Khamis, 8 Mac 2012

shalehudin

shalehudin


Pi buat lawak kat Afrika la woi... kahkahkah...

Posted: 08 Mar 2012 10:00 AM PST

Muhyiddin Buat Lawak.. Kalau Lawak Kat Afrika Orang Percaya Laa..

Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno adalah "berdasarkan merit", kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Projek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

Penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun adalah seorang pengarah dalam kedua-dua syarikat berkenaan.

Dia ni memang dah berlengaih pun... kahkahkah...

Posted: 08 Mar 2012 08:08 AM PST

Mashitah: Bila Belengasnya Sudah Kering

Betullah kata orang wajah yang cantik tidak semestinya mencerminkan akhlak dan pertuturan yang murni. Begitu juga wajah yang buruk (subjektif penilainya) bukan menggambarkan perwatakan dan pertuturan yang buruk dan jelek. Kalau ini boleh dibuktikan dengan apa yang berlaku ke atas Mashitah Ibrahim, iya adalah salah satu buktinya nyata.

Mashitah seorang yang cantik, putih melepah campur kekuningan bunga kunyit muda. Kecantikan itu memegunkan setiap mata memandang, baik lelaki maupun perempuan. Apa lagi saat emosi dan berahinya tumpah wajahnya akan kelihatan 'belengas macam tapai mala' dalam mata jantan.

Lelaki yang merenung dan melihat ke dalam anak matanya akan boleh terkulai dan lemah seluruh orat saraf. Terbawa-bawa wajahnya ke dalam mimpi sampai ke muara Subuh. Demikian cantik dan ayunya Mashitah seayu namanya. Aduhai...

Selain memiliki wajah yang ayu dia seorang yang cerdik dan berilmu. Dia seorang penceramah (motivator macam Hasan Akidah...lah) wanita yang handal. Namanya jadi sebutan dan wajahnya selalu muncul dalam tv dan menjadi penghiasan muka depan majalah. Tahu membaca hadith dan Quran kalau pun tidak semua ayat-ayat perintah dan larangan ditaati dan dipatuhinya dengan yakin kul hayakin.

Kerana kehebatan dan kebolehan itu dia diambil masuk ke gelanggang politik? Mungkin juga pengambilan itu bukan sangat kerana kebolehannya, tetapi kerana kecantikan dan syaksiyah yang nampak Islami. Parti Umno memang obses kepada kecantikan perempuan bukan kepada nilai tambah Islam.

Mulanya orang teruja dan mengira dia akan dapat menjadi seorang serikandi politik yang hebat dan merubah keadaan dalam Umno. Menjadi perjuang kepada kebenaran dan keadilan seperti Siti Khadijah isteri Rasulullah s.a.w. Pembela kepada kaum Hawa. Harapan jauh diberikan kepadanya agar memperbetulkan budaya kerja dan sosial di kalangan wanita Umno. Dia diharap menjadi Ibu Hadhari dan ketua wanita Umno. Tetapi malang tidak sampai ke situ daya politiknya lemah.

Kelembutan, ketakwaan dan keimanananya nampak seperti turut mencair selepas bergelumang dengan politik. Tiada teguran kepada sosial wanita Umno. Tidak pernah terdengar dia menyebut fasal kepentingan kain tudung kepada wanita Umno. Rafidah atau Sharizat Jalil atau Siti Hasmah yang rambut berjuntai di dahi macam ekor burung damak jantan. Mashitah tidak pernah tegur. Bahkan dia sendiri pernah bersalam dengan lelaki bukan muhrim tanpa berlapik di parlimen, saya sendiri menyaksikannya?

Akhir-akhir ini akhlak dan tutur katanya semakin memburuk. Mungkin sudah tertelan air liur pemimpin-pemimpin Umno yang suka bercakap huduh atau sudah terlangkah air kencing Selentia. Mashitah sudah berani memburukan orang lain dan memfitnah musuh-musuh partinya. Mashtitah sudah melakukan upacara buka mulut kali kedua barangkali dengan menggunakan cincin atau batu Mahathir.

Wanita cantik dan belengas ini sudah mula pandai mengatakan orang dan membuat tuduhan melulu tanpa disertakan fakta dan bukti cukup. Dia sudah membudayai politik Umno yang sedia melakukan apa saja kejahatan demi kuasa. Soal adat budaya dan hukum hakam tidak dipedulikan lagi.

Bacalah apa yang terkandung dalam catatan Mashitah ini yang disiarkan dalam sebuah akhbar. Tenguk macam mana liar dan huduhnya sifat dan pemikiran Mashitah tidak setanding dengan kecantikan dan 'kebelengasan' tubuhnya yang Allah anugerahkan kepadanya.

"Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

"Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

"Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

"Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

"Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.

Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

"Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

"Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

"Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

"Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

"Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir."

Jelas sekali tulisan dan kritikan Mashitah kepada para pemimpin pembangkang itu fitnah dan fakta yang tidak tepat. Nampak sangat Mahsitah sedia digoda syaitan agar membuat fitnah kepada sesama manusia. Dia sudah menjadi alat kepada politik munafik. Di mana ilmu dan kewarakannya selama ini. Mungkin bukan saja saya, orang lain yang pernah menganggap Mahsitah bukan saja cantik tetapi berilmu, terkejut beruk dengan bentuk penulisan berunsur fitnah itu. Begitu juga seorang lelaki yang tergila-gilakan Mashitah sampai kini sudah meleburkan cintanya apabila melihat Mashitah sudah berubah?

Ada dua tempat sekurang-kurang dalam tulisan Mashitah itu bohong dan fitnah dan sengaja mahu memburukkan pihak yang dituduh. Pertama mengenai tuduhan terhadap Presiden Pas, Abdul Hadi Awang kononya pernah ada skandal dengan anak dara orang untuk dijadikan isteri ketiga. MasyaAllah... Nauzubilahiminazalik....

Dari mana Mashitah mendapat cerita ini kalau ia bukan dari bisikan syaitan dan Iblis. Syaitan dan iblis sangat hampir dengan sesetengah pemimpin Umno seperti mana kata Nazri Aziz. Bila Nazri kata Anwar Ibrahim iblis, ertinya Nazri juga iblis atau hantu kerana iblis mengenali iblis. Anwar dulu pun Umno juga.

Kedua ialah tuduhan ke atas Adun Selising Saiful Bahari itu. Mashitah kata Saiful ada sekandal dengan isteri orang dan kena tumbuk di stesen keretapi Wakaf Baru. Dari bakul sampah syaitan mana Mashitah mengutip cerita ini dan ditulis untuk paparan umum. Benarlah wanita akan jadi lebih kejam dari lelaki kerana ia dikuasai 90 peratus nafsu amarah berbanding lelaki hanya 10 peratus.

Demikian juga dengan isu-isu dihadapi Mat Sabu, Badrul Amin dan bekas speakar Dun Kelantan (sebanrnya bekas timbalan speakar) Kelantan itu. Sedih seorang ustazah yang belengas macam Mashitah dia tidak membuat semakan baik dari undang-undang dan juga hukum sebelum menulis untuk mencernakan pemikiran siasahnya kepada media.

Terhadap dua tuduhan beliau ke atas Saiful dan Abdul Hadi Awang itu, tindakan undang-undang (saman) boleh dilakukan. Saya mengsyorkan demi kebaikan dan pengajaran kepada Mashitan, Abdul Hadi dan Saiful Bahari menyaman Mashitah binti Ibrahim. Elok juga kalau giring wanita ini ke mahkamah mudah Mashitan akan tersedarari keenakan sofa politik.

Saya yakin catatan dan idea itu bukan original dari Mashitah. Ada tukang tulis yang menulis kemudian menggunakan nama Mashitah. Bagaimana pun persepsi dan pandangan buruk akan dipikul oleh Mashitah kerana ia diletakkan nama Dr Mahsitah Ibrahim. Maka berhati-hatilah untuk bercakap isu politik yang dilakar oleh orang lain kerana akhirnya keburukan terkena ke atas tubuh kita.

Natijah naifnya politik Mashitah menyebabkan tulisan itu memberi damage kepadanya. Ia boleh menghapuskan kebelengasan wajahnya dalam mata lelaki. Mata lelaki ada kalanya bukan berapikan nafsu semata-mata tetapi ada juga yang bernurkan ilmu. Pakailah kosmetik berjenama apa sekali pun atau cukurlah bulu kening tetapi kalau mulut sudah busuk orang akan benci dan menjauhi kita.

Seburuk-buruk dan sebenci-benci Rosmah Mansor kepada pemimpin pembangkang yang memburuk dan memfitnahkan suaminya Ha Najib Razak, Rosmah tidak pernah menulis atau upah orang membuat fitnah kepada pemimpin pembangkang seperti mana Mashitah Ibrahim. Tampaknya di akhir zaman ini Rosmah kelihatan lebih ustazah berbanding dengan seorang digelar ustazah seperti Mashitah?

http://msomelayu.blogspot.com/

Ca teka: Insaf ka penakut... kahkahkah...

Posted: 08 Mar 2012 06:15 AM PST

Fitnah Mashitah Terhadap Pimpinan PR Telah Dipadam

Tulisan Dr Mashitah Ibrahim yang bertajuk Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan bertarikh 2 Mac 2012 di akhbar Sinar Harian telah dipadam. Tulisan yang mengutuk serta memfitnah peminpin PR termasuk Datuk Haji Hadi tidak lagi kelihatan di akhbar tersebut. Mungkin dia telah insaf.

Semalam kali terakhir ia dilihat masih terdapat di ruang kolumnis, tetapi hari ini dibuang. Kini hanya tinggal tulisan sebelumnya Dana Yahudi untuk pilihan raya? bertarikh 24 Februari 2012.

Hilangnya tulisan tersebut, ia memberi menggambar bahawa;
  • Sememang Dr Mashitah mengakui tulisan bersumberkan 'tepi longkang' itu sememang fitnah dan tak terpakai. Dia mengakui ketelanjurannya.
  • Mungkin juga ia diarahkan oleh pihak UMNO sendiri kerana tulisan dengan fitnah keterlaluan boleh memudharatkan UMNO sendiri, lantas ia terpaksa dibuang.
  • Atau sememangnya pihak Sinar harian sendiri merasakan buruknya tulisan tersebut dan ia terpaksa dipadam.

Jadinya kalau Mashitah begitu sayangkan UMNO, ingin menulis untuk menangkan UMNO jangan menjadi seperti blogger pencacai, sesedap rasa ingin menulis. Ini kerana dia seorang Ustazah bertaraf Menteri, yang tulisannya dipakai puak-puak pokai ilmu!! - ekeleh

Rambut Rosmah lebih kembang dari Dr Mashitah... kahkahkah...

Posted: 08 Mar 2012 04:42 AM PST

Rosmah lebih baik dari Mahsitah.

Senator Datuk Dr.Mashitah ahli dalam bidang ugama Islam, seorang timbalan menteri di JPM jika dibandingkan dengan Datin Paduka Dr Rosmah Mansor isteri kepada PM Najib Razak (belajr ilmu sekular) lebih baik budibicaranya jika dibandingkan dengan wanita ini yang bernama Mashitah. Jika nak dibandingkan kecantikkan dan keayuannya sedap dipandang memang Mashitah orangnya.

Namun disegi akhlak umum Rosmah lebih baik seratus peratus dari Mashitah walaupun rosmah hanya pakai selendang. Tudung Mashitah baunya hapak dan dipenuhi anasir ansir jahat dan seorang perempuan kaki fitnah yang berselindunh dengan kelulusan ugma yang tinggi. Mashitahkan merosakkan indentiti seorang perempuan muslimat dan seseorang yang ada kelulusan ugama Islam atau pakar dalam ugama Islam.

Dalam tulisan dalam satu akhbar arus perdana menuduh dan membuat fitnah kepada Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang presiden PAS dengan gadis bawah umur tidak dapat dimaafkan oleh semua pendokong dan ahli PAS serta umat Islam Malaysia. Mashitah berniata jahat dan hatimya jahat dan merosakkan nama Dato Presiden.

Hai Mashitah mengapa anda sanggup membuat fitang yang jijik terhadap seorang ulam islam yang cukup dihormati seluruh nusantara dan dunia Islam?. Adakah kamu wahai masitah dalam keadaan kersang dan mabuk habuan dunia dan pangkat?.

Kelemaham rosmah Mansor suka beli barang mewah, mungkin Rosmah banyak duit dan tabung simpanan Rosmah bermula sejak Rosmah kecil lagi. Rosmah tak buat kerja jahat dan kerja Fitnah kepada seseorrang terutama yang bergelar ulama dan tidak membuta kerja fitanag kepada Tuan Guru Haji Hadi. Dalam hal ini syabas kepada Najib Razak menjaga tutut kata Rosmah agar tidak membuat kerja jahatseperti Mashitah.

Kesimpulam mudah diatas dunia ini Rosmah lebih baik dan amat baik jika dibandingkan dengan wanita yang bernama Senator Datuk Mashitah timbalan menteri diJPM.

Kami syorkan kepada semua ahli PAS dan pemimpin peringakt pusat dan negeri membuat laporan Polis dan bertindak menyaman wanita yang bernama Mashitah agar mulut Mashitah yang busuk lagi jahat sebagai pengajaran.

Atau dianjurkan satu sembahyang hajat seluruh negeri agar Masitah mendapt hidayah Allah agar beliau sedar dan insaf.

Tun Mahatahi... kahkahkah...

Posted: 08 Mar 2012 12:00 AM PST

Mahathir terus menggumba idea burukkan pembangkang

Benarlah barang kali Mahathir Mohamad seorang pendendam. Dia tidak akan diam selagi orang yang didendaminya tidak lenyap dari bumi ini. Episod pendendaman Mahathir ini bersiri, banyak kalau hendak dihuraikan. Kekalahannya dalam pilihan raya 1969 kepada Yusof Rawa menyebabkan beliau dendam kepada Pas dan orang Cina sampai ke hari ini. Peristiwa itu boleh disimpulkan sebagai dendam beliau yang pertama kepada orang Cina.

Mahathir menghukum kekalahan itu disebabakan Cina sedangkan dia lupa tindakan orang Cina tidak mengundinya kerana keceluparan mulutnya juga yang mengatakan dia tidak memerlukan undi Cina. Kesombongan Mahathir itu menyebabkan orang Cina di Kota Star menolak beliau.

Kekalahan itulah menyebabkan beliau berdendam dengan orang Cina. Kalau beliau menerima ia hanya bermuka-muka saja. Mahathir hanya dekat dan mesra dengan orang Cina yang menjadi tauke saja tetapi tidak dengan Cina marhain. Antara Cina kaya yang menjadi rakannya ialah Vincent Tan dan lain-lain.

Dia juga dendam dengan Tengku Razaleigh sehinggakan sanggup melupai persetiaan dalam persahabatan serta memungkiri amanat Hussein Onn. Dendam itu menyebabkan beliau terus menganiaya dan mendendami Tengku Razaleigh. Puncanya bukan apa sangat, Mahathir mengatakan kekalahannya dalam pertandingan merebut jawatan naib presiden Umno tahun 80-an yang mendapat undi ketiga terbawah disebabkan Tengku Razaleigh. Itu saja.

Hanya kerana prejudis menyebabkan beliau mendendami Tengku Razaleigh sekaligus mengkhianati amanah dan akhirnya menyebabkan Umno jadi porak peranda. Perpecahan tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46 adalah angkara Mahathir.

Demikian dendam dan kebenciannya kepada Anwar hari ini adalah kesinambungan kepada episod kebencian dan dendam itu. Mahathir tidak pernah berniat untuk menerima baik Anwar. Otaknya penuh dengan prejudis dan prasangka. Walaupun Anwar sudah beberapa kali membuat pengisytiharan memaafi Mahathir namun tidak pernah disambutnya.

Terbaru Mahathir sekali lagi melemparkan fitnah dengan niat hendak mengkhianati Anwar dengan membuat andaian NGO yang sokong Anwar telah disokong oleh Amerika. Tuduhan ini satu lagi kerja jahat Mahathir Mohamad pada saat orang sedang menggali lubang lahad kehidupannya. Tidak ada bukti yang disertakan beliau hanya mengandaikan saja. Kenapa harus kaitkan Amerika dengan Anwar Ibrahim?

Kata Mahathir Amerika akan menyokong sesiapa saja menentang pimpinan yang tidak sebulu dengan negara itu. Saya hendak tanya apakah selama Mahathir memerintah Malaysia 22 tahun beliau diancam oleh Amerika? Rasanya tidak. Kalau begitu apakah bermakna pemerintahannya sebulu dengan Amerika kerana Amerika tidak memeranginya?

Tidak dinafikan Amerika agak mencampuri urusan Malaysia dengan mengkritik dasar Mahathir dari beberapa sudut. Perkara paling jelas apabila kerajaan Mahathir bertindak zalim kepada rakyat Malaysia. Sebagai sebuah negara memperjuangkan hak asasi manusia negara itu tidak akan dapat berdiam diri bila berlaku kekejaman di mana-mana pun. Kebetulan pada akhir tahun 90-an Mahathir telah berlaku kejam ke atas bekas timbalannya, Anwar Ibrahim. Apa yang Mahathir lakukan terhadap Anwar dikecam oleh sesiapa saja kerana ia terlalu sadis dan jijik.

Apakah apabila Amerika memberi simpati kepada Anwar maka Mahathir terus menuduh Amerika hendak menjatuhkan kerajaan Malaysia? Mahathir lupa yang menjatuhkan beliau bukan Amerika tetapi Umno sendiri. Umnolah yang mendesak Mahathir agar berundur di mana mereka menggunakan kebencian rakyat yang simpati kepada Anwar ketika itu yang mengadakan tunjuk perasaan.

Mahathir sudah tidak sesihat dulu. Ingatan dan ulasan sejarah politiknya yang dilalui pun dilupai. Kerana itu tuduhan beliau NGO yang sokong menentang kerajaan hari ini disokong Amerika juga adakah satu kelupaan Mahathir sendiri. Ulasan beliau itu tidak lebih untuk menyerang kerajaan untuk memastikan UBN berkuasa kerana dengan cara itu saja beliau boleh menimbus dosa-dosanya.- MSO.

Bersedialah untuk terkejut...

Posted: 07 Mar 2012 10:00 PM PST

Sedia untuk semua kemungkinan

Kejutan hanya untuk yang tidak tidak menjangka sesuatu akan berlaku di luar dugaan dan dalam politik, tidak ada mustahil. Segala yang mungkin pasti berlaku dan yang hanya 'mengejutkan' rakyat adalah 'waktu' dipilih untuk sesuatu berlaku, menyebabkan ada tersalah sangka dan tersilap jangka.

Tetapi untuk ahli politik, adalah lumrah bersedia untuk semua kemungkinan, termasuk apa yang dipopularkan suatu ketika dahulu - dengan perkataan dibahasa Inggeriskan iaitu perkara yang 'un-sangka-rable'.
Siapa sangka setelah hampir empat tahun berlalu sejak 2008 perkara yang 'un-sangka-rable' berlaku, iaitu 'tsunami politik' yang menghakis kekebalan majoriti dua pertiga BN di Parlimen, kembalinya lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan ke tangan rakyat dan kemenangan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang memungkinkan pelantikan Ketua Pembangkang baru?

Siapa sangka akibat hasil 'tsunami politik' pilihan raya ke-12 mencetuskan tindak balas BN yang berbilang serampang penuh konspirasi - pelantikan perdana menteri baru, episod fitnah dua dengan tuduhan salah laku terhadap Anwar Ibrahim dan rampasan kuasa negeri Perak?

Siapa sangka suara rakyat Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, walaupun ditentang dengan kuku besi, telah mencipta lembaran baru kuasa rakyat di mana Jawatankuasa Terpilih Parlimen Reformasi Pilihan raya terbentuk dan satu rang undang-undang Perhimpunan Awam secara segera dan terburu-buru diluluskan?

Siapa sangka gagasan Pakatan Rakyat yang perjuang berbagai isu dengan mengeluarkan pelbagai dasar demi rakyat akan ditiru perdana menteri seperti saranan Reformasi Politik dan Pemulihan Demokrasi, termasuk - Penghapusan Deklarasi Darurat, ISA, Auku, PPPA - dan belanjawan alternatif 2012?

Siapa sangka isu 'barang naik' yang telah sekian lama didukung Pakatan Rakyat telah memaksa BN melahirkan berbagai skim kaya akronim seperti KRIM, PRIMA dan BRIM yang dengan jelas - mengaku kebenaran analisa Pakatan Rakyat bahawa rakyat bertambah miskin akibat dasar-dasar ekonomi BN yang anti-rakyat seperti penswastaan berat sebelah, ketirisan wang keluar negara sebanyak RM1 trilion, kegagalan implementasi DEB, korupsi di peringkat tertinggi dan monopoli perniagaan?

Siapa sangka pihak berkuasa terpaksa mengaku apa yang sekian lama disebutkan oleh Pakatan Rakyat bahawa takrif pendapatan isi rumah miskin yang digunakan BN, iaitu RM800 sebulan terlalu rendah dan salah?

Siapa sangka 'Tawaran Jingga' yang berpaksikan empat tawaran utama bagi 'Bersihkan Malaysia' - Pelaksanaan Federalisme Tulen untuk kembalikan kuasa dan hak kepada semua negeri, Reformasi Felda demi kesejahteraan peneroka, Memperkasakan Perkhidmatan Awam sebagai penggerak pembangunan negara dan Polisi Anti-Monopoli untuk kurangkan kos sara hidup rakyat akan menggegarkan Putrajaya?

Siapa sangka susulan 9 Januari 2012 bawa kepada rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan penghakiman yang mendapati Anwar tidak bersalah dalam kes Fitnah 2 diteruskan - manakala rayuan melibatkan Razak Baginda dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya tidak dibuat - hanya membuktikan laungan awal oleh perdana menteri tentang kebebasan institusi kehakiman tidak benar?

Siapa sangka di negeri lahirnya Umno yang dikatakan parti nasionalis beradab dan beradat telah berlaku peristiwa baling batu rosakkan kereta ketua pembangkang hanya meyakinkan kita memang benar budaya 'baling batu sorok tangan' adalah teras perwatakan Umno yang semakin berasa terancam dengan tuntutan reformasi rakyat?

Siapa sangka dua pemimpin parti MCA dan DAP berbahasa Tionghoa berani berdebat secara langsung di kaca TV, sebaliknya seorang pemimpin parti Melayu terbesar yang pernah berucap tidak pernah 'gentar' dengan sesiapa pula mengelak berdebat dengan ketua pembangkang?

Siapa sangka tawaran alternatif Pakatan Rakyat kepada rakyat yang menduduki flat kos rendah diberikan pilihan melalui skim Pembiayaan dua peratus seperti NFC atau konsep Sewa Hingga Milik Tanpa Faedah berbanding tawaran kerajaan dengan pinjaman dari sumber KWSP dengan kadar 6.5 peratus langsung tidak diendahkan oleh menteri?

Siapa sangka Pakatan Rakyat yang sudah teruji dengan liku-liku perjuangannya, sudah membuktikan kemampuan merangka dasar dan dengan izin Maha Esa, sudah bersedia memerintah di Kerajaan Pusat jika dipilih rakyat, akan diberikan laluan mudah oleh Umno?

Jadi, janganlah kita putus harap, terus istiqamah bersih nama Malaysia dan bebaskan minda serta jiwa kerana apa yang kehidupan dan politik ajar kita adalah - semua itu mungkin walaupun 'un-sangka-rable'.- NURUL IZZAH

Woiihh... Seram sejuk betoi baca artikel nih...

Posted: 07 Mar 2012 08:00 PM PST

Altantuya Dibunuh Kejam: Zaki Selamatkan Najib Altantuya Dan Razak Baginda!

Wednesday, March 07, 2012
Nampaknya penghakiman bertulis yang dikeluarkan hakim Mohd Zaki Mohd Yassin bukan saja mengelirukan bahkan boleh dianggap skrip raja lawak paling hebat sepanjang zaman!

Walaupun ada motif terhadap rakan baik Najib Altantuya, Razak Baginda yang terlepas dari dikenakan pertuduhan membunuh model Mongoila, Altantuya Shaaribuu, hakikatnya Najib Altantuya sendiri yang pasti mengarahkan agar tiada kaitan dapat dilakukan antaranya dengan Razak.

Justeru yang menjadi mangsa adalah dua anggota polis pengiring yang dikenakan hukuman mati iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.

Sekali lagi dunia tertipu dengan lakonan mahkamah paling memualkan di dunia berkonspirasi dengan Najib Altantuya untuk kekal di puncak kuasa.

JALAN PULANG

Siapa Yang Arahkan Azilah Tembak Altantuya Shaaribuu?? - 18 Disember 2011

Apa akan jadi kepada pembunuh-pembunuh Altantuya Shaaribuu??

Di mana Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar kini??

Apakah benar-benar mereka akan ke tali gantung, atau sedang berdebar menantikan keputusan pilihanraya umum ke 13 yang sebenarnya bakal menentukan nasib mereka??

"Saya kambing hitam. Orang yang arah saya masih bebas dan popular di luar sana."

Siapakah orang yang Azilah maksudkan???

Abdul Razak Abdullah Baginda??

Atau NAJIB ALTANTUYA??

ATAU ROSMAH MANSOR???

___________________________________

Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah kes pembunuhan berprofil tinggi yang berlaku di Malaysia.

Di dalam kes ini, seorang rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan berdekatan Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Enam orang ditahan dan disiasat berhubung dengan kejadian ini.

Kes ini berprofil tinggi kerana ia melibatkan Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan perdana menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Altantuya Shaariibuu telah dijumpai secara ngeri di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja, berdekatan Shah Alam, Selangor di antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan C4.

Lokasi itu berdekatan dengan Empangan Tasik Subang. Beliau merupakan model sambilan dari Ulan Bator, ibu negara Mongolia, utara China. Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Pakar patologi mengesahkan cebisan mayat itu milik Altantuya dan disyaki dibunuh dengan letupan C4 iaitu probable blast related injuries (kecederaan berkaitan letupan).

Enam orang ditahan termasuk Abdul Razak Baginda Cif Inspektor Azilah Hadri (30 tahun) dan Koperal Sirul Azhar Umar (35 tahun).
_____________

Bukti Azilah Terbabit

1) 7 November 2006 : Polis merampas sekeping nota dari pejabat Azilah. Nota itu tercatat nama pegawai penyiasat persendirian tertuduh ketiga, alamat tempat tinggal Altantuya, nombor telefon dan namanya.

2) Keterangan saksi-saksi yang melihat pada malam Altantuya dibawa dari rumah Abdul Razak.

3) Rakaman televisyen litar tutup (CCTV) di lobi Hotel Malaya , CCTV di lobi bangunan Getah Asli dan komunikasi melalui telefon.

4) Lokasi letupan ditunjuk sendiri oleh Cif Inspektor Azilah Hadri

5) Keterangan saksi-saksi bahawa Azilah Hadri bersama Sirul Azhar Umar, adalah orang terakhir dilihat bersama dengan Altantuya.

6) Polis merampas beberapa barang milik Altantuya daripada Sirul Azhar. Sepasang selipar Sirul Azhar ada kesan darah simati.

7) Altantuya ada memberitahu rakannya jika dia ' hilang' 2 atau 3 jam pada 19 Oktober 2006 , cepat-cepatlah buat laporan polis dan carilah 'Razak Baginda'.
___________________

Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas.

Dua lelaki penyiasat persendirian (45 dan 35 tahun) disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut. Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid meluluskan permohonan polis bagi menahan reman dua bekas anggota polis itu dan kini ditahan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Malaysia.

Seorang Cif Inspektor dari Unit Tindakan Khas, seorang Lans Koperal wanita dari Kontinjen Polis Petaling Jaya dan seorang konstabel turut ditahan reman 7 hari. Mereka ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengesahkan beliau telah meminta bapa, ibu dan anak Altantuya yang menetap di Ulan Bator, Mongolia untuk datang ke Malaysia bagi memberi keterangan dan ujian darah DNA.

Para pegawai pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara, anggota Jabatan Forensik Bukit Aman serta pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) membuat pemeriksaan semula di Empangan Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Altantuya Shaariibuu berusia 28 tahun dari Ulan Bator, Mongolia disyaki ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga butir bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg (nama lama, Leningrad), Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia menguasai bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Mongolia.

Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bator.

Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.

7 / 8 Oktober 2006 Altantuya ke Malaysia bersama adik perempuan dan sepupunya mencari Razak Baginda , bapa kepada bayi lelakinya yang berusia 16 bulan. Anak kecilnya bernama Altanchagai.

Altantuya mahukan Razak Baginda membiayai kos rawatan lebihan cecair di kepala Altanchagai.
Cif Inspektor Azilah Hadri mulanya dibela oleh Zulkifli Nordin.

Tapi, Zulkifli Nordin menarik diri kerana ada campur tangan serius pihak ketiga sewaktu pembelaan dan perbicaraan. Kemudian, peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar dilantik sebagai peguambela Azilah Hadri.

Dr Shariibuu Setev seorang profesor psikologi dan isterinya Altentsetseg Sanjaa (52) tinggal di daerah Bayangol, 19 horoo, Block 56, Apartmen 28, Ulanbaatar, Mongolia .

10 November 2006 : Dr Shariibuu Setev (56) tahun) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang jam 6 petang . Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan ke Hospital Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dan ujian sampel DNA.

Polis bahagian forensik menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas Shaariibuu Mash-Muj untuk mengesahkan kesahihan identiti cebisan mayat yang dikutip oleh unit forensik di Empangan Tasik Subang.

Sampel darah ibunya , Altantsetseg, 53 turut dibawa dari Mongolia. Sampel darah Altanchagai, 16 bulan, belum diambil lagi. Altanchagai sedang sakit dan sedang mendapatkan rawatan di Mongolia.

Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi mengiringi Dr Shariibuu Setev dan memberikan sidang media di di pejabat Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia di Sunway Damansara.

Shariibuu Setev merupakan Pengarah Pusat Maklumat dan Pendidikan, Iniversiti National Mongolia. Beliau menyifatkan anaknya sebagai penyayang, berpelajaran tinggi, sentiasa mengambil berat dan amat disayangi, dan beliau tidak menduga anaknya dibunuh dengan kejam.

4 Jun 2007 : Shariibuu Setev ,Burmaa @ Amy (28 tahun), dan dua lagi saudaranya ke Malaysia. Shariibuu Setev tidak pernah berjumpa dengan Razak Baginda sebelum ini. Tetapi Burmaa @ Amy pernah berjumpa dengan Abdul Razak Baginda di Mongolia 'beberapa kali'
__________________________________

17 Oktober 2006 Altantuya datang ke rumah Abdul Razak di Damansara. Altantuya telah buat kecoh dan polis telah membawanya ke Balai Polis Brickfield. Altantuya berhenti di kaunter depan dan seperti hendak membuat laporan polis. Ang Chong Beng mengheret Altantuya keluar dahulu dan buat perundingan yang menguntungkan ' menang menang' terlebih dahulu.

Altantuya telah menuntut USD500,000 dan tiga tiket penerbangan ke Mongolia daripada Abdul Razak. Tuntutan itu ketika Balasubramaniam, penyiasat persendirian Ang Chong Beng dan Balasubramaniam berada di luar Balai Polis Brickfield antara jam 11.00 - 12.00 malam.

Altantuya menuntut wang itu selepas Ang Chong Beng memujuk Altantuya tidak membuat laporan polis mengenai Abdul Razak.

Balasubramaniam setuju akan memaklumkan kepada Abdul Razak dan akan memaklumkan semula kepada Ang Chong Beng melalui telefon jika ada perkembangan lanjut.

19 Oktober 2006 sekitar 7.20 malam Altantuya dan 2 teman wanita melintasi rumah Abdul Razak di Damansara. Altantuya datang dengan teksi tapi tidak berhenti.

Balasubramaniam yang berkawal di rumah Abdul Razak, telah menelefon Abdul Razak.

Ketika itu Abdul Razak tiada di rumah kerana keluar berbuka puasa dan meminta supaya Balasubramaniam mengawasi rumahnya. Dia hendaklah menghantar SMS jika Altantuya datang ke rumahnya.

Setengah jam kemudian (8.00 malam) Altantuya datang semula dengan teksi seorang diri, tanpa 2 teman wanita lain.

Altantuya telah bercerita dengan Balasubramaniam tentang 'nasib malang'nya . Abangnya suruh ugut Abdul Razak konon menebus apartmen di Mongolia yang dipertaruhkan dalam perjudian.

Ibunya mengidap mengidap penyakit barah dan terlantar di hospital. Altantuya memberitahu dia tiada wang untuk membayar bil-bil penginapan di Hotel Malaya.

Altantuya marah-marah di depan pagar rumah Abdul Razak dengan kata-kata: "You bastard, come out I want to see." Tapi Abdul Razak tak keluar-keluar.

Selepas kecoh, Altantuya dibawa pergi dengan kereta peronda polis tanpa paksaan, tetapi sukareka masuk ke dalam kereta peronda polis.

Polis itu membuat satu panggilan telefon, tapi tak tahu kepada siapa.

Polis itu memberitahu Balasubmaniam bahawa Altantuya akan dibawa pergi.

Selepas Altantuya bertanya, Balasubmaniam memberitahu dua lelaki itu ialah saudara Abdul Razak (sepatutnya polis). Kemudian beritahu polis akan tangkap dia.

Dia sendiri pergi ke kereta Proton Wira dan duduk di bahagian belakang. Wanita di depan kereta itu beralih tempat ke belakang. Lelaki di belakang beralih tempat ke depan kereta.

Abdul Razak berkata 'ok' apabila Balasubramaniam memaklumkan melalui telefon bahawa Altantuya dibawa oleh polis.

Pemandu teksi berang kerana Altantuya tidak bayar RM150.00 seperti dijanjikan. Polis yang menaiki Wira hanya membayar RM50.00 dan 100.00 lagi mintalah daripada Balasubramaniam. Esoknya baki tambang itu dibayar oleh Subramaniam.

Abdul Razak tahu kehadiran Altantuya di hadapan rumahnya malam itu dan minta Balasubramaniam 'melayan' sehingga 'orang-orangnya' sampai.

'Orang-orangnya' itu ialah Azilah Hadri dan Sirul Azhar. Altantuya dibawa dengan Proton Wira merah oleh dua anggota polis itu.

20 Oktober 2006 jam 2.00 - 3.00 petang Balasubramaniam menemui Abdul Razak di pejabatnya bagi menuntut baki bayaran perkhidmatan RM2000.00 lagi.

Balasubramaniam tanya Abdul Razak di mana Altantuya ditahan tapi dia tanya balik soalan yang sama dan meneka di mana Altantuya ditahan. Balasubramaniam meneka Altantuya mungkin ditahan di Balai Polis Travers atau penjara Cawangan Khas di Jalan Ipoh.

20 Oktober 2006 jam 11 malam Ang Chong Beng, Uuriintuya Gal Ochir dan Namiiraa Gerelmaa datang ke rumah Abdul Razak di Damansara dan menjerit-jerit "Altantuya dikurung dalam rumah, bebaskan Altantuya".

Kemudian seorang inspektor polis telah datang setelah Ang menelefon polis dan melaporkan misteri kehilangan Altantuya.

21 atau 22 Oktober 2006 : Abdul Razak menghubungi Balasubramaniam untuk membuat laporan polis di Balai Polis Brickfield.

Abdul Razak tidak pernah mengupah Balasubramaniam untuk membunuh atau mencederakan Altantuya. Tetapi suruh 'tunggu' sehingga Altantuya kehabisan wang dan dengan sendiri balik ke Mongolia.

Malahan Abdul Razak tidak mahu sebarang perkara tidak diingini berlaku kepada Altantuya.

Abdul Razak ada memberitahu Balasubramaniam bahawa Abdul Razak akan ke Hong Kong 24 Oktober 2006 iaitu Hari Raya Aidil Fitri pertama, anaknya Roweena Abdul Razak dan isterinya Mazlinda Makhzan akan ke London pada 25 Oktober 2006, hari raya kedua.

Lantaran itu Abdul Razak merasakan laporan polis tidak perlu kerana akan mengganggu tugasnya itu.

Perkhidmatan Balasumbramaniam ditamatkan secara tiba-tiba oleh Abdul Razak kerana Suras Kumar (pembantu Balasubramaniam) terlalu rapat dengan Altantuya dan dua rakannya.

Abdul Razak memberitahu Balasubramaniam nombor bilik Hotel Malaya tempat Altantuya menginap.

1 November 2006 : Balasubramaniam dipanggil oleh ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk sesi kawat cam dan diberitahu tentang pembunuhan Altantuya.

Selepas itu Balasubramaniam memaklumkan kepada Abdul Razak bahawa Altantuya telah dibunuh. Padahal tugasnya telah ditamatkan pada 26 Oktober 2006. Abdul Razak menghantar ugutan sms ( forward) daripada Amy .(saudara Altantuya)

Antara 26 Oktober 2006 hingga 7 November 2006: Balasubramaniam menelefon Abdul Razak beberapa kali berhubung Altantuya tetapi Abdul Razak menyatakan dia sendiri tidak tahu.

Balasubramaniam telah direman (ditahan) dua kali (3 hari dan 7 hari) oleh Mahkamah Majistret bagi membantu suasatan.

Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.

"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu.

Beliau bagaimanapun menyatakan seorang dari tiga tertuduh itu, iaitu penganalisis politk Abdul Razak Baginda mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana wanita tersebut pernah mengugut beliau tetapi ini tidak boleh jadi asas kepada mahkamah memanggil tertuduh berkenaan untuk membela diri.

Abdul Razak, adalah rakan rapat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika itu. Abdul Razak kemudiannya dilepas dan dibebaskan tanpa diminta membela dirinya.

Bagaimanapun, dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.

"Persoalan yang berlegar untuk saya putuskan ketika ini adalah siapa yang mempunyai kaitan untuk menyebabkan kematian itu," kata Hakim Mohd Zaki.

"Saya bermula dengan bertanya kenapa tertuduh pertama (Azilah) dan tertuduh kedua (Sirul Azhar) berada di Hotel Malaya (di mana Altantuya serta sepupu dan rakannya menginap) pada 18 Okt, 2006. (Rakaman litar tertutup menunjukkan) mereka berada di tingkat 8, iaitu tingkat yang sama di mana si mati menginap."- FB

PANAS!!! Rayuan seorang peguam...

Posted: 07 Mar 2012 06:00 PM PST

Malaysia dah jadi macam negara mafia...
Yang berduit terus berkuasa...
Yang berkuasa terus bermaharajalela...
Menindas ikut suka mak bapak depa...
Undang2 dicipta untuk depa langgar saja...

Tingginya hidung diaa... hehe...

Posted: 07 Mar 2012 04:00 PM PST

Se Malaya dah tau, DPPP nak jumpak Mahathir perbetoi fahaman dia pasai hudud...
Surat dah hantar, tarikh dah cadangkan... 14hb Mac nih...
Tapi apa cerita lepaih tu? Hari ni dah 8hb Mac dah nie... senyap je...
Pendokong2 PR masih menantikan perkembangan terkini dari anak2 muda harapan nusa bangsa nih... berselingsing lengan berjumpak ngan Mahathir bagi menegakkan yang benar...

Semoga pertemuan pemuda ngan Mahathir akan memberikan kesedaran dan kefahaman yang jelas berkaitan hudud, insyallah... walaupun memang Mahathir dah sedia tinggi hidungnya... haha...



Bila BOB Kuman mula insaf...

Posted: 07 Mar 2012 02:00 PM PST

Subhanallah...
Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Tahniah bro, semoga ditetapkan iman...

Perut terburai, disyaki angkara judi...

Posted: 07 Mar 2012 12:00 PM PST

Disyaki angkara judi, seorang lelaki warga Vietnam telah ditemui mati dalam keadaan ngeri ditetak dengan bahagian perutnya terburai...

Tiada ulasan: