Selasa, 10 April 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Bapa Altantuya dedahkan Altantuya datang ke Malaysia kerana Najib..

Posted: 10 Apr 2012 02:49 AM PDT


Model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang juga merupakan penterjemah dalam urusniaga pembelian kapal selam Malaysia (KD Altantuya) berkunjung ke Malaysia semata-mata hanya kerana mahu menemui Najib kata bapanya.

Dr Setev Shaariibu berkata hari ini apabila ditanya anaknya yang telah dibunuh itu beberapa tahun yang lalu apakan tujuannya untuk dating ke Malaysia, anaknya menyatakan "untuk berjumpa orang penting".

"Saya bertanya kepadanya (Altantuya) apa tujuannya hendak berkunjung ke Malaysia, Altantuya menunjukkan kepada saya sekeping gambar yang telah dirakam di Paris, terdapat tiga orang di dalam gambar itu iaitu Abdul Razak Baginda, Najib dan Altantuya sendiri.

"Altantuya berkata 'saya perlu berjumpa dengan orang penting' dan menunjukkan kepada gambar Najib" beritahu bapa Altantuya kepada wartawan melalui penterjemahnya Tsoggerel Och.

Dr Setev Shaariibu berkata beliau tidak kenal siapa Najib apabila melihat gambar tersebut beberapa tahun dulu."Altantuya memberitahu saya dia ada perkara yang perlu ditentukan dengan Najib. Saya beritahu dia (Altantuya) ianya tidak berbaloi malangnya dia terus berlalu…

Patutlah Najib tak mahu sangat berjumpa bapa Altantuya ni.. Ada cerita rupanya..

Altantuya came to Malaysia to meet Najib, claims her father 

PETALING JAYA, April 10 — Murdered Mongolian Altantuya Shaariibuu came to work in Malaysia to specifically meet Datuk Seri Najib Razak, her father has alleged.

Dr Setev Shaariibuu said today that when he asked his daughter a few years back the purpose of her trip to Malaysia, she said she had to "meet important people.""I asked her what was her purpose of travelling to Malaysia.

She showed me a picture... taken in Paris. Three people were in it — Abdul Razak Baginda, Najib, and Altantuya.

 "She said 'I have to meet important people', and pointed to Najib," he told reporters, through Mongolian interpreter Tsoggerel Och.

Shaariibuu (picture) said he did not know who Najib was when he saw the photograph several years back.

"She told me she had something to decide with Najib. I told her it was not worth it but she went anyway."A lot of witnesses have seen this picture," said a visibly-tired looking Shaariibuu.

The father of the murdered Mongolian woman has offered himself as a witness to the on-going Scorpene submarine sale probe by French authorities, claiming his daughter's death was linked to the case.

Shaariibuu said today his testimony would be able to "connect the dots" between her death and the Scorpene case, and that he will say "what he knows at the right time."

"She went to Malaysia against my will," he said softly.Altantuya's one-time lover Abdul Razak, who was a close associate of Najib, was acquitted of a charge of abetting two Special Action Squad members — Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar — to commit the murder in 2006.

 The murder was committed between 10pm on October 19, 2006, and 1am the following day at a clearing in Shah Alam's Mukim Bukit Raja.

While Abdul Razak was acquitted, his co-accused Azilah and Sirul were found guilty and sentenced to death. Setev has also filed a RM100 million civil suit against the government and the convicted duo in June 2007, seeking compensation for the hardships his spouse and two grandchildren have suffered because of Altantuya's death.

The Malaysian Insider

Pasal apa sombong sangat Najib ni?

Posted: 10 Apr 2012 12:06 AM PDT


Apalah sombong sangat Najib ni.. tetamu yang datang dari jauh tak dipandangpun.. tapi dulu mudah pulak si Saiful berjumpa dia pasal nak dapat biasiswa... boleh jumpa dirumah lagi..

Kita inikan orang Melayu.. kalau tak suka sekalipun apa salahnya senyum dan bersalam..

Lagipun.. berbudi bahasa itu kan amalan kita..

Bapa Altantuya bersua muka dengan Najib

Setev Shaariibuu, bapa kepada penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu, bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen semalam, tetapi gagal berhubung dengannya.
Shaariibuu, yang berada di Malaysia bersama dua pegawai kerajaan Mongolia untuk lawatan tiga hari berkata, beliau melihat Najib ketika menunggu lif di lobi Parlimen.

"Pada satu ketika, pintu lif itu terbuka dan Najib bersama beberapa lagi dalamnya, tetapi beliau tidak keluar dan saya tidak dapat hendak bersalam pun," katanya kepada Malaysiakini melalui penterjemah.

Shaariibuu berkata, ini kali kedua beliau datang untuk menemui Najib selepas cubaan pertama pada 2007.

Shaariibuu hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat bagi menyatakan kekecewaannya terhadap saman sivilnya masih belum bermula walaupun dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya sudah digantung.

 Malaysiakini

Skandal Balak di Sabah: Dokumen bukti mula disiarkan...

Posted: 09 Apr 2012 05:30 PM PDT

 Dokumen di atas adalah antara beberapa dokumen yang dibocorkan oleh pihak SPRM dan ICAC Hong Kong, ianya adalah antara beberapa dokumen yang dikaitkan dengan Skandal Balak bernilai RM400Juta di Sabah.

Antara nama-nama yang dikatakan terlibat ialah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Pengusaha balak di Sabah Micheal Chia dan juga Gani Patail.

Sepertimana Sharizat yang mendakwa beliau tidak tahu menahu akan aktiviti penyelewengan dana yang dilakukan oleh Suami dan Anak-anaknya dalam NFCorp, begitulah juga jawapan Menteri luar ini..

Menteri luar, Datuk Seri Anifah Aman mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati beliau secara rasuah telah menerima lesen balak daripada abangnya yang juga ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

MP Kimanis itu berkata, dakwaan "terdesak" itu telah diada-adakan oleh pihak berkenaan.

Dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini, beliau berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Ditanya sekiranya beliau telah disiasat SPRM, Anifah menafikan perkara itu dan itulah kali pertama beliau mendengar mengenai dakwaan seperti itu.

Beliau mengulas laporan laman web Sarawak Report, Khamis lalu yang mendakwa mendapat dokumen bocor SPRM yang mendakwa demikian.

Bagaimanapun bagi membuktikan dakwaan mereka (Sarawak Report) itu adalah benar, pihak Sarawak Report telah mendedahkan beberapa dokumen yang didakwa dibocorkan oleh pihak SPRM dan  Hong Kong's Independent Commission Against Corruption (ICAC)

 Seterusnya sila lihat di SINI

‘Saya tak dendam dengan sesiapa’ kata Mahathir.. boleh percaya ke?

Posted: 09 Apr 2012 10:24 AM PDT


PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berdendam dengan sesiapa, termasuk bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Dalam respons segera terhadap pendedahan dalam temu bual bekas pemimpin MIC itu yang tersiar dalam akhbar New Sunday Times semalam, Dr Mahathir berkata beliau "amat sedih" apabila Samy Vellu terus-menerus mengenepikan pemimpin berkebolehan seperti bekas presiden MIC Datuk S. Subramaniam dan mendiang Tan Sri M.G Pandithan yang memiliki "potensi untuk menjadi penggantinya (Samy Vellu)."

Dr Mahathir juga menyangkal dakwaan bahawa beliau mempunyai peranan dalam kekalahan mengejut Samy Vellu bagi kerusi parlimen Sungai Siput pada pilihan raya umum 2008.

"Pada 2008, bukan Samy saja yang kalah, tapi ramai orang (lain lagi) kalah (pada pilihan raya itu)," katanya sambil menambah bahawa "ia bukan kerana saya, tapi menyebut kepimpinan pengganti beliau Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai penyebab prestasi teruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum itu.

"Saya tidak memberitahu orang Sungai Siput supaya jangan mengundi Samy, tapi kritikan saya terhadap kepimpinan Pak Lah (Abdullah) memberi kesan terhadap pemikiran pemilih dan sebab itulah mereka tidak menyokong Barisan Nasional dan ini sudah tentulah termasuk Samy juga.

"Itulah keadaan sebenarnya. Bukan soal dendam. Ia adalah persoalan berkaitan kekuatan BN serta parti komponennya," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Samy Vellu mendakwa Dr Mahathir menyimpan dendam terhadapnya kerana hanya beliau (Samy Vellu) yang mengundi membantah penyertaan Barisan Progresif India (IPF) dalam BN.

Dr Mahathir menjelaskan bahawa cadangan membawa masuk mendiang Pandithan dan IPF ke dalam BN bertujuan menguatkan sokongan masyarakat India terhadap BN, tetapi Samy Vellu menentangnya.

"Kami perlu mendapatkan persetujuan penuh dalam BN sebelum kami boleh menerima mana-mana parti baru. Oleh itu, tidak banyak yang boleh saya lakukan mengenainya. Akibatnya, saya rasa, MIC menjadi semakin lemah," katanya.

Ditanya tentang kesan penyingkiran para pemimpin yang mempunyai caliber tertentu dan pengikut dalam sesebuah parti politik, Dr Mahathir berkata, ia hanya membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kerana orang ini selalunya meninggalkan parti bersama pengikut masing-masing.

"Setiap kali beliau (Samy Vellu) melihat seseorang yang mempunyai potensi, beliau memastikan mereka diketepikan. Apabila pemimpin itu disingkirkan, bukan orang itu saja yang akan keluar, tapi dia juga membawa keluar penyokongnya sekali dan akibatnya, MIC mengecut," kata beliau.
Menceritakan pengalamannya, Dr Mahathir berkata beliau bukan saja menerima pemimpin seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Abdullah yang berkempen menentangnya melalui Semangat 46, malah melantik mereka menjadi menteri.

"Saya mahu Umno menjadi kuat dan oleh itu saya perlu menerima mereka dan malah memberi mereka jawatan dalam kerajaan...kalau anda membuang mereka, anda juga membuang pengikut mereka dan ini akan melemahkan parti," katanya.

Mengenai kedudukan MIC hari ini, Dr Mahathir berkata parti itu jauh lebih kuat apabila Samy Vellu menyerahkan jawatan presiden kepada penggantinya Datuk Seri G. Palanivel, selepas 31 tahun.

"Ramai yang datang semula. Sesetengah daripada mereka yang tidak gembira dengan Samy, kini masuk semula. Saya harap MIC akan mendapatkan semula kekuatannya pada pilihan raya umum akan datang," kata Dr Mahathir. – Bernama

Hutang PTPTN RM28b, bukan RM43b macam Najib cakap tu..

Posted: 09 Apr 2012 09:51 AM PDT


Naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi angka mengelirukan berhubung jumlah keseluruhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah dikeluarkan kerajaan kepada pelajar.


Husam berkata angka RM43 bilion yang disebut Najib itu juga mungkin sengaja disebut perdana menteri untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. Bukan RM43 bilion seperti disebut.

"Mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap? Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?," kata Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan.

Katanya lagi, kenyataan perdana menteri bahawa negara tidak mampu menjelaskan hutang RM43 bilion itu juga menunjukkan bahawa Najib tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan – termasuk dalam soal memberi perjanjian dan menjadual semula pinjaman.

Husam mengulas kenyataan Najib sebelum ini bahawa kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika ingin memansuhkan pinjaman melalui PTPTN.

Dalam kenyataannya, Husam – yang berkelulusan bidang ekonomi dari Universiti Malaya – turut menjelaskan kaedah yang boleh diambil Pakatan Rakyat untuk melunaskan jumlah hutang RM28 bilion itu, sekiranya membentuk kerajaan.

Katanya, jumlah berkenaan tidak semestinya dilunaskan secara keseluruhan, serta merta.

Tambahnya, Pakatan juga boleh mengambil alih pinjaman tersebut atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan kepada institusi kewangan yang memberi pembiayaan kepada PTPTN.

"Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

"Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu," katanya.

Tiada ulasan: