Addin |
- Faizal Rancang Perangkap Khalwat Ustaz Badrol Amin
- Najib Terbukti Gagal Bila Batal SBPA - Nurul Izzah
- Pelarasan Gaji SSM Turut Dinikmati Penjawat Awam Di Tangga Gaji Maksima
- Penjawat Awam Terima Tunggakan Gaji Mac Atau April Ini
- (Dikemaskini) Skim SBPA Di Batalkan, Kenaikan Gaji SSM Sehingga 13%
- Razak Baginda!!.. Ini Bukan Bukti Ke?
- Ini Dia Senarai Kenyataan-Kenyataan Hina Islam Oleh Pemimpin Umno
- (Gambar) Pemimpin PKR Ziarah Mangsa Banjir Kilat Di Sekitar KL
- Polis Cabul Anak Kandung
Faizal Rancang Perangkap Khalwat Ustaz Badrol Amin Posted: 08 Mar 2012 08:30 AM PST Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno. Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya. "Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya. "Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya kepada mStar. Pada Ahad Badrulamin tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu di sebuah hotel di Balok.. Malah Badrulamin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau. Dalam pada itu ditanya kemungkinan peragkap yang dimaksudnya itu didalangi oleh ahli PKR dan penyokong pembangkang sendiri, Badrulamin menolak perkara berkenaan. "Saya tak fikir rakan-rakan saya terlibat. Saya yakin dalam perjuangan kami bersama, mereka tidak akan khinati saya," katanya.~utaranews |
Najib Terbukti Gagal Bila Batal SBPA - Nurul Izzah Posted: 08 Mar 2012 07:06 AM PST "Hanya setelah didesak menerusi kritikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat berserta wakil-wakil pekerja CUEPACS barulah tindakan seraya 'sudah terhantuk baru terngadah' diambil oleh Perdana Menteri hari ini," kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan hari ini. Beliau mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak hari ini bahawa SBPA dimansuhkan, manakala Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan. Menurut Izzah, pembatalan SBPA itu juga menggambarkan kegagalan kerajaan untuk prihatin terhadap jurang pendapatan penjawat awam, dan mempamerkan sikap sambil lewa dan elitis pemerintah. "Ini berlaku di persekitaran di mana jurang pendapatan antara gaji terendah dan tertinggi pada waktu ini dianggarkan 19.5 kali," ujarnya. Sebelum ini, SBPA menerima tentangan hebat, khususnya dari Cuepacs yang tidak bersetuju dengan penyelarasan gaji di bawah skim berkenaan. Misalnya, pegawai kerajaan berpangkat Turus dan Jusa dikatakan bakal menerima kenaikan gaji sebanyak 500 peratus dan 100 peratus, manakala di peringkat kakitangan pelaksana pula hanya mendapat kenaikan 7 peratus hingga 13 peratus. Sehubungan itu, Nurul Izzah menuntut prinsip-prinsip yang wajib diterima pakai oleh kerajaan sekiranya SSM diteruskan. Antaranya, golongan penjawat awam terendah harus menerima gaji sara hidup dengan jumlah sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan seperti dicadangkan dalam belanjawan Pakatan Rakyat. Katanya, ia juga perlu mengambil kira prinsip penilaian prestasi dan piawaian perkhidmatan termasuk usaha mengurangkan pembaziran, ketirisan dan amalan rasuah dengan menggalakkan penggunaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Selain itu katanya, SSM juga perlu disemak secara interim setiap lima tahun, dan semakan utama setiap sepuluh tahun, melibatkan semua pihak berkepentingan di dalam siri perbincangan dan keahlian jawatankuasa kecil dan teknikal semakan skim saraan.~utaranews |
Pelarasan Gaji SSM Turut Dinikmati Penjawat Awam Di Tangga Gaji Maksima Posted: 08 Mar 2012 06:37 AM PST KUALA LUMPUR, 8 Mac - Penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksima akan turut menikmati pelarasan gaji di bawah penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). "Mekanisma pelarasan dan butiran terperinci akan kita bincangkan dalam suruhanjaya yang ditubuhkan nanti," kata Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman ketika dihubungi Bernama Khamis. Najib hari ini mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan SSM yang ditambah baik selain mengumumkan pelarasan gaji di antara tujuh peratus dan 13 peratus bagi penjawat awam mengikut gred. Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan malah rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara. Omar berterima kasih kepada Perdana Menteri bagi pihak penjawat awam di atas pengumuman tersebut dan meminta penjawat awam agar bersabar dengan pelaksanaan pelarasan gaji tersebut. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan pula berkata keputusan membatalkan SBPA dilihat sebagai tindakan bijaksana yang memberi keadilan kepada semua pihak. "Mungkin ada pihak yang kurang puas hati dengan keputusan ini, namun kita perlu rasional bahawa kerajaan dalam masa yang sama tidak mampu memuaskan hati semua pihak," katanya. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) Khairil Niza Khairuddin yang menyambut baik pelarasan gaji itu bagaimanapun mahu kerajaan bertindak mengawal kenaikan harga barang di pasaran supaya tidak menjejaskan kenaikan gaji penjawat awam. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata pembatalan SBPA adalah bukti kerajaan mengiktiraf dan memahami beban rakyat terutamanya penjawat awam. "Sistem negara moden memperuntukkan kerajaan perlu mengambil kira dan pandangan dari pihak peniaga mahupun masyarakat sivil dan pembatalan ini jelas menunjukkan Perdana Menteri kita telah mengotakan janjinya sebelum ini," katanya. Anggota tentera Saiful Azmie Mohammed, 35, yang bakal menerima kenaikan gaji 13 peratus berkata pembatalan SBPA adalah satu tindakan yang wajar. "Anggota beruniform seperti saya yang berada dalam kumpulan antara gred 42 hingga 44 tidak ada bantahan dengan pembatalan dan kenaikan gaji," katanya. Seorang guru Mohd Sanusi Ismail, 46, berkata penjawat awam perlu bersyukur dengan kenaikan tersebut dan tidak patut mengeluh mahukan gaji yang lebih tinggi daripada kerajaan. "Jumlah kenaikan telah diputuskan, saya tidak kisah kerana bagi saya mudah, jika kewangan kerajaan mampu dan ada bajet lebih, sudah pasti rakyat dan penjawat awam orang pertama yang akan menerimanya," katanya. Pensyarah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam Zariyawati Shaari, 32, berkata pembatalan SBPA mempunyai kebaikan dan keburukan. "Saya menerima kenaikan 13 peratus, namun masih terlalu awal untuk menilai dan terdapat beberapa isu yang masih tidak jelas mengenai pembatalannya. Penolong Pentadbir Tanah Ahmad Fayadh Abdul Manap, 26, pula kecewa dengan pembatalan SBPA. "Saya rasa SBPA ini memberi satu fasa baru kepada penjawat awam secara keseluruhannya. Sepatutnya SBPA yang perlu ditambah baik bukan SSM yang dikekalkan. "Perlu diingatkan bahawa mereka yang mendapat kenaikan gaji berdasarkan skim SBPA merupakan pegawai kerajaan yang mempunyai kelayakan akademik setimpal," katanya. Beliau berkata kenaikan gaji pegawai kerajaan melalui skim SBPA secara tidak langsung boleh membantu mereka untuk membayar balik pinjaman pendidikan ketika menuntut di institut pengajian tinggi sebelum ini. Kakitangan Majlis Perbandaran Bentung A Kalaichalvi, 32, berkata beliau berpuas hati dengan pengumuman hari ini kerana jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dengan nasib kakitangan awam terutamanya golongan bawahan. Wan Othman Deraman, 55, dari Majlis Daerah Besut berpendapat pelarasan gaji 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga 54 merupakan keputusan yang adil untuk semua penjawat awam. "Pemansuhan SBPA pula kembali merapatkan jurang antara pegawai atasan dan kekananan," katanya. Mohd Noor Shukor, 54, yang bertugas di Jabatan Pertanian Negeri Perak pula beranggapan ia sesuatu yang adil dan saksama dan dapat menghapuskan segala kritikan terhadap kerajaan sejak SBPA diperkenalkan. "Terima kasih Perdana Menteri kerana memberi khabar gembira dan berharap semua berpuas hati dan membalas jasa baik kerajaan dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya. Petugas Jabatan Imigresen Johor Kee Siew Lan, 28, pula mengucapkan terima kasih kerana sudi mendengar setiap masalah yang dihadapi penjawat awam dan pemansuhan skim itu merupakan langkah tepat demi memastikan penjawat awam terus memberi komitmen dalam mutu kerja. Di KEMAMAN, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata pengumuman Perdana Menteri mengenai pembatalan SBPA dan mengembalikan SSM yang ditambah baik adalah pilihan terbaik yang diberikan bagi penjawat awam. "Kakitangan awam patut berpuas hati dengan apa yang diperjuangkan oleh CUEPACS sehingga Perdana Menteri sanggup membatalkan SBPA itu untuk memberi kepuasan kepada kakitangan kerajaan. "Ini menunjukkan kerajaan semasa adalah kerajaan yang prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan serta mendengar masalah rakyat," katanya. Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kira-kira 4,000 penjawat awam termasuk berstatus kontrak di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka akan menerima kenaikan antara 7 hingga 13 peratus itu mengikut tarikh penyelarasan yang ditetapkan kerajaan pusat. Katanya penyelarasan tersebut merupakan satu kenaikan yang wajar dan sebagai motivasi agar penjawat awam di negara ini dapat meningkatkan produktiviti negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.~bernama |
Penjawat Awam Terima Tunggakan Gaji Mac Atau April Ini Posted: 08 Mar 2012 06:27 AM PST PUTRAJAYA 8 Mac – Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012. "Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing. "Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini. Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain. ~utusan |
(Dikemaskini) Skim SBPA Di Batalkan, Kenaikan Gaji SSM Sehingga 13% Posted: 07 Mar 2012 10:48 PM PST PUTRAJAYA 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini. Berita lanjut akan menyusul..Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54. Pelarasan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam hari ini. Najib mengumumkan perkara tersebut ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama kira-kira 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini. Jadual Gaji Minimum -Maksimum diperkenalkan menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Jadual gaji yang diubah suai itu menyaksikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred. Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan Perhimpunan kakitangan awam pada pagi ini bersama PM Najib telah memutuskan perkara berikut, secara ringkas 1. SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM seperti sebelumnya. 2. Penubuhan Suruhanjaya Khas. 3. Pelaksanaak gaji kembali kepada sistem gaji matrik dalam SSM. 4. Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 setahun. 5. COLA dinaikkan, RM200 kepada RM250, RM100 kepada RM150. 6. Insentif lain dikekalkan-insentif wilayah, pendalaman. 7. Kenaikkan gred untuk guru-guru berdasarkan 'time-based'. Sumber : RTM, Utusan Addin : Apapun pemberian kita terima.. kepada semua jangan lupa perjuangan asal kita. Yang pasti kita lawan tetap lawan.. |
Razak Baginda!!.. Ini Bukan Bukti Ke? Posted: 07 Mar 2012 06:38 PM PST Beberapa panggilan telefon dikenalpasti dibuat antara penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan tertuduh pertama, Ketua Inspektor Azilah Hadri, pada malam warga Mongolia ltantuya Shaariibuu dibunuh. Ini termasuk satu panggilan yang dibuat sejurus sebelum pembunuhan itu - perkara itu dinyatakan pada kertas pertuduhan yang mencatatkan masanya sebagai antara jam 10 malam pada 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi, keesokan harinya - yang menyaksikan Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati. Azilah menelefon Abdul Razak, sekutu rapat dan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika itu, pada jam 9:41 malam, 19 Oktober 2006, dan perbualan telefon itu berlangsung selama 40 saat. Panggilan itu dirakamkan oleh syarikat pengendali telefon dilakukan sekitar pondok tol di Jalan Duta. Pada hari berikutnya, sekitar jam 10:41 pagi, Azilah sekali lagi berhubungan dengan Abdul Razak selama 32 saat. Azilah dan Sirul - kedua-dua mereka adalah anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan Timbalan Perdana Menteri - bersama-sama disabitkan kesalahan membunuh Altantuya di kawasan hutan yang sedang dibersihkan di Shah Alam enam tahun lalu. Walau bagaimanapun, bentuk perbualan antara Abdul Razak dan Azilah tidak diketahui. Azilah dan Sirul membawa Altantuya dari luar rumah Abdul Razak di Damansara Heights pada malam 19 Oktober, selepas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang ketika itu berkhidmat dengan penganalisis politik itu, menyerahkannya kepada mereka. ~malaysiakini Addin : Ini baru betul-betul mahkamah kanggaru.. |
Ini Dia Senarai Kenyataan-Kenyataan Hina Islam Oleh Pemimpin Umno Posted: 07 Mar 2012 05:34 PM PST 1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Dan Terbaru Hukum Hudud Tiada dalam Al-Quran. Hanyalah rekaan Ahli fekah.. 2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan. 3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor. 4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan. 5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. 6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. 7. "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa. 8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa. 9. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan. 10. "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas. 11. "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO. 12. "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 13. "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 14. "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan. 15. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan. 16. "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan. 17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan. 18. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama." - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah. 19. "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam." - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota. 20. "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam." - Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan. 21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92 Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat. 1. "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam" - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997. 2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC. 3. "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa" - Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS. Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya. Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut. 1. "Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997. 2. Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka" - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC) Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes 'The Zouk', Ampang) 1. "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya". - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001 2. "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," - Dato' Rais Yatim, Jun 2001 Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang. Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras. ~siasahsikini |
(Gambar) Pemimpin PKR Ziarah Mangsa Banjir Kilat Di Sekitar KL Posted: 07 Mar 2012 04:23 PM PST Pemimpin KEADILAN meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa banjir berikutan banjir kilat di bebarapa kawasan, antara malam tadi hingga awal pagi ini. Malah, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa membonceng motosikal untuk sampai ke beberapa kawasan banjir, baik di taman perumahan mahupun kawasan kampung. "Membonceng motosikal untuk menziarahi mangsa banjir lumpur di Jalan Pinang dan Jalan Kempas, Kampung Melayu Ampang akibat hujan lebat," katanya. Menulis di twitter awal pagi ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu membonceng motosikal untuk menziarah 34 keluarga mangsa banjir di Kampung Melayu Ampang. Beliau juga melawat Taman Bukit Mulia dan memantau kerja pembersihan tanah runtuh di Ukay Perdana yang dijalankan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan bomba. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula menziarah mangsa banjir lumpur Ampang di Lembah Jaya Utara dan sempat beramah mesra dengan mereka. "Alhamdulillah, selesai lawatan. Mangsa-mangsa banjir menunjukkan kesabaran dan iman yang tinggi. Semoga diberi pahala dan diganti dengan yang lebih baik. Amin" tulisnya di twitter jam 2 pagi. Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar pula merancang untuk menziarahi mangsa banjir di Kampung Pasir selepas menerima maklumat pada tengah malam. "Banjir kilat di Kampung Pasir, kebanyakan rumah penduduk dimasuki air. Saya akan lawat esok, Insya-Allah," tulis Ahli Parlimen Lembah Pantai itu melalui twitter. Kuala Lumpur dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat tidak henti sejak petang, menyebabkan kawasan rendah dinaiki air. Masalah itu sudah menghantui penduduk ibu negara sejak sekian lama tanpa sebarang penyelesaian konkrit dari kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). ~keadilandaily |
Posted: 07 Mar 2012 04:00 PM PST GEORGETOWN - Seorang anggota polis hari ini dituduh mencabul kehormatan anak kandungnya sembilan bulan lalu. Penjawat awam berusia 54 itu, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan anaknya berusia enam tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya. Dia didakwa di Mahkamah Majistret di sini melakukan kesalahan itu di berek polis, Lebuh Raya Thean Teik, Bandar Baru di sini, kira-kira jam 4 petang, 10 Jun lalu.Lelaki itu, dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu, jika sabit kesalahan. Majistret Noor Aini Yusof membenarkan anggota polis itu diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 April ini untuk sebutan semula dan serahan dokumen.Timbalan Pendakwa Raya Nur Azizah Jaafar mengendalikan pendakwaan. ~sinarharian |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan