Jumaat, 20 April 2012

Addin

Addin


Video Skandal Terbaru Umno

Posted: 20 Apr 2012 11:30 AM PDT

DAP Melaka mendedahkan 'bukti' terdapat anak pemimpin Umno tempatan memaksa dan cuba 'membeli' pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menukar alamat tempat pengundian bagi memberikan kemenangan BN di kawasan tertentu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Adun DAP kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa, video tiga sedutan yang setiap satunya kira-kira 5 minit dan dirakam secara tersembunyi itu diterimanya beberapa hari lalu.

Rakaman itu turut menunjukkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam aktiviti yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka.

"Kedua-dua agensi kerajaan ini telah mengumpulkan pelajar di IPT terbabit pada waktu kelas di dewan dan mereka telah dinasihat supaya menukar alamat dengan menumpukan pada Parlimen Bukit Katil bertujuan mendapatkan lebih banyak undi dalam PRU akan datang untuk BN.

Dalam rakaman tersebut, salah seorang jurucakap dipercayai anak kepada seorang pemimpin Umno di Negeri Melaka telah menyatakan dengan jelas sekiranya pelajar IPT terbabit bersetuju, segala kos pertukaran alamat akan ditanggung kerajaan dan ia termasuk proses pertukaran semula alamat di kampung asal sebaik selepas PRU nanti.

"Malah saya turut mendapat maklumat, pelajar yang sanggup berbuat demikian, segala bayaran sewa bilik akan ditanggung pihak terbabit sehingga selepas PRU," katanya dalam satu sidang media di Pusat Perkhidmatan DAP DUN Ayer Keroh hari ini.

Khoo juga mendakwa, dialog yang diucapkan dalam video terbabit juga mempunyai unsur perkauman yang mengatakan PRU kali ini tidak boleh dimenangi kaum Cina.

Ditanya mengenai tindakan seterusnya selepas menerima rakaman terbabit, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk membuat laporan polis sebaliknya akan menyerahkannya kepada pemimpin Pusat DAP dalam masa terdekat.

Rakaman itu kini tersebar luas di laman Facebook dan Youtube.


~malaysiakini


Jawapan Zahida Rafik Berkenaan Skandalnya Dengan Shafie Afdal

Posted: 20 Apr 2012 07:00 AM PDT


Ekoran pendedahan skandal Zahida Rafik dan Shafie Apdal terbongkar, banyak komen yang diterima Zahida menerusi akaun Twitternya. Twitter zahida rafik sesak dengan pelbagai soalan yang bertanyakan perkembangan skandal tersebut.

Berikut antara komen balas Zahida yang seolah-olah marah dengan tindakan sesetengah pihak yang menghentamnya. 


Gambar Gadis Yang Sepatutnya Di Selamatkan Oleh Hassan Ali

Posted: 20 Apr 2012 05:22 AM PDT


Akhbar Telegraph mendedahkan seorang wanita melayu telah berkahwin di gereja. Nick Rudd, 25, anak bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd dan Zara Shafruddin seorang wanita melayu dikatakan bertukar-tukar ikrar di Gereja St James 'di King St, Sydney.

Encik Rudd, Therese Rein isterinya dan anak perempuannya, Jessica mengumumkan berita gembira itu melalui twitter.

Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Gereja St James 'telah dipenuhi dengan bunga ros, lillies dan stephanotis yang dipilih oleh Cik Rein.




Masih Islamkah beliau?? Sama-samalah kita tunggu penjelasan dari tuan punya badan...

Sumber

DBKL Tolak Permohonan BERSIH 3.0 Di Dataran Merdeka

Posted: 19 Apr 2012 09:59 PM PDT


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan BERSIH untuk menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 28 April ini. ~mk


Gambar Polis Kena Belasah Dengan Samseng Umno Di Dataran Merdeka?

Posted: 19 Apr 2012 08:40 PM PDT

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mengenai kejadian serangan samseng di Dataran kelmarin, mendakwa dua detektif polis cedera di bahagian belakang ketika cuba meleraikan pergaduhan. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis di Kuala Lumpur, beliau berkata dalam kejadian itu seorang ahli perniagaan berumur 40 tahun cedera di mata dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, namun polis masih belum dapat mengenal pasti sama ada mangsa adalah penyerang atau peserta.

"Setakat ini polis telah menerima enam laporan daripada pegawai polis, pegawai DBKL serta seorang mangsa yang cedera. Polis masih tidak dapat mengesan punca mereka diserang dan kita akan merakam keterangan mangsa serta lelaki yang ditahan itu untuk siasatan lanjut," katanya.


Addin :

Apa jenis polis macam nih..

Anak Mahathir Hentam Najib

Posted: 19 Apr 2012 06:17 PM PDT

Mahathir mula-mula jadi PM dulu, dia perkenalkan konsep "Penerapan Nilai-nilai Islam." Walaupun lebih kepada sekadar selogan dan kosmetik tapi banyak jugak kebaikan dan kecantikan Islam tertonjol dalam kerajaan dan masyarakat. Paklah pulak masa jadi PM mengetegahkan konsep "Islam Hadhari". Walaupun tak secara terang macam Dr. Mahathir istiharkan Malaysia sebagai negara Islam tapi pengisian melalui konsep "Islam Hadhari" versi Paklah tu sedikit sebanyak ada jugak menjurus kepada nak mengislamkan Malaysia.

Najib Razak diangkat sebagai PM, istilah Negara Islam terus tenggelam. Negara Islam versi Mahathir langsung tak timbul dah. Macam tu jugak selogan Islam Hadhari langsung tenggelam.

Malah Najib mengetengahkan pulak konsep 1Malaysia yang langsung tak nampak ciri Islamnya. Bukan setakat ciri Islam tak nampak tapi ciri melayu yang antara ciri utamanya adalah beragama Islam pun tak nampak. ~siasahkini

Addin :

Dua-dua pun teruk..

Tiada ulasan: