Muslimeen United |
- Pemuda Mesti Ada "umph"
- Fenomena Ustaz Azhar Idrus | Jadual Kuliah UAI Bulan April
- Lim Guan Eng heret 'kaki fitnah' Ketua Pemuda UMNO P. Pinang ke Mahkamah
- Full Video : Ceramah Mat Sabu Di Padang Perdana Kota Bharu
- Ketua Menteri Pulau Pinang diugut
- Tanpa penipuan, Pakatan selamat ke Putrajaya
Posted: 02 Apr 2012 05:50 AM PDT *Menarik untuk dikongsi* Ditulis oleh Nasrudin Hassan at Tantawi 1. Sejak sekian lama , kini perjuangan kita seperti ketiadaan "umph" . Bertugas dan bekerja dengan hambar . Terkadang dihambat rasa letih dan bosan . 2. Dulu perjuangan ini segar dengan ruh amal Islami dan diperkaya pula dengan pelbagai istilah dan gerakkerja amal jamaei , amal fardi dan amal ijtimaei . 3. Masih saya ingat , selain usrah saban minggu , jamaah kita hebat dengan tamrin di penghujung bulan dan 2 atau 3 kali dalam setahun akan ada aktiviti rehlah dan mukhaiyyam , namun segalanya kini hanyalah menjadi kenangan manis . Tiada lagi qiamulail dan muhasabah perjuangan di waktu dinihari bimbingan sang murabbi yang diberikan thiqah dan wala' tidak berbelah bahagi . 4. Ukhuwwah cukup erat dan intim . Sering sahabat seperjuangan menyapa kita dengan " Ana Uhibbuka fillah Ya akhi " sebaik memberi salam dan berpelukan menemukan pipi - pipi merah yang menahan getir perjuangan ini . Ziarah dan bertanya khabar menjadi rutin yang cukup halus kesannya kepada kita sesama jamaah . Menangis kita apabila mendapat khabar sahabat seperjuangan sakit atau ditimpa musibah . 5. Cepat kita menolak segala tohmahan yang cuba dilemparkan kepada sahabat seperjuangan . Nilai ukhuwwah antara kita sungguh mantap . Tak siapa mampu merobeknya dan tak mungkin lahir perasaan cemburu antara kita . Manakan tidak ..... Makan setalam , tidur sebantal dan musafir sekenderaan , bersulam doa rabitah yang diaminkan bersama sejurus selesai melazimi wirid al ma'thurat saban pagi dan petang . 6. Buku - buku haraki senantiasa di tangan , sementara bibir pula rajin melazimi usul isyrin agar lancar di lidah sesudah dihafal untuk menjadi kaedah dalam berjuang menyelesaikan kekusutan berfikrah . Tugasan dakwah dilaksana penuh dedikasi sebaik sahaja menghabisi kertas kerja dan amanat pimpinan dalam pertemuan - pertemuan bulanan seperti Liqa' Fikri atau seminar penerangan . 7. Semangat jihad berkobar - kobar , merasakan setiap gerakkerja jamaah biarpun di medan siasah adalah ibadah yang menghasilkan pahala . Ceramah para pimpinan banyak berkisar erti perjuangan atau pemantapan aqidah dan akhirnya barulah disudahi dengan perkembangan isu semasa . Audien menerima secara seimbang antara kesedaran isu semasa dengan fikrah dan aqidah perjuangan . 8. Timbul masaalah , segera kita cari naqib atau terus kepada pimpinan untuk mengatasinya. Masing - masing menutup masaalah dan aib saudara masing - masing kerana mengutamakan kekuatan jamaah dan tugas perjuangan yang lebih besar . Cepat melupakannya serta segera memaafkan . Masaalah tidak menjadi kudis gatal kepada pejuang kerana ukhuwwah islamiyyah yang tebal segera merawatnya . 9. Mesyuarat dengan penuh mesra . Menghargai pandangan sahabat seperjuangan malah sering mendahulukan pandangan sahabat dan pimpinan sekalipun kita mempunyai pandangan yang berbeza . Rasa bangga apabila pandangan sahabatlah yang diterima dan fikrah perjuangan menjadi seia sekata . Walau berbeza dan berselisih pandangan sesama sendiri , tidaklah meninggi suara jauh sekali untuk memperbodohkan sahabat dan pimpinan sendiri . Mesyuarat menjadi pertemuan yang cukup menyeronokkan malah dinanti - nanti . Sebulan dirasakan setahun untuk bertemu kembali dengan sahabat seperjuangan . 10. Semua itu menjadi "umph" dalam perjuangan ini . Ia adalah nostalgia indah disemi pula oleh alunan nasyid jihad dan perjuangan . Sekali sekala asma'ul husna memecah kesunyian dan menjadi muqaddimah kepada setiap pertemuan dan mesyuarat . 11. Sedihnya hari ini rasa "umph" itu telah hilang . Zaman semakin canggih malangnya ukhuwwah semakin dhoif . Berjuang seharian terasa bagai berjalan di atas bara api . Nak bercakap rasa tak kena , tak bercakap rasa salah . Jumpa sahabat hanya mengangguk kepala , kalau sempat pun sekadar bersalam tangan . Rasa sukar untuk mendekap pipi , sebab masing - masing sibuk memburu waktu entah nak kemana .... kalau peluk semua ahli mesyuarat , terpaksa mengambil masa yang agak lama . Ada yang rasa janggal dan geli geleman ..... 12. Makan secara layan diri kemudian berasingan melayan perasaan . Memandang sahabat seperti musuh . Ya ... musuh dan saingan politik kerana kita tidak lagi berjamaah tetapi berpolitik . Menyertai PAS bukan lagi menyertai Gerakan Islam tetapi menyertai parti politik yang berjuang atas nama Islam . 13. Hadhir mesyuarat seperti menghadhiri parlimen untuk berdebat dengan musuh . Pantang keluar pandangan berbeza ditingkah segera agar ditarik balik kenyataan layaknya seperti diparlimen bukan dalam mesyuarat yang penuh kasih dan sayang . Tidak lagi bermula dengan al mathurat dan doa rabitah . Asmaul Husna tidak kedengaran langsung. Jiwa menjadi kasar dan keras . Mudah terasa dan sangat sensitif yang menghela ke arah sengketa . 14. Adab bermesyuarat dan mengemuka serta berbeza pandangan telah hilang entah di dalam buku haraki mana yang tidak lagi dibaca kini . Nak baca macam mana , usrah pun sudah 5 tahun tidak hadhir . Terma - terma jamaah yang selalu disebut dalam usrah dulunya kini UMNO pula yang pakai kerana kita telah tidak lagi menggunakannya seperti wehdatul fikri , wehdatul amal dan sebagainya . 15. Mesyuarat sebelum mesyuarat , mesyuarat dalam mesyuarat dan mesyuarat lepas mesyuarat sudah jadi rutin . Akhirnya tidak tahu keputusan mesyuarat mana sebenarnya yang original dan valid untuk dilaksanakan sebagai kata putus . Sebab , sebelum masuk mesyuarat , perkara yang nak dibincangkan sesama kita sahabat seperjuangan sudah dibincang oleh entah komiti mana lalu masuk membawa keputusan yang telah direncanakan . Jika putus sesuatu pula dalam mesyuarat itu , ia seperti boleh dirombak oleh mesyuarat yang bakal menyusul selepas mesyuarat tersebut biar pun hanya di kedai kopi . 16. Memang aneh cara kita berjamaah di zaman moden ini . Hilang "umph" dan yang timbul ialah rasa curiga mencurigai antara satu sama lain . Suasana senantiasa tegang dan panas . Bila - bila masa boleh mencetus perbalahan . Masing - masing dok tunggu tuning point sebagai masa nak bertindak . 17. Hati kita menjadi jauh walau kita sepejabat . Sorotan mata bila memandang sesama kita kering kontang tanpa nilai ukhuwwah dan kasih mesra . Seperti merenung musuh , kalau tidak pun seperti menaruh rasa jengkel dan benci sesama kita . Ada sahaja yang tidak kena dan hati senantiasa tidak puas . 18. Rasa hormat sesama kita sahabat seperjuangan semakin pudar semangat khidmat kepada jamaah juga semakin luntur . Bertindak dalam paksa jangan sampai orang kata kita tidak buat kerja . Kemanisan dalam melakukan kerja dan tugas jamaah tidak terasa , kalau pun masih terasa hanya sekadar manis - manis buah jambu separuh masak atau sekadar manis gula Melaka . 19. Terma - terma asas perjuangan Islam seperti jihad , negara Islam , hudud , mukhayyam tarbawi , usrah , harakah Islamiyyah , naqib , ukhuwwah fillah dan lain - lain kini sukar untuk dilafaz kepada umum . Kalau menyebutnya juga akan dikatakan tidak bijak , tidak kena timing , keterlaluan , non muslim tidak akan mengundi kita , kolot dan macam - macam lagi sms akan masuk menempelak . 20. Kini "umph" dalam berjamaah dan berjuang tidak terasa lagi . Seperti menghirup Tom Yam yang tawar tanpa garam dan rencah . Habis semangkuk , perut boleh kenyang tetapi umphnya tiada . Bagaimanalah kita nak mengembalikan semula umph dalam perjuangan ini ? Harapan saya , agar pemuda dapat menikmati semula umph tersebut . Untuk itu , pemuda mesti ada "umph" iaitu Usrah Mantap Pemuda Hebat [ UMPH ] |
Fenomena Ustaz Azhar Idrus | Jadual Kuliah UAI Bulan April Posted: 02 Apr 2012 05:04 AM PDT Salam untuk semua, moga dirahmati Fenomena Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Malaysia bukan perkara yang baru lagi, namanya mula meniti di bibir segenap pelosok masyarakat yang mendambakan ilmu. Beliau tidak berkelulusan luar negara, tetapi kesungguhannya menadah kitab agama bermula usia 25 tahun merubah segalanya...susuk tubuh yang sentiasa tawaduk...penampilan bersahaja berkopiah Made in China RM2...aku dan korang punya kopiah lagi mahai rasanya... Aku nak buat hebahan jadual Kuliah UAI Bulan April di seluruh negara...lepas ni korang rancang baik2 lepas tengok tarikh di bawah...yang tinggal berhampiran jangan lepaskan peluang. Yang belum pernah mendengar secara live rasanya masih berpeluang. Disarankan anda menghadirkan diri sejam lebih awal di masjid sekiranya untuk duduk di bahagian hadapan sekali...hehe...sesak. Untuk bulan ni UAI lebih banyak di Kuala Terengganu.
|
Lim Guan Eng heret 'kaki fitnah' Ketua Pemuda UMNO P. Pinang ke Mahkamah Posted: 02 Apr 2012 05:01 AM PDT Saya tidak akan memberi komen mengenai fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang yang berulang-ulang tetapi akan mengambil tindakan mahkamah untuk mencegah UMNO, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain daripada mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama untuk melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid. Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah menggadai tanah masjid. Ini bukan kali pertama UMNO membuat dakwaan fitnah terhadap saya. Sebelum ini, Shaik Hussein dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain telah menyerang saya dengan fitnah bahawa saya tidak menjual tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka. Beliau terus memfitnah demikian walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju sudah mengemukakan bukti bahawa tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka. Shaik telah meneruskan fitnahnya dengan menuduh bahawa saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid. Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam. UMNO hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid atau sekolah. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja. Dengan mengulangi fitnah dan mengapi-apikan ketegangan kaum dan agama, UMNO ingin menimbulkan kebencian perkauman dan agama terhadap saya sebagai Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri PR. Fitnah yang berasaskan kepalsuan ini terhadap seorang bukan Melayu dan bukan Islam menunjukkan bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang bertujuan untuk menipu rakyat untuk mengundi parti-parti perkauman ekstrim BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Lim Guan Eng |
Full Video : Ceramah Mat Sabu Di Padang Perdana Kota Bharu Posted: 02 Apr 2012 04:55 AM PDT |
Ketua Menteri Pulau Pinang diugut Posted: 01 Apr 2012 11:17 PM PDT GEORGE TOWN, : Keselamatan diri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak boleh diambil ringan oleh pihak berkuasa ekoran fitnah bahaya dan rasis yang dimainkan UMNO, TV3 dan Utusan Malaysia kononnya tanah masjid dilesapkan. Susulan daripada itu, Guan Eng telah diancam secara peribadi oleh pertubuhan perkauman Perkasa dan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengugutnya dengan keganasan dan bahasa yang penuh kebencian. Pegawai Khas Ketua Menteri, Zairil Khir Johari berkata, titnah-fitnah itu telah disiarkan secara berulang kali di kaca televisyen serta media cetak kawalan Barisan Nasional untuk mencetuskan kebencian terhadap masyarakat terhadap Guan Eng. Katanya, fitnah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang kononnya Guan Eng telah menjual atau melenyapkan tanah masjid tidak boleh diambil ringan seperti jenaka April Fool kerana ia adalah pembohongan besar. "Walau pun Ketua Menteri telah membidas dakwaan ini sebagai fitnah terdesak oleh UMNO Pulau Pinang untuk memenangi kembali sokongan orang Melayu di Pulau Pinang, UMNO, TV3 dan Utusan Malaysia masih lagi meneruskan usaha untuk menyiarkan fitnah bahaya ini. "Media kawalan BN bukan sahaja tidak menyiarkan kenyataan balas Ketua Menteri, malah kenyataan penjelasan oleh Datuk Seri Nazir Ariff (bagi pihak pemaju) yang telah memenangi tender terbuka untuk tanah Bayan Mutiara 102.3 ekar juga tidak disiarkan. Ini adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak beretika," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Zairil yang juga Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, ramai rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam, berasa terganggu dengan fitnah-fitnah yang dimainkan ini, dan telah minta penjelasan daripada Ketua Menteri. Katanya, orang Melayu khususnya amat terkejut apabila mereka sedar bahawa dakwaan-dakwaan ini hanyalah fitnah jahat UMNO dan lantas menyuarakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan Ketua Menteri. "Dua hari lalu, iaitu pada hari Jumaat, Perkasa telah melakukan demonstrasi terhadap Ketua Menteri atas dasar fitnah-fitnah tersebut di Komtar. "Saya telah dimaklumkan bahawa Perkasa telah berkelakuan secara tidak beradab dan ganas, sampai mengugut untuk menentang Ketua Menteri secara peribadi seperti yang dilaporkan dalam New Straits Times pada 31 Mac 2012 sekiranya Ketua Menteri tidak menjawab dalam masa 7 hari. "Adakah Perkasa akan menganjurkan demonstrasi yang sama dan membuat ugutan yang sama terhadap UMNO jika dakwaan-dakwaan ini dibuktikan sebagai fitnah dan pembohongan?" tambah beliau. Beliau menegaskan bahawa UMNO, TV3 dan Utusan Malaysia telah diberi amaran untuk bertanggungjawab sepenuhnya jika keselamatan Ketua Menteri Pulau Pinang terjejas. Menurutnya, pihak polis juga harus mengambil berat tentang impak fitnah-fitnah UMNO yang mungkin menjejaskan keselamatan Ketua Menteri. "Ini bukanlah kali pertama Ketua Menteri diserang dengan fitnah. Malah, anak Guan Eng juga telah difitnah oleh Umno-Online yang mendakwa bahawa beliau telah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan dan juga kononnya Ketua Menteri telah membayar RM200,000 sebagai sogokan untuk menutup skandal tersebut. "Walau pun kejadian ini telah dibuktikan sebagai fitnah, sampai sekarang tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak polis," ujarnya. Zairil menambah bahawa fitnah UMNO terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang boleh dikaitkan dengan seminar anjuran Jabatan Pelajaran Johor atas topik "ancaman Kristianisasi" kepada orang Islam. Beliau menjelaskan, walau pun tajuk seminar telah ditukar, cubaan untuk mememburukkan dan membenci agama lain adalah sangat bahaya dan perlu dihentikan kerana ia bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO. Katanya, sikap suka memfitnah serta membenci orang lain semata-mata kerana berbeza agama tidak serasi dengan objektif untuk membangunkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu dan harmoni. – Roketkini.com |
Tanpa penipuan, Pakatan selamat ke Putrajaya Posted: 01 Apr 2012 11:13 PM PDT SELAYANG, 2 April: Pakatan Rakyat yakin laluan mereka ke Putrajaya terbuka luas jika Barisan Nasional (BN) menyertai pilihan raya kali ini dengan bersih. Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, sejak kebelakangan ini mereka mengesan semakin banyak penyelewengan yang dibuat oleh BN. "Bayangkan lebih 390 buah rumah (alamat)dalam daftar pemilih SPR yang mempunyai pengundi lebih dari 100 orang dalam rumah berkenaan. "Sudah tentu alamat ini digunakan untuk mendaftar pengundi luar di situ," kata Tian Chua kepada Harakahdaily. Beliau bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjumpa dengan pengundi Taman Daya dekat sini yang majoritinya adalah pengundi Cina. Di majlis yang diadakan Sabtu lalu itu, Abdul Hadi merasmikan Dewan Himpunan Penyokong PAS di taman perumahan berhampiran (gambar). "Memang pilihan raya umum kali ini adalah yang terbaik untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya namun pelbagai penyelewengan yang kita mula kesan menyebabkan kita bimbang," kata beliau. Terdahulu ketika berucap di majlis yang diadakan di Padang Awam, Taman Daya itu, Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Talib berkata, mengikut maklumat yang beliau terima sokongan pengundi Cina terhadap Pakatan sudah boleh mencecah 90 peratus. Ini menyebabkan Umno sangat risau kedudukan mereka dalam pilihan raya umum akan datang ini. Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS di Dun Taman Templer, Mohamad Abdul Rahman menang di peti undi Taman Daya yang mempunyai majoriti pengundi Cina itu. "Apabila Cina, India dan Melayu bersatu, inilah yang ditakuti oleh Umno," kata Zaidi. Bagi beliau, pengiktirafan pelbagai pihak bahawa pentadbiran kerajaan negeri Selangor adalah yang terbaik di negara ini semakin menyusahkan Umno. "Kita ada treck record yang baik di Selangor. Pentadbiran Selangor yang terbaik," kata Zaidi di majlis itu. Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Kelantan adalah negeri paling selamat untuk Pakatan Rakyat manakala Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor adalah yang ketua kerajaan terbaik di negara ini. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan