shalehudin |
- Ganaih betoi laki bini nie...
- Bertambah manis senyuman Ku Li... hehe...
- Perghh!!! 14 tahun makan gaji buta tue... haha...
- GEMPAQ: Ca teka yang mana satu Soi Lek... kahkahkah...
- TERKINI: Mustapa mengaku UMNO tak mampu... kahkahkah...
- FUYOO!!! Gencatan senjata Mahathir - Najib...
- Penyanyi Bee Gees koma
- Najib lebih teruk dari BAPAK saya... kahkahkah...
- Aku dah kira, ada 302 orang ja yang hadir... kahkahkah...
- PANAS: Kisah spesis yang mengabihkan beraih...
- Bertawaf sambil telanjang...
Posted: 15 Apr 2012 11:00 AM PDT Suami isteri dituduh bunuh amah mey sichan BUKIT MERTAJAM – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan dengan niat bersama membunuh seorang amah warga Kemboja pada 1 April lalu. Soh Chew Tong, 43, dan isterinya Chin Chui Ling, 41, dituduh dengan niat bersama melakukan kesalahan itu terhadap Mey Sichan, 24, seorang warga Kemboja di premis bernombor 2190 Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak di sini pada 1 Januari hingga 1 April. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Mereka yang diwakili peguam bela, Michael KL Chee hanya tunduk ketika pertuduhan dibacakan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan. Majistret Chiang Kian Hong menetapkan pada 7 Jun depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurdeenie Abdul Rashid. Difahamkan, tiga pekerja pasangan itu, termasuk seorang wanita, dibebaskan dan menjadi saksi pendakwaan. Akhbar pada 5 April lalu melaporkan mayat Mey Sichan ditemui di atas katil di dalam sebuah stor barang di tingkat dua premis perniagaan milik kedua-dua tertuduh.- Kosmo |
Bertambah manis senyuman Ku Li... hehe... Posted: 15 Apr 2012 09:40 AM PDT Satu-satunya yang bersih dlm Umno? Ku Li nekad utk kekal walaupun digugurkan sebagai calon Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh telah menepis spekulasi bahawa beliau akan meninggalkan Umno dan bertanding sebagai calon bebas sekiranya beliau digugurkan sebagai calon BN pada PRU 13 nanti. "Jangan persoalkan kesetiaan saya kepada parti. Saya sudah bersama UMNO selama 50 tahun." Bernama melaporkan Ku Li, yang juga seorang putera Kelantan sebagai berkata. Satu-satunya kawasan bersih dalam Umno? Sememangnya suatu tindakan yang bodoh sekiranya presiden Umno, Najib Razak tidak memilih Ku Li untuk bertanding memandangkan beliau sudah menjadi MP Gua Musang selama 43 tahun. Kerana sekiranya Najib melakukan yang demikian, maknanya beliau telah memberikan kemenangan percuma kepada PAS di kawasan itu yang sudahpun mendominasi Kelantan. Semenjak Amanah ditubuhkan beberapa bulan yang lalu, ada spekulasi bahawa Ku Li dan pengikutnya akan keluar dari Umno dan menyertai Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Perletakan jawatan Kadir Sheikh Fadzir yang juga timbalan Ku Li dalam Amanah telah menyemarakkan lagi cakap-cakap bahawa Ahli Parlimen Gua Musang itu juga akan mengikut jejak langkah yang sama. Kumpulan Ku Li ini dilihat sebagai satu-satunya golongan yang berani untuk mengkritik kepimpinan UMNO atas kegagalan mereka membentras rasuah dalam parti. Sememangnya pada tahun 80-an dahulu, Ku Li dan Menteri Penerangan Rais Yatim telah keluar Umno selepas bertelingkah dengan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Mereka telah menyertai Umno semula beberapa tahun selepas itu disebabkan parti Semangat 46 yang mereka tubuhkan gagal meraih sokongan pengundi. Sesudah puas mendapat ujian, keadaan seperti berpihak kepada Pakatan Bagi PRU 13, kelihatan seperti keadaan berpihak kepada Pakatan setelah melalui ujian getir dengan UMNO-BN yang tidak berhenti menghujani pihak pembangkang dengan tuduhan melalui berita-berita dan tuduhan palsu. Walaubagaimanapun, 4 tahun sudah berlalu semenjak Anwar dan Pakatan memenangi undian rakyat pada Mac 2008, 4 buah negeri yang ditadbir pakatan mempunyai prestasi yang agak baik terutamanya Selangor yang diterajui PKR dan Pulau Pinang yang diterajui DAP. Banyak dikalangan pemerhati yang menjangka Pakatan akan berjaya kali ini disebabkan oleh keingkaran Umno untuk meninggalkan amalan rasuah- yang jelas memakan parti itu dan juga negara. Kemarahan yang timbul semula Di Kelantan, seperti juga Terengganu, telah wujud kemarahan baru yang sama seperti yang berlaku semasa zaman pemerintahan Mahathir dan kini ia disebabkan oleh Najib yang enggan membayar 2 negeri itu royalti minyak mereka disebabkan mereka ditadbir oleh PAS. Hanya kerana ini, kedua-dua negeri tersebut kekal miskin dan kurang membangun. Kelantan sudahpun menjadi kubu kuat PAS sejak 2 dekad lalu manakala Terengganu juga pernah diterajui PAS dari tahun 1999 hingga 2004. Kemarahan ini dijangka akan membuatkan Terengganu jatuh semula ke tangan Pakatan pada PRU 13 nanti. Persaingan pada pilihanraya umum yang akan datang dijangka sengit dan Umno Kelantan juga berpeluang untuk mengukir kemenangan di Kelantan akan tetapi, terdapat perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu di negeri itu termasuklah isu royalti minyak dan beberapa lagi isu peringkat kebangsaaan yang lain," tegas Ku Li. Malaysia Chronicle |
Perghh!!! 14 tahun makan gaji buta tue... haha... Posted: 15 Apr 2012 08:23 AM PDT MINDEN- Seorang pesara Jerman yang menamatkan perkhidmatannya baru-baru ini menghantar e-mel kepada 500 rakan sekerjanya memberitahu mereka bahawa dia tidak melakukan apa-apa tugas selama 14 tahun. Ucapan terakhir lelaki berusia 65 tahun itu ialah menghebahkan kepada rakan sekerjanya mengatakan dia meraih lebih 600,000 pound (RM3 juta) tanpa menggerakkan satu jari pun. "Sejak 1998, saya datang ke tempat kerja tetapi bukan ada di pejabat dalam erti kata sebenar. Jadi, saya memang telah bersedia untuk bersara - Selamat Tinggal," tulisnya. Namun, dia tidak terfikir e-mel itu bukan hanya berlegar di pejabat di North Rhine-Westphalia saja, tetapi ia turut didedahkan kepada media. "Saya tidak mahu katakan apa-apa lagi," katanya kepada akhbar tempatan ketika petugas media menemuinya di depan pintu rumahnya di Minden. "E-mel itu bukan untuk tatapan umum," katanya. Lelaki yang tidak didedahkan identitinya dan bekerja sebagai juruukur sejak 1974 itu berkata, situasi terbabit berlaku kerana kesilapan majlis perbandaran yang melantik dua orang untuk satu tugas dan rakannya melakukan semua tugas itu. - Agensi |
GEMPAQ: Ca teka yang mana satu Soi Lek... kahkahkah... Posted: 15 Apr 2012 05:00 AM PDT Polis sahkan siasat saudara Soi Lek Polis mengesahkan menerima laporan polis yang mendakwa saudara lelaki kepada presiden MCA Chua Soi Lek - Chong Seng - terlibat dalam amalan rasuah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Syed Ismail Syed Azizan melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini mengesahkan laporan itu dibuat pada Jumaat. Tambahnya, pasukan daripada jabatannya sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan itu tetapi belum mengelaskan di bawah mana-mana seksyen dalam Kanun Keseksaan. Menurut The Edge, penternak ikan hiasan Xiang Leng Holdings Bhd dalam audit khas gagal memasukkan RM90.7 juta dalam perbelanjaan modal antara 2005 hingga 2008. Laporan itu menyebut, tiga bekas pengarah termasuk Chong Seng sebagai penandatangan cek tunai bernilai RM85.7 juta yang diberikan secara mencurigakan kepada empat kontraktor untuk kerja-kerja pembinaan kolam ikan dan RM5 juta lagi dibayar kepada 52 kontraktor lain. |
TERKINI: Mustapa mengaku UMNO tak mampu... kahkahkah... Posted: 15 Apr 2012 04:30 AM PDT Kerajaan Pusat buat janji yang mampu ditunaikan: Mustapa KOTA BHARU: Pendekatan yang digunakan kerajaan pusat dalam menunaikan janji untuk meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga barang, bukan sahaja berhasil tetapi juga tidak menyebabkan negara muflis. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata rakyat dapat merasai sendiri hasil pendekatan yang dilaksanakan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi. Ini berbeza dengan janji pembangkang, yang mana bukan saja mustahil untuk dilaksana tetapi juga akan memufliskan negara jika tetap dilakukan, katanya pada Majlis Mesra Rakyat dan Perasmian Coop Mart di Wisma Persekutuan, di sini hari ini. Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Kelantan, berkata kesan kenaikan harga barangan dirasai oleh penduduk di seluruh dunia, namun inisiatif segera kerajaan Malaysia dapat meringankan bebanan rakyat di negara ini. Katanya pembangkang hanya sekadar menabur janji untuk meraih sokongan rakyat kononnya akan menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menurunkan harga minyak dan menghapuskan tol. Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Mustapa berkata, kewujudan Coop Mart yang menawarkan lebih 50 jenis barangan keperluan dengan harga sehingga 40 peratus lebih rendah berbanding premis lain, membantu meringankan beban perbelanjaan penjawat awam yang bertugas di Wisma Persekutuan itu. Beliau berkata, orang ramai yang datang berurusan di Wisma Persekutuan itu juga dapat membeli barangan di Coop Mart terbabit. Coop Mart yang menyertai program Transformasi Kedai Runcit (Tukar), dimiliki Koperasi Pegawai dan Kakitangan Wisma Persekutuan Negeri Kelantan Berhad. - BERNAMA |
FUYOO!!! Gencatan senjata Mahathir - Najib... Posted: 15 Apr 2012 02:38 AM PDT Bila Tun M pun sokong Tajudin Ramli... KUALA LUMPUR, 14 April: Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad pun turut sama menyelamatkan Tan Sri Tajudin Ramli, Umno dan Barisan Nasional (BN) bertambah tidak selamat. Demikian reaksi spontan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar atas) apabila Dr Mahathir sekali lagi mengakui bahawa adalah sukar bagi BN untuk mendapat majoriti dua pertiga dan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak selamat jika tidak dapat memenangi kerusi yang lebih banyak bagi BN berbanding pilihan raya 2008. "Tindakan kerajaan mengetepikan arahan mahkamah supaya Tajudin membayar hutangnya dan sebaliknya menghapuskira hutang Tajudin sebanyak RM589 juta menimbulkan kemarahan rakyat terutama para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diburu. Keluarga mereka juga marah. "Kalau dalam kes pinjaman mudah RM250 juta kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) kita lihat Dr Mahathir memberikan komen yang tegas, tetapi komennya begitu lunak dalam kes Tajudin dan oleh sebab itulah dia juga dilihat turut selamatkan bekas pengerusi eksekutif MAS itu. "Perbuatan Umno menyelamatkan Tajudin itu menjadikan Umno dan BN lebih tidak selamat kerana memarakkan lagi api kemarahan rakyat dan memang benar kata Dr Mahathir, parti pemerintah menghadapi masalah mendapatkan majoriti dua pertiga," katanya. Dr Mahathir sentiasa mengekalkan pandangannya bahawa adalah sukar bagi BN mendapatkan majoriti dua pertiga. Mohamad juga sangat tertarik apabila Dr Mahathir berkata kedudukan Najib tidak selamat jika tidak dapat memenangi kerusi yang lebih banyak bagi BN berbanding pilihan raya 2008 ketika beliau sendiri mengakui sukar bagi parti pemerintah itu mendapat majoriti dua pertiga. "Nampak macam Dr Mahathir memberitahu orang-orang Umno supaya menggantikan Najib dengan pemimpin lain jika tidak mencapai prestasi yang lebih baik bagi BN berbanding 2008. "Saya nampak apa yang dihajati oleh Dr Mahathir itu akan tercapai," katanya. Mohamad juga tidak hairan dengan kenyataan Dr Mahathir itu kerana beliau diberitahu berkali-kali oleh sumber dalaman Umno dan Perkasa bahawa bekas Perdana Menteri itu memang begitu tidak senang terhadap Najib. "Tetapi khabarnya Dr Mahathir mahu menunggu selepas pilihan raya dahulu kerana beliau bimbang BN akan kalah pula jika beliau menentang Najib dari sekarang. "Tetapi kenyataannya tentang kedudukan Najib yang tidak akan selamat kalau tidak mencapai prestasi lebih baik berbanding 2008 itu membuktikan Dr Mahathir sudah tidak sabar lagi untuk bersuara," katanya. Dalam kenyataan yang dilaporkan oleh Reuters itu juga, Dr Mahathir berkata, Umno tidak lagi sekuat dahulu. "Zaman saya Umno kuat. Sekarang tidak. Jika anda menyokong orang tertentu, anda akan dapat kontrak, anda dapat segala keistimewaan. Sama ada parti jatuh atau tidak, itu tidak relevan kepada mereka. Mereka mesti berpaut kepada jawatan mereka dan mendapat segala keistimewaan," katanya. Malah, hujung tahun lalu Dr Mahathir mengulangi kenyataannya tentang tanggapan kebanyakan rakyat yang melihat Umno dipimpin oleh orang yang korup.- Harakahdaily |
Posted: 14 Apr 2012 11:00 PM PDT Penyanyi Bee Gees, Robin Gibb koma Robin Gibb LONDON: Robin Gibb, penyanyi kumpulan band legenda British, Bee Gees sedang koma di hospital hari ini selepas mengalami masalah paru-paru ketika sedang berperang dengan penyakit kanser. "Memang sedih bahawa laporan itu adalah benar bahawa Robin mengalami masalah paru-paru dan sedang dalam keadaan koma. Kami semua berharap dan berdoa dia dapat sembuh," kata kenyataan ringkas menerusi RobinGibb.com. Hari ini akhbar melaporkan bahawa penyanyi berusia 62 tahun itu ditempatkan di sebuah hospital swasta di Chelsea, barat London. Isterinya, Dwina, tiga anak dan adiknya, Barry yang juga ahli kumpulan itu berada di sisi Robin. - AFP |
Najib lebih teruk dari BAPAK saya... kahkahkah... Posted: 14 Apr 2012 10:40 PM PDT Mahathir memang teruk TAPI Najib lagi Teruk Mahathir mula-mula jadi PM dulu, dia perkenalkan konsep "Penerapan Nilai-nilai Islam." Walaupun lebih kepada sekadar selogan dan kosmetik tapi banyak jugak kebaikan dan kecantikan Islam tertonjol dalam kerajaan dan masyarakat. Paklah pulak masa jadi PM mengetegahkan konsep "Islam Hadhari". Walaupun tak secara terang macam Dr. Mahathir istiharkan Malaysia sebagai negara Islam tapi pengisian melalui konsep "Islam Hadhari" versi Paklah tu sedikit sebanyak ada jugak menjurus kepada nak mengislamkan Malaysia. Najib Razak diangkat sebagai PM, istilah Negara Islam terus tenggelam. Negara Islam versi Mahathir langsung tak timbul dah. Macam tu jugak selogan Islam Hadhari langsung tenggelam. Malah Najib mengetengahkan pulak konsep 1Malaysia yang langsung tak nampak ciri Islamnya. Bukan setakat ciri Islam tak nampak tapi ciri melayu yang antara ciri utamanya adalah beragama Islam pun tak nampak. p/s : Malaysia mungkin lebih terkenal sebagai negara pengeluar video lucah berprofile tinggi...kuikuikui Pemuda Dungun |
Aku dah kira, ada 302 orang ja yang hadir... kahkahkah... Posted: 14 Apr 2012 09:00 PM PDT Ribuan mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo. |
PANAS: Kisah spesis yang mengabihkan beraih... Posted: 14 Apr 2012 05:00 PM PDT Penyanyi dakwa dipukul kerabat diraja Seorang pemuzik cedera di bahagian kepala dan muka selepas mendakwa dipukul seorang kerabat diraja di hadapan sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur semalam, lapor akhbar Berita Harian. Menurut laporan tersebut hari ini, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, menerima rawatan selepas didakwa pengsan selepas diserang dalam kejadian awal pagi itu.Sementara itu Bernama melaporkan, Mikael Adam didatangi suspek ketika beliau dan dua rakan perempuannya baru memasuki kereta yang kemudian bertindak menariknya keluar dari kereta dan memukulnya dalam kejadian awal pagi itu. "Ketika itu saya baru pulang dari kerja...sebaik ditarik keluar, saya ditumbuk bertalu-talu sehingga terjatuh sebelum kepala saya dipijak dengan kuat menyebabkan saya tidak sedarkan diri. "Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala dengan kedua belah tangan saya bagi mengelakkan kecederaan lebih parah," katanya dalam laporan tersebut. Laporan itu juga menyebut, Mikael Adam membuat laporan di Balai Polis Tun Razak tidak lama selepas insiden tersebut berlaku. "Saya mahu lelaki itu diambil tindakan kerana memukul saya sesuka hati hingga cedera parah tanpa sebab," katanya. Mikael Adam yang lebih dikenali dengan nama pentas SonaOne, merupakan artis grafiti, penerbit muzik, pencipta lagu dan penyanyi rap. Beliau bernaung di bawah label Kartel Records, yang diterajui artis hip-hop tempatan terkenal Joe Flizzow. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamed Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan sedang dijalankan.- Malaysiakini |
Posted: 14 Apr 2012 03:00 PM PDT Kisah Wanita Termimpi Lelaki Bertawaf Tanpa Seurat Benang Ketika Musim Haji Oleh: al-bahanj Saya mendapat khabar bahawa pernah pada suatu musim haji, terdapat program soal-jawab yang disiarkan secara langsung di tanah suci melalui siaran radio. Siaran tersebut didengari oleh jutaan jemaah haji yang hadir. Kesemua soal-jawab telah dijawab oleh seorang Tuan Sheikh yang `alim dan sangat dihormati akan ilmunya. Program tersebut adalah khusus bagi menjawab soalan-soalan orang ramai sekitar tajuk ibadah haji dan lain-lain yang berkaitannya. Tiba-tiba ada satu panggilan dari seorang wanita yang ingin bertanya tentang mimpi dan apa tafsiran Tuan Sheikh tersebut. Walaupun pada asalnya Tuan Sheikh agak keberatan untuk menjawab disebabkan ianya terkeluar dari tajuk yang dibincangkan iaitu haji, namun beliau tidak mahu mengecewakan wanita tersebut lalu dibenarkannya untuk bertanya. "Saya pernah bermimpi terlihat seorang lelaki yang mengerjakan ibadah tawaf mengelilingi Ka`bah pada musim haji dalam keadaan beliau tidak berpakaian sedikit pun iaitu dalam keadaan telanjang. Bolehkah Tuan Sheikh menafsirkan mimpi saya tersebut?" Wanita tersebut bertanya kepada Tuan Sheikh melalui panggilan telefon yang didengari oleh jutaan jemaah haji lain melalui radio secara langsung. Agaknya apakah jawapan tuan puan apabila ditanya oleh seseorang dengan soalan yang sama? Dan apa pula jawapan oleh para ustadz yang kita kenali jika ditujukan soalan yang sama untuk mereka tafsirkan mimpi tersebut? Lihatlah bagaimana reaksi Tuan Sheikh ini dan amatilah jawapan yang diberikan beliau dengan kehikmahan yang ada pada beliau: "WAllahu A`lam. Saya akan cuba menjawab soalan puan berdasarkan sedikit pengetahuan yang saya ada." Tuan Sheikh memulakan jawapan beliau dengan memuji ALLAH yang Maha Mengetahui segala sesuatu. "Pada tafsiran saya terhadap mimpi puan yang melihat seorang lelaki yang melakukan ibadah tawaf secara bertelanjang itu ialah bahawa lelaki tersebut telah kembali dalam keadaan beliau tidak berdosa selepas mengerjakan haji. Lelaki tersebut telah memiliki keampunan ALLAH dan semua dosanya telah diampuni seperti seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan (dalam keadaan telanjang). Ini sesuai dengan hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang menyebut bahawa seseorang yang diterima hajinya itu kembali bersih tanpa dosa seperti dia baru sahaja dilahirkan oleh ibunya…" Jawab Tuan Sheikh tersebut. "Beruntunglah lelaki tersebut kerana beliau telah dikurniakan dengan haji yang mabrur." Sambung Tuan Sheikh lagi. "Oh begitu. Terima kasih kerana sudi menjawabnya. Bolehkah saya memaklumkan kepada lelaki tersebut tentang berita ini?" Tanya wanita itu melalui telefon. "Ya, boleh. Puan kenalkah dengan lelaki tersebut?" sambut Tuan Sheikh lalu diajukan soalan samada wanita itu kenal atau tidak dengan lelaki di dalam mimpi beliau. "Ya, saya kenal beliau." Jawab wanita tersebut dengan ringkas. "Jika puan kenal dengan lelaki tersebut, puan ucapkanlah tahniah buat beliau kerana ALLAH telah menerima haji beliau." Saran Tuan Sheikh agar wanita tersebut mengucapkan tahniah kepada lelaki yang bertuah itu. "Sebenarnya lelaki yang saya lihat di dalam mimpi saya itu ialah Tuan Sheikh sendiri!!!" Wanita itu memberitahu siapa lelaki tersebut melalui panggilan telefon yang disiarkan secara langsung melalui radio. Jawapan yang diberikan oleh wanita tersebut sangat-sangat memeranjatkan Tuan Sheikh itu setelah mendengarnya. Tuan Sheikh tidak dapat menahan perasaan lalu menangis teresak-esak lantaran syukur dan insaf. Program radio yang dilakukan secara langsung itu terpaksa dihentikan. Pengendali radio tersebut memaklumkan bahawa program soal-jawab itu tidak dapat diteruskan dan akan disambung pada hari yang lain. Kisah di atas telah disampaikan di dalam satu ceramah yang telah diadakan di Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang oleh Ustadz Syed Nurhisham sekitar tajuk haji pada 2 Dzulka`idah 1432H bersamaan 30 Sepmtember 2011. Beliau tidak menyebutkan siapakah gerangannya nama Tuan Sheikh yang dimaksudkan. SubhanAllah! Betapa hikmah dan luar biasa sekali jawapan Tuan Sheikh tersebut. Beliau nampak apa yang saya dan orang lain tidak nampak. Jawapan beliau sangat-sangat di luar jangkaan. Beliau memberikan tafsiran yang bukan calang-calang tafsiran. Dan tafsiran beliau dijawab berdasarkan pemahaman beliau terhadap nas dari al-Hadith. Malah kebaikan dari ilmu tafsiran beliau dikembalikan kepada beliau oleh ALLAH `Azza wa Jalla dalam bentuk kemuliaan! Saya tidak dapat menahan emosi saya selepas mendengar kisah ini. Sangat sebak rasanya. Betapa beruntungnya Tuan Sheikh tersebut. Beliau telah diberikan kemuliaan oleh ALLAH `Azza wa Jalla di hadapan jutaan manusia sejak di dunia lagi. Khabar gembira seperti ini jarang didapati oleh mana-mana manusia melainkan sangat sedikit. Saya telah menyemak hadith yang dimaksudkan oleh Tuan Sheikh tersebut, iaitu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang mengerjakan ibadah haji dan dia tidak melakukan jima' dan tidak pula melakukan perbuatan dosa, dia akan kembali dari dosa-dosanya seperti pada hari ketika ia dilahirkan oleh ibunya." (HR. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) Dan apabila melihat balasan yang disediakan oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala terhadap hamba-hambaNYA yang memperolehi haji mabrur, diri ini tersangatlah rasa penuh harap dan memohon agar dikurniakan dengan haji yang mabrur juga. Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut tentang balasan kepada orang yang memperolehi haji yang mabrur, yang maksudnya: "Umrah (yang pertama) kepada umrah yang berikutnya sebagai kaffarat (peng-hapus) bagi (dosa) yang dilakukan di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada balasan baginya, melainkan Syurga." (HR. Malik, Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah). ALLAHU AKBAR! Mudah-mudahan kita semua memperolehinya. Dan untuk memperolehinya, mestilah kita letakkan usaha yang sungguh-sungguh mulai sekarang, doa, tawakkal dan penuh harap kepada ALLAH Jalla wa A`la agar kita dimasukkan ke dalam golongan hamba-hambaNYA yang beruntung, amin… LabbaiKA ya ALLAH! LabbaiKA ya ALLAH! muzir.wordpress.com |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan