Kerabu Bersuara ® |
- SEMPENA PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG KE 14
- Task force: Jangan pekak pendedahan Mahfuz
- Pecah rumah kerabat: 5 lelaki Indonesia diberkas
- Proton Denies Syed Zainal Abidin Quit As Group Managing Director
- Terkini: Dato’ Sri Syed Zainal tinggalkan Proton?
- Hebahan Media: Ceramah Menjelang PRU 13. Penampilan Tan Sri Abdul Sheikh Fadzir
- 1 Kelantan atasi 1 Malaysia?
- 10 Minit: Rakyat semakin cenderung kepada Pakatan
SEMPENA PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG KE 14 Posted: 10 Apr 2012 05:32 AM PDT
|
Task force: Jangan pekak pendedahan Mahfuz Posted: 10 Apr 2012 04:23 AM PDT
|
Pecah rumah kerabat: 5 lelaki Indonesia diberkas Posted: 10 Apr 2012 04:06 AM PDT
|
Proton Denies Syed Zainal Abidin Quit As Group Managing Director Posted: 09 Apr 2012 11:33 PM PDT
|
Terkini: Dato’ Sri Syed Zainal tinggalkan Proton? Posted: 09 Apr 2012 09:46 PM PDT Ini memang berita yang amat mendukacitakan dan mengejutkan. Pengarah Urusan Proton, Dato' Sri Syed Zainal Abidin bakal meletakkan jawatannya dalam syarikat tersebut. Berita mengenainya telah dibuat oleh The Edge hari ini. Difahamkan akan ada lagi pegawai yang bakal meletakkan jawatan selepas ini. Setakat ini belum ada pengesahan dibuat oleh pihak Media Proton mengenai berita ini. Nantikan pengumuman rasmi yang akan dibuat dalam masa yang terdekat. Berita yang amat menyedihkan jika perkara yang sampai ke telinga kami ini betul. Apa-apa pun kita tunggu kenyataan terdekat ini. |
Hebahan Media: Ceramah Menjelang PRU 13. Penampilan Tan Sri Abdul Sheikh Fadzir Posted: 09 Apr 2012 09:18 PM PDT |
Posted: 09 Apr 2012 07:27 PM PDT 10 APRIL — Demikian pertanyaan nakal yang timbul walaupun saya hanya berada di Kota Baru, Kelantan pada 11-14 Mac 2012 untuk meninjau serta melihat sendiri keadan sebenar di sana. Secara kebetulan, tahun ini adalah Tahun Melawat Kelantan. Saya berpeluang bertemu beberapa individu — penulis dan bukan penulis — yang sudi berkongsi pelbagai kisah dan maklumat yang tentu sahaja sukar dan sedikit mustahil dapat diperoleh jika saya tidak datang sendiri ke "bandar raya Islam" ini. Malah, saya juga amat bertuah kerana mendapat rezeki untuk bertemu dan mengadakan perbincangan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tok Guru) di kediaman rasmi beliau. Selanjutnya.. |
10 Minit: Rakyat semakin cenderung kepada Pakatan Posted: 09 Apr 2012 07:25 PM PDT Roketkini menemu bual Ahli Parlimen DAP Teluk Intan, M. Manogaran tentang isu-isu semasa, termasuk semangat rakyat Malaysia di Perak yang dahagakan perubahan serta mahu Pakatan Rakyat kembali memimpin negeri tersebut. Ada yang mengkritik Buku Jingga sebagai retorik Pakatan Rakyat semata-mata. Adakah bernas kritikan itu? Pertama sekali, Buku Jingga dikritik oleh pihak Barisan Nasional oleh sebab mereka tidak mengambil tahu secara terperinci mengenai buku ini samada ia retorik semata-mata atau sebagai sebuah syor kepada seluruh rakyat Malaysia untuk masa hadapan yang adil. Apa yang saya lihat, tawaran dari Buku Jingga berlainan dari amalan yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Sebab itulah mereka tidak selesa terhadap Buku Jingga kerana tawaran Buku Jingga melangkaui batas kaum. Dalam Buku Jingga, seluruh rakyat Malaysia boleh menikmati satu suasana yang adil, sebuah peluang yang saksama untuk mereka yang bekerja dan mengambil bahagian dalam arus pembangunan negara. Itulah kelainan Buku Jingga dengan polisi-polisi Barisan Nasional yang banyak menjurus kepada perkauman. Buku Jingga lebih menjurus kepada kehendak rakyat. Jika seseorang rakyat berkelayakan… miskin… tidak kira bangsa… mereka akan menikmati bantuan dan akan bersama dalam arus pembangunan negara kita. Bukan melalui pilih kasih seperti amalan Barisan Nasional. Rakyat mesti faham, Buku Jingga ini bukan satu retorik, ia boleh dilaksanakan secara praktikal jika (Pakatan Rakyat) diberi peluang memerintah; boleh dibawa ke pentadbiran untuk ubah polisi-polisi yang ada sekarang; lebih meresap kepada rakyat yang miskin yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Sebagai contoh, rakyat yang berada di kawasan luar bandar seperti Teluk Intan. Jika kita perhatikan, di Teluk Intan rakyat yang paling miskin adalah Melayu; bukan kaum lain. Cina ada [yang miskin], India pun ada [yang miskin], tapi yang paling miskin, paling teruk adalah Melayu seperti di Kampong Keretapi, Kampung Bahagia, Kampung Ayer Hitam…sehingga kini selalu banjir, apakah ada rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah banjir ini? Ada juga rumah-rumah di kampung Melayu kalau dua tiga orang naik sekali di atas tangga, ia akan runtuh. Betul! Ini kawasan saya dan saya amat sedih. Saya fikir Barisan Nasional akan jaga kawasan Melayu. Tidak! Melayu pun dia (tak jaga) sama juga. Jadi, untuk persoalan masa depan, lebih baik kita pergi jauh dari konsep perkauman ini. Ia tidak bagus untuk negara kita. Lebih baik kita menjuruskan kepada keperluan. Jika ada masyarat Melayu, Cina, India, Iban atau Orang Asli perlukan pertolongan, kita harus bantu. Sekiranya begini, lebih ramai msyarakat Melayu juga akan menikmati pembangunan atau bantuan. Kita tidak mahu lihat isu perkauman ini dimainkan. Saya yakin Buku Jingga ada jawapannya untuk seluruh rakyat, sama ada isu mikro atau makro, dari sudut hak-hak manusia, dari sudut demokrasi, dari sudut perundangan… Macam baru-baru ini kes Imam Hoslan yang membaling kasut kepada hakim sebab beliau tidak dapat keadilan sewajarnya. Memanglah saya setuju baling kasut terhadap hakim tidak dapat diterima. Tetapi mengapa beliau berbuat begitu? Mengapa beliau terlalu kecewa sehingga membaling kasut terhadap hakim? Sudah tentu beliau tahu ia adalah satu kesalahan dan telah mengaku bersalah. Sebagai imam beliau sedar dirinya bersalah (kerana membaling kasut). Tetapi, apa boleh dibuat lagi jika sistem keadilan ini tidak membawa keadilan kepada beliau. Kisah beliau ini menimbulkan persoalan kepada rakyat Malaysia: bolehkah kita mendapat keadilan di mahkamah-mahkamah kita? Bagaimana harapan Pakatan Rakyat, malah DAP sendiri, selepas rampasan kuasa Perak oleh BN pda 2009? Saya rasa rakyat Malaysia akan menyebelahi Pakatan Rakyat sebab rakyat mahu perubahan. Di mana sahaja saya pergi – bukan semata-mata di Teluk Intan – saya dapat melihat rakyat mahukan satu perubahan. Apabila saya bertanya kenapa mereka mahukan perubahan? Mereka menjawab, "Sudahlah…55 tahun… kita mahu beri kepada Pakatan Rakyat satu peluang untuk melaksanakan Buku Jingga [dan lihat] apakah ia benar-benar telus dan adil." Itulah yang rakyat mahu. Rakyat dahagakan keadilan! Bagaimana pula saudara melihat keinginan perubahan rakyat di Sabah dan Sarawak. Bagaimana isu ini dapat dikembangkan di sana? Di Sabah dan Sarawak kita boleh, jika pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat turun dan menyampaikan polisi-polisi yang telah kita laksanakan di Selangor dan Pulau Pinang. Sekarang mereka mungkin tidak tahu. Sumber maklumat tidak ada. Di Johor, semasa saya pergi ke Tenang; kawasan estet India, mereka tidak tahu mengenai air percuma di Selangor. Apabila maklumat ini sampai kepada mereka, mereka terkejut dan mempersoalkan pula mengapa di Johor air tidak percuma? – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan