Isnin, 9 April 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Perlantikan Najib sebagai menteri wanita satu pengkhianatan agenda wanita

Posted: 08 Apr 2012 11:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 APRIL – Meskipun perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merupakan langkah yang memperlihat bahawa lelaki juga boleh mengetuai gerakan agenda memperkasakan wanita, ia dilihat sebagai satu langkah yang amat mengecewakan.

Pengerusi Wanita Kebangsaan DAP Chong Eng semalam berkata, "Kita amat kecewa atas dua sebab. Pertamanya Kementerian Wanita telah ditubuhkan setelah bertahun-tahun Wanita DAP berkempen untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menaiktaraf Pejabat Hal Ehwal Wanita di bawah Jabatan Perdana Menteri kepada sebuah kementerian penuh.


10 tahun selepas Deklarasi Tanjong barulah sebuah Kementerian Hal Ehwal Wanita ditubuhkan pada 2001. Hari ini Perdana Menteri ingin mengepalai kementerian ini dan saya amat bimbang bahawa kita ke belakang 10 tahun dengan langkah ini."

"Kedua, kita amat kecewa kerana Najib sendiri menafikan pemimpin wanita dalam kerajaan kerana dalam kabinet hanya ada 2 jawatan sahaja [untuk menteri wanita] dan Najib mengambil salah satu daripadanya."

Menurut Chong Eng lagi, dalam tempoh pemerintahan Najib, beliau hanya mempunyai 2 wanita sahaja di kalangan 30 Menteri dan langkah beliau mengambil alih jawatan berkenaan menyebabkan tinggal hanya seorang saja menteri wanita dalam kabinetnya.

"Apakah Barisan Nasional kekurangan pemimpin wanita yang berkualiti untuk jawatan tersebut? Ataupun Najib tidak sensitif kepada wanita dan menafikan hak mereka untuk mendapat peluang untuk memegang jawatan tersebut?"

Beliau juga berkata bahawa kini Najib sedang memegang 2 portfolio iaitu sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan bertanya sama ada beliau mampu memikul tanggungjawab tambahan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Ini hanya menunjukkan betapa tidak seriusnya Barisan Nasional terhadap pemerkasaan wanita pada masa kita menyaksikan bahawa tiada kemajuan dalam soal kesaksamaan jantina," ujar beliau lagi.

- roketkini.com

Aktivis anti-ISA berarak ke parlimen

Posted: 08 Apr 2012 11:19 PM PDT

Sekumpulan kira-kira 50 orang berarak ke bangunan Parlimen hari ini untuk menggesa Perdana Mernteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera memansuhkan undang-undang ISA.

Kumpulan yang diketuai NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) itu berhimpun di Taman Tasik Perdana pada kira-kira jam 11 pagi untuk berarak sejauh kira-kira 700 meter ke bangunan Parlimen.

Enam orang wakil kumpulan berkenaan, diketuai pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, kemudiannya memasuki kawasan bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada perdana menteri dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bagaimanapun, hanya Anwaryang tampil untuk menerima memorandum berkenaan.

Anwar berkata, beliau akan menyerahkan salinan untuk Najib itu ke Pejabat Perdana Menteri dan juga menyiapkan rang undang-undang persendiriannya untuk memansuhkan ISA yang akan difailkannya.


Lim Guan Eng Pemimpin Yang Tidak Boleh Dikritik

Posted: 08 Apr 2012 07:21 PM PDT

"Saya lihat Ketua Menteri ini tidak sensitif kerana tak dapat menahan kemarahan apabila dikritik. Padahal setiap isu yang UMNO bangkitkan kepada kerajaan negeri berdasarkan fakta dan Guan Eng perlu menjawabnya kerana rakyat hendak tahu jawapannya,

UMNO Pulau Pinang hari ini menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh dikritik.

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sesiapa sahaja yang mengkritik Guan Eng akan menghadapi tindakan termasuk dibawa ke mahkamah.


Katanya, sebagai Ketua Menteri yang diberi mandat, Guan Eng harus tenang serta bersikap rasional apabila diajukan soalan.

"Saya lihat Ketua Menteri ini tidak sensitif kerana tak dapat menahan kemarahan apabila dikritik. Padahal setiap isu yang UMNO bangkitkan kepada kerajaan negeri berdasarkan fakta dan Guan Eng perlu menjawabnya kerana rakyat hendak tahu jawapannya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Serentak Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Nibong Tebal serta Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Nibong Tebal di Institut Latihan Perindustrian, di sini.


Ku Li Akan Sertai Himpunan Bersih 3.0

Posted: 08 Apr 2012 04:32 PM PDT

Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekiranya kedua-dua pertubuhan badan bukan kerajaan itu berkongsi matlamat yang sama.

Beliau (gambar) yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li menegaskan, Amanah tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergabung dengan Bersih asalkan ada keinginan untuk bekerjasama antara kedua-dua belah pihak.

"Atas benda-benda yang boleh difikirkan untuk perjuangan bersama, kita boleh bergabung dengan mereka (Bersih).


"Amanah akan bergabung dengan mereka yang ada keinginan untuk bekerjasama," katanya yang tidak menolak untuk menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih anjuran Bersih yang dijadualkan 28 April ini di Dataran Merdeka.

"Selagi perkara itu selari dengan objektif kami, Amanah akan sertai," katanya lagi ketika sidang media selepas perasmian Hari Keluarga Amanah Selangor di sini.

Menurut veteran Umno itu, Amanah yang kini mempunyai sekitar 450 ahli di Selangor juga akan bekerjasama dengan NGO lain dan mencari persetujuan bagi mendapat perhatian kerajaan untuk membela nasib rakyat.

"Amanah akan bekerjasama dengan mana-mana NGO, termasuk orang ramai, demi mendapatkan perhatian kerajaan serta menyumbang kepada kebaikan masyarakat yang selama ini terbiar dan tidak dipandang," tegasnya.

Jelas Ku Li, ketika ucapannya sebelum itu, NGO adalah penentu dasar kerajaan memerintah bagi menentukan corak kehidupan rakyat, sama seperti diamalkan di negara maju seperti Amerika Syarikat.

"Melalui penubuhan NGO, kerajaan akan dapat mendengar segala tuntutan rakyat di peringkat akar umbi.

"Dengan itu kerajaan dapat mengemukakan dasar-dasar baru yang memberikan kesan kepada rakyat," katanya lagi.- TMI


Lagi Artis Sertai Pakatan Rakyat

Posted: 08 Apr 2012 09:29 AM PDT

Dayangku Intan SAH Sertai PKR!

Di celah-celah kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang berlangsung di Genting Highlands, penyanyi yang popular dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang", Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi.

Borang permohonan menyertai salah satu parti dalam komponen Pakatan Rakyat itu diterima sendiri oleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada satu majlis makan malam "Senandung Reformasi" di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.

Dayang atau nama sebenarnya Dayangku Intan binti Tengku Abdul Hamid pernah menggemparkan negara dengan memfailkan saman ganti rugi RM3.9 juta terhadap Menteri Pelancongan dan Kerajaan Malaysia kerana memungkiri perjanjian kontrak.


Dayangku Intan yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat InMan Production (M) Sdn Bhd dan Pengarah Urusannya, Rosman Yahil, 45, memfailkan saman itu kerana defendan memungkiri kontrak Pertunjukan dan Pertandingan Bunga Api Merdeka Antarabangsa Sedunia.

Mereka memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, 20 Julai 2007, melalui Tetuan Karpal Singh & Co.

Plaintif mendakwa defendan gagal menunaikan janji dengan memberikan kontrak itu kepada Global 2000 Sdn Bhd (pihak ketiga) sedangkan cadangan dan kertas kerja asal mengenai konsep itu disediakan InMan Production.


1.7 JUTA PENGUNDI HANTU?

Posted: 08 Apr 2012 06:42 AM PDT

BUKTI...Mutalib menunjukkan buku 'IC Projek: Agenda Tersembunyi Mahathir?' di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya yang mendedahkan siapa terlibat beri kerakyatan kepada warga asing dan Ops Gembeling yang Iakukan kudita politik di Sabah.

KEWUJUDAN 322,936 pengundi hantu tahun 2006 kini telah meluas menjadi 1.7 juta orang di seluruh negara dan Kerajaan Umno-BN sukar menafikannya kerana angka itu berdasarkan penyiasatan beliau selama 15 tahun, dakwa Mutalib MD, penulis buku 'IC Projek-Agenda Tersembunyi Mahathir'.

Mereka terbabit warganegara Filipina, India, Pakistan dan Indonesia yang datang ke Malaysia dengan status IMM 13, kemudian diberikan MyPR merah dan sekarang diberikan MyKad biru dan boleh mengundi. Di Semenanjung 'Cap jari' digunakan untuk tujuan ini. Ikuti berita penuh di dalam.


Jumlah pengundi hantu di seluruh negara sekarang berjumlah tidak kurang 1.7 juta orang, dengan didasarkan kepada jumlah awalnya sebanyak 322,936 orang pada tahun 2006 lalu menerusi Projek IC di Sabah.

Anggaran tarsebut dibuat bardasarkan perkiraan setiap mereka yang telah diberikan kad pengenalan menerusi projek itu pada 2006 telah mampunyai anak sekitar 3 atau 4 orang, dengan kesemua anak mereka itu juga sudah berumur 21 tahun ke atas dan layak menjadi pengundi.

Penulis buku politik terkenal, Mutalib M.D berkata, dalam masa yang sama, 322,000 orang warganegara asing telah dikesan menjadi pengundi hantu di Sabah bagi tahun ini sahaja yang juga dilahirkan menerusi Projek IC.

Dedah beliau, mereka yang terbabit itu warganegara Filipina, India, Pakistan dan Indonesia yang datang ke negara ini dan ada memegang status sebagai IMM 13 yang kemudian diberikan MyPR merah dan sekarang telah diberikan MyKad biru menjadikan meraka sebagai warganegara ini yang sah.

Kata Mutalib, kewujudan 322,936 pengundi hantu pada tahun 2006 yang kini telah berkembang menjadi 1.7 juta orang di Seluruh negara tidak boIeh dinafikan oIeh pihak kerajaan kerana ia berdasarkan penyiasatan beliau selama 15 tahun.

"Perkara itu saya nyatakan dalam buku saya yang berjudul IC Projek - Agenda Tersembunyi Mahathir yang diterbitkan pada tahun 2006. JPN sendiri turut akui buku itu sebagai buku yang bermutu dan turut dibahaskan di Parliman," katanya ketika dihubungi Harakah 5 April lalu.

Kata Mutalib lagi, walaupun Projek IC itu dilakukan di Sabah, mereka yang terbabit itu tidak terus menetap di Sabah, malah berkeliaran ke negeri-negeri lain di seluruh negera termasuk Kuala Lumpur lalu menjadikan mereka pangundi hantu di seluruh negara.

Katanya, di Semenanjung Malaysia, pengundi hantu yang dilahirkan bukan melalui Projek IC seperti yang dilakukan di Sabah, tetapi dengan cara lain iaitu menerusi persatuan-persatuan tertentu yang tidak wujud dan dengan menggunakan cap jari.

"Mereka pakai persatuan-persatuan yang tidak wujud. Selepas itu, mereka ambil cap jari. Cap jari mereka itu akan diproses oleh JPN untuk diberikan IC kepada mereka bagi membolehkan mereka menjadi pengundi. Warganegara India pun ramai yang dapat IC dengan cara ini," tegasnya.

Antara persatuan-persatuan tidak wujud yang digunakan oleh mereka itu, tegas beliau lagi, termasuklah Persatuan Suluk, Persatuan Bajau dan Persatuan Bugis.

"Dengan cara itu juga, kita jangan terkejut nanti jika pelajar-pelajar IPTS dari Afrika yang nama dan pengenalan dirinya tidak terdapat dalam sistem JPN, tetapi ada dalam sistem SPR lalu diberikan IC oleh JPN untuk membolehkan mereka juga menjadi pengundi di negara ini," katanya.

Oleh : AZIZ MUDA (HARAKAH)

- Sabahkini


Peguam Negara Dicabar Dedahkan Rakaman CCTV Libatkan Anak Nazri Aziz

Posted: 08 Apr 2012 06:02 AM PDT

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sigh Deo hari ini menuntut Peguam Negara mendedahkan kandungan rakaman litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan anak lelaki Datuk Seri Nazri Aziz kepada umum supaya tidak timbul persoalan berhubung perkara berkenaan.

Menurut Gobind (gambar), Peguam Negara juga perlu memberi penjelasan mengapa pihaknya sudah membuat rumusan sebelum kes itu disiasat kerana ia akan mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa.

"Rakaman CCTV itu perlu didedahkan kepada umum dan siasatan dijalankan supaya tidak timbul keraguan rakyat terhadap isu ini.


"Peguam Negara juga perlu menjelaskan mengapa pengumuman berkenaan hasil siasatan itu dibuat sedangkan siasatan masih berjalan kerana kredibiliti pihak polis akan dipertikaikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin PKR sebelum ini turut menggesa pihak polis menjelaskan perkara itu.

Naib Presiden PKR, N.Surendran mempersoalkan pihak polis bertindak sedemikian sedangkan laporan media menunjukkan terdapatnya bukti berhubung insiden pergaduhan anak lelaki Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dengan pegawai keselamatan itu.

Pihak polis mendakwa telah menyelesaikan perkara itu hanya selepas empat hari kes tersebut didakwa berlaku.

Ketua Balai Polis Brickfield mengesahkan insiden tersebut dan menegaskan insiden pergaduhan berkenaan hanya melibatkan pengawal peribadi Mohamad Nedim dengan pengawai keselamatan berkenaan.

PKR turut mendakwa kemungkinan berlakunya insiden penyalahgunaan kuasa berhubung perkara itu kerana ia melibatkan anak kepada pemimpin kanan Umno Barisan Nasional (BN).

Tambah Surendran, kes tersebut boleh diklasifikasikan sebagai serangan dan membawa kepada kecederaan di bawah Kanun Jenayah seksyen 321, 350, dan 351, dan kes itu harus dipindahkan daripada balai polis Brickfield kepada badan siasatan bebas.


Berita Pelik - FRU Parah Dibelasah Orang Awam

Posted: 08 Apr 2012 01:13 AM PDT

dua penyokong Sarawak bertindak liar memukul anggota FRU di Stadium Negeri, malam tadi



Anggota Fru parah selepas dibelasah oleh penonton dalam perlawanan Sarawak menentang Kelantan, malam tadi

http://www.cikgubadarudin.com/2012/04/penyokong-sarawak-belasah-fru.html


Tiada ulasan: