Senyum Tangis Sendu |
- 20 Kali Rebah Setelah Ketawa
- Anak Setan Buat Kacau
- Kronologi Panas: Pelajar dibelasah Kumpulan Samseng di Dataran Merdeka
Posted: 18 Apr 2012 09:30 PM PDT ASHFORD (Kent): Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil iaitu dia rebah setiap kali ketawa bimbang dia mungkin menurunkan sakit aneh itu kepada anak lelakinya. Kelly Timson, 25, tidak boleh menyaksikan pertunjukan jenaka atau malah pergi ke pub bersama temannya kerana setiap kali dia ketawa, dia akan rebah. Kelly mengalami keadaan neurologi yang jarang berlaku dipanggil Cataplexy bermaksud tubuhnya mencapai tahap lumpuh sepenuhnya akibat tindak balas emosi seperti geli hati, terkejut, marah dan malah, sayang. Hanya merenung dengan penuh kasih sayang kepada dua anaknya, Charlie, lima dan Ronnie, dua tahun menyebabkan Kelly tidak dapat bergerak atau bercakap. Dia sering rebah di lantai dan mencederakan dirinya. Pada satu ketika dia hampir lemas selepas jatuh dengan muka tersembam di sofa. Kelly mengalami hingga 20 serangan cataplexy dalam sehari dan memerlukan ibu atau adik lelaki di sampingnya setiap masa seandainya dia rebah. Kelly juga mengalami keadaan berkaitan dengan penyakitnya narcolepsy yang bermakna dia akan terlelap sepanjang hari, tanpa mengira apa yang sedang dilakukannya. Kelly yang berasal dari Ashford, Kent berkata: "Saya tidak dapat menghitung berapa kali saya terlelap ketika makan malam. Malah, saya tidak boleh berkunjung ke restoran dengan teman lelaki kerana bimbang saya akan tersengguk di meja makan. Ia pasti memalukan. "Pernah sekali, saya mendapat serangan cataplexy di pasar raya dan kemudian beberapa kali lagi. Saya mungkin mendapat serangan 20 kali dan saya rasa mungkin orang ramai memikirkan saya mengambil dadah atau mabuk. Setiap kali saya berdiri, saya rebah lagi. "Ketika saya mendapat serangan saya boleh melihat dan mendengar tetapi saya tidak dapat bergerak atau bertutur langsung. Ia boleh hilang beberapa saat atau ia mungkin berakhir selama sejam," katanya. - DM |
Posted: 18 Apr 2012 07:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 69 tahun membuat laporan meminta polis menahan anak lelakinya selepas dia gagal mengawal suspek. Warga emas itu bertindak demikian selepas anak lelakinya berusia 20-an membelasahnya selain memukul wakil penduduk di sebuah flat di Jinjang, di sini, kelmarin hanya kerana mereka menasihatkannya supaya berubah. Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, suspek dilaporkan mengamuk dengan memecahkan barangan dalam rumahnya sebelum menyerang bapanya dan wakil penduduk yang menasihatkannya. Menurut sumber, bapa mangsa yang gagal mengawal anak lelakinya itu meminta wakil penduduk di kawasan perumahan berkenaan menasihatkan suspek dengan harapan nasihat itu didengari suspek. "Bagaimanapun, tindakan si bapa dan wakil penduduk itu menimbulkan kemarahan suspek sebelum lelaki terbabit memaki-hamun mereka. "Suspek yang gagal mengawal kemarahan menumbuk dan menyepak bapanya," katanya. Sumber itu berkata, suspek menyerang wakil penduduk berkenaan dengan menampar mangsa beberapa kali sebelum memukulnya. "Amukan suspek tidak berakhir apabila dia mengamuk di tempat letak kereta kawasan perumahan berkenaan," katanya. Difahamkan, suspek memecahkan pasu bunga dan papan kenyataan di kawasan perumahan itu. Katanya, suspek meninggalkan kawasan itu selepas melihat ramai penduduk menyaksikan kejadian itu. Sehubungan itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang meminta polis menahan anaknya itu kerana gagal mengawalnya selain bimbang suspek mencederakan lebih ramai penduduk di kawasan berkenaan. Dalam laporannya, mangsa mengesyaki anak lelakinya mungkin terbabit penagihan dadah hingga gagal mengawalnya. Difahamkan, mangsa dan wakil penduduk berkenaan dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital kawasan itu. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan. |
Kronologi Panas: Pelajar dibelasah Kumpulan Samseng di Dataran Merdeka Posted: 18 Apr 2012 05:33 PM PDT 2.30 AM : Diberitakan waktu ketika ini hampir 60-70 mahasiswa dan anak muda serta rakyat berada sekitar Universiti Dataran Merdeka. 2.32 AM : Suasana masih lagi tenang dengan beberapa kumpulan mahasiswa kelihatan berkumpul bagi membincangkan agenda seterusnya dan bergembira. 2.36 AM : Dan tiba-tiba, kelihatan seorang pemuda berbaju t-shirt hitam tanpa kolar berjalan meluru ke kawasan perkhemahan dan disusuli sekumpulan pemuda di belakangnya. 2.37 AM : Semua peserta himpunan tercengang dan tertanya-tanya siapakah mereka. Kumpulan pemuda terbabit sedang memerhati banner dan kain rentang serta keadaan sekeliling. 2.38 AM : Dengan tiba-tiba, kedengaran tepikan 'BANGUN... BANGUN' yang dilaungkan pemuda berbaju hitam tadi, dipercayai 'Hang Kebun' yang pernah muncul dalam satu video ugutan terhadap Adam Adli. 2.39 AM : Kelihatan dua lagi kumpulan bangun setelah jeritan itu dan berjalan serentak dari dua arah berbeza dengan kumpulan pertama, dikatakan berkumpul lebih awal. Mereka terus meluru ke arah kumpulan mahasiswa dan rakyat yang sedang berada di Dataran. 2.40 AM : Kedengaran pemuda (kumpulan samseng) berkenaan menjerit 'KAMERA PADAM, JAGA KAMERA, JANGAN RAKAM' ke arah kumpulan mahasiswa dan rakyat yang sedang tercengang dengan aksi mereka dan ingin merakam. 2.41 AM : Tiba-tiba, beberapa samseng berbaju hitam menarik kesemua khemah dan menggeledah khemah sehingga menyebabkan seorang siswi tercedera akibat dipukul dan disepak. Namun, siswi terbabit dikatakan tidak mengalami kecederaan serius. Kedengaran jeritan dari kumpulan samseng berkenaan yang mengarahkan semua kosongkan tempat dan menjerit 'BALIK TIDUR RUMAH LAA, JANGAN KECOHKAN MALAYSIA, BANGSA MELAYU APA MACAM NI, KALAU TAK SUKA MALAYSIA PERGI LUAR NEGARA LAA, dan kedengaran juga beberapa perkataan kurang sopan dilaungkan mereka. 2.42 AM : Keadaan mula kelam-kabut, khemah-khemah digeledah dan dicabut, barangan disepak dan dilempar, makanan dibaling ke rumput, dan terdapat mahasiswa berkeliaran melarikan diri bagi menyelamatkan diri. Banyak kamera, handphone dirampas dan diugut supaya tidak dirakam. Empat anggota polis berpakaian seragam yang berada tidak jauh segera dipanggil untuk membantu namun suasana masih kelam-kabut. Polis dikatakan lambat bertindak walaupun kejadian berlaku hampir 10 minit. Tumbuk-menumbuk masih berlaku walaupun terdapat anggota polis kerana terdapat provokasi daripada kumpulan pemuda samseng yang tidak ingin sebarang aksi mereka dirakam. Terdapat dua orang aktivis dilarikan ke tempat lebih jauh oleh kumpulan samseng namun berjaya diselamatkan tidak lama kemudian. Polis masih tidak menahan kumpulan samseng berkenaan walaupun adegan tumbuk-menumbuk berlaku di hadapan mereka. 2.47 AM : Masih tiada sebarang kereta peronda polis tiba namun kelihatan di situ sekumpulan anggota DBKL yang memerhati dari jauh sahaja, tidak berani lakukan apa sahaja. Kekalutan terus berlaku dan kumpulan aktivis terus dikasari, ditumbuk dan dirampas kamera. Sasaran dipercayai ke atas Adam Adli, aktivis-aktivis berbangsa Cina dan individu yang sedang membuat rakaman. Adam Adli berjaya diselamatkan lebih awal. 2.50 AM : Tiba-tiba, kelihatan seorang aktivis rakyat Melayu Islam ditarik ke jalan raya dan dibelasah hampir 15 orang. Ramai datang membantu dan kelihatan tiga buah kereta peronda polis tiba di tempat kejadian. Sebelum itu, seorang anggota polis berpakaian biasa mengeluarkan sepucuk pistol sebagai amaran kepada pergaduhan berkenaan namun tidak menembak. Kumpulan aktivis rakyat dan mahasiswa sedikit terkejut dengan tindakan anggota preman berkenaan yang tiba-tiba keluarkan pistol. Suasana sedikit reda. 2.55 AM : Kelihatan kumpulab polis yang baru tiba membantu seorang aktivis yang dibelasah sehingga berdarah di bahagian tangan dan muka (kening) di jalan raya. Ambulans dipanggil dan tiba tidak lama kemudian. Polis meluru ke arah kumpulan samseng dan meleraikan keadaan. 3.00 AM : Kelihatan rundingan dijalankan antara kumpulan polis dan samseng di satu sudut berhampiran pancutan air di Dataran Merdeka. Dan diberitakan seorang daripada mereka ditahan untuk diambil keterangan. 3.05 AM : Kumpulan mahasiswa dan rakyat masih kelam kabut kerana kumpulan samseng berkenaan masih berkeliaran dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan. Diberitakan dua cedera sehingga berdarah, tiga lagi cedera ringan dan seorang dikejarkan ke hospital. Barangan kumpulan aktivis bertaburan, banyak harta seperti handset dan kamera hilang, dipercayai dirampas samseng. 3.15 AM : Keadaan sedikit tenang setelah kehadiran kumpulan polis namun kawasan perkhemahan masih tidak dibersihkan. Tiba-tiba, seorang lelaki berbaju hijau (dipercayai SB) mengarahkan kesemua aktivis membersihkan kawasan dan menyusun balik barangan. (Setelah perbincangan, dipercayai arahan itu bertujuan supaya polis tidak sempat mengambil gambar bukti tempat kejadian yang bertaburan) 3.20 AM : Kumpulan samseng mula bersurai namun kelihatan masih berada di beberapa sudut sekitar Dataran Merdeka. Mangsa yang dihantar ke hospital, diberitakan bernama Khairul a.k.a. Bobo tidak mengalami luka serius. Keadaaan mula tenang walaupun kesemua yang berada di Dataran masih terkejut dengan apa yang berlaku. 3.30 AM : Sebarang berita mengenai kejadian itu mula dilakukan melalui laman sosial dan kelihatan orang ramai hadir untuk lihat lebih lanjut apa yang berlaku. Keadaan kembali terkawal. 3.45 AM : Keadaan tenang dan kumpulan mahasiswa serta rakyat mula berkumpul untuk menceritakan dengan lebih terperinci apa yang berlaku. Turut diperiksa barangan yang rosak dan hilang selain memastikan kesemuanya selamat. Diberitakan hampir 10 orang yang kehilangan barang dan rosak akibat kejadian itu. 4.00 AM : Kawasan perkhemahan sudah dibersihkan dan dikemaskan. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan