Rabu, 4 April 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


FAM gantung Annuar dua setengah tahun

Posted: 04 Apr 2012 05:21 AM PDT


Oleh: HAFIZA ABDULLAH

KELANA JAYA - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa digantung dua setengah tahun berkuat kuasa hari ini.

Hukuman diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang lebih tiga jam, yang turut menetapkan bahawa Annuar tidak boleh mengemukakan rayuan.

RTM batal siaran debat Lynas

Posted: 04 Apr 2012 05:01 AM PDT


Apr 4 2012 / Keadilan Daily

KUALA LUMPUR 4 April: RTM bertindak membatalkan penyiaran Program Bicara Rakyat berkenaan isu Lynas, yang membariskan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan; dan Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah, Tan Keng Liang sebagai ahli panel.

Ahli Kuantan Environmental Watch Group, Soo Jin Hou berkata, debat itu diadakan pada 16 Mac, dan sepatutnya disiarkan di saluran RTM1 pada 23 Mac lalu.

"Maklum balas dari peserta yang hadir meyakinkan kami bahawa siaran itu dibatalkan kerana Raja Abdul Aziz dan Tan kalah dalam debat tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, satu laporan dibuat kepada kepada Center of Journalism (CIJ) berhubung perkara ini.

Mereka berharap CIJ dapat mendesak RTM untuk menyiarkan program itu nanti demi manfaat orang ramai.

Turut dilampirkan bersama kenyataan itu adalah pautan untuk rakaman audio program Bicara Rakyat.

Pautannya adalah seperti berikut:

Nama fail: LynasPart1.mp3
Saiz fail: 19.9 MB
Pautan muat turun: http://www.sendspace.com/file/s58vwn
Nama fail: LynasPart2.wav
Saiz fail: 18 MB
Pautan muat turun: http://www.sendspace.com/file/0gb4ay

Nama fail: LynasPart3.mp3
Saiz fail: 29.1 MB
Pautan muat turun: http://www.sendspace.com/file/3a0gze

MB: Panel khas kaji mantapkan Jais

Posted: 04 Apr 2012 04:47 AM PDT


Oleh: RUWAIDA MD ZAIN

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji kekuatan dan kemampuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan umat Islam termasuk soal murtad.

Jawatankuasa tersebut akan dianggotai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi; Pengarah Jais, Datuk Marzuki Husin; Pengarah Penguat Kuasa Jais, Mohamad Rais Rashid; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman selaku Pembantu Exco Agama Islam.

Mereka akan dibantu oleh dua pegawai undang-undang masing-masing dari Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mereka bukan sahaja akan menilai kemampuan Jais tetapi akan merangka mekanisme dan kaedah bagi memantapkan lagi peranan jabatan dalam mencari penyelesaian yang berkesan dan holistik.

Menurut beliau, mekanisme ini akan dibentangkan kepada Mais dan jika perlu akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Kerajaan Negeri berpendapat jawatankuasa ini akan memberi penambahbaikan kepada Jais dalam peranannya untuk mengangkat martabat agama Islam terutama setelah wujudnya 'cakap-cakap' (kononnya ada) cubaan memurtadkan umat Islam (sebagaimana didedahkan) menerusi pendedahan video.

"Dakwaan ini dibuat dengan cara yang memberi gambaran seolah-olah boleh berlaku satu kegemparan jika tidak ditangani secara bijak oleh pihak berwajib," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, bukti yang ada sangat lemah dan tidak menyokong dakwaan yang dibuat, di mana Kerajaan Negeri mendapatkan pandangan peguam syarie dan antarabangsa mengenai isu tersebut.

Jelas beliau, oleh itu ternyata 'pendedahan' yang dibuat tidak cukup sebagai bukti untuk tujuan pendakwaan.

"Kerajaan Negeri mengalu-alukan niat baik pihak tertentu yang mempertahankan kesucian Islam.

"Tetapi tidak boleh membenarkan mana-mana pihak menyalahgunakan pendirian ini untuk melakukan apa-apa yang boleh memberi impak negatif kepada keharmonian kaum di Selangor dan Malaysia amnya," katanya.

Menurut beliau, jawatankuasa yang ditubuhkan sudah pun memulakan tugasnya semalam dan diberikan tempoh selama tiga minggu sebelum jawatankuasa membuat laporan kepadanya.

Bagaimanapun beliau menafikan penubuhan jawatankuasa tersebut disebabkan kegagalan Jais menjalankan tugasnya dalam menangani isu umat Islam di Selangor.

"Penubuhan ini untuk menambah baik, bukan bermakna Jais gagal laksana tanggungjawab.

"Kita lihat banyak perkara dihebahkan tetapi tidak cukup maklumatnya.

"Kita berpendapat ada kekurangan dalam hal ini, marilah kita betulkan cara teknik, usaha untuk mencari maklumat, usaha menyelesaikannya," kata beliau lagi.

Abdul Khalid juga berkata, jawatankuasa itu akan diletakkan di bawah Kerajaan Negeri di mana Kerajaan Negeri akan bertanggungjawab dan mempunyai kuasa ke atas Jais.

"Jadi, semua kuasa Jais boleh dilakukan. Kalau betul-betul kena lakukan, kita boleh laksanakan enakmen kuasa untuk pentadbiran agama Islam," katanya.

Dalam pada itu katanya, sekiranya perlu berkemungkinan Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan dipanggil membantu siasatan berhubung isu tersebut.

Hebahan Media: Poster Bersih 3.0

Posted: 04 Apr 2012 02:09 AM PDT

ADUN BN Kuala Nerang umum dirinya muflis

Posted: 03 Apr 2012 05:34 PM PDT



Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib ketua Umno bahagian Padang Terap itu berkata hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan, Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau berkata pada Disember lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.

Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.

Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.

Dalam pilihan raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi.

Tiada ulasan: