Rabu, 14 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


Apa saja la ngan PAS Kedah nih...

Posted: 14 Mar 2012 11:00 AM PDT

Azizan ingin bercuti, tak cadang lantik pemangku MB

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau ingin bercuti, jika berpeluang, namun tidak bercadang untuk melantik pemangku semasa ketiadaannya.

"Cuti bukan payah apa pun, ambil beg beli tiket kapal terbang, pergilah... Cuti ada panjang, ada pendek. Takkan nak pergi tengok cucu baru pun nak suruh orang ambil alih.

"Tak dak pemangku (Menteri Besar), semua teratur, ribut sudah hilang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini.

Beliau disoal sama ada akan bercuti dalam tempoh terdekat.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata kerajaan negeri kesal dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak berusia 5 tahun, Foong Chun Yuan, yang meninggal dunia selepas terlanggar dinding cermin di Jeti Kuala Kedah Jumaat lepas.

Beliau berharap pihak berkenaan akan mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan pelancong serta orang ramai.

"Apatah lagi kita menuju ke arah negeri pelancongan terunggul, kita bersimpati dengan keluarga mangsa," katanya.

Foong, yang ingin bercuti di Pulau Langkawi bersama keluarganya, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Isnin lepas setelah tidak sedarkan diri sejak kejadian itu berlaku.

- Bernama

Mata KJ layu macam stim ayaq ketom... kahkahkah...

Posted: 14 Mar 2012 09:58 AM PDT

Khairy buat Anwar tersentak


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersentak apabila menerima serangan balas daripada seorang penyokong kerajaan yang membuktikan bahawa sokongan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel adalah bersifat mutlak dan bukannya bersyarat.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) (gambar) ketika mendedahkan perkara itu berkata, ia jelas kerana maksud contingent (syarat) oleh The Wall Street Journal (WSJ) bukan merujuk kepada sokongannya melindungi keselamatan Israel, sebaliknya merujuk kepada pertanyaan sama ada Anwar mahu mengiktiraf negara Israel atau sebaliknya.

Menurut beliau, kenyataan Anwar seperti disiarkan di WSJ pada Januari lalu terbahagi kepada dua iaitu pertama mengenai sokongan Ketua Pembangkang itu terhadap usaha melindungi keselamatan Israel dan kedua, pengiktirafan negara Israel.

-Utusan

Jom kenali pemimpin-pemimpin BEDEBAH...

Posted: 14 Mar 2012 08:30 AM PDT

Lagi-lagi salah guna kuasa terang-terangan – Oleh Adil Mat Selamat

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar baru-baru ini diberitakan mahu semua Ahli Parlimen UMNO-BN untuk segera mengagihkan peruntukan RM10 juta di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) dan peruntukan skim perumahan bagi nelayan bernilai RM300 juta di kawasan masing-masing sebelum pilihanraya umum ke-13.

Menurut laporan Malaysiakini, Noh Omar turut berkata "Ini titik sentuh yang kita nak buat cepat. Duit belum turun, tapi saya minta KSU (ketua setiausaha) untuk guna duit kementerian dulu," katanya pada taklimat bagi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di Kuala Lumpur malam tadi.

Jika juak-juak UMNO masih bisul mindanya dengan menganggap ini bukan salah guna kuasa juga, maka kita serahkan pada rakyatlah untuk menilai kerja politik orang yang gila kuasa ini.

Duit kementerian sumbernya adalah cukai yang dikutip daripada rakyat. Bagaimana mungkin seorang menteri berkuasa mutlak untuk memutuskan bagaimana duit itu diagih-agihkan?

Yang disebut sebagai 'duit belum turun' itu apa pula maknanya? Adakah duit dari langit belum turun atau duit dari tauke-tauke besar (kroni) UMNO belum diterima? Hingga begitu mudah mereka menggunakan dana awam untuk kepentingan politik mereka.

Menteri kabinet menipu, ditipu atau buat-buat tak tahu?

Jika seorang menteri melaksanakan kerja dan membuat keputusan secara 'sembarangan' begini, apakah Malaysia juga ditadbir sedemikian rupa?

Jika inilah modus operandinya, maka tidak hairanlah Najib Razak sewenang-wenang boleh memberikan pelbagai peruntukan untuk rakyat dengan jumlah yang sangat besar. Kita tak pasti apakah kabinet tahu tentang peruntukan ini sebelum ia diumumkan.

Malah contoh ini juga membolehkan kita membayangkan bagaimana menteri-menteri kabinet menipu dan ditipu.

Contoh paling mudah adalah skandal NFC, bagaimana kabinet yang meluluskan projek ini tidak tahu bahawa pengerusi NFC adalah suami Sharizat? Malah mereka tidak tahu bagaimana dana awam telah disalahgunakan dan menyimpang dari tujuan asal. Apakah mereka tidak tahu atau buat-buat tak tahu?

Kita juga masih ingat Ling Liong Sik, bekas menteri pengangkutan, dituduh di mahkamah telah menipu menteri kabinet dalam urusan PKFZ yang melibatkan kerugian berbilion-bilion duit rakyat. Adakah kes ini juga sama dengan kes NFC?

Bagaimana pula dengan kes kerugian syarikat MAS, adakah menteri kabinet tidak pernah tahu apa-apa tentang prestasi perniagaan MAS dan reputasi Tajudin Ramli?

Semua peristiwa ini melibatkan integriti kabinet kerajaan Malaysia. Mereka memutuskan untuk memberi wang rakyat kepada syarikat atau individu yang mungin mereka sendiri tahu akan gagal.

Kerajaan caca-marba

Dalam semua kes-kes ini, yang ditipu adalah menteri-menteri kabinet, dan yang menipu adalah menteri kabinet dan juak-juaknya juga, bukan orang lain atau anasir asing. Inilah namanya kerajaan caca-marba. Mereka sama-sama menipu antara satu sama lain dan akhirnya, pihak yang benar-benar ditipu adalah rakyat.

Menteri-menteri kabinet ini harus juga didakwa kerana kecuaian memberi dan memantau projek atau dana awam yang telah diberikan. Kecuaian itu ada hukumannya, hukuman terbaik dan terpantas adalah menerusi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beginilah antara bentuk penipuan dalam pemerintahan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Malah kerana permainan tipu-menipu inilah maka lembaga-lembaga penting seperti Polis, SPR, Kastam dan SPRM juga telah disalahguna atau dipergunakan hingga akhirnya agensi ini gagal melaksanakan tugas dengan betul untuk rakyat.

Contoh yang ditunjukkan oleh menteri seperti Noh Omar amat bertentangan dengan contoh yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin Islam terdahulu, termasuk Khalifah Umar Abdul Aziz yang begitu cermat dengan wang rakyat sampaikan sanggup tidak menjamah makanan mewah selagi masih ada rakyatnya hidup melarat.

Kita menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memecahkan penguasaan politik UMNO dengan meyokong perjuangan Pakatan Rakyat demi survival Malaysia yang tercinta.

Memecahkan tembok hegemoni kuasa politik UMNO bermakna rakyat Malaysia mahukan sebuah negara yang adil dan telus. – Roketkini

Adoii... adoii... kahkahkah...

Posted: 14 Mar 2012 03:38 AM PDT

Rafidah: Shahrizat tak korban untuk Umno, negara

Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.

Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.

Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.

Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.

Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.- M'kini

PANAS: Tetiba Najib kencing tak lawas... kahkahkah...

Posted: 14 Mar 2012 01:00 AM PDT

Patut la Najib takut nak berdebat... kencing tak lawas dia, tu baru kena soklan dari YB Mahfuz ja... kahkahkah...

LAWAK: Guan Eng pun kena tibai... kahkahkah...

Posted: 13 Mar 2012 11:00 PM PDT

Ahli Politik bukan Malaikat - CAP bidas Guan Eng

GEORGETOWN - Ahli-ahli politik diingatkan supaya tidak meletakkan status mereka terlalu tinggi sehingga menganggap berkuasa seperti Tuhan atau malaikat dalam membuat keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, mereka perlu menerima teguran dengan hati terbuka dan tidak mudah melenting jika ada pihak yang memberi cadangan untuk kebaikan bersama.

"Adakah salah kalau kita memberi cadangan untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang. Sebagai orang politik dan pemimpin kerajaan negeri, Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya menerima cadangan atau komen pelbagai pihak dengan hati terbuka untuk sama-sama membangunkan negeri ini," katanya kepada media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan balas Guan Eng yang melenting dengan melabelnya sebagai "sudah tua" berikutan kenyataan CAP agar Kerajaan Negeri mengadakan rundingan awam sebelum melaksanakan projek pembangunan atau infrastruktur mega di Pulau Pinang.

Menurutnya, Guan Eng sepatutnya mengambil berat mengenai suara rakyat dengan membuat rundingan awam sebelum sesebuah projek dijalankan sama ada ia memberi kesan terhadap ekonomi, sosial atau alam sekitar.

"Memberi taklimat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara umum mengenai projek mega serta membuat kenyataan mengenainya kepada pihak media atau dalam Dun. Ini bukanlah rundingan awam.

Rundingan melibatkan penyertaan awam di peringkat awal proses membuat keputusan, menyediakan maklumat yang mencukupi mengenai projek serta memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada perwakilan dan pandangan yang dibuat oleh individu dan organisasi masyarakat awam," katanya.

Mohamed berkata, perkara itu tidak dilakukan Kerajaan Negeri.

"Jika beliau kata ada membuat rundingan awam, adalah ia dilakukan sebelum menandatangani memorandum persefahaman dan memanggil permohonan cadangan untuk pembinaan projek mega ini. Adakah kajian awal dijalankan?" katanya lagi.

FAKTA: Bangsa UMNO memang bengong... kahkahkah...

Posted: 13 Mar 2012 09:00 PM PDT

UMUM SBPA MEREKA KATA LANGKAH TEPAT, BATAL SBPA PUN LANGKAH TEPAT JUGA

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Najib umumkan tentang SBPA (Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam) sebelum ini, maka seperti biasa pencacai-pencacai Umno begitu ligat menganggukkan kepala mereka tanda bersetuju dengan langkah Najib. Najib lah PM paling hebat, bijak dan begitu peka dengan kakitangan awam. Langkah tepat, kata mereka.

Berbeza dengan pemimpin PR, mereka semua sudah terbau plan Najib kerana Presiden Umno ini tidak akan berbuat sesuatu yang kelihatan baik jika tidak ada `udang di sebalik batu'. Maka, pimpinan PR pun buat kajian dan akhirnya PR mengambil keputusan membantah SBPA selari juga dengan bantahan yang dibuat oleh Cuepacs.
DS Anwar di dalam mana-mana ceramahnya tidak lari dari menyebut bahawa SBPA yang dirancang oleh Najib itu amat tidak adil kepada kakitangan awam. Begitu juga pimpinan PR yang lain berterusan menyampaikan maklumat kepada rakyat terutamanya kepada kakitangan kerajaan tentang ketidakadilan dari skim yang lahir dari idea tidak bijak Najib itu. Maka, bantahan rakyat membuatkan Najib tidak senang duduk maka diminta tangguh dan kaji dahulu skim ini dalam tempoh 3 bulan.

Di dalam tempoh tersebut, bantahan rakyat bertambah kuat dan dari risikan hampir 80 % kakitangan awam sudah mula meluat dengan kerajaan yang mengadakan skim yang memperbodohkan kakitangan awam itu. Ini amat menakutkan Najib kerana rata-rata rakyat kini tidak sabar-sabar untuk mengundi di dalam PRU bagi mempercepatkan `kematian' Umno. Najib tiada pilihan lain, dengan wajah selamba tanpa sedikit pun rasa malu jauh sekali dari rasa bersalah, maka Najib lakukan `U-Turn'. Diumumkan bahawa SBPA dibatalkan dan kembali semula kepada SSM.

Apa pula komen pencacai-pencacai `burung belatuk' yang awal dulu menyokong SBPA kononnya sebagai langkah tepat? Sekali lagi pencacai-pencacai ini berbunyi dengan nada yang sama iaitu langkah Najib membatalkan SBPA itu adalah langkah tepat. Ertinya, ada SBPA pun langkah tepat, dibatalkan pun satu langkah tepat. Nampaknya budaya mengampu dan tukang angguk di dalam Umno tidak pernah kurang. Justeru itu, tidak pelik jika pemimpin mereka sapu apa pun kerana mereka pasti akan kata `satu langkah tepat'. Ternak lembu dalam kondo juga langkah tepat, sapu wang zakat langkah tepat dan beli cincin RM24 juta beserta beg tangan pun langkah tepat. Kesihan mereka.

Najib pun kata, pembatalan SBPA yang diumumkan oleh beliau itu bukan disebabkan oleh desakan Pembangkang. Lucu sekali. Jika bukan Pembangkang, siapa? Bukankah kesemua pemimpin Umno bersetuju dengan SBPA dengan menyatakan satu langkah tepat? Jadi, mengapa Najib batalkan pula? Najib tidak perlu malu mengalah dengan desakan PR. Telah banyak bukti menunjukkan Najib terpaksa batalkan plan-plan beliau akibat dari tekanan Pembangkang.

Itulah bertuahnya jika negara ini mempunyai Pembangkang yang kuat. Pemerintah tidak akan mampu melakukan sesuatu yang merugikan rakyat jika kita mempunyai Pembangkang yang mantap. Kerana kekuatan Pembangkang lah maka rakyat dapat menikmati RM100 bantuan sekolah, bantuan RM500 (BR1M) dan kini terbatalnya SBPA. Di masa Umno kuat tahun 2004, adakah rakyat merasa bantuan seperti itu? Pada ketika itu yang rakyat dapat adalah kenaikan harga minyak dan harga barang.

Oleh itu, tiada cara lain untuk membalas budi baik Najib melainkan meletakkan Najib dan Umno pula sebagai Pembangkang di Parlimen pada PRU akan datang./wfauzdin.blogspot.com

Kisah dua wanita gemuk... kahkahkah...

Posted: 13 Mar 2012 07:00 PM PDT

Pertunangan Gerakan-MCA yang tidak pernah berhasil

"Umumnya, perhubungan Gerakan dan MCA selama ini boleh diibaratkan seperti dua wanita gemuk yang cuba melalui sebuah pintu masuk yang sempit secara bersama". Kenyataan ini telah diperoleh daripada satu dokumen rasmi tahun 1987 dan ibupejabat MCA ianya merupakan rekod yang dipetik daripada perbincangan antara para pemimpin kebangsaan MCA.

Pemimpin tersebut yang menyatakan perkara itu cuba menerangkan bertapa peritnya hubungan Gerakan dan MCA pada masa itu, sambil menambah, "masyarakat Cina sememangnya berharap agar Gerakan dan MCA akam bekerjasama rapat demi kebaikan masyarakat tersebut, akan tetapi kewujudan Gerakan ini sering dilihat oleh MCA sebagai duri dalam dagingnya.

Asal-usul ketegangan ini boleh dilihat daripada pemilihan MCA yang diadakan pada tahun 158 di mana Dr Lim Chong Eu telah mencabar pengasas MCA Tan Cheng Lock untuk merebut jawatan presiden parti dan Dr Lim berjaya dalam perebutan jawatan tersebut dengan majoriti 22 undi. Tempoh kepimpinan Dr Lim di dalam MCA penuh dengan perpecahan dan hubungan MCA dengan Umno yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman pula menjadi semakin tegang dan keadaan itu bertambah buruk berikutan kegagalan MCA untuk mendapatkan peruntukan kerusi parlimen yang lebih untuk dipertandingkan.

Akibat daripada itu, Dr Lim meletakkan jawatannya sebagai presiden MCA dan seterusnya keluar daripada parti tersebut pada Disember 1960 atas alasan tidak lagi dapat memulihkan keadaan yang kian tegang dalam Perikatan.

Dr Lim kemudiannya membentuk Parti Demokratik Bersatu (UDP) dan pada tahun 1969, menggabungkan UDP yang dipimpinnya dengan Parti Buruh bagi membentuk Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan sempat menyertai pilihanraya umum tahun 1969 dengan entitinya yang baru. Di dalam pilihanraya umum tersebut, Gerakan berjaya mengalahkan Perikatan Pulau Pinang pimpinan MCA dan seterusnya membentuk kerajaan negeri yang baru.

Dalam tahun 1973 pula, Gerakan telah bersetuju untuk menyertai Perikatan negeri yang kemudiannya bertukar nama kepada Barisan Nasional (BN).

Sememangnya terdapat bukti yang telah dicatatkan di dalam dokumen rasmi MCA yang membuktikan ada cubaan dan usaha MCA untuk merampas kuasa daripada Gerakan di Pulau Pinang selepas pilihanraya umum 1969 dengan usaha untuk memujuk dua ahli dewan undangan negeri (ADUN) untuk berpaling tadah. Namun usaha tersebut ternyata gagal apabila Umno enggan menyokong rancangan tersebut. Atas sebab itulah permusuhan di antara Gerakan dan MCA kian parah. Hanya selepas lebih daripada empat puluh tahun barulah ibupejabat MCA kembali menyenaraikan Dr Lim Chong Eu sebagai salah seorang bekas presidennya.

Dalam tahun 1999, satu lagi krisis meletus apabila dua orang ADUN Gerakan Pulau Pinang melompat ke MCA selepas pilihanraya umum tahun itu. Lantas daripada itu, MCA mengambil kesempatan tersebut untuk cuba merampas kuasa dan jawatan ketua menteri Pulau Pinang daripada Gerakan dengan alasan jumlah kerusi ADUN MCA kini telah melebihi Gerakan. Namun, MCA gagal memperolehi jawatan tersebut dan sebaliknya naib-presiden Gerakan Dr Koh Tsu Koon pula dilantik menjadi ketua menteri Pulau Pinang, mengekalkan hak parti tersebut untuk jawatan tertinggi kerajaan negeri. Akibat daripada itu, sembilan ADUN MCA telah memboikot upacara mengangkat sumpah Dr Koh tetapi menafikan perbuatan mereka pada akhirnya.

Cadangan untuk bergabung

Pada 1 April 1985, presiden Gerakan pada masa itu, Dr Lim Kheng Yaik menandatangani satu perjanjian usahasama dengan pemangku presiden MCA Dr Neo Yee Pan bagi membentuk satu majlis bersama untuk membincangkan usaha-usaha penggabungan kedua-dua Gerakan dan MCA.

Sewaktu rundingan tersebut, Kheng Yaik memberitahu para wartawan dalam satu temuramah bahawa Gerakan telah bersedia menerima semua ahli MCA dan bertanya kenapa MCA bertegas akan hanya menerima ahli-ahli Gerakan yang berketurunan Cina sahaja. Menurut beliau lagi, "kenapa MCA akan hanya menerima ahli-ahli berketurunan Cina sahaja? Jika Gerakan dan MCA bergabung, kedua-dua parti hendaklah dibuka kepada semua kaum".

Sebenarnya cadangan penggabungan Gerakan-MCA yang berbentuk sandiwara itu telah lama disebut-sebut sebelum 1 April 1985 dan ianya hanya sampai ke suatu kemuncak di awal 1985. Akan tetapi, masih ramai pemimpin Gerakan dan MCA sangsi akan cadangan penggabungan tersebut yang mereka anggap agak mustahil untuk dicapai dalam masa yang singkat.

Sebulan sebelum majlis bersama Gerakan-MCA itu dibentuk, setiausaha-agung pemuda MCA pada masa itu, Chew Hock Thye menafikan wujudnya cadangan penggabungan Gerakan-MCA dengan memberikan alasan bahawa kedia-dua Gerakan dan MCA punyai objektif dan ideologi yang sangat berbeza di mana MCA hanya mewakili kaum Cina sementara Gerakan adalah sebuah parti berbilang kaum.

Malah, Dr Neo turut membuat penafian tersebut pada 15 Mac 1985 tetapi mengakui majlis bersama Gerakan-MCA sememangnya akan wujud bagi merapatkan hubungan dan kerajasama di antara dua parti dan bukannya untuk mengusahakan penggabungan Gerakan-MCA.

Majlis bersama Gerakan-MCA itu merangkumi lima wakil daripada kedua-dua parti yang terdiri daripada presiden parti, timbalan presiden, setiausaha-agung dan dua lagi perlantikan.

Akan tetapi, setelah tiga bulan majlis bersama itu dibentuk, Gerakan secara terang-terang mendakwa MCA cuba menarik ahli-ahlinya untuk menyertai parti keturunan Cina itu. Perbalahan demi perbalahan terus menjadi walaupun selepas Tan Koon Swan yang baru mengambil-alih jawatan presiden MCA pada November 1985 telah mengumumkan yang MCA akan bekerjasama sepenuhnya dengan Gerakan hinggalah ke tahap maksima dan mengarahkan akar-umbi MCA di setiap negeri agar melupakan perbalahan mereka di masa yang lalu dan bertumpu kepada sgenda BN.

Malah, Koon Swan turut menyatakan kesediaan MCA untuk bergabung dengan Gerakan sebagai suatu rancangan jangkamasa panjang. Selepas beberapa minggu kenyataan Koon Swan itu dikeluarkan, presiden MCA itu memutarbelitkan kata-katanya dengan menyebut hanya ahli-ahli MCA sahaja yang boleh memberikan kata putus mengenai penggabungan Gerakan-MCA.

Kembali ke pangkuan asal

Di sebalik hubungan Gerakan-MCA yang semakin tegang, kepimpinan kedua-dua parti itu masih bertegas mengatakan bahawa agenda majlis bersama Gerakan-MCA itu masih aktif, tetapi hakikatnya majlis bersama itu telah pun separuh mati di tengah jalan.

Hanya pada tahun 1988, presiden Gerakan mengakui kedua-dua Gerakan dan MCA telah tidak ada apa-apa persamaan yang perlu diperbincangkan lagi. Dan di pihak MCA pula, parti itu menuduh Gerakan menggunakan pelbagai helah politik dan berikrar tidak akan mengambil bahagian lagi di dalam urusan majlis bersama Gerakan-MCA itu.

Minit mesyuarat jawatankuasa pusat MCA yang dicatatkan pada Jun 1988 memetik sebagai berkata, "sebagai membalas kenyataan yang dibuat oleh Kheng Yaik, keadaan dan kedudukan majlis bersama itu kini terbubar dengan sendirinya", dan MCA melalui setiausaha-agungnya pada masa itu Lee Kim Sai menegaskan bahawa Gerakan lah yang telah menggagalkan usaha majlis bersama itu dengan cuba mensabotaj usaha MCA untuk mempertahankan hak dan kepentingan masyarakat Cina.

Menurut Kim Sai lagi, "ini bukanlah masa yang sesuai untuk membincangkan usaha pembentukan satu parti berbilang kaum". Jadi, kedua-dua Gerakan dan MCA kini telah kembali ke pangkuan asal masing-masing dengan persaingan di antara satu sama lain diteruskan.

Beberapa tahun kemudian, hanya selepas Ong Ka Ting yang mula menerajui MCA pada tahun 2003 mengakui sememangnya Kheng Yaik inginkan kerjasama yang lebih erat di antara Gerakan dan MCA dijalin dan Ka Ting turut menyebut sebelum Kheng Yaik bersara bekas presiden Gerakan itu pernah memesan beliau untuk merapatkan kerajasama MCA dengan penggantinya dalam Gerakan, Dr Koh Tsu Koon.

Namum, usaha tersebut terus terbantut apabila kedua-dua Gerakan dan MCA ke cundang di dalam pilihanraya umum 2008 yang lalu di mana Ka Ting secara sukarela melepaskan jawatan presiden MCA bagi memikul tanggungjawab penuh ke atas kekalahan partinya.

Malaysia Chronicle

Majlis Perkahwinan Malek Noor dan Dr Wan Asma (10 Gambar)

Posted: 13 Mar 2012 05:00 PM PDT

Datuk Malek Noor telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya, seorang doktor pakar kanak-kanak yang mempunyai 7 anak dan 4 cucu.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail dengan hanya sekali lafaz. Datuk Malek Noor hanyamemberikan senashkah Al-Quran tanpa wang hantaran dan 5 dulang hantaran dibalas 9 oleh pengantin perempuan. Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun.

Datuk Malek Noor berharap agar perkahwinan yang pertama buat dirinya ini akan menjadi perkahwinan terakhir. Apa pun yang paling menarik apabila mendengar kata-kata isteri Datuk Malek Noor yang tidak mahukan sebarang wang hantaran, "Kami berdua bersetuju tiada wang hantaran kerana saya tidak perlukan semua itu. Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula." Berikut merupakan gambar perkahwinan majlis perkahwinan Malek Noor dan Dr Wan Asma. Semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga. Amin.










Sumber: Beautifulnara

Empat suspek kes bunuh Nurul Nadhirah ditangkap

Posted: 13 Mar 2012 03:00 PM PDT

PASIR GUDANG: Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang, Nurul Nadhirah Abdullah, 5, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Beliau berkata polis sedang menunggu beberapa lagi laporan daripada Jabatan Kimia untuk menyiapkan kertas siasatan itu sebelum dikemukakan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan.

"Saya telahpun mengarahkan timbalan saya, Datuk Ismail Yatim yang mempengerusikan pasukan khas bagi menyiasat kes ini untuk siapkan kertas siasatan secepat mungkin," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan "ice" manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi. – Bernama

Wartawan Arab Saudi Yang Hina Nabi Bertaubat

Posted: 13 Mar 2012 01:00 PM PDT

RIYADH – Penulis dan wartawan Arab Saudi, Hamza Kashgari, yang ditahan di penjara Al-Hair di Riyadh selepas didakwa menyiarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad saw di laman Twitternya, telah bertaubat secara rasmi di hadapan mahkamah di sini, Selasa lalu.

Menurut laporan akhbar tempatan, Al-Madinah, kelmarin, apa, ibu, adik-beradik dan peguamnya hadir pada sesi mahkamah itu.

Sumber yang rapat kepada kes tersebut percaya catatan dokumen mengenai pernyataan taubat Kashgari di hadapan hakim mahkamah adalah satu perkembangan yang penting dalam kes itu.

Bagaimanapun, seorang penasihat undang-undang, berkata taubat Kashgari tidak akan membebaskannya daripada tanggungjawab undang-undang berhubung kenyataan yang didakwa dibuat olehnya.

Kashgari, 23 tahun, melarikan diri dari Arab Saudi selepas kenyataannya yang disiarkan dalam Twitter dibongkar oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Dia, bagaimanapun, ditangkap di Malaysia dan dihantar pulang ke Arab Saudi menaiki pesawat khas. Sejak itu, Kashgari telah ditahan dalam penjara di Riyadh.

Dalam satu kenyataan rasminya, Kashgari telah mengumumkan bahawa dia telah bertaubat dan meminta ampun.

Kashgari berkata dia telah meninggalkan keseluruhan idea-ideanya yang salah dan kenyataan yang dibuatnya dalam Twitternya, sambil menambah bahawa dia sedang murung ketika itu.

Dia mengucapkan terima kasih kepada keluarga, saudara-mara dan rakannya, serta para ulama yang memberikannya sokongan dan cuba membimbingnya kembali ke jalan yang benar di sisi agama. — Agensi.

Tiada ulasan: