Isnin, 9 April 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Bergambar] GMI Berarak Ke Parlimen Tuntut Najib Tunaikan Janji Hapuskan ISA

Posted: 09 Apr 2012 01:01 AM PDT

Gerakan Mansuh ISA (GMI) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya melaksanakan janji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta merta seperti yang diumumkan pada 15 September tahun lalu.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, keutamaan sekarang adalah membatalkan ISA yang digunapakai sehingga mengakibatkan tahanan terpaksa menunggu begitu lama tanpa mengetahui status bersalah atau tidak.

Katanya, jika penggubalan akta baru bagi menggantikan akta sedia ada masih mengekalkan tindakan tahan tanpa bicara, beliau menyifatkan kerajaan sekadar melaungkan 'cakap-cakap kosong semata-mata'.

Hampir 50 orang penyokong hadir ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bertajuk Janji Ditepati Atau Mungkir Janji? dengan tujuh tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan kerajaan.

Tujuh tuntutan tersebut adalah :

* Segera memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat 1969 (EO) dan Akta Dadah Berbahaya (DDA) 1985-Langkah-langkah Pencegahan Khas

*Melupakan cadangan mewujudkan undang-undang baru yang mempertahankan konsep tahan tanpa bicara

*Melaksanakan rundingan awam yang benar dan munasabah terhadap penggubalan undang-undang baru yang melibatkan semua pihak

*Menubuhkan satu Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi bagi menegakkan keadilan untuk setiap tahanan ISA dan membolehkan pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

*Menutup segera Kem Tahanan Kemunting ( KEMTA) dan diwartakan sebagai Warisan Negara atau muzium seperti mana Pulau Robben, Afrika Selatan.

*Membayar pampasan kepada semua mangsa ISA setara dengan penyeksaan dan penderitaan yang dialami oleh tahanan dan ahli keluarga

*Mematuhi piagam hak asasi manusia antarabangsa dalam soal berkaitan dengan aktiviti anti-keganasan dan membentuk mekanisme baru menangani keganasan tanoa menjejaskan hak-hak asas dan prinsip keadilan. Oleh itu, kerajaan Malaysia seharusnya bersedia untuk menandatangani dan meratifikasi 'International Convenant on Civil and Political Rights (ICCPR) dan Convrntion Against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT)'
.

Tegas beliau, kewujudan ISA akan menyukarkan negara untuk mencapai status negara maju dan akan memberikan kesan kepada ekonomi khususnya pelaburan asing dan masa depan rakyat.

"GMI berpandangan kegagalan PM dalam mematuhi janji untuk memansuhkan ISA akan mencalar imej dan kredibiliti beliau.

"Malah lebih buruk lagi akan mencemar rasa hormat masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia dalam melindungi hak asasi manusia," katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili pihak pembangkang menerima memorundum yang diserahkan oleh Pengerusi GMI namun tiada wakil penerima daripada pihak kerajaan.

Anwar dalam reaksinya menyatakan sokongan terhadap pemansuhan ISA dan akan membawa perkara ini untuk dibahaskan di Parlimen.

Turut hadir sama memberikan sokongan adalah MP Pakatan Rakyat, Fuziah Salleh, Nurul Izzah, Dr Siti Mariah Mahmud, Michael Jeyakumar dan Datuk Mahfuz Omar.














SUMBER GAMBAR : Facebook JKKK Fan Club

kredit: Tinta Hijau Dari Kaki Bukit

ISA akan dimansuhkan terus: Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan terus.

Sehubungan itu, Najib berkata dua akta baru yang sesuai akan digubal bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan awam.

Katanya, akta baru itu bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif.

"Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus...

"Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa," katanya dalam Perutusan Khas Hari Malaysia di Angkasapuri.

Ucapan beliau itu disiarkan secara langsung oleh RTM.

Sehubungan itu, Najib berkata kerajaan tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

Katanya, kajian semula komprehensif akan membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

"Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa," katanya
. -BH 2011/09/15



PTPTN: Najib Keluh RM43 Bil Jadi Masalah, Tetapi Diam RM1 Trillion Lesap Sebab Ketirisan

Posted: 09 Apr 2012 12:40 AM PDT

Najib tak mampu cari RM43bil, dakwa Anwar

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya tidak mampu menyedia kos RM43 bilion untuk hutang pelajar.

Anwar berkata hutang melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu boleh diselesaikan jika kerajaan mengelak daripada menanggung ketirisan perbelanjaan dan menolak perbuatan rasuah.

Berucap dalam satu ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi, Anwar turut menempelak Najib kerana menimbulkan kos sebanyak RM43 bilion untuk langkah tersebut.

Anwar mempertikaikan kos berkenaan memandangkan kerajaan didakwa mampu menanggung kerugian seperti dalam isu pembelian saham MAS dan dalam projek National Feedlot Corporation.

"Hei Najib, RM43 bilion hang (kamu) tak reti (pandai) cari? Hang tak reti cari tak apa. Hang berhenti.

"Kalau tak berhenti, kami tolak hang jadi ketua pembangkang parlimen Malaysia selepas ini. (Sampai) tak tahu nak cari duit,
" sindir Anwar yang diiringi dengan tepukan hadirin.

Bekas menteri kewangan itu menegaskan bahawa Pakatan Rakyat akan menyelesaikan hutang PTPTN tersebut sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan selepas ini.

Anwar mengulas kenyataan Najib semalam yang turut menjelaskan bahawa tindakan itu akan membebankan rakyat kerana kerajaan perlu mengenakan cukai yang tinggi sekiranya langkah itu dilaksanakan.

Keadaan itu boleh dilihat seperti di Norway yang menanggung pengajian tinggi rakyat negara itu sepenuhnya, kata Najib.

Najib juga berkata, kerajaan pada masa ini juga menanggung kira-kira 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat manakala PTPTN hanya digunakan untuk membayar yuran pengajian pelajar.

Keghairahan Anwar dan Najib dalam menjuarai isu hutang tersebut dilihat semakin memuncak ekoran rancangan sekumpulan pelajar untuk mengadakan perhimpunan anti-PTPTN pada 14 April.

Perhimpunan yang mensasarkan penyertaan 5,000 pelajar itu dirancang bagi menuntut kerajaan memansuhkan pinjaman tersebut dan menyediakan pendidikan percuma.

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia itu juga dirancang sebagai "pemanas badan" sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April di lokasi yang sama. -mk

Jika jimat RM45b, tiada masalah mansuh PTPTN

KUALA LUMPUR, 8 April: Jika RM45 bilion setahun dapat dijimatkan, tidak ada masalah lagi hendak membelanjakan RM43 bilion jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Persoalannya sekarang, mengapa kerajaan nampak benar tidak mahu mengambil sebarang daya usaha untuk menjimatkan sekurang-kurangnya RM45 bilion setahun itu.

"Kerajaan lebih suka bebankan rakyat, bebankan pelajar dan menjadikan pelajar sebagai buruan PTPTN,"
kata beliau.

Mohamad menjelaskan, jika dapat dijimatkan wang dari subsidi RM17 billion setahun menangung Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan RM28 bilion setahun yang rugi akibat kelemahan pengurusan kerajaan seperti yang ditegur oleh laporan Ketua Audit Negara, RM45 bilion setahun dapat dijimatkan dan negara sepatutnya tidak ada masalah lagi hendak menanggung RM43 bilion jika PTPTN dimansuhkan.

Malah, katanya lagi, itu belum lagi diambil kira jika dapat diselamatkan RM10 bilion setahun kerugian yang ditanggung oleh negara akibat rasuah seperti yang didedahkan oleh agensi kerajaan sendiri, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah).

"Dan lebih dari itu semua, semua angka yang saya nyatakan itu adalah angka rasmi yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan sendiri.

"Kalau diambilkira angka tidak rasmi, saya tak tahu berapa banyak yang dapat dijimatkan jika dilaksanakan pentadbiran yang bersih dan tidak khianat," kata Mohamad.

Dengan sedikit angka yang diberikannya itu, beliau berharap rakyat dapat melihat sendiri keengganan kerajaan mengambil langkah yang sepatutnya untuk membantu rakyat yang memerlukan.

"Kerajaan Umno bukan sahaja tidak mahu mengambil langkah yang sepatutnya untuk meringankan beban rakyat terutama yang berpendapatan rendah, malah jika menang lagi dalam pilihan raya akan datang, mereka mahu menghempuk kepala rakyat dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi termasuk subsidi minyak yang tentu mengakibatkan kenaikan harga barang yang sangat menyiksa rakyat," kata Mohamad.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST".

Mengulas keengganan kerajaan menghapuskan PTPTN, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya tidak mampu menyedia kos RM43 bilion untuk hutang pelajar.

Anwar berkata hutang melalui PTPTN itu boleh diselesaikan jika kerajaan mengelak daripada menanggung ketirisan perbelanjaan dan menolak perbuatan rasuah.

Anwar mempertikaikan kos berkenaan memandangkan kerajaan didakwa mampu menanggung kerugian seperti dalam isu pembelian saham MAS dan dalam projek National Feedlot Corporation.

Najib sebelum itu berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan kerana terpaksa membelanjakan RM43 bilion jika tabung itu dimansuhkan.
-HD


Ulasan GB

Betapa hipokritnya pemimpin UMNO BN!

mengikut badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja!

Dan RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9.

Ketirisan lebih RM1,000 bilion tersebut amat besar dan gejala yang tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada gejala rasuah semasa BN memerintah.

Tepat sekali kata Sasterawan Negara, lembu dan wang lebih penting dari anak bangsa!



Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Pekerja Butik Diperkosa Teman Lelaki Di Kandang Lembu

Posted: 08 Apr 2012 10:33 PM PDT

Tindakan seorang pembantu butik pengantin menerima pelawaan teman lelakinya untuk membeli-belah di Nilai 3, Negeri Sembilan, mengundang padah apabila mangsa bukan saja dipaksa menghidu gam dan minum arak di kawasan kandang lembu, malah turut diperkosa dalam kejadian di Bangi, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa berusia 18 tahun itu dikatakan berada di tempat kerjanya di Kajang sebelum lelaki berkenaan datang dan mengajak untuk membeli-belah di Nilai 3.

Mangsa yang menerima ajakan teman lelakinya sempat bertanyakan hala tuju mereka ketika dalam perjalanan selepas menyedari lelaki terbabit melalui kawasan mencurigakan.

Bagaimanapun, teman lelakinya hanya menyuruh mangsa diam dan sebaik tiba di kawasan kandang lembu dipercayai tidak jauh dari rumah suspek, lelaki itu menyuruh mangsa turun dan memaksa wanita terbabit menghidu gam serta minum arak yang sudah di sediakan terlebih dulu.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang keselamatan dirinya hanya mengikut arahan namun dirogol suspek di kandang lembu berkenaan.

"Mangsa melarikan diri dan pulang ke rumahnya di Rinching Hilir, Kajang, namun tidak membuat laporan polis atau memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarganya disebabkan malu.

"Sebaik menerima beberapa ugutan daripada lelaki terbabit akan memancung kepalanya jika kejadian itu didedahkan kepada orang lain, mangsa tampil membuat laporan polis di Bandar Baru Bangi petang semalam," katanya.

Difahamkan, mangsa mengenali lelaki terbabit sejak setahun lalu, namun tidak pernah menunjukkan kelakuan pelik sehinggalah ditimpa kejadian berkenaan. -BH

Setiap Minggu Ada Sahaja Kumpulan Ahli UMNO Sertai PAS Di Kelantan

Posted: 08 Apr 2012 08:52 PM PDT

Makin ramai penyokong, ahli tinggalkan Umno

RANTAU PANJANG, 8 April: Impian Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 tergugat apabila semakin ramai ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu.

Minggu lepas 69 bekas ahli dan penyokong Umno di Dun Gual Periuk menyertai PAS beramai-ramai membabitkan cawangan Umno Kampung Dangar dan Kampung Kedap.

Dan malam tadi pula seramai 152 lagi ahli Umno iaitu di Kampung Rengas, Chicha Tinggi Dun Bukit Tuku menyertai PAS beramai-ramai selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno Kelantan dan Rantau Panjang.

Pengasas Umno cawangan itu Awang Ismail, 55 atau lebih dikenali sebagai Che Seman berkata, beliau bersama rakan-rakan tidak mahu lagi bersekongkol dengan masalah yang melanda Umno sekarang.

"Ketua Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin dan pimpinan peringkat bahagian tidak lagi menjenguk dan melawat kami di peringkat akar umbi.

"Ini menyebabkan kami susah hendak mengadu sesuatu masalah. Selain itu banyak masalah lain yang membelit Umno sekarang. Ini menyebabkan kami berpakat meninggalkan Umno beramai-ramai," katanya ketika ditemui selepas program ceramah dan penyerahan borang menyertai PAS.

Turut mengisytihar menyertai PAS, Umno Ketua Cawangan Umno Kampung Rengas, Zakaria Ismail, 45. Che Seman mewakili rakan-rakan menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang dan Presiden Persatuan Boksing Kelantan, Ramli Awang.

Sementara itu dalam majlis berasingan malam Jumaat lalu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meraikan ahli-ahli dan penyokong Umno Kubang Kerian pada satu program di tapak pasar minggu Kampung Binjal.

Program yang bermula jam 3 petang itu ahli-ahli Umno terbabit diraikan dengan jamuan bakar ayam dan minum petang. Manakala pada sebelah malam pula diadakan program Pemimpin Bersama Rakyat. -HD

Tinggal Umno fenomena baru di Kelantan

Taburan wang rakyat dan segala macam habuan kepada rakyat yang diuruskan Umno serta janji-janji manis kebendaan ternyata tidak mampu menghalau rasa bosan dan meluat ahli Umno kepada parti Melayu berusia 61 tahun itu.

Pemberian BR1M sebanyak RM500 dan pelbagai janji 'mulut manis pongek masam' tidak boleh mengikat rakyat agar menyokong UBN. Wang bukan lagi umpan ampuh untuk menarik rakyat ke bilik-bilik undi dan memangkah Dacing. Barang kali begitulah kalau kebencian sudah meluat segala penawar tidak mujarab lagi segala pujukan tidak lagi menjadi.

Apa lagi rakyat biasa, ahli dan penyokong Umno juga tidak dapat diberkas agar terus 'bersujud sawi' kepada Umno. Betapa tiga dalam tiga bulan mutakhir ini - sesudah wang RM500 diberikan kepada rakyat, lebih 1,458 ahli dan penyokong Umno telah bertindak meninggalkan parti Melayu itu sama ada menyertai Pas ataupun PKR.

Sudah jadi satu fenomena meninggalkan Umno dan menyertai Pas di Kelantan waktu ini.

Boleh dikatakan setiap minggu ada-ada sahaja kumpulan yang mengistyharkan diri menyertai Pas. Apakah fenomena ini berlaku kerana rakyat mempunyai firasat bahawa dalam pilihan raya ke-13 ini UBN akan jatuh terguling? Kerana mereka juga ingin merayakan kemenangan bersama, maka mereka menyeberang parti meninggalkan Umno yang kini sudah menjadi pelabuhan usang yang tidak menjamin keselamatan lagi.

Bagai mana pun perkara ini tidak menjadi 'geger gegak' dan berlalu seperti angin lalu sahaja. Seakan ada tektik untuk menyembam para pemimpin Umno secara senyap dengan kemasukan ini. Cara ini samalah membawa musuh ke dalam kolam kemudian menarik kaki ke dasar kolom hingga lemas 'berbobok' - berbueh.

Terbaru malam tadi Chicha Tinggi Pasir Mas seramai 150 orang menyertai Pas. Ia diketuai oleh ketua cawangan Umno Kampung Rengas. Beberapa malam lalu kira-kira 100 orang telah menyatakan kebencian mereka kepada Umno dan menyertai Pas di Banggul Chica.

Minggu lepas seramai 69 orang ahli Umno bahagian Rantau Panjang telah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majlis itu berlangsung pada majlis ceramah di rumah timbalan ketua Umno Cawangan Kampung Kedap Rantau Panjang.

Jumaat lalu seramai 130 orang ahli Umno di Dun Paloh dalam Bahagian Gua Musang telah meninggalkan Umno secara suka rela. Mereka menyertai PKR. Penyerahan borang secara simbolik kepada Anwar Ibrahim semasa beliau beramah mesra dengan peneroka Ciku 3. Dalam perkembangan lain kira-kira 352 terdiri penyokong dan ahli Umno yang menjadi peneroka di Kesedar akan turut berbuat demikian. Mereka hanya menanti masa luang Nik Aziz saja untuk merebahkan dua ekor kerbau bagi meraikan penghijrahan beramai-ramai itu.

Perkembangan itu menyaksikan Dun Paloh yang selama ini menjadi kubu kuat Umno sejak tahun 1990 akan ranap kali ini.

Dua bulan lalu seramai 139 orang ahli dan penyokong Umno di Dun Air Lanas dalam kawasaan Jeli telah bertindak meninggalkan Umno dan menyertai Pas. Borang penyerahan borang menyertai Pas juga diterima oleh Nik Aziz. Sementara menurut timbalan Yang Dipertua Pas Jeli Abdullah Yaacob sehingga kira-kira 231 orang penyokong dan ahli Umno Jeli telah bertindak keluar parti.

Penghijrahan penyokong dan ahli Umno bukan terhenti di situ sahaja. Di Kubang Kerian kira-kira 300 orang bekas ahli dan penyokong Umno akan menyertai Pas. Penyerahan borang menyertai Pas akan diadakan dalam masa terdekat. Khabrnya penghijraran beramai-ramai ahli dan penyokong Umno ada ura-ura dengan Husam Musa dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

Di parlimen Bachok juga Pas menerima penghijrahan ahli Umno dan pengundi atas pagar. Minggu lalu seorang ketua cawangan telah mengityharkan menyertai Pas. Ekoran itu terdapat 18 orang ketua cawangan dan pemimpin peringkat cawangan akan juga berbuat demikian. Tindakan keluar parti beramai-ramai dijangka berlaku menjelang pembubaran parlimen.

Faktro penghijrahan ramai-ramai ahli Umno Bachok ke dalam Pas kerana kurang senang dengan gaya kepimpinan Awang Adek Hussein. Seorang PPM di Bachok - pengawa lantikan politik Umno, menegaskan beliau tidak akan mengundi Awang adek malahan berusaha untuk 'mencincangnya'. "Parang sudah diasah sudah berkilat untuk pancung Awang Adek," begitu kata penggawa berkenaan. Kata-kata itu memberi gambaran bahawa kedudukan Awang Adek di Bachok begitu nazak sekali.

Sehubungan itu difahamkan 162 ahli Umno dari Bachok akan bertindak meninggalkan parti. Mereka hanya menunggu keputusan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Zaiyadi Awang Nuh membuat keputussan saja untuk mereka mengistyharkan diri dan membakar bendar Dacing sebagai simbolik kebencian mereka kepada BN.

Kedudukan Zaiyadi kini sudah 89 peratus akan meninggalkan Umno. Bagaimana pun tidak dapat dipastikan sama ada menyertai Pas atau PKR atau bertanding atas lambang bebas.

Pengnyahan diri beramai-ramai atau fenomena good bye Umno ini juga berlaku di Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang. Di Tanah Merah sehingga kini lebih 344 ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti. Hanya di Pengkalan Chepa perubahan tidak begitu ketara mungkin kerana kawasan ini kubu besi bagi Pas.

Begitu juga di Tumpat, Kuala Krai dan Machang. Tiada maklumat mengenai jumlah kemasukkan Umno ke dalam Pas. Bagaimana pun difahamkan di Machang fenomena itu turut juga berlaku tetapi Pas dan PKR kawasan itu mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak menghebuhkan apa yang berlaku. Bagaimana pun Umno merasai akan kekurangan sokongan mereka di sini.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurang tiga orang bekas pegawai tinggi kerajaan, seorang Ketua Bahagian Umno, seorang bekas Adun Umno serta seorang pesara pegawai tinggi tentera akan mengambil pendirian sama meninggalkan Umno untuk bersama Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya fonomena ini ganjil dan pelik sedikit kerana selalunya dilaporkan media PB yang berbondong-bondong meninggalkan parti orang Pas ke Umno tetapi kali ini terbalik kod. Apakah di celah-celah kemeriahan ini ada strategi dan tektik Umno?
-mso


Ulasan GB

Itulah jawapan yang tepat untuk pemimpin UMNO Pusat yang kerap mengharapkan rakyat Kelantan "beralih angin".

Terbaru Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang kononnya sudah tiba masa rakyat Kelantan beri mandat kepada BN. Maka demikianlah jawapan rakyat kelantan. Tinggalkan UMNO dan sertai PAS.

Bak kata Mahathir, hanya yang bodoh-bodoh sertai UMNO, yang pandai-pandai sertai PAS.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Susu Kangkang - Apakah Harga Susu Terlalu Mahal Sehingga Ada Yang Terpaksa Mencuri?

Posted: 08 Apr 2012 06:40 PM PDT

Sorok tin susu celah kangkang

KANGAR: Kumpulan wanita berjubah yang aktif mencuri susu di pasar raya di beberapa lokasi seluruh negara muncul di bandar ini dengan taktik lebih agresif sebelum dicekup polis selepas perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jalan Kaki Bukit, di sini, Khamis lalu, lima wanita terbabit dikesan mencuri puluhan susu tepung berjenama yang bernilai kira-kira RM10,000 dengan cara menyorokkan barangan itu di celah kangkang mereka.

Melalui rakaman CCTV, mereka yang bertudung labuh, berbaju kurung dan berjubah dilihat keluar masuk premis pasar raya itu sebanyak empat kali dan dengan selamba menyorokkan tin serta kotak susu yang dicuri di dalam pakaian masing-masing.

Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari perbuatan itu selepas melihat rakaman CCTV terus membuat laporan polis.

Siasatan polis kemudian mendapati lima wanita terbabit turut dibantu enam lelaki dan polis menahan enam daripada mereka termasuk dua wanita di Klang, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu. -hm

BONGKAR...rakaman CCTV menunjukkan aksi dua suspek.


Ulasan GB

GB ingin melihat isu ini dari perspektif yang berbeza sedikit.

Mengapa kini kerap berlaku adegan mencuri susu di beberapa tempat?

Sebelum ini ada dilaporkan Hamil Bukan Sebarang Hamil, Wanita 'Hamil' Tin Susu dan kisah Seorang Ibu Muda Terpaksa Curi Susu Demi Anak

Dan ada kisah seorang Bapa Samun RM20 Beli Susu Anak Dipenjara 3 Tahun seperti dilampirkan di bawah.

Apakah faktor sebenar yang mendorong kejadian tersebut berlaku?

Apakah kerana harga susu yang begitu tinggi menyebabkan rakyat tersepit dan terpaksa "mencuri" tanpa takut dengan risiko yang bakal dihadapi?

Jika apa yang GB katakan itu benar, maka akan ada lagi kes curi susu selepas ini.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Pelakon Natasya Hudson Kini Bertudung

Posted: 08 Apr 2012 04:08 PM PDT

Pelakon dan penyanyi Natasha Hudson, 29, bakal menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan dan juga penyanyi Carleed Khaza, 33, pada 15 April hadapan. Pasangan ini memilih Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur sebagai lokasi pernikahan dan majlis akan diadakan sekitar jam 11 pagi.

Menurut Natasha yang dihubungi GUA semalam, dia dan Carleed tidak ada sebab-sebab tertentu memilih tarikh 15 April, sebaliknya tarikh itu dipilih kerana mengikut tarikh yang dicadangkan oleh pihak masjid.

"Perancangan untuk melangsungkan pernikahan telah kami buat sebelum masing-masing menunaikan umrah baru-baru ini. Namun, ketika berada di Mekah saya telah membuat keputusan muktamad. Saya tidak rasa ia terlalu tergesa-gesa sebab saya memang sudah bersedia.

"Tarikh itu dipilih kerana pihak masjid maklumkan tarikh itu masih kosong. Bukan ada sebab lain. Kami akan adakan majlis sederhana sahaja. Tidak ada sebarang majlis resepsi kerana kami tidak mahu bazirkan duit. Selepas akad nikah selesai, akan ada majlis makan-makan untuk tetamu. Itu sahaja," ujar Natasha.

Ditanya sama ada pihak keluarga bersetuju atau tidak dengan majlis perkahwinan yang ringkas itu, Natasha memberitahu kedua-dua belah pihak keluarga tidak punya masalah kerana masing-masing memang tidak suka mengadakan majlis beberapa kali atau diadakan secara besar-besaran.

"Baik Carleed mahupun pihak keluarga, masing-masing tidak kisah sama ada hendak adakan majlis resepsi atau tidak. Sebenarnya mereka pun tidak suka kalau kami hendak adakan majlis beberapa kali. Cukuplah sekadar majlis yang sederhana tapi cukup bermakna," ulas ibu kepada Nessa Helena ini.

Untuk makluman, bakal suami Natasha selain bergelar penyanyi dia juga seorang ahli perniagaan yang memiliki syarikat muzik, PhuturePhlow. Pasangan ini pernah berduet menerusi lagu "Jika Ku Boleh Ubah Dunia".

Sudah berhijab

Dalam perkembangan lain, tahniah GUA ucapkan kepada Natasha dengan penampilan terbarunya. Natasha kini memilih untuk mengenakan hijab dan keputusan ini dibuat ketika dia berada di Tanah Suci. Jelas Natasha, keputusannya itu bukan atas desakan sesiapa tetapi kerana pintu hatinya telah terbuka.

"Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan. Carleed juga gembira dengan imej baru ini.

"Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar. Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh. Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah. Buat masa ini saya gembira dengan perubahan ini dan mendoakan ia berkekalan," ujar Natasha dengan nada gembira. -gua.com.my



Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Nizar Sudah Di Puncak Bumbung Tatkala Zambry Baru Sekadar Menjengah Bibir Asbestos

Posted: 08 Apr 2012 08:11 AM PDT


Klik untuk besarkan

Setelah gagal untuk menyahut cabaran Datuk Seri Nizar Jamaluddin, supaya mendedahkan semua dokumen dan minit mesyuarat berkaitan kontroversi kilang bijih besi Vale, Zambry Kadir menyerang Mohamad Nizar dengan mendakwa ADUN Pasir Panjang itu, Mohamad Nizar tidak menghiraukan permasalahan penduduk di kawasan yang diwakilinya.

Bernama hari ini melaporkan kenyataan MB Rayuan, Zambry, kononnya, sejak memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang tiga tahun lalu, Mohamad Nizar tidak pernah sekali pun membangkitkan permasalahan penduduk di situ. "Sepanjang DUN bersidang sejak tiga tahun lalu, Nizar tidak pernah mengemukakan sebarang permasalahan penduduk di situ untuk diselesaikan.

"Beliau lebih gemar berpolitik, berceramah, memaki hamun kerajaan dan meracun pemikiran rakyat supaya terus membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Pengundi di Pasir Panjang terbiar...jadi sebagai kerajaan yang prihatin dengan permasalahan rakyat, BN menerusi Penyelaras DUN Pasir Panjang terpaksa mengambil alih tanggungjawab untuk menyelesaikan setiap masalah di situ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Lumut 2012 di Teluk Muroh dekat sini, hari ini.

Sedangkan umum mengetahui Mohamad Nizar adalah pemimpin yang prihatin terhadap masalah rakyat.

Beliau terus pergi bertemu rakyat yang menghadapi masalah, menyelesaikan masalah itu sehingga ke akar umbinya, tidak seperti Zambry yang sekadar melakukan penyelesaian di pinggiran.

Buktinya pada 3 Februari lalu, tatkala berpuluh-puluh buah rumah di Taman Sri Manjung, Fasa 3 hilang bumbung masing-masing apabila diserang ribut puting beliong, Mohamad Nizar sendiri gbantuan kepada mangsa ribut. Hal yang tak perlu dibincang di dalam Dewan dan bantuan segera untuk kepada mangsa berkenaan hasil dari sumbangan daripada pelbagai pihak termasuklah DS Nizar sendiri selaku Adun Pasir Panjang serta ahli-ahli Pas Lumut. Ajijoi ada maklumatnya:

Bantuan DS Nizar kepada mangsa ribut di Seri Manjung





Minggu lalu, ribut yang kuat telah melanda di Fasa 3A, Seri Manjung. Banyak rumah yang mengalami kerosakan terutamanya dibahagian bumbung yang diterbangkan oleh ribut tersebut.


Dato Seri Nizar telah meluangkan masa melawat tempat kejadian sambil menghulurkan bantuan segera bagi membaiki rumah yang terlibat dengan bencana alam itu.



DS Nizar meninjau dengan lebih dekat lagi keadaan rumah-rumah mangsa ribut

Bukan hanya bumbung rumah yang musnah, malah syiling dan harta benda didalam rumah juga turut terlibat sama

Bantuan segera yang tiba, dengan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuklah DS Nizar selaku Adun Pasir Panjang serta ahli-ahli Pas Lumut. Bilangan atap asbestos yang diperolehi agak terbatas kerana kekurangan bekalan di Seri Manjung akibat kejadian ribut itu


DS Nizar meninjau sendiri keadaan bumbung rumah dengan memanjat sehingga ke tengah bumbung

Penulis teringin melihat Zambry melakukan perkara yang sama


DS Nizar bertanya khabar dengan salah seorang mangsa ribut

Makan tengahari bersama penduduk. Makan pagi dan tengahari disediakan oleh Pusat Khidmat Pasir Panjang

DS Nizar menyampaikan ucapan serta sedikit bantuan sebagai tanda simpati di Surau Fasa 3A yang dijadikan Pusat Gerakan Bantuan Bencana

Penduduk terbabit mengisi borang aduan

Pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah Manjung juga berada disana

DS Nizar berbincang dengan Pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal bencana di daerah Manjung

Kejadian ribut kini kerap berlaku di kawasan Fasa 3A Seri Manjung ini. Kemungkinan semenjak dilakukan pembangunan dikawasan pantai berhampiran. MPM, perancang bandar, NYH Karsin, TNB Janamanjung dan Kilang Besi Vale perlu mengambil perhatian yang lebih serius terhadap kejadian ribut kencang sebegini.

Kredit foto buat fb Hamidun Ahmad


Dedahkan Kandungan CCTV Kepada Umum, Ujar Gobin Kepada AG

Posted: 08 Apr 2012 05:12 AM PDT

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sigh Deo hari ini menuntut Peguam Negara mendedahkan kandungan rakaman litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan anak lelaki Datuk Seri Nazri Aziz kepada umum supaya tidak timbul persoalan berhubung perkara berkenaan.

Menurut Gobind (gambar), Peguam Negara juga perlu memberi penjelasan mengapa pihaknya sudah membuat rumusan sebelum kes itu disiasat kerana ia akan mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa.

"Rakaman CCTV itu perlu didedahkan kepada umum dan siasatan dijalankan supaya tidak timbul keraguan rakyat terhadap isu ini.

"Peguam Negara juga perlu menjelaskan mengapa pengumuman berkenaan hasil siasatan itu dibuat sedangkan siasatan masih berjalan kerana kredibiliti pihak polis akan dipertikaikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemimpin PKR sebelum ini turut menggesa pihak polis menjelaskan perkara itu.

Naib Presiden PKR, N.Surendran mempersoalkan pihak polis bertindak sedemikian sedangkan laporan media menunjukkan terdapatnya bukti berhubung insiden pergaduhan anak lelaki Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dengan pegawai keselamatan itu.

Pihak polis mendakwa telah menyelesaikan perkara itu hanya selepas empat hari kes tersebut didakwa berlaku.

Ketua Balai Polis Brickfield mengesahkan insiden tersebut dan menegaskan insiden pergaduhan berkenaan hanya melibatkan pengawal peribadi Mohamad Nedim dengan pengawai keselamatan berkenaan.

PKR turut mendakwa kemungkinan berlakunya insiden penyalahgunaan kuasa berhubung perkara itu kerana ia melibatkan anak kepada pemimpin kanan Umno Barisan Nasional (BN).

Tambah Surendran, kes tersebut boleh diklasifikasikan sebagai serangan dan membawa kepada kecederaan di bawah Kanun Jenayah seksyen 321, 350, dan 351, dan kes itu harus dipindahkan daripada balai polis Brickfield kepada badan siasatan bebas.

Video shows Nazri's son assaulting guard: report

Apr 7: Despite the claim by Brickfields police OCPD Wan Abdul Bari Wan Abdul Talib that the son of minister in the Prime Minister's Department was not involved in assaulting a security guard last month, a CCTV video has emerged to show otherwise.

According to news portal Malaysiakini, the video shows Mohamad Nedim, son of Nazri Aziz, joining two others in assaulting a condominium security guard for insisting that he register as a guest at the guard house as required by condominium rules.

The portal said what depicted in the video would also raise questions about the police's classification of the case as a minor offence - causing affray - which provides for a mere six-month imprisonment or RM1000 fine as the maximum sentence upon conviction.

Last month, Malaysiakini cited sources who said a police report was lodged by the security guard against Nedim and his bodyguard.

It was said that Nedim, driving his Porsche into the condominium, had refused to alight from his car to register at the guard house. Upon being told that he should also register, despite his accompanying bodyguard's claim that Nedim was a "royalty", both Nedim and the bodyguard allegedly grabbed the security guard before assaulting him.

News of the assault not only led to calls for a transparent investigation by the police, but also fuelled speculation over why Nazri had earlier come out strongly against a proposal by the Malaysian Anti-Corruption Commission to have cabinet members and their families declare their wealth.

A quick check by Harakahdaily on the internet revealed a set of photographs of Nedim, some in compromising situations, published on various sites. Their authenticity has yet to be verified.

One website, awesomepowered.com, dedicated to the expensive hobby of motorsports, shows Nedim emerging with his father on January 8 at an event in Kuala Lumpur to celebrate the participation of Aylezo Motorsports - of which Nedim is its principal - in a motorsports race in Abu Dhabi.

Rights lawyer and PKR vice president N Surendran, who earlier blasted Wan Abdul Bari's clearance to Nazri's son, has urged the MACC to investigate the sources of funds for the Porsche and luxury MPV used by Nedim and his bodyguards respectively.

"While the public are suffering from low wages and rising prices, BN leaders and their families have accumulated enormous wealth by virtue of their government positions and political influence ...The existence of this super-rich Umno-BN elite exposes the insincerity of the Prime Minister's promises of reform and change," said Surendran.

Wan Abdul Bari, who is in charge of the Brickfields police, is also known as someone who could not keep his cool in public. In 2009, he instructed the arrest of twenty candlelight vigil participants and lawyers gathered outside the Brickfields police station. Video clips of the incident are available on YouTube, showing an irate Wan Abdul Bari venting out his anger and yelling at members of the public, repeatedly screaming "Tangkap! Tangkap!"
-en.harakahdaily


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




[Video] Jet Pejuang F-18 AS Rempuh Pangsapuri

Posted: 08 Apr 2012 03:28 AM PDT

Virginia Beach - Pasukan bomba menyelongkar serpihan sebahagian bangunan pangsapuri di Amerika Syarikat (AS) yang runtuh semalam selepas dirempuh sebuah jet pejuang F-18 milik Tentera Laut AS.

Insiden tersebut mencetuskan satu kebakaran besar yang mencederakan sembilan orang termasuk dua juruterbang kelmarin tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Jet berkenaan merempuh bangunan pangsapuri di sini, dalam negeri Virginia, sejurus selepas ia berlepas dari sebuah pangkalan tidak jauh dari lokasi kejadian.

Seorang pegawai tentera laut AS, Kapten Mark Weisgerber menyalahkan kerosakan mekanikal sebagai punca nahas.

Menurutnya, kedua-dua juruterbang sempat mengaktifkan kerusi anjal mereka untuk menyelamatkan diri sebelum pesawat terhempas.

Beberapa pegawai penyelamat pula memberitahu, sekitar 40 pangsapuri didapati musnah atau rosak dalam nahas tersebut.

Bahagian-bahagian pesawat yang berkecai dapat dilihat di belakang beberapa buah bangunan di sekitar lokasi kejadian selepas pasukan bomba menyembur cecair buih bagi mengelakkan api daripada merebak.

Beberapa saksi berkata, jet itu menjunam secara tiba-tiba manakala kebakaran merebak dengan cepat akibat tumpahan bahan api pesawat.

"Bangunan pangsapuri itu seperti mula hendak runtuh," kata seorang lelaki, Zack Zapatero kepada saluran berita CNN.

Seorang saksi lain, Jon Swain menceritakan detik cemas jet pejuang itu merempuh blok pangsapuri berkenaan.

"Saya melihat api keluar dari bahagian belakang pesawat dengan ia terbang semakin rendah. Saya kemudian melihat seorang juruterbang melantun ke udara sebelum jet itu terhempas," katanya.

Jet F-18 berkenaan ditempatkan di Stesen Udara Tentera Laut Oceana, di sini yang merupakan pangkalan kepada 19 skuadron AS.

Punca kejadian masih disiasat. - Agensi




Bas Terbalik Di Lebuhraya PLUS, 29 Penumpang Terselamat

Posted: 08 Apr 2012 02:26 AM PDT

Gopeng – Seramai 29 penumpang dan dua pemandu nyaris maut apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 300 Lebuh Raya Utara-Selatan, menghala ke utara dekat Gua Tempurung di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, bas yang dipandu seorang lelaki berusia antara 40-an dalam perjalanan dari Genting Highland ke Batu Gajah dipercayai hilang kawalan selepas melanggar lopak air.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abd Aziz Salleh berkata, 15 mangsa yang cedera ringan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Kampar dan Hospital Tapah dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

"Bas berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas melanggar lopak air. Keadaan cuaca yang hujan lebat berserta angin kuat menyebabkan bas itu senget ke bahagian kiri jalan selepas menuruni bukit.

"Bagaimanapun, semua penumpang berjaya menyelamatkan diri dengan merangkak menerusi cermin hadapan yang pecah. Bas berkenaan terbalik dengan keempat-empat tayar di atas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, pemandu bas berusia 40-an tidak mengalami apa-apa kecederaan dan akan diambil keterangan berhubung kejadian itu.

"14 penumpang lagi telah pulang ke rumah kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan Balai Bomba Goepng berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.11 petang dan tiga jentera dari Balai Bomba Gopeng, Tapah dan Simpang Pulai dikejarkan ke tempat kejadian.

"Bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk menarik bas berkenaan selain memastikan tiada kebocoran bahan bakar bagi mengelakkan sebarang letupan," katanya. -SH



Tiada ulasan: