Ahad, 15 April 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sketsa terakhir buat Hassan Ali

Posted: 15 Apr 2012 06:21 AM PDT

Moaz Nair, Malaysia Chronicle


Hassan Ali, wakil rakyat Gombak Setia yang mengidamkan jawatan Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 masih lagi ingin menarik perhatian orang ramai dengan kenyataan-kenyataan beliau walaupun kini jelas beliau sudah kehilangan taring dan sering dikritik oleh orang ramai. Beliau telahpun ditendang keluar daripada PAS dan kini sedang meraba-raba mencari parti politik lain untuk bernaung seraya menyambung kerjaya politik beliau.

Sejak Mac 2008, Hassan sudah pun mula memperlekehkan kepimpinan MB Selangor Khalid Ibrahim dan memperkecilkan-kecilkan Pakatan Rakyat. Motif beliau pada masa itu sangat jelas. Beliau sememangnya menginginkan jawatan MB Selangor akan tetapi usaha beliau menemui kegagalan. Sekarang beliau sedang meraba-raba dalam dunia politik tetapi disebabkan beliau mendapat sokongan UMNO dan Perkasa, beliau masih boleh hidup.

Slogan Kosong

Beliau telah kehilangan kawan daripada parti PAS. Yang beliau gusarkan adalah walaupun mempunyai latarbelakang keagamaan, beliau telah jatuh ke satu tahap yang begitu rendah apabila cuba memalukan bekas rakan PAS yang dipilih untuk menggantikan beliau- seorang doktor perubatan. Beliau menyeru agar si doktor itu pergi untuk mendapat rawatan psikiatri. Ada dikalangan bekas penyokong beliau yang berpendapat bahawa Hassan mengalami masalah psikologi. Beliau dikatakan mempunyai mood yang impulsif dan meroskakkan- trait dan simptom ini dimiliki oleh mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan di mana mereka perlu berkongsi dan melibatkan orang lain.

Hassan juga dikatakan mempunyai tabiat di mana beliau sukar untuk menyimpan perasaan beliau. Ada juga yang mengatakan beliau mempunyai personaliti kacau apabila beliau berhadapan dengan kebimbangan, kesedihan dan perasaan rendah diri. Beliau sekarang kelihatan penat; mental dan fizikal.

Sehingga kini, Hassan sebenarnya masih belum dapat menerima hakikat bahawa beliau telah dibuang daripada PAS, bukan lagi ahli Exco dan impiannya untuk menjadi MB Selangor juga sudah berkecai. Setelah Hassan dibuang daripada PAS, beliau telah diangkat sebagai wira yang memperjuangkan orang Melayu, Islam dan Raja oleh Perkasa dan Umno. Media pro-kerajaan telah menyelamatkan beliau – sentiasa menyiarkan kenyataan-kenyataan beliau yang memburuk-burukkan pembangkang dan Kerajaan Negeri Selangor. Pihak media jelas tidak sedar bahawa isu-isu yang dibangkitkan Hassan adalah isu basi bagi rakyat.

Orang Melayu, Islam dan institusi Raja tidak memerlukan Hassan untuk memperjuangkan mereka. Negara ini mempunyai Perlembagaan dan hak orang Melayu juga bukan Melayu ada termaktub di dalamnya. Islam adalah agama rasmi dan orang bukan Islam pula bebas mengamalkan agama masing-masing. Perlembagaan juga ada menyebut kedudukkan pemerintah. Maka, tidak perlulah Hassan menggembar-gemburkannya kepada orang ramai.

Gimik semata

Beliau yang sekarang bergerak atas platform JATI tidak memberi sebarang impak kepada rakyat. Kewujudannya tidak menjadikan sokongan terhadap PAS berbelah bagi. Setelah dipulaukan penyokong, siri jelajah beliau hanyalah gimik buat beliau melarikan diri daripada realiti- inilah senjata beliau untuk menutup rasa rendah diri. Malah, tuduhan beliau bahawa orang Melayu telah semakin banyak murtad tidak diendahkan oleh orang Melayu. Kunjungan beliau yang ditanggung ke beberapa tempat-tempat di Malaysia tidak berjaya menarik perhatian orang ramai. Ada pun yang datang adalah orang-orang Umno dan berkemungkinan juga yang datang itu cuma ingin tahu semata. Akan tetapi, tidak semua ahli Umno yang mempunyai pandangan yang sama seperti beliau mengenai isu murtad. Pandangan dan kenyataan yang beliau buat mengenai isu murtad pun tidak dapat diambil serius. Ini kerana ia cuma stan politik daripada seorang ahli politik yang sudah jatuh.

Umno dan Perkasa sangat teruja dalam usaha menyokong Hassan memburuk-burukkan pihak pembangkang. Mereka gagal menyedari bahawa Hassan telah menjadikan UMNO sebagai target untuk dikritik dan bukannya pihak pembangkang. Mengetengahkan isu murtad hanya akan menjatuhkan Umno kerana Umno yang mendakwa mereka mempunyai ahli berbangsa Melayu paling ramai dan, kerajaan kita kini merupakan kerajaan yang dipimpin oleh Umno menerusi BN. Umno pula sedang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal keagamaan orang Melayu, kesucian agama Islam dan kedudukan Raja.

Tetapi Umno sendiri tidak ikhlas dan dilihat sebagai parti politik yang hanya menggunakan entiti-entiti ini untuk kepentingan politik mereka. Kepada orang Malaysia biasa, tidak satu pun entiti-entiti ini sedang digugat. Persepsi mereka adalah Hassan sedang mengeksploitasi isu-isu ini untuk kepentingan politik beliau dan atas sebab ini jugalah Umno sama-sama menumpang beliau untuk misi ini.

Orang Kristian bukanlah ancaman

Disebabkan usaha Hassan yang sia-sia itu, siri jelajah beliau juga telah memburukkan keadaan bagi Umno. Ini tetap berlaku walaupun media pro-Umno cuba untuk memaparkan Hassan sebagai wira yang melindungi Islam, orang Melayu dan institusi Raja. Media di Negara ini cuba untuk mempropagandakan bahawa kesemua entiti ini sedang mengalami ancaman disebabkan system 2 parti di Negara ini. Persoalannya, bolehkah orang Kristian yang membentuk 9.2% rakyat Negara ini menjadi ancaman kepada rakyat Negara ini yang majoriti adalah orang Melayu Islam? Ini adalah analisis lemah dipihak mereka dan rakyat biasa sudah semestinya tidak akan jatuh dalam perangkap bodoh Umno dan Hassan. Populariti Umno dikalangan orang Melayu sedang merudum dan ia perlu bertahan kepada apa jua yang boleh mengekalkannya di arena politik Negara. Hassan malangnya adalah harapan yang mereka sandarkan!

Fokus Hassan terhadap dunia Melayu tidak hanya mengenai Islam dan isu murtad. Taktik beliau sangat difahami oleh orang ramai. Orang ramai tahu apabila beliau memainkan sentimen perkauman dan agama, beliau akan berjaya meyakinkan orang Melayu luar bandar untuk membenci orang bukan Melayu. Umno juga adalah dalang dalam hal ini. Akan tetapi, penyokong pendalaman tidak tertarik dengan apa yang diperkatakan Hassan kerana beliau tidak mengetengahkan isu itu kepada Umno tetapi kepada PAS dan Pakatan. Semua orang sedar bahawa di bawah pakatan, hanya dua negeri yang diterajui oleh PAS iaitu Kedah dan Kelantan. PKR pula satu, iaitu Selangor manakala DAP di Pulau Pinang. Umno yang menerajui BN pulalah yang mengetuai negeri-negeri lain.

Atas sebab ini, jika isu murtad itu benar-benar sesuatu yang meruncingkan dalam negara, Hassan seharusnya membawa ini kepada perhatian Najib Razak yang juga Perdana Menteri dan juga ada seorang menteri yang menjaga hal ehwal Islam berada di bawah beliau. Mengapa harus PAS dan pembangkang yang dipersalahkan sedangkan mereka mempunyai bidang kuasa hanya pada kerajaan negeri? Jelas Hassan salah langkah dan segala tindak-tanduk beliau membuatkan beliau seolah-olah seorang ahli politik yang sudah tidak diterima dan cuma melakukan ini untuk meraih perhatian.

Jika Hassan bermain politik untuk kemabali menjadi wira orang Melayu, Islam dan Institusi Raja di Selangor, mungkin beliau patut bertanding dibawah tiket Umno di Selangor dan kawasan lamanya Gombak Setia pada pilihanraya yang akan datang. Mana tahu, beliau boleh mencapai impiannya untuk menjadi Menteri Besar dengan restu Umno. Memandangkan Umno menyokong penuh usaha Hassan untuk memburukkan pembangkang, tiada masalah untuk mereka menyokong Hassan untuk menjadi MB Selangor kelak jika BN Berjaya menawan balik Selangor.

Kuat berbelanja

Hassan bukanlah seorang ahli politik yang bijak mahupun seorang yang bijak pandai. Beliau gagal sebagai seorang ahli politik dan ini boleh dimaafkan kerana beliau tidaklah dididik untuk menjadi ahli politik dari mulanya. Mungkin kata hati dan semangat kepimpinan yang tinggi yang membawa beliau ke arena politik. Beliau sentiasa mahu sesuatu dengan pantas dan bukan pula seorang ahli politik yang matang. Banyak yang dilakukannya semasa menjadi ahli Exco yang menyakitkan Exco lain dalam Pakatan. Walaupun mempunyai kelayakkan akademik yang tinggi, beliau tidak tahu apa yang sepatutnya dalam politik. Ramai sebenarnya dikalangan ahli politik yang tidak berpendidikan tinggi tetapi kerana bakat dalam politik, mereka berjaya. Malangnya ini tidak terjadi kepada Hassan.

Hassan, bekas pesuruhjaya PAS di Selangor juga mempunyai nafsu berbelanja yang besar. Difahami bahawa dengan membelanjakan RM329 000 untuk kerja pengubahsuaian pejabat Exconya, beliau mahu rakyat sedar bahawa beliau boleh menjadi seorang MB yang terbilang. Sepatutnya, Hassan berkhutbah kepada dirinya sendiri dan juga UMNO bahawa kemewahan itu tidak selari dengan Islam. Selain itu, beliau juga haruslah menyeru Umno agar menghapuskan kemiskinan, rasuah dan membawa keadilan sosial kepada semua orang Islam dan bukan Islam yang menjadi perkara pokok dalam Islam. Jika semua ini dijaga, mungkin juga masalah murtad itu tidak timbul.

Hassan seharusnya sedar bahawa satu-satunya agama yang dipromosikan media Umno baik di televisyen atau radio adalah Islam. Agama lain tidak mempunyai ruang dan tidak mungkin mendapat tempat di media. Jika Hassan mendakwa bahawa orang Islam menjadi murtad kerana mahu memeluk Kristian, tidakkah ia aneh memandangkan ia berlaku dalam negara di mana media massa nya dikawal ketat oleh kerajaan? Jika dibandingkan dengan 9.2 % rakyat beragama Kristian dari 28.3 juta populasi rakyat Malaysia; adakah logik jika kita katakan orang Islam tidak dapat menahan pengaruh untuk tukar agama Islam kepada Kristian?

Tiada bukti sahih

Video murtad yang ditunggu-tunggu daripada Hassan tidak dapat menjadi bukti sahih mengenai perbuatan memurtadkan orang Islam secara beramai-ramai di negara ini. Video yang memaparkan 2-3 orang yang mengaku dihadapan kamera bahawa mereka telah dimurtadkan itu tidak cukup kukuh untuk dianalisis secara saintifik kepada hipotesis Hassan. Sampel itu tidak mewakili populasi yang dimurtadkan di Malaysia. Kenyataannya, Hassan telah gagal dalam tesis beliau dan ianya tidak lebih daripada cerita sahaja.

Mufti Perak, Harussani Zakaria meletakkan angka murtad sebagai 260 000, Ridhuan Tee Abdullah pula mengganggarkan 135 kes manakala Hassan tidak dapat meletakkan sebarang anggaran dan mereka ini semuanya tidak mempunyai bukti emperikal bagi kenyataan mereka. Malang bagi negara ini, kita tidak mempunyai pemikir Islam yang tahu mengenai kaedah saintifik dan empirikal dalam kajian. Mereka hanya bertindak berasaskan kata hati, motif dan emosi yang jelas mementingkan diri.

Yang akhirnya menjatuhkan Hassan adalah hipotesis beliau mengenai isu murtad dikalangan orang Melayu Islam. Hassan mungkin memegang PhD dalam bidang berkaitan Islam. Beliau semestinya tahu apa itu kajian empirik dan kaedahnya dalam menjalankan kajian saintifik. Tesis PhD ditulis berdasarkan kajian yang dilakukan dalam satu bidang. Teknik membuat kajian yang betul adalah suatu yang paling asas dalam penulisan sebuah tesis. Jika tesis itu tidak menggunakan kaedah kajian yang betul dan tidak mempunyai bukti empirik, ia pasti akan ditolak. Tanpa elemen-elemen yang penting ini, sebuah tesis itu hanyalah buku cerita.

Dalam video testimoni 16 minit yang mamaparkan 3 orang Melayu yang mendakwa diri mereka telah dimurtadkan dan kini sudah kembali kepada Islam – ia tidal dapat diterima sebagai sampel yang adil buat populasi orang Islam di Negara ini. Ia juga bukanlah bukti kukuh kepada perbuatan memurtadkan yang boleh menarik siasatan dan sebagainya. Ini hanya menimbulkan rasa marah dikalangan orang Kristian dan Islam.

Kenyataan-kenyataan yang dibuat Hassan tidak akan mengubah pandangan orang ramai atau menjadi penyebab kepada orang Melayu mencurigai orang Kristian. Orang Melayu sendiri memperlekehkan para "pemikir" Islam ini dan gimik politik mereka. Orang Melayu percaya bahawa tiada ancaman pengkristianan di Negara ini. Mereka tidak akan panik hanya kerana seorang pemberontak dan beberapa orang ahli Umno menggunakan taktik ini untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Secara hipotikalnya, jika Umno membuat seminar mengenai ancaman pengkristianan dan menyakitkan golongan minoriti yang cintakan keamanan, apa pula reaksi majoriti Melayu sekiranya diadakan satu seminar membincangkan ancaman Islam kepada orang bukan Islam?

UMNO tidak mempromosikan kesederhanaan

PAS melihat Hassan sebagai ahli politik yang boleh mencetuskan ketakutan dan beliau sekarang sudah menjadi liabiliti untuk UMNO. Hassan sebenarnya semata menggunakan taktik menakut-nakutkan dan cuba menyebarkan rasa syak orang ramai terhadap kredibiliti PAS. Plot UMNO jelas: "Orang Islam menjadi murtad dan PAS tidak mengambil serius hal itu kerana ia menjadi sekutu DAP". Tetapi, adakah UMNO ikhlas dalam menangani isu-isu lain yang lebih serius melanda umat Islam di negara ini?

Rasuah, kemiskinan, ketagihan dadah, kadar penceraian yang tinggi, ibu tunggal, jagaan anak, pendidikan yang lemah adalah antara masalah yang sering dihadapi orang Islam di negara ini yang sudah lama tidak dihiraukan UMNO. Orang Melayu yang berpendidikan pula menolak UMNO disebabkan oleh perkara ini dan bukan sebab murtad atau ancaman orang Kristian kepada komuniti mereka.

UMNO tidak mempromosikan kesederhanaan dalam negara. Kaum dan agama adalah senjata yang digunakan UMNO untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya mereka terus mengundi UMNO seraya mengekalkan kuasa mereka. Tetapi, jika pandangan Hassan bahawa hedonism adalah sebab mengapa orang Islam menjadi saranan orang Kristian, maka, mereka harus menyalahkan UMNO yang telahpun berkuasa selama 6 dekad. Hedonism- keinginan mengecapi kebahagian yang tiada had bukanlah ajaran mana-mana agama sekalipun. Ia juga bukan cara hidup yang dibawa oleh PAS mahupun orang Kristian.

Jika Hassa boleh menuduh orang Kristian memurtadkan orang Islam dengan dana mereka yang boleh mempengaruhi orang Islam miskin disebabkan desakan hidup, apa yang telah dilakukan oleh Hassan dan Umno untuk membantu orang Islam yang miskin demi mencegah mereka daripada mendapakan bantuan daripada komuniti lain? Orang Islam yang miskin diseluruh dunia ada menerima bantuan daripada mana-mana negara lain termasuk negara Kristian? Tetapi, adakah orang Acheh, Pakistan dan Arab terus menjadi murtad hanya kerana mereka mendapat bantuan orang Kristian?

Tabik kepada PAS

Apabila Hassan dan ahli politik UMNO berpendapat agama Kristian itu adalah ancaman kepada orang Islam untuk mengganggu emosi orang Melayu dan mendapatkan undian mereka, PAS tidak mempolitikkan isu itu. Ini hanya menunjukkan ketinggian minda dan akhlak ahli politik PAS dalam negara ini berbanding UMNO.

Helah Hassan dan UMNO tidak akan memberi kesan kepada pandangan orang Islam terhadap PAS atau Kristian. Mereka tahu bahawa orang Islam lain adalah lebih rasional dalam pemikiran mereka dan tindakan mereka serta lebih bertolak ansur. Orang Melayu yang berpendidikan juga tidak mungkin akan dipengaruhi oleh ahli politik ektrimis. Sekarang sudah tiba masanya pengundi melihat diri Hassan yang sebenarnya- seorang ahli politik yang memerlukan pentas untuk melakonkan drama beliau dan mungkin juga sedang cuba untuk membuatkan Umno kagum dengannya. Umno mungkin merasakan bahawa Hassan adalah calon yang paling layak untuk melawan Khalid Ibrahim, MB Selangor yang popular sekarang ini. Ada cakap-cakap mengatakan UMNO tiada calon yang sesuai untuk diletakkan sebagai MB Selangor sekarang. Hassan mungkin mahu cuba nasib.

Rakyat Malaysia seharusnya tabik kepada PAS kerana sepatutnya, mereka boleh sahaja mengekalkan Hassan tetapi, mereka tidak melakukan yang demikian malah telah membuang Hassan kerana terlalu besar cita-citanya, memberontak dan menjadi duri dalam daging.Malaysia Chronicle

Krisis Nizar-Zambry. Apa peranan Ku Li?

Posted: 15 Apr 2012 06:16 AM PDT

Oleh: MSK

Pada 5 April, Zambry Abdul Kadir mendedahkan satu surat yang menyatakan bahawa Nizar terlibat dalam kelulusan syarikat Vale di Teluk Rubiah. Blogger-blogger Umno telahpun mendapat salinan surat tersebut beberapa hari sebelum itu.

Menagapa baru sekarang Zambry mendedahkan surat tersebut? apakah kerana sudah merasa kehangatan tentangan penduduk Manjung? Ataupun sudah merasa kedudukan politiknya sudah terancam?

Apabila Zambry mendedahkan surat tersebut, maka setiap penyokong Umno mula menjerit "Nizar pembohong!!". Akhbar-akhbar pencacai juga serentak memainkan isu tersebut dengan harapan imej Nizar akan terjunam. Tapi bila diminta supaya turut sama mendedahkan semua dokumen yang melibatkan Vale, Zambry enggan melakukannya.

Sebenarnya, ada satu peristiwa lain yang menyebabkan Zambry naik marah dan kelam kabut.

Kalau disorot kembali apa yang berlaku dalam bulan March, kita akan mendapati bahawa Najib turun ke Perak sebanyak empat kali. Mengapa Najib turun begitu kerap? Kerana Umno Perak kucar kacir. apa yang dilihat dalam kehadiran yang ramai dalam program Najib hanyalah propaganda kerana sejumlah wang banyak telah ditaburkan untuk mencipta persepsi bahawa Umno Perak sudah kuat.

Najib tidak mahu Zambry menjadi Menteri Besar lagi sekiranya BN menang di Perak. Tetapi dengan menyingkirkan Zambry, ia boleh melenyapkan peluang BN untuk kekal dengan kuasa yang dirampasnya.

Najib mahukan Zambry bertanding di Parlimen Parit Buntar manakala Zahid Hamidi akan bertanding di DUN Rungkup, dengan harapan, Zahid akan menjadi Menteri Besar Perak akan datang. Zahid adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perak manakala Najib adalah Pengerusinya.

Oleh itu, Najib perlu memperkuatkan Umno semaksima mungkin bagi menghadapi impak daripada penyingkiran Zambry sebagai Menteri Besar.

Usaha-usaha Najib itu masih belum menampakkan kejayaan kerana berdasarkan kajian dalaman Umno mendapati bahawa hampir 90% pengundi Cina sudah membuat keputusan untuk tidak mengundi Umno dan BN.Walaupun peratus pengundi India yang kembali kepada BN sudah meningkat, tetapi Umno pula menghadapi masalah dengan pengundi Melayu.

Apa yang dilakukan oleh Umno bukan saja menyebabkan pengundi menjadi meluat, malah strategi yang digunakan sudah "overkill". Dengan memberikan pelbagai label kepada Nizar, Umno sudah dilihat menjadi macam Pas tahun 80an.

Najib sudah tidak memperdulikan Perak..Zambry kena buktikan kemampuannya. Kalau tidak, Zambry mungkin tidak tersenarai langsung dalam PRU ini.

Keadaan menjadi lebih tertekan apabila Tengku Razaleigh melawat Perak pada 1 April 2012. Yang lebih mengecewakan Zambry ialah Tengku Razaleigh bukan berjuma dengannya, tapi berjuma Nizar!!

Apa perbincangan Nizar dengan Ku Li? Pertemuan Nizar dengan Ku Li sudah pasti tidak dapat disorok. Dan apa yang dibincangkan oleh Nizar dan Ku Li sudah pasti dapat dihidu oleh Zambry.

Dalam keadaan terdesak, Zambry perlu melakukan sesuatu untuk menjatuhkan Nizar.Dan dengan sebab itulah, maka Zambru mendedahkan dokumen yang mengaitkan Nizar dengan Vale.

Tapi tindakan Zambry itu memakan dirinya sendiri. Pendedahan itu turut mendedahkan peranan Raja Azlan Shah dalam kes ini. Dan setiap hari, Zambry terpaksa melakukan damage control.

Surat yang dikatakan surat kelulusan oleh Nizar itu tidak benar. Nizar mencabar Zambry supaya mendedahkan semua dokumen berkaitan Vale tetapi Zambry enggan. Sebaliknya, Zambry melakukan kesilapan apabila berkata bahawa dia memilih Teluk Rubiah kerana kedudukan yang bersesuaian. Boleh baca disini.

He said Teluk Rubiah was chosen for the project because the location was suitable, adding that no more documents on the matter would be de-classified.

Siapa yang memilih Teluk Rubiah? Nizar atau Zambry?

Dan mengapa Zambry enggan mendedahkan apa-apa dokumen lagi?

Siapa yang cakap benar dan siapa yang berbohong?

Siapa pun tak akan tahu siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong selagi semua maklumat dirahsiakan. Dan Zambry sudah mengatakan tidak akan ada lgi dokumen yang akan didedahkan.

Apa pilihan kita?

Satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku ialah mendedahkan semua dokumen. Dan hanya boleh dilakukan dengan menumbangkan BN dalam PRU akan datang. Kemudian kita suruh Pakatan Rakyat mendeklasifikasikan maklumat tersebut seperti mana Khalid Ibrahim mendedahkan siapa dalang projek babi di Selangor.

Semasa berjumpa Nizar ketika pelancaran media perak minggu lepas, aku sempat bertanya kepada Nizar sama ada dia sanggup berdebat dengan Zambry tentang isu Vale. Dan Nizar menyatakan kesanggupannya tidak kira dimana.

So..isu Vale nampaknya tidak akan terhenti disini saja malah akan terus menghantui Zambry.

Bagi Zambry.. V is for Vale. Tapi bagi Nizar..V is for Vendetta.

Umno Tidak Ghairah Cari Calon MB

Posted: 15 Apr 2012 06:11 AM PDT

MSO


Ghalibnya menjelang pilihan raya umum UBN sudah mengira-ngira siapakah tokoh atau orang bakal dilantik menjadi MB atau Ketua Menteri. Lobi melobi untuk menjadi MB juga biasanya sudah kencang sebelum parlimen dibubarkan. Kerana sebaik parlimen dibubarkan Umno akan mengatur calon-calonnya, terutamnya orang yang akan menjadi Menteri Besar.

Memilih tokoh MB atau KM yang tepat dan berkelayakan penting untuk kemajuan negeri dan kesenimbungan kuasa.

Seperti mana Umno Kelantan telah mengatur awal-awal untuk meletakan Awang Adek Hussein sebagai calon MB Kelantan pada pilihan raya 2008. Pengerusi Umno Kelantan ketika itu Annuar Musa telah mengumumkan awal-awal nama Awang Adek semasa himpunan Anak-anak Kelantan di Bukit Jalil. Tetapi tindakan mengatur calon seperti itu tidak berlaku untuk kali ini. Kenapa?

Bukan saja untuk Kelantan tetapi di negeri-negeri lain juga. Kenapa? Jawabannya Umno tidak ghairah untuk bebuat begitu kerana lebih memikirkan apakah untung nasibnya dalam pilihan raya akan datang. Umno sendiri masih menggeletar dan cemas rimas apakah UBN akan masih kekal menjadi kerajaan ataupun akan tumbang bertukar menjadi pembangkang.

Justeru UBN lebih memikirkan soal menang kalah daripada mencaturkan calon-calonnya untuk kerusi MB dan KM. Barang kali soal siapa MB dan KM duduk di urutan nombor 33. Pn begitu biarlah di sini saya memberi gambaran mengenai tokoh-tokoh akan dilantik menjadi MB serta kedudukan MB yang sedia ada. Huraian ini berdasarkan kepada cakap-cakap dalaman Umno dan penganalisa politik tempatan. Mudah-mudahan dengan huraian ini memberi cahaya kepada UBN yang sebam kini.

Di Kelantan, tampaknya Mustapa Mohamed adalah calon MB Kelantan sekiranya Umno menang. Pujian Najib Razak kepada Mustapa yang dianggap berlebihan menjadi signal untuk Umno Kelantan. Mustapa dijangka akan bertanding di dua kerusi seperti tahun 2008. Selain kerusi parlimen Jeli kerusi menjadi pilihannya di Dun ialah Air Lanas.

Selain Mustapa, Adun Pengkalan Kubur Norzaidi Omar juga disebut-sebut bakal menjadi MB Kelantan. Najib dikatakan lebih percaya kepada Norzaidi daripada Awang Adek Hussein untuk diprojekkan menjadi MB. Begitu juga berbanding dengan Setiuasaha Politiknya sendiri, Fatmi Che Salleh dan bekas setiausaha politik bekas PM Mohamad Alwi bin Haji Che Ahmad. Najib tidak gembar kepada karektor Fatmi yang nampak seperti bangsawan hampir-hampir sama kaya dengannya.

Di Terengganu kedudukan MB Ahmad Said (Sa..id.. Sa..id) juga sudah disaluti kabus. Ahmad diberitakan tidak lagi akan dilantik menjadi MB. Ada dua faktor kenapa Ahmad tidak lagi akan dipilih untuk menjadi MB. Pertama, dia bukan calon MB Terengganu sejak dari awal. Pemilihan Ahmad dulu adalah sebagai calon alternatif apabila Idris Jusoh tidak disukai Sultan. Mat Said adalah calon 'tersepak batu' saja.

Ahmad Said sendiri tidak percaya kalau dia boleh menjadi MB. Tetapi kerana disuruh akhirnya dia sempat berlagak sebagai MB. Faktor kedua ialah kerana pihak tertentu di Terengganu ada calonnya sendiri untuk diletakkan sebagai MB sekiranya UBN menang. Orang ini sudah pun sepatutnya menjadi MB pada tahun 2008. Tetapi disebabkan permainan Idris Jusoh yang menyihir orang ini bertanding di parlimen menyebabkan peluang itu lepas.

Katanya orang ini akan diletak bertanding di kerusi Dun untuk memungkin dia menjadi MB. Nampaknya Ahmad Said yang mendapat penasihat politik yang setaraf dengan Hang Nadim pernah menerima hadiah besar dalam dunia kewartawanan akan menjadi MB hanya sepenggal sahaja. Cukuplah daripada tidak merasa langsung.

Selain itu tragedi keruntuhan berbagai bangunan dan stadium Sultan Mizan di Terengganu yang masih belum dibaik pulih hingga kini dikaitkan dengan kelemahan dan kurang tegas Ahamd sebagai MB. Begitu juga dengan tindakan kasar beliau terhadap Pas sejak kebelakangan ini yang menuduh Pas parti 'ajaran sesat' menyebabkan merkah Ahmad yang sudah rendah terus merudum. Sebelum ini Mat Said turut disenangi orang Pas tetapi selepas keceluparan beliau itu sokongan kepadanya berkurangan.

Di Pahang kedudukan Adnan Yaacob juga sama dengan Ahmad Said. Adnan tidak lagi akan dilantik menjadi MB. Kemungkinan juga dia tidak akan dipindah ke pusat untuk dilantik menjadi menteri seperti mana lazimnya. Ada kemungkinan Adnan akan direhatkan terus dari menjadi wakil rakyat. Adnan kini sudah menjadi pembawa wabak kepada Umno.

Beberapa penyelewengan atau isu yang timbul gara-gara Adnan dikatakan menjadi punca beliau akan dirihatkan. Kempen supaya Adnan tidak dilantik menjadi MB sudah dijalankan dari kalangan masyarakat Cina. Kempen itu katanya menjatuhkan moral Adnan. Selain dari itu isu Lynas juga dikatakan membabitkan Adnan. Isu ini bakal merubah peta politik Pahang. Adnan dikatakan dipertanggungjawabkan dengan isu ini.

Nama Anggota Exco, Mohd Sarkar disebut-sebut bakal mengambil alih tempat Adnan Yaacob.

Di Johor, Ghani Othman juga dikatakan akan dirihatkan dan diganti dengan muka baru. Awalnya Khalid Nordin diura-urakan akan dibawa balik ke Johor. Selepas pilihan raya lepas lagi sudah ada projek untuk membawa Khalid ke Johor. Tetapi di atas kehendak pihak istana Ghani dikekalkan disaat-saat akhir.

Bagaimana pun cadangan ini menjadi senyap akhir-akhir ini. Umno seperti mana dikatakan tidak membicarakan soal pertukaran ini kerana lebih memikirkan mengenai kalah menang. Angin perubahan kini sedang melanda Johor. Gara-gara itu Najib tidak sempat untuk menilitik sejauh mana kemampuan Khalid Nordin sebagai bakal MB. Najib lebih memberi tumpuan untuk mengekalkan sokongan Melayu Johor kepada Umno.

Cina di Johor sudah tidak menjadi 'gundal' lagi kepada Umno. Jarang presiden Umno turun ke Johor sekerap Najib hari ini. Ini semua merupakan petanda buruk kepada Umno di Johor. Johor yang satu-satu negeri yang konon menjadi fed-depoisit kepada Umno kini sudah pun menjadi negeri 'berpinjaman' tanpa cagaran.

Di Negeri Sembilan pula Mohamad Hasan juga akan berubah tempat. Mat Hasan katanya akan dibawa ke parlimen dan temnpatnya akan diisi oleh muka baru. Setakat ini belum dipastikan siapakah yang akan mengambil tempat Mat Hasan. Orang disebut-sebut ialah menteri kerja raya Shaziman Abu Mansor. Tetapi Shaziman Abu Mansor sendiri tidak mempamerkan dia akan mengambil alih tempat Mat Hasan mungkin tidak yakin kerana jawatan itu penuh dengan politiking sedangkan beliau bukan seorang mengejar kedudukan.

Negeri Sembilan sama masalah dengan Johor. Umno tidak berkokok kerana negeri itu katanya antara negeri baru yang bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Jadi masing-masing lebih menumpukan kepada kemenangan daripada memikirkan kedudukan atau siapa bakal menjadi MB.

Melaka, kedudukan Mohd Ali Rustam tiada apa-apa berita tetapi dipercayai UBN akan membuat perubahan. Ali mungkin akan dibawah ke pusat untuk dilantik menjadi menteri. Namun orang yang bakal mengepalai Melaka belum jelas siapa. Ada beberapa nama tetapi tidak menyakinkan. Antaranya ialah ahli Parlimen Tangga Baru, Idris Harun, ahli Parlimen Masjid Tanah Abu Seman Yusuf, berpotensi untuk ganti Ali.

Bagaimana pun dalam pada itu ada juga usaha sedang dijalankan untuk membolehkan bekas CM Melaka Rahim Tamby Chik kembali semula ke Melaka. Kemungkinan ada sebagai membalas jasa Rahim kepada Rosmah. Tetapi Rahim sendiri berminat untuk ke kerusi Masjid Tanah. Kalau Rahim ke situ ini bermakna Abu Seman akan jadi Ketua Menteri Melaka.

Begitu juga dengan kedudukan Zambery Abdul Kadir di Perak tidak berapa kukuh. Umno kurang yakin dengan ketrampilan Zambery sebagai MB. Zambery dikatakan gagal untuk memulihkan sokongan Cina dan India kepada UBN. Namun disebabkan kedudukan Perak sangat kritikal kepada UBN menyebabkan soal MB tidak difikirkan.

Sementara tokoh disebut-sebut akan dibawa turun ialah Ahmad Zahid Hamidi. Ada keperluan untuk Zahid diturunkan ke Perak bagi mengurangkan pengaruhnya di peringkat Pusat. Ini semua adalah percaturan untuk menjaga kroni dan periuk nasi. Najib dikatakan tidak begitu gemar Najib bermain di pusat kerana ia boleh membayangi pengaruh adik sepupunya Hishamuddin Hussein.

Di Perlis Shahidan Kassim berusaha untuk kembali semula ke kerusi MB. Memandang Perlis tiada tokoh berbekas seperti Shahidan mungkin hasrat pemilik beras negara itu berjaya. Ini juga terpulang maklum kerpada bagaimana mood istana Perlis. Sekiranya isu ketegangan Shahidan dengan istana lengsai, harapan itu.

Di Kedah ada orang berangan-angan untuk jadi MB. Pengerusi Umno sekarang Ahmad Bashah dikatakan tidak mencapai 'standard antarabangsa' untuk jadi MB terutamanya mengenai kelulusan. Politiknya juga dangkal tidak menampakkan pro. Makanya anak Matahir, si Mukhriz dicadangkan untuk memimpin Kedah. Mahathir bagaimana pun menafikan ura-ura sebaliknya penafian itu merupakah pengesahan. Perpindahan Mukhriz ke Kedah dengan harapan menjadi MB adalah sebagai latihan untuk Mukhriz menjadi perdana menteri 10 atau 15 tahun akan datang. Tidak dapat disembunyikan Mahathir menyimpan cita-cita untuk menaikkan anaknya.

Akhirnya di Selangor, dua nama disebut-sebut untuk menjadi MB Selangor. Mereka ialah Noh Omar dan Mohd Zain Abdullah. Tetapi malangnya agan-angan mereka tidak berapa subur bila mana bekas MB Khir Toyo mengatakan sukar untuk Umno menang di Selangor. Mungkin sebab itu Noh lebih selesai untuk bertanding di parlimen dari bertanding di state.

Sehingga hari ini belum pasti siapa bakal MB Selangor dari UBN. Ezam Mohamad Nor dan Hasan Akidah juga ikut sama bermimpi untuk jadi MB. Tetapi sayangnya mereka usahkan terlelap tidur pun belum macam mana hendak bermimpi jadi MB. Boleh jadi juga nama akhir bakal MB dari UBN ialah seorang korporat besar negara.

Isu kapal selam menarik perhatian media Hong Kong

Posted: 15 Apr 2012 06:09 AM PDT

MerdekaReview


Ketika kes pengambilan komisen pembelian kapal selam masih dalam siasatan mahkamah Perancis, pengamal media Hong Kong mendedahkan melalui laman internet bahawa 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya melalui sebuah syarikat Hong Kong.

Kini, media Hong Kong, Ming Pao mulai mengikuti perkembangan kes ini, malah mengesahkan bahawa Abdul Razak adalah salah seorang pengarah syarikat Hong Kong tersebut.

Ming Pao, sebuah akbar yang dimiliki Tiong Hiew King, tycoon Malaysia, telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.

Menurut laporannya, yang memetik sebuah agensi berita, bahawa syarikat DCNS telah menjual tiga kapal selam kepada Malaysia sebelum ini, dan 36 juta euro disyaki telah disalurkan kepada Najib dan rakannya, melalui sebuah syarikat Hong Kong.

Setelah siasatan dibuat, Ming Pao telah mengesahkan bahawa syarikat Hong Kong tersebut bernama Terasasi, dengan Abdul Razak Baginda dan Abdul Mulim Baginda sebagai pengarah syarikat. Kedua-dua orang ini beralamatkan Kuala Lumpur, tetapi alamat syarikat di Hong Kong ini merupakan syarikat setiausaha.

Laporan ini memetik tulisan John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong yang tulisannya disiarkan di laman The Asia Sentinel.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar mendesak agar Perdana Menteri Najib menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata..

*Tulisan ini disedut dan diterjemah dari teks asal.

Panas: Tamparan Hebat Kepada Annuar Musa, 50 Ahli UMNO Ketereh "Keluar Parti" Dan Sertai PAS !

Posted: 15 Apr 2012 05:44 AM PDT

PAHANG DAILY


KETEREH - "Sudah jatuh ditimpa tangga", itulah istilah yang boleh kita gambarkan kepada Ketua UMNO Keterah, Tan Sri Annuar Musa (foto). Beliau yang baru saja digantung dua tahun setengah oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini kehilangan pula orang kuatnya apabila mereka bertindak keluar UMNO malam tadi.

Mereka yang keluar bukanlah calang-calang orang kerana mempunyai jawatan, antara mereka ialah Penghulu UMNO (Penyelia Pembangunan Mukim) dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan sendiri.

Laporan harakahdaily dipetik, malam tadi seramai 50 orang pengikut setia Anuar Musa di DUN Ketereh bertindak keluar parti dan menyertai PAS. Mereka terdiri daripaa Penghulu UMNO dari empat mukim di Ketereh yang diketuai oleh Rafia Jusoh,67, dari PPM Lancang. Sementara itu tiga lagi yang berbuat demikian ialah Sanusi Jaya (PPM Buloh Poh), Zakaria Awang Lah (PPM Kayu Rendang) dan Ismail Jaafar (PPM Chegar).

Manakala seorang lagi ialah Ketua Pemuda UMNO Lancang, Abdul Rahman Abdul Rahim. Rafia yang lebih dikenali sebagai Paksu Ya menyerah borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada program ceramah yang diadakan di perkarangan rumahnya di Kampung Durian Pahit.

Ribuan hadir mengikut ceramah tersebut terpaksa bersila dalam kebun pokok dokong dan bendang kontang memandangkan perkarangan rumah Paksu Ya agak sempit. Manakala kenderaan diletak sejauh hampir satu kilometer dan terpaksa berjalan kaki melintasi bendang padi jauh sayup mata memandang.

Paksu Ya yang dilantik sebagai penghulu kerajaan negeri ketika Kelantan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), kemudian dilantik pula sebagai PPM selepas PAS mentadbir Kelantan pada 1990.
Jawatan disandangnya sehingga 2010 apabila tidak disambung lagi perkhidmatannya dan tempatnya diganti Ketua Cawangan UMNO Kampung Durian Pahit.

Katanya, beliau sudah lama melihat rakyat terutamanya petani didera pemimpin UMNO apabila cuba menyukarkan mereka mendapat bantuan di bawah kerajaan pusat.

"Paksu masih ingat baja cap dacing tidak diberi kepada penyokong PAS. PPM tidak mahu menandatangani borang permohonan milik mereka.

"Namun apabila datang ke sini Paksu tak kira terus tandatangan borang mereka tanpa mengira penyokong PAS atau UMNO. Paksu kasihan melihat mereka datang dari jauh kerana PPM di kampung mereka enggan menurunkan tanda tangan,"
katanya.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir, Penyelia DUN Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood dan Ketua Penerangan PAS Ketereh, Abdul Manaf Abdullah.


[Perkembangan ini merupakan satu tamparan yang cukup hebat buat bekas Menteri Belia Dan Sukan itu. Beliau kini seolah-olah sudah tidak disenangi lagi oleh penyokong beliau sendiri gara-gara tindakan kurang bijak selepas dia tergamak mempertikaikan dan menggunakan rakyat untuk menyerang peribadi Presiden FAM yang juga Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah.

Kini, Annuar Musa bakal berhadapan dengan masalah yang lebih besar dan kemungkinan akan ditendang oleh PM Najib Razak sebagai calon BN di kawasan tradisinya itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.

Tindakan beliau mempertikaikan keputusan Lembaga Tatatertib FAM akhirnya memakan dirinya sendiri. Justeru Annuar Musa digesa mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku. Usahlah terlalu taksub hingga mengajak rakyat untuk menghina Sultan Pahang dalam kesnya itu].

Ustaz Bakar Chik 'Serius' Ajak Mad Said ‘Mubahalah’ Bukti Kebenaran

Posted: 15 Apr 2012 05:37 AM PDT

Wartawan Buletin

KUALA TERENGGANU - Pemimpin Umno Terengganu mengulangi fitnah 'jahat' terhadap PAS dengan melabelkan PAS kononnya sebagai sebuah 'parti ajaran sesat' secara secara terangan-teragan dan terbuka menganjurkan satu Wacana umum berkenaan tajuk tersebut.

Berikutan itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik secara serius mengajak Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said 'bermubahalah'.

Katanya, cadangan mubahalah tersebut bagi mengelakkan Umno dan pemimpin utama parti itu mengulangi tuduhan 'berat' memfitnah parti Islam sebagai sesat.

Menurutnya, jika pelawaan mubahalah tidak diterima pemimpin Umno tersebut wajar meminta maaf serta menarik balik kenyataan berkenaan.

"Saya sebagai seorang pimpinan PAS, ahli PAS dan pekerja PAS. Saya minta dia (Ahmad) 'bermubahalah' kerana dia buat fitnah.

"Jika dia tidak mahu bermubahalah, dia kena tarik balik dan minta maaf di atas ucapan dia. Antara dua, sama ada dia tarik balik ucapan itu atau bermubahalah. Itu sahaja.

"Ini (mubahalah) bukan bermaksud untuk publisiti tetapi untuk hendak membendung supaya orang lain tidak sesat. Saya anggap perkara ini sangat besar dan boleh menyesatkan ramai orang. Ini bahaya aqidah dan bahaya perpecahan berlaku di kalangan umat," tegasnya ketika berkunjung ke pejabat Sinar Harian, 14 April lalu.

[Gambar - Ustaz Abu Baar Chik merujuk dalil Mubahalah yang tedapat dalam kitab suci al-Quran]

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat berpendapat ajakan 'mubahalah' wajar dilakukan bagi mengelakkan Umno serta kepimpinannya berterusan memfitnah PAS sesat.

Ini kerana, kata Ustaz Abu Bakar istilah sesat di Negara ini membawa maksud 'kafir' atau 'syirik' serta terkeluar dari ajaran Islam sebenar.

"Kenyataan (mubahalah) ini perlu dilakukan untuk mengelak Umno terus melakukan dan Dato' Seri Ahmad Said secara khusus atas sifat peribadi dia sebagai Menteri Besar (MB) dan Ketua Umno-BN negeri Terengganu telah menuduh PAS sebuah parti sesat.

"Sesat ini bagi istilah kita di Malaysia sama dengan "kafir" atau pun sama dengan "syirik". Iaitu suatu ajaran sesat yang terkeluar dari ajaran Islam. Jika PAS sebagai parti sesat, maknanya PAS terkeluar dari landasan Islam. Ianya, sama taraf dengan kafir atau pun syirik," jelasnya.

Menurutnya, menuduh seseorang itu kafir atau syirik sangat besar dosa jika yang dituduh itu tidak melakukan perkara tersebut.

Dato' Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu menegaskan kaedah mubahalah itu merupakan jalan terakhir bagi menuntut kebenaran.

Katanya, sumpah mubahalah mempunyai syarat-syarat tertentu yang terdapat dalam al-Quran serta pernah berlaku dalam sejarah Islam.

"Walau bagaimana pun, sumpah 'mubahalah' ini adalah kaedah yang terakhir. Pada hari ini, saya hendak minta tolong dengan Allah SWT untuk diri saya sendiri dan keluarga kerana syarat yang pertama untuk mubahalah ini kena mengikhlaskan diri kepada Allah SWT. Niat kerana Allah, Insya'Allah saya niat ikhlas kerana Allah untuk mencari kebenaran bagi mengajak Dato' Seri Ahmad Said bermubahalah.

"Pertama, Dia (Ahmad) dan anak-anak, isteri dan saya (Abu Bakar) dengan anak-anak dan isteri mengajak untuk bermubahalah bersama-sama melakukan sumpah di mana-mana tempat yang akan diatur.

"Kedua, kerana kepentingan Islam. Syarat bermubahalah ini kita hendak mencari kebenaran dan menentang kebatilan. Jika dia (Ahmad) tidak mahu bermubahalah, maknanya dia tidak yakin dengan apa yang dia ucapkan itu," ujarnya.

Menurut beliau, parti Islam berjuang bagi menegakkan Islam dan jika PAS dituduh sebagai parti Islam sesat, mana lagi pendakwahnya.

Sedangkan, katanya kemungkaran yang besar ialah tidak adanya negara yang beramal dengan hukum-hukum (perundangan) Islam.

BN Selangor lancar Ops Kibar dan Santai Orang Muda

Posted: 15 Apr 2012 05:35 AM PDT

SINAR HARIAN

SHAH ALAM - Dalam usaha mendekati golongan muda, Barisan Nasional (BN) Selangor melancarkan Ops Kibar dan Santai Orang Muda yang merupakan program berbentuk hiburan secara santai pada setiap hujung minggu.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata buat permulaan program itu akan diadakan Jumaat depan di perkarangan Bangunan Umno Selangor di Seksyen 14 di sini.

Menerusi program, itu, katanya, belia yang berbakat akan diberi peluang untuk membuat persembahan setiap minggu sama ada dalam bentuk persembahan muzik, kebudayaan dan mendeklamasi sajak.

"Program ini bertujuan menyedarkan golongan muda bahawa BN tidak pernah menyisihkan mereka, malahan sokongan mereka diperlukan bagi menjayakan matlamat menawan semula Selangor pada pilihan raya akan datang, katanya kepada pemberita kertka melancarkan program itu di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, penyanyi era 80-an Poe mendendangkan beberapa lagu berbentuk humor dan sindiran manakala Mohd Zin pula mendeklamasikan sebuah sajak.- Bernama

Apabila PASTI Dirobohkan, Tanda Kerajaan BN Melaka Bakal Runtuh

Posted: 15 Apr 2012 05:28 AM PDT

KELAB GREENBOC




M
ereka hanya boleh robohkan bangunan ini


BUKIT KATIL, Melaka: Bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Bukit Katil dirobohkan oleh pihak berkuasa negeri Melaka Sabtu lalu.

Gambar: Pasti Bukit Katil sebelum dan selepas dirobohkan

Bagi bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka yang mendirikan Pasti ini, Azrin Abdul Majid, tindakan ini hanya boleh merobohkan bangunan ini.

"Mereka boleh meruntuhkan bangunan ini tetapi tidak akan dapat meruntuhkan roh dan semangat perjuangan kita sekali-kali.

"Ayuh, bangkit dan tumbangkan Umno/BN!" tulis Azrin dalam Facebooknya.

Bagi beliau, sejarah tidak akan terpadam.

"PASTI dan Markas ini didirikan semasa saya menerajui Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Ketua Pengarah PASTI Malaysia.

"Ia adalah hasil pengorbanan pemimpin, ahli dan penyokong PAS," tulis beliau.

Menurut beliau, bangunan ini telah dirasmikan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS pada tahun 2003. -HD

Ulasan GB

Ali Rustam terlupa kerajaan Khir Toyo runtuh dengan tindakannya merobohkan Surau Berembang...

Surau Berembang Dirobohkan UMNO

BN tidak wajar guna agensi awam jentera parti

Posted: 15 Apr 2012 05:27 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PADANG BESAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) agar tidak memperalatkan pegawai dan agensi kerajaan untuk dijadikan jentera parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pegawai kerajaan yang bersubahat dalam perkara yang mencemarkan ketelusan proses PRU akan memberi kesan buruk kepada diri sendiri dan masa hadapan.

"Kerajaan Pusat wajar berhenti memperalatkan agensi kerajaan untuk dijadikan jentera PRU, sebaliknya memastikan pelaksanaan PRU tidak lama lagi diadakan secara telus demi memenuhi hak rakyat," kata beliau sewaktu berucap di hadapan lebih 500 penyokong Pas sempena lawatan kerja sehari beliau ke Perlis di Balai Baru Beseri di sini, semalam.

Banyak pihak meramalkan PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat, kemungkinan bulan Jun ini.

Mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.

Undang-undang Baru Ganti ISA Tidak Hadkan Kuasa PDRM

Posted: 15 Apr 2012 05:24 AM PDT

MSTAR ONLINE

KLUANG: Undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak akan menghadkan kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata PDRM berpuas hati mengenainya dan yakin dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.

"Sememangnya akta baru itu tidak boleh dibentang sekiranya polis sebagai 'end user' yang memastikan keselamatan negara sendiri tidak selesa dengan akta baru berkenaan.

"Jadi saya bagi jaminan hari ini, PDRM maklumkan apa yang akan dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak esok, mereka (PDRM) yakin mereka dapat jamin keselamatan dan ketenteraman awam," katanya kepada pemberita, di sini, Ahad.

Beliau berkata Kabinet juga bersetuju untuk memperkasakan PDRM bagi meningkatkan keupayaan pasukan daripada segi menjalankan siasatan, perundangan, risikan, pemantauan dan hubungan dua hala dengan negara jiran.

"Saya hendak beritahu bahawa perbincangan mengenai undang-undang menggantikan ISA ini telah dibuat dengan dengan pihak berkepentingan seperti Suhakam, Majlis Peguam dan badan bukan kerajaan sejak tahun 2009 yang mengambil kira beberapa perkara termasuk tempoh tahanan," tegasnya.

Sementara itu mengulas isu lain, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno bersetuju agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan beberapa pemimpin pembangkang mempersendakan raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 baru-baru ini.

Katanya penubuhan itu wajar bagi memastikan duduk sebenar dakwaan tersebut memandangkan "tuan punya badan" menafikan.

"Kalau kita siasat sendiri, mereka kata tidak adil. Tidak ada sebab mengapa suruhanjaya tidak boleh diadakan kalau itu dapat meyakinkan orang ramai bahawa institusi raja perlu dihormati," katanya yang mengulas cadangan seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong sekalipun ada khabar angin menyatakan beliau akan bertanding di Kota Tinggi.

Katanya beliau mahu meneruskan tanggungjawab membela nasib masyarakat di Sembrong yang telah mengundinya pada pilihan raya umum lepas.

"Hari ini jelas, orang tahu saya tidak akan ke mana, tetapi kedudukan calon itu terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukan. Penyatuan rakyat di Sembrong ini tidak datang bergolek dan kita sudah banyak melabur wang ringgit, masa, air mata dan keringat dalam beberapa tahun ini," katanya. BERNAMA

PRU13: Hishammuddin kekal tanding di Sembrong

Posted: 15 Apr 2012 05:24 AM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KLUANG - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong sekalipun ada khabar angin menyatakan beliau akan bertanding di Kota Tinggi.

Dipetik Bernama, Naib Presiden Umno ini berkata, beliau mahu meneruskan tanggungjawab membela nasib masyarakat di Sembrong yang telah mengundinya pada pilihan raya umum lepas.

"Hari ini jelas, orang tahu saya tidak akan ke mana, tetapi kedudukan calon itu terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukan.

"Penyatuan rakyat di Sembrong ini tidak datang bergolek dan kita sudah banyak melabur wang ringgit, masa, air mata dan keringat dalam beberapa tahun ini," katanya di sini hari ini.

Kemuka Nama Calon Dalam 2 Minggu - Tengku Adnan

Posted: 15 Apr 2012 05:20 AM PDT

MSTAR ONLINE

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) akan mula menghantar surat kepada pemimpin parti komponennya esok (Isnin), meminta supaya mereka menghantar senarai nama calon untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara itu diarahkan Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mereka diberi masa dua minggu untuk mengemukakan senarai calon masing-masing.

"...esok saya akan tulis kepada semua pemimpin parti komponen seperti yang diarah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), di sini, Ahad.

Katanya beliau juga difahamkan ada parti komponen yang tidak mahu lagi bertanding di kawasan yang diperuntukkan kepada mereka sebelum ini, sebaliknya menyarankan kawasan tersebut lebih sesuai ditandingi parti komponen lain.

Bagaimanapun perkara itu belum dapat disahkan, katanya.

Mengenai senarai calon Umno, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung parti itu, berkata saringan peringkat pertama telah selesai dan senarainya akan dihantar kepada presiden parti tidak lama lagi.

Presiden parti yang juga pengerusi BN, kemudiannya akan mewujudkan jawatankuasa sendiri bagi menyaring lagi semua nama calon yang diterimanya, termasuk senarai calon dari parti-parti komponen lain, bagi memilih calon yang paling sesuai untuk bertanding, katanya.

Merujuk kepada nama yang dicadangkan Umno bahagian, Tengku Adnan berkata semua bahagian diminta mengesyorkan tiga nama, namun ada yang menghantar lebih daripada tiga, ada yang hanya menghantar satu nama, dan ada yang minta dikekalkan muka lama.

Beliau berkata ada juga bahagian yang mengesyorkan nama calon yang berada di luar bahagian berkenaan selain pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang dirasakan mampu membawa kemenangan di kawasan mereka pada pilihan raya nanti.

"Ini menunjukkan bahawa mereka faham dengan apa yang yang disebutkan oleh Presiden parti yang berkehendakkan calon 'winnable' pada pilihan raya nanti," katanya.

Seramai 700 orang menerima BR1M pada majlis hari ini yang turut menyaksikan pemberian komputer 1Malaysia kepada 1,000 pelajar yang layak. BERNAMA

Pilihan Raya Wajar Dalam Masa Terdekat - Mahathir

Posted: 15 Apr 2012 05:17 AM PDT

MSTAR ONLINE

SINTOK: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa pilihan raya umum ke-13 wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.

Beliau berkata, ini memandangkan tempoh masa yang tinggal sudah tidak lama lagi iaitu menjelang pertengahan tahun depan.

Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan.

"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya.

"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila parlimen tamat, pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, Ahad.

Beliau berkata, melalui sistem berkenaan ia memberi peluang kepada kerajaan yang memerintah untuk menilai tahap populariti dan sekiranya merasakan diri mereka boleh menang, maka pilihan raya akan diadakan.

"Sekarang pun nampak bagus juga (untuk diadakan pilihan raya)," katanya ketika diminta pendapat mengenai tarikh sesuai diadakan pilihan raya. BERNAMA

NGO: Arahan pasang bendera jadi bahan ketawa

Posted: 14 Apr 2012 06:44 PM PDT

MALAYSIA KINI

Presiden NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, arahan supaya pegawai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera di stesen komuter merupakan tindakan "kebudak-budakan."

Katanya lagi, tindakan itu juga akan menjadi bahan ketawa pengamat politik luar kerana menunjukkan "kerendahan pemikiran parti politik menghina minda rakyat."

"Rakyat pasti tidak dapat menerima kegelojohan parti politik yang memenuhi bendera ditempat awam bertujuan berkempen kerana ia seperti tindakan kebudak-budakan," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Azmi mengulas laporan Malaysiakini berhubung arahan yang dikatakan dikeluarkan pengerusi KTMB Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed supaya pegawai terlibat membenarkan jentera pilihan raya BN memasang bendera itu.

Mohd Zin yang juga merupakan koordinator BN Selangor dalam arahan itu turut dikatakan meminta supaya pegawai berkenaan memelihara bendera berkenaan daripada dibuang atau disabotaj.

Katanya lagi, perang bendera seperti itu harus terbatas dan memadai jika bendera parti itu hanya digantung di tepi jalan dengan mematuhi peraturan ditetapkan.

Beliau turut menyuarakan tuntutan supaya pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya mengawal parti politik daripada mencemari kawasan awam dengan menggantung bendera.

Katanya, tindakan sepert itu mengganggu keselesaan orang awam.

"Membenarkan semua tempat dipenuhi dengan bendera parti amat mencemarkan pemandangan dan menunjukkan ketidakmatangan di pihak parti yang berkenaan," katanya lagi.

PRU13: Gerakan peringkat akhir teliti calon

Posted: 14 Apr 2012 06:34 PM PDT

SINAR HARIAN

BUKIT MERTAJAM - Gerakan sedang meneliti senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk parti itu sebelum menyerahkannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, setiap calon yang disenaraikan itu akan menjalani beberapa proses termasuk saringan daripada beberapa pihak yang tidak berkepentingan dalam parti.

"Kita dalam proses akhir menyenaraikan nama calon sebelum menyerahkan kepada Presiden Barisan Nasional (BN) (Najib). Bagaimanapun, senarai nama yang berpotensi itu akan menjalani beberapa proses termasuk saringan.

"Senarai calon yang ada juga terdiri daripada gabungan muka lama dan baru," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Koh merasmikan Karnival Yuan di Autocity Juru, di sini hari ini.

Koh, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, BN Pulau Pinang sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Kita tidak perlu melancarkan jentera (BN negeri) kerana semua pemimpin dan anggota BN di Pulau Pinang memang telah bekerja keras sejak tahun lepas.

"Jentera BN juga dalam mood pilihan raya dan tunggu masa sahaja," katanya. - Bernama

'BERSIH perlu yakinkan tak susahkan orang'

Posted: 14 Apr 2012 06:33 PM PDT

MALAYSIA KINI
Kerajaan tidak menyekat kemahuan mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman asalkan mereka mematuhi syarat yang ditetapkan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata antaranya mereka mesti memastikan perhimpunan tidak menyusahkan orang ramai selain perlu meyakinkan pihak polis bahawa perhimpunan yang bakal dianjur itu aman.

"Seperti BERSIH, kalau mahu lakukan (perhimpunan aman), mereka (penganjur perhimpunan) perlu yakinkan pihak polis mengenai apa dan di mana mahu berhimpun (agar) tidak susahkan orang ramai. Semua pihak terikat pada syarat yang sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan BN Pilihan Orang Muda, di Ipoh.

Beliau diminta mengulas mengenai permohonan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) semalam untuk berhimpun secara aman di Dataran Merdeka pada 21 April ini, bagi membantah usaha pihak tertentu menjayakan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender serta seks bebas di negara ini.

Mengenai tindakan sekumpulan mahasiswa berhimpun mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di ibu negara Sabtu, Hishammuddin berkata perkara itu adalah isu yang cuba dieksploitasi pihak pembangkang.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata Pergerakan Pemuda BN dan Pergerakan Puteri Umno perlu mewujudkan 'gelombang orang muda' di setiap negeri.

Beliau berkata masa depan negara adalah bergantung kepada tindakan golongan muda pada masa sekarang.- Bernama

Najib: Kesederhanaan bukan pengecut

Posted: 14 Apr 2012 06:29 PM PDT

MALAYSIA KINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin hubungan perdagangan Malaysia dengan Britain akan bertambah lebih kukuh selepas kedua-dua negara itu mengulangi komitmen masing-masing minggu ini.

"Sejak Syarikat Hindia Timur membuka pangkalan pertama di rantau ini iaitu di Pulau Pinang lebih 200 tahun lalu, hubungan perdagangan Malaysia dengan United Kingdom (UK) adalah kukuh - dan saya yakin ia bertambah lebih kukuh selepas mengulangi komitmen kami minggu ini," kata Najib dalam entri terbarunya berjudul 'Strengthening our ties to Britain' dalam laman blog www.1Malaysia.com.my pada Sabtu.

Perdana Menteri Britain David Cameron melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia pada Khamis lalu atas jemputan Najib.

Ia merupakan lawatan rasmi pertama ke sini sejak menjadi perdana menteri Britain pada Mei 2010.

Najib berkata kedua-dua Malaysia dan Britain harus meraikan hubungan bersejarah ini sama ada besar atau kecil dan menjalinkannya semula.

"Secara ekonomi, budaya, politik, hubungan dua hala kami bukan sahaja melepasi ujian masa tetapi ia turut berkembang sejak waktu ayah saya (perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein) sehingga ke hari ini, selepas lebih 50 tahun kemudian.

"Sekiranya Britain dan Malaysia bersatu dengan nilai masing-masing, kita sama-sama bersatu dalam komitmen bagi menambah kemakmuran, meningkatkan taraf hidup dan membina ekonomi yang terbuka dan luar," katanya.

Mengenai lawatan Cameron, Najib berkata beliau gembira untuk menghoskan Perdana Menteri Britain pertama ke Malaysia dalam tempoh hampir 20 tahun.

"Lawatan itu susulan lawatan rasmi saya ke UK pada musim panas lalu yang mana kami membincangkan cara untuk mengeratkan lagi kerjasama dalam memenuhi cabaran dan peluang bersama," katanya.

Najib juga melahirkan rasa gembiranya melawat University Nottingham kampus Malaysia yang beliau berucap di samping Cameron pada acara dialog Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Najib berkata Cameron gembira untuk melawat kampus itu sebagai 'alma mater' nya dan berucap menyokong GMM khusus dengan kehadiran ramai pelajar antarabangsa di kampus itu.

"Cameron bercakap mengenai liberalisme bertenaga - dan saya setuju dengan beliau bahawa kesederhanaan bukan sama seperti pengecut!

"Kesederhanaan adalah bagi kita semua... Islam, Kristian, Yahudi dan ateis bagi menunjukkan sifat kekuatan dan menggunakan perpaduan dan kekuatan kami bagi mengalahkan sikap tidak bertoleransi serta menumpu jalan ke arah kesederhanaan," katanya.

Najib berkata haluan bersama kedua-dua negara yang mana di Malaysia, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digantikan dengan kebebasan sivil baru dan di UK menandakan akhirnya dekad konflik dan persengketaan di Ireland Utara.

"Inilah nilai-nilai bersama kami - nilai, yang perlu dinyatakan, yang terjalin dalam sistem pendidikan Britain bertaraf dunia," katanya.- Bernama

Isu sekolah Cina akan beri kesan kepada MCA dalam PRU, kata persatuan Cina

Posted: 14 Apr 2012 05:36 PM PDT


KUALA LUMPUR — MCA akan menghadapi kesan lebih buruk berbanding pilihan raya 2008 ekoran tidak menangani isu sekolah cina dengan berkesan, kata sekumpulan persatuan Cina.

Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCH) berkata, parti itu akan hanya memperolehi beberapa undi dalam pilihan raya akan datang kerana gagal memastikan sekolah vernakular Cina tidak dilayan secara adil oleh Putrajaya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh ahli akademik Cina adalah "penipu" apabila mendakwa kerajaan menganak-tirikan sekolah vernakular kerajaan.

Setiausaha Agung KLSCAH Stanley Yong berkata, beliau merasakan MCA akan ditolak oleh pengundi berdasarkan penerimaan diberikan kepada Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong sewaktu perhimpunan dua minggu lalu.

Wee, yang juga timbalan menteri pendidikan telah dihalau selepas di kritik oleh peserta, yang sebelum itu mendakwa telah ditumbuk di muka.

Perhimpunan anjuran Persatuan Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong) mengadakan bantahan berikutan kekurangan guru di sekolah Cina yang berkelayakan dalam sistem pendidikan nasional.

"Mereka berkata MCA tidak lagi revelan ... saya rasakan semakin ramai pengundi menolak MCA," kata Yong kepada The Malaysian Insider.

MCA menerima kekalahan teruk ketika pilihan raya 2008, dengan menyaksikan mereka kehilangan separuh kerusi kepada 15 daripada 31. Barisan Nasional (BN) itu tidak menunjukkan peningkatan di setiap negeri.

Yong menjelaskan walaupun mempunyai ramai menteri di Kabinet sejak Merdeka, MCA gagal untuk mengetengahkan polisi Putrajaya berhubung sekolah Cina walaupun kominiti Cina sudah berulangkali membangkitkan isu ini.

Ini akan mengakibatkan masyarakat Cina menyalahkan parti berkenaan, terutamanya apabila ahli politik MCA sendiri memegang portfolio timbalan menteri pelajaran.

"Beliau adalah Cina, dan komuniti Cina menderita, dan timbalan menteri pelajaran adalah Cina, tapi tidak melakukan sebarang tindakan, sudah tentu kemarahan itu akan dilepaskan kepadanya," tambahnya.

Yang turut memberi amaran MCA sudah kesuntukan masa untuk memperolehi undi memandangkan pilihan raya semakin hampir, namun parti itu masih lagi mempunyai harapan dengan mengemukakan pelan jangka panjang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sekolah Cina.

MCA harus melakukannya walaupun terpaksa menggunakan dana parti dan bukan daripada kerajaan persekutuan "bagi mengurangkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati" yang dirasai pengundi Cina," katanya.

Namun beliau menegaskan ini hanyalah langkah pencegahan dan Putrajaya perlu melayan sekolah Cina "sama seperti" sekolah kebangsaan sekiranya Barisan Nasional (BN) mahu menyelesaikan isu ini.

"Mereka harus menyemak kembali kritikan dan tuntutan, bukannya menolak rungutan mereka seperti dibangkitkan pembangkang.

"Ini bukan sahaja tidak professional, malah tindakan kebudak-budakan," katanya.

KLSCAH adalah payung terbesar kumpulan Cina di Selangor. Dibentuk 85 tahun lalu, mereka mempunyai 420 ahli terdiri daripada barisan ahli perniagaan dan aktivis awam.

Perkuburan 1Malaysia’ ada di kawasan Najib?

Posted: 14 Apr 2012 05:33 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Penulis blog, Anak Sungai Derhaka menyebut gara-gara taksub dengan konsep '1Malaysia" yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya agama Islam itu sendiri menjadi carca merba.

Sehubungan itu, beliau di dalam blognya, http://darisungaiderhaka.blogspot.com membongkarkan berita panas yang untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia kenapa perlu mereka menolak Umno BN pada Pilihan raya Umum akan datang.

Tulisnya, jika rakyat terus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotakkatikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa.

"Terbaru, kami berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan '1Malaysia' di Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri.

"Sungguh mengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kubur Islam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit," tulis beliau.

Menurutnya, selama ini ramai di kalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidak perasan dengan lokasi berkenaan.

Memang, katanya banyak kawasan seperti itu terdapat di sepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kubur Orang Asli.

"Namun, apa yang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa.

"Soalnya sekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?" soalnya.

Justeru, katanya tidak timbul persoalan mereka iaitu orang Islam itu adalah Orang Asli atau tidak.

Apa yang penting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisah tertera "Kechik Binti Muda" (kiri) yang letak bersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam).

Malah, tulisnya lagi terdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit.

Menurutnya, umum mengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh warga Kemboja yang diimport sebagai 'pengundi tetap' Najib di Parlimen Pekan.

Makanya, ujar beliau kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang Melayu Islam Kemboja.

"Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?" tanya beliau.

Beliau juga mempersoalkan ke mana perginya Jabatan Agama Islam Pahang dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang yang sepatutnya memantau kegiatan seperti itu.

Baginya, ternyata apa yang berlaku itu sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islam sebenarnya, tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM, Najib Razak.-Harakahdaily

Misteri tengkorak dalam dusun

Posted: 14 Apr 2012 05:06 PM PDT

NOR AZURA MD AMIN

Mohd Salleh menunjukkan lokasi di mana tulang dan tengkorak manusia ditemui.

PONTIAN - "Pada mulanya saya sangka sekumpulan remaja itu bergurau, namun setelah melihat dengan mata kepala sendiri, barulah saya percaya cerita mereka bertemu tulang manusia di dusun buah itu benar," demikian beritahu Abd Halim Abd Ghani, 41, yang terkejut dengan penemuan tidak disangka-sangka itu.

Menceritakan detik-detik awal sebelum menjumpai tulang manusia itu, Abd Halim yang juga seorang penjual burger di Kampung Pasir, Pekan Nenas, berkata, segala-galanya bermula setelah mendengar cerita sekumpulan remaja yang datang berkunjung ke gerainya.

"Ada empat remaja belasan tahun datang ke gerai burger saya yang terletak betul-betul di hadapan sebuah dusun buah-buahan itu kira-kira jam 7 malam Khamis lalu.

"Mereka memberitahu saya yang mereka terjumpa tulang manusia di dalam dusun berkenaan, namun saya tidak ambil peduli kerana menyangka mereka hanya bergurau. Lagipun dusun itu memang sering menjadi lokasi tumpuan remaja mengambil buah mempelam dan jering," katanya.

Bagaimanapun, Abd Halim berkata, hatinya berasa gusar sebaik sahaja tiba di rumah selepas habis berniaga.

"Saya tidak boleh tidur mengenangkan cerita sekumpulan remaja tersebut. Kata-kata mereka menyebabkan saya jadi tidak sedap hati," katanya.

Berikutan itu, keesokan harinya Abd Halim bertekad memberitahu salah seorang sahabatnya, Mohd Salleh Marim, 65, tentang perkara tersebut.

"Kira-kira jam 4 petang Jumaat, saya dan Mohd Salleh pergi ke dusun berkenaan untuk memastikan kebenaran cerita yang diberitahu remaja tersebut.

"Alangkah terperanjatnya kami apabila ternyata mereka bercakap benar. Kami jumpa tulang-temulang manusia berserakan di bawah pohon mempelam di dalam dusun tersebut," katanya.

Menurut Abd Halim, pada mulanya dia mengesyaki tulang yang berserakan itu adalah tulang haiwan, namun mengakui ia tulang manusia setelah menemui tengkorak yang masih mempunyai gigi.

"Hampir keseluruhan tulang tersebut telah tertimbus ke dalam tanah. Tulang-tulang yang berserak dipercayai akibat dimakan biawak," katanya yang turut menemui sehelai baju-T berwarna kelabu di kawasan tersebut.

Dia kemudian mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Nenas pada hari yang sama.

Sementara itu, Mohd Salleh yang juga Ketua Umno Cawangan Kampung Pasir pula berkata, dia amat terperanjat dengan penemuan itu kerana tidak ada penduduk yang bercerita mengenai bau busuk di dalam dusun berkenaan sebelum ini.

Menurutnya, kawasan dusun terbabit berhampiran dengan kawasan perumahan di Taman Sri Bahagia 2 dan juga beberapa rumah penduduk Kampung Pasir.

"Kemungkinan tulang terbabit milik warga asing kerana tidak ada orang kampung ini yang mengadu kehilangan ahli keluarga," katanya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zahliman Jamin berkata, pihaknya terus berkejar ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat orang awam.

Katanya, berdasarkan pakaian yang ditemui, dipercayai tulang terbabit milik seorang lelaki dan ia dibawa ke Hospital Pontian sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan dan berdasarkan tulang yang dijumpai, kemungkinan ia telah lama berada dalam dusun terbabit," katanya.

Tiada ulasan: