Jumaat, 20 April 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Skandal Menteri: Shafie diberi tempoh seminggu beri penjelasan

Posted: 20 Apr 2012 04:39 AM PDT


KUALA LUMPUR 20 April: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal mempunyai masa kurang tujuh hari dari sekarang untuk memberi penjelasan mengenai skandal membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan 'hubungan intim' mereka.


Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya tidak ada penjelasan daripada menteri terbabit, pihaknya akan membawa kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kami sudah bersedia dengan segala bukti untuk mengheret beliau ke SPRM. Pemberi maklumat juga bersedia tampil untuk menjadi saksi. Kami akan dedahkan perkara ini secara berperingkat-perongkat.

Sekarang ini kami tunggu penjelasan daripada beliau (Shafie Apdal)," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily hari ini.

18 April lalu, Ahli Parlimen Ampang itu mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada pelakon terkenal Zahida Rafik dalam tempoh empat bulan.

Transaksi itu berlaku pada bulan Oktober 2011  iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011  (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)

Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Dalam pada itu, Zuraida sekali lagi menegaskan tidak mahu masuk campur mengenai hubungan intim mereka tetapi mahu menteri berkenaan tampil memberi penjelasan daripada manakah sumber kewangan untuk 'membiayai' seorang artis terkenal.

"Sebagai menteri beliau harus bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida," katanya.


Aktivis Bersih 3.0 ditahan di Pulau Pinang

Posted: 19 Apr 2012 11:30 PM PDT


KUALA LUMPUR, 20 April — Seorang aktivis Bersih 2.0 telah ditahan polis kerana menampal poster Bersih 3.0 di sekitar kawasan kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di negeri terbabit awal pagi tadi.


 Tan Hong Kai, 21, dari Selangor telah ditahan ketika sedang menampal poster berkenaan kira-kira pada jam 2.30 pagi oleh pihak keselamatan universiti sebelum di serahkan kepada pihak polis kerana beliau bukan penuntut institusi pengajian tinggi berkenaan.

Menurut Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Pulau Pinang, Lee Hui Fei, pihaknya sudah menghubungi pihak polis untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tangkapan tersebut, namun sehingga kini, Hong Kai masih lagi belum dibebaskan.

"Peguam telah menghubungi IO (pegawai penyiasat) dan beliau memaklumkan Hong Kai akan ditahan atas kesalahan menceroboh kawasan universiti. Namun begitu, sehingga kini kami masih lagi belum menerima apa-apa berita kerana kami tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan balai polis," katanya .

"Kami hanya menerima SMS daripada Hong Kai yang mengatakan dia ditahan polis selepas itu. Namun kami tidak tahu sama ada dia dibenarkan untuk diikat jamin ataupun direman," jelasnya.

Tambah Lee, pegawai penyiasat telah mengambil keterangan daripada Tan pada jam 6.30 pagi tadi, namun pihaknya masih lagi tidak mengetahui status situasai tersebut.

Jelasnya lagi, tangkapan ke atas Tan itu adalah yang pertama untuk Bersih 3.0, walaupun Putrajaya telah memberikan kebenaran kepada penganjur untuk meneruskan rancangan mereka.

"Pihak polis diharapkan tidak melebihi kuasa kementerian kerana sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein telahpun memberikan 'lampu hijau' kepada Bersih 3.0," katanya yang kesal dengan insiden berkenaan.

Dalam kenyataan berasingan daripada Suaram, Tan dikatakan telah dibawa ke balai polis Sungai Nibong kira-kira jam 4.30 pagi sebelum dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Pattani.


The Malaysian Insider

DBKL tak izin demo BERSIH di Dataran

Posted: 19 Apr 2012 11:00 PM PDT


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengizinkan BERSIH menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dianjurkan mereka pada 28 April ini.


Jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan melalui surat kira-kira jam 11 pagi ini.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, BERSIH turut membacakan kandungan surat itu kepada pemberita yang memberikan alasan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional" seperti sambutan hari kebangsaan dan hari Wilayah Persekutuan.

Menurut pengerusi bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan, pihaknya mengutus surat kepada DBKL dan polis pada pagi Isnin.

DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan "duduk bantah" mereka.


AP adalah hak istimewa Melayu?.. tapi kenapa aku tak dapat?

Posted: 19 Apr 2012 05:00 PM PDT


Kata Pengerusi Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abd Rahman, AP adalah antara hak keistimewaan kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera, dan Kabinet tidak berkuasa untuk memansuhkan AP.


"Melalui AP, kerajaan tidak mendapat sebarang kerugian, sebaliknya memperolehi keuntungan. Sejak 2010, AP di bayar RM10,000 ribu kepada Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), malah Pekema turut menjalankan tanggungjawab sosial membantu anak-anak Melayu. Tambahnya lagi..

Hak Istimewa orang Melayu ya???

Jika benar AP ini adalah hak istimewa orang Melayu maka sewajarnyalah setiap Melayu yang ada dibumi Malaysia ini diberikan satu AP setiap orang.

Malangnya bukan saja penyokong Pakatan Rakyat yang menentang kerajaan UMNO/BN yang tidak diberikan AP malah penyokong tegar UMNO/BN juga tidak mendapatnya.. kecuali beberapa orang kroni pemimpin UMNO..

Jika Pengerusi PEKEMA itu mengatakan RM10,000 dibayar kepada MITI bagi setiap AP, ianya merupakan satu kenyataan yang cuba memperbodohkan rakyat.

Ini kerana RM10,000 yang dibayar kepada MITI itu telah dibebankan kepada pembeli dimana ianya telah ditambah kedalam harga jualan kenderaan.

Jadi keuntungan pemilik AP tersebut masih tidak berganjak..

****************************************

Pekema: AP adalah hak istimewa Melayu, Bumiputera

 

KUALA LUMPUR, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menegaskan cadangan pemansuhan permit mengimport (AP) kenderaan dari luar negara tidak boleh dilaksanakan kerana ia adalah tertakluk di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang mana melibatkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Pengerusi Pekema, Datuk Zainuddin Abd Rahman menegaskan, AP adalah antara hak keistimewaan kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera, dan Kabinet tidak berkuasa untuk memansuhkan AP, sebaliknya kuasa itu terletak di bawah bidang kuasa Yang di-pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

"AP ini adalah termasuk di dalam permit. Sama seperti tanah rezab Melayu, biasiswa, memegang jawatan dalam kerajaan dan sebagainya. Permit ini termasuk dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, dan Kabinet tidak mempunyai kuasa untuk memansuhkan AP.

"Hanya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sahaja yang berhak untuk memansuhkan AP ini," katanya yang dihubungi semalam.

Justeru, jelas Zainuddin, cadangan untuk memansuhkan AP adalah tidak relevan, begitu juga cadangan Zon Perdagangan Bebas Asia (Afta).

"AP adalah antara inti pati Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang paling berjaya. Mungkin ia hanya perlu dipinda supaya sesuai dengan peredaran zaman.

"Melalui pemberian AP, ia melindungi hak keistimewaan masyarakat Melayu dan Bumiputera. Di negara-negara barat, mereka turut mempertahankan hak Bumiputera mereka," tegasnya lagi.

Jelas Zainuddin, kesan langsung pemansuhan AP akan menjejaskan lebih 70,000 pekerja di sektor automobil yang terlibat, dan beliau mengharapkan kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk memansuhkan AP tersebut.

"Dianggarkan lebih 70,000 tenaga kerja terlibat dengan AP. Mereka yang bekerja di pusat jualan kereta, bengkel-bengkel di seluruh negara, dan industri yang berkaitan akan terjejas.

"Pekema mengharapkan kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk memansuh AP tersebut," tambahnya.

"Melalui AP, kerajaan tidak mendapat sebarang kerugian, sebaliknya memperolehi keuntungan. Sejak 2010, AP di bayar RM10,000 ribu kepada Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), malah Pekema turut menjalankan tanggungjawab sosial membantu anak-anak Melayu.

"Kami memberikan biasiswa untuk mereka menyambung pengajian, beri bantuan kepada anak-anak yatin, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami.

"Secara kasarnya, setiap bulan, Pekema akan memperuntukkan lebih seratus ribu ringgit untuk membantu golongan yang memerlukan, jadi tidak timbul persoalan AP ini hanya menguntungkan sesetengah pihak," tegas Zainuddin.

"Orang yang dengki sahaja yang sibuk hendak mansuhkan AP," katanya merujuk kepada sesetengah pihak yang cuba membangkitkan perkara itu di Parlimen.

Sehubungan itu, Pekema telah menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mempertimbangkan pemansuhan AP berkenaan.

"Kami sudah menghantar memorandum kepada Agong minggu lepas, dan sekarang kami masih menunggu jawapan untuk diberi kebenaran menghadap baginda.

"Kami percaya, dalam masa terdekat Pekema akan dapat bertemu Agong dan menjelaskan perkara sebenar," tambahnya lagi.

Pengeluaran AP kepada pengimpot kereta di kalangan usahawan Bumiputera, adalah antara usaha kerajaan untuk mendekatkan jurang ekonomi di kalangan rakyat.

Dasar pengimportan kenderaan bermotor secara terkawal itu diperkenalkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Berdasarkan dasar baru kerajaan, jangka hayat AP akan terpakai sehingga 31 Disember 2015.

Dasar itu merupakan antara intipati kajian semula Dasar Automotif Negara (DAN) yang diumumkan oleh kerajaan pada Oktober 2009.

Selain pemansuhan AP, kajian semula DAN itu juga memerlukan syarikat-syarikat pengimpot kereta membayar caj sebanyak RM10,000 bagi setiap kereta yang dibawa masuk dan ini akan membebankan pengusaha bumiputera berkenaan.

Pelaksanaan caj sebanyak RM10,000 bagi setiap AP yang akan diperkenalkan kerajaan akan menyebabkan ramai pengimport kereta menanggung kerugian. Ini kerana banyak syarikat yang tidak mampu untuk menghabiskan kuota AP yang diberikan kepada mereka.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: