PERAKITE |
Kapal selam Scorpene tak sesuai dengan cuaca di Malaysia.. he he Posted: 08 Mar 2012 05:02 AM PST Ada seorang guru dari Terengganu mengirim khabar bahawa guru-guru di negeri itu diminta hadir sessi Bicara Intelek. Itu sudah kali kedua dia hadir bersama beberapa guru dari Kuala Terengganu. Entah apa tujuan sebenar tidak diketahui tetapi yang tersirat ialah berusaha mempengaruhi pemikiran guru-guru agar melihat kerajaan yang ada sebagai yang terbaik, manakala yang lain (pembangkang ler n khususnya Pakatan Rakyat) itu tidak dinamis dan tidak boleh dipercayai. Katanya, dalam slot pertama, muncul seorang pegawai tentera berpangkat mejar... maka digoreng dan dikarangilah pelbagai cerita.. alkisah pasal leftenan Adnan di Bukit Candu, Pegawai waran Kanan yang tersohor dan blah-balah blah.
Maka, mejar itupun menunjukkan foto si kapal selam Scorpene yang tidak mahu menyelam itu. Hari itu, Menteri Pertahanan DS Ahmad Zahid Hamidi ada jemput Ketua Menteri Lim Guan Eng menaiki kapal selam itu di Langkawi hanya kerana nak buktikan bahawa ia boleh menyelam. TETAPI si mejar ini katanya, kapal selam itu menghadapi masalah menyelam kerana ia mengalami masalah keretakan. Katanya ini kerana ia mengalami kejutan perubahan suhu..yakni susu di Eropah tu kan sejuk, sedangkan di Malaysia panas hangat. Aduh patutlah kapal selam tu dok atas darat lebih banyak daripada menyelam.. gamaknya Menurut info dari blog AMK Shah Alam, Malaysia telah membayar sebanyak 580 juta dollar (USD) manakala Chile hanya membayar 250 juta dollar (USD) dan India pula membayar 540 juta dollar (USD) untuk setiap Scorpene mereka. Dalam kes ini,, memang nyata pembelian kita paling mahal berbanding negara-negara lain yang membeli kapal selam jenis ini. Mejar tu siap berkata, pembangkang tak simpan rahsia (tak patut) kerana membocorkan rahsia kapal selam tu di Indonesia. Bior betul.. Beliau kemudian menunjukkan foto Eurocopter.. Maka banyaklah para guru ini terngangga nengok gambor2 tu. Katanya Malaysia beli lebih mahal hargan Eurocopter tu. Nak tahu sebab pa.. hmm sebab Malaysia hanya beli enam biji je.. sebab tu mahal kalau nak banding dengan negara Brazil yang beli 100 biji. Jadi maknanya beli banyak dapat harga lebih murahlah kerana banyak dapat diskaun. Mejar tu juga tunjuk gambar kapal peronda ? Beliau tanya guru-guru yang lebih banyak diam je.. lalu dia sendiri yang jawab tentulah mahal kerana kita tak boleh buat bandingan antara kancil dan camry..atau ada jenis yang ada special spects.. Banyak lagi lah disebutkan termasuk kes al maunah yang dikatakan bukan sebagai lakonan tentera dan pemerintah kerana baginya siapa yang nak berlakon sehingga mati ? Selain itu, beliau turut membangkitkan ancaman di sekeliling Malaysia konon dari Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Maka kerana itu, Malaysia kena persiapkan diri.. Cikgu-cikgu di Terengganu juga kini mudah dapat panggilan minum teh YB-YB. Kata sahabat tu, surat jemputan minum teh diedar pada guru-guru. Baru-baru ini, khabar cikgu itu, ahli Parlimen Kuala Nerus menjemput guru-guru minum teh (siap hantor surat jemputan) ..makna bukan wajib lah...Tetapi guru-guru kena tulis nama dan sekolah kalau nak hadir.. he he he kesian cikgu-cikgi la ni kena belit je nak minum teh secawan.. selain mendidik kena didik pulak. | ||
Posted: 08 Mar 2012 03:10 AM PST Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas penjawat awam, imam Hoslan Hussin kerana melemparkan seliparnya ke arah panel hakim. Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin berkata, tindakan membaling selipar itu boleh menjatuhkan maruah mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu. Beliau yang mengetuai panel tiga hakim, menyampaikan hukuman tersebut selepas mendengar hujahan daripada wakil Peguam Negara, Suzana Atan dan juga wakil Majlis Peguam, Arthur Wong. Suzana berkata tindakan Hoslan telah menyebabkan institusi kehakiman dipersenda dan mencadangkan hukuman penjara. Wong turut mempersetujui cadangan hukuman oleh wakil Peguam Negara itu. Seorang lagi panel hakim, Datuk Suriyadi Halim Omar pula berkata beliau tidak begitu bermurah hati dalam menjatuhkan hukuman atas insiden yang "amat memalukan" itu. Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan. Sebaliknya, tindakan imam itu menunjukkan sikap "angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati institusi (kehakiman)," katanya. Tambahnya, Hoslan menunjukkan kepercayaan kepada mahkamah apabila mengemukakan kes tersebut. "Tapi bila kecewa atas tindakan yang tidak cekap, anda bertindak sedemikian. "Jadi sekarang anda perlulah terima padahnya," katanya lagi. Terdahulu mahkamah turut mendengar permohonan maaf daripada Hoslan, 46 berhubung tindakan membaling selipar itu. "Saya kesal atas apa yang berlaku dan memohon maaf kepada seluruh kehakiman. "Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan," katanya lagi. Hoslan turut menjelaskan bahawa beliau keliru dengan perjalanan kes melibatkan dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diputuskan di mahkamah tersebut pada 22 Februari lalu. Hoslan yang mewakili dirinya sendiri dalam kes berkenaan berkata, beliau keliru dengan perjalanan kes tersebut "bermula daripada awal." Kes tersebut sepatutnya didengar di Mahkamah Syariah dan bukannya di Mahkamah Sivil, katanya lagi yang meminta prihatin mahkamah. Hoslan yang tidak berkasut hari ini turut dilihat menangis dengan kuat selepas memohon maaf daripada mahkamah. Beliau turut menarik perhatian orang ramai apabila beliau menunaikan solat sunat di ruang legar mahkamah ketika mahkamah berhenti rehat. Dalam mitigasinya selepas itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Hoslan turut memberitahu mahkamah bahawa tindakan membaling selipar itu "tidak dapat dipertahan." Bagaimanapun mahkamah perlu mengambil kira faktor emosi Hoslan dan tindakan itu dilakukan secara tiba-tiba kerana beliau "keliru." Hoslan juga perlu menyara tujuh anaknya, berusia antara enam hingga 16 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai alam sekitar di Jabatan Alam Sekitar, kata Karpal lagi. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan