Ahad, 22 April 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Isu Bodoh Dari Mukhriz.. Macam Ni Nak Jadi Menteri Besar?

Posted: 22 Apr 2012 12:08 AM PDT

Mukhriz dakwa ada banyak rumah urut di Kedah

MP Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa banyak rumah urut serta pusat karaoke yang wujud "umpama cendawan lepas hujan" di Kedah sejak negeri itu berada di bawah pentadbiran PAS.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini, Mukhriz juga berkata jumlah pusat maksiat itu meningkat empat kali ganda semenjak pentadbiran PAS.

"Kalau parti DAP yang memerintah mungkinlah kita boleh faham walaupun ia sebenarnya tidak boleh diterima namun kerajaan yang memerintah Kedah adalah PAS," katanya yang "hairan" dengan keadaan itu.


Beliau juga mendakwa menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberi jaminan untuk menutup pusat berkenaan dalam tempoh sebulan apabila isu tersebut dibangkitkan pada Ramadan lalu.

"Namun selang dua tiga hari, beliau menarik balik kenyataan ini atas alasan menghormati rakan-rakan bukan Islam," kata anak lelaki bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu lagi.

Beliau juga mempertikai kenyataan tersebut dengan menimbulkan persoalan sama ada jumlah orang bukan Islam di negeri itu juga meningkat empat kali ganda berbanding sebelum ini.

Azizan pada Julai lalu mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasi dalam tempoh bulan Ramadan.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan MCA yang berang kerana langkah itu didakwa melanggar hak asasi dan hak berperlembagaan orang bukan Islam.

Azizan mempertahankan pengharaman berkenaan dengan menjelaskan bahawa langkah itu mengikut Enakmen Hiburan & Tempat-tempat Hiburan 1997 negeri Kedah.

Kerajaan Kedah bagaimanapun akur dengan bantahan daripada pengusaha dan pemimpin Pakatan Rakyat dengan kompromi supaya pengusaha memastikan orang Islam tidak menggunakan pusat berkenaan.

Kerajaan Kedah juga menetapkan supaya pusat berkenaan ditutup setiap Khamis malam antara 6 petang hingga 2.30 petang Jumaat.

Kenapa pemimpin UMNO/BN suka tengok dari sudut yang kecil ? Kenapa tak lihat dari skop Malaysia sebagai sebuah negara yang diperintah oleh UMNO/BN ?

Datuk Mukhriz, tak payah hipokrit ...... Kebanyakan hotel yg ada spa di seluruh Malaysia ada perkidmatan pelacuran ....... Escort service yg di iklan pd suratkhabar pun ada khidmat pelacur ...... Kalau nak suruh PM tutup semua spa kat hotel, berani buat ke ??????


Bukan setakat rumah urut,.. rumah palacuran, pusat judi, kelab tarian bogel, bar2 & kelab2 malam bersepah2 diseluruh negara. Semakin lama memerintah, negara semakin hilang nilai2 moral. Datuk tak hairan ke ?


Satu lagi...Banyak rumah kurang berdosa....tapi kalau jadi tauke arak macam abang Dato' tu...apa macam. takan taknak tegoq sama....


sudah2 la tu jika nak jadi MB pun cari la isu yang best sikit....nie tak mengancam langsung... untuk makluman LESEN RUMAH URUT tak ada dan kerajaan negeri sekarang tak pernah LULUSKAN pun lesen disko dan pusat hiburan nie walaupun satu..yang dok ada sekarang nie semua saki baki yg HANGPA luluskan dahulu....yang dok ada berlambak tu ialah PUSAT HIBURAN KELUARGA aka KARAOKE benda nie nak buat camna depa apply lesen atas nama tu tapi yg dok pie beronggeng dalam pusat tu kena arahkan pihak BERKUASA TEMPATAN laa yang pie ambik tindakan...


Dipetik Dari http://anakkedah007.blogspot.com/2012/04/hallo-mukriz-hang-punya-isu-tak.html


Umno Mengaku Pindahkan Pengundi Di Melaka

Posted: 21 Apr 2012 10:04 PM PDT

Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad mengakui wujud gerak kerja untuk menukar alamat tempat pengundian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri Melaka.

Beliau yang mengetuai gerak kerja itu berkata, ia bertujuan bagi memudahkan pelajar terbabit untuk mengundi sekiranya pilihan raya umum ke-13 dijalankan bukan di dalam cuti semester.

Jelasnya, perkara itu turut dilaksanakan di negeri lain, termasuk negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor bagi memberi peluang kepada siswa terbabit menunaikan tanggungjawab itu. "Perkara ini dilakukan setelah menyedari pada PRU ke-12 tahun 2008 lalu, lebih 2,000 siswa tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu kerana tidak bekesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing.


"Menyedari perkara ini, mulai Januari hingga Mac lalu, kami telah menjalankan sesi taklimat kepada pelajar-pelajar terbabit di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini sebagai menerangkan perkara ini supaya tidak timbul salah faham.

"Kebanyakan daripada mereka sudah pun membuat pendaftaran memilih di kampung halaman mereka justeru sebagai memudahkan urusan ini kita telah pun mendapatkan kerjasama daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.

Beliau diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam mengenai pendedahan 'bukti' bahawa anak pemimpin Umno tempatan memaksa dan cuba 'membeli' pelajar IPT supaya menukar alamat tempat pengundian bagi memberikan kemenangan BN di kawasan tertentu dalam pilihan raya. Beliau berkata, kesemua proses pertukaran alamat tempat mengundi pelajar terbabit adalah berdasarkan lokasi mereka belajar dan menetap.

"Secara kebetulan kebanyakan IPT berada di dalam kawasan Bukit Katil misalnya, Kolej Yayasan Melaka (KYM) yang beralamat di Padang Jambu adalah dalam kawasan Parlimen Bukit Katil dan begitu juga kebanyakan IPT lain juga dalam parlimen sama. "Mengenai dakwaan kononnya berlaku paksaan dan tindakan membeli (undi) pelajar, pihak kami menafikan perkara ini sebab kita sudah jelaskan kepada pelajar terlibat dan ramai juga pelajar yang tidak menukar alamat mereka kerana kurang bersetuju.

"Perkara ini perlu disebabkan seseorang pengundi harus membuang undi mengikut alamat seperti tertera di kad pengenalan mereka," katanya lagi. Langkah itu berbeza daripada amalan semasa pilihan raya umum sebelum ini di mana seseorang boleh mendaftar mengundi di kawasan yang berbeza dengan alaman di kad pengenalan mereka, katanya.

Di kawasan lain di Melaka juga katanya, turut dilakukan proses serupa misalnya di Alor Gajah dan Jasin. "Ini semua bagi memberikan kemudahan kepada pelajar terbabit dan langsung tidak timbul soal penyelewengan dan penipuan seperti yang didakwa pembangkang semalam," katanya. - Malaysiakini


Video - DBKL Dan Polis Di Dataran Merdeka

Posted: 21 Apr 2012 07:56 PM PDT


DBKL Mengganas Di Dataran Merdeka

Posted: 21 Apr 2012 07:45 PM PDT

Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini menahan dua orang lelaki yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.

Dianggarkan 40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi ini, menurut seorang saksi, Wong Tay Sy, 27.

Wanita muda itu berkata, pasukan berkenaan menunggu sehingga peserta perkhemahan tersebut bangkit tidur dan merampas serta memunggah sebanyak 61 daripada 61 khemah itu ke dalam trak DBKL.


Wong yang berkhemah di lokasi tersebut sejak Jumaat lalu berkata, dua orang berkenaan – aktivis Fahmi Reza dan siswa bernama Umar Mohd Azmi – ditahan dan dibawa ke sebuah kenderaan tidak bertanda.

"Fahmi terus bertanya sekiranya beliau ditahan namun mereka tidak menjawab. Sekarang beliau berada di balai polis Dang Wangi," katanya lagi.

Hari kelapan demo siswa Kumpulan siswa berkenaan berkhemah di Dataran Merdeka sejak lebih seminggu lalu dengan mesej tuntutan untuk menghapus pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan juga tuntutan untuk pendidikan tinggi percuma.

Kumpulan yang berkhemah bersama aktivis Occupy Dataran memberi ruang kepada konsert diraja untuk diadakan di Dataran namun kembali berkhemah selepas konsert itu berakhir malam tadi.

Ketika dihubungi, Fahmi berkata beliau ditahan oleh anggota polis ketika pegawai DBKL sedang menurunkan khemah yang didirikan mereka.

Katanya, polis berkenaan mahu bercakap dengannya namun Fahmi berkata beliau ingin berbincang dengan rakannya terlebih dahulu.

Fahmi berkata beliau ditahan polis selepas ditanya sekiranya benar beliau ditahan, manakala seorang lagi ditahan apabila mendekati polis dan bertanya sebab penahanan Fahmi.


Zahid Hamidi Enggan Hadir Ke Mahkamah Perancis

Posted: 21 Apr 2012 06:43 AM PDT

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.

Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.

"Mereka boleh buat perbicaraan, tetapi Kementerian Pertahanan tidak akan hantar wakil ke Perancis, tetapi saya percaya duta Malaysia di sana akan mengikuti kes ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Cina itu.


Ditanya tentang Najib yang disenaraikan sebagai saksi, Zahid berkata, terpulang kepada Suaram jika mereka ingin menjadikan perundangan di Perancis untuk tujuan peribadi mereka.

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Anggota sekretariat Suaram Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan mereka, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Zahid.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Zahid juga mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia.

"Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu. - Malaysiakini

* Rakyat biasa sebut rasuah, orang atasan panggil komisen...

Dipetik dari - http://lagiberita.blogspot.com/2012/04/menteri-enggan-hadir-ke-mahkamah.html


Dewan Rakyat Pinda Akta Piliharaya Secara Tergesa-gesa Bukti BN Sudah Panik Hadapi PRU13

Posted: 21 Apr 2012 06:02 AM PDT

KOTA BHARU - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) mendakwa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasioanal (BN) sudah mula panik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan tergesa-gesa Khamis lalu.

Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim berkata, undang-udang yang membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengehadkan masa untuk petugas tempat mengudi dan mengira undi menimbulkan keraguan.

"Kita bimbang bila SPR ada kuasa menentukan masa untuk petugas, mungkin ada muslihat di sebalik akta yang dipinda pada saat-saat akhir ini," katanya pada persidangan perwakilan tahunan Kita di sini, hari ini.


Zaid berkata, pembangkang sepatutnya diberi masa untuk meneliti pindaan dan berbincang terlebih dahulu. Khamis, Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 selepas melalui sesi perbahasan lebih tujuh jam.

Pindaan itu, yang dibentangkan pada 9 April lepas, bertujuan memperkemas proses pengundian pilihan raya termasuk memperluaskan sempadan bagi orang ramai yang menunggu atau berdiri berdekatan dengan pusat mengundi pada hari pengundian kecuali bagi mereka yang mengundi daripada 50 meter kepada 100 meter.

Pindaan itu tidak melibatkan 22 syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 April lepas. Pindaan itu juga mengenakan larangan wakil calon berada di barong SPR pada hari pengundian.

Larangan itu bertujuan bagi memastikan petugas SPR tidak terganggu dan pengundi dalam keadaan selesa. Barong panas parti bagi menyemak daftar pemilih tidak dibenarkan kerana parti tiada kuasa untuk tentukan identiti pemilih.

http://mimpi-senja.blogspot.com/2012/04/bn-sudah-panik-zaid-ibrahim.html


Penyokong PAS dan UMNO bergaduh kerana bendera

Posted: 21 Apr 2012 05:17 AM PDT

KUANTAN, 21 April - Satu insiden pergaduhan berlaku antara penyokong UMNO dan PAS berhampiran Pejabat UMNO Kuantan, di Jalan Mahkota dekat sini malam tadi.

Kejadian yang berpunca daripada "isu bendera" itu telah menyebabkan kekecohan dan mengejutkan orang ramai yang lalu lalang di situ. Masing-masing panik melihat kejadian yang berlaku di depan mata mereka itu.

Berdasarkan maklumat, kekecohan berlaku gara-gara tindakan beberapa orang ahli Pemuda PAS Kuantan yang bertindak memacak bendera parti itu pada pokok-pokok yang terdapat bendera UMNO dan Barisan Nasional. Ini menyebabkan beberapa orang penyokong UMNO yang berada berhampiran Pejabat UMNO berhampiran menjadi marah dan mengarahkan pemuda PAS mencabut semula bendera tersebut.


Mereka kemudian bertegang leher dan menuduh antara satu sama lain. Ketika itu, kelompok penyokong kedua-dua pihak mula semakin ramai dan sudah ada yang menggasak. Sebuah kenderaan polis dengan dua pegawainya yang lalu disitu kemudian cuma menenangkan keadaan.

Penyokong UMNO marah dan menuduh PAS cuba menimbulkan kontroversi dengan memasang bendera mereka pada bendera UMNO BN yang terdapat di pokok-pokok sekitar kawasan terbabit.

Mereka juga mendakwa, bendera itu dipasang di kawasan sendiri memandangkan bangunan Pejabat UMNO Kuantan terletak berhampiran kawasan itu. Kenyataan itu ditempelak oleh beberapa orang penyokong PAS yang mendakwa, UMNO hanya berhak letak bendera di bangunan sahaja tetapi bukan di pokok-pokok berkenaan.

Malah mereka juga mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tidak menurunkan bendera UMNO BN di lokasi berkenaan kerana ia jelas melanggar peraturan yang mereka tetapkan.

Malah, Yang DiPertuanya, Datuk Zulkifli Yaakob dengan tegas baru-baru ini menyatakan pihaknya akan menurunkan kain rentang, poster dan bendera parti-parti politik yang di pasang di beberapa kawasan penempatan dan jalan raya sekitar bandar ini.

Inilah yang menyebabkan penyokong PAS marah kerana semua bendera mereka diturunkan di kawasan bandar, sebaliknya bendera UMNO dibiarkan oleh pihak berkenaan. Inilah yang jadi persoalan di kalangan penyokong PAS.

Kekecohan yang sepatutnya berakhir sekitar jam 12.00 malam itu, kemudiannya bertambah panas apabila kehadiran semakin ramai penyokong kedua-dua belah pihak.

Turut kelihatan hadir Ketua UMNO Bahagaian Kuantan, Dato' Wan Adnan Wan Mamat serta lain-lain ahli jawatankuasa mereka. Biar pun beliau hadir menenangkan keadaan, namun tolak menolak terus berlaku di hadapan bangunan Hongkong & Shanghai Bank (HSBC). Pihak polis mengarahkan orang ramai bersurai, namun tidak diendahkan mereka.

Difahamkan, kekecohan kedua itu berpunca daripada tindakan penyokong UMNO mencabut dan mematahkan bendera-bendera PAS yang dipasangkan pada pokok-pokok berkenaan. Keadaan semakin kecoh apabila pergelutan hingga ke jalanraya dan menganggu lalu lintas.

Keadaan sedikit reda apabila pihak polis sekali lagi mengarahkan kedua-dua kumpulan bersurai. Beberapa orang anggota polis Cawangan Khas (SB) juga kelihatan memantau kejadian berkenaan. Keadaan sedikit kecoh apabila ada beberapa orang lelaki berbangsa India yang berbadan besar mula masuk campur.

Mujurlah tiada kejadian yang lebih parah berlaku biarpun ada diantara mereka telah dikasari antara satu sama lain. Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof dilihat tiba di lokasi berkenaan sekitar jam 1.20 pagi ketika kekecohan sudah pun dapat disuraikan oleh beberapa anggota polis yang bertugas.


[Melihat kekecohan yang berlaku malam tadi, ternyata kesalahan bukanlah daripada kedua-dua belah pihak sebenarnya. Ini kerana, pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sepatutnya harus dipersalahkan kerana mereka tidak bertegas dengan undang-undang dan peraturan yang mereka buat.

Jika arahan untuk membuang mana-mana bendera parti politik, makanya beliau harus adil kepada semua tidak kira parti kerajaan mahu pun pembangkang.

Apa yang berlaku ini seharusnya dijadikan ikhtibar oleh pihak berkenaan. Malah, banyak lagi maklumat dimana penguatkuasa MPK hanya menjalankan tugas membuang mana-mana bendera parti pembangkang di sekitar kawasan Kuantan.

Namun, mereka biarkan bendera UMNO BN terus berkibar tanpa ada halangan. Inilah yang menimbulkan kemarahan kepada pihak yang berkenaan sebenarnya.

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang mendapat hasil kutipan cukai daripada rakyat tanpa membezakan fahaman politik masing-masing, maka MPK harus bertindak secara profesional dan tidak perlulah dipengaruhi unsur-unsur politik. Semoga kejadian ini tidak berlaku lagi hendaknya].


Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff bakal menjadi calon PAS

Posted: 21 Apr 2012 01:46 AM PDT

SEREMBAN: PAS bersedia untuk menurunkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial(JSJK), Ramli Yusuff, sebagai calon dalam pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Naib Presiden PAS, Sallahuddin Ayub, mengumumkan ini malam tadi di ceramah yang dianjurkan oleh PAS di Seremban.

"Saya telah berjumpa Ramli dua hari lepas dan kami telah mengadakan perbincangan yang panjang. Jika semua berjalan lancar, kami bersedia untuk menurunkan beliau sebagai calon kita dalam PRU 13 akan datang. Beliau sendiri bersedia diletakkan sebagai calon PAS, "kata Sallahuddin.


Beliau berkata tiga kes Rahim di mahkamah telah diselesaikan dengan satu lagi belum selesai.

"Ada satu kes mengenai tuntutan gaji dan elaun tertunggak sejak hari penggantungan kerjanya.

"Dia memberitahu saya bahawa sebaik sahaja dia menjelaskan semua cukai dia akan menggunakan wang itu untuk membina sebuah masjid di kampung halamannya di Kelantan," katanya.

Sallahuddin juga berkata bahawa seorang lagi bekas pegawai kanan polis, Fauzi Shaari, juga telah bersetuju untuk bertanding di bawah panji-panji PAS dalam pilihan raya akan datang.

Polis dan selebriti

Beliau berkata bahawa kehadiran bekas pegawai polis berpangkat tinggi dalam parti pasti akan memperkukuhkan parti dan meningkatkan semangat ahli dan penyokong.

Sallahuddin juga berkata bahawa lebih ramai artis menyertai parti itu dan ini merupakan petanda baik di kalangan generasi muda.

"Baru-baru ini bekas penyanyi popular 80-an dan 90-an Aishah telah turut berceramah setelah beliau menyertai PAS. Seorang lagi penyanyi 80-an Dayang Ku Intan juga telah bersetuju untuk berceramah di pentas PAS.

"Penyertaan artis dan bekas pegawai polis adalah satu petanda baik untuk PAS dan menunjukkan bahawa PAS diterima baik oleh semua pihak termasuk Cina dan India", kata Sallahuddin yang disambut dengan laungan "Allahu Akhbar" oleh 500 penyokong kuat PAS.

Aishah adalah menjadi penyanyi utama dalam "Aishah dan The Fan Club" band yang diasaskan di New Zealand.

Beliau kemudiannya pulang dan merakamkan lagu hit "Janji Manismu". Ia berjaya memenangi pelbagai anugerah termasuk "Juara Lagu" pada tahun 1990.

Dayang Ku Intan yang pernah popular di dalam tahun 80-an dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang".

Sallahuddin untuk Johor

Sementara itu, Sallahuddin juga mengesahkan malam tadi bahawa beliau tidak mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian dalam PRU13.

"Saya boleh mengesahkan malam ini bahawa saya akan kembali ke negeri asal saya dan bertanding di Johor kali ini.

"Isu siapa yang akan menjadi menteri besar tidak penting. Itu adalah Perkara kedua. Apa yang penting ialah untuk memenangi seberapa banyak kerusi yang mungkin.

"Umno memberitahu bahawa saya kembali ke Johor hanya khabar angin dan bahawa saya akan dibelasah di Johor kerana Johor merupakan kubu kuat Umno.
"Malam ini saya ingin menegaskan bahawa saya tidak takut (Umno) dan saya akan bertanding di Johor sebagai 'Anak Jantan'," katanya kepada kemana "Allahu Akbar".

Bagaimanapun, beliau enggan memberitahu kerusi DUN atau kerusi Parlimen yang akan ditandingi.

Tetapi menurut maklumat dalaman PAS yang Sallahuddin boleh bertanding di Batu Pahat, Pontian atau Tanjung Piai kawasan Parlimen atau dalam mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan ini.

Sekarang ahli Parlimen Batu Pahat ialah Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi (Umno-BN).

Pontian dipegang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan (Umno-BN), dan Tanjung Piai disandang oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wee Jeck Seng (MCA-BN).

http://gigitankerengga.blogspot.com/2012/04/bekas-pengarah-jabatan-siasatan-jenayah.html


Bersih 3.0 diteruskan di Dataran Merdeka tanpa izin DBKL, Najib...

Posted: 21 Apr 2012 01:30 AM PDT


HiMPUNAN aman Bersih 3.0 yang mensasar 500,000 penyertaan rakyat Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 April ini akan tetap diteruskan sungguhpun tanpa keizinan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lapor Harakahdaily.net.

Pengerusi bersama Datuk Ambiga Sreenevasan (kiri) berkata, Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 langsung tidak terkejut dengan tindak balas DBKL.



Malah beliau berkata, jawatankuasanya akan terus mengutus surat rayuan kepada DBKL.

PenangInsight.com difahamkan, layanan yang diterima oleh Bersih 3.0 masih belum menerima reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak terkejut dengan keputusan DBKL ini dan Bersih tegaskan, kita akan terus Duduk Bantah di Dataran Merdeka. Lagipun kerajaan dan polis sudah berjanji akan memberikan kerjasama kepada Bersih.

"Pihak polis pun ada panggil Bersih untuk isi beberapa borang, jadi kita akan teruskan tanpa kebenaran DBKL," kata bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) semalam.


Seorang lagi ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, Maria Chin Abdullah (kanan) pada hari yang sama memaklumkan bahawa pihaknya menerima surat balasan DBKL tak izin demo Bersih di Dataran Merdeka, Najib....

Insiden terbaru yang ditanggung oleh mahasiswa ini dijangka bakal memberi kesan berantai pada mobilisasi 500,000 rakyat Malaysia menyertai Bersih 3.0 pada 28 April depan di Kuala Lumpur juga. -END

http://penanginsight.com/content/bersih-30-diteruskan-di-dataran-merdeka-tanpa-izin-dbkl-najib


Tiada ulasan: