shalehudin |
- Lawak Mat Sabu... kahkahkah...
- FAKTA: Inilah hujah laknat tahap sial...
- KES BERAT: Najib kena cari kerja lain la lepaih nie... kahkahkah...
- Berapa lama pulak Najib nak kena tidoq luaq nie... kahkahkah...
- Manusia paling tak guna di Penang... kahkahkah...
- VIDEO: Curi susu sorok celah kangkang...
- BIDEO: Dayangku Intan bersama PKR manakala Aishah bersama PAS
- HOT: Bapak Altantuya dakwa Najib larikan diri... kahkahkah...
- FAKTA: Khir Toyo Penipu Besaq...
- TERHOT: Najib comel macam kartun... kahkahkah...
- Jururawat Curi Seluar Dalam Lelaki
Lawak Mat Sabu... kahkahkah... Posted: 10 Apr 2012 11:00 AM PDT Kali pertama Cina jadi KM Pulau Pinang... kahkahkah... |
FAKTA: Inilah hujah laknat tahap sial... Posted: 10 Apr 2012 10:30 AM PDT Mansuh PTPTN jejaskan Melayu adalah hujjah laknat tahap sial! Oleh Penarik Beca Saya tak ada masalah kalau orang nak berbahas kata. Umno tibai PAS, PAS pula tibai Umno. Itu biasa. Tetapi biarlah macam ada akal.Walaupun saya rasa cara pentadbiran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak macam pentadbiran taghut, tapi dalam beberapa hal, saya salute cara dia berhujjah. Walaupun majoriti orang Umno yang hantar komen dalam blog ini berhujjah macam sial punya lahanat, macam setan, tetapi jika ada yang mari berhujjah dengan baik, saya respect. Antara yang saya ingat yang berhujjah dengan baik ialah yang pakai pengenalan Malay Mind. Sama ada hujjah dia kuat atau tidak, itu soal lain. Tetapi kurang-kurang pun Malay Mind tak berhujjah macam sial punya lahanat. Saya tulis bab tu sebab dari pagi tadi lagi masa saya pi minum teh tarik, saya sakit hati bila terpandang hujjah sial punya laknat dalam tajuk utama Utusan Malaysia hari ni (lihat berita bertajuk "Mansuh PTPTN jejaskan Melayu"). Orang suruh mansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan tujuan para pelajar diberi pelajaran percuma berserta bantuan sehingga sekurang-kurangnya ijazah pertama. Apa yang jejaskan Melayu, bangang oi! Oi gila! Jejaskan Melayu apa? Betul-betul hujjah laknat tahap sial! Berkaitan: Jika jimat RM45b, tiada masalah mansuh PTPTN (Harakah Daily 8/4/12) Husam: Hutang PTPTN RM28b, bukan RM43b (Malaysiakini 9/4/12) |
KES BERAT: Najib kena cari kerja lain la lepaih nie... kahkahkah... Posted: 10 Apr 2012 08:35 AM PDT Shaaribuu Setev (bertali leher) Bapa mangsa pembunuhan kejam, Altantuya Shaariibuu hari ini memberitahu bahawa beliau bersedia menjadi saksi kepada kes skandal pembelian kapal selam Scorpene yang akan berlangsung di Perancis. Shariibuu yang percaya bahawa skandal tersebut ada kaitan dengan pembunuhan anaknya itu kerana perjanjian pembeliannya turut mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Saya sedia menawarkan diri jadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis. Saya tahu kedua-dua perkara ini ada kaitan. "Saya ada perkara penting untuk mengatakan … saya tahu bahawa ada kaitan dengan kes Perancis dan kes pembunuhan. Saya akan memberikan maklumat bagi kes itu," katanya melalui penterjemah, Tsoggerel Och, ketika sidang media di pejabat Lawyers for Liberty (LFL), di sini hari ini. Katanya, berdasarkan gambar yang ditunjukkan Altantuya sebelum beliau berangkat ke Malaysia membuktikan bahawa kedua-dua perkara tersebut ada kaitan. "Saya ada lihat gambar mereka bertiga yang ditangkap di Perancis. Altantuya menunjukkan gambar beliau bersama Razak Baginda dan Najib kepada saya. "Gambar itu seperti mereka ada berbincang sesuatu. Altantuya memberitahu saya bahawa dia ingin berjumpa dengan orang dalam gambar itu," katanya. Sementara itu, Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel, menjelaskan bahawa penyiasatan mengenai skandal pembelian kapal selam itu tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan. "Penyiasatan di Perancis bukan mengenai pembunuhan, tetapi mengaitkan dengan isu rasuah dan skandal komisen yang melibatkan Najib. "Semalam kita ada perjumpaan, beliau (Shaariibuu) memberi sokongan apa yang kita lakukan dan beliau menawarkan diri jadi saksi dalam perbicaraan di mahkamah Perancis," ujarnya. Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu memfailkan saman sivil RM100 juta kepada kerajaan Malaysia kerana menyebabkan penderitaan terhadap mereka berhubung pembunuhan kejam terhadap anaknya Altantuya. Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan urus niaga kapal selam Scorpene dengan Thales International, melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd milik Abdul Razak Baginda dan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak. Bulan lepas, mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka untuk menyiasat pegawai Perancis yang disyaki terlibat, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar.- KD |
Berapa lama pulak Najib nak kena tidoq luaq nie... kahkahkah... Posted: 10 Apr 2012 05:50 AM PDT Bapa Altantuya dakwa lihat gambar anak dengan PM Untuk pertama kalinya sejak perbicaraan kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2007, bapa wanita tersebut, Setev Shaariibuu mendakwa pernah melihat gambar Altantuya diambil bersama Datuk Seri Najib Razak. Dalam sidang media bersama NGO hak asasi manusia Suaram semalam, Setev mendakwa, Altantuya ada menunjukkan gambar yang diambil bersama dua lelaki. Setev mendakwa, dua lelaki berkenaan kemudian disedarinya sebagai Najib dan Abdul Razak Baginda. Melalui penterjemah, Setev mendakwa, Altantuya memberitahunya sebelum bertolak ke Malaysia pada Oktober 2006 bahawa anaknya itu akan bertemu Razak untuk mendapatkan bayaran yang dijanjikan bagi kerja penterjemahan untuk "beberapa syarikat." Razak didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya, tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.- Malaysiakini |
Manusia paling tak guna di Penang... kahkahkah... Posted: 10 Apr 2012 05:22 AM PDT Ni La Manusia Anti Islam yang Umno Bagitau! Oleh: siasahkini Lagi kerja gila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang memalukan Melayu UMNO dan Perkasa Pulau Pinang... Satu lagi ancaman kepada Islam di Pulau Pinang. Ketua Pemuda UMNO "Melayu" dan gerombolannya wajib menentang satu lagi kerja gila yang telah dilakukan oleh Lim Guan Eng. Jikalau perlu Perkasa dan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ini perlu menggerakkan keseluruhan Melayu UMNO Islam Pulau Pinang mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan terbaru Ketua Menteri yang ternyata "Anti-Islam" ini. Dan yang lebih menyedihkan lagi, tender pembinaan kompleks mahkamah ini diberikan kepada syarikat bumiputer melayu tulen (bukan mamak) iaitu Ihsara Sdn Bhd.. Yang tiada kena mengena dengan UMNO... |
VIDEO: Curi susu sorok celah kangkang... Posted: 10 Apr 2012 01:00 AM PDT BONGKAR...rakaman CCTV menunjukkan aksi dua suspek. KANGAR: Kumpulan wanita berjubah yang aktif mencuri susu di pasar raya di beberapa lokasi seluruh negara muncul di bandar ini dengan taktik lebih agresif sebelum dicekup polis selepas perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jalan Kaki Bukit, di sini, Khamis lalu, lima wanita terbabit dikesan mencuri puluhan susu tepung berjenama yang bernilai kira-kira RM10,000 dengan cara menyorokkan barangan itu di celah kangkang mereka. Melalui rakaman CCTV, mereka yang bertudung labuh, berbaju kurung dan berjubah dilihat keluar masuk premis pasar raya itu sebanyak empat kali dan dengan selamba menyorokkan tin serta kotak susu yang dicuri di dalam pakaian masing-masing. Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari perbuatan itu selepas melihat rakaman CCTV terus membuat laporan polis. Siasatan polis kemudian mendapati lima wanita terbabit turut dibantu enam lelaki dan polis menahan enam daripada mereka termasuk dua wanita di Klang, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu. |
BIDEO: Dayangku Intan bersama PKR manakala Aishah bersama PAS Posted: 09 Apr 2012 11:00 PM PDT Penyanyi terkenal tanahair Aishah yang dulunya merupakan seorang yang kuat menyokong UMNO kini dilihat sudah mula tampil dipentas ceramah PAS. Semalam pula heboh diberitakan seorang lagi Artis popular tanah air telah menyertai sebuah parti politik. Artis yang dimaksudkan itu adalah Dayangku Intan atau nama sebenarnya Dayangku Intan binti Tengku Abdul Hamid yang popular dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang". Video wawancara dengan Dayangku Intan.. |
HOT: Bapak Altantuya dakwa Najib larikan diri... kahkahkah... Posted: 09 Apr 2012 09:00 PM PDT Najib! Bapak Altantuya nak jumpa ni.. kenapa lari? Bapa kepada Model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang juga merupakan penterjemah dalam urusniaga pembelian kapal selam Malaysia (KD Altantuya) hari ini menyatakan hasratnya mahu berjumpa dengan pemangku jawatan Menteri Wanita Malaysia Najib Tun Razak sebagai 'Bapa ke Bapa'. Menurutnya ini adalah perlu bagi mendapatkan keadilan dan satu penyelesaian yang muktamad tentang kes pembunuhan kejam anaknya itu. Dr Setev Shaariibuu, yang berada di Malaysia selama tiga hari, berkatabeliau telah meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Najib sebelum ini tetapi mendakwa dielakkan. "Kali terakhir saya mahu berjumpa dengannya tetapi dia melarikan diri. "Rakyat Malaysia menyokong saya dan saya mahu pergi lebih jauhuntuk memastikan kes ini dipercepatkan," katanya. (ASD) ******************************************* Let's meet 'father to father', Altantuya's dad tells PM KUALA LUMPUR, April 9 — The father of murdered Mongolian model Altantuya Shaariibuu expressed interest today in meeting with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak "father to father" to seek justice and closure for the brutal murder of his daughter in 2006. Dr Setev Shaariibuu, who is in Malaysia for three days, said he had requested for a meeting with Najib before but the latter had allegedly avoided it. "The last time I wanted to meet him but he ran away. "The people of Malaysia support me and I want to go further to ensure this case is sped up," he said. Today, the bereaved father said he would not mind an opportunity to meet with Najib , but not in the latter's capacity as prime minister. "As a father, he can understand my grief of losing a child better," he told reporters in Parliament today, speaking in Mongolian, which was translated by his late daughter's childhood friend Tsoggerel Och. "I want to say to him — I am not meeting you as the PM. I am meeting you as a father, as a man. Father to father, you can understand what I feel," he said. Setev repeatedly denied rumours that he had been paid off by the Malaysian government in exchange for his silence, saying that his family was now in dire financial straits following his daughter's death. He claimed that the Mongolian government had written many diplomatic notes to Malaysia, requesting for investigations to be reopened to determine the true mastermind behind Altantuya's murder. "I am very surprised that the Malaysian government, in this past six years, has not responded to the notes. "It cannot be that they have not received it," Setev said. Altantuya's one-time lover Abdul Razak Baginda, who was said to be a close associate of Najib, was acquitted of a charge of abetting two Special Action Squad members — Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar — to commit the murder in 2006. The murder was committed between 10pm on October 19, 2006, and 1am the following day at a clearing in Shah Alam's Mukim Bukit Raja. While Abdul Razak was acquitted, his co-accused Azilah and Sirul were found guilty and sentenced to death.Setev has also filed a RM100 million civil suit against the government and the convicted duo in June 2007, seeking compensation for the hardships his spouse and two grandchildren have suffered because of Altantuya's death. "His (Setev's) wife cannot sleep; she has been suffering from recurring nightmares. "It is no wonder, not when your child was murdered in that way," Och said. Setev today also appealed for help and financial support from Malaysians, pointing out that he has already forked out some RM60,000 for legal costs to the Malaysian government for his daughter's murder trial. "I know that Malaysians were not responsible for this case. I have them with me, supporting me. "And I hope that your media is now open and democratic," he said. "Now, I want this case sped up and I want my daughter's remains to brought home to our country." Och later told reporters that Altantuya's remains are still in Malaysia, adding that under Buddhist belief, the soul of the dead would not be able to rest in peace if the body is not buried in its home ground. PKR MP Chua Tian Chang, who was also present at today's press conference, appealed to the government to offer financial aid to Altantuya's family as her gruesome murder was committed on Malaysian soil. "The government must show remorse to this very unfortunate incident... so there should be some sort of compensation given to family," he said. Joining his party colleague, Kelana Jaya MP Loh Gwo-Burne agreed and pointed out that Setev's 14-year-old grandchild has needed to work part-time to help support the grieving family. "To know that the government has allowed this to happen without giving proper redress or justice... I appeal to Malaysians that if you feel any responsibility for having paid the money for the bullets and C4 explosives (used to blow up Altantuya's body), please step forward... this gentleman needs your help," he said. The Malaysian Insider |
FAKTA: Khir Toyo Penipu Besaq... Posted: 09 Apr 2012 07:00 PM PDT Khir Toyo penipu besar.... Memang Khir Toyo penipu pabila tanpa malu dan segan mengatakan bahawa BN tidak popular dikalangan pengundi-pengundi muda negara. Mana boleh tak popular punya, duit dah habih berjuta-juta takkan hasil langsung tak dak ka? Sebagai membuktikan bahawa Khir Toyo penipu besar... dibawah ni diperturunkan satu foto yang memberi seribu makna, budak-budak kanyiaq yang bakal mengundi BN pada PRU ke 13 nanti... Kahkahkah.... Kahkahkah.... Kahkahkah.... SHAH ALAM, — Pentadbiran Najib harus menarik pengundi muda kerana pemberian wang tunai daripada kerajaan tidak memberikan kesan kepada mereka, kata Dr Mohd Khir Toyo. Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata pemberian wang tunai itu memang mewujudkan "rasa senang" rakyat Malaysia, namun ia hanya dirasai oleh mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Tawaran yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah turut memberikan tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional. Khir turut memberi amaran kerajaan BN mempunyai tugas sukar — bagaimana hendak menarik perhatian mereka sedangkan pengundi lingkungan 21-30 dan 30-50, sudah "muak dengan politik". "Rasa senang itu ada namun terhad kepada pengundi berusia 50 tahun ke atas ... mereka sudah sememangnya menentukan siapa yang akan mereka undi. "Mereka berusia lingkungan 30 ke 50 masih belum membuat keputusan, tapi lebih bahaya adalah mereka yang berumur 21-30 yang tidak minat politik," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah eksklusif baru-baru ini. "Saya beritahu perdana menteri, (Datuk Seri Najib Razak) pengundi 21 ke 30 tahun adalah masalah. Mereka tidak menikmati faedah daripada BR1M ... bagaimana hendak menarik perhatian kumpulan ini," kata Khir merujuk kepada Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Najib telah mengumumkan sejumlah RM500 untuk isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dalam pembentangan belanjawan Oktober lalu, bagi mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup. Pemberian wang tunai besar-besaran itu dianggarkan diterima oleh 5.3 juta isi rumah dengan kos RM2.3 bilion. Perdana menteri bulan lalu menjelaskan 80 peratus, atau 3.74 juta daripada 4.78 juta isi rumah memohon untuk BR1M sehingga pada 1 Mac, menjadikan sejumlah RM1.92 bilion sudah diserahkan. Bukti kurangnya sokongan terhadap BN jelas Khir adalah "tidak semua belia" menyokong sayap pemuda parti Pemuda Umno. Tambah Khir, walaupun pemberian-pemberian daripada kerajaan "diterima", pengundi muda mahukan penyelesaian jangka panjang bagi menangani masalah peningkatan harga barang. "Pengundi muda professional berumur 40 dan ke bawah adalah kumpulan kritikal, mereka semakin muak, kerana kita menghadapi banyak sangat masalah ... Lebih-lebih lagi perbezaan pendapatan dengan kos kehidupan. "Tiada penyelesaian mutlak diberi pemimpin kedua-dua parti, Pakatan Rakyat atau kerajaan," tambahnya dan menjelaskan janji Anwar untuk menurunkan harga minyak jika PR memerintah. "Sekiranya Anwar kata beliau akan turunkan harga minyak, saya tidak rasa harga gula akan turun, roti canai tidak akan turun. "Sesetengah isu yang perlu diambil berat adalah perkhidmatan awam yang murah ... saya tahu Transit Aliran Deras (MRT) sedang dalam pembinaan tapi dalam tempoh interim, apa tindakan yang dibuat untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam?" soal Khir. Adun Sungai Panjang ini menjelaskan beliau kerap berjumpa pengundi muda dan kebanyakan merek sudah jelik deng, politik dan ahli politik kedua-dua belah pihak dan perpecahan politik ini memusnahkan mereka. "Masyarakat semakin muak," katanya sebelum menamatkan sesi temuramah berkenaan. BN menghadapi pilihan raya terburuk pada 2008 apabila hilang lima negeri kepada Pakatan Rakyat termasuk kehilangan dua per tiga majoriti di Parlimen. Namun begitu, Perdana Menteri Najib memperlihatkan beliau akan melaksanakan pilihan raya dalam masa terdekat, ditambah keyaki,an yang tinggi terhadap BN. The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya hanya akan dibuat awal Jun dengan Parlimen dijangka akan dibubarkan pertengahan Mei depan. -themalaysianinsider |
TERHOT: Najib comel macam kartun... kahkahkah... Posted: 09 Apr 2012 05:00 PM PDT Dari 'Pondan' ke 'Playboy' ke 'Rosmah': Sindiran buat Najib- lelaki pertama menjadi Menteri Wanita Tidak boleh memutuskan siapa untuk dilantik menjadi Menteri Pembangunan Wanita untuk menggantikan Sharizat Jalil yang terpalit skandal, PM Najib Razak telah memilih dirinya menjadi satu-satunya lelaki untuk mengetuai jabatan yang menjaga hal ehwal wanita dan kepentingan mereka. Pengumuman ini datang bersama spekulasi siapakah yang akan mengisi jawatan itu, dimana walaupun calon berprofil rendah juga boleh mengisinya walaupun Sharizat merupakan ketua sayap wanita. Penghinaan kepada wanita: Sayap Wanita berpecah dan korup Oleh itu, sesiapa sahaja yang menggantikannya akan diperhatikan dengan teliti sebagai tanda siapa yang dimahukan oleh Umno sebagai ketua Wanita nya selepas Sharizat, walaupun Kamilia Ibrahim, penyandang timbalan sekarang sepatutnya mengisi jawatan itu dan menggantikan Sharizat dalam kabinet. "Ia merupakan penghinaan besar kepada wanita, bukan sahaja pada wanita Umno. Bagi wanita, ini mengesahkan bahawa ada perpecahan dalam dalam sayap mereka. Barah sudah merebak, seperti di seluruh bahagian Umno. ini berlaku apabila ahli dipaksa menerima Sharizat sebagai ketua sayap mereka walaupun dia dikatakan tidak layak untuk menjadi menteri cabinet," kata Zuraida Kamaruddin, ketua wanita PKR yang selalunya bercakap tanpa selindung kepada Malaysia Chronicle. Adakah Najib mengatakan Sharizat tidak cukup bagus untuk Kabinet tapi masih bagus untuk Wanita Umno? Penglibatannya dalam skandal NFC tidak boleh diterima oleh cabinet tetapi Wanita Umni mesti menerimanya dengan tangan yang terbuka. Ia adalah satu lagi kesilapan terbesar Najib kerana Najib sekarang memberitahu Wanita yang mereka tidak mempunyai pemimpin yang boleh dipercayai dan berkaliber selain dari Sharizat. Bukankah ini bodoh dan mengaibkan? "Pondan", "Playboy" kepada "Rosmah Mansor" atau tamakkan gaji lebih? Sememangnya Najib tidak hanya menjadikan Wanita Umno bahan lawak jenaka mungkin juga untuk dirinya. Komen-komen yang diberi tidak jauh dari kasar dan bersifat menyindir. Di alam maya, ramai juga yang memanggilnya sebagai pondan. Ada juga yang menuduh Najib sebagai tamak dan cuba untuk mendapatkan elaun lebih atau gaji buat dirinya. Ada juga pengkritik yang takut bahawa isteri Najib, Rosmah Mansor mungkin akan menjadi menteri de facto jabatan itu. "Jika ramai yang menyindir, Najib memang patut menerimanya, kerana kebodohannya berpolitik dan sikap talam dua muka. Dari segi pengalaman, jika rakyat menilai dari kisah Altantuya dan Ziana, dia sememangnya layak menjadi menteri wanita-padan dengan mukanya kerana menggali kubur sendiri. Jika rakyat takut ini akan membuka pintu buat Rosmah Mansor untuk menyibuk dan mencampuri urusan kementeriaan wanita, ia sememangnya sesuatu yang patut dibimbangkan dan sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan ia dari berlaku. Ia akan menyalahgunakan kuasa secara besar-besaran," timbalan presiden PKR, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. Tian merujuk pada Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia dan Ziana Zain, seorang artis tempatan. Najib yang berusia 58 tahun itu terkenal akan kecintaannya terhadap wanita telah dikhabarkan mempunyai hubungan romantis dengan mereka. Tangan yang menggoncangkan buaian- Sayap Lembu Wanita? Saharizat dalam pada itu meyambut baik tindakan Najib menganggotai kementerian Wanita. Dalam kenyataan yang diberikan oleh Sharizat pada hari Sabtu, Sahrizat telah menngucapkan terima kasih pada Najib walaupun komennya boleh dianggap janggal kerana telah meminggirkan timbalannya Kamilia dan calon lain dalam Wanita. "Kita berharap Sharizat bukan bermain politik benci dan balas dendam pada Kamilia yang telah mengkritik dirinya kerana tidak meletak jawatan berikutan skandal NFC. Ia adalah kritikan yang patut dan seorang pemimpin yang bagus akan melakukan seperti itu bagi melindungi maruah Wanita dan lebih penting lagi, buat komuniti wanita. Ingat, kita adalah kaum ibu, dan tangan kita yang menghayun buayan mestilah bersih, kalau tidak, masa depan akan menjadi gelap bagi Negara," kata Zuraida. NFC atau Pusat Fidlot Kebangsaan adalah pusat pembiakan lembu kebangsaan yang telah dianugerahkan kepada keluarga Sharizat pada tahun 2006 dan sekarang telah diselubungi skandal yang menggunung. Korupsi sebanyak RM250 juta yang telah menjadi tamparan buat Wanita Umno menjadikan mereka dimomok sebagai Sayap Lembu Umno kerana hubungan Sharizat dengan skandal itu. Hubungan dengan Kazakh dan hilangnya rasa hormat Najib juga telah diserang kerana tunduk pada Sharizat kerana NFC-yang dikawal oleh suami dan anak-anaknya-juga telah membeli sebuah apartmen mewah di Kazakhstan dengan harga RM 1.7 juta yang dikatakan sebagai hadiah perkahwinan kepada anaknya yang berkahwin dengan keluarga yang memegang kuasa politik disana. Dalam kenyataan yang dibuat Najib beberapa hari yang lalu, sebab dia mengambil alih jawatan itu dan bukan memberinya kepada Kamilia atau Wanita atau sayap BN wanita BN yang lain termasuk Ng Yen Yen dari MCA dan Heng Seai Kie adalah lemah. Dengan menyandang jawatan ini, dia telah dengan secara terang tidak menghormati wanita di rantau ini, dan ada kemungkinan ia didalangi Sharizat yang mahu kekal sebagai ketua wanita. "Sharizat telah berjanji sebagai ketua Wanita Umno, dia akan memastikan kemenangan besar buat Barisan Nasional dalam PRU yang akan datang. "Saya berani berkata yang rakyat sedang kembali pada kita, semangat mereka pada kita sedang naik. Sharizat menekankan perkataan 'sayang' pada masa dia menjadi menteri. Jika rakyat beri sokongan, ia datang dari minda mereka, jika mereka memberi sayang, ia datang dari hati. Jika ia datang dari hati, pilihan mereka itu satu sahaja, Barisan Nasional." PRU ke 13 bukan alasan Walaupun Najib menekankan tentang PRU ke 13 dalam komennya, pemimpin PKR berkata dia mungkin hanya menggunakan PRU ke 13 untuk melindungi motifnya untuk menjawat jawatan Ketua Wanita. "Zuraida sememangnya betul. Dari sudut mana pun anda melihatnya, ia adalah suatu penghinaan pada wanita. Namun begitu, media Umno akan cuba mengubahnya menjadi sesuatu yang comel dan seperti kartun. Tapi ianya adalah penghinaan yang cukup jijik. Sudah banyak petanda yang PRU ke 13 semakin hampir, mungkin pada pertengahan Jun. Malah, semuanya menunjukkan tiada siapa yang pasti akan Najib yang sendirinya tidak boleh membuat keputusan. Dia boleh memberitahu anda bahawa ia akan berlaku pada bulan depan dan selepas itu mengubah fikrannya semula. Ini telah meninggalkan rakyat dalam tanda tanya dan ia juga telah meninggalkan kesan yang tidak baik pada ekonom," kata Tian. Bagi kita, sehinggalah Parlimen dibubarkan, pada masa itulah PRU ke 13 akan diadakan. Selain dari itu adalah sandiwara Najib semata-mata ataupun melodramanya untuk menutup kepentingan sendiri. Contohnya, jika dia mendapat terlalu banyak kritikan kerana ini, dia pasti akan melantik ketua Wanita yang baru dan tarikh pilihanraya masih lagi menjadi persoalan bagi kita. Malaysia Chronicle |
Jururawat Curi Seluar Dalam Lelaki Posted: 09 Apr 2012 03:00 PM PDT Seorang jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya di sini pada minggu lalu. Bagaimanapun, tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor. Zubaidah didakwa melakukan perbuatan tersebut di pasar raya Giant Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC) di Jalan Parit Dalam di sini pada pukul 2.30 petang, 3 April lalu. Selain satu kotak seluar dalam jenama Edwin, Zubaidah turut didakwa mencuri dua helai baju-T lelaki jenama Polo, sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, sepasang selipar jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style milik pasar raya tersebut. Difahamkan nilai keseluruhan barangan yang didakwa dicuri jururawat itu sebanyak RM190.82. Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM4,500. Di pasar raya Giant Pusat Dagangan Kota Bharu di Jalan Parit Dalam inilah Zubaidah dituduh mencuri beberapa barangan Bagaimanapun, Zubaidah yang berada di kandang tertuduh memohon supaya wang jaminannya dikurangkan. "Saya banyak hutang, tanggungan ramai, saya mohon wang jaminan dikurangkan," kata Zubaidah yang difahamkan sudah berkahwin. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan menetapkan 30 April ini untuk sebutan kes. Sementara itu, Zubaidah dilihat sudah berada di mahkamah sejak pagi. Zubaidah menutup mukanya dengan tangan apabila jurugambar mahu merakam wajahnya. Dia membayar wang jaminan.- sumber |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan