpunan Aman selepas demonstrasi tersebut dan membentuk PSC untuk penambah baikan pilihan raya, namun Bersih 2.0 menyatakan tindakan sedemikian adalah tidak mencukupi.

Ambiga menegaskan 22 syor PSC itu gagal untuk menangani sesetengah perkara dalam sistem pilihan raya.

Ia termasuklah pengundi berganda, jumlah pengundi yang besar didaftarkan di bawah satu alamat, pengundi hantu, dan jumlah pengundi pos yang bertambah, serta beberapa keraguan lain.

Bekas Pengerusi Majlis Peguam ini juga menjelaskan PSC juga gagal menyentuh berkaitan isu politik kotor dan keganasan politik, tapi turut tidak mengarahkan SPR melaksanakan 22 syor berkenaan untuk pilihan raya ke-13.

Beliau mengharapkan Pilihan Raya Umum ke-13 tidak dijalankan dalam masa terdekat bagi membolehkan kerajaan melaksanakan segala penambah baikan tersebut.

Perhimpunan pertama bersih pada 2007 telah mengubah landskap politik negara pada pilihan raya 2008 yang menyaksikan barisan Nasional (BN) kehilangan lima negeri dan dua pertiga majoriti dewan.

Kekalahan tersebut kemudiannya menjurus kepada pembentukan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai oleh PKR, DAP, dan PAS.

BERSIH 3.0: Menteri jahil, angkuh, kata Zaid

Posted: 06 Apr 2012 05:30 AM PDT

MALAYSIA KINI
Bekas 'menteri undang-undang' Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyelar penggantinya Datuk Seri Nazri Abdul Aziz ekoran kenyataannya terhadap perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa menunjukkan kejahilan dan keangkuhan BN.

"Kenyataan Nazri bahawa perhimpunan BERSIH yang dirancang tidak sah, dan tempat yang dipilih tidak digazetkan untuk perhimpunan aman hanya satu lagi contoh kegagalan BN untuk menangani isu itu dengan wajar.

"Ia membawa nada kejahilan dan keangkuhan untuk tidak melakukan perkara yang betul," kata Zaid yang yang juga presiden parti KITA.

Mengulas isu tempat berhimpun pada 28 April ini, Zaid berkata, menteri dan pihak polis patut membenarkan perhimpunan di Dataran Merdeka seperti dirancang atau tempat lain yang mungkin tanpa menggunakan alasan yang remeh temeh.

Hapus PTPTN dan Pendidikan Percuma; Impian atau Realiti

Posted: 06 Apr 2012 05:20 AM PDT

Editor Buletin

Isu penghapusan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional [PTPTN] semakin rancak apabila reaksi mahasiswa dan anak muda terhadap tindakan kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. Tan Sri Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8 bilion.

YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Dana Harta dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau melangsaikannya.

Berbangkitnya isu PTPTN oleh anak - anak muda dewasa kini, juga ekoran tindakan PTPTN bermaharajalela melebihi Bank dan dilihat menindas graduan. PTPTN tidaklah dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia.

Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang, samaada hutang rumah atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun.

Along Negara.

Malangnya kes PTPTN ini, sebagai contoh pada 8 Jun 2011, Mandeep Singh [ isu pelajar UNISEL ] telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia. Insiden ini menyebabkan PTPTN dilihat tidak ubah seperti Along berlesen.
Along berlesen ini terus menjadi igauan ngeri yang sering menghambat keselesaan hidup anak muda yang terlibat. PTPTN asalnya bukan wajib dipinjam, ia adalah optional disamping biasiswa negeri dan JPA. Namun wang PTPTN terpaksa dipinjam kerana ibu bapa tidak terdaya menanggung bayaran pengajian dan kampus yang tinggi. Sehingga kini negara mempunyai 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun. Tapi lihatlah apa musibah PTPTN ke atas mereka :

a] Purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa.
b] Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga Oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka. (66.9% disaman)
c] Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34% berbanding RM6.04 bilion, jumlah yang sepatutnya diperolehi, maka seramai 132,801 pelajar telah disenarai hitamkan dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

Kurangkan beban rakyat

Justeru telah menjadi suatu yang telah diketahui umum bahawa komitmen Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ialah menjaga kebajikan rakyatnya serta dalam masa yang sama memastikan pendapatan negara melalui pertumbuhan ekonomi sihat dan subur.

Maka saya melihat Kerajaan Pakatan Rakyat kelak sangat berpotensi untuk melunaskan komitmen tersebut melalui pembentukan sebuah pentadbiran yang adil, amanah, telus dan berintegriti atau menepati piawaian sebuah kerajaan yang disebut sebagai Good Governence.

Kerajaan selayaknya menjadi Payung Rakyat bukan menjadi Along Negara yang menghambat rakyat. Guna kekayaan anugerah Allah kepada negara kita untuk rakyat dan bangunkan negara melalui pembangunan yang memulangkan manafaat kepada rakyat terbanyak bukan hanya kepada kelompok elit dan kroni. Sebelum ini, sejarah Kerajaan UMNO dan BN sering dilihat menggunakan wang negara bernilai tinggi untuk bailout dan menjaga kepentingan syarikat GLC dan kroni yang mengalami kerugian besar dan hampir bankrap. Sebagai contoh mudah ialah :

a] MAS yang rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM 1.2 billion. Bagaimana syarikat MAS mampu survive jika tanpa campur tangan kerajaan yang menyokong syarikat berkerugian besar ini ? persoalan lain yang berkaitan ialah bagaimana syarikat yang sepatutnya membawa pulang keuntungan besar tiba - tiba mengalami kerugian berskala besar pula ?

b] Syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata Asia. Dilapor oleh The Singapore Straits Times bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion.

c] Menyuntik modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik UMNO, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCBB)
d] Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta
e] Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom
f] Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS

g] Memaksa Petronas membeli saham Proton dan ambil alih Litar Sepang
h] Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai RM 1.8 bilion
i] Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Dana Harta
j] Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation
k] Mamaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
l] Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

Melalui pentadbiran jimat cermat dan bebas rasuah, saya berkeyakinan Kerajaan Pakatan mampu melunaskan komitmen yang diberi. Selama ini, dibawah pentadbiran UMNO dan BN, dana negara tiris dan bocor lalu mengalir ke longkang projek yang tidak mendatangkan manafaat kepada rakyat terbanyak. Sebagai contoh : [ wang negara boleh dijimatkan jika tiada perkara ini ]

a] Projek Menara 100 tingkat

b] kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM 15.8 bilion.

c] PERMATA [Rosmah] projek tanpa hasil signifikan kepada pembangunan negara. Perlaburan yang kabur dan tiada pulangan dalam masa terdekat.

Realitinya, sejumlah RM 28 bilion kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2009. Jika ketirisan wang negara [peruntukan kerajaan] dapat dikawal, RM 28 bilion dan untung Petronas RM 90 bilion sepatutnya mampu untuk meringankan beban rakyat terutama dalam menjamin masa depan pendidikan rakyat.

Bagaimana PTPTN boleh mansuh.

Sebenarnya tidaklah sukar untuk melihat PTPTN ini dimansuhkan. Justeru PTPTN adalah simptom akibat tradisi korporat, komersial dan kapitalisme dalam kampus tempatan sehingga menyebabkan pendidikan tinggi sebagai suatu perjudian sehingga mahasiswa dan keluarga mereka terpaksa bergolok gadai.

Jika Pakatan Rakyat benar - benar mampu mengawal pentadbiran dan dana negara dari pembaziran, rasuah, ketirisan dan penyelewengan ditambah pula keupayaan menjana pertumbuhan ekonomi sihat dan subur, maka kerajaan boleh menyediakan pakej kos pengajian tinggi yang paling minima dan tidak membebankan, malah boleh sampai ke peringkat menyediakan tawaran pendidikan percuma kepada rakyat. Apabila ini boleh dilakukan dan sepatutnya kerajaan boleh melakukannya, maka dengan sendirinya tiada siapa yang akan pergi menjerut leher di pintu masuk PTPTN.

Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi .- Suatu Sorotan .


Kelihatan retorik dan tidak relevan tetapi ia [pendidikan pengajian tinggi percuma] adalah suatu kewajipan asas bagi sesebuah kerajaan adil perlu diberikan kepada rakyat. Negara Libya [era Gaddafi ] pernah mencipta rekod pendidikan percuma dan elaun khas untuk mahasiswa yang berjaya ke menara gading. Libya hanya memutar wang minyak sahaja kepada kebajikan rakyat bukan melalui sumber lain selain polisi kerajaan untuk berjimat.

Belum ada kes atau rujukan negara yang muflis atau mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya pendidikan tinggi adalah modal pembangunan kerajaan bahkan negara akan mudah maju dan makmur jika ramai mahasiswa dapat dihasilkan.

Mahasiswa atau graduan yang kurang atau tiada hutang akan menjadikan mereka lebih fokus untuk memajukan diri, industri dan negara bukan sekadar bekerja over time siang malam untuk memikirkan hutang keliling pinggang. Natijahnya mahasiswa yang gradusi dengan hutang tinggi akan menghasilkan modal insan robot yang bekerj untuk tembolok sendiri.

Negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi ialah :

Sweden
Norway
Finland
Arab Saudi,
Kuwait
Cuba
Sri Lanka

Selepas yuran kampus dihapuskan, tiada lagi keperluan institusi kewangan atau tabung tertentu untuk memenuhi kehendak kapitalisme menara gading. Jua tidak lagi perlu berhutang dari Along Negara dan Along Negara bolehlah gulung tikarnya.

Contoh pengiraan [Universiti Malaya]

a] 20,000 orang pelajar dengan yuran sebanyak RM3,000 setahun.

b] RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta.

c] Jumlah IPTA terkini 20 buah :

1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur,
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor,
3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor,
4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang,
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor,
6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang,
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL,
8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah,
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak,
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah,
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak,
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9,
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor,
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu,
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor,
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka,
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis,
18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu,
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan,
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL

d] 20 buah x RM 60 juta = RM 1200 juta [RM 1.2 bilion]

Jumlah ini masih mampu ditanggung kerajaan jika pembelian atau bailout syarikat kroni tidak dilakukan secara berleluasa serta wang tiris dikawal sementara wang untung seperti yang dihasilkan oleh Petronas diurus secara telus. Rakyat terbanyak akan mendapat manafaat dari konsep Negara Berkebajikan yang jelas menepati kehendak Allah swt dan melandasi WahyuNya.

ูˆَู„َูˆْ ุฃَู†َّ ุฃَู‡ْู„َ ุงู„ْู‚ُุฑَู‰ٰ ุขู…َู†ُูˆุง ูˆَุงุชَّู‚َูˆْุง ู„َูَุชَุญْู†َุง ุนَู„َูŠْู‡ِู… ุจَุฑَูƒَุงุชٍ ู…ِّู†َ ุงู„ุณَّู…َุงุกِ ูˆَุงู„ْุฃَุฑْุถِ ูˆَู„َٰูƒِู† ูƒَุฐَّุจُูˆุง ูَุฃَุฎَุฐْู†َุงู‡ُู… ุจِู…َุง ูƒَุงู†ُูˆุง ูŠَูƒْุณِุจُูˆู†َ

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka ( pintu pengurniaan rezeki ) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. - Surah al A'araaf : 96

* Artikel ditulis oleh Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Buang anak, Penari Tiang Dan Hukum

Posted: 06 Apr 2012 05:18 AM PDT

Mohd Nor Hamzah

Meneliti berita terbaru beberapa hari lepas berkenaan janin yang dibuang dan kepalanya pecah terhantuk di longkang kerana dibawa oleh aliran air yang deras, menguris hati ini. Janin yang berusia empat bulan itu dibuang bagaikan sampah, tiada harga bagi satu nyawa manusia oleh manusia lain yang bersifat kehaiwanan.

Bukan mudah untuk membaca bait-bait laporan tentang berita yang menyayatkan hati itu walaupun sudah dihidangkan dengan mungkin ratusan laporan seumpamanya kerana ianya melibatkan nyawa manusia yang sepatutnya menjadi perkara yang paling dihargai oleh manusia, akan tetapi disia-siakan begitu sahaja oleh tangan-tangan yang
tidak takut akan janji hukuman dari Allah atas dosa membunuh. Begitulah apabila agama dibakulsampahkan oleh masyarakat. Amat sukar untuk hati menerima ajaran agama apabila hati telah dipenuhi dengan kekotoran dosa dan noda. Tiada lagi rasa takut kepada Allah. Kejahatan masyarakat ini adalah hasil dari perbuatan tangan-tangan manusia.Benarlah firman Allah dalam surah ar-Rum yang menyatakan bahawa

"Telah timbul kerosakan dan bala bencana di darat oleh dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan tangan-tangan manusia"

Pernah diwar-warkan dahulu untuk digubal akta bagi memperuntukan hukaman yang berat berkaitan kesalahan kes pembuangan bayi ini oleh kabinet. Cetusan idea itu turut dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Maka telah dipersetujui oleh kabinet untuk menetapkan kes pembuangan bayi akan disisasat dibawah akta 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori jika sabit kesalahan. Kelulusan oleh kabinet itu telah dilakukan kira-kira hampir dua tahun lalu iaitu pada bulan Ogos 2010. Setelah itu, sehingga kini, masih belum kedapatan walau seorangpun pesalah yang dikenakan dengan hukuman berat seperti yang dijanjikan. Apakah maknanya dengan hukuman berat yang dijanjikan, sedangkan kes pembuangan bayi masih terus-terusan berlaku?

Statistik yang diambil bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan, manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun 2010 sehingga Kabinet membuat keputusan itu. Kes yang dicatat tahun ini saja hampir menyamai jumlah 65 kes yang berlaku di seluruh negara pada 2006. Malah, dikatakan dalam tempoh 24 jam selepas keputusan Kabinet itu diumumkan, empat lagi kes buang bayi dilaporkan. Ini tidak termasuk kes kelahiran anak luar nikah yang jumlahnya mencapai ratusan ribu. Menurut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf, dicatat dalam tempoh 2000 sehingga Julai 2008, sebahagian besarnya Melayu. Statistik ini hingga tahun 2010 sahaja. Bagaimana 2011 dan 2012?

Apa yang sangat jelas disini ialah ada dua perkara yang tidak seiring perjalanannya dalam hal ini iaitu hukuman berat yang bakal dikenakan dengan perlaksanaan kepada hukuman itu. Laungkanlah seberat mana sesuatu hukuman itu, tapi sekiranya tidak disertakan dengan perlaksanaan hukuman sebenar, maka manusia tidak akan takut.Inilah tanda gagalnya undang-undang jenayah masa kini. Apa ada pada ugutan tanpa disertakan perlaksanaannya? Kes pembuangan bayi ini adalah bermula daripada pergaulan bebas, bermesra-mesra dengan pasangan berlainan jantina dan kemudiannya berzina. Adakah remaja yang masih muda dan bertenaga dan masih mencari-cari nikmat dunia itu akan meninggalkan zina yang penuh kenikmatan itu hanya kerana diugut?

Lihat sahaja kes penari tiang di Seremban baru-baru ini. Kes-kes sebegini adalah diantara penyebab permulaan kepada zina dengan mempertontonkan aksi-aksi ghairah demi sedikit wang. Atas kesalahan menari tiang dan berpakaian menjolok mata, mereka didenda sebanyak RM25 seorang oleh mahkamah. Denda yang dibayar sambil tersenyum oleh mereka sepertimana gambar mereka di muka depan sebuah akhbar yang melaporkan kes tersebut baru-baru ini. Ada diantara mereka seperti GRO sanggup berbuat lebih dari itu sepertimana pendedahan-pendedahan kerja-kerja "pintu belakang" mereka dibongkar oleh pihak berkuasa apabila membuat serbuan di tempat-tempat sebegitu. Inilah kegagalan kepada sistem undang-undang yang ada sekarang ini. Mengugut dengan hukuman yang berat, kemudian apabila ada kes yang boleh dikaitkan atau permulaan kepada kes yanglebih berat (seperti tarian tiang ini yang menghala kearah zina) maka hukuman ringan dikenakan. Lebih mencengkam jiwa apabila ada komen dari menteri yang mengatakan bahawa janganlah lihat hanya kepada denda RM25 itu sahaja akan tetapi kaunseling yang diberikan kepada pesalah itu yang lebih penting. Kenyataan yang sungguh merentap dan menghiris hati bila dibaca.

Berbeza dengan undang-undang Islam. Islam mengugut akan mengenakan hukuman berat dan Islam mewajibkan manusia melaksanakannya, tiada pilihan hukuman ringan. Apabila disebut hudud, maka ianya dari Allah dan tiada manusia yang boleh membuat tawar menawar. Tersebut dalam satu kisah ketika salah seorang perempuan dari kalangan Bani Ma'zum didapati bersalah kerana mencuri, maka rasulullah s.a.w memutuskan hukuman potong tangan ke atas wanita itu. Maka bermesyuaratlah orang-orang penting dari Bani Ma'zum bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih ringan untuk wanita itu. Kemudian diutuskan wakil mereka menemui Usamah bin Zaid, cucu angkat kesayangan baginda untuk menyampaikan hasrat mereka. Maka apabila dipersembahkan kepada rasulullah rayuan itu, merah padamlah muka baginda kerana marah. Antara lain sabda baginda ialah kaum sebelum ini telah dibinasakan oleh Allah kerana apabila mereka dari kalangan kaya dan berpangkat melakukan kesalahan, maka hukuman yang ringan sahaja dikenakan.

Manakala apabila kaum yang lemah dan miskin melakukan kesalahan maka hukuman berat dijatuhkan dan baginda bersabda lagi bahawa jika sekiranya anak perempuan kesayangan baginda Fatimah binti Muhammad bersalah kerana mencuri, maka baginda akan memotong tangannya. Begitulah keadilan dan ketegasan Islam yang tidak memilih 'bulu'. Tidak akan
berundur seincipun apabila diperintahkan Allah. Itulah ketinggian taqwa seperti yang selalu disebut khatib dalam khutbah Jumaat. Dek kerana ketegasan itulah maka manusia takut dengan hukuman Allah. Apa dikata, dikota.

Islam mengutamakan pencegahan dalam perkara dosa. Islam seboleh-bolehnya tidak mahu menghukum manusia. Oleh kerana itu diseru manusia agar mencegah diri dari melakukan dosa besar. Lihatlah apabila Allah berfirman dalam surah al- Isra'

"Dan janganlah kamu menghampiri zina".

Dia tidak menyebut "melakukan" tetapi "menghampiri". Apabila hampirpun jangan, maka apatah lagi melakukannya. Begitulah keindahan pencegahan yang Allah anjurkan kepada kita. Akan tetapi awas untuk manusia yang tetap juga berdegil untuk melakukan dosa besar, maka hukuman yang dijanjikan amatlah berat. Dan jika pemerintah tidak melaksanakannya maka pemerintah itu pula akan dikenakan azab oleh Allah diakhirat nanti. Maka tiada jalan lain lagi kecuali kita kembali kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan semua laranganNya. Telah terbukti kegagalan sistem yang dibina oleh manusia untuk membentuk dan mengawal manusia. Kerana manusia tidak mencipta manusia. Hanya sistem yang terbaik adalah datangnya dari pencipta manusia itu sendiri iaitu Allah. Maka bersegeralah kita kembali kepada Allah.

Akhirnya saya menyeru kepada semua remaja-remaja, belia-belia dan muda-mudi yang sedang sibuk dengan mencari kenikmatan dunia agar segera meninggalkan perkara-perkara dosa yang bakal mengundang kemurkaan Allah. Kita bukannya tidak boleh berhibur dan mencari keseronokan, akan tetapi mestilah berpada-pada dan dalam lingkungan yang dibenarkan Allah. Ayuh pemuda-pemudi sekelian, jangan sia-siakan masa muda kamu dengan perkara yang bakal merugikan kamu sendiri. Kamulah generasi yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara dimasa depan. Ustaz mengharapkan diri ustaz dan kamu serta keluarga kita semua dilindungi Allah sentiasa insyaAllah.

Wallahua'lam

* Artikel diatas adalah tulisan Ustaz mohd Nor Hamzah Ketua Pemuda PAS Terengganu merangkap ADUN Bukit Payong

Exco S'gor 'ditampar' berkaitan pasar Serdang

Posted: 06 Apr 2012 05:12 AM PDT

Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah mendakwa beliau telah diserang awal pagi ini oleh dua orang lelaki yang dipercayainya ada kaitan dengan penempatan semula pasar Serdang.

NONEKetika dihubungi hari ini, Ean Yong berkata, beliau mengalami
kecederaan ringan akibat serangan tersebut. Seorang penyerang menampar mukanya, manakala yang seorang lagi memegang tangannya, katanya.

Kejadian itu berlaku di sebuah restoran bersebelahan dengan pusat servis exco tersebut di Serdang, Selangor, selepas jam 12 pagi ini.

Ean Yong, dari DAP, berkata beliau membuat laporan polis dan juga telah memaklumkan kepada polis bahawa beliau mengenali penyerangnya.

Ean memberitahu satu sidang akhbar bahawa salah seorang yang didakwa menyerangnya, ditangkap selepas beliau membuat laporan polis.

NONEEan juga menunjukkan kepada wartawan klip video selama lima minit
kejadian tersebut yang dirakamkan CCTV yang dipasang di restoran tersebut.

Video itu menunjukkan dua lelaki datang ke restoran itu pada jam 12.10 pagi. Seorang daripadanya, yang berpakaian merah, mengangkat tangannya ke muka Ean, manakala seorang lagi kelihatan memegang tangannya.

Ean ketika itu bersama lebih 20 ahli parti dan pemimpin masyarakat setempata. Sebahagian daripada mereka datang membantunya selepas dua penyerangnya beredar.

Dalam laporan polisya, Ean Yong berkata kejadian itu membuatkan beliau merasakan keselamatannya terancam.

Ean berkata beliau mengenali lelaki yang berpakaian merah itu kerana pernah berjumpa dengannya ketika berurusan berhubungan penempatan semula pasar di Serdang beberapa tahun yang lalu.

Anwar belum putuskan hadir pertemuan Hindraf

Posted: 06 Apr 2012 05:11 AM PDT

PKR belum memutuskan untuk menyertai pertemuan kumpulan Barisan Bertindak Hindu (Hindraf) bagi menerangkan polisi 100 hari Pakatan Rakyat terhadap kaum India yang miskin jika menguasai Putrajaya.

Sebaliknya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepimpinan parti itu akan berbincang terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.

"(Saya akan) bincang dengan pemimpin parti (terlebih dahulu)," kata ketua umum PKR itu.

Beliau mengulas gesaan pemimpin Hindraf P Uthayakumar yang mahu pemimpin utama Pakatan Rakyat menerangkan polisi pembangkang kepada masyarakat miskin India.

Perjumpaan itu dijadual berlangsung pada 22 April ini di Klang.

Anwar ditemui pemberita selepas menghadiri majlis dialog bersama delegasi tokoh politik Indonesia ke Selangor, yang diketuai mantan menteri koperasi dan usahawan kecil dan menengah Adi Sasono di Shah Alam.

Uthayakumar membuat desakan kerana menurutnya Pakatan perlu menjelaskan apa yang mahu dilakukan untuk menangani dakwaan layanan tidak adil BN selama 55 tahun mentadbir Malaysia.

Undangan rasmi dilaporkan sudah dihantar kepada Anwar, pemimpin veteran DAP Lim Kit Sian dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Rakan Datuk Nalla diserang 3 lelaki bersenjata

Posted: 06 Apr 2012 05:10 AM PDT

MALAYSIA KINI
Seorang rakan baik Senator Datuk S Nallakaruppan semalam mengalami detik-detik cemas apabila beliau bersama pemandu dan pengawal peribadinya diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dan kapak di Taman Sri Gombak di ibunegara.

U.Thamotharan, 45, seorang ahli perniagaan, hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak selepas cermin keretanya jenis BMW 530 dipecahkan oleh tiga lelaki yang tidak dikenali pada 3 petang semalam ketika hendak keluar dari rumah.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata keretanya telah dilanggar terlebih dahulu dari belakang sebelum beliau bersama pemandu dan pengawal peribadinya sempat melarikan diri.

Mereka kemudian memecahkan cermin belakang dan depan serta dua cermin sebelah pemandu.

"Mereka menyerang sebagai amaran dan ugutan yang serius agar saya menjauhkan diri daripada menyokong Datuk Nallakaruppan," katanya.

Beliau berkata dua dari penyerang itu memakai topi keledar dan suspek tidak dikenalinya.

Thamotharan, yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam), berkata kejadian itu tidak sedikit pun melunturkan semangatnya untuk terus berada di belakang Nallakaruppan. Bernama

Ahmad Said Belanja RM1 juta Beli Badak Sumbu

Posted: 06 Apr 2012 04:56 AM PDT

Wartawan Buletin

KEMAMAN – Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said dicabar menyatakan pendidiriannya samada beliau dan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mahu menjaga kebajikan rakyat atau pun mahu menjaga 'binatang'.

Cabaran tersebut dilontarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad berikutan Ahmad yang didakwa berbelanja besar membina dan menguruskan Zoo Bukit Takal.

"…perbelanjaan nak beli bintang-binatang ni belaka, hampir RM10 juta, (hanya) nak beli 'natang' ni saja, dalam keadaan rakyat lapar, rakyat miskin, nelayan, petani, tukang kayuh beca, (susah) nak cari RM1, kita berbelanja nak beli binatang saja RM10 juta,

"maka malam ni saya cabar kepimpinan Menteri Besar, Ahmad Said, mu nak jaga rakyat, ke nak jaga binatang? Mu nak jaga rakyat Terengganu ke nak jaga natang hok ada kat zoo bukit takal?,"tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Tolak Umno (Hamtu) yang diadakan di Dataran Tok Guru, Chukai dekat sini pada Khamis 5 April.

Sebelum itu, beliau mendedahkan kepada rakyat Teregganu khususnya penduduk daerah Kemaman, pembinaan Zoo tersebut dilaporkan mencecah RM100 juta.

"Saya nak bagi tau kepada orang Kemaman satu isu malam ni, depan mata ni (kita semua), iaitu pembinaan Zoo Bukit Takal Kemaman,

"tahu tak berapa kos nak beri makan ke binatang dalam zoo? Berapa kos nak buat zoo bukit takal tu? Ia mencecah hampir RM100,"jelasnya.

Menurutnya, kerajaan negeri Terengganu tidak wajar membina Zoo dengan begitu mahal dalam keadaan masih terdapat ramai rakyat yang miskin di kampong-kampung.

Beliau berkata dalam keadaan masih terdapat orang kampung lapar dan nelayan terpaksa mengerah seluruh tenaga untuk turun ke laut mencari rezeki, Menteri Besar Terengganu belanja hampir RM100 juta buat Zoo.

Katanya, seekor badak sumbu yang akan dibeli adalah adalah berharga RM300,000 dan Zoo tersebut menghabiskan hamper RM1 juta untuk membeli tiga ekor badak tersebut.

"harga seekor badak sumbu yang dia nak beli, adik kakak tahu dok berapa harga seekor badak sumbu? Harga badak sumbu yang dia nak beli, harganya adalh 100 ribu (dollar) Amerika, bermakna seekor badak sumbu harganya RM300,000.

"Tiga ekor dia beli badak sumbu, bermakna RM1 juta beli badak sumbu saja dan dia beli zirafah, (seekor) harga zirafah ni 90 ribu (dollar) Amerika, dia beli 6 ekor bermakna dia belanja hampir RM2 juta nak beli zirafah ni saja,"katanya.

Majlis Perasmian Hamtu disempurnakan oleh Timbalan presiden PAS Haji Mohamad Sabu diiringi oleh T,balan Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat merangkap Pengarah MTD Chukai dan Yang Dipertua PAS Kemaman Haji Ismail Harun.

'Larangan' pondan di TV cetus kekeliruan

Posted: 06 Apr 2012 04:54 AM PDT


MALAYSIA KINI

Isu berhubung larangan watak pondan dan lelaki lembut di kaca televisyen ekoran percanggahannya dengan norma masyarakat beragama mengundang kekeliruan orang ramai.

Di sebalik laporan yang sama sekali bertentangan sebelum ini, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim akhirnya berkata perkara itu tidak benar sama sekali - penjelasan yang dibuat untuk kesekian kalinya.

"Tiada sama sekali pengharaman terhadap apa saja bentuk persembahan seni oleh mana-mana kelompok masyarakat termasuk pihak yang disebut sebagai 'lelaki lembut'," kata Rais.

Menulis di laman Twitter, menteri itu bagaimanapun berkata, kementeriannya tetap mempunyai hak untuk memilih kandungan untuk tayangan umum.

BN didakwa bakal tewas di Labuan

Posted: 05 Apr 2012 05:07 PM PDT



KL TODAY


Seramai 6,700 pengundi Pro-BN akan berpaling tadah di Labuan jika Majlis Tertinggi UMNO tidak menarik balik penggantungan dan enggan memilih Ketua UMNO Labuan yang sedang menjalani penggantungan, Datuk Suhaili Abdul Rahman (gambar) sebagai calon pada pilihanraya umum akan datang.

Pengerusi Badan Bertindak Pengundi Labuan, Ariff Buang ketika menghubungi Sabahkini.net menegaskan pihaknya terpaksa memberi amaran keras kerana Pucuk Pimpinan UMNO Pusat, terutama Setiausaha Agung UMNO, Adnan Mansor telah menganiaya ahli UMNO Labuan termasuk dirinya (Ariff) yang digantung daripada jawatan sebagai Ketua Cawangan dan Pengerusi Tetap disebabkan membuat teguran secara terbuka melalui Videoklip bertajuk 'Kata Dua 14 Cawangan UMNO Labuan Kepada BN.'

"UMNO Labuan jangan terlalu sombong dan bongkak kerana yang menandatangani Petisyen ini adalah pemilih berdaftar, majoritinya ahli UMNO yang sudah bosan dengan tindak tanduk Setiausaha Agung UMNO, Pemangku Ketua Bahagian dan Ketua Penerangan UMNO Labuan yang menjadikan UMNO Labuan sebagai harta rampasan perang yang diagehkan sesama mereka, terutama berhubung isu pemecatan 11 Ketua Kampung yang juga Ketua Cawangan UMNO Labuan," kata Ariff yang menegaskan bahawa kesemua penandatangan petisyen berkenaan sanggup menggadaikan masa hadapan mereka demi kesinambungan Barisan Nasional di Labuan.

Tetapi kata Ariff, mereka telah bersepakat untuk berpaling tadah menyokong parti lain selain UMNO jika rayuan dan petisyen mereka tidak didengar oleh Pucuk Pimpinan UMNO semata-mata kerana memberi muka kepada pucuk pimpinan UMNO Labuan yang merancang konspirasi untuk menjatuhkan Suhaili melalui tindakan di luar perlembagaan, terutama menggunakan SPRM sebagai alat.

UMNO Pusat, kata Ariff perlu sedar bahawa UMNO Labuan tidak lagi selamat jika 6,700 pengundi Labuan yang telah menangani Petisyen berkenaan berpaling tadah kerana calon UMNO pada pilihanraya umum 2008, Datuk Haji Yusof Haji Mahal hanya memperolehi 10,471 undi sahaja berbanding Calon Bebas, Lau Seng Kiat 2,014 undi dan Calon Pas, Matusin Abdul Rahman 1,106 undi.

"Jika 6,700 penandatangan petisyen berpaling tadah, sudah pastinya calon UMNO akan kecundang," kata Ariff yang memaklumkan terdapat 21,000 pemilih berdaftar di Labuan yang majoritinya merupakan penyokong tegar dan Pro-Suhaili.

Bagaimanapun Ariff bimbang jika Suhaili menyertai Parti Pembangkang atau membuat keputusan untuk menjadi calon Bebas sebelum Pucuk Pimpinan UMNO membuat keputusan menarik balik pengantungan Suhaili bagi membolehkan beliau memimpin UMNO Labuan menghadapi pilihanraya umum akan datang.

"Namun saya berharap agar kebimbangan kami tidak menjadi realiti dan Suhaili masih bersama BN," kata Ariff yang meyakini banyak pihak sudah melamar Suhaili sebagai calon mereka bagi memastikan Labuan berjaya ditawan daripada BN.

Ariff turut memaklumkan jika Petisyen ini gagal, mereka akan melaksanakan Visi Kedua yang hanya akan diumumkan pada masa yang sesuai kerana katanya sejarah politik Sabah pernah mencatatkan Kerajaan BN Sabah tumbang kerana isu Labuan dan memberi amaran tidak mustahil sejarah akan berulang pada PRU-13.

Pengakuan terbuka Sheila Majid

Posted: 05 Apr 2012 05:02 PM PDT

KOSMO



RATU Jazz negara, Datuk Sheila Majid, 47, membuat pendedahan secara terbuka bahawa kebanyakan lagu yang dicipta pada zaman ini tidak melekat di jiwanya dan mudah dilupakan kerana melodinya kedengaran serupa dengan lagu-lagu yang lain.

Disebabkan itu dia mengakui perlu bersikap cerewet memilih lagu biarpun perlu mengambil masa terlalu lama untuk muncul dengan lagu baharu. Sikap cerewet Sheila itu juga menjadi bukti mengapa dia masih bertahan dalam industri muzik sehingga kini.

"Jika saya bawa kereta dari rumah ke destinasi sambil dengar radio, tak ada satu lagu pun yang boleh diingat. 'It's all can easily forgettable'. Bukan nak kata saya sudah tua tetapi lagu-lagu sekarang kebanyakannya tidak ada jiwa. Ia lebih kepada tempo semata-mata. Kenapa lagu-lagu dulu masih diterima sehingga kini sebab ia ada jiwa dan mampu memberi impak kepada pendengar sekali gus menyebabkan penyanyi itu bertahan sehingga kini.

"Sejak dua tahun lalu saya masih tercari-cari dan menunggu untuk dapatkan lagu yang benar-benar kuat dari segi melodi dan juga lirik tetapi tiada," ujarnya jujur selepas sidang akhbar sempena minggu setiausaha, A Day with Living Legend - Sheila Majid di Restoran Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur.

Akuinya, dia banyak menerima lagu daripada pelbagai komposer tetapi sukar untuk membuat pilihan kerana lagu yang diterima tidak begitu kena dengan jiwanya.

"Saya memang selektif dalam pemilihan lagu sejak dari dulu lagi. Ada yang lirik okey tapi tak kena dengan melodi. Kedua-dua perlu seimbang. Kalau boleh saya mahu lagu yang boleh menarik jiwa pendengar," jelasnya.

Yuna dan Najwa

Namun begitu, walaupun Sheila menyelar generasi masa kini dunia muzik tempatan, namun dia penuh berkeyakinan terhadap dua penggiat muzik muda, Najwa Mahiaddin dan Yuna.

Berkongsi cerita, Sheila mengakui pernah meminta lagu daripada dua komposer muda iaitu Najwa Mahiaddin dan Yuna kerana tertarik dengan kebolehan mereka menulis dan mencipta lagu dengan baik.

"Yuna dan Najwa terkejut apabila saya minta mereka buat lagu untuk saya. Mereka ingat saya bergurau. Hakikatnya mereka benar-benar berbakat dan sebab itulah saya ingin bekerjasama dengan mereka," ungkapnya.



Sheila Majid menyerahkan plak yang ditandatanganinya kepada Pengarah Urusan Restoran Atmosphere 360, Datuk Mohd. Sabri Mohd. Nadzir selepas majlis sidang akhbar A Day with Living Legend - Sheila Majid baru-baru ini.

Ujar Sheila, seseorang penyanyi itu juga tidak semestinya menerima bulat-bulat lagu yang diberikan oleh komposer, sebaliknya perlu dengar dan buat perubahan agar lagu tersebut menjadi lebih menarik.

Sheila juga menyelar penyanyi-penyanyi sekarang yang kebanyakannya lebih banyak menjerit daripada menyanyi.

"Cara nyanyian juga penting. Ia patut sedap didengar. Penyanyi sekarang bukan menyanyi tetapi menjerit-jerit," katanya yang bakal muncul dengan album terbaharunya tidak lama lagi.

Menurut Sheila lagi, terdapat sebuah lagu Indonesia yang akan diberikan nafas baharu turut dimuatkan dalam albumnya nanti. Sheila juga akan muncul dengan single terbaharunya sebelum kemunculan album penuh.

Lagu rezeki

Ditebak soalan adakah dia bosan menyanyikan lagu yang sama berulang kali seperti Sinaran atau Ku Mohon pada setiap persembahannya, akui Sheila dia memang bosan.

Hakikatnya dia sedar lagu tersebut merupakan lagu 'rezekinya' kerana ia menjadi pilihan pendengar peminat-peminatnya sehingga kini.

"Memang saya akui bosan menyanyikan lagu yang sama seperti Sinaran setiap kali persembahan tetapi terpaksa berbuat demikian demi peminat. Sinaran adalah lagu 'rezeki'. Saya tidak boleh kata tidak untuk menyanyikannya. Jika saya tak nyanyikan lagu tersebut peminat akan marah," akuinya.

Bercerita tentang konsert Legendary Concert 2012 yang akan berlangsung pada bulan Mei dan Jun ini, ungkap Sheila, dia sangat teruja untuk beraksi bersama tiga penyanyi hebat iaitu Amy Search, Jamal Abdillah dan Zainal Abidin.

"Saya sangat teruja untuk buat persembahan dengan mereka. Saya akui banyak belajar dengan Zainal. Ketika itu dia masih dengan Headwind. Dia memang seorang penghibur yang bagus. Dia tak takut untuk bercakap ketika persembahannya.

"Menariknya, setiap apa yang dituturkan dirinya membuatkan penonton suka dan terhibur. Dia sangat berpengalaman. Amy pula, walaupun dia tak bercakap banyak masa persembahan tetapi bila dia buat persembahan, dia boleh jadi raksasa. Jamal pula tak perlu menyanyi pun orang sudah teruja tengok dia," ungkapnya jujur.

Kongsinya, walaupun masa latihan suntuk kerana ia berlangsung pada hujung bulan ini namun dia tidak tertekan kerana pemuzik-pemuzik konsert tersebut sudah acap kali bersamanya ketika persembahan.

Konsert yang dinantikan untuk tahun ini juga dikatakan memberi keterujaan besar buat peminat empat legenda ini kerana hampir semua tiket VIP sudah habis dijual.

Konsert yang dibawakan oleh Afro Inang Worldwide dan Research Venture Lab Sdn. Bhd. itu telah memilih lima lokasi berbeza iaitu di Stadium Larkin, Johor Bahru (5 Mei), Kota Kinabalu, Sabah (19 Mei), Kuching, Sarawak (26 Mei), Pulau Pinang (23 Jun) dan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun ini.

Eksklusif Sheila

Dalam perkembangan lain, Sheila cukup teruja untuk mengadakan persembahan sempena sambutan minggu setiausaha di Restoran Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur pada 25 April ini.

Bakal mengadakan persembahan selama 45 minit, turut berganding dengannya ialah pelawak dan pelakon Dee.

"Ini adalah kali pertama saya akan menyanyi di Menara Kuala Lumpur dan sudah ada beberapa idea untuk persembahan itu nanti," kongsinya yang merupakan artis kedua yang mengadakan persembahan untuk Minggu Setiausaha di situ selepas Jamal Abdillah.

Sheila juga optimis biarpun harga tiket yang dikenakan agak tinggi ia mampu menarik bukan sahaja bos dan setiausaha malah peminat-peminatnya sendiri.

Hanya eksklusif menerima satu tawaran sahaja untuk Minggu Setiausaha, Sheila juga memberitahu, akan menyanyikan sebanyak tujuh buah lagu pada hari itu.

Bermula pada pukul 12 tengah hari, tiket untuk menyaksikan A Day with Living Legend - Sheila Majid dijual pada harga bermula RM500 sehingga RM6,500 (berkumpulan).

Sebarang pertanyaan mengenainya boleh menghubungi Siti di talian 013-337 7710 atau Jojo, 012-690 3058.

220kg abu al-Quran dibuang ke laut

Posted: 05 Apr 2012 04:54 PM PDT

KOSMO



MUHAMMAD RAMLI (kanan depan) bersama kakitangan JHEAT membuang abu al-Quran ke laut ketika melupuskan naskhah ayat suci berkenaan di perairan Pulau Kapas, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU - Lebih 200 kilogram (kg) abu al-Quran dan bahan-bahan bercetak yang mengandungi teks ayat-ayat suci itu dibuang di tengah laut di sini semalam sebagai satu cara pelupusan naskhah suci tersebut.

Acara pelupusan itu dilakukan pada tepat pukul 10.37 pagi di perairan Kuala Terengganu yang terletak kira-kira sembilan batu nautika dari jeti Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur dekat sini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata, pelupusan abu al-Quran itu dengan cara membuangnya ke tengah laut merupakan pendekatan terbaik untuk menjaga kesuciannya.

Menurut beliau, usaha tersebut telah dilakukan sejak empat tahun lalu oleh bahagian penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) bermula dengan proses mengumpul al-Quran yang telah rosak dan salah cetak sehinggalah kepada proses membakar serta membuangnya ke laut.

"Kita biasa mendengar orang melupuskan al-Quran dengan cara menanamnya ke tanah selepas dibakar tetapi ramai yang tidak tahu bahawa melupuskan naskhah suci itu dengan membuangnya ke tengah laut adalah lebih baik," katanya selepas mengetuai rombongan JHEAT dan media pada acara pelupusan itu di sini semalam.

Kaut RM4 bilion hasil tipu, judi

Posted: 05 Apr 2012 04:51 PM PDT

KAJANG – Tembelang satu sindiket yang menyewa enam buah banglo mewah dua tingkat di kawasan Country Heights di sini untuk menempatkan seramai 144 anggotanya bagi melakukan penipuan dan judi bola sepak Internet sebanyak RM4 bilion sejak sebulan lalu terbongkar apabila diserbu semalam.

Serbuan pukul 1.30 petang itu dapat menahan 54 wanita dan 90 lelaki pelbagai warganegara asing seperti China dan Taiwan berusia lingkungan 20 dan 30-an yang ditugaskan untuk membuat panggilan rambang bagi tujuan penipuan kad kredit.

Ketika serbuan itu, seorang wanita patah kaki kiri dan seorang lelaki patah tangan kiri apabila mereka bertindak terjun dari tingkat dua banglo tersebut.

Difahamkan, anggota sindiket tersebut tidak keluar rumah dan segala keperluan mereka termasuk makanan akan dibeli oleh seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai runner. Lelaki itu turut dicekup.

Tinjauan Kosmo! mendapati, jarak antara banglo tersebut kira-kira dua kilometer dan pintunya sentiasa ditutup.

Susunan perabot di dalam banglo itu pula tidak ubah seperti pejabat di mana ruang tamu di tingkat atas dan tingkat bawah dilengkapi meja, telefon serta kertas.

Tukang jahit rugi RM30,000 rumah terbakar

Posted: 05 Apr 2012 04:46 PM PDT

KOSMO

BESUT — Seorang tukang jahit kerugian lebih RM30,000 apabila 25 pasang pakaian yang ditempah pelanggan termasuk dua mesin jahit yang menjadi sumber pendapatannya hangus apabila rumahnya dijilat api dalam kejadian pukul 11.40 pagi semalam.

Masitah Daud, 64, hanya mampu menitiskan air mata selepas rumahnya di Kampung Teluk dekat Alor Lintah di sini musnah dalam sekelip mata.

Masitah yang ditemui di rumahnya menganggap kejadian itu sebagai dugaan Allah terhadapnya kerana 35 hari lalu suaminya, Daud Othman, 64, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal menjaja ikan di Kampung Lampu dekat Kuala Besut.

Katanya ketika kejadian itu, beliau yang sedang berbincang dengan anak keempatnya Zuraini Yahya, 42, mengenai urusan mengadakan kenduri arwah untuk suaminya, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi di bahagian tengah rumahnya.

Beliau yang hanya tinggal berdua dengan anak bongsu Nurul Hidayah, 22, yang ketika itu bekerja di Jertih berkata ekoran kejadian tersebut Zuraini masuk menjengah dan katil dalam bilik adiknya (Nurul Hidayah) sudah dijilat api dan terus marak begitu cepat menyambar rumah kayu itu.

"Saya tidak sempat selamatkan barang-barang lain. Bagaimanapun beberapa dokumen penting sempat diselamatkan," katanya.

Lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut bersama sebuah jentera telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira 11.48 pagi dan dapat mengawal api kira-kira 20 minit kemudian. — BERNAMA

Tiada Permohonan Diterima Berhubung Persembahan Balet - Rais

Posted: 05 Apr 2012 04:45 PM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Khamis menafikan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) telah menolak permohonan daripada sebuah kumpulan balet Singapura, dijadual membuat persembahan di sini hujung minggu ini.

Beliau menegaskan tiada permohonan dikemukakan oleh mana-mana pihak untuk meminta kebenaran bagi mengadakan persembahan, dengan itu isu pembatalan atau penolakan langsung tidak timbul.

Beliau mengulas laporan dalam Straits Times Singapura yang memetik pengarah artistik Singapore Dance Theathre, Janek Schergen sebagai berkata permohonannya bagi mengadakan persembahan balet di Kuala Lumpur Performing Act Centre (KLPAC) ditolak oleh Puspal atas alasan kostum yang menjolok mata.

"Tidak wujud langsung soal pembatalan atau penolakan. Dan sekiranya orang atau pihak terbabit mahu memberikan nota makluman kepada kami, kami sedia membantu," kata menteri itu kepada pemberita di Angkasapuri di sini Khamis.

Rais berkata kumpulan balet itu patut dibenarkan mengadakan persembahan seperti dirancang dan rakyat Malaysia bebas untuk menyaksikan persembahan itu.

Beliau berkata sepatutnya tiada masalah untuk penganjur memperoleh permit asalkan mereka mematuhi garis panduan berpakaian.

"Saya fikir terdapat cara tertentu apabila anda memakai pakaian, anda tidak dedahkan semuanya.

"Tetapi jika ianya kelihatan agak menonjol, apa yang salah mengenainya. Maksud saya balet dengan gaun besar tidak sesuai, bukankah begitu?" katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (Kebudayaan), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata laporan berita yang turut dipetik dan disiarkan di portal The Malaysian Insider itu tidak berasas dan tidak tepat.

Katanya, KLPAC yang diwakili oleh Tan Hong Lit hanya bertindak mengemukakan permohonan pada 12.30 tengah hari, Khamis di kaunter Puspal. - BERNAMA

Posted: 05 Apr 2012 04:44 PM PDT

Kerajaan Selangor Peruntuk RM5 Juta Untuk Program Tebatan Banjir Di Klang

Posted: 05 Apr 2012 04:43 PM PDT

MSTAR ONLINE

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor meluluskan peruntukan segera RM5 juta bagi program tebatan banjir di bandar Klang, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata usaha itu perlu dengan mengambil kira banjir kilat yang melanda Klang pada 30 Mac di Kampung Delek, Telok Gadong, sebahagian Pandamaran, Kota Alam Shah, Selat Klang dan Taman Seri Andalas.

"Penyelidikan dan kajian dijalankan pihak-pihak berkaitan mengenai banjir yang berlaku di Klang dan kita perlu utamakan kawasan-kawasan yang perlu dimasukkan dalam program tebatan banjir itu.

"Negeri ini mendapati bahawa lebih daripada RM20 juta diperlukan bagi tebatan banjir di Klang sahaja dalam usaha mengurangkan kemungkinan banjir dan RM5 juta itu adalah peruntukan awal.

"Kita jangka tebatan banjir akan dijalankan minggu depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini, Khamis.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan RM3 juta bagi membantu 2,500 keluarga mangsa banjir dengan setiap isi rumah mendapat RM500. - BERNAMA

Tiada ulasan: