Ahad, 22 April 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dicekup Bogel Dengan Nelayan

Posted: 22 Apr 2012 12:42 AM PDT

Kuala Dungun – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.

Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.

Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu.

Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.

Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.

Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.

Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.

Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.

Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara.

Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertudu­han khalwat.

Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim jam kira-kira 1.05 pagi, 10 Februari lalu.

Pasangannya, Noor Aishah Osman, 29, bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu didenda RM2,700 atau dua bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Pendakwaan akan dijalankan semula terhadap Md Zaid pada 11 Jun depan. -SH

[Gambar & Video] Subhanallah.. Bayi 6 Kaki Selamat Dibedah & 4 Kaki Berjaya Dibuang

Posted: 21 Apr 2012 11:21 PM PDT

4 kaki bayi berjaya dibuang

KARACHI: Sekumpulan pakar bedah di Institut Kesihatan Kebangsaan di sini mengumumkan kejayaan mereka membuang dua pasang kaki milik seorang bayi berusia dua minggu, Umar Farooq, yang dilahirkan mempunyai enam kaki, lapor halaman berita Pakistan, Dawn.com.

"Sekumpulan lima doktor pakar, berjaya memisahkan kaki dan anggota tambahan dari bayi berkenaan. Dia kini dalam keadaan selamat," kata pengarah Institut Kesihatan Kanak-Kanak Kebangsaan, Jamal Raza kepada Dawn.com.

"Anggota tangan dan kaki tambahan itu adalah disebabkan sejenis penyakit genetik yang akan menjejaskan hanya seorang dalam sejuta kelahiran bayi.

Farooq dilahirkan dua minggu lalu di Sukkur, sebuah bandar di wilayah selatan Sindh, dan anak kepada satu pasangan yang mempunyai pertalian sepupu, kata New York Daily News.

Bayi berkenaan terus bertarung nyawa sebelum dikejarkan ke hospital di Karachi.

Ketika doktor mendapatkan nasihat pakar asing mengenai cara terbaik merawat bayi terbabit, bapanya, seorang juruteknik X-ray, Imran Shaikh, merayu kepada kerajaan dan beberapa pertubuhan kebajikan untuk membiayai bayaran perubatan anaknya itu, lapor Pakistan Observer.

Shaikh bernasib baik apabila gabenor Sindh, memberitahu doktor bahawa kos perubatan bayi berkenaan akan ditanggung kerajaan.

"Kami datang daripada keluarga miskin. Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu kami merawat bayi kami," kata Shaikh kepada Observer selepas pembedahan selama beberapa jam pada Khamis.

Dr Raza berkata, lebihan anggota badan itu adalah disebabkan satu keadaan dipanggil polymelia, yang berpunca daripada sel yang tidak membentuk dengan sempurna ketika perkembangan embrio. Beliau menerangkan bahawa bayi terbabit pada awalnya berkembang sebagai kembar bercantum tetapi satu daripada kembarnya berhenti membesar dan hancur kecuali bahagian kakinya yang masih lagi terus melekat pada janin.

"Memang ajaib dan luar biasa bagi bayi dengan enam kaki untuk menjadi normal seperti kanak-kanak lain," kata Raza kepada International Business Times.

"Sebelum pakar bedah boleh melakukan pembedahan mereka perlu mencari anggota mana milik bayi itu dan mana pula milik kembarnya."

Berdasarkan satu kajian pada 2010 yang disiarkan Journal of Petiatric Surgery, kadar anggaran kembar bercantum adalah satu bagi satu juta kelahiran. Lebih banyak kes dilihat di Afrika dan Asia, di mana keluarga kurang mempunyai kemudahan bagi ujian pranatal. – Agensi











[Kemaskini] Pelajar UPSI Maut "Terjatuh" Dari Tingkat 4 Bangunan Kampus Dikenalpasti

Posted: 21 Apr 2012 08:30 PM PDT

Tanjung Malim - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.

"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.

"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.

Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.

Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.

"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.

Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.

Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."

"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu. -SH





Gambar Pelajar UPSI Maut Jatuh Bangunan

Seorang pelajar perempuan UPSI telah maut dan meninggal dunia akibat jatuh dari tingkat lima bangunan e-learning Universiti. Difahamkan, kematian pelajar ini tiada kaitan dengan kes bunuh diri terjun dari bangunan. Kejadian telah berlaku sekitar jam 5.15 petang pada 21 april 2012 dan mangsa mati sejurus terjatuh setelah mengalami cedera parah.

Menurut seorang saksi, dia terkejut apabila melihat mangsa jatuh dari tingkat tersebut. Namun, tiada maklumat lanjut bagaimana kejadian itu berlaku berikutan saksi kini trauma.

Maklumat terbaru yang kami dapati mangsa Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi (program PAKK, minor Bahasa Arab). Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh).

Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian (masih trauma & tidak berupaya ditemubual lagi). Jenazah berada di tmpt kejadian sehingga jam 10 malam td. Dato VC dan Datin turut bersama di tempat kejadian sehingga jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem.

InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah.

(Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ)

Sumber : Seorang pensyarah FSKIK.. Encik Salman Firdaus Sidek

- meanshiney.blogspot.com






Shafie Apdal Pernah Tuduh PAS Parti Ajaran Sesat, Siapa Lagi Mahu Tiru Beliau?

Posted: 21 Apr 2012 04:30 PM PDT

Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal yang namanya terpalit di dalam skandal dengan artis, Zahida Rafik, pernah menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat.

Di dalam ucapan perasmian Majlis Perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya bertempat di Dewan Raya Kampung Pertanian pada tahun 2010, beliau menyatakan Pas adalah parti ajaran sesat, Pas adalah serpihan daripada ahli UMNO yang tidak mendapat tempat dalam parti.

"Sebab itu perjuangan mereka didorong oleh harta dan kuasa dan bukannya perjuangan untuk mempertahankan hak dan masyarakat Melayu," katanya.

Kini segala-gala terdedah dan terbongkar siapa yang sesat.

Shafie sehingga kini masih gagal untuk membuat penafian terhadap skandal yang telah didedahkan oleh pemandu peribadi selebriti yang dikaitkan dengan menteri berkenaan dalam satu laporan polisnya.

Di dalam laporan polis itu, Noor Azman Azemi, 38, menyatakan Datuk Shafie Apdhal telah memintanya untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

"Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

"Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

GB telah mengulas sebelum ini:

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Shafie Apdal - satu-satunya menteri yang pernah dengan celupar mulutnya satu ketika menuduh PAS parti sesat.

Sekarang ini buktinya... kebenaran terdedah... siapa yang telah tersesat di dunia fana ini? Perabis berjuta untuk wanita?


Ucapan Shafie Apdal itu juga pernah dijawab oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di satu ketika dimana TG Nik Aziz menyifatkan dakwaan Shafie bahawa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.

Nik Aziz berkata tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat.

Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam.

"Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis," ujarnya.

Beliau juga turut menyifatkan kenyataan Shafie Apdal itu sebagai mengarut serta tidak berasas.

Menurutnya, sesat atau sebaliknya perjuangan bukan boleh diukur dengan kefahaman sains, sebaliknya agama.

Jelasnya lagi, orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar.

"Hanya empat golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam.

Umno sesat sebab lawan perjuangan Islam

KOTA BHARU, 8 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.

Katanya, tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat.

Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam.

"Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat.

Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Armalah di Putik, Pengkalan Chepa hari ini.

Beliau juga turut menyifatkan kenyataan Shafie Apdal itu sebagai mengarut serta tidak berasas.

Menurutnya, sesat atau sebaliknya perjuangan bukan boleh diukur dengan kefahaman sains, sebaliknya agama.

Jelasnya lagi, orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar.

"Hanya empat golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam.

"PAS sendiri khususnya di Kelantan meneruskan dasar perjuangan Islam berkenaan yang menjadi agenda perjuangan parti sendiri menurut al-Quran, hadis, ijmak ulamak malah ianya menjadi dasar bertulis perjuangan," ujarnya.

Tambahnya, dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan turut dilaksanakan mengikut landasan Islam termasuk menghapuskan premis judi, menyediakan rumah tiga bilik mengikut ajaran Rasulullah dan berbagai lagi.

"Kita juga buat sekolah Arab aliran sains, nak sesat apa lagi, yang tolak Islam itulah yang sesat.

Jelasnya lagi, menolak Islam ini akan menjadi manusia sesat di akhirat nanti, iaitu tidak akan sampai ke syurga.

Tambahnya, manusia tidak akan menemui jalan ke syurga jika tidak menurut ajaran Islam.

Katanya lagi, tidak ada ahli sains, psikologi atau golongan pemikir dapat membawa manusia ke syurga melainkan Rasulullah dengan ajaran Islam.
-harakah 8/7/2010


PAS Parti Ajaran Sesat - Mohd Shafie


KULAIJAYA (Sinar Harian) – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan Pas sebagai parti ajaran sesat kerana menurutnya parti itu hanya memperjuangkan kemenangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, sebahagian daripada ahli parti itu merupakan ahli UMNO yang gagal mendapat tempat di dalam UMNO dan menyertai Pas untuk mendapatkan kuasa.

"Pas adalah parti ajaran sesat, Pas adalah serpihan daripada ahli UMNO yang tidak mendapat tempat dalam parti.

"Sebab itu perjuangan mereka didorong oleh harta dan kuasa dan bukannya perjuangan untuk mempertahankan hak dan masyarakat Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya bertempat di Dewan Raya Kampung Pertanian, di sini, semalam.
(5/7/2010)


Ulasan GB

Sekarang siapa lagi yang berani mahu jadi seperti Shafie dan celupar mulutnya tuduh PAS sebagai parti ajaran sesat?

Silakan...

Biar nanti hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan siapa sebenarnya yang tersesat.. sehingga jadi macam Shafie yang telah terkedu dan tak boleh bercakap apa-apa setelah rahsianya didedahkan Allah swt.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan siapa sebenarnya yang sesat.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.


[Bergambar & Video] Dataran Shah Alam Jadi Kuning, Laungan SPR ‘Ngapusi’ Bergema

Posted: 21 Apr 2012 08:05 AM PDT

Shah Alam: Sebelum Dataran Merdeka dibanjiri 500,000 rakyat sempena Bersih 3.0 pada 28 April ini, Dataran Shah Alam terlebih dahulu bertukar menjadi serba kuning.

Ia berikutan lebih 200 masyarakat pelbagai kaum dengan memakai t-shirt Bersih 3.0 berhimpun selama dua jam mulai jam 3 petang sebagai acara pemanas badan.

Bertema 'Sembang-sembang, Duduk-duduk, Bantah-bantah', perhimpunan itu menarik perhatian orang ramai manakala pemandu kenderaan yang lalu lalang membunyi hon tanda sokongan. Beberapa invididu pula mengambil kesempatan menjual mafla, topi dan t-shirt bersih 3,0 aneka corak yang mendapat sambutan luar luar biasa hingga penjual tidak menang tangan.

Dalam acara anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Prorakyat Selangor dengan diketuai presidennya, Khairul Anuar Othman, pemimpin parti politik turut menyampaikan kata-kata perangsang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim mengajak rakyat Selangor menyertai Bersih 3.0 kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah agensi 'ngapusi.'

Merujuk penyelewengan dan manipulasi daftar pemilih SPR yang diperalat kerajaan Umno, beliau berkata, ngapusi dalam bahasa Jawa bermakna penipu.

Khairul pula meminta rakyat tidak terpedaya dengan helah media arus perdana yang cuba menggambarkan daftar pemilih SPR sudah bersih sedangkan banyak kes lapuk gagal dibaiki.

"Sistem pilihan raya di Malaysia ini perlu direformasi. Terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam SPR yang langsung tidak dibaiki," katanya. -KD





























Sumber gambar DISINI dan DISINI



kredit: Tinta Hijau Di kaki Bukit/misaimerah


Benar, Tidak Bijak Singkirkan Najib Selepas PRU, Tetapi Nobatkan Dia Ketua Pembangkang

Posted: 21 Apr 2012 06:10 AM PDT

Tidak bijak singkirkan Najib lepas PRU'

Sekali pun BN kehilangan lebih kerusi dalam pilihan raya akan datang, usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak seperti terjadi kepada pendahulunya sebelum ini masih dianggap langkah tidak bijak, kata penulis terkenal.

Barry Wain (gambar) berkata, perdana menteri amat popular di kalangan rakyat sekarang ini, malah kerajaan serta BN bergantung kepada pengaruh itu.

"Walaupun Najib masih menang pilihan raya tetapi jatuh beberapa kerusi, beliau mungkin berada bawah tekanan, tetapi sukar kerana Najib secara peribadinya popular.

"Beliau amat popular, jauh lebih popular daripada Umno, kerajaan dan BN," kata Wain dalam majlis ucapan anjuran Kelab Penulis Asing Malaysia (FCCM) di Kuala Lumpur.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini menghadapi penolakan daripada dalam setelah kejatuhan buruk BN pada 2008 walaupun mengejutkan banyak pihak kejayaan besar empat tahun sebelum itu.

Bercakap kepada 30 anggota FCCM, Wain sebagai bekas penyunting Wall Street Journal yang berpindah ke Asia hampir 40 tahun itu berkata, Umno juga patut mengekalkan Najib kerana ia berkaitan isu penggantian. -mk

Ulasan GB

Kenyataan Barry Wain di atas menyebut beberapa perkara:

i) BN kehilangan lebih kerusi dalam pilihan raya akan datang
ii) "Beliau (Najib) amat popular, jauh lebih popular daripada Umno, kerajaan dan BN,"
iii) Oleh itu tidak bijak untuk singkirkan Najib.

Menarik.

Pertama Barry Wain mengakui bahawa BN akan kehilangan lebih kerusi di dalam pilihanraya akan datang. Kedua, usaha UMNO BN selama ini lebih kepada menggilap imej Najib. Justeru Najib dilihat lebih popular dari kerajaan, UMNO dan BN sendiri. Malah penulis itu menyebut "kerajaan serta BN bergantung kepada pengaruh Najib".

Tetapi Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan, bukan sebuah republik yang diketuai seorang Presiden, dimana kerajaan dibentuk bukan di atas pengaruh individu tertentu tetapi parti mana yang dapat kerusi lebih.

Jika BN kehilangan lebih banyak kerusi ini bererti peluang BN membentuk kerajaan semakin tipis dan jika Najib tidak perlu disingkirkan, wajar sangat BN bersedia untuk menamakan Najib sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen selepas PRU nanti.

Begitu sifirnya.

Mudah-mudahan ia akan menjadi satu kenyataan. InsyaAllah.



[WASPADA] Sosej Bercampur Pasir

Posted: 21 Apr 2012 03:41 AM PDT

Kuantan – Seorang kakitangan swasta tidak dapat menikmati sosej berperisa lada hitam kegemarannya selepas merasa pasir ketika mengunyah sosej itu.

Roslam Mohamad, 46, berkata, dia membeli sosej itu bersama isterinya, Norehan Zakaria, 37, di sebuah pasar raya, di sini malam kelmarin.

Menurutnya, ketika pulang dari pasar raya berkenaan, dia meminta isterinya untuk menyediakan sosej tersebut, namun kecewa setelah merasainya.

"Pada mulanya, saya menyangka rasa kasar itu ialah serbuk lada hitam yang ada di dalam sosej berkenaan.

"Namun, setelah beberapa kali merasa benda yang sama, saya jadi pelik. Dalam fikiran saya, takkanlah serbuk lada hitam sekasar itu," katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Indera Mahkota 6, di sini semalam.

Tambahnya lagi, isterinya juga turut mengadu perkara yang sama setelah memakan sosej itu.

"Bila isteri saya menyatakan perkara yang sama, saya yakin bahawa 'benda' kasar itu ialah pasir, bukannya serbuk lada hitam yang tidak hancur.

"Saya dan isteri juga cuba untuk menguraikan isi sosej itu dan mendapati isinya bercampur dengan pasir," katanya.

Roslan berkata, dia sering menjadikan sosej sebagai hidangan malamnya namun itu adalah kejadian pertama dialaminya.

"Sebelum ini, saya pernah membeli makanan yang dihasilkan oleh syarikat yang sama dengan sosej itu. Puas hati dengan produk yang dihasilkan membuatkan saya ingin membelinya lagi.

"Namun, apa yang berlaku membuatkan saya benar-benar serik dan akan berhati-hati selepas ini," katanya.

Katanya, jika benar tekstur kasar yang dirasainya itu pasir, dia meminta supaya pihak bertanggungjawab lebih peka serta mengutamakan kebersihan dan keselamatan pengguna.

"Jika dibiarkan, saya bimbang ramai lagi yang mengalami nasib yang sama seperti saya. Justeru, saya harap pihak terbabit mengambil tindakan segera serta meneliti semula bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan sosej itu," katanya. -SH

Tiada ulasan: