Ahad, 15 April 2012

Era Pasca

Era Pasca


ISU MASJID KEHILANGAN TANAH DI PENANG.

Posted: 14 Apr 2012 11:07 PM PDT

Sebelum korang baca sila fahami kes ini dulu di SINI

Katanya, Utusan Malaysia dan juak-juak UMNO, lebih tepat lagi UMNO Pulau Pinang, terkinja-kinja kegembiraan kerana mendapat 'peluru emas' untuk menembak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan Lim Guan Eng sendiri.

Halnya bertolak dari isu tanah di satu kawasan yang telah gagal dibangunkan oleh kerajaan BN (Koh Tsu Koon). Kemudian, setelah Pakatan Rakyat mengambil alih, maka kawasan ini akan dibangunkan, justeru proses pembangunan itu haruslah melalui proses yang sama sekali lagi, tetapi kali ini menerusi tender terbuka kepada semua kontraktor pemaju. Ini amalan rasmi kerajaan Pulau Pinang berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Akhirnya tender pembangunan di Bayan Mutiara ini telah dimenangi oleh pemaju tempatan. Isunya timbul apabila salah satu lot tanah dalam kawasan pembangunan Bayan Mutiara ini 'dikatakan' akan hilang. Tanah yang dimaksudkan itu ialah tanah untuk tapak sebuah masjid.

Kita harus membaca anatomi kes ini iaitu, setiap kawasan atau tanah yang akan dibangunkan, pastilah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, dan syarat-syarat dalam perjanjian ini juga berdasarkan logik juga iaitu, mana-mana kawasan perumahan, wajiblah menyediakan prasarana asas. Prasarana ini termasuklah sekolah, masjid, rumah ibadat, klinik, balai polis, bomba dan lain-lain.

Jadi, jika kita membaca dan meneliti sekali lagi maklumat di atas, jelas bahawa apabila satu-satu pemaju telah mendapat hak untuk membangunkan kawasan tersebut, pastilah reka bentuk dan susun atur semua prasarana ini akan dipinda mengikut pelan baru yang dibentangkan oleh pemaju kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan juga kerajaan negeri.

Yang pasti, pemaju mesti ikut syarat membina masjid, sekolah, rumah ibadat bukan Islam dan sebagainya mengikut keluasan dan jumlah unit perumahan yang dibina. Itu undang-undang yang ada.

Justeru, pastilah ia berpindah, bertukar baik saiz, bentuk dan sebagainya, tetapi bukan hilang seperti dakwaan UMNO itu.

Berpindah maksudnya, mungkin akan dibina di kawasan B atau C dari tapak asalnya iaitu kawasan A. Begitu jugalah halnya dengan prasarana asas yang lain-lain itu. Bukankah sifir ini sangat mudah difahami olah manusia yang berakal waras?

Lihatlah bagaimana UMNO memanipulasikan maklumat dan menjadikannya fitnah seolah-olah tanah masjid itu telah hilang dan lenyap sama sekali. Inilah gaya propaganda UMNO yang semakin hilang sokongan rakyat, inilah bentuk mentaliti manusia yang meracau mahukan kuasa – niat menghalalkan cara.

Katanya … jika Koh Tsu Koon yang membinanya, pastilah projek-projek buat masjid ini akan diberi kepada kontraktor UMNO Pulau Pinang. Bukankah ini amalan rasmi UMNO? UMNO memang ramai penagih kontrak, dengan cara itulah mereka gunakan sebagai alat untuk terus berkuasa dan merembat harta rakyat atas nama Islam atau Melayu.

Katanya … kini juak-juak UMNO yang meracau itu hanya mampu melihat sambil meleleh air liur kerana pemerintahan Pakatan – DAP, PKR dan PAS – di Pulau Pinang tidak pernah menyalahgunakan wang zakat, wang baitulmal, wang tabung haji, wang amanah rakyat miskin tegar, malah peruntukan untuk pembangunan Islam di Pulau Pinang berlipat ganda dari sebelumnya, malah lebih besar dari peruntukan di negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO sendiri.

Sedarlah diri, sebelum berkokok, pastikan ekor kamu (UMNO) tak bergelumang dengan tahi. Malah dosa mempermainkan agama bukannya kecil.

oleh: Daing Yahya

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Fitnah MCA terhadap Lim Guan Eng makin tak masuk akal

Posted: 14 Apr 2012 06:05 PM PDT


"petikan fitnah dari MCA"
Tindakan MCA memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai opotunis politik dan rasis kerana menyokong Sinar Harian berbanding Utusan Malaysia adalah tidak bertanggungjawab dan tidak masuk akal.

Dalam sebuah artikel dalam The Star bertarikh 11 April 2012, Setiausaha MCA Penang Lau Chiek Tuan menggesa Guan Eng untuk tidak mempolitikan pendidikan kerana kononnya ingin menahan peruntukan kepada sekolah Cina yang melanggan Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Pegawai Khas Ketua Menteri, Zairil Khir Johari, menjelaskan:

"Pertamanya bagaimanakah Ketua Menteri boleh dituduh mempolitikan pendidikan apabila beliau tidak merujuk kepada mana-mana akhbar politik seperti Harakah, Suara Keadilan mahu pun The Rocket? Dengan menyatakan sokongan terhadap Sinar Harian, Ketua Menteri hanya merujuk kepada laporan dan beritanya yang lebih objektif."

"Keduanya, kenyataan Lau yang berniat jahat bahawa kenyataan Ketua Menteri bertentangan dengan semangat perpaduan kaum. Mungkin Lau tidak tahu, tetapi bukankah Sinar Harian itu akhbar berbahasa Melayu?"

Menurutnya, kenyataan Guan Eng menyokong Sinar Harian itu hanyalah sebagai gurauan dan tidak berbaur ugutan sama sekali.

Katanya, hanya MCA yang mempolitikannya dengan memutarbelitkan kenyataan asal untuk menggambarkan Ketua Menteri sebagai oportunis dan rasis.

"Apa yang paling tidak masuk akal adalah MCA sendiri menyokong Berita Harian dan Utusan Malaysia yang mana jelas mengambil pendirian perkauman dan berniat jahat dalam laporan mereka.

"Utusan Malaysia hanyalah media cetak milik UMNO yang mana bertujuan memecahbelahkan masyarakat, dan lebih teruk menakutkan orang Melayu dengan meletakkan orang Cina sebagai momok.

"Jangan kita lupa, Utusan Malaysialah yang mengajak peristiwa tragis 13 Mei diraikan sebagai hari yang agung. Adakah ini pemikiran yang mahu ditanam MCA kepada anak-anak kita yang masoh bersekolah?" tambah beliau

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: