Khamis, 5 April 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki Bawah Pengaruh Dadah Ugut Mahu Bunuh Isteri

Posted: 05 Apr 2012 08:30 AM PDT


Seorang lelaki mengacu sebilah pisau ke leher isterinya dalam suasana tegang ketika berunding dengan pihak polis.

Sakdawut Hamsiri, 30, menjadikan isterinya yang dalam ketakutan sebagai tebusan selama enam jam di tepi sebatang jalan di Bangkok.

Lelaki itu didakwa berada bawah pengaruh dadah ketika mengacu pisau sepanjang 10 inci di leher Thawee Naiyanit.

Sewaktu rundingan, Hamsiri telah menolak permintaan polis agar dia melepaskan isterinya. Dia bagaimanapun berjaya diberkas polis selepas dijatuhkan dengan renjatan elektrik daripada senjata taser. Dia telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. -DCM/TS


Semakin dekat PRU, Semakin Terdesak MP Katak...Contoh...

Posted: 05 Apr 2012 07:13 AM PDT

Klik untuk baca.

Ahli Parlimen low class.

Sudahlah mengkhianati kepercayaan rakyat yang mengundinya atas tiket parti lamanya, MP ini merancang membuang masa berharga Parlimen dengan mengusulkan perkara yang berkait rapat dengan fitnah, dendam peribadi, dan kepentingan musuh politik parti lamanya.

Betul dia tidak menyebut nama, tetapi semua orang tahu pihak yang dimaksudkannya.

  Kalau mahu berhujah, berhujahlah tentang dasar, polisi, bukannya menyerang peribadi sehingga memfitnah orang. Bantailah mana yang silap tentang dasar yang diperjuangkan oleh pembangkang. Berhujahlah dengan fakta dan data yang benas. 

Kalau puak ini kononnya mengaku bebas benar-benar bebas, sudah tentu mereka akan bersama-sama membentangkan usul mendesak kerajaan menjalankan usaha membersihkan SPR dan daftar pemilih, menggesa siasatan terhadap dakwaan projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing, membongkar skandal lembu dan salah laku pemimpin yang merugikan wang rakyat, dan isu-isu lain untuk kepentingan rakyat dan negara.

Orang tahu puak ini semakin terdesak untuk melobi Najib agar dicalonkan dalam PRU13. Bodek tahap maut. Jangan mimpilah! Belum lagi PRU, rakyat sudah menolak mereka. Najib pun tahu akan hal ini.

Low class!


Pasangan Doktor Kurung Pembantu Rumah Bawah Umur Sebelum Pergi Bercuti

Posted: 05 Apr 2012 06:24 AM PDT



Polis India menahan pasangan doktor pada hari Rabu lalu kerana didakwa mengurung pembantu rumah mereka yang berusia 13 tahun ketika mereka pergi bercuti. Kes yang dikaitkan dengan penderaan pembantu rumah bawah umur itu hangat diperkatakan di media.

Pihak polis berkata, pasangan doktor kaya-raya itu mengurung remaja itu di kondominium mereka di New Delhi bulan lepas dengan bekalan makanan yang sedikit sebelum mereka bertolak ke Thailand untuk bercuti.
 
Timbalan Pesuruhjaya Polis A.K. Ojha berkata polis menahan pasangan yang berikutan maklumat yang diterima selepas pasangan itu dikatakan bersembunyi sekembali daripada percutian hujung Mac lalu.

Gadis itu telah diselamatkan oleh pasukan bomba selepas empat hari ditinggalkan apabila jiran mendapatinya menangis di balkoni kondominium. Kejadian itu telah menjadi tajuk berita utama sejak hujung minggu lalu.

Gadis itu menuduh majikannya, Sanjay dan Sumita Verma, memukul dan menarik rambutnya. Pasangan itu juga didakwa memasang kamera litar tertutup untuk memantau pergerakannya. -DCM/Agensi

P/s: Kaya tetapi kejam!


PKR Dedah Syarikat Keluarga Sharizat Cuba Lupus Harta yang Sepatutnya Dibekukan

Posted: 05 Apr 2012 05:18 AM PDT



[KD] KUALA LUMPUR 5 April: KEADILAN mendedahkan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil cuba mengatur urus niaga bagi melupuskan hartanah-hartanah milik NFC yang sepatutnya dibekukan.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata NFC kini sedang memuktamadkan penjualan tiga hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd (Insun Development) pada harga RM3 juta.

Menurutnya, penjualan aset itu menandakan NFC sekarang sedang gulung tikar dan cuba mendapatkan sebanyak mungkin wang tunai daripada aset-aset mereka.

Ia juga dibuat sebaik sahaja Shahrizat mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak lama dahulu, kata Rafizi.

Rafizi berkata, antara hartanah yang sedang dilupuskan oleh NFC ialah hartanah yang beralamat di B-00-22, Plaza Damas 3, No. 63 Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas Kuala Lumpur. Hartanah itu merupakan tingkat bawah, kedai pejabat tiga tingkat yang bernilai RM1.5 juta.

Hartanah kedua, membabitkan B-01-22 Plaza Damas 3, No. 63 Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur, iaitu tingkat 1 kedai pejabat tiga tingkat bernilai RM759,000.

Hartanah ketiga pula, melibatkan, B-02-22 Plaza Damas No. 63, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Tingkat 2, Bangunan kedai tiga tingkat bernilai RM741,000.

Menurutnya, urusniaga RM3 juta itu disahkan Insun Development yang beralamat di 15-5, Signature Office The Boulevard, Mid Valley City Kuala Lumpur manakala peguam yang bertindak bagi pihak pembeli ialah Heng & Co, No 30 Lorong Maarof, Bangsar Park, Kuala Lumpur.

"Harga pasaran bagi ketiga-tiga hartanah ini berjumlah RM4 juta tetapi pelupusan ini mendapat diskaun sebanyak 25 peratus. Saya membidas sekeras-kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membenarkan urusniaga ini terutama apabila pelupusan dibuat pada harga yang lebih rendah.

"Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam sebanyak RM250 juta, untuk mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak," katanya.

Rafizi berkata, jika penjualan aset itu boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ia bermakna perkara sama boleh berlaku terhadap lima aset lain dimiliki keluarga Shahrizat yang dianggarkan bernilai RM73juta.

Hartanah itu ialah Kondominium One Menerong berjumlah RM14 juta, dua lot tanah di Putrajaya (RM3 juta), Kondominium Orchard Scots (RM10 juta), dua kondominium di Marina Bay Suites (RM34 juta) dan lapan unit kedai pejabat di KL Eco city (RM12 juta).

"Urusniaga melupuskan harta-harta milik keluarga Shahrizat ini membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa asset NFC telah dibekukan pada 14 Januari lalu," katanya.

[PANAS] Muat Turun Debat Lynas yang Dibatalkan Siarannya oleh RTM

Posted: 05 Apr 2012 12:12 AM PDT

Bukan pengecut konon!

[KD] KUALA LUMPUR 4 April: RTM bertindak membatalkan penyiaran Program Bicara Rakyat berkenaan isu Lynas, yang membariskan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan; dan Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah, Tan Keng Liang sebagai ahli panel.

Ahli Kuantan Environmental Watch Group, Soo Jin Hou berkata, debat itu diadakan pada 16 Mac, dan sepatutnya disiarkan di saluran RTM1 pada 23 Mac lalu.

"Maklum balas dari peserta yang hadir meyakinkan kami bahawa siaran itu dibatalkan kerana Raja Abdul Aziz dan Tan kalah dalam debat tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, satu laporan dibuat kepada kepada Center of Journalism (CIJ) berhubung perkara ini.

Mereka berharap CIJ dapat mendesak RTM untuk menyiarkan program itu nanti demi manfaat orang ramai.

Turut dilampirkan bersama kenyataan itu adalah pautan untuk rakaman audio program Bicara Rakyat.

Pautannya adalah seperti yang berikut:

Nama fail: LynasPart1.mp3
Saiz fail: 19.9 MB
Nama fail: LynasPart2.wav
Saiz fail: 18 MB

Nama fail: LynasPart3.mp3
Saiz fail: 29.1 MB



Kerana Ketua Ajaran Sesat, Pengikut Sanggup Serah Isteri

Posted: 04 Apr 2012 09:53 PM PDT


[SH] SHAH ALAM - Wajah muda, penampilan menarik, malah petah berkata-kata.

Itu daya penarik dimiliki Ahmad, lelaki didakwa penggerak utama sebuah ajaran diragui hala tujunya dikenali Ajaran Ahmad 100.

Kelebihan dimiliki itu diguna sepenuhnya Ahmad untuk mempopularkan ajarannya yang berpusat di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menerusi gerak kerja merekrut pengikut seluruh negara menerusi konsep ceramah berunsur agama dengan dilazatkan dengan kata-kata manis berunsur nasihat.

Bergerak secara sulit menerusi beberapa siri pertemuan rahsia di kediaman terbabit bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, misi Ahmad selaku penggerak utama ajaran tersebut ialah mahu melahirkan 25 pengikut yang beriman selain bernafsu menikahi 13 wanita.

Pelik dan meragukan! Malah, menerusi siasatan Sinar Harian berdasarkan maklumat diterima, Ajaran Ahmad 100 banyak mengetengahkan kelicikan dan kehebatan Ahmad bermain kata-kata. Dalam erti kata lain, 'ayat power' Ahmad ini berjaya mempengaruhi ramai pengikut hingga ada sanggup menggadaikan isteri semata-mata mahu menjadi pengikut taat dan diberkati.

Berdasarkan pengakuan beberapa bekas pengikut kepada Sinar Harian, mereka sanggup menyerahkan isteri masing-masing sebagai pemuas nafsu Ahmad menerusi perkahwinan batin selepas terpengaruh janji kurniaan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

"Kami jahil agama, kami terpesona dengan 'kejujuran' Ahmad 100, tetapi akhirnya kami terpedaya, isteri kami jadi mangsa nafsunya." Itulah antara luahan kekesalan bekas pengikut termasuk salah seorangnya mengalirkan air mata sedih berbaur kesal dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini.

Pada pertemuan itu juga, bekas pengikut Ahmad 100 ini juga mendedahkan, isteri masing-masing diserahkan kepada Ahmad untuk dikahwini secara batin dan sekiranya isteri mereka gagal memikat dan menaikkan nafsu syahwatnya, Ahmad akan menceraikannya dan dibuang daripada kumpulan dengan alasan dia tidak layak menjadi pengikutnya.

Paling tidak masuk akal, Ahmad ini juga didakwa mengelirukan pengikutnya apabila mengakui diri sebagai Imam Mahdi yang mempunyai mukjizat boleh bertemu Malaikat, ALLAH serta mendakwa dia adalah pemimpin alam jin menerusi wahyu diturunkan kepadanya.

Rumah tangga hancur lebur

Salah seorang daripada bekas pengikutnya yang dikenali sebagai Abu (bukan nama sebenar), 37, yang kini terpaksa menerima hakikat rumah tangganya musnah gara-gara ajaran sesat itu.

Abu berkata, pada awalnya dia tertarik menyertai kumpulan itu selepas kagum dengan cara Ahmad yang menasihatinya supaya menjadi orang diredai dan dikasihi ALLAH SWT.

"Kami bertemu di sebuah restoran pada mulanya mahu membincangkan bab pengurusan kewangan dan kemudian bertukar ke topik hukum merokok menyebabkan saya yakin dengannya kerana setiap kata-katanya berlandaskan al-Quran malah dia anggap diri saya kafir dan memerlukan bimbingan dan perlu menempuh ujian untuk menjadi seorang yang beriman," katanya.

Menurutnya, Ahmad yang ketika itu sudah mempunyai dua isteri memberitahu, isteri Abu, Zawiyah, 35, seorang yang baik dan perlu berkahwin dengannya untuk mendapat keberkatan.

"Bermula pada saat itu, saya dan isteri mula dipisahkan secara perlahan-lahan dan licik serta isteri saya tinggal sebilik dengan Ahmad tahun lalu.

"Bagi Ahmad, tidur sebilik dengan isteri saya adalah halal kerana ia adalah satu cara untuk menguji ketaatan dirinya kepada Tuhan dan keadaan itu berlarutan selama setahun sebelum isteri meminta cerai kerana tidak boleh meninggalkan Ahmad," katanya.

Abu berkata, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, isterinya sering berulang-alik dari rumahnya di Kedah ke Kuala Lumpur untuk menemui Ahmad dengan menggunakan alasan­ belajar agama.

"Keadaan bertambah sukar apabila isteri berubah dan menganggap Ahmad adalah segalanya dan sanggup meninggalkan saya dan ibu bapanya semata-mata kerana lelaki itu," katanya.

Dia mula menyedari bahawa ajaran­ Ahmad terpesong, namun gagal berbuat apa-apa kerana setiap pergerakan isterinya dipantau pengikut setia Ahmad.

Lebih memeritkan lagi, Ahmad turut memaksa isterinya menggugurkan kandungan yang berusia 10 minggu dan menetapkan dalil bahawa dirinya tidak boleh memiliki zuriat.

Abu berkata, dia turut dituduh membakar dua kereta milik Ahmad gara-gara cuba membawa Zawiyah pulang ke pangkuannya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, dua laporan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada Februari lalu.


P/s: Kadang-kadang kita rasa pelik dan tertanya-tanya. Mengapa begitu mudahnya orang Islam terjerumus dalam ajaran sesat sehingga melakukan perkara-perkara yang bodoh dan merugikan diri. Walhal kesesatan kumpulan ajaran sesat ini amat mudah untuk dikesan. Kalau tuk guru sudah kemaruk beristeri lebih daripada 4 orang, bukankah sudah jelas sesatnya. Kalau tuk guru miang mahu meratah isteri orang, bukankah jelas sesatnya. Tidakkah perkara-perkara asas seperti itu pun masih ada orang Islam yang tidak tahu dan jahil? Apatah lagi jika seseorang itu mengaku sebagai Imam Mahdi, rasul, dan sebagainya!!

Bingai!



Rebut Lelaki, Pelajar Tingkatan 5 Belasah Pelajar Tingkatan 2 Hingga Pengsan

Posted: 04 Apr 2012 08:31 PM PDT

Sekadar hiasan.

[HM] CHANGLUN: Gara-gara cemburukan seorang junior lebih rapat dengan seorang pelajar lelaki tingkatan empat, pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di sini membelasah pelajar perempuan tingkatan dua dalam tandas sekolah hingga pengsan.

Kejadian berlaku jam 1.45 tengah hari, kelmarin apabila Noor Azwa Sabri, 14, dipanggil pelajar itu yang dipercayai mengesyakinya mempunyai hubungan dengan pelajar lelaki itu.

Menurut Noor Azwa, dia serta rakannya menunggu dijemput ahli keluarga selepas tamat sesi persekolagan untuk pulang ke rumah di Kampung Batu 13, Jalan Sintok, tiba-tiba didatangi beberapa pelajar perempuan, termasuk pelajar senior itu.

"Saya dipanggil masuk ke dalam tandas, dia terus melepaskan geram dengan memukul badan dengan fail berkali-kali dan mengetuk kepala dengan tangan hingga pandangan kelam dan kabur.

"Saya tidak melawan kerana bimbang dia akan memukul lebih teruk kerana dia banyak pengaruh di sekolah, selepas itu saya tidak ingat kerana pengsan dan apabila tersedar sudah berada di bilik guru," katanya. 

Menurutnya, dia tiada hubungan dengan pelajar lelaki berkenaan yang hanya dianggap kawan biasa serta hanya bertegur sapa di sekolah. Beliau berkata, dia tidak tahu niat sebenar pelajar senior itu yang bakal duduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini kerana tidak pernah buat salah atau menyakiti hatinya.

"Sejak saya di tingkatan satu, dia ada memberi amaran supaya tidak mendekati pelajar lelaki itu, tetapi saya hanya mendiamkan diri tidak memberitahu sesiapa termasuk keluarga.

"Kali ini, saya terpaksa membuat laporan kerana bimbang kejadian lebih buruk lagi," katanya.

Menurutnya, itu bukan kali pertama dia dikasari pelajar terbabit sehingga takut untuk ke sekolah.

Dia mendakwa pelajar senior itu pernah menyerang beberapa lagi pelajar perempuan lain tetapi mereka mendiamkan diri kerana bimbang diketahui pihak sekolah atau keluarga.

Difahamkan, pergaduhan itu hanya berlaku antara dua pelajar terbabit kerana pelajar senior itu tidak mahu rakan mangsa dan rakannya sendiri mencampuri urusannya dengan meminta mereka menunggu di luar tandas.

Selepas pelajar itu beredar, rakan mangsa, Norashikin Amran, 14, masuk untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut mendapati mangsa pengsan lalu berlari ke bilik guru untuk memaklumkan kejadian.

Norashikin berkata, dia cuba masuk ke dalam tandas tetapi pelajar senior berkenaan menghalangnya berbuat demikian.

"Saya takut ke sekolah kerana bimbang dia (pelajar senior) tidak berpuas hati dan akan mengganggu kami," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Noor Shahida Abu Bakar, 40, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu pagi semalam, selepas anak keempat daripada tujuh beradik enggan ke sekolah walaupun abang sulungnya yang berusia 18 tahun, menyuruhnya bersiap. Sejak bersekolah di situ, katanya, Noor Azwa seperti takut hendak ke sekolah dan sebelum ini pernah mengadu dibuli pelajar senior tetapi tidak ambil kisah kerana menganggap mungkin hanya salah faham.

"Tapi apabila pelajar senior itu mengasari Noor Azwa, saya tak boleh berdiam diri lalu membuat laporan polis. Saya harap pihak berkuasa, termasuk pengurusan sekolah mengambil tindakan terhadap pelajar berkenaan.

"Saya juga bercadang mengambil tindakan undang-undang kerana anak saya kini tertekan dan trauma," katanya yang turut menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kayu Hitam, Datuk Zaini Japar, semalam.

Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Mansor Lat ketika dihubungi enggan mengulas sehingga laporan diterimanya.

Manakala jurucakap polis mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian terbabit.



P/s: Budak-budak sekarang sudah kemaruk nak berlaki! Silap-silap terbarai di tengah jalan. Habis madu sepah dicampak!



Cina Buta Internet: Duit Dapat, Tubuh Pun Dapat

Posted: 04 Apr 2012 07:54 PM PDT



[HM] JOHOR BAHRU: Sekumpulan lelaki menjadi pak sanggup atau cina buta semata-mata mengidamkan imbuhan lumayan mencecah RM10,000 serta berpeluang bermalam dengan isteri ekspres bagi memuaskan nafsu selama sebulan sebelum diceraikan.

Dengan imbuhan serta pelbagai barangan mewah lain diberikan isteri ekspres masing-masing, kumpulan cina buta terbabit tidak kisah dilabel dengan gelaran itu, malah memberi alasan ia bukan perkara mendatangkan kesalahan kerana segala-galanya dilakukan mengikut syarak.

Bagi memudahkan pelanggan terdesak menghubungi mereka, kumpulan cina buta terbabit mendedahkan identiti serta maklumat peribadi berserta nombor telefon masing-masing dalam laman web.

Seorang daripada cina buta yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, 31, berkata, dia yang berasal dari Tapah, Perak, datang ke bandar raya ini enam tahun lalu sebelum terjebak kegiatan itu setahun kemudian.

Menurutnya, dia mula terjebak kegiatan cina buta apabila menganggur lima bulan sebelum ditawarkan peluang menjadi cina buta kepada seorang kerani yang tinggal di Kuala Lumpur.


P/s: Cerita benar atau rekaan?




Rayuan Gadis Kantoi Khalwat: “Tolong lepaskan kami encik, hanya kali ini sahaja..."

Posted: 04 Apr 2012 06:28 PM PDT



[SH] KOTA BHARU- "Tolong lepaskan kami encik, hanya kali ini sahaja, tolong lah...kami janji lain kali tidak akan buat lagi perkara ini."

Itulah rayuan yang hampir menitiskan air mata dua wanita selepas ditahan pegawai penguat kuasa dalam Operasi Cegah Maksiat kira-kira jam 2 pagi semalam di Jalan Sri Cemerlang.

Dalam serbuan di sebuah hotel bajet itu, salah seorang daripada dua wanita juga penuntut kolej kejururawatan, ditahan bersama pasangan disyaki melakukan perbuatan sumbang di dalam kereta yang diletakkan di tepi bangunan berkenaan.

Malangnya keseronokan wanita berasal dari Besut berusia 20-an yang asyik berasmara bersama teman lelakinya itu dapat dihidu pegawai penguat kuasa walaupun ketika itu enjin kereta dimatikan.

Ketika pegawai penguat kuasa membuka pintu kenderaan itu didapati baju lelaki berumur 20-an yang bekerja sebagai kontraktor tersebut terbuka serta berada dalam keadaan berpeluh dengan alasannya kepanasan dan kelihatan menggelabah.

Di tempat sama, tiga remaja lelaki juga kenalan penuntut kolej terbabit turut disoal siasat berikutan penemuan beg tangan wanita di dalam bilik tersebut yang difahamkan ditinggalkan oleh rakannya setelah mengetahui kehadiran pihak berkuasa selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada seseorang.

Wanita terbabit yang kedua-duanya memakai baju ketat dan tidak bertudung dengan rambutnya diwarnakan memberi alasan dia baru sahaja sampai di hotel tersebut kerana pintu pagar asrama sudah ditutup, lagipun pengawal keselamatan enggan membenarkan mereka masuk.

Pasangan yang ditahan di dalam kereta tersebut diarahkan hadir ke Mahkamah Syariah untuk tindakan lanjut dan kedua-dua wanita itu dihantar semula ke asrama mereka selepas operasi tamat.

Sebelum itu, sebuah pusat karaoke di Jalan Padang Tembak yang dipenuhi pengunjung, juga turut diserbu dan dikenakan kompaun serta denda termasuk merampas kelengkapannya bernilai kira-kira RM2,000.

Operasi yang diketuai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) turut melibatkan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan polis disertai kira-kira 26 anggota.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penguat kuasa MPKB-BRI, Ramly Che Hussin berkata, operasi pencegahan maksiat akan dijalankan setiap masa supaya perkara yang bertentangan dengan tuntutan agama boleh dicegah.



P/s: Kalau tidak bertaubat, adakah mereka akan menggunakan skrip yang sama di depan Allah SWT nanti?


[Video] Treler Diterbangkan Puting Beliung di Dallas, AS

Posted: 04 Apr 2012 05:00 PM PDT


 Baca lanjut di sini.



P/s: Allahuakbar, Allah Maha Besar!

 

Tiada ulasan: