Jumaat, 6 April 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bontot Hamidah Panas Berapi Disondol Nizar!

Posted: 06 Apr 2012 02:30 PM PDT

Ini cerita betul beb! Saya lihat sendiri melalui siaran live persidangan DUN Perak. Tapi cerita ini tidak keluar kat tv atau akhbar-akhbar sebelah sana. Jangan haraplah!

Memang panas betul jadinya bontot Hamidah Osman dikerjakan oleh DS Nizar tuh! Ha! ha! ha! Patutlah depa kata Nizar tu jahat!

Dalam ucapannya sewaktu di persidangan DUN Perak, Nizar telah mendedahkan penyakit yang sedang melanda salah seorang ADUN Umno/BN.

Walaupun Nizar tidak menyebut jenis penyakit dan nama Adun tersebut, kenapa 'dia' yang terasa sangat hingga melalak-lalak . Kemana perginya kesopanan sebagai seorang wanita kamu itu wahai Hamidah? Tunggulah giliran kamu kalau nak balas apa yang Nizar katakan itu.

Kalau susah nak kawal mulut becuk kamu itu, eloklak bila masuk ke dewan Isnin ni nanti pakai kalong ini.

Pakatan Rakyat terpaksa keluar bertemu rakyat dengan mengadakan ceramah untuk menyampaikan maklumat dan mematahkan fitnah-fitnah Umno/BN yang menggunakan TV, akhbar perdana 24 jam setiap hari.

Dalam ucapannya itu, Nizar merayu kepada PDRM atau OCPD, jika sekiranya telah diberikan permit oleh PDRM atau OCPD kepada satu-satu pihak , maka kalau ada lagi permohonan untuk hari dan tempat yang sama, supaya ditundakan ke tarikh yang lain.

Nizar merujuk kepada kejadian yang berlaku di Sungai Rokam baru-baru ini , di Kampung Pisang, Batu Gajah, di Cangkat Tualang dan lain-lain tempat.

"Kita telah berceramah dan kita telah ditala dengan lagu-lagu supaya orang ramai tidak dapat dengar ceramah kami!

"Apakah ini tamadun namanya? Dan setiap kali perkara ini berlaku, orang yang sama terlibat.Maka saya merayu supaya tidak berlaku perkara-perkara sedemikian," kata Nizar.

Sewaktu Nizar mendedahkan hal ini dalam dewan, orang berkenaan telah terasa panas berapi bontotnya kepanasan macam terkena cili api.

Tidak senang duduk orang ini sehingga melalak-lalak mengeluarkan kata-kata "pembohong" berulang kali kepada Nizar.

Siapa lagi kalau bukan Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman. Dan penyakit yang sedang dihidapinya ialah 'paranoia'.

Ya, penyakit ini sedang melanda Hamidah sebagaimana pemimpin-pemimpin Umno/BN yang lain . Orang yang terkena penyakit ini akan menjadikan dirinya tidak karuan dan jadi paranoid

Sebab itu, dimana-mana ada ceramah atau program Pakatan Rakyat, Umno/BN akan berusaha untuk menganggunya diseluruh negara sekarang ini.

Umno/BN sangat paranoid kebelakangan ini terhadap ceramah-ceramah Pakatan Rakyat kerana mendapat sambutan rakyat walaupun majlis PR tidak menyediakan makan minum, pengangkutan bas percuma dan wang saguhati.

Nizar berharap dan bermohon kepada anggota pasukan polis supaya memberikan kerjasama dalam perkara ini.

"Kalau mereka tidak dapat permit, jangan dibenarkan menganggu ceramah-ceramah yang diluluskan polis.

"Kami sendiri, kalaulah BN mengadakan program disekolah-sekolah, dewan-dewan, kami tidak tergamak mengadakan ceramah depan dewan tersebut!"

Memang panas berapi bontot Hamidah dikerjakan oleh Nizar! Kesian dan simpati saya kepada Hamidah. Nasihat saya kepada Hamidah, jangan lupa makan ubat dan pakai kalong itu!

Saham Azmin & Isteri - PSRM Sahkan Tidak Ada Bukti

Posted: 05 Apr 2012 11:05 PM PDT

Azmin Ali berkata tidak ada sebab kukuh untuknya mengungkit kembali isu yang timbul sejak 20 tahun lalu selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tidak ada bukti yang dapat mengaitkannya dengan dakwaan itu.

"Saya dah terangkan panjang lebar, tiada lagi yang perlu diulas. Hanya yang buta dan tuli sahaja percaya fitnah saya ada saham sebegitu banyak,"katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Demikain respon Azmin terhadap desakan Mohd. Isa Mohd. Saidi, yang mengaku sebagai Ketua Penerangan Cabang Ampang, supaya Azmin Ali keluar parti.

"Jika dia tak mahu keluar, kami sendiri yang akan keluar," tegas Mohd Isa pada satu sidang media yang turut disertai sekumpulan pemimpin akar umbi parti itu seperti gambar berikut:

Sudah dipecat dari parti, apa lagi? Sidang media ini
diadakan di Hotel Crown Plaza - hotel empat bintang!

Tetapi, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin , menyatakan, Mohd Isa bukan lagi ahli KEADILAN sejak 26 Mac lalu. Dia telah digugurkan daripada jawatannya selepas didapati muflis dan juga pernah dikaitkan dengan jenayah pecah amanah (CBT) sebelum ini. Beberapa laporan polis ke atasnya berkaitan jenayah pecah amanah (criminal breach of trust). Baca di sini

Tidak mustahil isu ini ditaja oleh Umno/BN . Sebelum ini pun, pengampu-pengampu Umno/BN yang lain seperti orang buangan PAS, Dr Hasan Ali dan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran turut membangkitkan isu tersebut.

Tiada ulasan: