Rabu, 25 April 2012

Biaqpila

Biaqpila


Drama swasta seks di Buletin Utama

Posted: 24 Apr 2012 11:00 PM PDT


Aku mengikuti dengan rapat drama2 swasta di buletin utama dalam tiga empat hari neh. Ewahh.. sekali gua terpinjam ayat shafie afdal larh pula.





kah kah Kah





Kalau korang nak tahu buletin utama tue bukan berita, tapi drama. Drama dalam bentuk berita. Nak beri kelainan kepada penonton2 setia drama so tv3 bersama umno dan bn pun berusaha mewujudkan satu drama versi berita. Dan buletin utama itulah hasilnya. 





Dalam beberapa hari neh saja je aku perhatikan buletin utama sebab aku nak tahu macam mana depa nak mainkan isu bersih. Tapi aku tengok dorang tak berapa mainkan isu bersih melainkan sejak 2 hari kebelakangan neh baru mereka masuk jarum fitnah bagi memburuk2kan bersih.





Apa yang dorang buat dalam empat hari aku mengikuti drama swasta di buletin utama ialah dorang pergi tayangkan citer pasal peribadi dsai. Lebih tepat dorang jaja citer dsai dan shamsidar telah ber-asmara sehingga ada anak bersama. Ini, bagi pandangan aku adalah satu dakwaan keji.





Bukan aku nak bela dsai kat sini. Jangan salah faham. Aku pun tak kata aku percaya dan tak percaya kepada perkara2 tersebut cuma bagi aku kalau ko dah berani pongpang2 cakap pasal orang kenapa tidak ko buka peluang dan ruang untuk dengar pula jawapan balas dari pihak yang kena tuduh tue kan?





Korang nak tahu apa yang buletin utama buat? Aku dah kaji serba sedikit taktik dorang. Mula2 dorang keluarkan benda kat bawah neh. Lihat video neh ;
















Pompuan neh baru sahaja menuduh dsai dan shamsidar telah menjalin satu hubungan yang sangat keji. Lepas tue dia desakkan penjelasan. Helloo.. kejap. Aku nak fikir. Sebelum ko suruh orang jelaskan itu neh ko ada bukti tak yang mengatakan dia dan shamsidar menjalinkan hubungan sulit? Bila aku sebut pasal bukti, aku maksudkan bukti dan bukannya air liur aku harap ko boleh faham.





Dan buletin utama pun satu. Ko berani siar statement pompuan neh tapi ko ada tak calling2 dsai dan tanya dia benda neh betul ke tak betul? Tak kesah larh apa respon dsai sekalipun tapi tanggungjawab ko sebagai pemberita kena dengar hujah dari kesemua pihak kan? Napa ko buat pemberitaan terpilih ek? Ko neh nak jadi berita tapi cara ko lebih kepada drama swasta yang bila2 masa boleh jek karang skrip sendiri. Dah kalau gitu ko tukar lah nama kepada buletin drama. Kan lebih tepat disitu.





Lepas tue sehari berlalu. Dia siar pula berita kat bawah neh. Yang kat bawah neh lagi besar tuduhan dia der. Ummi cakap dsai bayar azmin 200juta. Lepas tue si nalla siap tunjuk2 lagi video rakaman seks yang mengandungi aksi dsai dan shamsidar bersama. 





Maii ai.

















Nampak tak buletin drama buat apa sekarang? Sekarang dia sedang campak persepsi. Dia campak benda2 yang belum tentu sahih ke atas dsai tanpa membenarkan dsai menjawab segala tuduhan. Dia siarkan menerusi berita yang mana semua rakyat malaysia boleh akses dan kalau pun dsai menjawab berapa kerat sangat yang mampu mendengar penjelasan dia?





Memang ramai yang akan bagi alasan.. alah takde sapa nak percaya kat tv3 dah. Memang larh der itu kata ko. Ko tahu meh 26juta rakyat malaysia neh ada akal yang sama macam ko? Kalau seme akal sama macam ko dah lama dah bien kena tolak der. Disebabkan ada yang tak berakal macam tue larh maka bien masih memegang tampuk kekuasaan negara lagi. Dan salah satu strategi yang mereka guna pakai untuk kekal berkuasa ialah melalui buletin utama. 





Mereka hidangkan kepada rakyat cerita2 persepsi tapi mereka letak label berita. Dan rakyat yang bangang pula seringkali menganggap bahawa berita = fakta. Walhal berita = ialah satu cerita yang wartawan dapat dari sesuatu kejadian sebelum sebarkan. Ia boleh jadi fakta, boleh jadi auta, boleh jadi fitnah, boleh jadi tuduhan dan boleh jadi persepsi. 





Tetapi sayang, bukan ramai yang tahu akan hakikat sebenar. Mereka malas mengkaji kebenaran sebab tue cenderung menjadi pengikut. Bila buletin utama cakap A.. terbangang2 arh pergi cakap A juga.. langsung takde inisiatif nak mengkaji hal sebenar. Sikap pemalas dan tunggu orang suap info je. 





Lepas ummi pongpang2 dia cakap pasal video seks.











 





Sekarang fahamkan kronologi kisah neh.





1. Mula2 ada pompuan cakap dsai dan shamsidar ada hubungan.





2. Ummi kemudian cakap azmin dibayar rm200juta dan azmin tahu isteri dia tidur dengan dsai.





3. Nalla pula tunjukkan video yang ada aksi dsai dan shamsidar.



4. Last, JMM tampil desak dsai menjawab meskipun tv3 takan siarkan kenyataan penuh dsai di tv sampai bila2.





Strategi tanam persepsi serong.  



Bagi orang yang tak cerdik dia akan anggap berita = fakta. So dia akan telan bulat2 tanpa fahami fakta kes. 





Ya, yang mana taktau citer confirm dah ingat dsai dan shamsidar ada skandal. Aku taktau benda neh betul ke tak betul ye.. tapi kemon larh nak tuduh2 orang ada skandal dekat2 pru? Macam dah takde benda lain yang nak dibuat. 





Jangan pongpang2 cakap takde kaitan dengan umno. Semua orang tahu siapa tv3 tue sebenarnya. Tolong larh kalau nak menipu pun tengok sket orang yang ingin ditipu tue. Jangan tak reti pilih mangsa plak.





Last kat bawah neh ;









 





Nampak?

Dah tuduh2 orang lepas tue suruh orang jawab. Nak jawab macam mana tv3 tak panggil pun. Cuba tv3 panggil atau call dsai dan siarkan penjelasan dsai di kaca tv tanpa potong2, boleh ka berbuat demikian? Bagi adil lah kedua belah pihak kan? 





Neh tidak, sendiri tuduh2 orang lepas tue desak2 orang jawab. Orang memang nak jawab tapi yang desak2 orang jawab pun tak berani nak siarkan penjelasan penuh orang yang dituduh so apa point nak jawab2 lagi? Itu tak masuk lagi dengan SPIN apa seme. Kang orang cakap A, sampai kat dia terus jadi Z.





Tapi ikut pandangan ikhlas aku, dakwaan seperti neh sedikit sebanyak memang mencemarkan maruah dsai dan yang paling penting maruah budak pompuan yang langsung tak terlibat dalam politik tue. Dia tue anak azmin. Umur dia aku taktau tapi kemon larh. Mana dia nak hadap muka dia kalau tv3 dok ari2 jaja dia anak haram apa seme? Bagaimana pula dengan kawan2 dia? Apa pula pandangan kenalan2 dia? 





Benda pun takde bukti lagi tapi itulah tv3 dok siar ari2. Aku tak boleh nak bayangkan kalau2 mungkin pernah orang ejek2 dia anak haram ke apa ke depan2 dia. Politik yang dibawa oleh bn neh bagi aku tersangatlah keji dan terdesak. Buletin utama tue tunggu masa jek nak hancur aku rasa. Allah swt melihat.. cepat atau lambat. Beringat2 lah tv3.. jangan sampai dah terhantok baru nak bertaubat.





Ameno : Drama dalam berita..


amenoworld


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

GEMPAR!! JPN Kantoi 2 Kali Dalam 1 Kenyataannya!! (WAJIB SEBAR!!)

Posted: 24 Apr 2012 08:00 PM PDT






Ok lihat kenyataan di atas seperti yang dilaporkan Malaysiakini. JPN menjelaskan kebimbangan IC yang mempunyai tarikh luput. Malangnya, rancangan busuk Umno-JPN-SPR-dan sekutu-sekutunya untuk menipu di PRU13 terbongkar!!





1. JPN maklumkan bahawa kad pengenalan tersebut dikeluarkan pada tahun 2001 kerana ketika itu tiada banyak jenis kad seperti hari ini. 





PERSOALAN: Tahun 2001 bermakna hayat kad pengenalan seperti gambar di bawah hampir 12 tahun... Cuba lihat kad pengenalan anda semua, bagaimanakah rupanya fizikal kad pengenalan yang telah dikeluarkan lebih 10 tahun dulu?










2. JPN mengesahkan pemegang MyKad itu bukan pengundi berdaftar. Ini bermaksud semua kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput tidak boleh mengundi atau dengan kata lain - tidak mempunyai rekod di SPR





PENDEDAHAN: Lihat lagi satu pendedahan IC bertarikh luput di bawah - Pemegang kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput ini BOLEH MENGUNDI !!!









Inilah sebabnya mengapa kita harus tempuh segala halangan dan dugaan untuk sampai ke Dataran Merdeka 28 April 2012!! Tidak hairanlah jika TG Nik Aziz juga sanggup mengatakan kehadiran anda yang cintakan tanahair ini adalah WAJIB!





Ingatlah... Jika anda terasa berat untuk bersama di Dataran Merdeka 428 nanti hanya kerana kemungkinan berdepan bahaya dan kesakitan yang sementara, maka kita semua akan selamanya terperangkap dalam sebesar-besar ketidak-adilan!!





Percayalah negara kita sedang digadai!! Ibu Pertiwi kita sedang diperkosa oleh gerombolan yang tamak kuasa!! Ayuh semua ke Dataran Merdeka 284!!! Pastikan Aziz dan SPR LETAK JAWATAN!!!



Ayuh semua... Masanya sudah tiba... 428 satu sejarah !






EDYES REDUAN


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)





Pendedahan awal di buat oleh blog Semut dan Kekunci , dan entry awal hari ini berkaitan di sini - Lagi IC Bertarikh Luput Dikesan!! Aziz SPR Harus Letak Jawatan!! #BERSIH3

edyesdotcom


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

TOLAK STADIUM - BERSIH BUKAN MAHU MAIN BOLA PADA 28 APRIL NANTI

Posted: 24 Apr 2012 04:44 PM PDT



Oleh: WFAUZDIN NS

TINGGAL dua tiga hari saja lagi rakyat akan DUDUK DAN BANTAH di Dataran Merdeka. Menteri awalnya kata, tiada masalah sebab perhimpunan itu dari pengalaman yang lalu tidak mengancam keselamatan negara. Rakyat memang sudah lama berkata sedemikian kecuali beberapa golongan yang tidak bertamaddun akibat termakan dengan hasutan media berlidah Syaitan yang menjalankan propaganda kononnya negara ini bakal `kiamat' jika BERSIH berhimpun.

Apa tujuan BERSIH, samada BERSIH 1.0, 2.0 dan bakal tiba BERSIH 3.0? Tidak lain tidak bukan adalah untuk memulihkan kembali demokrasi dan sistem Pilihanraya di negara ini yang semakin `menjakunkan'. Maka, sesiapa yang tidak suka BERSIH ertinya mereka suka kotor. Yang suka pada kekotoran ini hanyalah hantu dan syaitan. Sekarang ini, DBKL pula mengambil alih peranan PDRM sebelum ini di dalam isu BERSIH. Tidak mustahil selepas ini RELA pula akan mengambil alih. Dataran Merdeka hak rakyat, DBKL hanyalah amanah untuk menjaganya. Jika BERSIH hadir untuk DUDUK DAN BANTAH tanpa merempit, tanpa konsert, tanpa perbarisan, tanpa lakukan maksiat, tanpa ada tarian tiang dan sebagaimana lazimnya di situ, apakah DBKL masih ragu-ragu dengan BERSIH?

Kami boleh beri jaminan selepas Himpunan BERSIH 3.0 nanti, DBKL tidak akan menjumpai hatta satu pun plastik kondom di kawasan berkenaan. Berbanding jika sebelum ini dataran tersebut digunakan untuk tujuan konsert atau Jom Heboh, kami tiada jaminan seperti itu. Semalam terdapat sekumpulan pemandu teksi yang sanggup menghantar peserta-peserta BERSIH nanti ke Stadium jika lokasi tersebut dipilih oleh BERSIH untuk berhimpun pada 28 April ini.

Terima kasih banyaklah kepada pemandu-pemandu teksi yang `pemurah' itu. Kami tidak mahu menyusahkan kamu yang kebanyakannya sudah sememangnya susah melainkan tokeh-tokeh kamu yang memiliki permit/AP teksi sahaja yang kaya raya. Rakyat yang bakal berhimpun sudah biasa berjalan kaki dan datang sendiri, bukan seperti lembu-lembu yang sudah terbiasa dengan pengangkutan dan makan percuma setiap kali menyambut pemimpin lembu datang. Bahkan,lebih hebat lagi lembu yang berada di dalam kondo sekarang.

Dataran Merdeka adalah tempat terbaik buat BERSIH. Memperjuangkan kemerdekaan demokrasi harus bermula di Dataran Merdeka. Stadium Bukit Jalil, Stadium Merdeka atau sebagainya jangan diganggu rumput di padang berkenaan. Sewaktu Najib mengumpulkan para belia dahulu, Najib pun tidak gunakan Stadium, beliau mengumpulkan mereka di Putarajaya. Jadi, tidak timbul masalah lokasi asalkan perhimpunan itu aman dan terkawal.

Muktamadnya di Dataran Merdeka. Jika BERSIH mengubahnya ke stadium, aku pun malas mahu masuk stadium kecuali BERSIH mahu adakan perlawanan Bola Sepak persahabatan di situ./wfauzdin.blogspot.com



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: