pemuda cheh |
Malaikat Jibril Dan Kudanya Dalam Perang Badar Posted: 20 Apr 2012 05:19 PM PDT Dalam Islam, Malaikat merupakan hamba dan ciptaan Allah SWT yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah SWT. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak. {1} (Mendengarkan yang demikian), tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah Malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh bukankah waktu subuh itu sudah dekat?" {2}Ringkasnya - Selain daripada mencatitkan amalan, dan menjalankan tugas-tugas lain yang telah ditentukan, para malaikat yang juga merupakan bala tentera Allah SWT yang diturunkan ketika umat Islam berperang menghadapi tentera musuh. Ia adaah bagi untuk membantu tentera Islam menghadapi sejumlah besar tentera musuh yang sejak lama dahulu tidak pernah luntur semangatnya untuk menghancurkan Islam. Perang Badar misalnya, terbuktidisertai oleh sebilangan besar para malaikat. Ini jelas terbukti dengan catitan dalam beberapa sumber-sumber Islam. Memetik bicara Imam Bukhari dalam kitab Shahih-nya, bab "Syuhuudul Malaa-ikah Badran" yang berkata : Dari Mu'adz bin Rafa'ah ibn Rafi' az-Zargi dari ayahnya yang ikut serta dalam Perang Badar al-Kubra. Dia berkata, "Malaikat Jibril as mendatangi Nabi Muhammad SAW dan berkata, "Apa pendapatmu tentang pengikut Perang Badar dari kalanganmu?" Rasulullah SAW menjawap, "Dari kalangan kaum Muslimin yang paling utama." Malaikat Jibril as kembali berkata, "Demikian juga dengan para malaikat yang ikut serta dalam Perang Badar." Jadi, jelaslah disini bahawa malaikat Jibril sendiri terlibat di dalam Perang Badar dengan bertindak membantu tentera-tentera Islam menentang tentera Musyrikin. Hendaklah diingatkan bahawa Allah SWT itu Maha Berkuasa dan mampu berbuat apa sahaja akan tetapi Allah SWT juga Maha Adil. Sebenarnya boleh sahaja, golongan Musyrikin itu dimatikan sebelum perang, dan tidak perlu pun untuk malaikat Jibril turut bersama tentera Islam bagi menewaskan tentera musuh. Tetapi setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan ada beberapa hal yang tidak mampu atau boleh kita pertikaikan/fikirkan kerana sesungguhnya akal fikiran manusia tidak akan mencapai hingga ke tahap infiniti. Ianya mustahil sama sekali. Apa yang perlu ditekankan disini ialah, malaikat mampu menjelma dengan apa jua rupa bentuk yang baik (kecuali buruk atau wanita) dengan izin Allah SWT. MALAIKAT JIBRIL DAN KUDA TUNGGANGANNYA (HAIZUM) DALAM PERANG BADAR Haizum dikenali sebagai kuda milik Jibrail as. Menurut ajaran Islam, Jibrail as adalah ketua kepada segala Malaikat. Haizum beberapa kali diungkap Rasullulah SAW dalam hadith Baginda. Antaranya adalah: Rasulullah bersabda, "Bergembiralah wahai Abu Bakar, pertolongan Allah telah datang. Ini adalah Jibril yang sedang memegang kendali tunggangannya di atas gulungan-gulungan debu." {3}Rasullulah SAW bersabda ketika beberapa detik sebelum berlakunya Perang Badar. Perang Badar diketahui sebagai perang hidup dan mati Islam. Jika Islam kalah, maka tertimbuslah Islam dan tidak lagi mampu bangkit menyebarkan syiarnya. Jika Islam menang, Islam bakal mendapat motivasi yang besar dan akan terus bangkit untuk menyebar syiarnya kepada masyarakat Mekah, Madinah dan seluruh dunia. Oleh kerana itu, Rasullulah SAW berdoa bercucuran air mata untuk meminta bantuan Allah SWT ketika peperangan Badar ini. Allah SWT adalah perancang yang Maha Hebat, Islam mendapat sokongan moral yang hebat dengan turunnya tentera berpakaian serba hijau iaitu para Malaikat Allah SWT. Ini diakui sendiri oleh Rasullulah SWT dan para sahabat. Kaum Muslimin pun bertempur hebat dibantu oleh para Malaikat.Baginda berseru dengan lantang dan berkobar-kobar. Catatitan hadith menyebut, Ibnu Ishhaq berkata, ketika salah seorang tentera kaum Muslimin mengejar seorang tentera Musyrikin yang berada di depannya. Tiba-tiba dia mendengar suara hencutan cambuk dan suara penunggang kuda yang berkata, "Terus maju wahai Haizum". Lalu dia menyaksikan orang musyrik yang ada di depannya sudah terjerembab ke tanah dengan wajah yang hancur. {5} Seseorang dari kaum Ansar yang melihat kejadian ini menceritakan kepada Rasulullah SAW, lalu Rasulullah kemudiannya bersabda : Engkau benar, itulah pertolongan dari langit yang ketiga."{6}Dalam riwayat lain pula, oleh Ibnu Sa'ad menyebutkan daripada Ikrimah: "Pada hari itu (perang Badar) ada kepala orang Quraisy yang gugur tanpa diketahui siapa yang memenggalnya dan ada tangan yang terpelanting tanpa diketahui siapa yang mencantasnya." Abu Dawud al-Mazini berkata, "Aku sedang mengejar seorang tentera Musyrikin pada masa itu, tiba-tiba kepalanya sudah ditebas sebelum aku mengayunkan pedangku. Aku yakin ada orang lain yang membunuhnya terlebih dahulu." Lalu seorang Ansar datang membawa tawanan bernama al-Abbas bin Abdul Muthallib, al-Abbas berkata, "Demi Allah bukan orang ini yang tadi menawanku, tadi aku di tawan oleh seorang lelaki tinggi yang berwajah tampan dengan menunggang seekor kuda yang gagah. Dan aku tidak pernah melihat dia ditengah-tengah mereka ini." Allah SWT menghadiah seekor kuda gagah perkasa kepada Jibrail as untuk menjadi tunggangannya di medan Perang Badar. Kuda ini memiliki kelebihan yang luar biasa berbanding kuda biasa. Dalam peperangan Badar ini, bukan Jibrail as sahaja turut serta malah beribu malaikat lain turut serta berjihad di pihak mukmim. Oleh kerana itu, iblis bergitu gementar melihat kejadian itu. Dalam Perang Badar ini, Iblis yang menyertai kaum musyrikin dengan menjelma sebagai Suraqah bin Malik bin Jaksyam al-Mudlaji. Dalam perang ini, Suraqah telah mendapati kumpulan para malaikat telah bersama kaum muslimin untuk melawan musuh-musuh mereka. Kaum musyrikin telah cabut lari, dan berpaling tadah, al-Harith bin Hisyam yang memegang orang yang disangka Suraqah telah menendang ke dadanya menyebabkan beliau tersungkur jatuh, kemudian ianya cabut lari, sedang kaum musyrikin melaung: "Ke mana Suraqah? Tidakkah kau mengatakan yang engkau membantu kami dan tidak akan berpisah dari kami?" Jawab Iblis: "Sebenarnya aku telah melihat sesuatu yang kamu tidak melihatnya, aku takut seksaan Allah yang amat pedih itu, Iblis lari dan mencampak dirinya ke dalam laut". |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan