Ahad, 1 April 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kandang Kambing Lebih Baik Dari Sekolah Ini!

Posted: 01 Apr 2012 03:31 AM PDT

Sistem Pendidikan Malaysia Lebih Baik Berbanding Negara Maju - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, menurut Laporan Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.

Sebelum korang baca seterusnya di sini, sila tengok gambar di bawah ini :

Sk Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah Malaysia

Korang fikir-fikirlah sendiri, apa jenis kualiti pendididikan yang Mat Sembab tu cuba temberangkan kepada rakyat. Setelah 50 tahun lebih Umno/BN mentadbir negara, masih ada sekolah macam kandang kambing begini!

Shahril Samad keluar Umno masuk PAS

Posted: 01 Apr 2012 02:13 AM PDT

Khalid Samad tentulah orang yang paling gembira kerana abangnya telah turut jejaknya untuk sama-sama berjuang dalam PAS.

Salehudin Ayub juga turut gembira tentunya. Pertanda jelas, PAS akan menumbangkan Umno di Johor - kubu terkuat dan terakhir!

GEMPAR: Ahli Parlimen Johor Baharu Dato Sharir Samad mengumumkan keluar dari Umno dan menyertai PAS bersama lebih 2,000 orang ahli. Lihat beritanya di sini

update : Sejurus lepas saja saya publish artikel diatas, saya terbaca entri Nota Kecil - Shahrir Samad masuk PAS jenaka 'April fools' - Khalid. Saya call penulisnya dan beliau telah mengesahkan tulisannya itu setelah mendapat penjelasan dari Khalid Samad sendiri.

Tarian Tiang - Apa Hukumnya , Tok Mufti?

Posted: 31 Mar 2012 06:27 PM PDT

Pernahkah korang menonton 'tarian tiang' yang sedang heboh diperkatakan masyarakat? Saya sendiri tidak pernah melihat atau tahu mengenainya.

Tetapi melalui simpanan gambar yang digoogle, saya dapati gambar-gambar yang saya sertakan berikut.

Yang disebelah ini, kelihatan seorang wanita yang walaupun kudung sebelah kakinya mampu melakukan tarian tiang. Perhatikan tiang itu. Tiang itu ...

Sekarang ini pula jom perhatikan gelagat seorang dari kalangan VVIP negara kita sendiri. Seorang yang menggelarkan dirinya sebagai First Lady konon. Gambar ini tanpa diedit dan telah lama tersebar dalam internet.

Lihat tiang tu ...tiang. Mana-mana tarian tiang, begitulah bentuk dan rupanya. Selama ini kita lihat gambar First Lady ini, kita semua tidak menyedari - rupa-rupanya dia sedang melakukan tarian tiang!

Walaupun First Lady kita ini tidak berpakain bikini seperti mana lazimnya penari-penari tiang yang professional mempamerkan aksi-aksi lucah gelagat yang dipamerkan dalam gambar disebelah kanan ini sudah cukup mengiurkan dan menyebabkan kita beristaghfirullah banyak kali...

Tetapi mungkin Tok Mufti Perak kata First Lady kita ini agak bersopan dalam aksi tarian tiangnya ini! Kalau dia pakai tudung , jamin mungkin Tok Mufti kita akan kata Halam jadinya!Entahlah.

Agak-agaklah, jika First Lady kita tu pakai bikini, bagaimanalah ropanya? Sexy? Pergh! Korang sendiri bayangkanlah atau lihatlah di sini

Baru-baru ini, masyarakat digemparkan dengan berita 3 wanita Melayu Islam telah didenda RM25/- kerana melakukan 'Tarian Tiang'.

Kini masyarakat turut tertanya-tanya apa hukumnya 'Tarian Tiang' pula? Menurut laporan, denda dikenakan kerana penari-penari 'tarian tiang' itu menampilkan aksi yang lucah dalam tarian mereka.

Kita harap Tok Mufti Negeri Perak, Sahihus Samahah Datuk Harussani yang pernah begitu lantang keluarkan fatwa mengharamkan tarian Poco-Poco, mengkaji dan mengeluarkan fatwa mengenai tarian tiang oleh dua orang selebriti negara ini.

VVIP yang seorang lagi ini merupakan seorang laki-laki. Siapa lagi kalau bukan Kunta Kinte Zambry? Korang tengok sendiri aksi Kunta Kinte dengan tiang kurafat itu ...Kalau Kunta Kinte ini buat macam First Lady tu, alamat berlaga tiang Yop! Hancor Yop!

Ini pula 'tarian tiang ala Zambry yang Tok Mufti Perak pertahankan ...

Tiada ulasan: