Addin |
- Gambar Sambutan Luar Biasa Rakyat Johor Di Ceramah BERSIH 3.0
- Professor Kangkung Mengakui Najib Sukar Menang PRU 13
- Skandal Ismail Sabri Terbongkar
- Benarkah Dakwaan Najib Pakai Rantai Emas?
- Ahli Parlimen PKR Ni Mahu Masuk DAP?
Gambar Sambutan Luar Biasa Rakyat Johor Di Ceramah BERSIH 3.0 Posted: 10 Apr 2012 05:00 PM PDT Gambar nih di ambil oleh blogger Edyesdotcom di roadshow pertama BERSIH 3.0 di Benut, Pontian. Kehadiran amat luar biasa, hampir mencecah ribuan menurut Edyes. Ceramah tersebut diadakan di kampung kelahiran Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Umum mengetahui, Johor merupakan kubu kuat Umno dan juga tempat kelahirannya. Namun jikalau mengikut senario terkini, kubu kuat tersebut bakal goyah di PRU 13 nanti. Kemungkinan arus perubahan akan melanda negeri Johor. Ayuh.. kita ke jalanraya sebelum pilihanraya. Kita pakat turun ramai-ramai BERSIH 3.0.. Gambar ~ edyesdotcom | ||
Professor Kangkung Mengakui Najib Sukar Menang PRU 13 Posted: 10 Apr 2012 08:56 AM PDT Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum mendapat menyakinkan rakyat untuk mengundi BN dalam pilihan raya umum ke 13, kata seorang penganalisa politik tempatan. Prof Datuk Zainal Kling dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) berkata, Najib tidak mendapat sokongan penuh pengundi Cina walaupun telah meningkat. Perdana Menteri dan BN juga, kata beliau tidak mendapat sokongan 100 peratus dari mahasiswa dan pengundi muda. "Kalau diadakan pilihan raya sekarang, Najib boleh menang tetapi majoriti kecil sahaja. Beliau tidak akan dapat majoriti dua pertiga. "Pengundi semua kaum sudah terbelah dua. BN tidak akan mendapat semua pengundi Cina. Mereka terbahagi kepada MCA dan DAP. "Pengundi Cina di bandar terutama golongan peniaga majoritinya menyokong DAP," kata beliau.Zainal menambah, pengundi Cina dikawal oleh persatuan yang akan menentukan arah pengundian orang Cina tersebut. Menurutnya, persatuan ini melihat isu ekonomi, pendidkan dan kebudayaan kaum Cina sebelum membuat keputusan sama ada mengundi BN atau Pakatan Rakyat. 'Tidak sebaik dulu' "Kalau kerajaan sokong orang Cina, MCA akan dapat sokongan mereka tetapi saya rasa mungkin tidak sebaik dulu. "Inilah sejarah pengundian orang Cina, kalau kerajaan bantu ekonomi, pendidikan dan kebudayaan, mereka akan sokong kerajaan" katanya lagi. Zainal berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib bahawa sokongan pengundi Cina kepada BN semakin meningkat. Perdana Menteri berkata demikian dalam satu temubual dengan televisyen NTV7 semalam. Bagaimanapun, Zainal berkata, Najib juga tidak akan mendapat sokongan sepenuhnya dari golongan mahasiswa dan pengundi muda. Katanya, golongan ini segelintirnya jelas menyokong pembangkang tetapi tidak boleh mengatakan mereka langsung tidak mengundi BN. "Mereka ada juga yang pro kerajaan, penyokong pembangkang. Tidak boleh kata semua sokong kerajaan," tambah beliau. ~freemalaysiatoaday | ||
Skandal Ismail Sabri Terbongkar Posted: 10 Apr 2012 07:47 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 April - NGO Jingga 13 mendedahkan wujud salah guna kuasa apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob bertindak memberikan penangguhan 'khas' kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad (KTKKK) untuk melaksanakan GP6 (Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi) dan GP7 (Garis Panduan Mengenai Pembiayaan Islam oleh Koperasi). Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah KPDNKK mengumumkan pelaksanaan GP6 dan GP7 berkuatkuasa 16 Oktober 2009, namun ia ditangguh sehingga 1 Oktober 2010 dan semua koperasi dikehendaki menjalankan urusan pembiayaan menggunakan kaedah tersebut. Menurutnya, ekoran pelaksanaan itu, banyak koperasi yang belum bersedia yang majoriti koperasi milik Bumiputera dengan pelaksanaan itu dipaksa memberhentikan segala urusan pembiayaan melalui bank komersial hingga mengakibatkan kerugian besar. "Namun dalam susasa tersebut, menghairankan apabila KPDNKK dan SKM bersikap dwi-standard terhadap koperasi di bawah CIMB Bank, iaitu KTKKK apabila diberi keistimewaan dan pelanjutan khas. "Jingga 13 mendesak KPDNKK dan SKM menjelaskan alasan membenarkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu diberi penangguhan ini sedangkan pelaksanaan GP6 dan GP7 berkuatkuasa pada 1 Oktober 2010," katanya pada sidang media di lobi Parlimen. Menurut Fariz, siasatan Jingga 13 mendapati Pengerusi KTKKK adalah Datin Seri Panglima, Jouyah Md Yunin iaitu isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin manakala Ketua Pagawai Eksekutifnya pula anak mereka iaitu Norazli Yahya. Menurutnya, surat penjelasan SKM kepada Setiausaha Jawatankuasa Portfolio Koperasi DPMM bertarikh 6 Mei 2009 menyatakan pelanjutan khas sehingga 31 Disember 2011 itu dibuat selepas rayuan kerajaan Sabah yang ditandatangani Yahya Hussin dan ia juga atas arahan daripada Ismail Sabri sendiri. "Jingga 13 turut mendedahkan sepucuk surat oleh SKM bertarikh 30 Jun 2011 kepada Pengerusi KTKKK, nombot rujukan SKM.IP. (UU)529A/1 bertajuk 'Permohonan Melanjutkan Tempoh Pelaksanaan Model 2 Garis Panduan Koperasi Kredit Bersama CIMB Bank Berhad Oleh Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu. "Dalam surat ini menyatakan SKM dengan persetujuan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada KTKKK untuk penangguhan khas pelaksanaan GP6 dan GP7 sehingga konsep Hiwalah yang diluluskan Lembaga Pengarah SKM dalam mesyuaratnya pada 28 Jun 2011 dikuatkuasakan dalam masa terdekat," kata Fariz. Fariz menambah, KPDNKK dan SKM bersifat dwi-standard apabila ratusan koperasi Melayu Bumiputeralain terpaksa berdepan risiko gulung tikar ekoran pelaksanaan GP6 dan GP7 tidak membenarkan mereka menggunakan model tiga tetapi dalam masa sama hanya membenarkan KTKKK menggunakan model itu melalui pelanjutan khas. "Justeru Jingga 13 mendesak KPDNKK dan SKM menjelaskan isu ini kepada rakyat dan juga warga koperasi kredit yang ternyata wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa sehingga keistimewaan diberikan kepada koperasi milik keluarga Timbalan Ketua Menteri Sabah," ujarnya. ~keadilandaily | ||
Benarkah Dakwaan Najib Pakai Rantai Emas? Posted: 09 Apr 2012 11:15 PM PDT Ini dakwaan yang berat bagi seorang perdana menteri yang beragama Islam.. Dakwaan nih tersebar di internet beberapa hari lepas di You Tube. Video tersebut dirakam semasa lawatan Najib ke Temerloh pada hujung minggu lepas. Addin bukan prejudis tetapi apabila ada dakwaan pihak yang di dakwa harus menjawabnya bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat. Addin sendiri tak berapa confident dengan tuduhan seperti ini, gambar tu pun tak berapa jelas. Lagipun Najib merupakan PM yang menganjurkan wasatiyyah iaitu bersederhana. Najib bersederhana dalam semua perkara kalau kau orang nak tau.. Kepada yang membuat dakwaan seperti ini perlulah bagi bukti yang kukuh, jangan semberono je.. nanti timbul fitnah. Walaupun kau orang benci kat Najib, jangan dakwa berdasarkan sentimen semata-mata. Tapi yang pasti dalam Islam usahkan memakai rantai emas, memakai rantai pun di haramkan oleh Islam terhadap kaum lelaki kerana ianya menyerupai perempuan. Addin tidak bertujuan untuk mengulas lanjut isu nih. Baca pendedahan panjang lebar oleh blog Jalan Pulang di sini. | ||
Ahli Parlimen PKR Ni Mahu Masuk DAP? Posted: 09 Apr 2012 05:40 PM PDT Ramai pihak terutamanya pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat terkejut dengan kenyataan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) yang sedia bertanding atas tiket DAP jika parti itu memberi laluan kepadanya berbuat demikian pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Azan bercakap demikian dihadapan orang ramai ketika hadir ke program anjuran parti itu di Restoran Sekilau Seafood, Jalan Hj.Ahmad dekat sini Sabtu lalu. Menurut seorang pemimpin politik setempat yang tidak mahu namanya disiarkan, tindakan Azan itu jelas membuktikan beliau kini sudah semakin terdesak untuk mencari kerusi pada PRU-13 ini. Populariti Azan semakin merudum bila kehadirannya yang mahu memantapkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Terengganu akhirnya dipandang sinis oleh kepimpinan PAS di sana. Ia ditambah lagi dengan tindakan Azan yang mahukan PKR bertanding di tiga kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu. Tindakan Azan itu cukup tidak disenangi oleh kepimpinan PAS Terengganu. Malah ada yang mahu PKR "cermin diri" dulu sebelum berangan-angan untuk bertanding sebegitu banyak kerusi di negeri tersebut.
Ada yang mendakwa, tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar Azan ke Terengganu adalah satu kesilapan besar buat PKR. Azan bukan sahaja ditolak oleh majoriti pimpinan PKR Cabang di negeri itu, malahan juga oleh PAS sendiri. Maknanya, Azan gagal membuat perubahan terhadap PKR Terengganu selepas dia dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) itu. Tindakan Azan menerima jawatan tersebut sedangkan dia adalah Ahli Parlimen dan Ketua Cabang Indera Mahkota sungguh mengejutkan ramai pihak. Tambahan pula, sejak Azan menerima jawatan tersebut jarang sekali dilihat kelibatnya di Indera Mahkota. Hingga ada yang meramalkan kerusi parlimen yang dimenangi beliau itu akan jatuh semula ke tangan BN pada PRU-13 ini nanti. Semuanya gara-gara Azan Ismail yang dilihat jarang sekali "turun padang" selepas kembali ke negeri kelahirannya itu. Azan hanya dilihat popular di parlimen terutamanya bila membangkitkan isu-isu ekonomi dan hal ehwa kewangan. Namun, di peringkat akar umbi beliau dilihat gagal untuk membela rakyat di kawasannya. Hatta, dalam isu Lynas sekali pun Azan jelas sekali dilihat tidak berpihak kepada rakyat sedangkan kilang tersebut berada dalam kawasan parlimennya. Soalnya sekarang, benarkah Azan sudah tiada tempat lagi untuk bertanding sebagai calon PKR pada kali ini?. Sebelum ini terdengar desas-desus beliau mahu kembali ke Indera Mahkota, namun ia tidak disenangi oleh pemimpin lain yang sudah buat kerja di situ. Malah, PKR juga khabarnya sudah ada calon lain yang lebih berwibawa untuk menggantikan tempat Azan pada PRU-13 ini. Jika ini berlaku, Azan tiada ruang lagi untuk bergelar Wakil Rakyat di parlimen itu nampaknya. Inilah yang amat merisaukan beliau sekarang ini agaknya. ~pahangdaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan