Biaqpila |
- Amoi Cantik Dilacur Ayah Kandung Umur 10 Tahun
- MALAM INI - Venue Ke-5 Jelajah SAMM 'Road to BERSIH3' - BANDAR TUN RAZAK
- DUDUK BANTAH,TIDOQ BANTAH DI DATARAN MERDEKA
- LAWAK AHAD: NAJIB SUPERMAN
Amoi Cantik Dilacur Ayah Kandung Umur 10 Tahun Posted: 15 Apr 2012 06:41 AM PDT
|
MALAM INI - Venue Ke-5 Jelajah SAMM 'Road to BERSIH3' - BANDAR TUN RAZAK Posted: 15 Apr 2012 01:00 AM PDT Setelah menyelusuri 2 venue di selatan dan 2 venue jelajah di utara, Jelajah SAMM 'Road to BERSIH 3' kembali menjengah ibu kota untuk terus menghasut orang ramai bagi menyertai himpunan secara aman pada 28 April 2012. Walaupun di kawasan bandaraya maklumat mudah diperolehi, namun Kuala Lumpur juga tidak terlepas daripada aksi Jelajah SAMM bagi memastikan mood BERSIH benar-benar mekar tersemat di kalbu warga Kuala Lumpur. Bertempat di Padang Bola Sepak PPR Sri Labuan (bersebelahan Surau al Aula), Bandar Tun Razak, merupakan venue ke-5 setelah empat venue terawal berjaya menarik perhatian ribuan kehadiran bagi setiap venue. Setiap yang hadir pada venue sebelum ini begitu meluap-luap semangatnya untuk BERSIH 3 yang juga mungkin menjadi himpunan terakhir sebelum kita berjaya menghirup udara segar sebuah kerajaan yang baru. Ketika di Johor sebagai venue pembukaan Jelajah SAMM, lebih dua ribu hadir menyatakan sokongan dan jumlah ini amat luar biasa sekali memandangkan lokasi ceramah terletak di kampung Ahmad Maslan iaitu Benut. Seterusnya venue di Negeri Sembilan lebih menggila dengan kehadiran hampir 3 ribu orang di Dun Sikamat, tempat yang telah dilawati oleh Najib sebanyak dua kali mutakhir ini. Habis pusingan negeri selatan, Jelajah SAMM melangkah pula ke utara dengan memilih Stadium Mini Guar Chempedak kawasan Gurun Kedah sebagai venue istimewa. Tidak kurang dari 2 ribu kehadiran memenuhi padang dan astaka stadium. Venue yang terakhir setakat ini di Pulau Pinang juga tidak mengecewakan apabila hampir dua ribu pengunjung hadir, juga untuk menyatakan hasrat menyertai BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Rakyat dari segenap masyarakat harus direnjis kesedaran dengan dihidangkan pelbagai maklumat dan fakta betapa demokrasi negara dengan sengaja dihancurkan demi mengekal kuasa. Apabila demokrasi itu dinafikan, maka rakyat akan terus diseksa akibat daripada pemerintahan kuku besi yang sanggup berbuat apa sahaja demi terus mencengkam. Maka, amat penting bagi setiap warga Kuala Lumpur memenuhi Dataran Merdeka dan sekitarnya, mengambil kira daripada kedudukkan logistik yang lebih mudah untuk sampai ke destinasi yang dirancang pada 28 April nanti. Untuk memastikan mood BERSIH anda berada di tahap maksima, sila pastikan anda dan keluarga dan jiran dan saudara-mara anda hadir ke Jelajah SAMM 'Road to BERSIH 3' venue ke-5 di Bandar Tun Razak, beralaskan maklumat seperti di bawah; 15hb April - JELAJAH SAMM K.LUMPUR & SELANGOR (mlm ni) Lokasi:Padang Bola Sepak PPR Sri Labuan (bersebelahan Surau al Aula), Bandar Tun Razak. Penceramah: TS Khalid Ibrahim, Che'GuBard, Hishamudin Rais, Adam Adli, KC Heng Pertanyaan: Ezmir 0122231239 Ayuh bersama memanjat mood teratas BERSIH kali ini. Peranan anda sebagai agen penyampai dan agen penyebar amatlah diperlukan, dan percayalah mobilisasi BERSIH 3 akan lebih berkesan dengan peranan-peranan anda semua sebagai agen penyebar. EDYES Pengarah Propaganda SAMM edyesdotcom KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
DUDUK BANTAH,TIDOQ BANTAH DI DATARAN MERDEKA Posted: 14 Apr 2012 09:00 PM PDT Sekumpulan mahasiswa yang menuntut pendidikan percuma di negara bertindak memasang khemah di Dataran Merdeka, sementara menunggu perhimpunan Bersih 3.0, 28 April ini. Mereka juga bernekad tidak akan berganjak dari Dataran sehingga pihak kerajaan turun padang menemui mereka bagi mendengar keluhan mahasiswa terhadap isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diketuai Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) malaysiaberih KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 14 Apr 2012 06:36 PM PDT Puan Shahrizat merupakan seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun satu. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin minggu berikutnya. Ketika dalam perjalan pulang, Najib salah seorang anak murid cikgu itu ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Najib di dalam hati. Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata Najib. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata "Ladies first".Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, leganya kata Najib. Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu Bahasa Inggeris bertanya kepada semua murid-murid tentang perkataan baru yang ditemui. Sampailah ke giliran Najib. Cikgu: OK Najib, did you get the words? Najib: Yes, teacher. Cikgu: Good, what is your first word? Dengan lantang Najib pun berkata: Shut up you !!! Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are? Najib: Superman !!! Cikgu: Bloody fool! Get out from this class Najib: Ladies First KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan