Muslimeen United |
- Dedah !!! Antara Strategi Umno Untuk Merampas Kelantan
- Scorpene: Bapa Altantuya sedia jadi saksi di mahkamah Perancis
- Salahuddin: Bertanding di Johor bukan bunuh diri
- Artis, sasterawan berhimpun 10 hari sebelum Bersih 3.0
Dedah !!! Antara Strategi Umno Untuk Merampas Kelantan Posted: 10 Apr 2012 09:13 AM PDT Oleh Wan Nik Wan Yussof BAHANG pilihan raya umum dan keghairahan Umno Kelantan melaksanakan 'agenda setting' untuk merampas kuasa daripada PAS di Kelantan semakin hangat. Tindakan agenda itu telah dilihat kebelakangan ini turut menyanggahi amalan demokrasi sihat yang dipraktikkan di kebanyakan negara maju. Justeru Umno sekarang dilihat semakin rakus dalam menjayakan dominasi politik untuk meraih sokongan rakyat, mahupun ke arah mengekalkan sokongan teras tatkala berhadapan dengan PAS yang mentadbir Kelantan. Kerakusan Umno Kelantan Sehubungan itu, Umno Kelantan kini dikesan telah menggunakan beberapa pendekatan dominasi politik demi memenuhi agenda merampas kuasa. Antaranya melakukan kempen fitnah menerusi media cetak akhbar dan buku. Ia disokong pula oleh pendekatan manipulatif teknologi media baru terutama blog, facebook dan youtube bagi Pendedahan: Gerakan fitnah rampas kuasa di Kelantan menghidupkan fakta-fakta fitnah maya terhadap PAS dan Kerajaan Negeri. Ia telah dibuktikan dengan berlakunya perjumpaan para pengamal cybertrooper Umno bersama pengerusi Perhubungan Umno Kelantan pada Februari lalu di Tanjong Chat, Kota Bharu. Sementara ke arah melengkapkan lagi perencanaan penyebaran fitnah maya itu, Umno Kelantan turut menganjurkan ceramah-ceramah di segenap ceruk negeri Kelantan. Menerusi ceramah itu, tenaga penerangan Umno yang rata-rata 'bermain kasar' dalam memutarkan isu-isu fitnah. penceramah Umno yang sewenangwenang memakai title ustaz, profesor dan tok guru pondok telah memfitnah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai berfahaman Wahabi, Muktazilah, sesat dan kafir. Begitu pula ada penceramah bertaraf pimpinan Umno Bahagian secara lembut lidah berserta wajah hipokrasi mengulas faktafakta yang direka-reka bertujuan memburukkan Kerajaa Negeri di bawah kepimpinan ulama. Antaranya menguar-uarkan bekalan air AKSB sebagai teruk, penyelewengan projek Ladang Rakyat kerana kononnya diberi kroni, dan mengada-adakan data pembangunan tanah yang merampas hak Orang Asli dan menjual tanah rizab Melayu kepada bangsa asing. Terkini lagi, Umno Kelantan didapati sedang menjalankan kempen untuk 'membunuh watak' (character assassination) pimpinan Kerajaan Negeri dan PAS Kelantan secara terancang. Antaranya kempen menggunakan buku-buku bercetak yang kononnya dikarang seseorang (disyaki mengguna nama samaran atau pengarang upahan). Ada yang menggunakan nama Abi Said Al-Khudri, Ibnu Ramli dan The Insider. Antara tajuk buku diedar ialah Fatwa Tok Guru, Apa Sudah Jadi, Tok Guru Dulu dan Kini, Tok Guru Jual Tanah Kubur dan Politik Wang dan Kronisme. Penulisan buku itu pula memang berniat jahat tatkala mengulas secara tidak beradab bersandarkan fakta palsu yang nyata suatu pembohongan dituju khusus kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan ahli exco serta wakil rakyat PAS. Menambah kehangatan Tidak padan dengan pendekatan pembohongan tersebut, maka Umno Kelantan dilihat semakin terdesak apabila kemungkinan pembubaran parlimen berlaku pada bulan hadapan (Mei 2012), nanti. Justeru pakar perang saraf Umno sudah menjalankan pelbagai pendekatan yang bertujuan bagi membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat kepada Kerajaan Negeri dan PAS yang mentadbir Negeri. Pendekatan Umno Kelantan itu telah menambahkan kehangatan hawa pilihan raya umum ke-13. Terkini, Umno dilihat membuat pendekatan kolabrasi dengan NGO tertentu. Malah Umno sanggup menaja pula NGO atas dasar semata-mata dapat membangkit marah, benci dan langsung mengajak rakyat menjatuhkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan PAS. NGO Perkasa dan MTRK adalah antara NGO kolabrasi Umno Kelantan. Sementara Ombak, Tukar dan Jaringan Pondok dan Jaringan Orang Asli dikatakan antara NGO tajaan Umno yang mengajak anak muda, golongan Orang Asli dan pengundi atas pagar untuk menolak segala-gala kebaikan dasar Islam dan program berkebajikan anjuran Kerajaan Kelantan selama ini Mempersenda kebajikan rakyat Apa yang nyata, NGO tersebut secara terang telah melakukan MoU (persefahaman) dengan Umno bagi menjayakan agenda merampas kuasa dalam pilihan raya nanti. Justeru, mereka tidak segan silu telah cuba mengheret dan menghasut rakyat dengan laungan kempen membuta-tuli. Sehingga sanggup menafikan hak rakyat Kelantan menerima wang royalti petroleum dan pelbagai hak mengikut lunas amalan federalisme. Natijah itu membuatkan Umno sudah menutup separuh otaknya daripada menerima segala-gala kebaikan dasar Islam dan program kebajikan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat, khususnya golongan miskin. Justeru, mereka telah mempersendakan program kebajikan rakyat seperti sumbangan Kerajaan Negeri menerusi program Skim Kifalah, bantuan Armalah, anak yatim, rumah dhuafat, penubuhan pusat pembangunan wanita, program cakna rakyat dan bantuan pesakit kronik. Paling teruk lagi, kelas-kelas pengajaran agama oleh guru dakwah halaqat pun dipertikaikan Umno kononnya mengajar politik bukannya mengajar agama. Nyata dan benarlah, Umno kini sudah tidak bersikap harmoni dengan kebajikan yang dilaksanakan oleh PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan. |
Scorpene: Bapa Altantuya sedia jadi saksi di mahkamah Perancis Posted: 10 Apr 2012 09:11 AM PDT PETALING JAYA : Bapa mangsa pembunuhan kejam, Altantuya Shaariibuu hari ini memberitahu bahawa beliau bersedia menjadi saksi kepada kes skandal pembelian kapal selam Scorpene yang akan berlangsung di Perancis.Shariibuu yang percaya bahawa skandal tersebut ada kaitan dengan pembunuhan anaknya itu kerana perjanjian pembeliannya turut mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Saya sedia menawarkan diri jadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis. Saya tahu kedua-dua perkara ini ada kaitan. "Saya ada perkara penting untuk mengatakan … saya tahu bahawa ada kaitan dengan kes Perancis dan kes pembunuhan. Saya akan memberikan maklumat bagi kes itu," katanya melalui penterjemah, Tsoggerel Och, ketika sidang media di pejabat Lawyers for Liberty (LFL), di sini hari ini. Katanya, berdasarkan gambar yang ditunjukkan Altantuya sebelum beliau berangkat ke Malaysia membuktikan bahawa kedua-dua perkara tersebut ada kaitan. "Gambar itu seperti mereka ada berbincang sesuatu. Altantuya memberitahu saya bahawa dia ingin berjumpa dengan orang dalam gambar itu," katanya. Sementara itu, Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel, menjelaskan bahawa penyiasatan mengenai skandal pembelian kapal selam itu tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan. "Penyiasatan di Perancis bukan mengenai pembunuhan, tetapi mengaitkan dengan isu rasuah dan skandal komisen yang melibatkan Najib. "Semalam kita ada perjumpaan, beliau (Shaariibuu) memberi sokongan apa yang kita lakukan dan beliau menawarkan diri jadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis," ujarnya. Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu memfailkan saman sivil RM100 juta kepada kerajaan Malaysia kerana menyebabkan penderitaan terhadap mereka berhubung pembunuhan kejam terhadap anaknya Altantuya. Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan urus niaga kapal selam Scorpene dengan Thales International, melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd milik Abdul Razak Baginda dan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak. Bulan lepas, mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka untuk menyiasat pegawai Perancis yang disyaki terlibat, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar. |
Salahuddin: Bertanding di Johor bukan bunuh diri Posted: 09 Apr 2012 09:30 PM PDT Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menolak tanggapan umum bahawa hasratnya bertanding di negeri kelahirannya, Johor - kubu kuat Umno - adalah tindakan "membunuh dirinya" dalam karier politik yang diceburinya sejak 30 tahun lalu. Ahli parlimen Kubang Kerian menegaskan beliau tidak takut berdepan kekalahan kerana ia merupakan asam garam dan adat berjuang, sebaliknya beliau mahu menjadi "sebahagian pencipta sejarah perubahan" di negeri itu. "Jadi kalau saya tidak berani pada hari ini untuk melaksanakan tugas ini, apa nilai saya sebagai orang politik. Apa nilai saya sebagai pemimpin kanan dalam PAS. Kalau saya hanya mahu pentingkan keselesaan, kalau saya hanya mahu terus kekal di Parlimen, saya boleh kekal di Kubang Kerian, saya tidak ada masalah. "(Pada) saya tak ada istilah bunuh diri. Saya pergi untuk memegang panji-panji perjuangan bersama dengan pasukan Pakatan Rakyat untuk membuat satu perubahan besar. "Ini yang saya rasa besar hati. Saya rasa dihormati dan dihargai rakan-rakan di sana. Oleh itu saya beritizam untuk bekerja sekuat mungkin untuk kita sama-sama mencipta satu sejarah baru di Johor," katanya. Ketika diwawancara Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam, Salahuddin berkata jika beliau ingin berada dalam zon selesa, beliau bertanding di kawasan selamat yang dimenangi PAS khususnya di Pasir Mas dan Titiwangsa. Kepulangan sebagai pelengkap Menurutnya lagi, segala pengalaman yang ditimba sejak bergelumang dalam politik, termasuk menjadi ahli parlimen Kubang Kerian sejak 2004 sehingga kini, mahu dicurah kepada rakyat Johor sekalipun, mengakui "terpisah sedikit" dari politik negeri itu. Menyifatkan kepulangannya sebagai pelengkap kepada kepimpinan PAS negeri, Salahuddin yakin tokoh lain seperti Pesuruhjaya Datuk Dr Mahfodz Mohamed, timbalannya Dzulkifli Ahmad dan Mazlan Aliman serta Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat turut membantu ke arah perubahan. Bahkan, tambahnya, ramai tokoh politik tempatan dan antarabangsa dianggap pemimpin walaupun pernah tidak mempunyai jawatan atau memimpin negara dalam tempoh yang singkat, termasuklah Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela. "Jadi saya mahu jadi pemimpin seperti itu yang bukan hanya kita hebat atau dilihat kita berperanan jika kita jawatan atau kedudukan... Itulah yang menjadi kita seorang pemimpin. "Kalau kita takut bermain ombak, kita tidak boleh bina rumah di tepi pantai. Pemimpin harus berani menghadapi risiko, cabaran dan mesti berada di mana-mana tempat, dalam apa jua keadaan," katanya.-M'kini |
Artis, sasterawan berhimpun 10 hari sebelum Bersih 3.0 Posted: 09 Apr 2012 09:29 PM PDT KUALA LUMPUR, 10 April: 10 hari menjelang perhimpunan 28 April ini, penyokong Bersih menganjurkan perhimpunan menjelang Bersih 3.0. Perhimpunan Rapat Rakyat Countdown 10 hari menjelang Bersih 3.0 ini akan diadakan pada 17 April ini di Padang Kelab Sultan Sultan, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ia akan bermula jam 8 malam dengan membariskan para penggerak perhimpunan dari pelbagai pihak. Bersih 3.0 dengan tema 'Duduk dan Bantah' akan diadakan di Dataran Merdeka 28 April ini. Perhimpunan ini dibuat ekoran kegagalan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) memberikan jaminan yang boleh diterima untuk mempastikan pilihan raya umum akan datang berjalan dengan baik. Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS pula mendedahkan kewujudan satu 'Task Force' yang disertai oleh pegawai khas perdana menteri, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara. Perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman ini anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan 13 organisasi anak muda dan mahasiswa Malaysia. Mengetuai perhimpunan ini adalah penggerak utama perhimpunan ini iaitu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Selain beliau, yang akan hadir dan turut berucap adalah, Tian Chua (PKR), Nurul Izzah (PKR), Antony Loke (DAP), Teressa Kok (DAP), Pak Samad Said (BERSIH), Maria Chin (BERSIH), Datuk Husam Musa (PAS), Hishamuddin Rais, Aziz Bari (bekas Prof. UIA), Dr. Nasir Hashim (PSM), Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir. Turut serta adalah penyanyi lagu baru "Mentari Kuning Menyalalah" iaitu BLACK (Amin Iskandar), penyanyi Aisyah, che'GuBard (SAMM), Adam Adli, Elizabeth Wong (PKR)dan ramai lagi pimpinan dan wakil - wakil organisasi massa. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan