AdukaTaruna |
Pekerja Indonesia berlakon orang asal bantah kerajaan Kelantan? Posted: 15 Apr 2012 09:20 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Semalam gua kena cover isu pekerja Rohm Wako yang didakwa dibuang atas tuduhan melancarkan mogok melalui facebook. Baru nak keluar rumah, DAP Melayu sms. Ajak minum kat Puspakom. Sampai Puspakom, gua kol dia tak dapat. Cet! Gua ke Rohm Wako. Seperti yang diramal, gua tak boleh masuk. Salesman tak bleh masuk. Smart sangat ke gua sampai kena tuduh salesman ni? Wartawan? Tunggu kiamat la Pak Guard tu kasi gua masuk. Gua terus chow menuju Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Tenaga Kerja. Baru masuk area bandar, maklumat masuk, 200 orang asal sedang berdemo luar SUK. Gua terus ke sana. Ramai gak. Ada la dalam 200-300. Brader gempal rambut panjang tu wajib ada. Kata memember dia SB. Gua tengok kameraman RTM sedang ajar beberapa orang asal membuat kenyataan visual. Gua berdiri belakang orang asal tu sambil rakam kamera RTM sedang rakam si pembuat kenyataan. Malam semalam gua rasa keluar gua keluar RTM kot. Ntah gua dah lama tak tengok TV. Gua sempat interview beberapa orang asal. Mereka cakap mereka dibawa dengan 7 buah bas. Sorang lagi cakap 5 buah bas. Cara dia cakap gua rasa macam Indonesia jer. Yang interview tu jer gua setuju orang asal. Gua tak puas hati, wartawan RTM interview orang asal, gua interview wartawan RTM. "Bang, tanya sikit boleh? Dari mana Abang tahu mereka ni nak berdemo hari ini. Siapa yang membuat jemputan kepada media? Soalan gua disambut dengan emosional beberapa orang berpakaian kemas. Gua follow dan tetap tanya. Wartawan RTM tu mengelak, tersengeh2 sebijik macam gua tanya Hadi Awang dulu. Then, beberapa orang berpakaian kemas tadi mula halang gua. Silapnya gualah kameraman, gualah tukang tanya. Balik studio, gua buat kerja2 untuk siarkan Buletin 9 UTTV jam 9 malam. Video ada kat http://www.ustream.tv/channel/uttv-live-streaming Gua malas la tepek sini awal sangat. Dah seminggu-dua kang gua tepek la. Kang lu tuduh gua carpab pulak. Tiba2, Jean Francois conteng kat wall fesbuk gua. Apakah hukum nya duit gaji seseorang yg sambil bekerja sambil melayan komen fesbuk rakan2 di wall nya? Cissss... |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan