Ahad, 29 April 2012

Biaqpila

Biaqpila


DBKL AKAN BUBUH PAGAR KAWAT DURI DI TASIK PERMAISURI PULAK KE?

Posted: 29 Apr 2012 03:00 PM PDT

DEY MACHA!!!
KITA TENGOK DBKL BERSUNGGUH-SUNGGUH JAGA DATARAN MERDEKA
DARIPADA DIJADIKAN TEMPAT HIMPUNAN BERSIH
SIAP PASANG PAGAR KAWAT BERDURI LAGI TU
KAH! KAH! KAH!

TAPI BILA TASIK PERMAISURI JADI PORT MAKSIAT TIAP-TIAP MALAM
DEPA TAK PI PASANG PAGAR KAWAT PUN
KAH! KAH! KAH!

HANGPA TAU PASAI APA DBKL TAK AMBIK PORT?
PASAI MAKSIAT NI TAK MENGANCAM UMNO
SEDANGKAN HIMPUNAN BERSIH MENGANCAM UMNO
KAH! KAH! KAH!


TUMPUAN...suasana kawasan tempat letak kereta di Taman Tasik Permaisuri pada waktu malam.

Parkir maksiat

KOTOR...pondok kecil yang rosak di kawasan letak kereta Taman Tasik Permaisuri.
CHERAS: Siang tempat beriadah dan bersantai, malam pula tempat memadu kasih dan melakukan maksiat golongan lelaki lembut. Begitu suasana di kawasan letak kereta Taman Tasik Permaisuri, dekat sini, yang menjadi tumpuan anak muda menghabiskan waktu senggang mereka pada hujung minggu.

Amat menjijikkan apabila pemandangan diselitkan adegan menyakitkan mata gelagat lelaki sejati bertukar 'lembut' apabila disapa kaum sejenis yang dipercayai cuba 'melanggan' mereka.


Tinjauan Metroplus baru-baru ini, mendapati rata-rata mereka adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang seronok menghabiskan masa hujung minggu untuk melepak di situ.

Hampir tiga jam melakukan pemerhatian, mereka semakin galak melakukan aksi termasuk berteriak bagi menarik perhatian orang ramai yang datang ke kawasan berkenaan.


Walaupun malam semakin larut, keadaan semakin 'hangat' apabila beberapa kenderaan satu demi satu masuk ke tasik dipercayai mencari 'port' terpencil dan sunyi jauh daripada pandangan umum.


Berbeza pula pada waktu siang, kawasan berkenaan sunyi dan dipenuhi deretan kereta yang diparkir pengunjung.


Pekerja tasik berkenaan, V Chitra, 49, berkata, banyak masalah timbul apabila remaja melepak di situ paling ketara keadaan persekitaran yang kotor selain aktiviti menghidu gam dan menghisap dadah, botol kosong dipercayai botol arak juga bertaburan.


"Selalunya remaja terbabit mula aktif apabila malam semakin lewat antara jam 11 malam hingga 3 pagi. Saya sempat melihat kelibat mereka pada jam 8 malam dan ketika itu mereka datang sekadar melepak dan berbual kosong.

"Namun, lebih mengecewakan mereka mengotorkan kawasan sekitar terutama pondok kecil di situ. Seharusnya ia digunakan sebagai tempat kawalan, tetapi disebabkan terbiar ramai yang menyalahgunakan pondok berkenaan sehingga rosak dan kotor," katanya. Pekerja pembersih tandas, R Selvarani, 40, berkata, pemantauan daripada pihak berkuasa sering dilakukan di situ, tetapi remaja terbabit melarikan diri apabila melihat kelibat motosikal polis meronda.


"Mereka terlalu licik dan cepat menyedari kehadiran pihak berkuasa, tetapi selepas itu mereka datang kembali dan meneruskan aktiviti masing-masing.


"Kami tiada masalah untuk sesiapa saja datang beriadah atau melepak, tetapi biar aktiviti yang dilakukan berfaedah dan tidak mendatangkan mudarat kepada orang lain," katanya.

Sementara itu, Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Ismail Stapa, ketika dihubungi berkata, perkara itu sudah lama berlaku, namun pemantauan berterusan tetap dilakukan pihaknya.-HM


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

VIDEO POLIS BELASAH PESERTA BERSIH 3.0

Posted: 29 Apr 2012 12:00 AM PDT

LAWAK AHAD: Batak, Jawa, Arab ,dan Amerika

Posted: 28 Apr 2012 10:38 PM PDT



Seorang lelaki Batak sedang mengadakan perjalanan dari Jakarta ke Hawaii dengan menumpang pesawat terbang. Beberapa lelaki lain duduk sejajar dengannya, yaitu lelaki Jawa asli, Arab dan Amerika.

Pada jam makan siang, Pramugari menghidangkan makanan pada semua penumpang. Setelah selesai makan lelaki Batak ini memperhatikan lelaki lain yang duduk sejajar dengannya.

Pertama sekali dia lihat si orang Amerika mengeluarkan selembar uang 100 dollar Amerika, membersihkan mulut dan tangannya dengan uang itu... kemudian dibuang...
Si orang Batak terkejut... "Bahh... kok kau buang uang 100 dollar mu itu???"

Dengan tenangnya si Amerika menjawab (setelah diterjemahkan..)
"Ah, tenang saja Amerika kan kaya, masih banyak dollar!!"

Seterusnya dia lihat si orang Arab, selesai makan mengeluarkan sebotol minyak wangi yang (pasti) mahal... menyemprotkannya ke tangan dan dada...dan dibuang...
Si orang Batak terkejut lagi...
"Bahh... kok kau buang minyak wangi mu itu? Kan masih banyak isinya??"

Dengan tenang si Arab menjawab (juga setelah diterjemahkan..)
"Ah, tenang saja, kan Arab kaya, masih banyak minyak di sana!"...

Busyet, si orang Batak terkejut setengah mati. Akhirnya dia ambil lelaki Jawa disebelahnya dia lempar keluar pesawat. Kali ini lelaki Amerika dan Arab yang terkejut...

"Kenapa kamu lempar dia??"

Dengan tenang si orang Batak menjawab,
"Ah, tenang saja lah, Indonesia kaya, masih banyak orang jawa di sana..."


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: