ALHUSSEYN |
Oh, Begini Kerja Kau Hamidah? Merobohkan Gerai Makan Orang Melayu? Posted: 24 Apr 2012 09:05 AM PDT Ipoh, 22 April : Akibat janji kosong seorang Adun Umno/BN, seorang peniaga gerai makanan Melayu di Pengkalan Pegoh terpaksa menerima padahnya pagi ini. Sepasukan penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh bertindak tanpa belas kesihan, merobohkan premis kedainya yang sudah bertapak di situ sejak 17 tahun yang lalu. Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancungan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman sebelum ini telah menabur janji manis kepada beberapa orang pemilik kedai yang menumpang diatas tanah rizab jalan di sepanjang Jalan Pengkalan Pegoh-Simpang Pulai. Hamidah berjanji bahawa satu tapak berniaga – Medan Selera akan diwujudkan berdekatan kawasan berkenaan untuk para peniaga yang terlibat. "Tetapi, pagi ini, sepasukan petugas MBI datang lalu merobohkan bangunan kedai ini tanpa ada tolak ansur lagi atau rundingan," kata pemilik kedai makan itu pilu bercampur geram. Orang ramai sekadar bersimpati meliahat sebuah gerai makanan yang sudah lama bertapak di situ sejak 17 tahun lalu di robohkan oleh sepasukan penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh pagi ini. Menurut suami pemilik gerai tersebut, En Lot bin Amin, dia telah membeli kedai tersebut dari pemilik asal yang juga pemilik rumah dibelakang gerai tersebut. "Tidak berapa lama kemudian, rumah di belakang itu telah dijualnya pula. Maka pembeli baru rumah itulah yang membuat komplen dan menimbulkan masalah kepada saya ," terang Lot. "Gerai saya ni menghalang pandangan rumahnya. Maka kini, kedai saya pagi ini telah dirobohkan," beliau berkata dengan sedih. Menurutnya, MBI ada memberi notis amaran, tetapi susulan telah dibuat dan notis tersebut telah ditangguhkan. Ditanya samada beliau telah menghubungi Adun di situ, Hamidah Osman. Beliau menjelaskan sudah dibuat dahulu dan Hamidah telah berjanji akan memberikan tempat alternatif kepada mereka, peniaga-peniaga macam dirinya. Akhbar Sinar 17 Oktober 2011 lalu, telah menyiarkan berita berkaitan isu ini dengan kepala tajuk, NOTIS DITANGGUH : HAMIDAH. (Klik Gambar Sinar untuk besarkan) Menurut laporan tersebut, Hamidah telah mendapat persetujuan dengan pihah yang mengeluarkan notis iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah untuk menangguhkan sebarang tindakan ke atas premis yang terlibat. Laporan Sinar tersebut turut menyebut janji manis Hamidah kepada pemilik-pemilik kedai di situ bahawa satu tapak berniaga akan diwujudkan berdekatan kawasan berkenaan. "Saya mencadangakan agar kawasan seluas 0.8 hektar yang kini berpaya di kawasan berhampiran ditambak dan dibangunkan menjadi kawasan ganti kepada peniaga." Demikian janji-janji manis Hamidah Osman , untuk membangunkan sebuah medan selera khusus untuk para peniaga yang mendirikan gerai makan diatas tanah rizab jalan sepanjang jalan Pengkalan Pegoh. rakyat. Mana kamu Hamidah? Tak mandang pagi tadi. "Janji tinggal janji. Pada 28 Mac lalu Hamidah telah datang ke kedai ini dan menyuruh kami runtuhkan kedai ini atau akan dia akan runtuhkan nanti" adu pemilik kedai yang dirobohkan pagi ini. Pada 29 Mac kami dpt surat ini." Sambil mengunjukan sekeping surat yang maksudkan.(lihat gambar atas) Beginilah kerja Hamidah, Masanya habis dibuang dengan menyibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Masalah rakyat diperlekehkan.Kalau Hamidah tunaikan janjinya, perkara buruk sebegini tentu dapat dielakan dan rakyat tidak akan teraniaya. |
Hidangan Arak dan Khinzir Panggang Oleh Hamidah Posted: 23 Apr 2012 07:34 PM PDT Kalau di majlis-majlis yang lalu, wanita Umno diimport disekitar Gopeng ini, lalu dijamu oleh Hamidah Osman dengan nasi berlauk, tapi kali ini di majlis yang dihadiri oleh sebilangan kaum China, arak telah dihidangkan untuk mereka! Bukan sekadar arak dijamu dalam majlis tersebut, malah ada beberapa anak khinzir panggang menjadi menu utama pada malam tersebut. Menurut kenkawan, ada 4 ke 5 khinzir panggang. Saya hanya sempat merakamkan gambar 2 daripada khinzir panggang tersebut. Pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng yang diadakan di hadapan Padang Desa Pakatan,Station 18 Ipoh , malam tadi berjalan lancar dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum. Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut selain DS Nizar dan YB Dr Lee Boon Chye ialah pengerusi BERSIH 3.0 , A.Samad Ismail dan isterinya. Hadirin bukan sahaja diberikan penjelasan mengapa perlunya rakyat berdemo 'duduk dan bantah' di Dataran Merdeka pada 28 April nanti, A.Samad Said telah menggembiran mereka dengan mempersembahkan sepotong puisi yang dideklamasikan dengan penuh syahdu pada malam itu. Berbeza sungguh dengan apa yang ada dalam majlis tajaan Hamidah Osman yang hanya dipisahkan oleh sebatang jalan diseberang sana. Budaya hedoism turut disemarakan dengan persembahan konsert hiburan melalui penampilan beberapa penari wanita lucah separuh bogel yang terkinja-kinja dengan iringan muzik yang menggegarkan. baca Yassin la.... sistem kat belakang tu ...power ke tak power! Bayangkanlah konsert tersebut dengan peralatan Sound Systemnya yang cukup canggih yang layak diadakan di sebuah stadium , tetapi diadakan bersebelahan dengan majlis pelancaran Bersih 3.00 dengan hanya dipisahakan oleh sebatang jalan raya! Bukan setakad mengadakan konsert lucah yang hingar bangar itu sahaja, malah pihak desperado tersebut turut mengadakan tarian singa dan melancarkan 'bunga api' yang berdentum dentam, menyebabkan sedikit gangguan di pihak PR. gangguan tersebut.Sabar sungguh mereka ini Campur tangan pihak polis malam tadi, tidak banyak membantu. Walaupun pihak mereka akur menurunkan kadar volume sound system mereka, lama kelamaan ianya kembali kepada asal semula.Hancus! Sungguh ia adalah satu provokasi yang keterlaluan oleh pihak desperado tersebut. Polis hanya menjadi penonton sahaja tidak bertegas dengan tindakan mereka. "Kami hanya sebagai orang tengah sahaja", jelas seorang SB kepada saya tanpa penjelasan lanjut. Menurut beberapa hadirin, khemah mula dipasang oleh lewat jam 6.00 petang. Mereka kata lori MBI di situ. Apakah MBI turut bersekongkol dengan kerja-kerja mungkar tersebut? Konsert tersebut telah ditaja sepenuhnya oleh Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman.Ini merupakan kali ke-7 dimana majlis Pakatan Rakyat cuba diganggu dengan cara yang seumpamanya. Di Sungai Rokam, 19 April lepas, Hamidah mengadakan bacaan Yasin berhampiran tempat ceramah kami yang diwarwarkan.Mujurlah kami mempunyai pelan B dan berjaya menggagalkan rancangan jahat Hamidah tersebut.Hamidah terasa dirinya terkanjai dan malu dengan kegagalannya itu. Maka demi untuk menebus kemaluan tersebut, kali ini entah berapa peruntukan yang habis belanjakan semata-mata mahu membalas dendam untuk menebus kemaluannya tersebut. sangat memberangsangkan Pada mulanya ramai yang tertunggu-tunggu kehadiran Hamidah untuk melihat beliau merasmikan majlis tersebut. Namun beliau tidak hadir hingga ke sudah. Walaupun tanpa kelibat sosok Hamidah pada malam itu, orang ramai sangat menyedari bahawa itu semua adalah kerja jahat dari Ketua Wanita Umno Perak, Adun Sungai Rapat. Siapa lagi kalau bukan Hamidah Osman. mendengar ceramah pemimpin PR Hamidah tidak perlulah cuba untuk menafikan perkara tersebut. Ia adalah rentetan dari beberapa beberapa kejadian yang pernah dia lakukan. Ibarat berak ditengah jalan, bermati-matian Hamidah akan menafikan berak itu dia yang punya! |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan