Sabtu, 21 April 2012

Bila Harimau Sudah Menaip...

Bila Harimau Sudah Menaip...


Proton Preve: Lupa Untuk Diuji

Posted: 20 Apr 2012 07:55 PM PDT

Gambar Kemalangan Proton Preve telah memberi rakyat Malaysia pandangan yang bercampur-campur. Ada yang menyalahkan kereta dan ada yang menyalahkan pemandu. Ada yang mengatakan Proton Preve patut malu dengan Proton Knight kerana ketika pelancaran Proton Knight, ia mampu melakukan pelbagai stunt sedangkan Preve sudah terkulai layu hanya di jalan lurus!



Bagi saya, itu semua perkara biasa. Yang MASIH luarbiasa, adalah HARGA. Manakan patut sebuah kereta tempatan dijual separas dengan harga kereta import sedangkan kita sedia maklum harga kereta import banyak dipengaruhi cukai/ duti import. Preve perlu turun ke kadar 45k. Itu pandangan saya.

Namun, apabila mengenang kembali sejarah Proton, saya sedar bahawa Proton Preve sebenarnya lupa diuji sebagaimana pengujian dibuat pada Saga 1.3 dahulu. Sampai sekarang rakyat masih memandu versi Saga lama dalam keadaan cekap dan sihat wal afiat. Kuat, kukuh dan tahan lama.

Persoalan yang ada di kepala, di saat Proton mahu kita berbangga dengan Produk Malaysia, mengapa menggunakan perkataan asing seperti PREVE? Kenapa tidak Proton GEDEBE atau Proton BEGA? Ia lebih keMalaysiaan walaupun maknanya agak "kasar". ;)


Tiada ulasan: