Rabu, 14 Mac 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sharizat menjadikan UMNO/BN bacul untuk bertindak terhadap NFC

Posted: 14 Mar 2012 09:14 AM PDT



Tokoh kontroversi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mulai 8 April depan sekali lagi menyerlahkan 'kemandulan' kerajaan Barisan Nasional (BN) menangani krisis dakwah rasuah berprofil tinggi.


Selepas hampir lima bulan tercetusnya skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp), ketika rakyat didedahkan dengan berbagai maklumat penyelewengan, kesannya hanya Shahrizat berundur dari kabinet.

Namun peristiwa (peletakan jawatan) ini bukanlah tindakan daripada sesiapa pun. Shahrizat tidak dipecat, atau beliau tidak meletak jawatan, kedudukannya sebagai menteri menjadi terbatal oleh sebab tempoh perkhidmatannya sebagai seorang senator tamat pada 8 April ini. Di bawah perlembagaan, hanya seorang ahli parlimen atau senator layak dilantik menjadi menteri.

Sungguhpun rasuah berjumlah RM250 juta tidaklah sebanyak mana bagi ukuran BN, tetapi ketidakpedulian pucuk pimpinan BN terhadap undang-undang rasuah dan kecuaian para penjawat awam berhubung perbuatan jenayah telah menimbulkan kemarahan rakyat.

Lebih memburukkan lagi keadaan di mana badan penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, peguam negara, gagal bertindak terhadap para petualang itu.

Keluarga Shahrizat sejak awal-awal lagi, tidak sepatutnya mendapat projek perintis ini, untuk mentransformasi industri pengeluaran dan penawaran daging lembu kerana ia tidak mempunyai kemampuan baik dari segi kewangan maupun dari segi kepakaran untuk mengendalikan projek ini.

Dengan itu maka tidak hairanlah apabila wang berjumlah RM250 juta dalam bentuk pinjaman mudah dan geran sebanyak RM13 juta jatuh ke riba, keluarga Shahrizat menjadi tidak keruan, lari ke sana ke mari, membeli aset mewah seperti kondominium mewah dan tanah yang strategik, termasuk mengusahakan restoran mewah, pasaraya dalam dan luar negara.

Dalam masa yang sama, ia gagal memenuhi objektif utamanya untuk membangunkan industri fidlot seperti mana yang tercatat dalam kontrak perjanjian perniagaan.

Skandal dalam perspektif

Untuk melihat skandal dari sudut perspektif yang betul, kemungkinan kesalahan jenayah boleh dibahagikan kepada dua bahagian: kesilapan dan penyelewengan semasa menganugerahkan projek ini dan pelaksanaannya yang menimbulkan persoalan.

Jelas berlaku pilih kasih dan konflik kepentingan apabila kontrak itu diberi kepada keluarga seorang menteri kabinet, apatah lagi keluarga tersebut tidak layak menerimanya.

Dalam setiap kes rasuah serupa ini, terdapat pemberi dan penerima. Dalam kes ini, Shahrizat dianggap sebagai penerima apabila keluarganya menerima pinjaman, geran dan kontrak projek itu.

Ini kerana tidak mungkin suami dan anak-anaknya sendiri boleh diberi pertimbangan memandangkan mereka sendiri tidak layak untuk diberi pertimbangan itu.

Keadaan ini menjurus kita kepada satu pertimbangan sahaja iaitu hubungan Shahrizat dengan pembuat-pembuat keputusan dalam kabinet.

Amalan pilih kasih dalam pemberian kontrak ini jelas dapat dilihat cara bagaimana projek ini diberikan.

Tidak ada kertas kerja yang sempurna dikemukakan sebelum projek ini diberi. Jika tidak sudah tentu Kementerian Kewangan akan menangguhkan pengeluaran pinjaman itu sehingga "kajian kemungkinan daya maju projek dan perniagaan" siap pada tahun 2011.

Ini berlaku tiga tahun selepas pinjaman itu diluluskan, apabila projek itu berjalan dengan perlahan, seperti mana dilaporkan Ketua Audit Negara dalam laporannya.

Tambahan pula, terdapat penyelewengan dari sudut pengeluaran pinjaman dan geran sebelum perjanjian tentang projek itu ditandatangani.

Persoalan lain yang timbul, ialah bagaimana mungkin projek yang menelan belanja berjuta-juta ringgit itu boleh diberi tanpa adanya kertas kajian cadangan kaji selidik itu terlebih dahulu?

Jika ini bukannya suatu pakatan, rasuah dan kecuaian jenayah berprofil tinggi, apa lagi yang boleh kita katakan?

Siapakah pembuat-pembuat keputusan itu, pemberi-pemberi kontrak dalam kes ini? Mereka ialah bekas menteri pertanian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jawatankuasa projek berimpak tinggi yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalan perdana menteri pada ketika itu.

Adalah menjadi tanggungjawab SPRM untuk meneliti proses pembuat keputusan dan mendakwa kedua-dua petualang – pemberi dan penerima – ke muka pengadilan. Tetapi malangnya, tidak ada apa-apa tindakan diambil selepas siasatan dijalankan.

Cuai dan pecah amanah

Berhubung pelaksanaan projek yang menjadi pertikaian, pertama, kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah dapat dilihat dalam kecuaian para penjawat awam untuk memantau dan mengawal pelaksanaan projek itu dan pengeluaran pinjaman dan geran.

Kedua, pecah amanah oleh NFCorp dalam menyalahguna dana awam dan sekali gus melanggar perjanjian pinjaman dan perjanjian projek.

Sementara kesalahan-kesalahan pertama terletak di bawah bidang kuasa SPRM, kesalahan kedua sedang disiasat oleh polis. Sehingga

kini, tidak ada tanda-tanda SPRM sudah memulakan penyiasatan ke atas penjawat-penjawat awam yang terlibat.

Bagi pihak polis, mereka telah pun selesai menjalankan siasatan tetapi pendakwaan telah dihalang oleh Peguam Negara yang berulang kali memulangkan kembali laporan-laporan siasatan polis dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Sebaliknya Peguam Negara berulang kali meminta dijalankan "siasatan lanjut" dan permintaan terakhir beliau ialah lebih sebulan yang lalu.

Memandangkan seluruh dunia, dan tidak hanya rakyat Malaysia, mempunyai akses kepada maklumat-maklumat secara terperinci berhubung kesalahan-kesalahan NFCorp, termasuk pelanggaran ke atas perjanjian pinjaman melalui Internet, kita pun hairan apa lagi maklumat yang Peguam Negara mahu sebelum beliau membuat pendakwaan?

Jika ini bukan sebagai satu tindakan untuk menghalang pelaksanaan keadilan maka apa lagi yang harus kita sebut?

Melihat kepada komedi yang tragik ini berlaku berhubung krisis rasuah berprofil tinggi ini maka rakyat Malaysia tidak harus mempunyai ilusi apa yang Najib boleh dan tidak boleh lakukan untuk memulihkan keyakinan dan pelaksanaan undang-undang di negara ini.


Free Malaysia Today

Korang nak tahu apa yang Najib dah buat untuk Malaysia hingga sekarang?.. tengok kat sini..

Posted: 14 Mar 2012 07:45 AM PDT



Selain dari apa yang terpapar di print screen di atas korang nak tahu apa yang Najib dah buat untuk kebaikkan Malaysia setelah beliau menjadi Perdana Menteri?


Kalau korang berhajat nak amek tahu apa benda yang telah najib buat kat malaysia neh senang jek beb. Siyes. Senang gile geng. Bukan susah pun. Tak payah call2 dia ke or email dia apa bagai seme. Ini betul2 senang gile. Kalau korang nak tengok apa yang najib dah buat kat malaysia neh sama macam aku yang memang tengah tengok sambil tak henti2 gelak sebab kelaka sangat korang dipersilakan lah – Aku pinjam ayat AmenoWorld

Lihatlah di SINI

Banquet Event Order bukti Najib belanjakan RM79,053 untuk Majlis Harijadinya..

Posted: 14 Mar 2012 04:22 AM PDT



Saya memandang serius kenyataan-kenyataan penafian yang dibuat tanpa disertakan bukti berhubung dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri yang ditimbulkan mutakhir ini. Walaupun saya mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Shangrila Hotel, ada dua aspek yang mempersoalkan ketelusan Perdana Menteri dalam berdepan dengan rakyat:


1) Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklumbalas dari Perdana Menteri mengenai 8 bukti yang sewajarnya diberikan kepada rakyat agar sebarang keraguan dapat dirungkai secepat mungkin, seperti yang disyorkan KEADILAN; dan

2) Perdana Menteri seolah-olah merasakan kenyataan penafian oleh pejabat beliau dan Shangrila Hotel sudah memadai untuk memadamkan isu ini.

Persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos majlis pertunangan tersebut, tetapi ketelusan dan operasi Pejabat Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan di antara kepentingan peribadi dan tugasan umum. Perdana Menteri menjanjikan transformasi politik, ekonomi dan sosial sebagai jawapan kepada tuntutan rakyat agar rasuah dan salahguna kuasa pimpinan diperangi sehabis-habisnya; maka Perdana Menteri perlulah memberikan teladan yang baik bahawa segala urusan Pejabat Perdana Menteri bebas dari sebarang unsur salah guna kuasa dan pecah amanah.

Ini adalah piawaian integriti baru yang dituntut rakyat Malaysia. Mungkin Perdana Menteri merasakan isu ini remeh, tetapi sikap Perdana Menteri menangani isu ini membayangkan sama ada beliau betul-betul ikhlas dalam menjalankan transformasi politik, ekonomi dan sosial negara.

Sebab itu KEADILAN berpendapat masih banyak persoalan yang belum dijawab dalam hal ini, terutamanya apabila dibandingkan dengan satu lagi majlis peribadi yang menggunapakai khidmat Shangrila Hotel.

Pada hari Ahad 24 Julai 2011, Perdana Menteri telah mengadakan satu jamuan meraikan hari lahir beliau di Sri Perdana. Banquet Event Order (BEO) majlis tersebut diedarkan bersama-sama dengan kenyataan akhbar ini.

Berdasarkan BEO tersebut, fakta-fakta berikut adalah tepat:

1) Tempahan turut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri;

2) Berbanding dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini dengan jelas menyatakan bahawa ia majlis peribadi Perdana Menteri. Ini menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan anak Perdana Menteri tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya disebut sebagai "majlis Pejabat Perdana Menteri"?

3) Perdana Menteri membelanjakan sekitar RM79,053 untuk satu majlis meraikan hari lahir beliau; pecahannya seperti berikut:

-Buffet untuk 100 tetamu @ RM207 setiap seorang = RM20,700
-Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai = RM7,738
-Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai = RM5,300
-Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai = RM795
-Gubahan bunga @ RM30,000 + 6% cukai = RM31,800
-Caj pengendalian @ RM12,000 + 6% cukai = RM12,720

JUMLAH = RM79,053

4) Majlis tersebut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

Oleh yang demikian, saya ingin mengajukan soalan-soalan berikut kepada Perdana Menteri jika beliau benar-benar telus dan ikhlas untuk menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia:

1) Bilakah beliau akan mengemukakan 8 bukti yang disyorkan KEADILAN agar nama beliau dapat dibersihkan?

2) Dalam masa lebih kurang satu bulan, Perdana Menteri membelanjakan setengah juta ringgit untuk dua majlis mewah di Sri Perdana. Jika beliau bertegas ini dibayar oleh beliau sendiri, bagaimanakah beliau mampu berbelanja sedemikian rupa sedangkan pendapatan Perdana Menteri tidaklah seberapa?

3) Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung oleh rakan taulan yang memberi tajaan, siapakah mereka ini dan apakah bukti Perdana Menteri bahawa sumbangan kepada majlis peribadi tidak mempengaruhi apa-apa keputusan beliau selama ini?

4) Wajarkah Perdana Menteri berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat.

Perdana Menteri boleh sahaja tidak mengendahkan soalan-soalan ini, tetapi dengan bertanyakan soalan sebeginilah rakyat dapat membongkar pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam pengurusan dana awam NFC sehinggakan Barisan Nasional terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat.

Perdana Menteri membuat keputusan tidak menyambung tempoh perkhidmatan Dato' Seri Shahrizat Jalil apabila persoalan moral bersabit integriti sebegini diajukan kepada Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Apabila soalan-soalan yang sama diajukan kepada beliau sekarang, wajarlah beliau juga membuat 'pengorbanan' seperti yang dilakukan oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil dengan menjawab satu persatu secara ikhlas dan telus, demi menjaga integriti kerajaan.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
14 MAC 2012

RafiziRamli dotCom





Sila klik pada imej untuk paparan lebih jelas.

Anak-anak Sharizat juga Pecah Amanah?

Posted: 14 Mar 2012 03:19 AM PDT



DAP hari ini mendakwa, pengarah National Feedlot Corporation telah memindahkan dana berjumlah RM12 juta daripada pinjaman mudah kerajaan melalui satu syarikat berpangkalan di Singapura.


Pengarah publisiti DAP, Tony Pua mendakwa, pengarah berkenaan telah mengeluarkan wang tersebut secara terus melalui sebuah syarikat yang dinamakannya Global Biofuture Pte Ltd.

Beliau mendakwa demikian berdasarkan rekod audit daripada badan pengawalselia syarikat Singapura, Singapora Accounting and Corporate Regulatory Authority (ACRA) yang menunjukkan bahawa pengarah Global Biofuture telah berhutang dengan syarikat berkenaan.

"Berdasarkan akaun yang telah diaudit daripada ACRA bertarikh 31 Disember 2010, ia dinyatakan bahawa pengarah tersebut berhutang sebanya SGD4,975,415 (RM11.98 juta).

"Malah, seorang pemilik saham tunggal yang bukan merupakan seorang pengarah juga berhutang dengan syarikat tersebut sebanyak SGD60,000 (RM144,000)," kata Pua lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Pua juga berkata pengarah berkenaan telah mempertahankan pelaburan mereka sebelum ini dalam bidang restoran dan supermarket di Singapura sebagai satu usaha pemasaran dan promosi kepada produk daging NFC.

Bagaimanapun, dakwaan bahawa pengarah berkenaan telah mengeluarkan wang berjumlah hampir RM12 juta secara terus daripada Global Biofuture itu tidak akan dapat dipertahan, katanya.

Tambahnya, audit ACRA juga menunjukkan bahawa Global Biofuture telah berhutang sebanyak SGD7,935,877 (RM19.1 juta) kepada syarikat lain yang berkaitan dengan pengarah syarikat tersebut.

"Oleh itu kami mempunyai alasan yang kuat untuk percaya bahawa Global Biofuture merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat keluarga Shahrizat," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Pua mendakwa pengarah syarikat berkenaan merupakan anggota keluarga kepada menteri kabinet Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tiga orang pengarah syarikat tersebut merupakan suami Shahrizat – Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail serta dua orang anak mereka – Wan Shahinur Izran dan juga Wan Izzana Fatimah Zabedah.

Kesemua anak menteri itu, kecuali Wan Izzana, memegang 60,000 saham setiap seorang manakala seorang lagi anak Shahrizat, Wan Shahinur Izmir, juga memegang 60,000 saham syarikat tersebut, dakwa Pua.

Syarikat berkenaan, termasuk National Meat and Livestock Sdn Bhd, Real Food Company Sdn Bhd dan Meatworks (Singapore) Pte Ltd, kesemuanya mendapat sumber dana daripada pinjaman RM250 juta daripada kerajaan Malaysia, dakwa Pua lagi.

"Pemindahan wang kepada pengarah tertentu jelas merupakan jenayah pecah amanah dan penyalahgunaan wang awam...

"Peguam Negara seharusnya tidak teragak-agak untuk mendakwa pengarah NFC untuk penyalahgunaan yang amat jelas ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Malaysiakini

Najib belanja RM79,053 untuk Majlis Harijadinya.. wasatiyah konon...

Posted: 13 Mar 2012 11:34 PM PDT



KUALA LUMPUR 14 Mac: KEADILAN hari ini mendedahkan perbelanjaan mewah hari jadi Najib Razak pada 24 Julai 2011 di Seri Perdana berjumlah RM79,053.


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang medianya di Parlimen memberitahu, majlis tersebut menyajikan 47 juadah istimewa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

"Berdasarkan 'Banquet of Order' (BEO), majlis tersebut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun jelas ia adalah majlis peribadi Najib," kata Rafizi.

Purata perbelanjaan untuk 100 tetamu itu ialah RM207, RM7,000 bagi undangan kugiran Syed Sobri dan undangan kugiran 'Batak' (RM5,000) serta RM750 bagi 5 gelen minuman.

Manakala RM30,000 untuk gubahan bunga dan RM12,000 caj pengendalian cukai menjadikan jumlah keseluruhan RM79, 053.

Rafizi turut mendedahkan bukti baru yang belum disangkal Najib berhubung tempahan majlis pertunangan anaknya di Hotel Shangri-La atas nama pejabat Perdana Menteri.

Salinan BOE Shangri-La Hotel yang dikemukakan Rafizi menunjukkan pada ruang 'function' bertulis 'Private Dinner hosted by PM'.

Manakala alamat penganjur ialah 'Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan', iaitu pejabat Perdana Menteri sendiri.

"Persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos majlis pertunangan, tetapi ketelusan dan operasi pejabat Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan kepentingan peribadi dengan tugasan rasmi.

"Najib menjanjikan transformasi politik, ekonomi dan sosial. Tapi gagal menunjukkan contoh," tegas Rafizi mempersoalkan slogan yang dilaungkan BN seperti dasar ETP (Program Transformasi Politik).

"Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung penaja, apakah ia tidak mempengaruhi keputusan Najib selama ini? Dan wajarkan Najib berbelanja mewah ketika konsep 'wasatiyyah' dan kesederhanaan diperkenalkannya sendiri dalam pentadbiran.

Katanya lagi, sementara rakyat 'ikat perut' dan berjimat cermat, purata belanja hari jadi Najib yang mencecah RM800 itu lebih tinggi dari pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang berjumlah hanya RM500.






http://www.keadilandaily.com/?p=28211

RM22 Juta diluluskan Noh Omar untuk projek yang tidak diluluskan Majlis Daerah untuk siapa?

Posted: 13 Mar 2012 08:30 PM PDT



TANJUNG KARANG, Gara-gara obses dengan projek pembangunan yang menjanjikan pulangan lumayan untuk parti, kroni dan diri, undang-undang tidak lagi menjadi persoalan bagi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).


Projek yang sepatutnya melalui prosedur dan kelulusan pihak tertentu sebelum kerja pembinaan dimulakan juga dipandang sebelah mata sekaligus menjadikan kemudahan yang dibina bakal menjadi satu lagi projek gajah putih BN.

Terbaru, projek pembinaan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Bagan Pasir Penambang yang hampir 90 peratus siap juga tidak mendapat kelulusan mana-mana pihak termasuk kelulusan kerajaan negeri.

Menurut Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Dun Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri hari ini, projek yang menelan kos lebih RM22 juta itu juga tidak memiliki pelan yang diluluskan oleh pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).




"Sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan mestilah kemukakan Permohonan Kebenaran Merancang dari pihak kerajaan tempatan dan pihak berkaitan dengan mengemukakan Pelan Pendirian Bangunan dan Pelan Susunatur.

"Contohnya kelulusan Jabatan Alam sekitar, Jabatan Penilaian, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Pembangunan, Indah Water, TNB, Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancangan Pembangunan dan kesemuanya lebih kurang ada 19 pihak perlu meneliti sesuatu projek.

"Oleh kerana ia melibatkan pembinaan jeti, projek ini juga mesti dapatkan komen dan kelulusan dari jabatan maritim atau pun marin.

"Komen-komen dari jabatan-jabatan atau agensi yang saya sebutkan ini amat penting sebab ia melibatkan struktur bangunan itu sendiri supaya tidak timbul isu keselamatan atau bangunan runtuh apabila diduduki nanti.

"Jadi bila dah tak ada kelulusan pelan pembinaan, macamana pihak MDKS nak bagi sijil menduduki (CF) bila siap nanti sebab dah tentu mereka tahu tiada jaminan jeti itu selamat digunakan.

"Saya pasti Jeti itu nanti akan jadi satu lagi projek gajah putih BN sebab tak boleh dapat CF.

"Ini memang jelas, kalau tanya pada pihak majlis pun, mereka akan 'confirm' tiada kelulusan" ujar Yahya.

Tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan peruntukan RM22 juta terhadap projek yang tidak mendapat

kelulusan RM22 juta juga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

"Kenapa Menteri Pertanian, tergesa-gesa mengeluarkan peruntuk yang besar tanpa mahu berbincang dengan kerajaan negeri dan menunggu pemeriksaan pihak berkuasa tempatan untuk dapatkan kelulusan?

"Adakah semata-mata mahukan projek ini jalan supaya dapat habuan untuk kroni, parti dan diri sendiri sahaja, maklumlah sekarang dah dekat pilihan raya dah ni.

"Sekiranya projek ini beri manfaat kepada rakyat Selangor dan mematuhi undang-undang saya pasti pihak kerajaan negeri tentunya tidak akan menghalang," katanya lagi.

Selain itu Yahya turut mempersoalkan infrastruktur yang belum dibina meskipun proses pembinaan bangunan tersebut telah mencapai lebih 80 peratus.

Menurut beliau lagi, keadaan ini berlaku disebabkan ketiadaan pelan perancangan yang diluluskan.

Yahya turut menggesa pihak SPRM, Jabatan Audit Negara dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) segera campur tangan dalam isu yang melibatkan kepentingan awam ini.

Dalam isu yang sama, Setiausaha MDKS, Azahari Sairin memberitahu TVS hari ini, permohonan kelulusan pelan yang dihantar oleh pemaju telah tidak mendapat kelulusan pihak MDKS.

"Pemaju ada hantar pelan perancangan tetapi pihak MDKS kembalikan kerana didapati tidak menepati piawaian.

"Lepas itu mereka tak hantar semula untuk penilaian MDKS hinggalah sekarang yang menyebabkan pelan pembangunan Jeti LKIM tu memang tak diluluskan MDKS," ujar beliau.


Selangorku.com

Pengumuman Shahrizat langsung tidak membawa sebarang makna kata Rafidah

Posted: 13 Mar 2012 09:32 AM PDT



Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.


Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.

Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.

Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.

Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.

Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah - Malaysiakini

Ini dari The Malay Mail

Rafidah: You call that resigning?

"QUIT? What quit?". That seems to be the question on many lips following Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil's announcement on Sunday she was stepping down as the women, family and community development minister, in reaction to the National Feedlot Centre (NFC) scandal.

One of her harshest critics is her predecessor in Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, who indicated that one should not attempt to downplay the events that led to Shahrizat's term as senator not being renewed and hence losing her minister's post.

"There is no issue of stepping down or resigning!" Rafidah said when contacted by The Malay Mail.

"There is nothing to step down from as she is legally no longer a minister on April 8.

"She is not resigning on April 8, it is just that her senatorship expires that day and her ministerial post automatically lapses."

Calling Shahrizat's quit announcement as a "sham of a statement", Rafidah said resigning meant Shahrizat should quit immediately – while she was still a senator.

"So, really there is no sacrifice as it was a natural sequence of events," said the former minister of international trade and industry who was among the first to ask Shahrizat to quit over the NFC scandal.

"The party and government have had to face so much flak on account of her unwillingness to resign quickly and prioritise the interests of the party and the government."

Rafidah lost the Wanita Umno chief's post to Shahrizat in 2007 but retained her Kuala Kangsar parliament seat in the 2008 "political tsunami" that saw Barisan Nasional (BN) lose its two-thirds majority in the Dewan Rakyat.

In that general election, Shahrizat lost her Lembah Pantai seat to newcomer Nurul Izzah Anwar, but was appointed a senator and returned to the Cabinet.

Rafi dah also said since Shahrizat remained Wanita chief, she was still a burden to the party since members realised that she did not resign her ministerial post but that the post automatically lapsed on April 8.

She said it might be tough for Umno to explain why she did not step down as Wanita head.

"That issue is now a problem in itself. It does not matter what happens to one person but every division must now concentrate on the grassroots election work in every locality," she said.

However, Rafidah acknowledges that while the ministerial post is an appointed one, Shahrizat was elected as Wanita chief and hence one must also factor in the wishes of members.

"That (vacating her position as Wanita head) is her prerogative as she was elected," she said.


The Malay Mail

Tiada ulasan: