Khamis, 5 April 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Terkini! Gambar Akhbar Harakah Yang Di Dalam Ada Ayat Al Quran Dan Hadis Dipijak Penyokong Umno!

Posted: 05 Apr 2012 04:41 AM PDT

Betul la kata-kata mahathir yang mengapa ramai golongan profesional dan intelek lebih suka masuk pas daripada parti umno.

Korang tengok la apa yang penyokong umno buat. Korang tak tahu ke yang kat dalam tu ada banyak ayat al quran dan hadis nabi? Sebab tu orang suruh korang baca!

Bangang betul! Cakap dok putrajaya, pusat orang yang cerdik pandai. Benda macam ni pun jadi jahil.

Kalau nak marah atau tak puas hati, korang lawan dengan hujah la.

Bodoh!

Betul Ke Pelakon Vateran Mamu Mydin Sertai PAS?

Posted: 05 Apr 2012 04:12 AM PDT

Kalau la betul pasal berita ni. Allahuakhbar!

Makin ramai orang nak dekati Islam dan yakin Allah sahaja yang dapat memberi pertolongan dunia dan akhirat.

Sokong Pas, Islam berkembang mekar!

KEADILAN dedah NFC cuba jual aset yang sepatutnya dibekukan

Posted: 05 Apr 2012 03:15 AM PDT


Apr 5 2012 / Keadilan Daily
(Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 5 April: KEADILAN mendedahkan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil cuba mengatur urusniaga bagi melupuskan hartanah-hartanah milik NFC yang sepatutnya dibekukan.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata NFC kini sedang memuktamadkan penjualan tiga hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd (Insun Development) pada harga RM3 juta.

Menurutnya, penjualan aset itu menandakan NFC sekarang sedang gulung tikar dan cuba mendapatkan sebanyak mungkin wang tunai daripada aset-aset mereka.

Ia juga dibuat sebaik sahaja Shahrizat mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak lama dahulu, kata Rafizi.

Rafizi berkata, antara hartanah yang sedang dilupuskan oleh NFC ialah hartanah yang beralamat di B-00-22, Plaza Damas 3, No. 63 Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas Kuala Lumpur. Hartanah itu merupakan tingkat bawah, kedai pejabat tiga tingkat yang bernilai RM1.5 juta.

Hartanah kedua, membabitkan B-01-22 Plaza Damas 3, No. 63 Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur, iaitu tingkat 1 kedai pejabat tiga tingkat bernilai RM759,000.

Hartanah ketiga pula, melibatkan, B-02-22 Plaza Damas No. 63, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Tingkat 2, Bangunan kedai tiga tingkat bernilai RM741,000.

Menurutnya, urusniaga RM3 juta itu disahkan Insun Development yang beralamat di 15-5, Signature Office The Boulevard, Mid Valley City Kuala Lumpur manakala peguam yang bertindak bagi pihak pembeli ialah Heng & Co, No 30 Lorong Maarof, Bangsar Park, Kuala Lumpur.

"Harga pasaran bagi ketiga-tiga hartanah ini berjumlah RM4 juta tetapi pelupusan ini mendapat diskaun sebanyak 25 peratus. Saya membidas sekeras-kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membenarkan urusniaga ini terutama apabila pelupusan dibuat pada harga yang lebih rendah.

"Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam sebanyak RM250 juta, untuk mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak," katanya.

Rafizi berkata, jika penjualan aset itu boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ia bermakna perkara sama boleh berlaku terhadap lima aset lain dimiliki keluarga Shahrizat yang dianggarkan bernilai RM73juta.

Hartanah itu ialah Kondominium One Menerong berjumlah RM14 juta, dua lot tanah di Putrajaya (RM3 juta), Kondominium Orchard Scots (RM10 juta), dua kondominium di Marina Bay Suites (RM34 juta) dan lapan unit kedai pejabat di KL Eco city (RM12 juta).

"Urusniaga melupuskan harta-harta milik keluarga Shahrizat ini membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa asset NFC telah dibekukan pada 14 Januari lalu," katanya.

10 Ribu Warga Putrajaya Hadiri Upacara Membakar Akhbar HARAKAH

Posted: 04 Apr 2012 11:48 PM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/548351_353327534704525_100000818438643_901027_1425166908_n.jpg

Dikhabarkan keadaan semakin sesak dan ramai yang pulang untuk menghadiri upacara ini. Orang kuat Umno Putrajaya pun dok ada sekali.


Oleh kerana ramai yang terlibat dan kemungkinan api besar, pihak yang bertanggungjawab menyediakan 5 buah kereta bomba sebagai persediaan jika berlaku perkara yang tidak diingini.


kahkahkahhkahkahkahkahkahkah.

Pergantungan Tan Sri Annuar Musa : Pemuda Lahirkan Simpati

Posted: 04 Apr 2012 09:42 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan simpati terhadap nasib yang menimpa Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang digantung selama dua tahun enam bulan dari terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri. Beliau dikenakan tindakan demikian setelah Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapati beliau bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat.

DPPNK secara dasarnya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku badan induk tertinggi sukan bola sepak Malaysia itu namun di dalam masa yang sama melihat bahawa keputusan ini merupakan satu kerugian kepada sukan bola sepak negara. Ini kerana beliau dilihat sebagai seorang individu yang berpotensi untuk memajukan sukan bolasepak tanah air sebagaimana yang dilakukan oleh beliau di Kelantan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Rakyat tentunya amat kecewa sekiranya ada unsur politicking di dalam keputusan ini. DPPNK sejak dulu lagi menentang sebarang unsur mempolitikkan sukan khususnya bola sepak yang diminati ramai dalam apa jua bentuk sekalipun. Justeru, DPPNK satu ketika dulu mengecam tindakan mengarak Piala Malaysia yang dimenangi oleh pasukan Kelantan pada tahun 2010 ke kawasan pilihanraya kecil DUN Galas untuk kepentingan politik pihak tertentu.

DPPNK amat berharap agar kemelut pergantungan yang melibatkan Tan Sri Annuar Musa ini dapat dijernihkan. Sesungguhnya, pergantungan beliau merupakan satu kerugian yang besar kepada bola sepak negara khususnya negeri Kelantan. Kepada Tan Sri Annuar Musa, DPPNK ucapkan semoga bersabar dan menempuhi saat-saat ini dengan tenang dan tabah.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD NAJIB BIN DERIS,

Pengerusi Bahagian Sukan, Seni dan Budaya (DACS)

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 5 April 2012

Tiada ulasan: