DUNIACACAMARBA |
- [PANAS-Wajib Baca] Pekung Polis Terdedah, Ada Anggota Didakwa Menyamar Jadi Peserta BERSIH dan Bertindak GANAS
- [Video] Peserta BERSIH 3.0 Dibelasah Polis Trafik
- [Gambar] Polis "BERPESTA" di Perhimpunan BERSIH 3.0
- Apa Sebab Kereta Polis Diterbalikkan? Baca & Sebarkan!
- [Video] Polis Malaysia RAMPAS Kamera Al Jazeera, 1Dunia Menyaksikan "Keramahan" PDRM
- [Video] Sila Tonton...Adakah Malaysia Mengupah Polis Israel Belasah Peserta Bersih 3.0?
Posted: 29 Apr 2012 07:40 AM PDT DCM agak lewat menyentuh hal ini. Sudah banyak blog yang memerihalkan dakwaan yang cukup serius melibatkan pasukan polis negara. Selepas redanya BERSIH 3.0, kini timbul dakwaan bahawa ada anggota polis yang menyamar sebagai peserta BERSIH 3.0. Bukan itu sahaja, peserta BERSIH hantu ini dikatakan perencana provokasi dan huru-hara pada 28 April yang lalu. Datuk Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak (Jurublog Sang Kelembai) di dinding Facebooknya mendakwa: Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini.... Sila baca tulisan beliau di bawah ini: Apabila beliau menimbulkan persoalan polis yang MENYAMAR sebagai peserta BERSIH 3.0 dan GETAH WARNA KUNING, rasanya bukti bergambar yang disertakan dalam kiriman ini sudah cukup membuktikan kata-kata beliau. Lihatlah gambar yang memaparkan lelaki yang dilihat sebagai anggota polis dan peserta demo BERSIH 3.0. Dalam gambar di atas, lelaki yang tersebut lengkap beruniform polis menahan seorang lelaki, dalam satu gambar lain, individu yang didakwa lelaki yang sama kelihatan sedang menyerang seorang anggota polis trafik. Sila teliti wajah dan aksi ganas lelaki ini! Dakwa beliau, seperti yang saya baca di Kelab GB, hampir 2 ribu anggota polis menyamar sebagai peserta BERSIH 2.0. Jumlah yang didakwa itu cukup besar untuk mencemar imej peserta BERSIH yang datang untuk berhimpun secara aman. Jika dakwaan ini berasas, adakah sekumpulan maloan yang menghentakkan kaki atas kereta polis yang diterbalikkan berhampiran dengan SOGO adalah anggota polis yang menyamar? Adakah malaon yang membaling batu ke arah kereta polis dari kumpulan yang sama? Adakah malaon yang meredah halangan dalam gambar di bawah ini juga anggota polis yang menyamar? Perhatikan penampilan mereka yang tidak memakai baju BERSIH 3.0.
Berdasarkan pendedahan yang dibuat, Datuk Zaharin seperti yang ditulis pada dinding FBnya meminta Menteri KDN dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab dan meletakkan jawatan atas perkara yang berlaku. Hakikatnya, peserta BERSIH 1.0, 2.0, dan 3.0 cintakan keamanan dan berhimpun secara aman untuk menuntut pilihan raya yang bersih. P/s: Kalau dakwaan yang dibuat oleh Datuk Zaharin benar, jika lelaki yang kelihatan dalam gambar di atas anggota polis dan dalam masa yang sama menyamar dan melakukan jenayah dan provokasi, maka....F+)(*&&&&! Persoalan dan dakwaan yang dibuat memerlukan siasatan yang telus dan bebas. Jika perlu tubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat dalang yang mencetuskan provokasi,! * Sebarkan! | ||||
[Video] Peserta BERSIH 3.0 Dibelasah Polis Trafik Posted: 29 Apr 2012 07:00 AM PDT | ||||
[Gambar] Polis "BERPESTA" di Perhimpunan BERSIH 3.0 Posted: 28 Apr 2012 09:11 PM PDT | ||||
Apa Sebab Kereta Polis Diterbalikkan? Baca & Sebarkan! Posted: 28 Apr 2012 06:05 PM PDT [HD] KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar. Kejadian itu berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu. Untuk menyelamatkan gadis yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis. (Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.) Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo. "Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...! "Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO. "Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu. (Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong,masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur) "Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo. "Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu. "Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu. "Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya. Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini. (Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu) Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu. Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu adalah seorang yang memakai seluar pendek dan bertopi keledar. (Pemandu kereta polis yang dibawa keluar dari kereta selepas merempuh peserta perhimpunan) Ia dipandu laju selepas diserang dengan botol air oleh peserta Bersih 3.0 apabila mendapati pemandunya bukan berpakaian polis tetapi bertopi keledar. Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok. Saksikan video-video di bawah: Klik video untuk melihat bagaimana kereta melanggar peserta Bersih Klik untuk saksi video kejadian berdasarkan video Malaysiakini Klik video yang menunjukkan pemandu kereta ini bertopi keledar * Baca dan sebarkan kiriman ini di laman sosial dan sebagainya. Media perdana tidak mungkin menyiarkan berita ini! | ||||
[Video] Polis Malaysia RAMPAS Kamera Al Jazeera, 1Dunia Menyaksikan "Keramahan" PDRM Posted: 28 Apr 2012 05:02 PM PDT | ||||
[Video] Sila Tonton...Adakah Malaysia Mengupah Polis Israel Belasah Peserta Bersih 3.0? Posted: 28 Apr 2012 04:40 PM PDT |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan