Addin |
- Gambar Penjenayah Cium Tangan Hassan Ali
- Gambar Menarik Aktiviti Tuan Guru Nik Aziz Selepas Subuh
- (Gambar) Rupa-Rupanya Samseng Umno Jalan Kebun Yang Serang Dataran Merdeka
- Najib Akan Bubar Parlimen Sebelum BERSIH 3.0?
- Blogger Upahan Umno Sahkan Skandal Shafie Afdal Dengan Zahida Rafik
- Umno BN Manipulasi Subsidi Tepung Untuk Kayakan Kroni.. Ini Buktinya
- (Video) Samseng Umno Buat Onar Lagi..
Gambar Penjenayah Cium Tangan Hassan Ali Posted: 19 Apr 2012 09:58 AM PDT Seperti yang dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma telah bertindak diluar norma biasa. Regim takut menggunakan polis kerana pilihanraya yang terlalu hampir, kerana imej kekasaran polis terhadap kumpulan pelajar ini pasti akan memberi kesan besar terhadap undi rakyat. hanya DBKL digunakan malangnya DBKL tidak mampu berdepan semangat kental kumpulan pelajar ini yang walaupun beberapa kali 'diserbu' DBKL tetapi terus bertahan. Kumpulan yang mulanya kecil mula membesar, ramai teman muda lain mula sama mendirikan khemah berkampung bersolidariti bersama menemani pelajar ini. Ramai yang tampil menyumbang. SAMM dalam kemampuan terhad turut hadir memberikan bantuan seperti tikar dan makanan sekadar termampu. Kumpulan pelajar ini yang mula meraih perhatian dalam dan luar negara terus cuba diburukkan imej mereka sebagai alat politik pihak tertentu oleh media dan pemimpin regim. Namun mereka terus mendapat perhatian. Bukan sekadar itu pelajar ini juga telah berjaya menjawab kekeliruan yang cuba dibuat termasuk oleh Menteri, malah mereka sedia mencabar Menteri dan pimpinan parti politik penguasa regim untuk berdebat terbuka. Ini semua meletakkan regim dalam keadaan serba salah. Mati akal dengan perkembangan ini semalam awal pagi tadi gangster telah digunakan oleh pihak yang tertekan untuk menyerang tapak perkhemahan pelajar tersebut. Dalam serangan itu ada yang cedera, barang - barang mereka dirosakkan dan diberitakan ada pelajar yang hilang diculik. Penggunaan gangster ini menjadi taktik yang semakin biasa digunakan setelah kalah berhujah dan seperti biasa juga polis akan terus lambat bertindak. Dalam serangan di Dataran Merdeka, Polis yang berada di tempat kejadian dilaporkan olek saksi hanya memerhatikan sahaja kejadian. Yakinlah seperti peristiwa lain termasuk serangan gangster secara fizikal dan bersifat perkauman masih belum ada tindakan walaupun ditampilkan bukti bergambar jelas. Malah lebih malang lagi kumpulan penyerang di Jalan Kebun dapat pula berada dalam majlis bersama PM baru - baru ini. Ini semua juga taktik sama dengan beberapa regim di hujung usia. Perhatikanlah regim Mubarak ketika hujung usianya juga menggunakan gangster memukul dan menyerang demonstran dan kemudian bersembunyi disebalik hujah kononya serangan dibuat oleh rakyat yang marah. Percaya dan yakinlah begitu juga di sini pasti media akan memainkan hujah serupa kononya serangan oleh rakyat yang marah. SAMM mencabar Umno supaya jangan bacul dan tampil bertanggungjawab terhadap kejadian serangan terhadap pelajar ini. Sepatutnya Umno tampil berhujah dengan kumpulan pelajar ini bukan menjawab dengan keganasan fizikal. Dengan perkembangan ini SAMM menyeru seluruh anak muda supaya membuat pertimbangan terhadap kejadian ini dan menolak Umno dan Barisan Nasional yangs emakin hilang rasional mereka. SAMM juga menyeru rakyat untuk tampil sama memberikan bantuan kepada teman - teman pelajar yang berjuang ke arah pendidikan percuma dalam negara. SAMM juga tidak menolak kemungkinan dengan perkembangan ini akan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk turun bersama dalam Himpunan BERSIH 28 April ini yang kebetulan akan diadakan dilokasi yangs ama , Dataran Merdeka. SAMM juga tidak menolak kemungkinan akan turut sama 'berkampung' bersama para pelajar ini kemudianya. Sekian. che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia
| ||||||
Gambar Menarik Aktiviti Tuan Guru Nik Aziz Selepas Subuh Posted: 19 Apr 2012 05:06 AM PDT Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh 'biasa-biasa' di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato' Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur. Para jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi Jumaat. Berdasarkan pengalaman saya bermastautin di luar Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan ini sangat 'rare' di negeri-negeri lain. Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam. Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh 'orang tua ini' supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam. Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat. Kita banyak sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus. Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi. Itulah Akhirat. Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki 'syurga'. Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal. ~ The Kelantan Times. Addin : Ini Umno katakan Pas parti ajaran sesat.. | ||||||
(Gambar) Rupa-Rupanya Samseng Umno Jalan Kebun Yang Serang Dataran Merdeka Posted: 19 Apr 2012 03:38 AM PDT | ||||||
Najib Akan Bubar Parlimen Sebelum BERSIH 3.0? Posted: 19 Apr 2012 01:51 AM PDT Bendera- bendera Barisan Nasional (BN) kelihatan berkibaran di beberapa tempat, spekulasi di kalangan ahli politik ialah bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin diadakan tidak berapa lama lagi. Pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar, semalam dilaporkan berkata beliau tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, boleh membubarkan Parlimen menjelang akhir minggu ini. Ahli Parlimen (AP) Sungai Siput itu berkata inilah masa yang betul bagi Perdana Menteri itu berbuat demikian kerana adanya faktor yang menyokong BN. 'Datuk Seri Najib mungkin berbuat begini juga untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 3.0 (yang bakal diadakan pada 28 April ini),' kata beliau, sambil menambah bahawa perdana menteri mungkin mengumumkan pilihan raya itu menjelang akhir minggu ini kerana percaya beliau boleh meyakinkan rakyat bahawa beliau telah mengotakan janjinya untuk membatalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilafazkan tahun lalu. Dewan Rakyat kelmarin meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) yang menandakan berakhirnya ISA. Datuk Seri Najib yakin beliau telah berjaya memikat hati rakyat dengan menawarkan sogokan wang tunai RM500 kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Datuk Seri Najib yakin beliau telah berjaya memikat hati rakyat dengan menawarkan sogokan wang tunai RM500 kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). | ||||||
Blogger Upahan Umno Sahkan Skandal Shafie Afdal Dengan Zahida Rafik Posted: 19 Apr 2012 12:56 AM PDT Apa kes ni?? Blogger Parpukari pun mengakui skandal Shafie Afdal dengan Zahida Rafik nih. Addin bukanlah percaya sangat blogger Umno nih tetapi bila dah mengakui dalam blog nih kira kes berat. Makin peninglah Najib dan Rosmah.. tambahan dengan PRU 13 ni.. Najib makin memancing rakyat dengan gula-gulanya tetapi kabinetnya buat pasal pulak. Umno makin membusuk dan memburuk. Baca pendedahan blogger Parpukari di sini. | ||||||
Umno BN Manipulasi Subsidi Tepung Untuk Kayakan Kroni.. Ini Buktinya Posted: 18 Apr 2012 09:31 PM PDT E-mel ni Addin terima dari PPIM untuk didedahkan kepada umum. Ini juga bukti menunjukkan Umno BN manipulasi subsidi tepung untuk kayakan kroni. Ini adalah rentetan subsidi - subsidi yang di berikan kepada kroni-kroni lain seperti IPP, gula dan beras. Ternyata Umno BN berkira-kira dalam memberikan subsidi untuk kegunaan jutaan rakyat tetapi tidak berkira-kira dalam memberi subsidi berbillion ringgit untuk kayakan kroni. Berikut adalah e-mel yang dikirimkan kepada Addin..
Persatuan Pengguna Islam Malaysia | ||||||
(Video) Samseng Umno Buat Onar Lagi.. Posted: 18 Apr 2012 08:46 PM PDT Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video. Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk. "Saya sedang tidur dalam khemah sebelum terjaga apabila muka saya ditendang dari luar," kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah itu kepada Keadilan Daily, awal pagi ini. Beliau yang turut kehilangan telefon bimbit akibat insiden itu berkata demikian ketika berkongsi detik cemas itu bersama mahasiswa dan orang ramai.
Kebanyakan mereka kesal kerana kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan. Seorang saksi lain kesal kerana polis enggan memberi bantuan walaupun beliau merayu bantuan tetapi anggota pihak berkuasa itu memberi alasan 'bimbang keselamatan mereka terancam'. Dalam kejadian itu, samseng turut melontar kata-kata kesat dan mencampakkan cermin mata aktivis sosial, Fahmi Reza manakala rakannya, Boon Kia Meng, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta, ditumbuk. "Sebaik saja keluar khemah akibat kekecohan itu, saya hanya duduk tanpa membalas cercaan mereka. Sebaliknya, mereka ambil dan campak cermin mata saya. Kia Meng di sebelah pula ditumbuk," katanya. Kamera Nurul Haniza Mohamad, 24, pula rosak selepas ia dirampas ketika dikerumuni lima atau enam samseng. "Mereka tarik baju dan beg saya. Ada seorang tunjal kepala saya sambil menghambur kata-kata kesat," katanya yang berasal dari Batu Arang, Selangor. Kebiadapan samseng tidak mematahkan semangat mahasiswa untuk terus berkhemah sehingga 28 April ini Seorang ahli Unit Amal PAS Batu, Mohd Kassim Abdullah, 24, pula ditampar dua kali, malah disiram air oleh sekumpulan samseng berkenaan. Sungguhpun berdepan kekasaran samseng itu, semua mahasiswa dan kumpulan penyokong tetap bersemangat, malah membuat ketetapan untuk terus kekal berada di situ. Lihat video di sini. ~keadilandaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan