Ahad, 1 April 2012

Addin

Addin


Sebab Inikah Musa Hassan Di Naikkan Pangkat Ketua Polis Negara?

Posted: 01 Apr 2012 09:01 AM PDT

Mampukah seorang individu dalam dunia jenayah mempengaruhi kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai polis ketika pasukan itu berada bawah penguasaan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan? Dakwaan terbaru yang timbul menyebut bahawa seorang tokoh misteri, BK Tan – yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, Tengku Goh – telah menasihati Musa beberapa kali berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.

Musa, bersama peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia) sebelum ini didakwa telah menganiaya pengarah jabatan siasatan jenayah komersialnya, Datuk Ramli Yusuff serta enam orang pegawai Ramli.

Ramli dan juga enam orang pegawai berkenaan ditahan dan didakwa di mahkamah, lima tahun lalu.

Dalam perkembagan terbaru, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Musa akan memanggil BK Tan untuk "nasihat" dan pada masa yang lain, Tan mengunjungi rumah Musa di Petaling Jaya untuk berbincang mengenai pelantikan dan pertukaran pegawai dalam pasukan itu.

Menurut sumber, Musa ketika ditanya telah menjelaskan bahawa penglibatan Tan itu telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kaitan dengan dunia jenayah itu didakwa dapat mengenalpasti antara polis yang "baik" dan "tidak baik."

Satu sumber mendakwa bahawa beliau telah melihat pembantu Musa membawa satu dokumen biru mengandungi senarai sulit pengawai yang akan ditukarkan atau dinaikkan pangkat.

Musa didakwa telah menyediakan satu salinan dokumen sulit itu kepada Tan.

Difahamkan, seorang pembantu Musa, ASP Noor Azizul Rahim Taharim, telah mengemukakan perkara itu untuk perhatian metneri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan timbalan menteri dalam negeri, Datuk Johari Baharom. ~malaysiakini

Addin :

Da mungkin sebab ini jugak Musa Hassan di naikkan pangkat Ketua Polis Negara?


Lagi Gambar Solat Hajat Di Padang Perdana Kota Bharu

Posted: 01 Apr 2012 02:15 AM PDT










Solat hajat sempena program ' Putrajaya Bermula Disini ' pada 30/mac/2012 di Padang Perdana Kota Bharu yang dihadiri ribuan rakyat Kelantan.Artikel berkaitan DISINI.

Gambar Samseng Kg. Dusun Dengan Ezam Nak Buat Kacau Ceramah Mat Sabu?

Posted: 31 Mar 2012 06:29 PM PDT

Malam ini (31 Mac 2012) kumpulan mahasiswa menganjurkan sebuah majlis makan malam dan ceramah umum yang menampilkan Timbalan Presiden PAS, Tn Haji Mat Sabu dan juga Hishamudin Rais sebagai penceramah jemputan. Program berlangsung di Dewan Al-Munirah, Johan Setia Klang bermula seawal jam 8.30 malam. Majlis bermula dengan Makan malam untuk dana mahasiswa dan seterusnya ceramah umum.

Difahamkan, kehadiran program ini di Klang menerbitkan kegoyahan Umno di pihak Ezam Md Noor yang berkerja keras untuk menawan Selangor di Zon Klang.

Seraya itu, dari sumber yang dipercayai, satu arahan telah dikeluarkan untuk mematahkan semua kerusi dalam dewan tersebut seperti mana yang berlaku di Jalan Kebun dan Kg. Idaman.

Kejadian di Jalan Kebun dan Kg Idaman menyaksikan banyak kerusi berwarna merah dipatahkan. Malam ini pula, kemungkinan kerusi berwarna merah juga yang disediakan kerana menurut pihak penganjur, hanya kerusi merah sahaja yang sedia ada.

Justeru itu, bantuan orang ramai diperlukan untuk mententeramkan lembu upahan ini. Jika lembu tersebut tidak berjaya dikawal, sembelih jika perlu dan hasil sembelihan haruslah dibahagi sama rata dalam erti kata keadilan.

Ayuh hadirlah beramai-ramai kerana jangkaan awal mendapati lembu yang bakal menyerang juga ramai. Akhir sekali satu peringatan buat semua, sila jangan mengenakan baju merah malam ini untuk keselamatan.

Semoga Allah selamatkan kita semua, yang celik minda dan yang tidak mudah dilembukan penguasa...

Maka bersedialah semua kerana kerusi-kerusi merah ini akan dipatah renyuk. Ini berikutan arahan serangan diserah kepada binatang yang begitu pantang kepada warna merah, iaitu lembu umno. ~kingofgoblok


Tiada ulasan: