ALHUSSEYN |
- Ketua Penerangan Wanita Umno - Gagal Berfungsi
- Terima Kasih, Hamidah - Bagi Kami Ambil, Pangkah Tetap Bulan!
- Kantoi! Adun Umno Curi Elektrik !
Ketua Penerangan Wanita Umno - Gagal Berfungsi Posted: 15 Apr 2012 09:02 AM PDT Radzi akan menghantar surat resmi untuk menjemput Hamidah berceramah di atas satu pentas dengannya dalam masa yang terdekat ini. Dan kita akan lihat sejauh mana keberanian seorang Ketua Penerangan Wanita Umno untuk berhujah dengan Ust Radzi Zainon.Anda percaya atau tidak? Bahawa Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat itu adalah seorang Ketua Penerangan Umno Malaysia. Susah nak percaya bukan? Ramai orang tidak tahu sebab tidak ada apa pun peranannya yang menonjol sebagai seorang Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia. Hamidah dilihat, tidak pernah tampil untuk membela Shahrizat Jalil, Ketua wanita Umno yang terjebak dengan isu NFC. Pernahkah dia menyatakan sesuatu mengenainya? Dia sepatutnya kena keluar keliling satu Malaysia menjelaskan dan membela Shahrizat, ketuanya itu. Hamidah terbukti telah gagal berperanan sebagai Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia. Pasal apa Wanita Umno masih mahu mengekalkannya dengan jawatan tersebut? Ha! ha! saya tahu dan anda sekalian pun tahu.Tentu kita semua ingat kata-kata Mahathir , "Umno dah berpuluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS" Kata-kata Mahathir tu ada kebenarannya. Bahawa yang masih ada di dalam Umno itu adalah yang biul-biul kesemuanya.Tidak ada seorang pun wanita Umno yang layak untuk menggantikan tempat Shahrizat apabila dia terpaksa letak jawatan Menteri Wanita itu. Najib sendiri terpaksa pikul beban tugas tersebut! Ha! ha! Kesian Najib terpaksa pikul beban yang berat-berat. Siang dia pikul 3 Jawatan - PM, Menteri Kewangan dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Waktu malamnya lagi berat, dia terpaksa pikul anak badak tu...ha! ha! ha! semputlah kawan kita nih! Sambung cerita Hamidah tadi...Yang peliknya, Hamidah ini terhegeh-hegeh buat ceramah dimana saja ada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Rapat ini. Hamidah sekadar berligar di kawasannya sahaja. Dia umpama anjing gila yang kerap berkeliling dalam rumahnya dan menyalak bingit mengganggu kejiranannya sahaja. Kesihan dia! Ini menunjukan keresahannya bakal berdepan dengan lawannya nanti iaitu Ust. Radzi Zainon seorang aktivis muda masyarakat yang sangat disenangi oleh masyarakat setempat. Ust. Radzi telah mencabar Hamidah untuk berceramah sekali dengannya diatas satu pentas tidak kira di mana saja. Pada 19 April ini, Pakatan Rakyat akan mengadakan ceramah di Sungai Rokam, dia pun telah mengedarkan risalah memaklumkan ceramah yang akan dibuatnya pada masa yang sama. Minggu lepas pun dia juga buat di Taman Song Choon dalam satu padang dengan Pakatan Rakyat. Kali ini berdepan dengan kami di Sungai Rokam, insya'Allah, dia akan kantoi lagi seperti mana yang sebelumnya pada 25 Mac yang lalu. Lihatlah nanti kalau dia mahu meneruskan agenda jahatnya itu.Insya' Allah kami akan hadapinya dengan strategi kami untuk memalukannya kelak. "Daripada dia melalak pada setiap kali kita berceramah, kita jemput dia bersama kita sekali atas satu pentas kalau dia berani," cabar Radzi yang getik melihat kelaku Hamidah yang tidak senonoh itu. Sehingga kini, Hamidah tidak memberi respon kepada cabaran Radzi tersebut yang telah disiarkan di blog ini sedikit masa lalu. Mustahil Hamidah tidak tahu kerana barua-baruanya selalu memantau blog al-Husseyn dan Ajijoi Khabarnya kini, Radzi akan menghantar surat resmi untuk menjemput Hamidah berceramah di atas satu pentas dengannya dalam masa yang terdekat ini. Dan kita akan lihat sejauh mana keberanian seorang Ketua Penerangan Wanita Umno untuk berhujah dengan Ust Radzi Zainon.Tunggu seterusnya.... |
Terima Kasih, Hamidah - Bagi Kami Ambil, Pangkah Tetap Bulan! Posted: 15 Apr 2012 04:26 AM PDT orang Melayu oleh Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman Apabila isteri dan anak saya masuk rumah sekembalinya dari kelas jahitan mereka, anak saya beritahu , "Hamidah kirim salam kat abah," sambil tersengeh-sengeh manja. Saya buat tak tahu sahaja pada mulanya.Dia nak main-mainkan saya. "Betul bah!" dan dia mengulangi semula ayat tadi, "Hamidah kirim salam kat Abah!" Saya memandang ke arahnya. Saya lihat dia sedang membawa sebondot barang dalam beg yang pernah saya lihat sebelum ini... "Ni hah! Hamidah bagi! " katanya sambil ketawa. "Betul ni..." dia bersungguh-sungguh hendak menyakinkan saya. Isteri saya pun tergelak.Saya juga turut tergelak. Kami semua pun gelak satu rumah. Macam tidak percaya. Saya ambil barangan tersebut dan bentangkan atas meja kopi di ruang tamu , lalu memanggil anak lelaki saya untuk mengambil gambar saya dengan barangan tersebut. Saya pun posing macam kat bawah ni: kecil dan beberapa risalah Umno/BN Ibu dan anak pun cerita, ada orang bagi melalui jiran sebelah. "Abah tidak ada di rumah ke tadi?" tanya anak dara saya tu kehairanan sebab barangan itu dititipkan kepada jiran sebelah tu. Saya juga kehairanan. Saya sentiasa berada depan komputer.Kalau ada orang datang dan beri salam, sudah tentu saya boleh perasan.Tetapi memang tidak ada. Kemudian itu, seorang kawan menalipon saya memberitahu, puteri Umno sedang nganto barangan Hamidah , rumah ke rumah di Sungai Rokam.Tapi dia orang tak singgah ke rumahnya. Mungkin sebab mereka terpandangkan gambar 'Nizar yang terpampang kat depan rumahnya itu. "Kamu tak dapatlah barang Hamidah?" tanya saya ketawa."Tak adalah Cikgu, depa tak singgah pun!" "Ha! ha! ha!", kami ketawa. Saya terperasan yang ketawa saya lebih besar darinya sebab saya dapat barangan dari Hamidah. Konsep kami mudah sepertimana TGNA ajarkan kami sejak lama dulu. Bagi ambik, pangkah tetap bulan! |
Kantoi! Adun Umno Curi Elektrik ! Posted: 14 Apr 2012 09:41 PM PDT Kecuh pasal ada Adun BN sudah kena tangkap kerana curi elektrik di Pulau Pinang! Ada 11 Adun BN di Pulau Pinang dan kesemuanya mereka adalah dari Umno – Orang Melayu! Bikin malu dengan orang Cina dan India! Nak buat macam mana? Umno sudah busuk dari kepala lagi hingga ke usus! Najib tak boleh marah.Muhyiddin pun tak boleh marah. Apatah lagi Mahathir! Kerana mereka semua adalah sifu kepada orang yang mencuri elektrik ini. Kalau mereka marah pun adalah kerana pencuri leterik ini buat kerja ala kadar sahaja. "Apasal tak buat kerja betul-betul macam Kak Fidah atau Kak Ijat?" sergah mereka kepadanya. Siapakah Adun BN yang curi letrik di Pulau Pinang Itu? 11 Adun BN itu adalah kesemuanya adalah dari Umno – Orang Melayu! Nak tahu Melayu Umno mana yang curi elekterik itu? Melarat dan bangsat sangatkah sampai jadi penyangak macam ini? Jom kita tengok rumah mereka : Jadi, bukanlah Melayu miskin macam kebanyakan kita ini yang buat kerja bangsat tersebut.Dia hanya mahu meneruskan tradisi warisan perjuangan partinya yang konon mahu membela Melayu. (photo rumah kredit to BUJANG SUSAH |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan