Kerabu Bersuara ® |
- Wahai Artis Yang Bernikah Di Masjid, TOLONG Tutup Aurat La Woi! Hormat Sikit!
- Pemuda Umno Demo Tolak Anwar Tolak Yahudi. Tengok Mereka Pakai Macam Mana?
- Fatwa dan nasihat Shaikh Dr Yusuf al-Qaradawi, Shaikh Atiyah Saqr dan Shaikh Salih Fauzan tentang menipu & April Fool
- Fitnah agamawan UMNO
- ‘Beri gula kacau, beri kain pakai ’
- Sikap, perangai Yahudi makin jadi amalan
Wahai Artis Yang Bernikah Di Masjid, TOLONG Tutup Aurat La Woi! Hormat Sikit! Posted: 01 Apr 2012 05:34 AM PDT Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat'ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil 'hijab' dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat. Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu'sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya 'Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr': "Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci." Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. 'Imad 'Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: "Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur'an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita." Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar'ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa. Dalil-dalil tentang Aurat Wanita (i) Batasan aurat wanita Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya." [TMQ An-Nur (24):31]. Yang di maksud "wa laa yubdiina ziinatahunnaa" (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya, kalimah "illa maa zhahara minhaa" [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66]. Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud "kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)", katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur'an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45]. Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma' binti Abu Bakar, "Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya." [HR Abu Dawud] (ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul 'Am (Kehidupan Umum/Public Life) Yang dimaksudkan dengan hayaatul 'am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu (a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan (b) libas 'ala (baju atas) iaitu khimar (tudung). Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah, "Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, 'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya." [TMQ Al-Ahzab (33):59]. Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan "jilbab" itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan "jilbab" di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang. Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna "jilbab". Dalam kitab Al-Mu'jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula'ah asy-tamilu biha al-mar'ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita). Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula'ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai "khimar" iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada. Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah, "Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka" [TMQ An-Nur (24):31]. Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti. (iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life) Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain. Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya, "wa laa yubdiina" ("dan janganlah mereka menampakkan") [Surah An-Nur:31] atau sabda Nabi, "lam yashluh an yura minha" ("tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya") [HR Abu Dawud]. Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah). Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya. (iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab Tsaub ialah 'pakaian di rumah' iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah, "Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka" [TMQ An-Nur (24):60]. Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada 'pakaian' di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah 'pakaian dalam' (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179]. Larangan Bertabarruj Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah, "Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". [TMQ An Nur(24):60] Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah "Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah." [TMQ Al-Ahzab (33):33] Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, "Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya." Abul A'la al Maududi berkata: "Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna- (i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya); (ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina" [hadis dari Abu Musa al-Asy'ari]. Khatimah Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi: "Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa". Wallahu 'alam bi sawab. |
Pemuda Umno Demo Tolak Anwar Tolak Yahudi. Tengok Mereka Pakai Macam Mana? Posted: 31 Mar 2012 05:02 PM PDT pakai pun macam zionis dan yahudi siapa yang yahudi ni? nak pertahankan islam ke macam tu? hahahahahaha |
Posted: 31 Mar 2012 04:51 PM PDT Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain. Mereka memanggil tarikh 1 April ini sebagai April Fool. Kita sedia maklum bahawa April Fool bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat. Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan. Mari kita lihat beberapa pendapat `ulama muktabar berkaitan isu April Fool ini: 1) Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi: Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: "Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah." [HR al-Bukhari dan Muslim] Rasulullah sallAllahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda: "Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya." [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai'e] Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: "Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran." [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi sallallahu `alaihi wasallam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: "Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim." [HR Abu Daud] Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab: Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan. 2) Shaikh Atiyyah Saqr: Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan. Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah "dharurat menjadikan yang haram harus" digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut. Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: "Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu." [HR al-Bukhari dan Muslim]. Ummu Kalsum binti 'Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, "Aku tidak pernah mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri." Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net] 3) Shaikh Shalih Fauzan: Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834, beliau menyatakan bahawa: Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wassalam bersabda: "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka." Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur. Muslimin/muslimat sekalian, Jika tanpa melihat fatwa dan pandangan ulama pun, kita sedia maklum bahawa amalan menipu melanggar etika seorang manusia yang bermoral. Tiada satu pun manusia yang normal fikirannya yang suka atau rela dia ditipu. Apatah lagi ditambah lagi dengan komen-komen para ulama yang disertakan hadith-hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang melarang kita menipu, maka ternyatalah bahawa tradisi April Fool ini wajar dihentikan dan ditinggalkan oleh mereka yang selalu menyambutnya, walau untuk tujuan bergurau! |
Posted: 31 Mar 2012 04:46 PM PDT Oleh Fairuz Azhan Saya merasa terpanggil untuk menulis kerana setiap hari ada-ada sahaja fitnah terhadap DAP dan para pemimpinnya. Meski pun dijelaskan berulang, meski pun saman di mahkamah dimenangi, modal-modal fitnah yang sama diulang-ulang hingga menjadi jelik dan bosan. Dan lebih memeranjatkan lagi adalah fitnah-fitnah ini didukungi oleh mereka yang kononnya mengangkat diri mereka sebagai agamawan dalam UMNO. Sebagai contoh, Dr Mashitah Ibrahim dalam artikelnya yang disiarkan oleh Sinar Harian bertarikh 30 Mac jelas melakukan beberapa fitnah terhadap DAP yang berniat jahat dan bermotifkan politik. Antaranya, beliau mendakwa bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP menghentikan sambutan Maulidur Rasul, menghalau peniaga Melayu, menghina Islam dan menjual tapak masjid. Tak cukup dengan itu, beliau terus memfitnah DAP sebagai menolak kedudukan istimewa orang Melayu. Fitnah sebagai akidah? Berpuluh-puluh kali kesemua pekara tersebut telah dijelaskan berulang kali, namun fitnah-fitnah yang sama dimainkan sehingga ia menjadi kebenaran yang menyebarnya. Adakan fitnah menjadi akidah para pemimpin UMNO sekarang ini? DAP dengan jelas, sejak penubuhannya, telah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Berulang-ulang kali para pemimpin DAP menjelaskan bahawa tujuan DAP ditubuhkan adalah untuk mempertahankan Perlembagaan dan semua yang termaktub di dalamnya termasuk kedudukan istemewa orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu/Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Namun demikian, demi politik, segalanya halal buat UMNO dan agamawan mereka. Saya fikir bahawa artikel-artikel yang terkandung dalam Roketkini telah menjelaskan pendirian DAP tersebut banyak kali yang terbit dari mulut para pemimpin DAP. Namun demikian, jika seorang agamawan boleh melakukan dan menghalalkan fitnah, apakah contoh yang diberikan pada ahli-ahli UMNO yang lain? Atau pun sebenarnya manusia seperti Mashitah sudah tidak tahu yang mana hak dan yang mana batil kerana jentera fitnah UMNO telah melakukan terlalu banyak fitnah sehingga mereka tidak tahu yang mana fakta, yang mana auta? Bagi akhbar nasioanl seperti Sinar Harian, ruang yang adil perlu diberikan kepada DAP dan Pakatan Rakyat untuk menjelaskan kebenaran. Jika tidak, akhbar itu akan menjadi serpihan kepada lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia, yang hanya berbekalkan kebencian kaum dan berasaskan fitnah semata-mata. Agamawan UMNO dan budaya fitnah Tapi kita mahu bertanya kepada golongan agamawan UMNO, bagi mereka apakah hukum memfitnah orang lain? Kalau bagi umat biasa, ia adalah antara dosa yang paling besar dalam agama, tapi bagi pemimpin UMNO, mungkin tafsiran mereka berlainan. Di mana suara agamawan UMNO ketika anak Lim Guan Eng yang tidak berdosa telah difitnah dengan tuduhan yang amat keji oleh para pemimpin dan blogger pecacai UMNO? Di mana agamawan UMNO tatkala wang baitulmal dan zakat diselewengkan oleh pemimpin mereka? Di mana agamawan UMNO tatkala keluarga seorang menteri menyeleweng RM250 juta wang amanah untuk ternak lembu bagi membekalkan daging ekapda rakyat? Mereka hanya diam seribu bahasa. Saya melihat bahawa budaya fitnah ini hanya mekar di dalam satu kem politik sahaja dan kem tersebut menghalalkannya. Fitnah itu merupakan satu-satunya peluru buat UMNO-BN kerana tiada benda lain untuk dipromosikan kepada rakyat. Mungkin juga ia adalah satu taktik peralihan untuk mengaburi mata rakyat tentang pelbagai masalah pentadbiran negara yang dicetuskan oleh mereka. Namun apakah Islam menghalalkan fitnah untuk mengekalkan kuasa? Pemimpin UMNO ajar Melayu martabatkan fitnah? Di sebalik propaganda yang kononnya mengagungkan agama, para pemimpin UMNO dan juak-juak mereka telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat, kemudian dituduh Ketua Umum PKR itu sebagai penzina. Untuk menutup pembohong, didakwa pula biseksual. Dan tidak menghairankan sekiranya esok lusa beliau akan dituduh triseksual. Sampai bilakah kerajaan UMNO-BN akan menganggap rakyat Malaysia ini merupakan manusia yang bodoh dan mudah diperbodohkan? Tidakkah mereka sedar bahawa tsunami politik 2008 adalah petanda rakyat sudah meluat dengan politik kotor, keji dan jijik? Rakyat dengan jelas sudah muak diperlakukan sedemikian dan inginkan keikhlasan dan kejujuran tetapi yang jelasnya bahawa itu tidak mungkin sama sekali dengan kerajaan yang sedia ada yang masih mahu mengawal kebenaran dan sejarah mengikut acuan mereka. Bagi mereka yang benar-benar beriman, nyatakanlah kebenaran tanpa memilih bulu dan hentikan memfitnah orang lain. Bagi mereka yang dianggap dan menganggap diri sebagai agamawan UMNO, kembalilah kepada jalan agama yang sebenar. Sila jua beri pendapat ikhlas dan berjuang menentang penyelewengan, rasuah, kronisme, penindasan dan kezaliman. Bukankah itu tuntutan agama? – Roketkini.com |
‘Beri gula kacau, beri kain pakai ’ Posted: 31 Mar 2012 04:44 PM PDT KOTA BHARU: "Kalau mereka beri duit kita ambil, kalau beri gula kita kacau dan kalau mereka beri kain kita pakai. Tetapi kena ingat apabila hari mengundi nanti hendaklah pilih calon PAS, kalau di tempat PAS tidak bertanding pilih KeADILan, dan kalau tiada calon KeADILan kena undi calon DAP," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am mengulangi strategi kempen PAS ketika menghadapi pilihan raya kecil Lundang pada 1994. Pada kempen tersebut umpan kebendaan ditabur Umno sebagai senjata bagi meraih undi. Ekoran kempen tidak sihat tersebut menyebabkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mempopularkan ungkapan itu hingga menyebabkan BN gagal merampas Dun Lundang. Mursyidul Am mengulangi lagi strategi berkenaan ketika merasmikan program Pemuda Penggerak di Kampung Jambu, Pengkalan Chepa baru-baru ini. Hadir sama Pengarah Pusat Kajian Strategik, Abdul Rahim Salleh dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari. Program tersebut diadakan dengan kerjasama Peti Undi PAS Kampung Jambu. Pelbagai program menarik diadakan termasuk bakar ayam dan ikan. Pemuda Cawangan berkenaan juga menerima sumbangan peralatan sukan. Umno dan BN kini mengulangi taktik menggunakan umpan kebendaan bagi menarik simpati rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. Sekarang pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 kepada rakyat berpendapatan kurang RM3,000 sebulan diagih. Sementara itu di majlis berasingan tindakan seorang menteri membandingkan antara bantuan kerajaan persekutuan dan negeri bagi membantu rakyat dipertikaikan pelbagai pihak. Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Ustaz Abdullah Ya'kub berkata, kenyataan menteri terbabit sebenarnya memperlihatkan pemimpin Umno tidak cuba belajar memahami konsep federalisme. "Apabila kita membandingkan bantuan yang dihulur kerajaan pusat dan bantuan negeri, seolah-olah >> MALAYSIA KINI drnots kita mahu melihat apa yang disumbang seorang bapa dan seorang anak. "Seorang bapa yang mempunyai segala kuasa dan kedudukan tidak adil apabila dibanding pula dengan anak berpendapatan rendah dan tiada kedudukan," katanya di sini. Baru-baru ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Mustapa Mohamed dilaporkan mendakwa kerajaan Persekutuan menyalur bantuan melalui JKM hampir 90 peratus berbanding hanya 10 peratus disumbang kerajaan Kelantan. Sedangkan kata Abdullah segala hasil daripada mana-mana negeri dilonggok di Putrajaya. Katanya, cukai langsung atau tidak langsung semuanya berada di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Negeri hanya ada bidang kuasa berkaitan tanah, sumber air, hasil hutan dan cukai di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT). Namun bagi Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, soal rasionaliti tidak diambil kira biarpun perbezaan jumlah hasil di antara pusat dan negeri seumpama langit dan bumi. Maka tidak hairanlah Mustapa menyebut kerajaan pusat membelanjakan sebanyak RM84.5 juta bagi membantu penduduk miskin tahun lepas yang disalur melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Lalu dibandingnya pula dengan kerajaan PAS Kelantan yang hanya memperuntukkan sebanyak RM7.4 juta bagi tujuan sama. Abdullah yang juga Adun Air Lanas berkata, kalau hendak dibuat perbandingan bajet diperuntukan persekutuan, perlu dilakukan perbandingan dengan negara lain yang mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar hampir serupa. |
Sikap, perangai Yahudi makin jadi amalan Posted: 31 Mar 2012 04:43 PM PDT Subjek Yahudi kini menjadi perbahasan semasa dan dalam penelitian kita terdapat sejumlah hadis yang menunjukkan bahawa Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. pernah berhubungan dengan orang Yahudi. Antara lain sebuah hadis yang bermaksud: "Bahawasanya Nabi s.a.w. menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya." - Riwayat Al- Bukhari dan Muslim Sebuah lagi hadis bermaksud: "Daripada Aisyah r.a. berkata Nabi s.a.w pernah membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w. menyerahkan baju besinya." - Riwayat Al- Bukhari Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi s.a.w. dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: "Tidakkah ia satu jiwa?" – Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961) Berdasarkan ini, adalah tidak benar untuk menyatakan tidak boleh berhubungan (termasuk bermuamalat) dengan orang Yahudi; tetapi yang tidak bolehnya meniru perangai dan sikap orang Yahudi yang kini terkenal dengan rejim Zionisnya yang membelasah penduduk Palestin semahu-mahunya. Cakaplah apa saja mengenai mereka, sombong, jahat, zalim, pembunuh dan sebagainya, mereka buat 'dek aje' (tak tahu). Mereka tidak ambil 'pot' (kisah) jika seluruh dunia mengutuk mereka, yang mereka tahu kepentingan bangsa mereka didahulukan, diutamakan. Namun sikap dan perangai Yahudi inilah yang semakin menular dalam masyarakat kita termasuk pemimpinnya. Katakan dan tuduh apa saja kepada mereka; pembunuhkah, meletupkan orangkah, berjoli katak dengan wang rakyatkah, penzinakah, perasuahkah, mereka buat pekak saja. Mereka tidak ambil 'pot' atas tuduhan itu, apa yang mereka tahu cita-cita mereka untuk ke puncak kemasyhuran dunia tercapai. Sama seperti orang Yahudi (Zionis), orang Malaysia juga mula tidak ambil peduli apabila dilempar pelbagai tuduhan seperti meletupkan orang, mencuri laki orang, berzina dan merasuah. Mereka tidak pun berusaha untuk membersihkan nama mereka melalui langkah menyaman si penuduh. Orang Yahudi, biarlah apa dikatakan terhadap mereka, perangai mereka tetap sama sejak dulu, kini dan mungkin selamanya. Orang Malaysia pun mulai sama macam mereka, keras hati dan keras kepala, dulu, kini dan selamanya. Sepanjang sejarahnya, Yahudi adalah bangsa yang melawan Rasul. Nabi Musa a.s. dilawan mereka, ada Nabi diusir mereka dan sesetengah Nabi seperti Nabi Yahya a.s. digergaji sampai mati oleh mereka. Orang Malaysia sekarang ini pun apa kurangnya, orang yang perjuangkan hak rakyat mereka kenakan pelbagai tindakan. Kenapa orang Malaysia kini berperangai macam Yahudi? Orang Yahudi tidak menjajah dunia seperti British, Sepanyol, Belanda, Portugis dan sebagainya. Tetapi mereka menjajah pemikiran penduduk seluruh dunia. Shakespeare melalui karyanya The Merchant of Venice atau juga dikenali sebagai The Jew of Venice mengingatkan betapa liciknya orang Yahudi melalui watak Shylock yang mahukan mengerat daging Antonio selepas dia gagal membayar balik pinjaman yang diberikan si Yahudi. Jadi Yahudi hari ini telah berjaya menerbos mereka yang tubuhnya bersifat bangsa Malaysia (Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya) dengan 'meyahudikan' pemikiran dan perangai mereka. Mungkinkah mereka melakukan ini melalui suntikan beracun yang kini semakin diheboh-hebohkan melalui pembabitan APCO Worldwide? Benar batang tubuh orang Malaysia dilihat sebagai bersifat kebangsaan. Mereka bangga memperkenalkan tarian tradisional termasuk dikir barat di Washington, tetapi pemikiran dan perangai mereka menyerupai orang Yahudi. Sebagai contoh mereka buat pekak badak sahaja, suara rakyat yang mempersoalkan pembaziran mereka ke sana tidak dipedulikan langsung, yang penting mereka perlu dilihat terhebat di seantero dunia. Apabila perangai Yahudi diamalkan pemimpin, dikhuatiri penyakit amat bahaya ini menjangkiti rakyat. Tengoklah perangai rakyat sekarang ini sudah macam Yahudi. Bunuh orang, tetak orang, simbah asid, buang bayi malah bakar bayi, semakin menjadi-jadi. Siapa ajar semua ini? Kebanyakan orang yang melakukan jenayah ini sudah buta dan keras hati. Mereka buat 'dek aje' sama seperti pemimpin yang didakwa melakukan pelbagai jenayah termasuk meletupkan orang. Semuanya buat-buat pekak, buta dan bisu samalah seperti sikap orang Yahudi. Rakyat yang telah buta hati ini, cakaplah apa saja pada mereka, mereka tidak peduli lagi. Cakaplah rasuah berbilion ringgit, skandal itu skandal ini, mereka tidak ambil 'pot' pun. Cakaplah pemimpin itu dan ini (termasuk presiden parti kedua terbasar dalam BN) ada skandal seks, mereka tidak ambil peduli pun. Kalau ada pilihan raya, mereka tetap undi parti yang itu juga. Cakaplah apa saja, mereka tetap tang tu tang tu jugak. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan