Isnin, 16 April 2012

Addin

Addin


Wardina Jadi Calon Pakatan Rakyat Pada PRU 13?

Posted: 16 Apr 2012 09:19 AM PDT

Umno/BN melaungkan syarat untuk menjadi calon mereka seseorang itu mestilah menjadi 'winnable candidate'. Apa yang mereka maksudkan sebagai calon boleh menang itu?. Saya cadangkan Pakatan Rakyat meletakkan calon mereka kesemuanya daripada mereka yang mempunyai rupa paras yang amat elok di tambah dengan perangai yang baik dan otak yang bijak, kemenangan sudah pasti menghampiri Putrajaya. Kajian yang dijalankan terhadap kesan rupa paras dalam menerima undian rakyat di Jerman mendapati mereka yang ada rupa paras yang elok mendapat lebihan undian sebanyak 15% daripada calon biasa. 

 Itu belum diambil kira dengan ketelusan, kebijaksanaan dan lain-lain. Kita mungkin berkata kajian tersebut adalah di Eropah dan tak sesuai dengan budaya negara kita.

Tetapi kajian yang sama juga dijalankan di Taiwan negara Asia yang satu kufu dengan kita mendapati perbezaan lebih undi pada mereka yang ada rupa paras yang elok juga amat tinggi sebagaimana di Eropah tadi.

Rumusannya PR hendaklah mencari calon yang cukup elok rupa parasnya, lebih elok lebih bagus untuk menarik jumlah undian yang tinggi berbanding calon Umno/BN yang kebanyakannya buruk-buruk rupa paras mereka.

Calon seperti Nurul Ezzah adalah cukup baik, Cantik, Bijak dan Jujur serta kuat bekerja. Tambah lagi ramai calon sebegitu, Wardina seumpamanya....?

Gambar Puluhan Ribu Hadiri Ceramah Bekas Menteri Umno

Posted: 16 Apr 2012 04:46 AM PDT


BALING, 16 April - Puluhan ribu telah menyertai majlis ceramah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil malam tadi di Kupang, dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak. Ini adalah majlis ceramah pertama yang dibuat oleh Tan Sri Kadir di atas pentas PAS selepas mengisytiharkan keluar dari Umno.

Kadir ketika bertemu dengan Presiden dan pimpinan PAS yang lain di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut baru-baru ini telah bersetuju untuk berceramah di atas pentas PAS.

Sebelum ini, Kadir telah mengumumkan keluar dari Umno ekoran tindakan pimpinan Umno mempertikaikan beberapa kenyataannya sebelum ini. Namun sehingga kini beliau belum mengisytiharkan untuk menyertai mana-mana parti.

Ceramah yang sertainya malam tadi adalah sempena dengan kunjungan pimpinan PAS yang diketuai Ustaz Abdul Hadi ke Kedah. 14 April lepas, Abdul Hadi berkunjung ke Perlis sebelum berlepas ke Kedah dalam dalam siri kunjungan pimpinan PAS ke negeri-negeri. Sebelum ini, Abdul Hadi telah mengunjungi Johor, Terengganu dan Pahang.

Ia diatur oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat. Satu lagi pasukan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Haji MOhamad Sabu. Semalam, kumpulan yang diketuai Mohamad Sabu melawat Perak dalam siri mempersiapkan jentera PAS sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya ke 13.



Wajah Sebenar Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 16 Apr 2012 03:48 AM PDT









Gambar Najib Di Kalungkan Bunga Dan Batu Nesan

Posted: 15 Apr 2012 07:00 PM PDT


Demonstrasi mansuh Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyaksikan upacara kalungan bunga di letak ke atas potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Upacara tersebut dilakukan di hadapan lebih 500 mahasiswa yang berhimpun di hadapan Kompleks Membeli Sogo di sini petang tadi.

Tindakan itu menurut Timbalan Presiden  (KAMI), Khalid Mohd Ismath sebagai tanda pemerintahan rejim Umno-BN yang mengepalai negara ini harus berakhir.

"Ini menunjukkan kemuncak kekecewaan dan kemarahan kami golongan mahasiswa terhadap segala kepincangan dan kegagalan kerajaan yang ada sekarang ini.

"Jadi, kalungan bunga itu sebagai kemuncak tanda protes terhadap pemerintahan Najib yang dilihat tidak bersungguh-sungguh membela rakyat, memajukan negara apatah lagi untuk memberikan pendidikan percuma.

"Begitu juga dengan Menteri Pengajian Tinggi yang tidak peduli dengan desakan mahasiswa," jelas Khalid ketika ditemuramah TV Selangor di Dataran Merdeka.



Disamping kalungan bunga, sebuah replika batu nisan dengan perkataan "Demokrasi by KPT" di letakkan di antara potret kedua pemimpin Umno-BN itu.

Khalid menjelaskan upacara tersebut sekadar upacara simbolik dan tidak seharusnya dijadikan isu utama.

"Itu cuma simbolik bahawa kerajaan yang ada ini harus dikuburkan kerana telah banyak menyusahkan rakyat samada golongan pelajar atau bukan.

"Perbuatan mereka sebenarnya yang melampau dengan pelbagai penyelewengan, rasuah, pembaziran dan sebagainya yang mana rakyat yang menjadi mangsa sikap rakus dan tamak mereka," tambah Khalid.






Tiada ulasan: