Isnin, 16 April 2012

shalehudin

shalehudin


Ni buktinya gila orang bukan semacam... kahkahkah...

Posted: 16 Apr 2012 11:00 AM PDT

Lelaki terjerat dengan wanita nafsu buas minta bantuan

MUNICH- Seorang lelaki mendapat lebih daripada yang diimpikannya selepas berkenalan dengan seorang wanita empat tahun lebih tua daripadanya.

Dia terpaksa melarikan diri ke balkoni sebelum meminta bantuan polis apabila wanita berkenaan enggan melepaskannya kerana mahu lebih banyak seks.

Lelaki berusia 43 tahun itu berkenalan dengan wanita terbabit di sebuah bar di Munich, Isnin lalu.

Menurut akhbar Internet Jerman, The Province, wanita itu membawanya pulang ke aparmentnya, tempat mereka mengadakan seks berulang kali.

Tetapi apabila wanita itu mendesak untuk mengadakan lebih banyak seks, lelaki itu menolak.

Jurucakap polis berkata, dia melayan kehendak wanita itu beberapa kali supaya dapat meninggalkan apartmen itu.

"Tetapi apabila wanita itu mendesak lagi, lelaki itu melarikan diri ke balkoni dan menelefon polis untuk mendapatkan bantuan.

"Lebih buruk lagi, apabila polis tiba, dia cuba menggoda mereka pula," kata jurucakap itu. Wanita berkenaan mungkin menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual.

- Agensi

Tarif Elektrik nak naik pulak dahh...

Posted: 16 Apr 2012 09:00 AM PDT

Kenaikan Tarif Elektrik Diluluskan

PUTRAJAYA: Majlis Ekonomi Negara (NEC) pada Jumaat meluluskan kenaikkan tarif elektrik yang butirannya hanya akan diumumkan Isnin ini.

NEC yang bermesyuarat di sini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota Jemaah Menteri, lapor Malaysiakini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, Kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, Kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga Petrol RON95 dan diesel.

Sementara itu satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada petang Jumaat menegaskan bahawa satu pengumuman mengenai tarif elektrik dan gas akan dibuat tidak lama lagi tanpa memaklumkan tarikh bila.

Bagaimanapun kenyataan itu mengesahkan bahawa soal mengkaji semula tarif yang sedia ada sekarang telah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara pada Jumaat.

"Satu kenyataan mengenainya akan dibuat tidak lama lagi. Oleh yang demikian semua pihak adalah dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Kementerian.

Pada Khamis, Menterinya, Datuk Seri Peter Chin berkata, isu mengenai tarif baru itu memang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.- mStar

Orang Asli berbangsa UMNO... kahkahkah...

Posted: 16 Apr 2012 07:40 AM PDT

Apabila Puak Umno Berlakon Menjadi Orang Asli?

Kira-kira 300 Orang Asli berhimpun di pejabat menteri besar Kelantan di Kota Bharu bagi membantah tindakan kerajaan negeri yang didakwa terus berdiam diri terhadap pengambilan tanah adat mereka.

Berkumpul seawal jam 9 pagi, Orang Asli Temiar daripada 26 kampung berkumpul sambil membawa pelbagai kain rentang yang mendakwa mereka menderita dan mendakwa kerajaan negeri menipu.

Orang Asli protest Kelantan

Mereka mendakwa kerajaan PAS mengeluarkan lesen pembalakan di tanah nenek moyang mereka dan menjalankan projek pertanian negeri Ladang Rakyat di situ.

Bantahan hari ini yang ketiga bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

Dalam bantahan pada 8 Januari lalu, lapan orang Temiar di Gua Musang ditangkap selepas cuba mengadakan sekatan bagi menghalang pembalak memasuki kampung mereka.

ADMIN: Pihak kami mendapat maklumat, ada sebahagian dari mereka adalah penyokong umno. siap ada galaxy note, iphone dan banyak lagi. Muka umno yang ada kat situ pun rakyat dah kenal dan cam. - Kerabu Bersuara

Artis pun dah meloya kat hampa.... kahkahkah...

Posted: 16 Apr 2012 05:35 AM PDT

Aishah bimbang negara punah

KUALA LUMPUR: Akibat bimbang negara akan punah dan akidah anak-anak muda tidak terjaga, Juara Lagu 1990 dengan lagu terkenalnya "Janji Manis Mu" Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, kini bertekad berjuang bersama-sama PAS bagi menyelamatkan masa depan anak bangsa.

Berceramah bersama pelawak, pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman di Markas Tarbiah PAS Pusat, 4 April lalu, beliau berkata, agak lama beliau berfikir untuk terjun bersama-sama PAS, tetapi sekarang baru beliau membuat keputusan itu.

Katanya kepada 1,000 ha dirin, terdapat beberapa peristiwa yang dilihat oleh beliau sendiri tentang gelagat para pemimpin Umno-BN menyebabkan beliau berfikir jauh, dan dalam masa yang sama sebagai seorang ibu, beliau mahu akidah anak-anaknya terjaga.


Aishah yakin kesedaran masyarakat bandar begitu tinggi untuk mengubah kerajaan yang ada, tetapi beliau bimbang, maklumat tidak sampai ke kawasan luar bandar dan ini menyebabkan perubahan tidak berlaku.

Katanya, duit BR1M dan lain-lain bantuan pasti akan mengikat mereka untuk terus bersama BN, dan beliau bimbang pelbagai isu boleh dikelirukan kerana maklumat tidak sampai ke akar umbi.

"Kalau ibu saya masih ada, tentu dia terkejut dan marah. Macam mana saya boleh berceramah atas pentas PAS seperti malam ini," ujar beliau.

Aishah memberitahu, pelbagai kecaman ditulis pada dinding Facebook beliau kerana memilih PAS sebagai medium perjuangan, tetapi ini akan menguatkan lagi untuknya istiqamah pada jalan dakwah.

Detikdaily

TERKINI: Tanah naik 0.5 meter selepas gempa

Posted: 16 Apr 2012 01:00 AM PDT

PENDUDUK Aceh berkumpul di Teluk Sibigi untuk melihat air surut selepas gempa melanda Pulau Sumatera.

BANDA ACEH: Gempa bumi dengan kekuatan 8.5 skala Richter yang melanda Aceh, 11 April lalu menyebabkan sebahagian paras daratan di beberapa bahagian di Pulau Simeulue, satu daripada kawasan di wilayah autonomi itu naik hingga 0.5 meter.

Ketua Jabatan Polis Simeulue, Parluatan Siregar, berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kawasan yang dilaporkan 'tersembul' dan sedang membuat penyiasatan.

"Ia memerlukan pakar untuk membuat kajian lanjut. Namun, tidak dinafikan paras air laut yang biasa sudah berubah sejak gempa bumi landa, cuma sama ada ia berpunca daripada paras air yang menurun atau daratan yang naik belum dapat dipastikan."

Seorang penduduk di daerah Busung, Simeulue Timur, Ilham, berkata berdasarkan pemerhatiannya, memang ada kesan daratan yang naik di wilayah itu.

"Sebagai contoh, tempat yang biasanya digunakan nelayan tempatan untuk menambat sampan sebelum ini, tiba-tiba sudah berada di daratan.

"Dalam keadaan biasa sampan tidak pernah terkandas jika ditambat di kawasan ini walaupun ketika air surut, tetapi sekarang tidak lagi. Selain itu, paras air laut di beberapa bahagian pulau juga turun dan ini memberi isyarat bahawa bahagian daratan sudah naik," katanya.

Ilham menganggarkan paras daratan naik kira-kira 0.5 meter atau lebih rendah, manakala kesannya memerlukan penyelidikan lanjut.

Fenomena sama pernah berlaku ketika gempa bumi terkuat melanda Pulau Nias pada 2005 yang mengorbankan lebih 600 nyawa, apabila pantainya menjadi condong, manakala sebahagian kawasan laut berubah menjadi daratan, dipercayai berpunca daripada pergerakan plet bumi.

Kejadian gempa di Simeulue tidak menyebabkan kemalangan jiwa, tetapi merosakkan beberapa bangunan milik kerajaan.

Sementara itu Ketua Pusat Data dan Maklumat Agensi Menangani Bencana Kebangsaan (BNPB) Purwo Nugroho berkata paras air laut didapati meningkat di kawasan Nias Utara dan Meulaboh selepas gempa bumi melanda wilayah itu Rabu lalu tetapi tidak mencetuskan tsunami.

"Data yang diperoleh BNPB menunjukkan kenaikan paras permukaan laut hingga satu meter di Lahewa, Nias Utara dan 1.02 meter di Meulaboh, Banda Aceh," katanya kepada wartawan.

Beliau berkata, walaupun gempa bumi terbaru dikategorikan sebagai kuat, tsunami yang berlaku tidak besar.

"Maklumat yang diperoleh daripada Agensi Meteorologi dan Geofizik (BMKG) menunjukkan, tsunami berjaya dikesan di wilayah Sabang apabila paras air naik 0.06 meter, manakala di Meulaboh ketinggiannya mencapai 0.8 meter," katanya.

Nugroho berkata berpuluh ribu penduduk Aceh, di kawasan terjejas yang berpindah ke kawasan lebih tinggi sudah kembali ke rumah masing-masing, manakala aktiviti seharian pulih seperti biasa.

"Bagaimanapun, kami menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada. Pihak kami akan meneruskan pemantauan mengenai kemungkinan gempa bumi berlaku lagi," katanya. – Agensi

LAWAK: Warga emas yang kantoi... kahkahkah...

Posted: 15 Apr 2012 11:00 PM PDT

Salah masuk kedai

KAJANG: "Saya mahu pergi ke kedai sebelah, tapi tersalah masuk ke sini pula," kata seorang lelaki warga emas yang ditahan selepas didapati memasuki sebuah premis judi nombor ekor di sini, semalam.

Bagaimanapun, temberang lelaki berusia 51 tahun itu terbongkar apabila pemeriksaan lanjut menemui beberapa beberapa tiket pertaruhan judi nombor ekor yang baru dibelinya di premis terbabit.

Warga emas terbabit antara yang ditahan dalam 'Ops Maisir' bagi membanteras perjudian di kalangan umat Islam di sini.

Operasi selama dua jam disertai 143 pegawai dan penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat diketuai Ketua Penguatkuasanya, Norhisham Mohd Idris dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) itu dilakukan di sembilan lokasi berasingan sekitar daerah ini.

Norhisham berkata, pihaknya menahan 29 lelaki Islam berusia antara 19 hingga 55 tahun yang leka membeli nombor pertaruhan di premis perjudian berasingan.

"Cubaan beberapa lelaki melarikan diri gagal susulan tindakan pantas penguat kuasa mengepung sekitar premis dan secara keseluruhan tiada insiden tidak diingini berlaku.

"Seorang yang ditahan berstatus datuk dan pada usia sebegitu, dia sepatutnya memperbanyakkan amal ibadat, bukan berjudi," katanya.- HM

BONGKAR: Sah Pemimpin UMNO dah PEKAK, BUTA...

Posted: 15 Apr 2012 09:00 PM PDT

BILA NAK TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA - KES RAJA GOPAL PUKUL ANAK MUDA?

TURUN BERSAMA KE DATARAN MERDEKA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...BILA NAK TUBUH SURUHAN JAYA DIRAJA KES PUKUL INI?... kah kah kah

kah kah kah....KENA PUKUL SAMPAI PENGSAN.... kah kah kah...

kah kah kah... KENA PUKUL SAMPAI BERDARAH.... kah kah kah...

kah kah kah...PASAL APA TAK DITUBUHKAN SURUHAN JAYA DI RAJA?.... kah kah kah...

kah kah kah...DULU ADA KES RAJA GOPAL BUNUH CADDY?.... kah kah kah..

klah kah kah...PASAL APA BUAT SENYAP.... kah kah kah..

kah kah kah...TAK HEBOH NAK BUAT SURUHANJAYA DI RAJA?..... kah kah kah...

woit.... RAJA GOPAL INI FREELOADER LAAAA...POOORAH..... kah kah kah


PENYANYI DIPUKUL KERABAT DIRAJA- mkini

Seorang pemuzik cedera di bahagian kepala dan muka selepas mendakwa dipukul seorang kerabat diraja di hadapan sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur semalam, lapor akhbar Berita Harian.

Menurut laporan tersebut hari ini, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, menerima rawatan selepas didakwa pengsan selepas diserang dalam kejadian awal pagi itu.

Sementara itu Bernama melaporkan, Mikael Adam didatangi suspek ketika beliau dan dua rakan perempuannya baru memasuki kereta yang kemudian bertindak menariknya keluar dari kereta dan memukulnya dalam kejadian awal pagi itu.


TUBUH SURUHANJAYA SIASAT ISU PERSENDA RAJA - berita hairan

BAGAN DATOH 14 April - Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan bagi menyiasat dan mengheret beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa menghina serta mengejek raja-raja Melayu semasa majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Rabu lalu.

Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, suruhanjaya itu perlu bagi melengkapkan siasatan pihak berkuasa, walaupun enakmen sudah ada kerana pihak bertanggungjawab wajar diberi pengajaran secara tegas.

Sambil memberi amaran institusi diraja bakal mengalami penghinaan lebih dahsyat jika pembangkang diberi kuasa untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, perbuatan beberapa pemimpin pembangkang itu tidak boleh dimaafkan.

"Saya sendiri hadir pada majlis pertabalan tersebut dan saya dimaklumkan mengenai kejadian ejekan sebaik sahaja majlis tamat. Ini soal prinsip asas dalam Perlembagaan, raja-raja serta Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara yang wajib dihormati dan bukan untuk dihina dan diejek sesuka hati.

NOTA:
500 ribu kita turun
ke dataran merdeka
adalah amaran kita
kepada pemerintah yang zalim!

Bro: TT

MESTI BACA: Sedap betoi artikel nih... kahkahkah...

Posted: 15 Apr 2012 07:00 PM PDT

Sketsa terakhir buat Hassan Ali

Hassan Ali, wakil rakyat Gombak Setia yang mengidamkan jawatan Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 masih lagi ingin menarik perhatian orang ramai dengan kenyataan-kenyataan beliau walaupun kini jelas beliau sudah kehilangan taring dan sering dikritik oleh orang ramai. Beliau telahpun ditendang keluar daripada PAS dan kini sedang meraba-raba mencari parti politik lain untuk bernaung seraya menyambung kerjaya politik beliau.

Sejak Mac 2008, Hassan sudah pun mula memperlekehkan kepimpinan MB Selangor Khalid Ibrahim dan memperkecilkan-kecilkan Pakatan Rakyat. Motif beliau pada masa itu sangat jelas. Beliau sememangnya menginginkan jawatan MB Selangor akan tetapi usaha beliau menemui kegagalan. Sekarang beliau sedang meraba-raba dalam dunia politik tetapi disebabkan beliau mendapat sokongan UMNO dan Perkasa, beliau masih boleh hidup.

Slogan Kosong

Beliau telah kehilangan kawan daripada parti PAS. Yang beliau gusarkan adalah walaupun mempunyai latarbelakang keagamaan, beliau telah jatuh ke satu tahap yang begitu rendah apabila cuba memalukan bekas rakan PAS yang dipilih untuk menggantikan beliau- seorang doktor perubatan. Beliau menyeru agar si doktor itu pergi untuk mendapat rawatan psikiatri. Ada dikalangan bekas penyokong beliau yang berpendapat bahawa Hassan mengalami masalah psikologi. Beliau dikatakan mempunyai mood yang impulsif dan meroskakkan- trait dan simptom ini dimiliki oleh mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan di mana mereka perlu berkongsi dan melibatkan orang lain.

Hassan juga dikatakan mempunyai tabiat di mana beliau sukar untuk menyimpan perasaan beliau. Ada juga yang mengatakan beliau mempunyai personaliti kacau apabila beliau berhadapan dengan kebimbangan, kesedihan dan perasaan rendah diri. Beliau sekarang kelihatan penat; mental dan fizikal.

Sehingga kini, Hassan sebenarnya masih belum dapat menerima hakikat bahawa beliau telah dibuang daripada PAS, bukan lagi ahli Exco dan impiannya untuk menjadi MB Selangor juga sudah berkecai. Setelah Hassan dibuang daripada PAS, beliau telah diangkat sebagai wira yang memperjuangkan orang Melayu, Islam dan Raja oleh Perkasa dan Umno. Media pro-kerajaan telah menyelamatkan beliau – sentiasa menyiarkan kenyataan-kenyataan beliau yang memburuk-burukkan pembangkang dan Kerajaan Negeri Selangor. Pihak media jelas tidak sedar bahawa isu-isu yang dibangkitkan Hassan adalah isu basi bagi rakyat.

Orang Melayu, Islam dan institusi Raja tidak memerlukan Hassan untuk memperjuangkan mereka. Negara ini mempunyai Perlembagaan dan hak orang Melayu juga bukan Melayu ada termaktub di dalamnya. Islam adalah agama rasmi dan orang bukan Islam pula bebas mengamalkan agama masing-masing. Perlembagaan juga ada menyebut kedudukkan pemerintah. Maka, tidak perlulah Hassan menggembar-gemburkannya kepada orang ramai.

Gimik semata

Beliau yang sekarang bergerak atas platform JATI tidak memberi sebarang impak kepada rakyat. Kewujudannya tidak menjadikan sokongan terhadap PAS berbelah bagi. Setelah dipulaukan penyokong, siri jelajah beliau hanyalah gimik buat beliau melarikan diri daripada realiti- inilah senjata beliau untuk menutup rasa rendah diri. Malah, tuduhan beliau bahawa orang Melayu telah semakin banyak murtad tidak diendahkan oleh orang Melayu. Kunjungan beliau yang ditanggung ke beberapa tempat-tempat di Malaysia tidak berjaya menarik perhatian orang ramai. Ada pun yang datang adalah orang-orang Umno dan berkemungkinan juga yang datang itu cuma ingin tahu semata. Akan tetapi, tidak semua ahli Umno yang mempunyai pandangan yang sama seperti beliau mengenai isu murtad. Pandangan dan kenyataan yang beliau buat mengenai isu murtad pun tidak dapat diambil serius. Ini kerana ia cuma stan politik daripada seorang ahli politik yang sudah jatuh.

Umno dan Perkasa sangat teruja dalam usaha menyokong Hassan memburuk-burukkan pihak pembangkang. Mereka gagal menyedari bahawa Hassan telah menjadikan UMNO sebagai target untuk dikritik dan bukannya pihak pembangkang. Mengetengahkan isu murtad hanya akan menjatuhkan Umno kerana Umno yang mendakwa mereka mempunyai ahli berbangsa Melayu paling ramai dan, kerajaan kita kini merupakan kerajaan yang dipimpin oleh Umno menerusi BN. Umno pula sedang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal keagamaan orang Melayu, kesucian agama Islam dan kedudukan Raja.

Tetapi Umno sendiri tidak ikhlas dan dilihat sebagai parti politik yang hanya menggunakan entiti-entiti ini untuk kepentingan politik mereka. Kepada orang Malaysia biasa, tidak satu pun entiti-entiti ini sedang digugat. Persepsi mereka adalah Hassan sedang mengeksploitasi isu-isu ini untuk kepentingan politik beliau dan atas sebab ini jugalah Umno sama-sama menumpang beliau untuk misi ini.

Orang Kristian bukanlah ancaman

Disebabkan usaha Hassan yang sia-sia itu, siri jelajah beliau juga telah memburukkan keadaan bagi Umno. Ini tetap berlaku walaupun media pro-Umno cuba untuk memaparkan Hassan sebagai wira yang melindungi Islam, orang Melayu dan institusi Raja. Media di Negara ini cuba untuk mempropagandakan bahawa kesemua entiti ini sedang mengalami ancaman disebabkan system 2 parti di Negara ini. Persoalannya, bolehkah orang Kristian yang membentuk 9.2% rakyat Negara ini menjadi ancaman kepada rakyat Negara ini yang majoriti adalah orang Melayu Islam? Ini adalah analisis lemah dipihak mereka dan rakyat biasa sudah semestinya tidak akan jatuh dalam perangkap bodoh Umno dan Hassan. Populariti Umno dikalangan orang Melayu sedang merudum dan ia perlu bertahan kepada apa jua yang boleh mengekalkannya di arena politik Negara. Hassan malangnya adalah harapan yang mereka sandarkan!

Fokus Hassan terhadap dunia Melayu tidak hanya mengenai Islam dan isu murtad. Taktik beliau sangat difahami oleh orang ramai. Orang ramai tahu apabila beliau memainkan sentimen perkauman dan agama, beliau akan berjaya meyakinkan orang Melayu luar bandar untuk membenci orang bukan Melayu. Umno juga adalah dalang dalam hal ini. Akan tetapi, penyokong pendalaman tidak tertarik dengan apa yang diperkatakan Hassan kerana beliau tidak mengetengahkan isu itu kepada Umno tetapi kepada PAS dan Pakatan. Semua orang sedar bahawa di bawah pakatan, hanya dua negeri yang diterajui oleh PAS iaitu Kedah dan Kelantan. PKR pula satu, iaitu Selangor manakala DAP di Pulau Pinang. Umno yang menerajui BN pulalah yang mengetuai negeri-negeri lain.

Atas sebab ini, jika isu murtad itu benar-benar sesuatu yang meruncingkan dalam negara, Hassan seharusnya membawa ini kepada perhatian Najib Razak yang juga Perdana Menteri dan juga ada seorang menteri yang menjaga hal ehwal Islam berada di bawah beliau. Mengapa harus PAS dan pembangkang yang dipersalahkan sedangkan mereka mempunyai bidang kuasa hanya pada kerajaan negeri? Jelas Hassan salah langkah dan segala tindak-tanduk beliau membuatkan beliau seolah-olah seorang ahli politik yang sudah tidak diterima dan cuma melakukan ini untuk meraih perhatian.

Jika Hassan bermain politik untuk kemabali menjadi wira orang Melayu, Islam dan Institusi Raja di Selangor, mungkin beliau patut bertanding dibawah tiket Umno di Selangor dan kawasan lamanya Gombak Setia pada pilihanraya yang akan datang. Mana tahu, beliau boleh mencapai impiannya untuk menjadi Menteri Besar dengan restu Umno. Memandangkan Umno menyokong penuh usaha Hassan untuk memburukkan pembangkang, tiada masalah untuk mereka menyokong Hassan untuk menjadi MB Selangor kelak jika BN Berjaya menawan balik Selangor.

Kuat berbelanja

Hassan bukanlah seorang ahli politik yang bijak mahupun seorang yang bijak pandai. Beliau gagal sebagai seorang ahli politik dan ini boleh dimaafkan kerana beliau tidaklah dididik untuk menjadi ahli politik dari mulanya. Mungkin kata hati dan semangat kepimpinan yang tinggi yang membawa beliau ke arena politik. Beliau sentiasa mahu sesuatu dengan pantas dan bukan pula seorang ahli politik yang matang. Banyak yang dilakukannya semasa menjadi ahli Exco yang menyakitkan Exco lain dalam Pakatan. Walaupun mempunyai kelayakkan akademik yang tinggi, beliau tidak tahu apa yang sepatutnya dalam politik. Ramai sebenarnya dikalangan ahli politik yang tidak berpendidikan tinggi tetapi kerana bakat dalam politik, mereka berjaya. Malangnya ini tidak terjadi kepada Hassan.

Hassan, bekas pesuruhjaya PAS di Selangor juga mempunyai nafsu berbelanja yang besar. Difahami bahawa dengan membelanjakan RM329 000 untuk kerja pengubahsuaian pejabat Exconya, beliau mahu rakyat sedar bahawa beliau boleh menjadi seorang MB yang terbilang. Sepatutnya, Hassan berkhutbah kepada dirinya sendiri dan juga UMNO bahawa kemewahan itu tidak selari dengan Islam. Selain itu, beliau juga haruslah menyeru Umno agar menghapuskan kemiskinan, rasuah dan membawa keadilan sosial kepada semua orang Islam dan bukan Islam yang menjadi perkara pokok dalam Islam. Jika semua ini dijaga, mungkin juga masalah murtad itu tidak timbul.

Hassan seharusnya sedar bahawa satu-satunya agama yang dipromosikan media Umno baik di televisyen atau radio adalah Islam. Agama lain tidak mempunyai ruang dan tidak mungkin mendapat tempat di media. Jika Hassan mendakwa bahawa orang Islam menjadi murtad kerana mahu memeluk Kristian, tidakkah ia aneh memandangkan ia berlaku dalam negara di mana media massa nya dikawal ketat oleh kerajaan? Jika dibandingkan dengan 9.2 % rakyat beragama Kristian dari 28.3 juta populasi rakyat Malaysia; adakah logik jika kita katakan orang Islam tidak dapat menahan pengaruh untuk tukar agama Islam kepada Kristian?

Tiada bukti sahih

Video murtad yang ditunggu-tunggu daripada Hassan tidak dapat menjadi bukti sahih mengenai perbuatan memurtadkan orang Islam secara beramai-ramai di negara ini. Video yang memaparkan 2-3 orang yang mengaku dihadapan kamera bahawa mereka telah dimurtadkan itu tidak cukup kukuh untuk dianalisis secara saintifik kepada hipotesis Hassan. Sampel itu tidak mewakili populasi yang dimurtadkan di Malaysia. Kenyataannya, Hassan telah gagal dalam tesis beliau dan ianya tidak lebih daripada cerita sahaja.

Mufti Perak, Harussani Zakaria meletakkan angka murtad sebagai 260 000, Ridhuan Tee Abdullah pula mengganggarkan 135 kes manakala Hassan tidak dapat meletakkan sebarang anggaran dan mereka ini semuanya tidak mempunyai bukti emperikal bagi kenyataan mereka. Malang bagi negara ini, kita tidak mempunyai pemikir Islam yang tahu mengenai kaedah saintifik dan empirikal dalam kajian. Mereka hanya bertindak berasaskan kata hati, motif dan emosi yang jelas mementingkan diri.

Yang akhirnya menjatuhkan Hassan adalah hipotesis beliau mengenai isu murtad dikalangan orang Melayu Islam. Hassan mungkin memegang PhD dalam bidang berkaitan Islam. Beliau semestinya tahu apa itu kajian empirik dan kaedahnya dalam menjalankan kajian saintifik. Tesis PhD ditulis berdasarkan kajian yang dilakukan dalam satu bidang. Teknik membuat kajian yang betul adalah suatu yang paling asas dalam penulisan sebuah tesis. Jika tesis itu tidak menggunakan kaedah kajian yang betul dan tidak mempunyai bukti empirik, ia pasti akan ditolak. Tanpa elemen-elemen yang penting ini, sebuah tesis itu hanyalah buku cerita.

Dalam video testimoni 16 minit yang mamaparkan 3 orang Melayu yang mendakwa diri mereka telah dimurtadkan dan kini sudah kembali kepada Islam – ia tidal dapat diterima sebagai sampel yang adil buat populasi orang Islam di Negara ini. Ia juga bukanlah bukti kukuh kepada perbuatan memurtadkan yang boleh menarik siasatan dan sebagainya. Ini hanya menimbulkan rasa marah dikalangan orang Kristian dan Islam.

Kenyataan-kenyataan yang dibuat Hassan tidak akan mengubah pandangan orang ramai atau menjadi penyebab kepada orang Melayu mencurigai orang Kristian. Orang Melayu sendiri memperlekehkan para "pemikir" Islam ini dan gimik politik mereka. Orang Melayu percaya bahawa tiada ancaman pengkristianan di Negara ini. Mereka tidak akan panik hanya kerana seorang pemberontak dan beberapa orang ahli Umno menggunakan taktik ini untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Secara hipotikalnya, jika Umno membuat seminar mengenai ancaman pengkristianan dan menyakitkan golongan minoriti yang cintakan keamanan, apa pula reaksi majoriti Melayu sekiranya diadakan satu seminar membincangkan ancaman Islam kepada orang bukan Islam?

UMNO tidak mempromosikan kesederhanaan

PAS melihat Hassan sebagai ahli politik yang boleh mencetuskan ketakutan dan beliau sekarang sudah menjadi liabiliti untuk UMNO. Hassan sebenarnya semata menggunakan taktik menakut-nakutkan dan cuba menyebarkan rasa syak orang ramai terhadap kredibiliti PAS. Plot UMNO jelas: "Orang Islam menjadi murtad dan PAS tidak mengambil serius hal itu kerana ia menjadi sekutu DAP". Tetapi, adakah UMNO ikhlas dalam menangani isu-isu lain yang lebih serius melanda umat Islam di negara ini?

Rasuah, kemiskinan, ketagihan dadah, kadar penceraian yang tinggi, ibu tunggal, jagaan anak, pendidikan yang lemah adalah antara masalah yang sering dihadapi orang Islam di negara ini yang sudah lama tidak dihiraukan UMNO. Orang Melayu yang berpendidikan pula menolak UMNO disebabkan oleh perkara ini dan bukan sebab murtad atau ancaman orang Kristian kepada komuniti mereka.

UMNO tidak mempromosikan kesederhanaan dalam negara. Kaum dan agama adalah senjata yang digunakan UMNO untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya mereka terus mengundi UMNO seraya mengekalkan kuasa mereka. Tetapi, jika pandangan Hassan bahawa hedonism adalah sebab mengapa orang Islam menjadi saranan orang Kristian, maka, mereka harus menyalahkan UMNO yang telahpun berkuasa selama 6 dekad. Hedonism- keinginan mengecapi kebahagian yang tiada had bukanlah ajaran mana-mana agama sekalipun. Ia juga bukan cara hidup yang dibawa oleh PAS mahupun orang Kristian.

Jika Hassa boleh menuduh orang Kristian memurtadkan orang Islam dengan dana mereka yang boleh mempengaruhi orang Islam miskin disebabkan desakan hidup, apa yang telah dilakukan oleh Hassan dan Umno untuk membantu orang Islam yang miskin demi mencegah mereka daripada mendapakan bantuan daripada komuniti lain? Orang Islam yang miskin diseluruh dunia ada menerima bantuan daripada mana-mana negara lain termasuk negara Kristian? Tetapi, adakah orang Acheh, Pakistan dan Arab terus menjadi murtad hanya kerana mereka mendapat bantuan orang Kristian?

Tabik kepada PAS

Apabila Hassan dan ahli politik UMNO berpendapat agama Kristian itu adalah ancaman kepada orang Islam untuk mengganggu emosi orang Melayu dan mendapatkan undian mereka, PAS tidak mempolitikkan isu itu. Ini hanya menunjukkan ketinggian minda dan akhlak ahli politik PAS dalam negara ini berbanding UMNO.

Helah Hassan dan UMNO tidak akan memberi kesan kepada pandangan orang Islam terhadap PAS atau Kristian. Mereka tahu bahawa orang Islam lain adalah lebih rasional dalam pemikiran mereka dan tindakan mereka serta lebih bertolak ansur. Orang Melayu yang berpendidikan juga tidak mungkin akan dipengaruhi oleh ahli politik ektrimis. Sekarang sudah tiba masanya pengundi melihat diri Hassan yang sebenarnya- seorang ahli politik yang memerlukan pentas untuk melakonkan drama beliau dan mungkin juga sedang cuba untuk membuatkan Umno kagum dengannya. Umno mungkin merasakan bahawa Hassan adalah calon yang paling layak untuk melawan Khalid Ibrahim, MB Selangor yang popular sekarang ini. Ada cakap-cakap mengatakan UMNO tiada calon yang sesuai untuk diletakkan sebagai MB Selangor sekarang. Hassan mungkin mahu cuba nasib.

Rakyat Malaysia seharusnya tabik kepada PAS kerana sepatutnya, mereka boleh sahaja mengekalkan Hassan tetapi, mereka tidak melakukan yang demikian malah telah membuang Hassan kerana terlalu besar cita-citanya, memberontak dan menjadi duri dalam daging.

Malaysia Chronicle

MISTERI: Danau Toba Berpusar Ketika Gempa Aceh

Posted: 15 Apr 2012 05:00 PM PDT

Gempa 8,5 Skala Richter yang melanda Aceh, Rabu 11 April 2012 dapat dirasai hampir semua wilayah Sumatera. Tidak terkecuali warga yang tinggal di sekitar Danau Toba, Sumatera Utara, tasik gunung berapi yang terbesar di dunia.

Selama sekitar lima minit, bumi bergoncang cukup kuat. Warga Parapat dan Pulau Samosir berlari ke luar rumah. Mereka yang kebetulan berada di tepi tasik menjadi saksi dari peristiwa yang tak biasa.

Air Danau Toba yang biasanya tenang membentuk pusaran seperti air sungai deras. Meskipun tak mungkin terjadi, orang ramai tidak menduga bakal ada tsunami dari tengah tasik.


Apa yang membuat air Toba berpusar?

Ketika dihubungi, Ketua Seksi Data dan Informasi BMKG kelas I Polonia, Hartanto mengaku belum mengetahui soal fenomena aneh itu. "Kami baru diberitahu tentang kejadian itu. Secara teori, mungkin ia terjadi disebabkan oleh gempa kuat yang melanda wilayah Aceh," katanya kepada VIVAnews.com, Kamis 12 April 2012.

Dia menambahkan, gempa Rabu lalu memang terasa sangat kuat di wilayah Sumatera Utara hampir lima minit.

Ketua Bidang Data dan Informasi BBMKG Wil I Medan, Hendra Suwarta mengatakan fenomena tersebut mungkin terjadi kerana episentrum gempa yang tidak jauh dari wilayah Sumatera Utara. Hingga getaran terasa kuat, "Bagaimanapun gempa tersebut tidak akan menggangu aktiviti magma di dasar Danau Toba."

Hendra menerangkan, lapisan batuan yang menutupi magma Danau Toba tebalnya antara 30 sampai 40 kilometer. "Ini merupakan lapisan batu yang paling tebal di Indonesia. Berusia ratusan ribu tahun. Tidak ada masalah mengenainya," kata dia.

Dia juga mengaku baru mendengar tentang bergolaknya air Danau Toba.

Tidak semua orang tahu peristiwa sekitar 70.000 tahun lalu di wilayah yang kini menjadi Danau Toba. Ketika itu, terjadi letusan dahsyat gunung api purba, yang diyakini terbesar dalam kurun 2 juta tahun terakhir. Toba sebelumnya adalah gunung purba.- HMO

Perghhh!!! Makan mayat nak bersih jiwa... kahkahkah...

Posted: 15 Apr 2012 03:00 PM PDT

PERNAMBUCO (Brazil)- Seorang pakar karate dan dua wanita ditangkap kerana membunuh sekurang-kurangnya dua orang sebelum memakan daging mangsa untuk 'membersihkan jiwa.'

Menurut polis, ketiga-tiga warga Brazil yang ditangkap di Pernambuco, timur laut negara itu, adalah anggota yang mempercayai fahaman 'menyucikan dunia.' Pakar karate, Jorge da Silveira, 51, ditangkap bersama-sama Isabel Pires, 51, dan Bruna da Silva, 25, kerana merancang membunuh tiga wanita setiap tahun.

Seorang jurucakap polis berkata, rancangan mereka terbongkar apabila polis menemui buku 50 muka milik da Silveira yang mengandungi lukisan dan maklumat mengenai memakan daging manusia.

Polis juga menemui dua mayat di laman rumah kumpulan terbabit.

Mereka percaya mayat itu milik Alexandra Falcao, 20, dan Gisele da Silva, 30, yang dilapor hilang di kawasan itu baru-baru ini. Kedua-dua mangsa dilapor dilihat berhampiran rumah suspek sejurus sebelum hilang.

Jiran membakar rumah terbabit, tempat mayat itu ditemui Khamis lalu, menurut laporan media Brazil. Pesuruhjaya Polis, Wesley Fernandes berkata, ketiga-tiga suspek merancang membunuh seorang lagi mangsa berhampiran bandar itu. Dia percaya suspek sudah membunuh lebih ramai mangsa.- Agensi

Tiada ulasan: