Blog-list Malaysia |
- Ummi Hafilda Calon PRU 13.. Umno Sudah Kehabisan Calon Yang Layak..
- Fitnah MCA terhadap Lim Guan Eng makin tak masuk akal
- SPR Sanggah Laporan Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0
- Demi Maruah Raja-Raja Melayu.. Hasan Jati Patut Bertindak Segera..
- Jom Dengar Hujah Bodoh Dan Bangang Zahid Mat Arip..
- Soalan Panas Shaaribuu..
- Panas - Anak Harussani Bersama Di Ceramah Pas
- Ku Li sokong Bersih 3.0 secara terbuka
- Polis pencen dan Pesara Tentera bakal jadi calon Pakatan di PRU13.
Ummi Hafilda Calon PRU 13.. Umno Sudah Kehabisan Calon Yang Layak.. Posted: 12 Apr 2012 11:41 PM PDT |
Fitnah MCA terhadap Lim Guan Eng makin tak masuk akal Posted: 12 Apr 2012 10:01 PM PDT GEORGE TOWN, 13 APRIL: Tindakan MCA memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai opotunis politik dan rasis kerana menyokong Sinar Harian berbanding Utusan Malaysia adalah tidak bertanggungjawab dan tidak masuk akal. Dalam sebuah artikel dalam The Star bertarikh 11 April 2012, Setiausaha MCA Penang Lau Chiek Tuan menggesa Guan Eng untuk tidak mempolitikan pendidikan kerana kononnya ingin menahan peruntukan kepada sekolah Cina yang melanggan Utusan Malaysia dan Berita Harian. Pegawai Khas Ketua Menteri, Zairil Khir Johari, menjelaskan: "Pertamanya bagaimanakah Ketua Menteri boleh dituduh mempolitikan pendidikan apabila beliau tidak merujuk kepada mana-mana akhbar politik seperti Harakah, Suara Keadilan mahu pun The Rocket? Dengan menyatakan sokongan terhadap Sinar Harian, Ketua Menteri hanya merujuk kepada laporan dan beritanya yang lebih objektif." "Keduanya, kenyataan Lau yang berniat jahat bahawa kenyataan Ketua Menteri bertentangan dengan semangat perpaduan kaum. Mungkin Lau tidak tahu, tetapi bukankah Sinar Harian itu akhbar berbahasa Melayu?" Menurutnya, kenyataan Guan Eng menyokong Sinar Harian itu hanyalah sebagai gurauan dan tidak berbaur ugutan sama sekali. Katanya, hanya MCA yang mempolitikannya dengan memutarbelitkan kenyataan asal untuk menggambarkan Ketua Menteri sebagai oportunis dan rasis. "Apa yang paling tidak masuk akal adalah MCA sendiri menyokong Berita Harian dan Utusan Malaysia yang mana jelas mengambil pendirian perkauman dan berniat jahat dalam laporan mereka. "Utusan Malaysia hanyalah media cetak milik UMNO yang mana bertujuan memecahbelahkan masyarakat, dan lebih teruk menakutkan orang Melayu dengan meletakkan orang Cina sebagai momok. "Jangan kita lupa, Utusan Malaysialah yang mengajak peristiwa tragis 13 Mei diraikan sebagai hari yang agung. Adakah ini pemikiran yang mahu ditanam MCA kepada anak-anak kita yang masoh bersekolah?" tambah beliau. – Roketkini.com |
SPR Sanggah Laporan Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Posted: 12 Apr 2012 07:56 PM PDT SPR tolak dakwaan pendaftaran berganda Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan pendaftaran berganda dalam daftar pemilih melibatkan pengudi di negeri Sabah, Sarawak dan Selangor yang ditimbulkan anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof menolak dakwaan "penipuan" itu dan menjelaskan bahawa perkara itu merupakan permohonan sah melibatkan pengudi Sabah dan Sarawak yang memohon untuk bertukar alamat ke Selangor. Dalam penjelasannya kepada Malaysiakini, Abdul Aziz berkata proses permohonan itu mengikut proses semakan atau pengesahan biasa oleh Jabatan Pendaftaran Negara Selepas nama berkenaan dipamerkan selama seminggu, pertukaran alamat itu akan digazetkan menjelang pertengahan Mac sekiranya tiada bantahan, kata Abdul Aziz lagi. Tambahnya, nama pengundi yang berjaya menukar alamat akan dipadamkan daripada daftar pemilih di Sabah dan Sarawak dan dikekalkan dalam daftar pemilih di Selangor. "SPR tidak pernah secara sengaja membuat pendaftaran berganda dan kami berusaha kera untuk membersihkan daftar pemilih pada setiap masa," kata Abdul Aziz lagi. Dakwaan berkenaan ditimbulkan oleh anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin semalam yang mendakwa seramai 24,105 pengundi di Sabah dan Sarawak telah didaftarkan dua kali di Selangor dalam daftar pemilih yang dikemaskini sehingga suku pertama 2012. Ketika ditanya media, Maria bagaimanapun tidak menjelaskan kes tersebut secara terperinci dan berkata perkara itu akan didedahkannya dalam sidang media selepas ini. Beliau juga mendakwa pendaftaran berganda ini wujud dalam daftar pemilih yang digazetkan pada suku pertama 2012, namun Abdul Aziz berkata senarai itu hanya akan digazetkan pada Mei. http://malaysiakini.com/news/194895 |
Demi Maruah Raja-Raja Melayu.. Hasan Jati Patut Bertindak Segera.. Posted: 12 Apr 2012 06:14 PM PDT Sepucuk surat yang dikirim dari London, United Kingdom mendakwa sebiji pinggan yang digunakan semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara semalam rupanya berharga RM6000 sebiji! Padahal pinggan yang digunakan untuk majlis pertabalan Tuanku Mizan Zainal Abidin cuma berharga RM300 sahaja. Apakah ada unsur penyelewengan sehingga harga sebiji pinggan menyamai gaji seorang pengurus? Ikuti surat yang dihantar melalui emel kepada Dr Mohd Asri Zainul Abidin. __________________ Saya berada di UK. Satu email telah dihantar kepada saya. Saya berharap jika ada dalam kalangan yang terlibat dengan SPRM di Malaysia, tolong siasat sejauh manakah kebenaran surat ini. Ia membabitkan harta awam. Nama-nama yang terlibat dipadamkan. Berikut adalah surat tersebut; _____________________ Salam Dr, Saya ingin menarik perhatian Dr kepada satu isu terbaru. Isu ini adalah mengenai penyalahgunaan kuasa dan amalan 'kickback money' yang semakin manjadi-jadi oleh pegawai Kerajan Persekutuan yang berkhidmat di Istana Negara. Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda, adalah menjadi amalan bagi pihak Istana untuk memberi Pingggan Pertabalan sebagai cenderamata kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut. Bagaimanapun bagi Majlis Pertabalan SPB baru-baru ini, pinggan pertabalan yang dibekalkan telah mencecah harga RM6 ribu sebiji..! Pesanan adalah sebanyak 1000 biji. Jadi kos keseluruhan adalah RM6 juta...! Memang benar pinggan pertabalan biasa dihiasi dengan emas, tapi walaupun begitu, harga RM 6 ribu sebiji adalah jumlah yang melampau.. Sebagai perbandingan, pinggan santapan Istana Negara, juga yang disalut emas, yang baru dibeli tetapi MELALUI TENDER JPM adalah kurang dari RM 240 sebiji sahaja... Di masa Tuanku Azlan Shah dan Tuanku Mizan pun, harga Pinggan Pertabalan tidak sampai RM 300 sebiji. Cuma pada masa ini, pegawai (tidak) bertanggungjawab tersebut menjadikan harga Pinggan Pertabalan melonjak setinggi-tinggi nya disebabkan oleh amalan 'kickback money'. Harap perkara ini dapat menarik perhatian Dr untuk diketengahkan agar pihak yang diamanahkan sebagai pegawai Kerajaan tersebut tidak hanyut mindanya sehingga memikirkan yang Istana Negara itu milik mereka dan bajet kerajaan itu adalah hak mereka.. insyallah... Wasallam, KLIK SINI http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/tu-dia-pinggan-berharga-rm6000-sebiji.html http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/tu-dia-pinggan-berharga-rm6000-sebiji.html |
Jom Dengar Hujah Bodoh Dan Bangang Zahid Mat Arip.. Posted: 12 Apr 2012 04:51 PM PDT Kesian Sebab Nampak Sangat Bodohnya.. |
Posted: 12 Apr 2012 08:51 AM PDT Bolehkan warganegara Mongolia mendapatkan visa untuk memasuki Perancis ketika berada di Malaysia? Jawapannya tidak, kata pegawai kementerian luar Mongolia, yang hairan bagaimana penterjemah Altantuya Shaariibuu mendapatkan visa itu ketika berada di Malaysia - kira-kira satu atau dua tahun sebelum beliau dibunuh. Pegawai itu, yang berada di Malaysia bersama bapanya Setev Shaariibuu (kiri) berkata, setiap warganegara Mongolia mesti memohon dan mendapatkan visa asing di negaranya sendiri. Tiada cara untuk sesiapa pun daripada kami mendapatkan visa ketika berada di negara lain. "Kami akan diberitahu supaya kembali ke negara kami untuk memohon mendapatkannya," kata pegawai yang enggan namanya disebut itu kepada Malaysiakini. Dalam pertemuan dengan kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Setev meluahkan kebingungan tentang bagaimana visa memasuki Perancis oleh anak gadisnya itu dikeluarkan di Malaysia. Dipetik dari - http://karatijau.blogspot.com/2012/04/soalan-shaaribuu-ini-mengkantoikan-puak.html |
Panas - Anak Harussani Bersama Di Ceramah Pas Posted: 12 Apr 2012 06:42 AM PDT Peribahasa Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,yang bermaksud..macam mana bapa macam itulah anak,tidak boleh digunakan dalam perjuangan menegakkan agama Allah apabila Anak kepada Mufti Umno Perak (Dato' Harussani) berbaju coklat dan berketayap putih turut bersama YB Salehudin Ayub semasa ceramah Pas di Taman Soon Choon Ipoh...Peribahasa yang masih kekal sampai bila-bila ialah "Melayu Bangang Umno Menangggg.."dan "Dimana Umno Kuat disitu Banyak Maksiat" Sumber - http://karatijau.blogspot.com/2012/04/siapa-anak-mufti-umno-bersama-ceramah.html |
Ku Li sokong Bersih 3.0 secara terbuka Posted: 12 Apr 2012 06:16 AM PDT Ku Li sekali lagi membelakangkan Umno. Kali ini, ahli parlimen Gua Musang merangkap Pengerusi Amanah menyatakan sokongan terbuka kepada perhimpunan Bersih 3.0 - pada 28 April 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Klik disini. Lebih 500, 000 rakyat dijangka membanjiri ibu kota dengan warna kuning. Dataran Merdeka kali ini akan menyambut rakyat dengan terbuka. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishmuddin Tun Hussien telah memberikan kebenaran kepada Bersih untuk meneruskan perhimpunan raksaksa pada 28 April ini. Sementara itu, pada 17 April 2012, countdown 10 hari menjelang Bersih akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru. Sumber - http://networkedblogs.com/wkzUe |
Polis pencen dan Pesara Tentera bakal jadi calon Pakatan di PRU13. Posted: 12 Apr 2012 01:30 AM PDT Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat bakal melakukan kejutan dengan menurunkan bekas pegawai tinggi tentera dan polis sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. Berucap dalam satu ceramah di Telok Emas, Melaka malam tadi, Mohamad berkata perkara itu akan diumumkan "tidak lama lagi." "Tuan-tuan nak tahu pada pilihan raya akan datang beberapa orang bekas polis, bekas tentera berpangkat tinggi akan jadi calon dalam Pakatan Rakyat dan kalau berlaku begini sudah seluruh (sokongan bekas tentera) kembali kepada kita," katanya. Beliau juga mendakwa, ramai bekas pegawai tinggi tentera itu mencarinya untuk menyatakan sokongan kepada kenyataannya berhubung insiden Bukit Kepong, yang mencetus kontroversi sebelum ini. "Kebelakangan ini ramai bekas jeneral-jeneral cuba cari saya, mereka beritahu saya mengenai Kelab Pegawai-Pegawai Tentera Bersara (RAFOC) telah memutuskan bersetuju dengan kenyataan saya mengenai peristiwa Bukit Kepong. "Mereka putuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada 14 September 2011 jam 11 pagi di Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur dipengerusi Presiden RAFOC, Jeneral (B) Tan Sri Datuk Mohd Ghazali Mohd Seth. "Justeru, tunggulah saya akan umumkan tidak lama lagi," katanya. Tambahnya, atas perkembangan ini, badan Kebajikan Tentera dan Veteran Angkatan Tentera (KERABAT) yang ditubuhkan PAS mengalami pertambahan ahli di luar jangkaan walau baru ditubuhkan. "Biarpun baru dua tiga bulan ditubuhkan KERABAT sudah mempunyai ahli sudah mencecah 20,000 dan dalam bulan Jun kita mahu ahli dalam 60,000. "Sekarang yang menyertainya adalah di kalangan bekas-bekas jeneral berpangkat tinggi, ertinya mereka tidak berpuas hati tentang layanan diberi Umno dan BN," katanya. Beliau juga mendakwa, seorang demi seorang pemimpin veteran Umno dan bekas pegawai tinggi tentera akan meninggalkan parti itu selepas ini. Beliau berkata demikian berdasarkan kenyataan bekas ahli majlis tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang bertindak untuk keluar parti setelah merasakan tidak lagi selesa berada di dalam Umno. Menurut Mohammad Sabu, Abdul Kadir dengan berani meluahkan kepadanya bahawa lebih ramai lagi bekas pemimpin veteran Umno akan keluar daripada parti terbesar mewakili orang Melayu itu. "Saya tanya pada dia, ramai lagikah yang berhasrat keluar parti macam Tan Sri ini, dia kata ramai. Saya akan umumkan seorang demi seorang tidak lama lagi, tapi tunggulah mereka ini isytihar keluar parti dulu," Mengulas perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang untuk diadakan pada 28 April ini, Mohamad berkata PAS percaya pihak polis tidak sebarang halangan untuk membenarkan ia diadakan kerana perhimpunan dijalankan secara aman. http://www.utaranews.com/2012/04/polis-pencen-dan-pesara-tentera-bakal.html |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan