RAKYAT MARHAEN |
- Tanah Merah : Dua rakan maut kena elektrik sebab pasang bendera BN
- Hutang meningkat, Najib tidak layak jadi PM
- PRU13 : Salahuddin 'kaji serius' 3 bahagian Parlimen
- Sikap, perangai Yahudi makin jadi amalan...
- Batal PTPTN: Menifesto awal PRU-13 untuk siswa
- Lelaki Nigeria cabul wanita tempatan mati dipukul
- ‘Beri gula kacau, beri kain pakai ’
- Mengapa siswa serah nisan kepada Khalid Nordin?
- Fitnah agamawan UMNO
- Parliament: A week for closing issues
- Teluk Rubiah Musnah Lantaran Kerakusan Umno
- Anwar: PKR perketat syarat kelayakan calon PRU 13
- Nik Aziz: Dari 'anak pondok' jadi menteri besar
- PM bayangkan akan kawal media dalam talian
- Negara ini sudah berubah, kata Hadi kepada Kuan Yew
- Media battle heats up in Sri Lanka, again
- PENEROKA TERJAH PEJABAT PERDANA MENTERI
- JURUKAMERA PHOTGRAPHER Upload Gambar Perempuan DEDAH AURAT - Ustaz Azhar
- ISTERI Keluar Rumah Tanpa IZIN Nak SIASAT SUAMI - Ustaz Azhar Idrus
- Hukum Tak Bayar TOL HIGHWAY - Ustaz Azhar Idrus
- Hukum Solat SUNAT Jika Tak Cukup Solat FARDU - Ustaz Azhar Idrus
- PEREMPUAN Solat Hanya Pakai PAKAIAN DALAM - Ustaz Azhar
- ISTERI Tak Bayar GAJI Suami - Ustaz Azhar Idrus
- FOTOSTAT Buku Rujukan - Ustaz Azhar Idrus
- Lelaki CURI Tangkap GAMBAR PEREMPUAN - Ustaz Azhar Idrus
Tanah Merah : Dua rakan maut kena elektrik sebab pasang bendera BN Posted: 31 Mar 2012 04:47 PM PDT Oleh: HALIMISLAM " Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat. Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah. Read More / Baca Lagi >> |
Hutang meningkat, Najib tidak layak jadi PM Posted: 31 Mar 2012 04:43 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan sikap kerajaan Umno-BN yang melepaskan tanggungan hutang membabitkan kroni mereka, Tan Sri Tajudin Ramli berjumlah RM589 juta sedangkan negara menghadapi peningkatan hutang yang semakin ketara. Tindakan ini menunjukkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak 'hilang kelayakan' dalam menerajui pentadbiran negara hari ini. Demikian kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad semasa mengadakan sidang media di Lobi Parlimen 28 Mac lalu.Turut serta bersama beliau ialah ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee.Read More / Baca Lagi >> |
PRU13 : Salahuddin 'kaji serius' 3 bahagian Parlimen Posted: 31 Mar 2012 04:41 PM PDT Tiga kawasan yang dimaksudkan itu sudah tidak asing bagi Salahuddin iaitu Batu Pahat, Pulai dan kampung halamannya di Tanjong Piai. Sama ada bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun) ataupun kemungkinan kedua-duanya sekali akan diumumkan dalam waktu terdekat, kata beliau. |
Sikap, perangai Yahudi makin jadi amalan... Posted: 31 Mar 2012 04:40 PM PDT Subjek Yahudi kini menjadi perbahasan semasa dan dalam penelitian kita terdapat sejumlah hadis yang menunjukkan bahawa Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. pernah berhubungan dengan orang Yahudi. Antara lain sebuah hadis yang bermaksud: "Bahawasanya Nabi s.a.w. menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya." - Riwayat Al- Bukhari dan Muslim Read More / Baca Lagi >> |
Batal PTPTN: Menifesto awal PRU-13 untuk siswa Posted: 31 Mar 2012 04:37 PM PDT Oleh Eikhwan Ali Isu penghapusan skim pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukanlah isu yang dipolitikkan, tetapi ia merupakan isu yang dibawa untuk menjaga hak dan kebajikan mahasiswa. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyokong iltizam Pakatan Rakyat untuk membatalkan PTPTN sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang. Read More / Baca Lagi >> |
Lelaki Nigeria cabul wanita tempatan mati dipukul Posted: 31 Mar 2012 04:36 PM PDT KUALA LUMPUR - Kebimbangan penghuni Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat dekat sini terhadap kebanjiran pendatang asing dari Afrika sampai ke kemuncaknya hari ini apabila seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi. "Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki Nigeria itu yang juga menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu. Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas," katanya kepada pemberita di sini. Ab Rashid berkata menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan. Read More / Baca Lagi >> |
‘Beri gula kacau, beri kain pakai ’ Posted: 31 Mar 2012 04:29 PM PDT KOTA BHARU: "Kalau mereka beri duit kita ambil, kalau beri gula kita kacau dan kalau mereka beri kain kita pakai. Tetapi kena ingat apabila hari mengundi nanti hendaklah pilih calon PAS, kalau di tempat PAS tidak bertanding pilih KeADILan, dan kalau tiada calon KeADILan kena undi calon DAP," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am mengulangi strategi kempen PAS ketika menghadapi pilihan raya kecil Lundang pada 1994. Pada kempen tersebut umpan kebendaan ditabur Umno sebagai senjata bagi meraih undi. Read More / Baca Lagi >> |
Mengapa siswa serah nisan kepada Khalid Nordin? Posted: 31 Mar 2012 04:27 PM PDT Oleh MAT ZAIN MAT ISA AGAK tersinggung nampaknya Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin dengan tindakan sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menghantar batu nesan ke kementeriannya minggu lalu. Seraya menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak matang dan hanya bertujuan mencari publisiti murahan, beliau menegaskan pihaknya tidak akan terkesan dengan tindakan tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 31 Mar 2012 04:26 PM PDT Oleh Fairuz Azhan Saya merasa terpanggil untuk menulis kerana setiap hari ada-ada sahaja fitnah terhadap DAP dan para pemimpinnya. Meski pun dijelaskan berulang, meski pun saman di mahkamah dimenangi, modal-modal fitnah yang sama diulang-ulang hingga menjadi jelik dan bosan. Dan lebih memeranjatkan lagi adalah fitnah-fitnah ini didukungi oleh mereka yang kononnya mengangkat diri mereka sebagai agamawan dalam UMNO. Sebagai contoh, Dr Mashitah Ibrahim dalam artikelnya yang disiarkan oleh Sinar Harian bertarikh 30 Mac jelas melakukan beberapa fitnah terhadap DAP yang berniat jahat dan bermotifkan politik. Read More / Baca Lagi >> |
Parliament: A week for closing issues Posted: 31 Mar 2012 04:24 PM PDT Many issues came to a close this week during Parliament, including that of the PSC on electoral reforms. KUALA LUMPUR: Parliament this week saw an end to many national issues, though it may pave the way for future questions.Chief amongst these was perhaps the Parliamentary Select Committee (PSC) on electoral reforms, which came into being on Oct 2 last year, following the July Bersih protests. Chaired by Minister of Science, Innovation and Technology Maximus Ongkili, the PSC came to a close on Wednesday after 14 meetings and six public inquiry sessions. Speaking to reporters, Ongkili said that the PSC would present a report -with 22 recommendations for the government to consider- to all MPs on Monday. Read More / Baca Lagi >> |
Teluk Rubiah Musnah Lantaran Kerakusan Umno Posted: 31 Mar 2012 04:19 PM PDT Walaupun dalam keadaan hujan lebat mencurah-curah, pada jam 10.30 pagi tadi, kira-kira 300 orang telah mengambil bahagian dalam perhimpunan membantah pembinaan sebuah kilang bijih besi yang sedang dibina oleh perlombongan gergasi Brazil , Vale, di Teluk Rubiah, Manjung. |
Anwar: PKR perketat syarat kelayakan calon PRU 13 Posted: 31 Mar 2012 04:16 PM PDT Ketua Umum PKR berkata, antara kriteria utama calon yang dinilai adalah amanah, berintegriti, tidak rasuah, dan setia pada parti. SUBANG JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini memperketatkan syarat kelayakan calonnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara kriteria utama calon yang dinilai adalah amanah, berintegriti, tidak rasuah, dan setia pada parti. PKR sebelum ini menghadapi kesukaran apabila empat daripada ahli parlimennya serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) keluar PKR dan menjadi wakil bebas, lalu mengambil pendekatan menyerang Ketua Pembangkang itu dengan isu-isu peribadi. Anwar turut menyelar budaya Umno yang mementingkan kroni dan membenarkan ramai golongan profesional berada di syarikat besar mengambil kesempatan mengaut keuntungan. Read More / Baca Lagi >> |
Nik Aziz: Dari 'anak pondok' jadi menteri besar Posted: 31 Mar 2012 04:12 PM PDT KOTA BHARU, 31 Mac: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa umat Islam di negara ini supaya berhujah dengan 'menggunakan fikiran' ketika berhadapan dengan pihak tertentu yang sewenang-wenang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mempertahankan pemerintahannya. Read More / Baca Lagi >>"Ketahuilah bahawa Islam menggesa supaya menggunakan 'fikiran'. Haatuu…. burhaanakum, bukannya 'haatuu….ISA'. Tidak, tidak. Haatuu…gari tangan, tidak. (Gambar: Tuan Guru melihat replika Masjid Maahad Muhammadi Perempuan.) "Sikit-sikit, ISA, terutama kepada pejuang Islam dan penyokong PAS terdiri dari ulama dan tuk guru pondok, suatu masa dahulu. |
PM bayangkan akan kawal media dalam talian Posted: 31 Mar 2012 04:09 PM PDT Pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dibentangkan di Parlimen pada sesi yang sedang berlangsung bersama dengan undang-undang yang akan menggantikan Akta Keselamatan dalam Negeri 1960, kata Datuk Seri Najib Razak. Read More / Baca Lagi >>Perdana menteri berkata selain daripada memansuhkan keperluan pembaharuan lesen secara tahunan, kerajaan juga mengambil keputusan untuk mengkaji secara komprehensif terhadap keperluan kewujudan akta sedia ada dengan mengambil kira kemajuan sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) hari ini. |
Negara ini sudah berubah, kata Hadi kepada Kuan Yew Posted: 31 Mar 2012 04:08 PM PDT (Abdul Hadi menerima papan tanda penubuhan DHPP Taman Dato' Dr Tan Tiong Hong dari Mr Chan) SELAYANG, 31 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberitahu pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew bahawa masyarakat negara ini sudah berubah. "Kalau dahulu mereka berpisah antara kaum-kaum, kini mereka sudah boleh bertemu dan bekerjasama. Buktinya pilihan raya 2008, mereka bersatu menolak BN," kata Abdul Hadi. |
Media battle heats up in Sri Lanka, again Posted: 31 Mar 2012 07:23 AM PDT |
PENEROKA TERJAH PEJABAT PERDANA MENTERI Posted: 31 Mar 2012 07:19 AM PDT |
JURUKAMERA PHOTGRAPHER Upload Gambar Perempuan DEDAH AURAT - Ustaz Azhar Posted: 31 Mar 2012 07:18 AM PDT |
ISTERI Keluar Rumah Tanpa IZIN Nak SIASAT SUAMI - Ustaz Azhar Idrus Posted: 31 Mar 2012 07:17 AM PDT |
Hukum Tak Bayar TOL HIGHWAY - Ustaz Azhar Idrus Posted: 31 Mar 2012 07:16 AM PDT |
Hukum Solat SUNAT Jika Tak Cukup Solat FARDU - Ustaz Azhar Idrus Posted: 31 Mar 2012 07:14 AM PDT |
PEREMPUAN Solat Hanya Pakai PAKAIAN DALAM - Ustaz Azhar Posted: 31 Mar 2012 07:13 AM PDT |
ISTERI Tak Bayar GAJI Suami - Ustaz Azhar Idrus Posted: 31 Mar 2012 07:10 AM PDT |
FOTOSTAT Buku Rujukan - Ustaz Azhar Idrus Posted: 31 Mar 2012 07:09 AM PDT |
Lelaki CURI Tangkap GAMBAR PEREMPUAN - Ustaz Azhar Idrus Posted: 31 Mar 2012 07:07 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan