Rabu, 14 Mac 2012

Addin

Addin


Kenapa Muhyiddin Tidak Di Siasat?

Posted: 14 Mar 2012 04:00 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi fokus utama berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang kini berada dalam proses pembicaraan di mahkamah. Setakat ini hanya Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan suami, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang menjadi fokus utama berhubung kes ini.

Menurut Koordinator Jingga-13, Fariz Musa, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Menteri Pertanian ketika itu perlu diseret dan disiasat.

Katanya, ini memandangkan Muhyiddin adalah menteri yang bertanggungjawab memberikan projek tersebut kepada suami Ketua Wanita Umno tersebut serta boleh mengundang pelbagai persepsi.

"Pendedahan yang dilakukan sehingga Shahrizat menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri pada tempoh akhir menjawat jawatan Senator pada 8 April bererti dakwaan membabitkan NFC yang turut melibatkan ahli keluarganya mempunyai asas kebenarannya.

"Kalau tidak masakan Shahrizat akan meletak jawatan. Maka selepas ini Muhyiddin juga harus diheret untuk disiasat." jelas beliau.

Beliau turut mengulangi pendiriannya agar satu pemantauan menyeluruh akan dilakukan oleh pihaknya bagi memastikan segala maklumat dapat dibekalkan kepada mahkamah sekiranya diperlukan.

"Pokok utama besar adalah orang yang terlibat secara langsung bagi memastikan projek ini berjalan ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau juga harus mengambil sikap yang sama seperti Shahrizat untuk berundur kerana beliau harus bertanggungjawab terhadap pengagihan dana RM250 juta projek ini.

"Kita juga mempertikaikan mengapa Pengerusi NFC sahaja yang dikenakan tindakkan sedangkan laporan yang dibuat oleh Jingga-13 termasuk mengenai kondo dan sebagainya melibatkan secara keseluruhan pihak pengurusan NFC. Muhyiddin harus diheret bersama kerana isunya bermula awal lagi melibatkan Tan Sri Muhyiddin.

"Jadi tindakan yang diambil seolah-olah 'mengkambing hitamkan' Shahrizat dan Muhyiddin terus menyembunyikan segala fakta seolah-olah dia tidak terlibat. Kita yakin dan percaya bahawa tindakan dibuat untuk cuba menyembunyikan kejahatan yang dibuat oleh Muhyiddin yang terlibat secara langsung dalam kes ini," katanya.

Berhubung penolakkan usul bagi membincangkan perkara ini di Dewan Rakyat ujar beliau kes ini baru berada di peringkat sebutan dan pendakwaan baru sahaja dibuat.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dikemukakan pembangkang bagi bincangkan isu NFC kerana ianya sudah menjadi kes mahkamah.

"Bila tindakan Speaker menolak isu ini untuk dibahaskan kita lihat bahawa ini menjadi satu fenomena kepada Umno-BN untuk berdepan dengan ahli yang berhormat daripada PR (Pakatan) bagi membahaskan isu ini dengan lebih terperinci kerana takut segalanya dapat dibongkarkan untuk pengetahuan rakyat," katanya Faris lagi. ~tvs


Kalau Laksana Hudud, Saya Pertama Sokong - Malek Noor

Posted: 14 Mar 2012 07:08 AM PDT

Aziz Desa dan Malek Noor di sessi sembang petang KTC
Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap 'pendera' kanak-kanak begitu ringan.

Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.

Sembang Petang itu dikendalikan Ketua Pegawai Operasinya, Aziz Desa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataannya dalam ucapan sembangnya diawal majlis yang mengutuk kekejaman manusia mendera kanak-kanak termasuk ibubapa sendiri yang mencampak anak dari bangunan yang tinggi.

Ketika mengulas penderaan kanak-kanak, beliau tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.

Malek seterusnya berkata, kerana undang-undang yang ada dalam negara begitu longgar menyebabkan pesalah termasuk orang lain tidak pernah berasa insaf dengan hukuman yang dikenakan.

"Setakat hukuman setahun, dua tahun kemudian lepas, tidak akan menginsafkan mereka.

"Andainya kerajaan berhasrat untuk melaksanakan hukuman hudud, saya adalah orang pertama yang akan menyokongnya kerana yakin hanya syariat Allah yang dapat mendidik manusia,"ujarnya.

Turut hadir pada program khas yang dianjurkan untuknya adalah isteri beliau, Datin Wan Asma Wan Ismail.

Pasangan pengantin ini melangsungkan perhakwinan mereka di Kota Bharu pada 12 Mac lalu dan majlis repsepsinya berlangsung di Hotel Renaissance yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri.

Katanya lagi, begitu juga hukuman yang dikenakan ke atas mat rempit yang dianggapnya begitu longgar menyebabkan golongan terbabit tidak pernah insaf untuk berhenti.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu berharap Kelantan akan sentiasa dirahmati disamping mengharapkan negeri itu menjadi yang terbaik di negara ini.

"Hasrat saya untuk melihat negeri ini menjadi contoh pada negeri-negeri lain di negara ini kerana keistimewaannya yang tersendiri khususnya penerapan Islam,"ujarnya. ~kerengga

Addin :

Moga ramai yang mendapat hidayah dari Allah SWT..


SPR Kantoi Lagi.. Umur 60 Tahun Baru Nak Jadi Askar

Posted: 14 Mar 2012 06:17 AM PDT

Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hari ini mendakwa seramai 3,959 pengundi di seluruh negara telah ditukar status menjadi pengundi tentera atau polis. Fuziah berkata perkara itu tidak masuk akal kerana pengundi berkenaan berusia lebih 30 tahun. "Had umur untuk menyertai tentera dan polis ialah 30 tahun.

Tetapi ada di antara pengundi yang ditukar status ini berusia sehingga 60 tahun," dakwanya.

Bercakap kepada media di lobi parlimen, Fuziah juga mendakwa nama pengundi berkenaan telah dikeluarkan daripada daftar pengundi induk untuk suku ketiga tahun lalu tetapi muncul semua dalam senarai pengundi pos dalam suku tahun seterusnya. ~paspb


Isu SBPA : Najib Cakap Panggil Cuepacs, Cuepacs Cakap Tak Panggil Pun..

Posted: 14 Mar 2012 03:35 AM PDT


Kalau sebelum ini sepanjang perbincangan mengenai SBPA sebelum, acapkali kita mendengar keluhan daripada Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman yang mana mereka tidak dimaklumkan langsung butiran mengenai SBPA untuk diperbincangkan bersama sebelum ianya cuba dilaksanakan bermula awal tahun 2012. Tiba-tiba…..

Tiba-tiba apabila berlangsung sidang Dewan Rakyat semalam, terdapat pertanyaan & persoalan mengenai SBPA mengapa Cuepacs tidak dipanggil sama untuk berbincang mengenai pelaksanaan SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs sebelum ia mula mahu dilaksanakan awal Januari 2012.

SBPA Cuepacs 2012 Cuepacs VS Datuk Najib : Jawapan Perdana Menteri Mengenai Isu SBPA di Dewan Rakyat!!

Dan jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib di Dewan Rakyat semalam agak berlainan dengan kenyataan Datuk Omar Osman
  • Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs dalam merangka Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
  • Kerajaan telah mengadakan forum perbincangan bersama Cuepacs dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
  • Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi Cuepacs
  • Kerajaan juga menerima memorandum daripada Cuepacs dengan tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA
  • Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama Cuepacs diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs dan siri perjumpaan bersama Cuepacs yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs yang ditandatangani pada 28 Dis 2011

Aduan & Tuntutan Presiden Cuepacs Mengenai SBPA Sebelum ini

Cuepacs Latest News Cuepacs VS Datuk Najib : Jawapan Perdana Menteri Mengenai Isu SBPA di Dewan Rakyat!!

Soalan Datuk Mahfuz (Pas-Pokok Sena) & Jawapan Datuk Najib (BN-Pekan) Mengenai SBPA di Dewan Rakyat:

Soalan tambahan : Mengenai status 36 pegawai dalam Kumpulan Primier yang telah menerima ganjaran gaji dan pencen mengikut SBPA sejak 1 Jan lepas.
Jawapan : Perdana Menteri mengatakan : "Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ini. Kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam."
Ya…benar mana-mana menteri sebenarnya boleh memilih untuk menjawab atau tidak menjawab soalan yang dikemukakan di sidang dewan rakyat. Tetapi bukankah lebih baik untuk Datuk Seri Najib Razak tampil memberikan memberikan penjelasan, menjawab isu SBPA termasuklah memaklumkan jumlah dan angka yang terlibat, status terkini gaji mereka serta apa sebenarnya tindakan susulan yang bakal diambil selepas ini. Apatah lagi status Datuk Seri Najib yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Gaji Peringkat Kabinet.
Bagi kami soalan tersebut bukannya memihak pada kumpulan premier atau pun bawahan pun. Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran penjawat awam sekarang ini.
"Persoalan jika terus dibirkan tidak dijawab, akan timbul pula persepsi. Daripada persepsi pula akan menimbulkan fitnah daripada rpelbagai pihak"
Sekarang ini status bayaran terkini yang diterima 36 anggota dalam Kumpulan Premier dan 350 penyandang Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) yang telah menandatangani dokumen persaraan di bawah skim gaji SBPA masih lagi menjadi tanda tanya. Pada asalnya :

Imbuhan atau Gaji SBPA Yang Telah Diterima Kumpulan Premier :

  1. gaji Kumpulan Premier 4 adalah RM60,000 (gaji yang diterima Ketua Setiausaha Negara)
  2. gaji Kumpulan Premier 4 adalah RM45,000
  3. gaji Kumpulan Premier 4 adalah RM40,000
  4. gaji Kumpulan Premier 4 adalah RM35,000


~beritasemasa


Terkini!! Noh Omar Saman K'jaan Selangor, Adun Sekinchan RM20 Juta

Posted: 14 Mar 2012 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah ke atasnya. Menurut Noh, beliau menyaman RM10 juta terhadap kerajaan negeri itu dan RM10 juta lagi terhadap Ng.

Ini berikutan akhbar rasmi kerajaan negeri, Selangor Kini menyiarkan artikel bertajuk 'Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan', 'Noh

Omar khianat petani' dan 'Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani' pada 25 November hingga 2 Disember lalu yang disifatkan Noh sebagai fitnah.

Selangor Kini turut menyiarkan kenyataan Ng dalam penyiaran artikel berkenaan.

Noh dalam sidang media di lobi parlimen berkata saman telah difailkan pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pendengaran kes berkenaan adalah diputuskan 22 Mac ini.

Noh diwakili oleh syarikat guaman, Messrs Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak.

Menurut Noh, tindakan diambil atas kapasiti peribadi memandangkan kerajaan negeri didakwa menjatuhkan reputasinya sebagai seorang Menteri, Adun dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor.

"Mereka cuba tunjuk saya sebagai seorang perasuah. Kerajaan PKR Selangor bimbang bila tengok rakyat kembali sokong Barisan Nasional (BN) maka mereka cuba membuat tindakan sedemikian," katanya.

Dalam saman terhadap kerajaan negeri, enam individu turut dinamakan termasuklah Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin dan sidang pengarang akhbar Selangor Kini. ~fmt


Usul MP Subang Berkenaan Gani Patail, Musa Hassan Di Tolak

Posted: 14 Mar 2012 12:47 AM PDT

KUALA LUMPUR - Usul Ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa untuk membincangkan tuduhan terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa terbabit dalam kes jenayah serius ditolak Dewan Rakyat yang bersidang di sini hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)(c) kerana menurut beliau usul berkenaan melanggar Peraturan Mesyuarat 23(1)(i).

"Perkara yang dibangkitkan bukan suatu perkara tertentu seperti yang dikehendaki mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2), ia mengandungi pelbagai tuduhan," katanya.
Sementara itu Sivarasa menyifatkan tuduhan itu sebagai serius dan mahu dewan membincangkan hal tersebut.

Katanya isu itu bukan spesifik dan mendakwa Gani menyalah guna kuasa untuk campur tangan dalam kes mantan Ketua Polis Negara yang didakwa terlibat dengan jaringan kongsi gelap di Johor.

"Usul yang difailkan berdasarkan akaun bersumpah. Dakwaan itu mempunyai kredibiliti dan ia bukan hanya cakap lisan, ia patut di bahaskan di dewan," kata Sivarasa.

Semalam, Sivarasa melalui usulnya turut menggesa agar Dewan Rakyat melantik satu tribunal di bawah Perkara 125 (3) Perlembagaan

Persekutuan untuk menyiasat tuduhan itu dan menentukan sama ada ia berasas atau sebaliknya.

Beliau berkata tindakan susulan juga dilihat perlu dan ini termasuklah perlucutan jawatan dan hukuman penjara.

Portal berita sebelum ini mendakwa Gani dan Musa masing-masing terlibat menyalah guna kuasa dengan menganiayai beberapa pegawai polis yang menyiasat kes seorang tokoh kongsi gelap adalah sesuatu yang "serius".

Tuduhan pertama terhadap Gani iaitu memberi perlindungan kepada satu orang penting dalam jaringan di Johor dikenali sebagai 'Tengku Goh' dan mencelah dalam kes ini selepas Goh dibuang negeri ke Kelantan.~freemalaysiatoday

Raja Bersiong Kata.. "Ini Risalah PKR, Kami Kata Ini Umno Yang Buat"

Posted: 14 Mar 2012 12:19 AM PDT

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menunjukkan risalah pembangkang yang menyokong penuh usaha KWPKB, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan dalam menjayakan Skim Pembiayaan Khas Penjualan Projek Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN) dan Perumahan Awam yang diusahakan oleh kerajaan selama ini yang dipertikaikan oleh pihak pembangkang di Lobi Parlimen, pada Rabu. 

 Addin :

Betul ke nih? Boleh percaya ke nih? Apabila sampai kepada kamu berita dari golongan munafik, eloklah di selidiki dulu.. Kalaulah betul, apa motif  PKR buat seme benda-benda nih? Ini bukan hakim di Malaysia yek.. yang tak perlu motif dalam pembunuhan. Addin yang hari-hari pergi ke high court pun tak sebangang hakim nih.. 

Buat apa Nurul Izzah nak buat risalah nih untuk sokong agenda bodoh Umno nih.. Jikalau seme benda nih fitnah, Addin rasa eloklah PKR buat laporan polis je, kasi saman Umno, kasi cepat lingkup..


Polis Sahkan NGO Pro Umno Di Resapi Samseng?

Posted: 13 Mar 2012 11:22 PM PDT

Kita minta supaya satu siasatan menyeluruh dilakukan keatas kumpulan-kumpulan NGO yang kebelakangan ini yang tidak ada rasa segan silu melakukan provokasi dan menganggu ketenteraman awam. Kita bukan mahu menuduh sembarangan , tetapi harap pihak polis akan segera menyiasat Pertubuhan Wira Perkasa Pulau Pinang yang baru-baru ini bersikap sangat biadap - tunjuk tapak kasut kepada seorang Ketua Menteri dan juga Waris Malaya yang serang ABU dalam Dewan MBSA seksyen 30 Jalan Kebun, Shah Alam di sini .

Gelagat Samseng yang kedua-dua NGO ini paparkan sangat menggugat ketenteraman awam jika langkah membendungnya tidak diambil segera.
,Polis mengesan terdapat anggota kumpulan kongsi gelap menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar yang terkenal di negara ini, semata-mata bagi mengaburi pihak berkuasa tentang kegiatan haram mereka.

Wujud individu tertentu menyalahgunakan keahlian sebagai ahli NGO untuk mendapatkan pengaruh dan mengumpul penyokong , katanya lagi di sini

Bertindaklah wahai Polis! Jangan hanya keluarkan kenyataan sahaja.Kuasa ada di pihak kamu untuk mempastikan kesejahteraan dan keamanan negara yang tercinta ini. ~alhusseyn


Lagi Tindakan Jahat SPR Untuk Selamatkan Umno BN

Posted: 13 Mar 2012 09:15 PM PDT

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesan 13,000 pengundi yang meragukan di Sabah tetapi tidak boleh menggugurkan nama mereka dalam daftar pemilih kerana ia bertentangan dengan undang-undang, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata mengikut undang-undang, SPR tidak dibenarkan menggugurkan nama pemilih berkenaan melainkan dengan bukti yang kukuh.

Katanya setakat ini tiada mana-mana pihak termasuk waris yang tampil membantu membuat pengesahan mengenai status rekod pemilih terbabit.

"Walaupun kita sudah pamerkan (senarai nama pemilih meragukan itu) dan menghantar CD kepada parti-parti politik, namun kita masih gagal mengesan mereka. Kebanyakan mereka ini adalah golongan warga tua.

"Dalam hal ini, kita bergantung kepada Jabatan Pendaftaran Negara dan semakan Daftar Pemilih oleh Mimos Berhad seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi Penambahbaikan Pilihan raya untuk tujuan pembersihan daftar pemilih," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas merasmikan majlis taklimat kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

13, 000 di Sabah

Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa SPR akan menggugurkan sebanyak 42,025 nama (termasuk 13,000 di Sabah) yang tersenarai sebagai pemilih berdaftar setelah rekod mereka didapati meragukan.

Mengenai proses pengiraan undi pada pilihan raya akan datang, beliau berkata ia akan hanya dimulakan pada 4 petang bagi kawasan pusat mengundi yang ditutup awal.

Katanya langkah itu penting bagi mengelak kemungkinan keputusan bocor dan orang tertentu menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan "perang psikologi atau pemikiran".

"Inilah cabaran baru untuk SPR, kerana dengan adanya rangkaian komunikasi yang pantas seperti Facebook, Twitter dan SMS, semua boleh berkomunikasi dengan siapa sahaja dengan mudah," kata Abdul Aziz.

Pada pilihan raya sebelum ini, kertas undi mula dikira seawal waktu tengah hari di beberapa pusat penjumlahan.

Nasihat daftar segera


Ditanya sama ada SPR bercadang mengharamkan penggunaan telefon bimbit di pusat penjumlahan undi, Abdul Aziz berkata setakat ini suruhanjaya itu belum berhasrat untuk menguatkuasakan peraturan seumpama itu.

Beliau juga merayu kepada rakyat Sabah yang berumur 21 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai pemilih secepat mungkin bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum yang akan datang.

Daripada 1.2 juta penduduk Sabah yang berumur 21 ke atas dan layak mengundi, 312,070 belum mendaftar.

"Saya nasihatkan mereka supaya mendaftar segera. Masih ada masa lagi kerana Daftar Pemilih hanya diwartakan pada bulan Mei ini," katanya. ~bernama

Addin :

Berapa banyak bukti lagi daa..



Rupa-Rupanya Sebab Ini Pengarah NFC Di Dakwa Di Mahkamah Tergesa-Gesa

Posted: 13 Mar 2012 08:31 PM PDT

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa Pengerusi NFC telah didakwa dimahkamah kelmarin, sedangkan umum mengetahui bahawa kertas siasatan bagi membolehkan pihak pengurusan NFC didakwa di Mahkamah telah dikembalikan untuk kedua kalinya kepada pihak Polis oleh Jabatan Peguam Negara.

2 Mac 2012 lalu, mStar melaporkan kertas siasatan berhubung Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) telah diserahkan kembali kepada pihak polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar .

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara mengarahkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes tersebut bagaimanapun mereka tidak dimaklumkan sebab kertas siasatan tersebut dipulangkan.

Rupa-rupanya ini adalah sebahagian dari agenda UMNO/BN bagi mengelakkan ianya dibahaskan di Parlimen kerana jika ianya dibahaskan akan lebih banyak nama-nama pemimpin UMNO yang terlibat akan timbul…

Suami Sharizat terpaksa dijadikan 'Kambing Hitam' atau dalam kes ini lebih sesuai dikatakan sebagai 'Lembu Hitam' untuk menyelamatkan ramai lagi pemimpin UMNO..

Noh Omar mengesahkan agenda ini.. sila baca di bawah..

Noh cuba elak kontroversi NFC, serah pada mahkamah

Ahli Parlimen BN yang ingin maklumat lanjut berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) sehingga menyaksikan pengerusi eksekutifnya didakwa atas empat pertuduhan termasuk kesalahan pecah amanah, kecewa apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengelak daripada membincangkan isu itu secara langsung.

briefing for BN mps by Agriculture Minister Noh Omar on National Feedlot Corporation (NFC) scandalSebaliknya Noh, pada taklimatnya kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di ibu negara malam tadi, lebih banyak bercakap mengenai agihan peruntukan bagi membolehkan mereka "memantau" masalah dalam sektor pertanian di parlimen masing-masing.

Menurut beliau, kementeriannya banyak menerima soalan 'panas' khususnya berkaitan NFC yang perlu dijawabnya pada sidang parlimen yang sedang berlangsung.

Perbahasan Dewan Rakyat bagi penggal baru tahun 2012 bermula semalam.

"Kali ini kementerian terima banyak soalan. Soalan-soalan yang panas pun ada. Soalan-soalan berkaitan Fidlot.

"Tapi mungkin (saya) tidak perlu menjawab (di sini), (sebab) sudah ada kes. (Nanti) ia subjudis," katanya.

NONESemalam pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan kerana didakwa pecah amanah dan menggunakan dana syarikat tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.

NFC dilaporkan menerima kontrak bagi projek ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan dan diberi pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan bagi memastikan bekalan daging bagi pasaran tempatan adalah mencukupi. Ia terletak dan dikawal selia oleh kementerian pertanian dan industri asas tani.
Medan terbaik

Kontroversi muncul selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut terdapat kelemahan dalam projek berkenaan. PKR kemudiannya membuat susulan dengan mendedahkan pelbagai kelemahan syarikat berkenaan termasuk dakwaan penyelewengan dana dan pembelian beberapa kondominium mewah bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

NONESementara itu, ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan yang hadir pada taklimat itu berkata perbicaraan di mahkamah adalah platform terbaik bagi NFC menolak segala dakwaan yang dilemparkan.

Bahkan, katanya, ia juga menjadi medan terbaik kepada syarikat itu mengemukakan bukti bagi membersihkan nama mereka.

"Ia menjadi tempat yang baik kepada mereka untuk menggunakan hujah mereka dan ia juga menjadi jalan terbaik untuk menamatkan (kontroversi yang berlaku)," kata Rahman.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang Ahad lalu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikannya sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).

Shahrizat, bagaimanapun akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

NONEMenjawab soalan, Rahman juga berkata NFC juga perlu memberikan lebih banyak penjelasan berhubung kontroversi yang timbul berbanding kementerian yang terbabit.

Katanya, selaku ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) beliau pernah mendapatkan penjelasan daripada NFC dan mendapati ada penjelasan yang mempunyai 'merit' dan ada yang menimbulkan 'persoalan'.

"Oleh itu, alangkah bijak jika menggunakan mahkamah sebagai jalan untuk memberi penjelasan tanpa sebarang gangguan," katanya.

Beliau juga akan bertanyakan kepada pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid sama ada jawatankuasa tersebut mahu meneruskan siasatan terhadap NFC memandangkan terdapat perkembangan baru berhubung isu berkenaan. ~malaysiakini

sumber


Tiada ulasan: