Anak Bapa |
Posted: 08 Apr 2012 04:13 PM PDT Pendedahan oleh Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS berhubung skandal pemberian Mykad biru kepada warga asing bagi tujuan pendaftaran sebagai pengundi di negara ini memanglah mengejutkan walaupun tidaklah di tahap amat mengejutkan. Ini kerana cerita serupa ini pernah kita dengar terdahulu berlaku di Sabah dan Terengganu. Dikatakan bahawa apabila BN tewas pada Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 80an dahulu (ketika itu PBS adalah parti pembangkang) maka UMNO melalui jawatankuasa khas telah melaksanakan projek pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang Filipina bagi tujuan pendaftaran sebagai pengundi, menyebabkan kekalahan PBS dalam pilihanraya umum berikutnya. Begitu juga apa yang berlaku di Terengganu pada tahun 1999 sebaik saja BN tewas kepada PAS. Mereka memulakan projek yang serupa dan projek pemindahan pengundi luar Terengganu ke Terengganu menyebabkan kekalahan PAS dalam pilihanraya 2004. Apa yang menarik ialah kehadiran pengundi yang ramai di dalam pilihraya 2004 di Terengganu melebihi 85%, sesuatu yang sukar dicapai di mana-mana negara demokratik di dunia. Semua ini menimbulkan syak wasangka berhubung daftar pemilih yang ada hari ini. Apabila Najib berkata bahawa BN akan rampas balik Selangor dengan apa cara sekali pun, kita bimbang salah satu cara yang beliau maksudkan ialah dengan menipu dan memanipulasi daftar pemilih. Ini terbukti apabila kajian dan analisa BERSIH dan PAS mendapati pelbagai data yang meragukan termasuk peningkatan pengundi baru berkod 71 yakni warganegara yang lahir di luar negara yang amat tinggi. Malah SPR mengakui terdapat 42,000 pengundi yang Mykad mereka tidak terdapat dalam pangkalan maklumat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dan pelbagai lagi jenis keraguan yang terkandung dalam daftar pemilih yang ada. Justeru itu apabila Dato' Mahfuz membuat dakwaan di atas yang melibatkan pegawai khas Najib dan pegawai kanan kerajaan di Majlis Keselamatan Negara, SPR dan JPN maka sudah tentu ia adalah amat serius. Jika benar perbuatan mereka ini, yang kita yakin dibuat dengan restu pimpinan UMNO demi kelangsungan kuasa politik mereka, maka ia adalah satu bentuk pengkhianatan yang besar kepada negara dan dengan itu tidak boleh dibiarkan berlalu tanpa tindakan dan hukuman. Perbuatan membawa masuk orang asing dalam menentukan kuasa pemereintahan negara ini adalah satu bentuk pelanggaran demokrasi yang serius dan dalam masa yang sama akan mengancam keselamatan negara. Sikap acuh tak acuh pimpinan UMNO berhubung isu ini meyakinkan kita bahawa ada kebenaran pada dakwaan ini. Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk segera untuk menyiasat dakwaan skandal ini dan integriti daftar pemilih yang ada. Selagi aspek ini tidak ditanggani dengan betul, pilihanraya umum tidak wajar di adakan. UMNO dan BN yang semakin tidak relevan akan menggunakan apa saja kaedah untuk terus kekal berkuasa. Manipulasi dan penipuan dalam pilihanraya adalah sebahagian daripada strategi kemenangan mereka. Anak Bapa: Kita protes, kita bantah, kita lawan. Jumpa di Dataran Merdeka 28 April kelak! |
You are subscribed to email updates from Anak Bapa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan