Khamis, 5 April 2012

Biaqpila

Biaqpila


SERANGAN MALWARE - BLOGLIST DIPERBAHARUI

Posted: 05 Apr 2012 05:00 PM PDT




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 TIANG RM25

MOGA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI DALAM RAHMAT ALLAH SWT SERTA DIBERIKAN HIDAYAHNYA SEMPENA HARI JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI INI.INSYAALLAH.

SENARAI BLOGLIST DI BLOG INI TELAH DIPERBAHARUI EKORAN JANGKITAN MALWARE DARIPADA BLOG YANG TERDAPAT DI DALAM BLOGLIST LAMA.

KINI PENGUNJUNG YANG MENGGUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME BOLEH MELAYARI BLOG INI TANPA SEBARANG MASALAH LAGI.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU,JIKA MANA-MANA BLOG YANG TERCICIR DARI SENARAI BARU INI DIHARAPKAN DAPAT MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK URUSETIA SERANGAN MALWARE BIAQPILA INC. SECEPAT MUNGKIN.

UNTUK PENGETAHUAN ANDA,SEBELUM INI KAMI MEMPUNYAI 646 LINK DI DALAM SATU BLOGLIST,NAMUN KINI SETIAP BLOGLIST HANYA BOLEH MEMUATKAN SEBANYAK 166 BLOG SAHAJA (JIKA LEBIH IANYA TIDAK BOLEH DI'SAVE').SETAKAT INI,PIHAK KAMI CUMA MENGAMBIL 267 LINK BLOG YANG AKTIF DAN DIMASUKKAN KE DALAM 2 BLOGLIST BARU TERSEBUT.

SEBARANG PERTANYAAN SILA EMAIL KEPADA: biaqpila(at)gmail.com

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.HARAP MAKLUM

IKLAN: UNTUK BERIKLAN DI BLOG INI TUAN-PUAN BOLEHLAH BERHUBUNG MELALUI EMAIL SEPERTI DI ATAS.

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

TANDA-TANDA GANGGUAN JIN

Posted: 05 Apr 2012 05:00 AM PDT


Ketika tidur

*Dihimpit sesuatu ketika tidur.
*Bunyi gigi ketika tidur.
*Mimpi bayi atau budak kecil yang disayangi ketika tidur.
*Mimpi binatang berbisa seperti ular, kala jengking dll.
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
*Terdengar suara orang datang menyergah ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda 'meniduri' ketika tidur.
*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau.
*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.


Ketika jaga

*Sakit tulang belakang.
*Sakit kepala luar biasa.
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori.
*Takut tidak bersebab.
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan.
*Sesak nafas waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman.
*Pengsan dan sawan tanpa sebab.
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab.
*Sakit tulang empat kerat.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
*Gelisah ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati.
*Nampak bayang-bayang melintas.
*Sukar lelapkan mata.
*Terasa ada benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada anggota badan.

rawatanislam2u

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK



UGUT BUNUH JIKA GANTUNG BENDERA PAS

Posted: 05 Apr 2012 12:00 AM PDT



MELAKA: Seorang isteri kepada seorang penduduk di Kg. Bukit Baru ini hidup dalam ketakutan apabila suaminya telah diugut bunuh oleh tiga lelaki dipercayai orang kuat UMNO di sini semalam ekoran daripada tindakan mengantung bendera PAS dihadapan rumahnya.

Tiga lelaki tersebut juga turut mengoyak bendera PAS yang digantung dihadapan rumahnya.

Berikutan daripada itu isteri beliau telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Baru kerana bimbang terhadap terhadap keselamatan beliau dan suaminya.

Semasa kejadian tersebut suaminya yang dikenali sebagai Said tiada dirumah kerana bekerja. Kejadian tersebut berlaku dalam pukul 1.30 tengahari.

Dalam report tersebut, isteri beliau menyatakan salah seorang dari tiga lelaki berkenaan mengeluarkan ugutan bunuh "Mana said, aku nak jumpa dengan dia, aku dendam dengan dia, aku nak bunuh dia".


Bendera dan banner yang dipasang semula

Menurut suami beliau yang mahu dikenali sebagai Said berkata ia mungkin berpunca dari sakit hati yang keterlaluan terhadap tindakannya mengantung bendera PAS di hadapan rumahnya.

"Mereka memang terkenal adalah orang kuat UMNO disini" ujar beliau lagi.

Dun Bukit Baru ini diwakili oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Muhammad Rustam sebagai adun disini.

yusofwahab

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

MODEL BARU PROTON - PREVE

Posted: 04 Apr 2012 11:19 PM PDT








preve-front

PUTRAJAYA: Teka teki nama sebenar model kereta terbaru Proton akhirnya terjawab apabila Proton Holdings Berhad (Proton) mengumumkan Proton Preve sebagai model terbaru keluarannya yang selama ini menggunakan kod P3-21A.


Nama Preve yang diambil daripada perkataan Inggeris, Proof (bukti) ini membawa mesej bahawa kereta itu adalah bukti kepada visi dan komitmen Proton yang berterusan.
Preve model baru Proton

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, nama tersebut juga adalah seiring dengan hasrat Proton untuk membawa Proton Preve ke peringkat global.


“Jika ingin ke peringkat global, nama yang dipilih juga haruslah sesuai dan bersifat antarabangsa. Justeru itu, kami memilih Preve bagi membuktikan ianya lebih bermakna,”katanya selepas majlis pandu uji Proton Preve bersama media disini, hari ini.


Dengan berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa, Proton Preve disasarkan untuk pengguna yang sudah berkahwin berusia di antara 20 hingga lewat 40 tahun serta untuk mereka yang ingin memiliki kereta tambahan.


Menggunakan enjin 1.6 Liter, dan teknologi RESS (kejuruteraan boleh dipercayai dan sistem keselamatan) yang akan memastikan pemanduan dan pengendalian yang cemerlang, model ini turut direka bagi mencapai standard kualiti seperti Jepun.


Didatangkan dengan tiga varian pada harga bermula daripada RM62,000 sehingga RM75,000, dan enam pilihan warna, Proton Preve akan dilancarkan sedikit masa lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Sementara itu, Proton Preve akan mula memasuki pasaran Asia dalam tempoh tiga bulan selepas pelancarannya di Malaysia dan menyasarkan jumlah eksport menyumbang lebih 30 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan model Proton untuk tahun ini.
-sinarharian-




gigitankerengga


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

HIMPUNAN HIJAU KUNING 28 APRIL

Posted: 04 Apr 2012 06:00 PM PDT



DATARAN MERDEKA PASTI MERIAH
DENGAN WARNA HIJAU DAN KUNING
BILA HIMPUNAN BERSIH BERBAJU KUNING
SERTA HIMPUNAN HIJAU BERBAJU HIJAU
BERHIMPUN MENUNTUT PILIHANRAYA YANG BERSIH
BERGABUNG MEMPERTAHANKAN ALAM SEKITAR YANG SELAMAT

BERSIH 3.0 sasar 500,000 sertai himpunan 28 April

Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.

Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu turut menganggarkan 500,000 orang dijangka menyertainya kali ini.

DAN INI SATU LAGI ACARA PADA HARI DAN TEMPAT YANG SAMA...

Himpunan Hijau 3.0 juga 28 April

Penganjur perhimpunan membantah loji nadir bumi Lynas, Himpunan Hijau mengumkan bahawa perhimpunan tersebut diadakan bersama dengan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin berkata langkah itu diambil kerana gerakan tersebut percaya bahawa isu alam sekitar yang ditimbulkannya adalah berpunca daripada kerajaan yang "kotor."

"Kerjasama dengan BERSIH 2.0 sangat logik dan penting kerana alam sekitar yang bersih hanya boleh dicapai oleh kerajaan yang bersih," katanya dalam satu sidang media BERSIH 2.0 hari ini.

Beliau turut membacakan kenyataan pengerusi jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Wong Tack yang antara lainnya berkata, badan tersebut sedang memperincikan rancangan untuk "Himpunan Hijau 3.0" itu.

"Keputusan rakyat muktamad. Lynas mesti keluar," katanya.

Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan di bandar tersebut pada 26 Februari lalu menarik kehadiran 15,000 orang.-MK

JANGAN LUPA TARIKH 28 APRIL INI
RAMAI-RAMAI KITA HIJAU KUNINGKAN IBUKOTA
KAH! KAH! KAH!

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: