Isnin, 2 April 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


DUN Sungai Rapat : Radhi Zainon Cabar Hamidah Berdebat

Posted: 02 Apr 2012 09:02 AM PDT

Bakal Calon Pakatan Rakyat Dun Sungai Rapat, Ust Radzi Zainon mencabar Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman berdebat secara terbuka diatas satu pentas yang sama, atas sebarang isu yang dipilihnya sendiri.

Cabaran Radhi adalah ekoran keghairahan Hamidah yang sudah banyak kali turut menganggu di setiap kali Pakatan Rakyat mengadakan majlis ceramah.

"Kat mana kita buat ceramah, Hamidah pun sibuk buat ceramah dekat tempat kita semata-mata untuk menganggu," terang Radhi.

"Dengan ini saya cabar Hamidah untuk berceramah atas satu pentas yang sama dengan saya. Sebaik-baiknya diadakan di Arena Square Batu Gajah," tambahnya lagi.

Radhi mencabar Hamidah supaya menerima pelawaannya supaya rakyat setempat boleh mendengar hujah masing-masing.

"Samada mahu berhujah mengenai 'Sifar Setinggan' atau apa saja, kita minta Hamidah sendiri tentukan. Yang penting dia bersetuju berdebat dengan saya," katanya tegas.

Sementara itu, seorang peniaga tempatan, Encik Anuar Ibrahim menyatakan beliau dan beberapa orang rakan niaganya sanggup untuk membiayai makan minum percuma kepada orang ramai yang menghadiri majlis debat antara Radhi dan Hamidah jika benar Hamidah bersetuju dengan pelawaan Radhi tersebut.

Kesanggupan Anuar dan rakan-rakannya itu untuk membiayai kos makan minum percuma untuk orang ramai pada majlis tersebut menggambarkan terdapat sebahagian rakyat yang berhajat benar mahu melihat dua orang tokoh tempatan ini berdebat atas pentas yang sama.

Dengan cara ini, tidak payahlah lagi Hamidah menghabiskan beribu-ribu wang untuk menaja majlis ceramahnya kerana Anuar dan rakan-rakannya akan menaja segala keperluan untuk mengadakan majlis tersebut.Hanya menunggu kesanggupan Hamidah sahaja.

Hamidah tidak perlu menyediakan bas untuk mengangkut orang ramai kerana jika majlis itu menjadi kenyataan, orang ramai tentunya akan berpusu-pusu dari seluruh pelusuk negeri Perak.

Hamidah patut mengambil kesempatan ini kerana akan dapat mempromosikan dirinya; melainkan dia seorang betina yang pengecut.

Menurut Radhi, dia memberikan masa dua minggu kepada Hamidah untuk memberi respon terhadap cabarannya itu. Beranikah Hamidah?

Bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar Assobiyyah

Posted: 01 Apr 2012 04:38 PM PDT

Satu peringatan kepada petugas-petugas parti tidak kira dari parti mana sekali pun, supaya lebih berhati-hati dan jangan terlalu ghairah hingga membahayakan diri sendiri.

Kita harap perkara sebegini tidak akan berulang lagi.Apa yang penting ialah berjuang diatas landasan kebenaran dan tidak cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman sebagaimana mafhum ayat al-quran, 113 surah Hud :

"Jangan kamu cenderung kepada mereka yang zalim, maka kamu disambar oleh neraka"

Seperkara yang perlu selalu kita ingat ialah pesanan Rasulullah kepada ummatnya - tidak kira apa bangsa sekalipun iaitu :

"Bukan dari kalangan kami mereka yang menyeru kepada assobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang berperang atas dasar assobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar Assobiyyah".

Sahabat bertanya kepada Rasulullah , "Apa assobiyyah itu, ya Rasulullah? baginda s.a.w lalu menjawab:

" Kamu menolong kaummu atas kezaliman"-[hadis riwayat Abu Daud 4/331, dihasankan oleh Sheikh syuaib Arnaut dlm tahqiq al-adab al-syariyyah 1/81]

Tiada ulasan: