Ni Ke Rumah Hadiah Seorang Menteri Kepada Seorang Artis? Posted: 25 Apr 2012 08:20 AM PDT Kami mendapat maklumat dari email. Semoga ada penjelasan dari pihak yang terbabit. |
Guan Eng: Umno, MCA Biadap Pada Masyarakat Hindu Posted: 25 Apr 2012 04:54 AM PDT Lizawati Madfa
SHAH ALAM 25 APR : Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) yang bertindak merobohkan Kuil Sri Muniswarar yang berusia hampir 50 tahun di Terminal Kargo Pukal Prai (BCT).
Lebih mengecewakan, menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sebelum ini Pengerusi PPSB, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya mengumumkan bahawa PPSB akan menanggung kos pembinaan semula kuil tersebut di kawasan seluas 6.1m x 6.1m di lokasi yang sama namun semuanya sekadar kata-kata manis sahaja.
"Sewaktu lawatan saya ke tapak berkenaan pada 23 April lalu, Pengurus Besar BCT, Abdul Halim Kader memberitahu beliau telah mendapat pengesahan daripada pejabat Dr. Hilmi bahawa kuil tidak akan dibina di situ.
"Jika ia benar, bilakah kuil itu akan dibina dan adakah ianya benar-benar akan dibina semula atau sekadar janji-janji kosong BN sempena Pilihanraya?," soal Guan Eng dalam kenyataan medianya.
Sehubungan itu, beliau mendesak Dr. Hilmi dan Pengerusi PPC, Datuk Seri Chua Soi Lek untuk meminta maaf khususnya kepada masyarakat Hindu atas pencabulan rumah ibadat itu.
"Tindakan perobohan ini boleh disifatkan sebagai biadab, tidak bertanggungjawab dan sangat mengecewakan.
"Lebih memburukkan keadaan lagi, tiada notis dikeluarkan atau sekurang-kurangnya ditampal di kuil bagi memaklumkan tentang perobohan tersebut.
"Kedua-dua individu yang bertanggungjawab atas tindakan ini juga gagal untuk tampil segera bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada pekerja-pekerja pelabuhan dan masyarakat Hindu," jelas Guan Eng.
Jika tiada permohonan maaf dari kedua mereka dan tiada kuil didirikan sebelum pilihanraya, Guan Eng mendesak Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk campur tangan dalam hal berkenaan.
"Semua warga Pulau Pinang yang cintakan keamanan dan menghormati kebebasan beragama mengutuk keras tindakan tersebut. Maka perkara ini perlu dipandang berat dan diambil serius," tegas Guan Eng melalui kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
|
Terima surat saman artis, Zuraida tekad bawa pendedahan ke SPRM Posted: 25 Apr 2012 04:03 AM PDT Keadilan Daily
SHAH ALAM 24 April: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin akan membawa kes dakwaan rasuah RM1.5 juta yang diterima Zahida Rafik ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas berakhir perhimpunan Bersih 3.0.
Menegaskan tidak gentar disaman pelakon wanita itu, Ahli Parlimen Ampang itu berkata, beliau sudah menerima surat daripada peguam Zahida, Muhammad Shafee Abdullah.
"Kalau bukan sewenang-wenang buat pendedahan. Kita buat sebab kita ada cukup bukti. Kita tak sebodoh untuk keluarkan kenyataan tanpa bukti dan biar orang saman kita.
"Kita tunggu dalam masa terdekat. Kita akan bawa hal ini ke SPRM. Di sana akan menyaksikan lebih banyak rahsia terbongkar!" katanya pada sidang media, hari ini.
Surat bertarikh 23 April itu menuntut supaya beliau berhenti membuat kenyataan media berkenaan isu berkenaan dan menarik balik kenyataan terdahulu serta meminta maaf.
Jika gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari, surat itu menyatakan Zuraida berdepan prosiding undang-undang.
Zuraida sebelum ini mendedahkan pelakon itu menerima RM1.4 juta daripada Datuk Seri Shafie Apdal sepanjang hubungan 'mesra' mereka.
Transaksi itu didakwa berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000).
Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai kereta mewah BMW 6 Series, Porsche, Toyota Harrier dan rumah bernilai RM2.9 juta.
Bagaimanapun, Zahida dan Shafie secara berasingan menafi semua dakwaan berkenaan.
|
Garis Panduan Bersih 3.0 – 28 April Posted: 25 Apr 2012 02:14 AM PDT *Penting! **Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 3.0 * TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN PERLU dgn KWN2.
Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH
Tuntutan Bersih 2.0 : 1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih) 2. Reformasikan Undi Pos 3. Gunakan Dakwat Kekal 4. Akses Media Yang Bebas & Adil 5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari 6. Kukuhkan Institusi Awam 7. Hentikan Rasuah 8. Hentikan Politik Kotor
Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 : Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO's.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.
CONTACT Setiausaha Bersih 3.0 H/P: 016 9670921; Email: media@bersih.org
*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan * 1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja. 2. Duit-maksimum RM100 sahaja. 3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 3.0 4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut. 5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan 8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan. 6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing. 7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula. 8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata. 9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata. 10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau. 11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri. 12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata. 13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan. 14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0.
*Perkara yang tidak dibenarkan* 1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta. 2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan. 3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan. 4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar. 5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya. 6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi. 7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan. 8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen. 9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun. 10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain. 11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya. 12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan. 13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan* 1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa. 2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan. 3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan. 4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing. 5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan. 6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar. 7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti. 8. Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera. 9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan – Dataran Merdeka. 10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter. 11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian. 12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian). 13. Jangan memakai baju Bersih 3.0 sebelum perhimpunan bermula.
*Semasa perhimpunan dan perarakan* 1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan di Dataran Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik 2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander* 3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*. 4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan. 5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan. 6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku. 7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni. 8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya. 9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama. 10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain. 11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta. 12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu. 13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan. 14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa. 15. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 3.0. 16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
*Selepas perhimpunan* 1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai. 2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 3.0. 3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0. 4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah. 5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar. 6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 3.0.
*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 3.0 buat Provokasi* 1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal. 2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan. 3. Jangan hampiri mereka. 4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis. 5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu. 6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan* 1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu. 2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon. 3. Duduk jika pimpinan arahkan. 4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning. 5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri. 6. Ambil gambar mereka jika sempat. 7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.
*Apa yang anda perlu buat jika ditahan* APABILA DISOAL OLEH POLIS 1. PengenaIan Anda 2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja. 3. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "
BILAKAH ANDA DITAHAN 4. Anda ditahan apabila anggota polis itu • menjawab "ya" pada soalan di atas • beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis apabila anda digari
5. Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.
BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN 6. Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).
*Apa yang anda buat selepas dibebaskan* 1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis. 2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan. 3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan. 4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis. 5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak. 6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat. 7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan. 8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan. 9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan. 10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain. 11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
*Perhatian!* 1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini. 2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu. 3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur. 4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.
Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 dan 9 Julai 2011 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.
Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.
|
Terkini! TG Nik Aziz Posing Pakai Baju BERSIH 3.0 Posted: 24 Apr 2012 08:24 PM PDT |
BERSIH 3.0 Trailer 2012 Posted: 24 Apr 2012 07:59 PM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan